Hana merungut sejak dari
Encik Hasmidi keluar dari bilik kuliah lagi.
Entah apa-apa saja dibebelkan Mak Minah seorang ini. Semua berkisah assignment. Mulutnya memuncung bak burung belatuk.
“Hai, banyak betul assignment. Puan Maziyah, Encik Husain
lagi. Ditambah pulak Encik Hasmidi. Ayoo… minggu ni dengan minggu depan
nampaknya tak boleh berjimba sikitlah.
Huhu… rasa nak pengsan dah ni!”
Tangannya sibuk mengemas buku rujukan dan pen yang
berterabur.
“Habis segala planned aku nak date dengan Abang Daus
macam gini. Oh, tidak!”
Budak ini. Tak habis-habis dengan Abang Daus dia. Amy
menepuk lengan kawan baiknya itu.
“Hish, kau ni asyik-asyik Abang Daus kau tu. Weh, abang senior kau tu boleh tunggulah. Ni…
assignment tak boleh tunggu dik oi,” bebelnya pula.
“Ha’ahlah Hana. Apalah kau ni. Buat masa ni ada baiknya kau habiskan masa
dengan assignment dari si Abang Daus.
Karang tak siap, kena hempuk dengan buku rujukan yang tebal gila ni.
Baru tau!” sokong EJ pula.
“Yalah… yalah, Mak Nenek sekalian.” Hana beralah. Malas hendak mendengar bebelan dua kawannya
ini yang sememangnya ratu bebel. Boleh pecah gegendang telinga.
“Kita ni sebagai seorang pelajar kolej ya Cik Hana
sayang. Mesti ikhlas menimba ilmu. Bak kata pepatah, menimba ilmu itu biarlah
sampai ke negeri China. Segala hal
remeh, yang membazir waktu kita tepis ke tepi sedikit ya Cik Hana. Sebab apa? Sebab hanya dengan ilmu kita dapat
mengubah masa depan. Kita boleh
banggakan mak bapak, keluarga, guru-guru, orang kampung…”
Belum pun sempat Amy menghabiskan ceramah tak bertauliahnya
dengan bersemangat. Hana pantas menutup
mulutnya.
“Stop… stop! Amy, sudahlah. Aku faham sangat-sangat apa
kau nak cakap. Tak apa, jangan cakap lagi. Adoi… naik semput dah aku dengar kau
punya ceramah.” Hana melepaskan tangan dari mulut Amy.
Amy dan EJ tergelak besar melihat rakan mereka yang bagai
putus nafas. Dia sengaja hendak
mengenakan Hana. Biar dia berhenti
merungut. Bukan dia tak tahu. Hana
paling pantang bila mendengar mereka berdua membebel. Kadang-kadang, cepat saja dia menukar topik.
“Dah, jom balik.
Balik rumah nanti terus layan semua assignment yang menimbun ni Cik Hana
sayang. Hehe…” perli EJ.
Cemberut wajah Hana memdengar perlian EJ.
“Jom balik!” sahut Amy sambil menarik tangan Hana supaya
bangun.
~*~*~*~*~*~
“Mana pergi semua bas ni?”
Amy sudah kegelisahan menunggu bas. Peluh di dahi segera dia seka dengan
kura-kura tangan. Sejak akhir-akhir ini cuaca begitu terik. Badannya sudah melengas. Fail di tangan di kipas-kipas
ke wajah.
“Kalau tadi tumpang Hanakan bagus. Padahal tadi Hana dah
offer. Tapi aku sendiri yang
menolak. Konon-konon tak nak
menyusahkanlah. Bengong!” Amy memarahi
dirinya sendiri.
Amy menggosok-gosok perutnya. Cik Perut dah lama bergazal bagai di dalam
ini.
“Perut dah lapar. Bas…”
rengeknya bagai budak kecil tak dapat susu. Rasa hendak mengamuk pun ada.
Dia melabuhkan punggung di kerusi batu.
Kring… kring… kring! Telefon bimbitnya di poket menjerit.
“Siapa pula yang telefon ni? Orang tengah panas ni, lapar lagi” rungutnya
sambil menyeluk telefon di poket tepi.
Dia mengerling nama si pemanggil.
Rayyan! Segera dia menekan punat hijau.
“Hello, assalammualaikum. Haa, Encik Rayyan. Ada apa?”
tanya Amy dingin. Fail di tangan tak
berhenti mengipas.
“Wa’alaikumsalam. Hai, suara macam nak tak nak aje jawap
call aku. Kau dekat mana sekarang? Buat
apa?” tanya Rayyan tiba-tiba.
Amy menjauhkan telefon bimbit dari telinga.
“Dah kenapa dia tanya aku macam tu? Buang tabiat apa?”
Amy bercakap perlahan. Tidak di dengari Rayyan.
Telefon bimbit di tekap semula ke telinga.
“Saya baru habis kelas. Tengah tunggu bas nak balik.”
“Oh, okey,” pendek saja balasan dari Rayyan. Setelah itu talian dimatikan.
Amy tergamam seketika.
Dia mengaru-garu dahi. Baru saja
telefon, sudah dimatikan. Pelik betul dia ini.
“Lorh… kok itu aje yang dia nak tanya. Haish, baik tak payah call. Buang masa aje,”
omel Amy dengan perangai Rayyan yang susah dijangka.
Amy kembali setia merenung kereta lalu lalang di hadapannya.
Untuk mengurangkan rasa bosan yang menggila, mulutnya bernyanyi kecil.
Pon! Pon! Bunyi hon kereta dari jauh. Hampir menghampiri di bus stop tempat Amy
berteduh.
Serta merta Amy membuang pandangan pada kereta yang
membunyikan hon. Erk, macam kenal saja
kereta itu. Bukankah itu kereta Rayyan?
Dia melihat betul-betul. Betullah,
kereta lelaki itu.
“Aduyai… kenapa dia ada dekat sini masa-masa macam ni?”
Secepat mungkin Amy berpaling ke belakang dan menutup wajah dengan fail. Buat-buat tak kenal!
Kenapa hidup aku ditakdirkan asyik berjumpa dengan dia
saja. Mana aku pergi mesti ada dia. Kalau sekali sekala itu tak mengapalah. Ini
selalu juga. Tapikan, aku masih dalam mengikut setiap arahan dia. Mestilah kena
menghadap dia selalu. Kadang naik muak juga tengok wajah dia saja. Sesekali nak
jugalah dia bebas dari zon Rayyan.
Rayyan memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Amy.
Pon! Pon! Dia membunyikan hon.
Tiada reaksi dari Amy.
Gadis itu hanya duduk membatu dan membelakanginya.
“Dia ni memang tak perasan atau sengaja buat-buat tak
perasan?” rungut Rayyan.
Pon! Pon! Hon ditekan sekali lagi. Amy masih statik di tempatnya. Sah, dia
sengaja buat-buat tak perasan!
Rayyan kegeraman.
Dia menurunkan tingkapdi bahagian penumpang di sebelahnya. Kepala di
jengulkan sedikit.
“Amy! Alah, kau tak payah nak buat-buat macam tak kenal.
Aku tahu itu kaulah.”
Ceh! Amy
melepaskan keluhan berat. Dia dah cam
aku dari tadi pun. Memang tak boleh nak
mengelak dah…
Amy menurunkan fail dan berpaling ke hadapan. Rayyan
menjatuhkan cermin mata ke batang hidung.
“Jom aku hantar kau balik!” Dia mempelawa Amy.
Amy
bangun dan mendekati kereta Rayyan. Membongkok dan menjengah ke tingkap kereta
lelaki itu. “Tak apalah, Encik Rayyan.
Saya balik naik bas aje.” Dia menolak secara lembut.
“Aku dah
adakan. Buat apa nak naik bas lagi. Karang sampai ke tua kau tunggu tak
muncul-muncul. Dah, cepat masuk!” desak Rayyan.
Orang dah bagi tumpang pun tak mahu naik. Bukan senang dia hendak menumpangkan orang
dengan kereta kesayangannya ini.
“Tapi…”
Kalau
boleh Amy mahu mengelakkan diri dari Rayyan hari ini. Tidak mengapalah kalau
kena tunggu bas lama sedikit.
“Tak ada
tapi-tapi. Baik kau cepat masuk. Atau… kau nak aku keluar lepas tu gendong kau
masuk ke kereta?” Rayyan bersuara keras.
Amy
terpaksa juga akur dengan arahan Rayyan.
Segera dia membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam kereta lelaki
itu. Rasa mahu saja dia melarikan diri
tadi. Takut juga kalau Rayyan bertindak
di luar kawalan. Mana tahu lelaki itu
mengejarnya dan mendukung lalu menghumban ke dalam kereta. Macam dalam filem
Bollywood pula. Bila hero tak dapat
pujuk heroin sebab heroin nak jual mahal, si hero mulalah kejar heroin dan
mengendongnya. Lepas itu dorang menyanyi
dalam heroin masih dengan rajuknya.
Hello,
Cik Amy oi… itu dalam filem saja. Tak
ada maknanya dalam alam nyata. Rayyan tadi cuma gertak kau aje. Jangan nak berangan dia mahu buat begitu.
Kereta
Rayyan mula bergerak meninggalkan perkarangan bus stop.
“Apa
jadi dekat motor antik kau? Dah arwah ke?”
Amy memandang tajam Rayyan. Jelingan diberikan kepada lelaki itu. Mulut dia ini memang taka da insurans
betul. Ada karang kena cili kejap lagi!
“Ada lagilah.
Masuk hospital,” jawap Amy dengan rasa geram.
Sesuka hati saja Rayyan mengutuk motornya yang telah
banyak jasa kepada dirinya. Kalau tak
ada motor itu, hari-harilah dia jadi Pak Pacak menunggu bas pergi ke kolej.
“Masuk hospital?
Pelik betul motor pun boleh masuk hospital. Aku ingat orang saja,” ujar Rayyan dengan
riak ala-ala bendulnya.
Mahu saja Amy menghempuk Rayyan ini. “ Hospital tu
maksudnya bengkel, Encik Rayyan.”
Rayyan ketawa mengekek.
“Kau ni entah apa-apa aje.
Bengkel pun cakap hospital.”
Ek eleh, suka hati oranglah. Sibuk aje dia.
“Encik nak bawak saya pergi mana ni?” tanya Amy. Jalan
yang digunakan Rayyan bukanlah jalan ke rumahnya.
“Kita pergi makan dululah. Aku dah lapar ni.”
Amy mengangguk tanda setuju. Kebetulan dia pun tengah lapar. Jadi ajakan Rayyan bagai orang mengantuk
disorongkan batal saja. Hehehe..
“Thank you, Mr. Kerek!” bisiknya dalam hati dan tersenyum
senang.
Rayyan memberhentikan kereta di sebuah restaurant ala-ala
Jepun. Dia keluar dari kereta begitu
juga dengan Amy. Mereka seiring memasuki restaurant itu. Masuk saja, Amy kagum
dengan hiasan dalaman restaurant yang penuh dengan gaya rumah Jepun. Tiada kerusi seperti restaurant biasa. Hanya
ada kerusi tanpa kaki.
“Watashitachi no
shokudō e yōkoso.” Seorang wanita berkimono datang menyambut kedatang an mereka
berdua. Penuh sopan wanita itu
menunduk. Sebagai tanda hormat dan
memberi salam agaknya.
Rayyan turut menundukkan kepala. Melihat lelaki itu
berbuat begitu, Amy ikut saja.
“Arigatō,”
balas Rayyan.
“Watashi wa anata
no tēburu o o mise shimashou.” Penuh sopan wanita itu berkata lagi.
Amy mengaru kepala yang tak gatal. Dia tidak faham
langsung dengan apa yang mereka bualkan. Hendak mencelah, sepatah harem dia tak
tahu berbahasa Jepun. Diamkan diri dan senyum sajalah.
“Hai, daijōbu.”
Mereka bergerak ke satu meja di sudut tepi. Wanita tadi menghulurkan buku menu kepada
Rayyan dan Amy.
“Kore wa
watashitachi no shokudō menyūdesu. Sentaku shite kudasai,” kata wanita itu
lagi sambil menunjukkan menu.
Mereka membelek menu di tangan.
“Kau nak set mana?” tanya Rayyan.
Amy mengangkat bahu tanda tak tahu. Semua sushi, halfcook pula. Manalah dia pernah telan
makanan ini. Cengkodok itu selalulah.
“Encik pilihlah. Saya ikut aje.”
Rayyan menutup semula buku menu. Dia kembali memandang wanita tadi dan
bercakap dalam bahasa yang kurang difahami Amy.
Setelah itu barulah wanita itu berlalu. Amy memandang Rayyan dengan
perasaan kagum.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Encik faham ke apa dia cakap tadi?” soalan dijawap
dengan soalan juga.
“Adalah sikit-sikit,” jawap Rayyan dengan senyuman nipis.
“Wah, hebatlah encik ni!”
“Tak adalah hebat sangat. Tapi, hebat jugalah”, Rayyan
berbangga diri.
Amy menjuihkan bibir.
Baru puji sikit, sudah kembang. Wanita tadi datang semula ke tempat
mereka bersama pesanan yang dipesan.
“Shokuji o shite
kudasai,” ucap wanita itu sambil menunduk.
“Hai, arigatō.”
Amy hanya memandang saja hidangan di hadapannya. Hailah, aku bukan reti makan benda macam ini. Kalau ikan patin masak cili padi
makanlah. Sampai tiga kali tambah
penangan masakkan mak. Macam mana nak telan benda ni?
“Buat apa kau pandang lagi. Makanlah. Jangan tak makan
pula aku dah belanja ni. Karang membazir duit aku aje.”
Rayyan membuka penyepit dan menyepit salah satu sushi di
pinggannya. Kemudian dicicah ke sos berwarna hitam dan kemudian hijau lalu di
masukkan ke mulut.
Kau pandai guna chop stick tak? Kalau tak pandai sini aku suapkan," pelawa Rayyan dalam nada bergurau.
"Eh, tak payah. Saya pandai gunalah. Ingat saya ni kuno sangat ke?" ujar Amy sambil membuka penyepit.
Rayyan tergelak kecil.
Nampak macam okey saja dia makan. Dengan separuh hati Amy ikut juga seperti
yang dilakukan Rayyan. Amy menyepit sushi di atasnya ikan salmon.Teragak-agak
untuk dia masukkan ke mulut.
“Lah… makan ajelah.
Sedap tau.”
Perlahan-lahan Amy memasukkan sushi ke dalam mulut.
Dikunyah dan terus telan.
“Arrgghhh… pedasnya!” meleleh air mata sewaktu dia
mengunyah. Segera gelas dicapai dan meneguknya rakus. Tidak cukup segelas dia
meminta Rayyan tuang lagi.
Rayyan akur sambil tergelak-gelak. Hari itu Amy mengenakan dia, sekarang dia
kenakan Amy pula.
“Dah tahu tak tahan pedas. Siapa suruh kau makan wasabi?”
perli Rayyan selamba.
Amy menjeling Rayyan.
Bukan dia tak tahan pedaslah. Cuma pedas sos yang dipanggil wasabi ini
lain macam. Macam makan racun pun iya! Wajah yang sudah berpeluh di kesat
dengan tisu.
Rayyan pula sibuk menggelakkannya. Eleh, dia bolehlah, sudah biasa. Menyampah!
“Dah, cepat habiskan,” ujar Rayyan setelah ketawanya
mereda.
“Yalah… yalah.”
Dengan perasaan sebal Amy menyambung makan. Wasabi dijauhkan dari pinggannya. Kerana sos itulah dia mendapat malu hari ini.
Ceh!
“Ish.. ish.. Makan pun comot.”
Tidak semena-mena Rayyan mengesat tepi bibir Amy.
“Err…” tergamam Amy dengan perbuatan lelaki itu.
Mata mereka berdua bertatapan.
“Sos ada kat tepi bibir kau. Aku cuma tolong kesat aje.” Baru Rayyan sedar dia sudah terlepas
laku. Secara spontan dia mengesat.
“Terima kasih,” ucap Amy perlahan. Pipinya sudah
kemerahan namun segera dia kawal agar tidak kelihatan. Dia menundukkan sedikit wajahnya. Malu!
Mereka makan tanpa banyak bicara. Masing-masing bagai
terkunci mulut selepas perbuatan Rayyan tadi.
~*~*~*~*~*~
Rayyan memberhentikan kereta
jauh sedikit dari rumah Amy. Gadis itu
yang memintanya berbuat begitu. Katanya
takut jiran-jiran nampak. Betul juga. Jadi bahan bualan pula nanti.
Amy turun dari kereta.
Kemudian dia menjengahkan sedikit kepala di tingkap.
“Encik Rayyan terima kasih belanja saya makan. Terima kasih juga ajar saya makan sushi,”
ucap Amy sambil memberikan senyuman manis kepada lelaki itu.
Rayyan terkesima dengan senyuman Amy. Cepat-cepat dia menurunkan cermin mata yang
tadi duduk di atas kepala. Senyuman gadis itu mengusik jiwa lelakinya.
“Welcome. Thanks
jugak sebab kau dah teman aku pergi makan. “
“Sama-sama,” balas Amy.
“Err… aku balik dululah.
Assalammualaikum.”
“Wa’alaukumsalam.”
Rayyan menutup kembali cermin kereta. Perlahan-lahan keretanya bergerak melintasi
Amy.
Amy melambai-lambai tangan seiring dengan kenderaan
Rayyan bergerak. Tak sangka. Dalam
garang, sombong dan kerek Rayyan. Ada juga sifat baiknya. Rayyan… Rayyan…
Bersambung part 12 nanti...hehe
Salmon Sushi |
Google Translate :
1. Watashitachi no shokudō e yōkoso ~ Selamat datang ke kedai makan kami.
2. Arigatō ~ Terima kasih.
3. Watashi wa anata no tēburu o o mise shimashou ~ Mari saya tunjukkan meja anda.
4. Hai, daijōbu ~ Ya, baiklah.
5.Kore wa watashitachi no shokudō menyūdesu. Sentaku shite kudasai ~ Ini adalah menu di kedai kami. Silalah pilih.
6.Shokuji o shite kudasai ~ Sila menjamu selera.
7. Hai, arigatō ~ Ya, terima kasih.
( Semua bahasa Jepun di dalam skrip ni Ira gunakan Mak cik Google Translate. Sekiranya ada kesalahan, Mak cik GT punya salah..hehehe)
5 ulasan:
Best2.ngee.nk lg.
Hehe...akak weeda, next week ira up lagi...^__^
bestnya... nampak dh ada bibit2... heee...
Ferra Lezza, yup, bibit2 cinta tu dah ada sikit tp masing2 tak nak mengaku...tq sudi baca..hehe
Thanks baby mio sudi baca karya ira...:)
Catat Ulasan