Selasa, 22 Oktober 2013

Mungkinkah Ada Bahagia? ~Part 9~

Dah lama Ira tak update MAB? Rasa rindu pulak. Hari ni Ira akan up part 9 di blog ni. Part ni mengisahkan Irfan. Tengok apa Si Jahat ni buat masa ni.  Jemput baca ye..^__^


Irfan memandang tajam pada gambar perempuan sedang mengandung di telefon bimbitnya. Ada segunung rasa marah kepada si empuunya figura.  Dia merengus kasar.

“Kan aku dah kata.  Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing sekali pun.  Tapi buat masa sekarang, aku lepaskan kau.  Perlahan-lahan aku akan tarik kau balik.  Kau tengoklah nanti!”

Ketawa jahat Irfan meletus memenuhi ruang gelap. 

“Zue… Zue.  Kuala Lumpur ni bukannya besar pun.  Kau lari kat mana pun aku boleh cari.  Nampaknya kau dah sarat.  Aku tak sangka kau masih simpan anak tu.”

Irfan mengeluarkan walletnya di poket belakang.  Dia mengeluarkan gambar mereka semasa selesai akad nikah. Gambar itu di belah dua antara gambarnya dan Zuraidah.

“Sayangnya… Kalau kau ikut saja kemahuan aku, tak adalah kau kena bersembunyi bagai. Sekarang ni menyusahkan diri sendiri saja. Dengan keadaan kau yang memboyot macam ni. Kau langsung dah tak berdaya.”

 Dia masih teringat lagi sewaktu dia terserempak dengan Zuraidah di pasar raya.  Tidak dia sangka  Zuraidah kini sudah banyak berubah.  Sudah pandai bertudung.  Awalnya dia terfikir untuk muncul di hadapan wanita berbadan dua itu. Namun, hatinya menolak untuk berbuat begitu.  Biarlah dia tidak memunculkan diri dahulu.  Biar Zuraidah menganggap bahawa dia seperti sudah melupakannya.  Biar keadaan tenang dahulu dan kemudian dia akan bertindak. Irfan ketawa lagi.

Namun tawanya mati apabila teringat ada seorang lelaki bersama isterinya itu.  Siapa dia? Sepertinya lelaki itu baik-baik orangnya.  Itu suami baru Zuraidah? Hish, mana mungkin.  Dia belum pun menceraikan Zuraidah.  Bagaimana pula isterinya itu hendak berkahwin?  Mungkin lelaki tidak dikenalinya itu menemani Zuraidah ke sini.  Atau lelaki itu sugar daddy isterinya?  Irfan sudah tersenyum sinis.

“Oh, kau dah pandai cari ikan sendiri ya.  Nampak macam baik aje orangnya tapi… anak ikan rupanya.”  Irfan ketawa sinis dan menjengkelkan

“Aku tinggalkan dulu pasal kau.  Sebab, aku ada hal lebih penting untuk diuruskan. Selamat tinggal, Zue…” gambar Zuraidah dicucuk dengan pisau sehingga melekat di permukaan meja.


~*~*~*~*~*~

Suasana kelab malam tempat dijejakinya riuh sekali sehingga terdengar alunan muzik yang menyakitkan telinga dari luar.

Irfan membetulkan jaket kulit hitamnya.  Rambut yang terjuntai sedikit diraup ke belakang.  Di sinilah harapan untuk aku.  Bisik Irfan.  Dengan penuh yakin dia berjalan menuju ke pintu hadapan kelab malam.  Ada dua orang bounzer berbadan tegak dan tinggi sedang memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam.

Irfan ditahan untuk membuat pemeriksaan.

“Hei, buat apa nak periksa aku?  Aku ni kawan bos kau orang tau.”  Dengan riak Irfan berkata.

 Salah seorang dari mereka tersenyum sinis.

“Lu ingat lu siapa nak mengaku diri lu ni kawan bos gua? Bos gua tak ada kawan macam lu lah, bro.”  Bahu Irfan ditunjalnya.

Irfan menyapu bahunya dengan tangan seperti membuang habuk.

“Wah, kau main kasar nampak! Aku adu sama bos kau,  tak pasal-pasal kau kena buang nanti.”  Irfan berang apabla diperlakukan seperti itu. 

 “Hek eleh, mamat lembik ni… dia ingat gua goyang dengan dia punya ugutan.  Gua sikit pun goyang meh.  Lagi satu, gua tak main gaduh dengan mamat macam lu ni. Takut nanti kena bantai terus jalan,” ejek lelaki yang mengenakan bajuT berwarna putih ketat.

Dua lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

Cis! Tak guna betul.  Sesuka hati dia orang memperkecilkan aku.  Berani sungguh.

“Okey, kalau kau tak percaya pergi panggil bos kau orang ke sini.  Aku nak cakap dengan dia.”

Lelaki tegap berbaju lengan panjang hitam mencengkam kolar baju Irfan.

“Hei, bro lu siapa sesuka hati nak arah kita orang?  Lu nak cari nahas ke?” dengan wajah bengis dan garang dia menggertak Irfan.  Namun Irfan langsung tidak menunjukkan riak takut.

Pintu kaca kelab malam terbuka dari dalam.  Keluar seorang pemuda berbangsa Cina.  Lelaki yang mencengkam kolar Irfan tadi tidak jadi hendak menumbuk lelaki itu.

“Apa hal ni?” soal pemuda itu dengan slanga pelatnya.

Kolar Irfan dilepaskan kasar.

“Mr. Lee, ini ada orang buat kacau di sini.”

Lelaki berbajuT putih menarik Irfan ke hadapan pemuda Cina yang di dakwa Mr. Lee itu.

“Haiya… Lu orang uruskanlah sendiri.  Jangan buat kecoh di sini. Itu pun banyak susahkah?”

“Kami memang dah nak bantai ini lelaki, Mr. Lee.  Ini orang kata dia kenal sama bos,” ada lelaki mengenakan baju hitam pula.

Mr. Lee memandang tajam Irfan yang berada di hadapannya.  Dahinya berkerut-kerut.  Sepertinya dia tidak mengenali Irfan.

“Lu siapa?  Kenapa lu ke sini buat kecoh?”

“Mr. Lee, I Irfan.  I kenal sama bos you, Ah Seng.”

 Pemuda itu memandangnya dengan riak percaya dan tidak. "Betulkah? Kalau lu bohong, gua kasi pecah muka lu," gertaknya dengan muka garang

"Percaya sama I ma..."

“Okey, lu tunggu sini.  Gua pergi tanya sama itu bos.  Lu orang jaga sama ini lelaki.  Gua jumpa Ah Seng dulu.”  Mr. Lee menghilangkan diri ke dalam.

Seminit dua Irfan menunggu kedatangan Mr. Lee.  Dua bounzer itu memandangnya bagai hendak makan.  Tahulah nasib kau orang nanti!  Melihat saja kelibat Mr. Lee,  senyuman Irfan terus meleret.

“Bos, mahu jumpa sama lu,” ujar lelaki muda itu.

Semakin menjadi-jadi senyuman Irfan.

“Kan aku dah cakap tapi kau orang tak nak percaya. Aku masuk dulu ya.” Sebelum melangkah masuk, Irfan sempat menepuk pipi kedua-dua bounzer itu.

 Sana sini manusia berlainan jantina dan dikuasai syaitan menari mengikut rentak lagu.  Bagaikan sudah tidak sedarkan diri saja gelagat mereka. Bingit dan padat keadaan di situ.

“Lu naik tingkat dua.  Bos ada di sana,” arah Mr. Lee pada Irfan.



Ingat lagi tak dia ni? Ni lah Irfan 'Si Jahat' dalam cerita ni..hehe


Irfan mengangguk faham. Tidak sabar dia hendak menemui sahabat lamanya itu. Dia mahu menuntut hutang dari pemilik kelab malam ekslusif ini. Hutang budi harus dibayar budi!

“Irfan!” laung satu suara setelah dia sampai ditingkat dua.  Lelaki Cina berbadan sedikit gempal itu mengangkat tangan kepadanya.  Di sisinya ada beberapa gadis cantik sibuk hendak bermanja.

Lantas Irfan mendekati Ah Seng.  Mereka berpelukan seketika.

“Ah Seng…”

“Irfan… Haiya, sudah lama kita tak berjumpa. Irfan, you nampak makin kacak.”

Irfan dipelawa duduk di sisi kiri lelaki Cina itu. Seorang gadis seksi duduk dan memeluk pinggang Irfan tanpa disuruh. Irfan tersenyum gatal.

“Hei, Seng I mana ada kacak.  Masih macam dulu jugak ma… Wah, you sekarang hidup senang.  Dikelilingi amoi cantik, Macam dalam itu kayangan,” puji Irfan sambil mengeratkan pelukan pada gadis di sisinya.

Ah Seng ketawa.  Geli hati mendengar kata-kata Irfan.

“I biasa-biasa saja.  Dulu masa duduk di Johor Bharu bisnes banyak rugi. Bila I pindah sini banyak untung. Adalah sikit-sikit senang. Irfan, you masih berniaga macam dulukah? Apa macam you punya bisnes?”

“I dah tak berniaga lagilah, Seng. Itu bisnes sudah bankrupt ma…”

 “Macam mana boleh macam itu? Sekarang you kerja mana?”

Irfan buat-buat muka sedih. “Adalah masalah sikit, Seng.  I sedang mencari kerja. Tapi belum dapat lagi.”

 Ah Seng seperti berfikir sejenak.  Melalui lirikan mata Irfan sepertinya dia punya harapan untuk membodek lelaki itu.

“Irfan, apa kata you join I saja.  Tapi bisnes I, you tahulah agak kotor sikit.  I pun memang memerlu seorang lagi pembantu. Itu pun kalau you setuju mahu menjadi bisnes partner I.”

 Melebar senyuman Irfan.  Ya, itulah yang dia hajatkan ke sini.  Ah Seng seperti faham dengan kehendaknya.

 “Ah Seng, I sangat hargai peluang yang you bagi.  I tak kisah.  Apa-apa kerja you bagi I terima.  Zaman sekarang ni pasal duit saja orang sudah tak kira pasal kerja kotor. Semua mereka langgar saja.”

“Betulkah Irfan?” tanya Ah Seng mahu meminta kepastian. Bahu Irfan ditepuk.

 Irfan mengangguk mengiyakan.  “Betul, Seng. You bagi saja kerja sama I.  Pasti I bereskan.”  Dia membodek.

Ah Seng ketawa sambil memeluk bahu Irfan.

“Irfan, dulu you sudah tolong sama I.  You selamatkan I dari kena tiau sama  itu geng Jonny.  Sekarang ni I pula akan tolong you.”

Bahu Irfan digoyang-goyangkan.

“Thank you Ah Seng.  Tapi apa kerja I, Seng?”

“Kerja you senang saja.  I nak you jaga amoi-amoi I.  Orang melayu kata, bapak ayam. Ada betulkah?”

Irfan ketawa mengekek.  Begitu juga dengan lelaki Cina di sebelahnya.

“Betul tu, Seng.  I janji Seng, I akan kerja baik punya sama you.” Irfan memberi jaminan.

“I percaya sama you Irfan. You memang bersemangat untuk melakukan ini kerja.”

“Mestilah, Seng,” sahut Irfan.

Aku kembali menjadi bapa ayam.  Kalau dulu aku jual isteri sendiri.  Sekarang aku jual orang lain pula. Hailah, Irfan kerja kau seumur hidup memang menjual orang sajalah nampaknya. Sampai bila kau nak terjebak dengan kerja haram ini? Tapi tak mengapalah. Janji poket aku sentiasa masyuk! Irfan berbisik dalam hati.
           
           
           

           
Ini sajalah yg mampu Ira post.  Untuk bab seterusnya, kejap Ira nak pergi bertapa dululah...hehe. Kalau ada kekurangan sila2lah ngomen. Ira sangat memerlukan komen semua utk perbaiki penulisan Ira. Apa2 pun enjoy reading ye..@__@
           
            ~ Kita sambung nanti k...~

Tiada ulasan: