Isnin, 23 September 2013

My Love, Mrs. Kerek ~Part 6~



Suasana di café  hingar bingar.  Ada yang berborak sambil ketawa, entah apa yang di bualnya.  Ada yang sibuk menonton TV dan tidak kurang juga ada pasangan pelajar yang sibuk berdating.  Yang lelaki dengan lagak gentlemannya, perempuan pula dari tadi asyik tersipu-sipu.  Ish… ish… ish…budak zaman sekarang.  Eh, kau pun budak zaman sekarang juga Amy oi…

Amy,  Hana dan EJ mengambil tepat di meja hujung café.  Hanya tempat itu saja yang masih kosong.  Kelas mereka baru beberapa minit saja berlalu.  Kini, masing-masing mahu mengisi perut yang sudah berdondang sayang.

“Aku nak milo ais dengan mee goreng eh?”, order Amy pada Hana dan EJ.  Sementara dia menjaga tempat mereka bertiga.

Beberapa minit kemudian dua sahabatnya itu kembali ke meja mereka.

 “Makanan dah sampai.  Nah,  ni kau punya”,  Hana menyorong sepinggan mee gorang dan gelas berisi milo ais di hadapan Amy.  Dia sudah menelan air liur. 

 “Eh, Hana kau kata nak diet hari tu?”,  soal Amy.  Pinggan Hana penuh.

Hana menyengih saja.  Dia bukanlah gemuk sangat pun.  Kurus sangat pun tak.  Cuma semenjak dua menjak ini dirasakan berat badannya naik sedikit.  

 “Hmm, diet murtad, Amy… ”, ejek EJ meleret.

Amy tergelak mendengar kata-kata EJ itu.  Diet murtad,  istilah baru.  Hailah, Hana ini kelmarin beria sangat hendak mengdietkan diri. Sekarang ini tengoklah,  makan tak ingat dunia.

“Alah, nanti-nantilah pasal diet tu.  Aku dah lapar gila ni, mana boleh control beb”, ujar Hana sambil mengunyah.

“Kau ni tiap-tiap minggu cakap nak kurangkan makanlah,  badan dah naiklah,  nak berdietlah.  Tapi satu haprak pun tak ada”, bebel EJ dengan sikap Hana yang hangat-hangat tahi ayam.

 “Eeee… bisinglah kau!”, rengus Hana geram.  Terus da menyudu makanan ke dalam mulut tanpa memperdulikan mereka.

“Hana... Hana”, seru Amy menyambung gelaknya.

Beberapa minit mereka makan dalam keadaan tenang tanpa berborak.

“Amy!  Amy!”,  Hana menepuk-nepuk lengan Amy secara tiba-tiba.

“Uhuk… uhuk!”, Amy tersedak.  Sabar sajalah dengan Hana ni.  Dia tak nampak ke aku tengah minum?  Segera dia menggosok-gosok leher dan dadanya.  Perit yang amat.

 “Weh,  kau ni apahal? Aku tengah minumlah”.

 “Sorry… Sorry beb.  Aku tak sengaja, over excited tadi.  Aku cuma nak kau tengok sana kejap”. Hana menunjuk ke arah belakangnya.

Amy menoleh ke arah yang di tunjukkan rakannya itu.  Serta merta matanya terpaku pada sepasang kekasih dua sejoli berjalan seiringan.  Begitu mesra sekali.  Si gadis memeluk bahu dan melentukkan kepala di bahu si jejaka.  Manakala si jejaka dari tadi asyik tersenyum bahagia.  Sesekali mereka seperti berbual-bual mesra.  Hati Amy saat ini bagai dicucuk dengan belati yang tajam.  Pedih! Terluka! Berdarah! Ish, drama sangat tu Amy...  Hehehe. 

 Matanya tidak mahu lagi memandang ke arah mereka.  Pantas dia memandang ke hadapan semula.  Berbulu nengoknya! Tak cukup dalam kelas, luar kelas pun dorang hendak menunjukkan kemesraan. Tak patut betul. Alah, Amy cakap ajelah kau tu sebenarnya cemburu.  Buang masa saja kau berselindung.  Yup! Aku cemburu sangat-sangat dengan dorang ni beb!, sahut Amy membalas bisikan hatinya.

“Kau tengoklah si Melly tu, menggedik habis dengan Haziq”.

 “Ah,  biarlah dorang”,  ujar Amy seperti malas mahu ambil kisah. Padahal dalam hati frust menonggeng weh…

Dahulu, pada tahun pertama dan kedua di kolej ini selain Hana dan EJ, Amy juga rapat dengan Haziq antara classmate lelaki mereka. Mereka rapat sehingga ada yang menyangka mereka adalah sepasang kekasih.  Amy sendiri punya perasan pada Haziq.  Namun apakan dayanya,  masuk tahun ke tiga Haziq semakin rapat dengan Melly.   

Entah apa ceritanya tup-tup mereka sudah mengistiharkan sebagai pasangan kekasih di dalam kelas.Saat itu, dialah yang paling frust.  Sampai berhari-hari tak lalu makan.  Sejak dari hari itu hubungan Amy dan Haziq semakin renggang. Jejaka itu lebih banyak meluangkan masa dengan Melly, hot stuff  di kolej mereka dari dengan dia.  Aku gigit jari sajalah.  Makan nasi berulam jantung pun iya.  Sedih tak terkata wa cakap lu! 

“Kalau aku jadi kaulah Amy,  dah lama aku kerjakan si Melly bajet hot gedik tu”, ujar EJ berapi-api.

“Ha’ahlah.  Aku pun setuju dengan EJ”, sokong Hana.

Hish,  apa kes aku nak serang si Melly tu?  Aku dengan Haziq pun bukannya ada apa-apa. Tak pernah istihar apa-apa pun.  Jadi aku tiada hak untuk berbuat begitu.

“Aku dengan Haziq bukannya couple pun.  Lainlah kalau kitorang couple lepas tu Melly sibuk nak potong line.  Lagi pun Melly lebih sesuai dengan Haziq.  Aku ni rupa tak ada, anak orang biasa-biasa aje.  Lainlah dorang tu,  anak orang berada”. Amy merendah diri.  Garpu di tangan dikais-kais ke dalam pinggannya.  Hilang sudah seleranya kala ini.  Mana tidaknya,  ternampak jejaka idamannya selama ini bersama dengan orang lain. 

Huwahhh!.... Mak abah, anakmu ini sedang patah hati!

 “Dahlah Amy, kau tak payah fikirkan sangat dorang tu. Banyak lagi lelaki yang lebih sesuai untuk kau nanti. Sekarang ni kita semua fokus dulu dengan pelajaran.  Bila dah berjaya barulah kita fikir nak ada boyfriend ke apa”, EJ memberi nasihat.

“Hmm, betul cakap kau”. Amy bersetuju.  Betul kata EJ itu.   Biar berjaya dulu barulah fikir untuk mencari calon suami dan berumah tangga.  Buat masa sekarang dia perlu sibuk dengan pelajaran daripada sibuk memikirkan hal remeh temeh.  Mak dan abahnya juga tidak menggalakkan dia berpacaran masa-masa belajar ini.  Dari awal lagi mereka sudah bagi warning. ‘Nak, belajar diutamakan dari segala hal’, pesan abah. Dia berdoa apabila sampai waktunya nanti,  dia akan dapat lelaki yang jauh lebih baik dari Haziq. Amin.


~*~*~*~*~*~


Mop yang sudah dibasahkan diperah sedikit airnya dan menonyoh ke lantai.  Hari ini dia tidak menerima sebarang arahan dari Rayyan.  Lega sedikit hatinya.  Tak perlulah dia menghadap wajah lelaki itu hari ini. Bolehlah dia membantu orang tuanya di restaurant.  Sedang dia sibuk mengemop lantai tiba-tiba ada sepasang kaki berkasut kulit putih berdiri di hadapannya.

“Hish, tempat punyalah luas.  Dia nak lalu di sini juga”,  bebelnya perlahan. 

Dialihkan pula mop ke sebelah kanan. Sepasang kaki itu berdiri lagi di hadapannya.  Pindah pula ke kiri. Sibuk dia tonyoh-tonyoh lantai,  kaki itu masih lagi menghadang kerjanya. Nak main-main pergi taman permainanlah brader! Ini sudah lebih.  Amy segera mengangkat mukanya.

“Encik!”,  jeritnya namun dikawal suara.

 Rayyan menyengih.  “Kenapa? Tak percaya?”, tanyanya bagai nada iklan.

 “Apa encik buat dekat sini?”, soal Amy yang masih terkejut dengan kedatangan lelaki itu.

“Dah datang restaurantkan? Mestilah nak makan”, jawap Rayyan selamba dan bersahaja.  Langsung tidak diperdulikan reaksi Amy yang sudah terkejut beruk itu.

“Tapi kenapa dekat sini? Kan banyak lagi restaurant lain atau hotel-hotel ke?”
 
 Apa tujuan dia ke sini?  Takkan nak mengadu dengan mak dan abah aku tentang apa yang aku dah buat kot?  Hish, janganlah.  Ada karang aku kena hempuk dengan kuali dekat dapur tu.

“Malaysia inikan negara demokrasi dan aman.  Rakyatnya pun bebas nak ke mana saja.  Jadi aku punya sukalah nak ke mana pun.  Atau nak makan dekat mana sekali pun”.

 Jawapan Rayyan membuatkan Amy seperti mahu pengsan.  Ada ke dia kaitkan keamanan Malaysia dengan kenapa dia ada dekat sini.  Poyo betullah mamat kerek ini.  Dia inikan,  satu hari pun takkan bagi aku senanglah.

 “Encik tak boleh…”

 “Kenapa ni Amy? Ada masalah ke?”, belum sempat Amy membalas kata-kata Rayyan mak sudah datang mencelah.  Habislah aku!

 “Err… tak ada apa mak”.

Mak melihat Rayyan atas bawah.  Dia tertanya-tanya gerangan jejaka muda dan kacak ini.  Dari tadi dia lihat dari jauh jejaka itu galak berbual dengan anaknya.  Nampak macam dah kenal lama.

“Anak ni sopo? Kawan Amy ye?”, Mak tak mampu membendung rasa ingin tahunya.

Rayyan melemparkan senyuman kepada mak.  “Saya Rayyan.  Kawan kolej Amy, mak cik.  Ada kerja yang kami nak bincangkan sikit, pasal assigment”, bohongnya. 

Mengaku kawan pulak dah…  Sejak bila entah aku jadi kawan dia. Namun, dia berasa lega. Jangkaannya terhadap lelaki itu meleset sama sekali.  Aku fikir dia ke sini sebab nak mengadu dengan mak abah,  rupanya tidak.  Tapi, kenapa dia sampai sanggup ke sini?  Musykillah!

 “Oh…  kawan satu kolej Amy”.

Rayyan senyum lagi.  Amy pula ketap bibir kerana kegeraman dengan lelaki itu yang ke restaurant tanpa izinnya. Nasib baiklah mak percaya dia kawan aku.  Walaupunkalau tengok dari pakaian dia bukanlah style budak kolej. Pakai baju kemeja biru,  bertie dan berseluar slack putih. Mana ada ciri-ciri seorang pelajar kolej.  Dah macam perkerja ofis adalah.

“Lorh…  kenapa toh Amy biarkan kawannya berdiri aje? Tak dijemput duduk.  Mari nak duduk sini”, ajak mak Amy sambil menunjukkan tempat duduk kepada Rayyan.  Terasa senang pula dia dengan layanan mak kepada gadis itu.  Mesra sungguh.  Rayyan akur saja.

“Ni Amy, ambik pesanan kawannya.  Mak nak pergi dapur tengok abah kau.  Nak, jangan segan-segan. Pesan aje apa-apa.  Hari ni mak cik belanja.  Jemput ye”.  Sememangnya sudah kebiasaan bagi mak atau abah sekiranya raka-rakan Amy datang ke kedai pasti mereka diberikan makanan secara percuma.  Selalunya Hana dan EJlah yang sering bertandang jika mereka membuat study group bersama-sama.

Semakin melebar senyuman Rayyan apabila mak cik itu mengatakan mahu membelanjanya.  Kebetulan dia belum makan tengah hari lagi.  Semasa keluar dari pejabat tadi dia ada terfikir hendak makan di restaurant berdekatan dengan pejabatnya saja.  Bila di pertengahan jalan semasa menunggu lampu merah bertukar hijau, dia terserempak dengan Amy yang sedang menunggang motorsikal.  Dia apa lagi, terus dia membuntuti gadis itu.  Amy di sebelahnya dari tadi asyik menjelingnya saja. 

“Tak elok tau jeling-jeling pelanggan macam tu.  Nanti pelanggan lari, tak masyuk!”, Rayyan memberi nasihat tak berbayarnya.

Amy mencemik menyampah.  Kalaulah dia ahli silap mata memang sudah lama dia menghilangkan jejaka ini.  Biar selamanya dia tak berjumpa dengan Rayyan lagi. “Encik, nak makan apa?”, soalnya hendak tak hendak saja.   Macam terpaksa saja bunyinya.

 “Tanya tu cuba elok-elok sikit. Kan pelanggan ni”, tegur Rayyan lagi.

Eee… nak aje aku sumbat mulut dia dengan mop.  Tak habis-habis mahu menyusahkan aku.  Amy terpaksa memaniskan muka. Lagi lama dia melayan mamat kerek ini, lagi sakit jiwa raganya.

“Baiklah.  Encik nak makan apa? Restaurant kami ni ada menyediakan lauk-pauk kampung saja.  Yang itu kalau encik nak, di sana buffetnya.  Tapi, kalau encik nak yang simple aje macam nasi goreng ke, mee goreng ke pun ada disediakan di sini.  Kalau susah sangat encik boleh tengok menu dekat atas tu. Silalah”, pelawa Amy sambil menunjukkan menu yang digantung elok di dinding kedai. Penat aku cakap panjang lebar.  Macam dekat restaurant terkemukalah pula. Semua ini kerana mamat sengal inilah.

Mahu tergelak Rayyan melihat lakonan Amy yang kurang berjaya itu.  Namun disimpan saja.  “Aku nak nasi goreng kampung dengan teh O limau ais”, pesannya.  Manakala Amy sibuk mencatat.

 “Encik nak apa-apa lagi ke?”

Rayyan menggeleng.  “Eh, nanti dulu. Kau masak ke orang lain yang masak?”

“Kenapa?  Encik nak saya yang masak ke?”, soalan dijawab dengan soalan juga.  Tanpa menjawab soalan Rayyan dia terus menuju ke dapur untuk menghantar pesanan. Malas mahu melayan cengkadak lelaki itu lagi.

Amy memandang saja gelagat Rayyan yang sedang menyuap nasi ke mulutnya.  Mata dikecilkan tanda tidak puas hati.  Sekali pandang macam dia mahu ngap jejaka itu sekarang juga.

“Kenapa encik datang ke sini?”, sergahnya setelah Rayyan selesai makan.  Tangannya di silang pada dada dan wajah seolah-olah dia sedang serius.  Gaya sudah serupa dengan Detektif Conan Edogawa saja.

Sekali imbas Amy memandang pinggan yang digunakan lelaki itu tadi.  Sudah kosong.  Ingatkan orang berada seperti dia tidak makan di tempat low standard seperti restaurant mereka ini. Berselera habis dia makan.  Tengoklah abah siapa yang memasak.  Abah memang handal dalam bab-bab memasak ini.  Ilmu memasaknya diwarisi turun temurun.  Datuk sebelah abah juga tukang masak untuk majlis-majlis perkahwinan sebab itulah abah mempunyai bakat dalam bidang masak memasak ini. Kalah masakan chef bertaraf lima bintang.  Tengoklah buktinya,  dia makan dengan licin sekali.  Hish, menyempat lagi cerita pasal abah.  Berbalik pada cerita mereka…

Rayyan masih lagi dengan riak selambanya.  Tubuh disandarkan ke kerusi.  Dia sudah kekenyangan.  Masakan di restaurant ini sangat sedap.  “Saja.  Ini restaurant keluarga kau eh?”

“Hmm”.  Amy tidak berpuas hati dengan jawapan Rayyan.  Boleh dia jawap, saja?  Hish…

“Macam mana encik boleh tahu saya dekat sini?”, soalan kedua diutarakan Amy setelah soalan pertama dijawab dengan sambil lewa.

Rayyan menyedut minuman yang masih berbaki.  “Aku follow kau masa dekat traffic light tadi”, jawapnya sambil melihat sekeliling. 

“Sebab?”, desak Amy lagi dengan soalan ke tiga.  Sama saja soalan pertama tadi.

Rayyan menggosok-gosok tengkuknya.  Balik-balik asyik soal benda yang sama.  Sebenarnya pun dia tidak ada jawapan yang tepat untuk menjawab pertanyaan Amy itu.  Dia mengikut Amy kerana kehendak hatinya.  Takkan dia hendak cakap dia mengekori gadis itu kerana hatinya mendesak ingin berbuat begitu? Ada karang dia ingat aku sukakan dia pula.  Entah kenapa dia tertarik untuk terus mengekori Amy tadi padahal kawasan ini jauh dari pejabatnya.  Dia tidak mengerti dengan hatinya hari ini.

“Aku dah cakapkan, saja.  Suka hati akulah.  Kau tak payah sibuk-sibuk. Aku dah nak balik pejabat ni.  Jangan lupa ucap terima kasih dekat mak abah kau sebab belanja aku.  Masakannya sedap,  lagi sedap dari yang kau masak hari tu”, komen Rayyan dan segera berdiri.  Lagi lama dia duduk di sini makin banyak pula soal Amy.  Otaknya juga sudah semakin sesak untuk menjawap.  Tanpa sepatah kata dan pamit Rayyan terus berlalu menuju ke keretanya.

Membesar mata Amy melihat lelaki itu pergi begitu saja.  Dia memang suka macam itukan?  Datang sesuka hati,  pergi pun sesuka hati saja.  Dasar mamat kerek. Huh!

“Amy,  mana kawannya?  Dah balik ke?”,  tanya mak yang baru keluar dari dapur.

“Dah balik pun mak”.

“Lorh… mak baru nak ajak borak-borak.  Sudah balik pulak”, omel mak sambil mengambil tempat di sebelah Amy.


           
           
           
Bersambung lagi....^__^

4 ulasan:

Amani Ahlam berkata...

waaaa, sambunglah lagi kak...best ! Kelakarlah Amy dengan Rayyan...hehehe

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Amani Ahlam, akan disambung, insyallah. Tunggu ye. Terima kasih sudi baca. Hehe^__^

dyaNZa berkata...

best2... nk smbug lg...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

dyaNZa, yup, akan disambung lagi. Sabar menunggu ye..^__^