Rayyan tersenyum puas
dan bangga dengan hasil seni agungnya.
Dia menepuk-nepuk tangannya.
Hanya mengambil masa setengah jam saja untuk menghasilkan seninya ini.
Dia bercekak pinggang dan memerhatikan keadaan sekeliling. Puas hati.
Jam tangan dikerling. Amy masih belum sampai lagi. Sudah
lambat sepuluh minit. Sudahlah dia harus balik ke pejabat semula. Tadi pun dia
terpaksa cilok keluar saja. Kalau Mak Tok tahu habis dia kena bebel. “Memang
nak kena dia ni”.
Terus tangannya menyeluk kocek seluar slack. Telefon bimbitnya di bawa keluar.
“Haa, hello! Kau dekat mana? Kau tahu tak kau dah
lambat? Janji pukul dua belas. Ini dah lebih sepuluh minit”.
Seketika Rayyan mendengar penjelasan dari Amy.
“Kau dalam perjalanan? Eh, apa pasal kau ni lembab sangat
macam kura-kura. Kau berjalan kaki apa?”, marahnya.
“Ah… tak ada, tak ada. Kalau kau tak sampai dalam masa
lima belas minit, kau siap!”, ugut Rayyan tanpa memikirkan masalah yang
dihadapi Amy.
“Kau dalam jammed ke, apa ke. Dalam masa lima belas minit mesti sampai
depan pintu apartment aku. Faham?!”
Rayyan terus menoktahkan perbualan. Talian dimatikan dan telefon bimbitnya
dimasukkan semula ke dalam kocek seluar.
Dia ketawa. Puas mendesak dan
mengenakan gadis itu.
“Hai, nasib kaulah minah… terjebak dengan jejaka hensem
macam aku”. Perasan betul. Hehehe…
Rayyan a.k.a Kerek |
~*~*~*~*~*~
Amy benci dengan
keadaan ini. Sudahlah tadi dia terpaksa
tebalkan muka menempuh kesesakan jalan raya yang teruk akibat kemalangan. Tak pasal-pasal dia kena maki dengan pemandu
lain. Kalau bukan kerana Rayyan tak
adanya dia hendak membuat kerja segila ini.
“Hoi! Dah gila nak mati ke?!”
Dia hanya sempat meminta maaf dalam hati saja. Serik
rasanya dia menjadi superwoman merempit di atas jalan raya, Lepas ini, taubat
tak akan buat lagi. Nasiblah dia menaiki motorsikal bukan kereta.
Cepat-cepat
Amy berkejar ke pintu lif dan masuk ke dalamnya. Segera dia menekan butang satu dan
empat. Amy bersandar di dinding
lif. Cuba meredakan nafas yang turun
naik. Merecik peluh-peluh jantan di mukanya.
Fuhh! Dah macam kena kejar dengan hantu.
Sesampai
saja di tingkat empat belas dia terus mencari nombor rumah yang tertera di atas
kad. “Haa! Inilah rumah dia”. Lonceng rumah terus ditekan. Bukan susah pun
mencarinya.
Ting,
tong, ting, tong!, bunyinya. Sesaat kemudian barulah pintu dibuka dari
dalam. Terjengul wajah Rayyan, lelaki
yang amat dia menyampah. Namun, senyum diukir demi terlihat wajah lelaki itu.
Namun, lelaki itu hanya mempamaerkan muka kelat lagi ketat.
“Haa,
dah sampai rupanya ya tuan puteri, intan payung kita ni”, Rayyan menyindir
sambil mengerling jam tangannya lagi.
“Kau lambat sepuluh minit!”. Tiba-tiba suaranya yang tadi seakan-akan
mesra walaupun muka macam asam boi bertukar intonasi garang. Matanya memandang Amy tajam.
Amy
buat-buat senyum padahal dalam hati sudah mengutuk habis-habisan. Eleh, lambat sepuluh minit aje kot. Itu pun
nak marah. Menyampah!
Amy
menyengih saja. “Maaflah encik. Jammed tadi memang saya tak boleh elak. Ini pun dah sehabis mungkin saya merempit”.
“Banyak
sangat alasan. Aku dah naik berjanggut tunggu kau tau. Dah cepat masuk!”, arah
Rayyan kasar sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam.
Sempat
Amy mencebikkan mulutnya. Suka mengarah orang! Dia mengekori Rayyan masuk ke
dalam rumah lelaki itu. Sebaik saja dia
melangkah masuk serta-merta mulutnya ternganga luas. Bukan sebab apartment itu terlalu mewah. Bukan juga sebab hiasanya terlampau cantik
dan indah. Tetapi…keadaannya seperti kediaman itu baru saja dilanggar ikan
todak. Ini rumah hantu ke apa?
Amy
menelan liur melihat suasana itu. Sana sini surat khabar dan majalah
bertaburan. Bungkusan plastik dan tin
bergelimpangan di atas meja kopi. Bau
tak usah ceritalah. Baju-baju juga bergelimpangan di atas sofa, dekat lantai
dan di atas tv plasma…eh, kejap-kejap. Ada kain segi tiga kecil tergantung elok
di atas tv bersaiz besar itu. Bila
diamati dengan lebih jelas… Amy jadi malu sendiri.
“Encik…err…”. Amy menepuk perlahan bahu lelaki itu.
“Haa,
apahal?”, tanya Rayyan kasar. Amboi, sesuka hati main cuit aku.
Amy
hanya menunjukkan tanpa memandang ke arah itu. Tidak sanggup rasanya mahu
melihat lama-lama. Pipinya juga sudah
kemerahan. Rayyan keheranan melihat reaksi gadis itu. Kena sampuk ke perempuan ini? Dia terus
memandang ke tempat yang ditunjukkan Amy.
Terbeliak
mata Rayyan. Hah? Macam mana pula benda
itu boleh tergantung elok di atas tv? Terus dia berlari dan mendapatkan kain
segi tiga itu. Hai, buat malu betul!
Pipinya juga sudah kemerahan sama.
Rayyan
berdehem beberapa kali kononnya mahu menutup malu.
“Errr…Oleh
kerana kau tak mampu nak bayar ganti rugi, aku akan jadikan kau orang suruhan
aku selama tiga bulan. Selama tempoh itu apa saja yang aku suruh kau kena
turuti tanpa bantahan. Aku hanya terima kata yes, sebarang kata no
atau sewaktu dengannya memang tak akan dilayan. Kau hanya akan ikut arahan aku
saja. Faham?”, terang Rayyan.
Macam
perjanjian berat sebelah aje. Memang tak ada keadilan di sini. Aku cuma boleh
cakap yes, langsung tak boleh cakap no? Huh!
“Encik…”.
Belum sempat Amy hendak mencelah Rayyan terlebih dahulu memotong percakapannya.
“Apa
saja yang keluar dari mulut aku, itu adalah tugas kau. Macam sekarang ni, aku
arahkan kau kemas apartment aku sehingga satu habuk pun tak ada, kau kena buat.
Dalam situasi ni aku bos, kau pulak kuli aku yang tak berbayar. Faham?”
Sebenarnya
niat Rayyan bukanlah mahu menjadikan Amy sebagai pembantu rumah tetapi lebih kepada
mahu membuli gadis itu. Ini adalah balasan buat Amy atas apa yang telah dilakukannya. Bermacam-macam tugas dia fikirkan untuk
mengarah Amy nanti. Sepertinya dia
seronok mengenakan dan melihat reaksi cemberut gadis itu. Kelakar pun iya. Dia
mahu melihat sejauh mana kesabaran gadis malang itu melayani setiap kerenahnya
yang menjengkelkan. Nasiblah kau, Amy…Hehehe.
“Faham…”,
jawap Amy perlahan. Faham sangat Mr. Yes a.k.a Kerek yang tak adil! Getus
hatinya.
“Ambil
kunci pendua ni. Ini adalah kunci apartment aku yang tercantik dan ekslusif
sangat ni. Lepas siap servis satu rumah nanti, kau boleh balik. Kunci apartment aku ni betul-betul. Aku
tak nak satu pun barang-barang berharga dalam
apartment ni hilang. Sekarang ni banyak kes merompak walaupun ada security”, pesannya kepada Amy.
Amy
memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa
sedar keluhannya keluar. Berharga
apanya? Sampah sarap banyaklah. Hmm,
kenapalah rumah dia ni dah macam tongkang pecah. Dia ini jenis orang kaya apalah. Pemalas
nauzubillah…
“Tapi
kalau hilang jugak?”, meluncur solan itu dari mulutnya yang sangat ‘mesra’ ini.
Adui, mulut tak boleh diamkah kau?!
Lelaki
itu sudah memandangnya tajam. Amy menelan liur dan spontan telapak tangannya
menutup mulut. Rayyan mendekatinya pantas dan dia menapak satu dua tiga langkah
ke belakang sehingga dia tersekat pada dinding.
Alah, apasal pulak ada dinding ni! Kedua-dua belah tangan Rayyan
mengepung dan menghadang pergerakannya. Terasa hembusan nafas lelaki itu di
umbun-umbunnya.
“Kalau
salah satu barang berharga dalam rumahnya ni hilang, ganti ruginya…”
Dup
dap dup dap, jantung Amy berdetak. Apa dia nak buat ni?
“Kau
terpaksa kahwin dengan aku. Jadi isteri plus
kuli aku selamanya. Kau nak? Hmm? ”, ugut dalam bisik Rayyan dengan suara yang cukup menggoda dan mengada.
Dengan selamba dia melarikan matanya atas bawah memandang Amy.
“Haa?”,
itu saja yang mampu dikatakan Amy yang terkejut dengan kata-kata lelaki itu.
Seriau dia jadinya. Eeee…tak nak aku jadi bini dia. Choi, choi! Ini semua mulut
punya pasal! Inilah pepatah selalu mengatakan, kerana mulut badan binasa.
Sesuai sangat dengan aku weh…
“Wowowo…
en... encik jangan risau. Saya jaga rumah encik ni baik punya. Ma… macam saya
jaga rumah saya”, kata Amy terketar-ketar.
Mahu
kecut perut Rayyan melihat muka cuak gadis itu. Tadi ingat macam berani sangat,
rupanya hampehlah minah ni. Oleh kerana sudah tidak tertahan geli hati, tawa
lepas juga. Sampai menekan-nekan perut menahan tawa. Hai, boleh tahan kelakar
jugak dia minah ni.
Berkerut-kerut
dahi Amy melihatnya. Tadi bukan main menyeramkan, sekarang dah ketawa-ketawa
pula. Kena sampuk atok nenek jembalang tanah ke apa?
“Kau
ni kelakarlah. Hei, jangan kau ingat aku serius nak kahwin dengan kau pulak.
Aku gurau ajelah. Lagi pun kau ni bukan
taste aku”, dalam gelak Rayyan sempat mengejek Amy.
Hampeh.
Kurang asam keping! Dia kenakan aku rupanya. Hailah, kalau aku tak ingat dia siapa,
memang dah lama aku kick.
“Ah,
sudahlah. Kalau dok layan kau ni boleh pecah perut aku. Ni, satu lagi aku nak
ingatkan kau. Hati-hati bila lap barang Kristal dekat dalam rumah ni. Itu semua
barang import tau. Kalau kau kerja gaji kau tiga bulan pun tak mampu nak beli
lagi. Ingat tu”, pesan Rayyan lagi.
Ceh,
memperkecilkan orang betul! Mentang-mentanglah dia orang berada. Banyak duit.
Sesuka hati nak menindas orang yang kurang berkemampuan seperti aku. Amy
mendengus geram dala hati.
“
Baiklah, Encik Rayyan”. Walaupun rasa sakit hati, dia senyum saja. Kalau tidak
memikirkan yang dia perlu membayar ganti rugi sudah lama mulut pedas Rayyan
dicilinya. Dia tahan saja rasa hati yang membuak-buak.
“So, enjoy your sweet time, girl”, ucap
Rayyan sengaja mahu menyakitkan hati gadis di hadapannya.
Rayyan
perlu balik ke pejabat segera. Khuatir jika Mak Toknya masuk pejabat mahu buat pemeriksaan
ke atasnya. Sudahlah Mak Toknya ini orang yang sukar di jangka.
“Aku
nak balik ke pejabat. Jaga rumah aku elok-elok”, pesannya lagi sebelum berlalu
keluar dari apartmentnya.
“Baik,
Encik Rayyan”.
Amy
menutup pintu setelah memastikan Rayyan sudah meloloskan diri ke dalam lif.
“Enjoy your sweet time girl. Huh!”, ajuk
Amy. Siap melenggok-lenggok badan lagi.
“Nak
aje aku ganyang-ganyang muka dia tadi. Geram!”, dengus Amy. “Hmm… sudahlah kena
kemas rumah dia yang bak loji sampah ni”.
Longgar-longgar
seluruh urat sarafnya melihat keadaan ruang tamu yang sangat berselerakkan.
Rumah mak abah dia sepah juga tapi tidak adalah sampai begini sekali.
“Oh,mama…”,
keluhnya sambil menepuk dahi.
Amy bila bengang! |
Bersambung....(>_<)Y
Tiada ulasan:
Catat Ulasan