Isnin, 12 Ogos 2013

Mini novel:Mungkinkah Ada Bahagia? (Part 5)



Ais diletakkan pada kain dan dibungkus.Irfan menuam bibirnya yang pecah ditumbuk Spider berkali-kali.Bisa seluruh muka dan badannya yang dikerjakan oleh konco-konco lintah darat itu.Habis lebam-lebam seluruh badan.Apalah malang nasibnya pada hari itu apabila terserempak dengan mereka semua.
            “Tak guna betul.Sesuka hati aje dorang nak pukul aku.Ingat aku ni apa!.Mentang-mentang aku ada hutang dengan mereka.Huhh!”.Bebel Irfan tidak puas hati apabila dirinya diperlakukan seperti itu.
 “Yang aku ni pun bodoh.Pergi pinjam duit dengan dorang buat apa.Itu baru Spider belum lintah darat lain lagi.Entah-entah sekarang dorang semua tengah buru aku jugak.Di tambah datuk keparat tu lagi.Nasib kaulah Irfan.Orang nak jauh dari bala,kau sengaja cari bala”.Irfan memarahi dirinya pula.Memang dia sangat bodoh kerana tidak berfikir dulu natijahnya.Sengaja cari penyakit.
Ais dibalut kain tadi kembali ditekan ditepi bibirnya. “Arghhhh!.Adoi,sakitnya…”,desisnya.
Irfan menyeluk poket seluar dan mengeluarkan wallet berwarna coklat.Sekeping gambar kecil perkahwinannya dikeluarkan dari wallet.Gambarnya dan Zuraidah sewaktu mereka baru dinikahkan.Darah panasnya tiba-tiba menyelinap hingga ke kepala.Amarahnya melambung tinggi.
“Di sebabkan kaulah aku jadi begini!.Kalau kau tak buat hal,semuanya aman!.Kaulah puncanya!”.Gambar itu dicampak ke atas meja.Bengis wajahnya kala itu.
Irfan mengetap gigi.Bergerak-gerak rahangnya “Aku akan cari kau sampai dapat.Tak apa…aku bagi kau senang dulu.Perlahan-lahan aku heret kau balik pada aku.Ingat kau boleh lepas begitu saja.Tak,kau silap Zuraidah!”.
“Aku akan cari kau walau sampai lubang cacing sekali pun!”.Irfan mengenggam penumbuknya lalu dihempas ke meja.Dia berjanji akan memburu Zuraidah sampai dapat tidak kiralah wanita itu bersembunyi diceruk mana sekalipun.
“Berani betul kau lari ya.Tak apa,kita tengok siapa paling pandai.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.Satu hari nanti aku akan pastikan kau melutut dekat kaki aku,merayu-rayu.Kau tunggu ajelah”,dia bercakap dengan gambar itu.Kalaulah Zuraidah yang ada dihadapannya pasti separuh mati wanita itu dikerjakan.Irfan menyimpan dendam pada isterinya sendiri.
“Arghhh!”.Irfan menuam bibirnya semula.Memikirkan Zuraidah saja membuatkan kepalanya bagai mahu pecah.Tunggu sajalah sampai masanya.
Zue,Zue,Zue…Ke mana saja kau boleh lari dari aku?Kau ingat aku diam sekarang aku akan diam selamanya.Kau silap!.Kau silap Zuraidah!.Irfan sudah menyimpan tekad yang bulat untuk mencari Zuraidah sampai dapat.

~*~*~*~*~*~
“Zue,buat apa tu?”,Ummi keluar dari dapur menatang dulang kecil berisi mug.
         “Tengah kaitkan selimut untuk Zulkifli,Ummi”.Zuraidah yang sedang mengaitkan menghentikan pekerjaannya seketika.
            Mug berisi susu suam dihulurkan kepada Zuraidah. “Minum susu ni dulu.Cantik Zue kait.Nampak comel aje”.Selimut yang baru separuh dikait gadis itu dibelek. “Beruntung Zulkifli kerana bakal mendapat mama seperti Zue.Sayang,nanti bila Zulkifli dah melihat dunia jadi anak yang soleh dan tak lupa jasa ibu ya.Alahai cucu Ummi ni bergerak-gerak macam dia faham orang cakap pulak”.Ditekup telinga di atas permukaan perut Zuraidah yang memboyot.Perut Zuraidah diusap lembut.
            Tidak sabar rasanya dia hendak menunggu kelahiran anak ini.Pasti riuh rumahnya dengan kehadiran Zulkifli.Rumahnya pun sudah lama sunyi kerana ketiadaan anak kecil.Anaknya sudah besar panjang dan tinggal berasingan.Cucu pula belum ada.Mengharapkan budak-budak mengaji dengannya sajalah.Kalau ada mereka barulah riuh suasana rumah.Kata Zuraidah bayi yang bakal dilahirkannya nanti akan diberikan nama Zulkifli sempena nama bapanya yang telah meninggal dunia.Semoga Zulkifli bakal membawa sinar kepada Zuraidah.
            “In sha Allah,Ummi.Bila Zulkifli besar nanti dia akan menjadi anak yang soleh.Anak yang sentiasa mengingati jasa-jasa orang yang menyayanginya.Tapi nanti bila Zulkifli dah besar sikit Ummi penat sikitlah sebab Zulkifli nak bermain dengan Ummi puas-puas”.Zuraidah mengajuk seperti anak dalam kandungannya itu yang berkata-kata.
            “In sha Allah…”,balas Ummi sambil ketawa.
            “Budak-budak mengaji semua dah balik Ummi?”,tanya Zuraidah.Dia meneguk habis air susu yang dibancuh Umminya.
            “Dah.Baru aje mereka balik.Zue,semalam Zue kata nak pergi beli barang untuk Zulkifli.Bila nak perginya?”
            “Ha’ah.Zue ingat nak pergi esok.Lambat karang takut tak sempat pulak.Lagi pula cuma dua tiga barang saja lagi belum ada”.
            Ummi hanya mengangguk kecil. “Hmm,kalau macam tu biar Shafik hantarkan Zue.Dia balik esok pagi.Ummi tak dapat nak temankan sebab ada budak mengaji.Kalau tak boleh Ummi teman Zue”.
            Berkerut dahi Zuraidah mendengar cadangan Umminya. “Ummi,tak apalah.Zue tak nak susahkan Uztaz Shafik.Esokkan hari cuti.Mesti dia nak berehat di rumah Ummi.Tak apa,Zue boleh ambil teksi”.Zuraidah tidak mahu menyusahkan Ustaz Shafik.Kasihan dia terpaksa bersusah payah kerananya.Sudahlah dia menumpang di rumah Ummi Ustaz Shafik.
            Tangan Zuraidah digenggam.
          “Bahaya pergi seorang dalam keadaan sarat begini,Zue.Kalau apa-apa jadikan susah.Lagi pula Shafik katanya nak pergi jumpa kawan dia sekejap.Dia nak hantar barang.Zue pergi dan balik saing dia saja ya?.Ummi risau kalau Zue pergi seorang diri”. Pinta Ummi mengharap.
        Kasihan pula Zuraidah kepada Ummi yang betul-betul risau dengan keadaan dirinya. “Yalah,Ummi”,dia bersetuju tanpa banyak bicara.Baik sungguh keluarga ini kerana sentiasa mengambil berat kebajikan aku.Tak terbalas rasanya jasa mereka.Zuraidah melebarkan senyumannya.
           Ummi lega mendengar persetujuan Zuraidah. “ Baguslah macam tu.Err…Zue,baju Puan Rahimah dan Puan Asmah,Zue dah siapkan?Tadi masa Ummi pergi supermarket terserempak dengan mereka.Mereka dah sibuk bertanya”.
           “Dah siap pun ummi.Tinggal nak ambil saja.Nanti Zue telefon mereka suruh ambil”.
           Zuraidah mengambil upah menjahit secara kecil-kecilan.Dia sememangnya tidak betah duduk goyang kaki saja.Mujur dia pernah mempelajari teknik menjahit dari arwah ibunya,jadi mudahlah dia mempraktikkannya tanpa pergi mana-mana kelas atau kursus.Cuma dia sedikit terkilan kerana niatnya mahu untuk memberikan duit belanja di rumah ini ditegah keras oleh Ummi.Wanita itu menyuruh dia menyimpan duit tersebut untuk kegunaannya dan anak yang bakal lahir ini.
            “Alhamdulillah…Jangan lupa telefon mereka ya Zue.Ummi nak naik atas kejap.Belum solat asar lagi ni”.Ummi meminta diri.
            “Yalah,Ummi”.Zuraidah meneruskan kerja mengaitnya.









Tiada ulasan: