Ahad, 25 Ogos 2013

My Love, Mrs. Kerek~Part 2~

Cover baru

“Macam mana aku nak dapatkan duit tiga ribu tu?”, Amy menggaru-garu kepalanya.

Pening kepalanya memikirkan tentang duit ganti rugi mamat kerek itu.  Television yang menyiarkan kartun kegemarannya, Shin Chan tidak diendahkan langsung.  Otaknya ligat memikirkan cara hendak menyelesaikannya segera agar dia tidak perlu mengikut kehendak Rayyan.  Dia dapat merasakan lelaki itu seolah-olah mahu mengenakannya.  Tengok aje senyum dia tadi.  Eee…serius seram!

Fikirannya semakin serabut dan kusut.  Duduk pun sudah tidak menentu.  Kejap bersila atas sofa, kejap berdiri, kejap dia baring sambil menjuntaikan kaki di tepi sofa.  Naik lunyai sofa itu dikerjakannya.

“Kalaulah aku dapat duit tu, tak payah aku ikut semua kemahuan mamat tu nanti.  Aku pun terlepas.  Hish,kaulah ni Amy.  Bercakap suka main lepas aje.  Tak pandang-pandang, tak fikir-fikir dulu.  Sekarang ni tengok, kau sendiri yang dapat susah,kan?”, Amy memarahi dirinya.

“Assalammualaikum!” Laung satu suara dari arah luar rumah dan serentak itu pintu dibuka.Mak dan abah dah balik!.

“Wa’alaikumsalam…”.

Amy terus bangun menyambut kepulangan kedua-dua orang tuanya daripada berniaga.  Tangan mak dan abahnya segera dicapai dan menyalaminya.

“Waras,endok?”,  tanya mak sambil membuka tudung dan dicampak ke sofa.

Soalan biasa yang di utarakan mereka selepas balik kerja.  Biasanya kedua-dua orang tua Amy keluar awal pagi untuk berniaga.  Oleh itu mereka tidak sempat untuk melihat keadaan anak dara tunggal mereka ini yang selalu saja bangun lewat.  Hmm,anak dara apalah aku ni erk? Masa mereka sekeluarga agak terhad.  Bila malam mahu menjelma barulah mereka dapat berjumpa dan berkumpul.

 Sebenarnya Amy dan keluarganya berasal dari Pontian,Johor. Mereka sudah lima tahun berpindah ke Kuala Lumpur ini untuk mencari rezeki.  Sejak Amy sekolah menengah lagi.  Abahnya keturunan Bugis, maknya pula keturunan Jawa.  Dia pula keturunan Jagis. Iaitu mixe Jawa dan Bugis. Hehehe…

 “Waras,mak!”

Amy terus mengambil dua buah bakul dari tangan maknya lalu dibawa ke dapur.

“Macam mana niaga hari ni mak,abah?”, tanyanya sambil menghulurkan dua gelas air kosong berais kepada mak dan abahnya.  Kemudian dia duduk di tengah-tengah antara mereka.

Tiba-tiba terdengar keluhan mak.  “Macam tulah nak.  Pelanggan tu ada tapi tak ramai macam dulu, ya abahnya?”,  ujar mak dengan slanga jawanya.

Abah hanya mengangguk saja.  Tergaris wajah-wajah keletihan mereka.  Kasihan pula Amy melihatnya.  Baru tadi dia terfikir mahu meminta duit dari mak dan abah untuk membayar ganti rugi itu namun dia tidak sampai hati pula.  Mak dan abah sendiri punya masalah, aku pulak nak menambah lagi.  Maka terbantutlah niatnya.  Nampaknya terpaksalah aku menyerah aje.  Memang dah tak ada jalan lain dah…

“Depan kedai kita tu ada restaurant baru buka. Restaurant apa abahnya? Wes…wesden?” Mak menggaru-garu tengkuknya.  “Alah,susah pulak nak disebut.”

Berkerut-kerut dahi Amy cuba mentafsirkan kata-kata maknya.  Wesden? Apa kebendanya tu? Agaknya mak nak cakap western kot.  Alahai…mak aku memang failed dalam BI!.

“Wesden apanya,mak…westernlah”. Amy memperbetulkan sebutan maknya.

“Haa,itulah.  Mak tak pandai nak menyebutnya”.

Sopo nama tuan kedai abahnya? Lupa pulak saya”, tanya mak kepada abah pula.Mak aku ini memang jenis pelupa orangnya.

“Encik Razali,maknya…”

“Haa,Razali! Tadi dia ada jemput ke majlis pembukaan restaurant barunya tu.Mak tengok dapat sambutan hangat.  Kedai kita pulak yang semakin lama semakin sikit.  Mungkin jaman sekarang orang suka makanan omputih macam tu.  Mereka dah jarang makan makanan kampung”. Kedengaran sedih saja dari tutur kata mak.  Abah juga turut mengeluh.  Simpati pula aku melihat mereka.

Amy memeluk bahu mak dan abah.  “Alah…mak dengan abah janganlah bersedih.  Mungkin sekarang bukan rezeki kita.  Esok, lusa adalah tu.  Jangan risau eh?”, dia cuba memberikan semangat kepada kedua-dua orang tuanya itu. Dia faham benar dengan situasi perniagaan restaurant seperti orang tuanya ini.  Kena sabar dan terima saja sepak terajang dunia perniagaan.  Nak-nak lagi bila pesaing  masa kini tumbuh bak cendawan.

“Kan abah dengan mak selalu aje pesan pada Amy masa Amy nak sambung belajar dulu.  Kalau nak sesuatu tu kita kena usaha.  Tak kenal erti putus asa.  In sha Allah, kalau Allah izinkan pasti kita akan berjaya”.

“Iyalah,  nak…”, abah mengiyakan kata-kata Amy.  Mereka saling berpelukan.


~*~*~*~*~*~

Amy sudah selesai membersihkan diri.  Tuala di bahu dibawa ke kepala dan di gosok-gosok.  Setelah itu dia menyimpulkan tuala di kepalanya untuk mengeringkan rambut.  Amy terus meloncatkan tubuhnya ke katil.  Sangat selesa meniarap sambil menyelak majalah.

“Hui… seksinya model-model ni.Kain belah sana, belah sini.  Macam tak cukup kain pun iya.  Ish, ish, ish…”, Amy mengutuk cara pemakaian peragawati di dalam majalah fesyen itu.

“Body dia memang top A lah! Kalau nak dibandingkan aku, ke laut jawapnya.  Sekeping aje macam ni. Langsung tak ada shape.  Kalau kena tiup angin Katarina habis melambung”, dia mengutuk dirinya pula.  Biasalah dia.  Tengok majalah saja sibuk hendak bangdingkan dengan diri sendiri. 

Diselak lagi halaman berikutnya.  “Hui…yang lelaki pulak boleh tahan.  Muka hensem gila! Seksi meksi you! Badan six pack,berketul sana berketul sini.  Tapi…kalau berketul sangat dah macam kingkong pulak”, omelnya lagi.

“Agak-agak jodoh aku nanti macam mana erk? Kalau aku nanti yang simple pun okey. Rupa kenalah ada.  Ada kerjaya, kereta lawa, rumah besar”, angan-angan Amy.  Simple apanya kalau macam tu.  Macam materialistik adalah! Entah kenapa otaknya sempat membayangkan Rayyan si mamat kerek tu.  Eh,apasal pulak aku fikirkan dia ni. Choi!!

Sedang dia leka menilik majalah tersebut, deringan telefon mengganggu konsentrasinya. Dia melihat skrin telefonnya.  Nombor tidak dikenali.  Malas nak jawap. Mesti salah nombor. “Kring,kring,kringgg…”. Deringan pertama tidak diendahkan dan mati begitu saja.  Dia terus menyelak majalah.

Kali ini matanya tertumpu pada gambar baju-baju tren terkini pula.  Cantik-cantik, tapi mahal.  Aku memang taklah nak beli baju macam ni.  Alah, t’shirt dengan jeans biasa pun dah okey.  Bukan aku ni artis bagai nak pakai baju cantik-cantik.  Sebenarnya kata-kata itu hendak menyedapkan hati saja.  Padahal jiwa meronta-ronta mahu mengenakan baju seperti itu. Yalah, nama pun perempuan pasti ‘terliur’ bila melihat fesyen terkini,kan...

“Kring,kring,kringgg…”, telefonnya berbunyi lagi.

“Eee…kacau daun betullah!” Telefon bimbitnya ditilik untuk mengecam pemanggil.

Nombor tak dikenali lagi. Ini mesti nombor tadi. “Haish, tak faham bahasa ke? Orang tak angkat tu sebab orang tak nak layanlah.”

“Kring,kring,kringgg…”.

“Tak boleh jadi ni.  Angkat ajelah.  Kalau orang di sana telefon saja nak berkenalan, nak usha.  Haruslah di matikan”.  Ceh, cakap macam orang tu telefon sebab nak usha kau aje.  Perasan bebenor.

 “Assalammualaikum, hello!”.

“Hey,apasal aku call berkali-kali kau tak angkat haa?!!”

Hampir mahu tercampak telefon bimbitnya apabila di sergah begitu. Salam pun tak dijawap  Amboi, sesuka hati aje tiba- tiba nak marah aku.  Wah-wah…bagus punya anak orang. Apahal mamat ni?

“Hello di sana! Awak apahal telefon saya terus nak marah-marah. Period eh?!”, marah Amy pada si pemanggil yang tak diketahui namanya.

Rayyan ketap bibir.  Ek, eh…kita marah dia, dia marah kita balik. Ini mesti kes dia sengaja atau terlupa nak save nombor aku. Ini boleh mendatangkan marah!

“Wah, sedap mulut kata aku period. Kau tak ingat aku ke?...”

“Ingat apanya? Tahu pun tak, nak ingat buat apa. Buang masa aje layan awak ni”, Amy terus mematikan talian.  Orang sewel datang dari lubuk mana entah!.

 Tersentak Rayyan apabila dia baru hendak memulakan percakapan talian telah di matikan.  Memang nak kena dia ni! Dia mendail kembali nombor telefon Amy.

“Kring,kring,kring…”

Hish, apa lagilah... Tak puas hatilah tu.

“Hmm,hello!”, sambut Amy bagai nak tak nak.

“Siapa suruh kau letak telefon? Aku belum habis cakap lagi tau!”.

“Eh,awak ni nak apa, haa? Kot ya pun nak mengusha anak dara orang, jangan malam-malam. Pagi esok ke, petang esok ke barulah kena masanya.”

Dia fikir aku nak mengusha dia? Hish, selisih malaikat empat puluh empat!.

 “Weh, apa yang kau merepek ni. Kau ingat lagi tak orang yang kau sepak tin hari tu? Akulah orangnya. Encik Rayyan Daniel! Ingat lagi?”

Amy terdiam serta merta. Lah…dia ke? Adoyai…Dia menepuk-nepuk bibirnya yang terlalu ‘mesra’ berkata-kata tadi.Buat malu saja.

“Ini Encik Rayyan ke?”, tiba-tiba Amy melembutkan suara bertanya. Ceh, trick nak cover malu.

“Oh, ingat rupanya. Aku ingat kau dah lupa. Yalah, orang ada penyakit nyanyuk keturunan nenek kebayanlah katakan”, ejek Rayyan geram.

Amy menahan geramnya apabila mendengar kata-kata Rayyan. Dia kata aku ada penyakit nyanyuk keturunan nenek kebayan! Huhh! Dia cuba menahan banteng kesabaran yang seakan retak menanti belah.  Bantal menjadi mangsa tumbukannya.

Suara dilembutkan lagi. “Maaflah, Encik Rayyan. Saya tak cam suara tadi.”

Rayyan ketawa sinis. Alahai, bila dah salah mulalah nak lembutkan suara. “Hmm,  whatever…”,nadanya kerek.

Kuatlah wahai hati walaupun kau hampir hendak terbakar sekarang ini. Amy mengurut-urut dadanya. Teguhkanlah iman aku berhadapan dengan lelaki ini nanti. 

“Encik nak apa telefon saya ni?”

“Aku dah cakap dengan kaukan.  Bila aku call kau kena bersiap sedia untuk datang ke tempat aku.  Jangan buat-buat lupa pulak…”

Dia nak aku datang sekarang ke? Tapikan sudah malam buta ini. “Eh,taklah. Saya ingat lagi.  Tapi, encik takkan malam-malam buta macam ni kot nak ke sana.  Karang ada jugak yang kena tangkap basah. Saya tak nak dan saya tahu encik takkan nak,kan?”, ujar Amy dengan suara separuh merayu.  Janganlah dia minta bukan-bukan pula.

Ish, ke situ pulak dia berfikir. Aku belum habis cakap dia sudah corner. Apa dia ingat aku teringin sangat nak kena tangkap basah dengan dia? Minta simpang! Ngeri Rayyan membayangkannya jika itu betul-betul terjadi.

“Aku bukan maksudkan malam ni tapi esok pagi. Aku nak jam sembilan pagi kau dah terpacak depan apartment aku. Faham tak?”

Amy termalu sendiri. Wahai otak, kau selalu aje fikir benda yang bukan-bukan. Cubalah positif sikit!.

“Lah…esok rupanya. Saya ingat malam ni”, jawap Amy malu-malu.Haish!

 “Apasal? Kau ingat aku nak suruh kau ke sini malam-malam buta sebab nak ehem…ehem.. dengan kau ke? Kalau kau nak, aku boleh aje” dengan selamba dia berkata. Sengaja Rayyan mahu menyakat Amy.

Terbeliak mata Amy mendengarnya “Eh,tak! Bu..bukan macam tu encik!”, nafinya pantas. Gila apa! Tak rela mak, nyah!

Tahu takut! Rayyan menyimpan gelaknya dari meletus.

“Tapi encik boleh tak kalau saya ke sana tengah hari saja? Sebab…sebab saya ada kuliah esok pagi, habis tengah hari. Dalam pukul dua belas”.

Oh, masih bergelar student rupanya minah ni. Adik-adik kot.

 Sengaja Rayyan berdiamkan diri buat beberapa saat.  Biar dia tertunggu-tunggu.

“Encik, boleh tak?”, sudah bisu ke mamat kerek ini?

“Hmm, boleh. Tapi make sure kau tak lambat,sharp. Aku paling benci orang lambat. Kalau kau lambat jugak…tahulah nasib kau.Aku akan bagi denda yang kita sama-sama seronok nanti”, Rayyan sengaja memperdengarkan ketawa miangnya. Alah, nak gertak aje, bukannya apa pun. Agak-agak apalah reaksi dia erk? Mesti menggelabah habis!

Denda yang kita sama-sama seronok? Apa maksud dia? Ish, meremang pulak bula roma aku.

“Err…ba…baiklah encik”. Tergagap-gagap pula apahal ni…

“Ingat ya.Kalau tak…”, Rayyan menggantung perbualannya.  Segera talian dimatikan.  Ambik kau!

Kalau tak apa? Amy tertanya-tanya.  “Encik…encik…encik!!”. 

 Cis! Dia matikan talian.  Sengaja nak buat aku saspen.

 Fikiran Amy mula menerawang  perkara yang bukan-bukan bakal terjadi esok.  Apalah yang dia nak aku lakukan di rumah dia nanti? Ya Allah, jauhkanlah sesuatu yang buruk berlaku pada aku!

“Aku tak nak!...Aku tak rela!...Tak nak!, tak rela!”, laung Amy dan terus menekup muka ke bantal dengan gaya menonggeng.

Tuk,tuk,tuk!...Pintu biliknya di ketuk.

“Amy, kenapa tu, nak?”

 Amy mengangkat muka. Mak rupanya.  Pasti dia terdengar jeritan aku.

“Err, tak ada apa mak. Amy tengah baca cerita hantu ni.  Seram sangat pulak mak.  Sorrylah ganggu!”

“Hish, kamu ni baca cerita macam tu waktu-waktu begini buat apa. Mak ingat kenapa-kenapalah tadi.  Dah pergi tidur, esokkan ada kuliah”, pesan mak sebelum berlalu.

“Ya…”.

Amy kembali menekup mukanya.  Kmbali membayangkan hari malangnya, esok".


Bersambung lagi......hehe

           
           
           
           
           
           
           
           





2 ulasan:

-sj- berkata...

Ok...so far...so good...cuma takkanlah nak suruh amy jadi maid kot?.. Dah ada cerita yg bkisah psla maid nie....

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

alamak dah boleh agak ye...ada jgak fikir nak jadikan Amy ni maid..hehe..apa2 pun follow kisah selanjutnya..^__^