Bilik kuliah masih lagi sunyi
sepi. Hanya ada beberapa orang saja yang
sibuk mentelaah buka rujukan. Hana dan
EJ masuk ke dalam bilik kuliah. Mereka
mengambil tempat di sebelah Amy yang duduk berseorangan sambil menekup muka di
meja. Dengkuran kecil jelas kedengaran.
Riuh mulut dua
sahabat itu bercerita.
“Eee… aku tak puas hati betul dengan orang kedai tu. Ada ke patut mee goreng yang aku pesan ada
lipas mati. Huh!”, EJ menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya yang membuak-buak.
“Eeuuww… gelinya!
Habis apa kau buat?”, tanya Hana mengeliat kegeliaan. Dengar saja ‘lipas’ dia sudah mual. Dia sememangnya anti dengan sepsis serangan
perosak itu.
“Nasib aku tak termakan lagi. Aku apa lagi, aku panggillah pekerja
dia. Kitorang bertekak dekat situ, dia
tak nak mengaku pulak tu. Last-last aku
hilang sabar, aku suruh dia panggil bos dia.
Lepas tu kau tahu apa?”
“Apa?”, tanya Hana.
“Bila bos dorang datang aku ingat dia nak minta maaflah. Rupanya tidak. Dah tu dia cakap aku ni dihantar entah mana
orang yang sakit hati dengan kedai dia suruh sabotaj kedai dia tu. Dia ingat aku sengaja nak buruk-burukkan
kedai dia yang tak seberapa tu, biar pelanggan lari. Ada ke patut?”
“Memang tak patut.
Dah salah dia nak menuduh orang pulak.
Lagi, kau buat apa?”, Hana turut menyatakan rasa tidak puas hatinya.
“Aku apa lagi.
Habis mee goreng lipas tu naik kat kepala dia. Siap air fresh orange lagi, memang marvellous
jawapnya. Aku bagi dia tazkirah sikit
dekat depan pelanggan-pelanggan dia.
Padan muka!”, ujar Ej dengan rasa marah yang berkobar-kobar.
EJ sememangnya mudah ‘panas’ apabila kesabarannya di
cabar. Amy dan Hana sudah fasih sangat
dengan sikap EJ yang pantang di cabar.
Jadi tidak hairanlah mereka jika gadis ala teruna itu berkelakuan
seperti itu.Dan itu bukanlah kejadian yang pertama yang telah dia lakukan. Jangan
bermain api dengan EJ oi… kelak membakar diri sendiri.
“Haa, kau tuang mee tu dekat kepala dia? Habis dia macam
mana?”, Hana mahu tahu reaksi pemilik kedai apabila diperlakukan seperti itu.
Alahai, EJ…
“Yalah. Dengan aku
jangan dibuat main weh… Macam mana lagi, malulah dia dibuatnya. Dah tu barulah dia terkedek-kedek nak minta
maaf. Boleh blahlah. Sampai kiamat pun aku takkan pergi kedai dia
lagi” Janji EJ.
Hana hanya ketawa dan mengeleng-geleng dengan perangai
brutal si EJ. Walaupun dia begitu, Amy
mahupun Hana respect dengan EJ. Gadis
itulah yang sentiasa menjadi tulang belakang jika mereka punya masalah. EJ memang seorang yang setia kawan.
“ Weh, minah tu apahal? Kita
berbual bagai nak rak dia tak sedar-sedar dari tadi”, tanya EJ pada Hana dengan
pandangannya di tuntaskan ke arah Amy yang lena diulit mimpi.
Hana mengangkat bahu tanda tidak tahu. Bahu Amy disenggol beberapa kali untuk
mengejutkannya. Hairan bin ajaib. Selalu
dia ini bukan main cergas lagi. Hari ini
kenapa pula macam tidak tidur sebulan pula.
“Amy… Amy. Beb bangunlah!”
Amy menggerakkan sedikit
badannya. Cuma mukanya saja tidak
diangkat. Hish, siapa mengacau pula ni?
“Bangun…”, bisik Hana di telinga Amy.
“Hei, jangan kacau akulah”, rengus Amy. Mengantuk benar dia di kala ini.
Berkerut dahi Hana dan EJ apabila mata mereka saling
berpandangan. Digoncang pula lengan
gadis itu lagi.
“ Amy, bangunlah beb… Kejap lagi kelas dah nak mula kot”,
bisik Hana lagi. Tapi kali ini dengan suara yang agak kuat.
Berdesing telinganya.
Mahu meradang Amy apabila tidurnya diganggu. Tak paham bahasa betullah orang ni! Aku dahlah mengantuk tahap tak boleh blah
ni. Mata berat semacam macam diletak gam
cap gajah.
“Kacaulah! Aku ngatuk tau!”, marahnya.
Betul. Dia
benar-benar mengantuk. Sudahlah
semalaman dia tidak dapat tidur. Ini
semua gara-gara si mamat kerek itulah. Sudahlah
rumah dia walaupun hanya apartment tetapi luasnya bukan main. Semua kerja dia buat sendirian. Dari mengemas, menyapu, mengelap, mengemop,
mencuci pinggan mangkuk yang tinggi bukan main sehingga mencuci baju sampai
tiga bakul besar. Terrorkan dia? Mak cik-mak
cik dekat rumah pun mesti tabik spring sama dia. Ceh! ini semua adalah kerana paksa terpaksa
rela tahu! Memang kerja gila!
Balik rumah pun di pertengahan maghrib. Bila masa tidurnya tiba, mata degil tidak
mahu lelap. Otot-ototnya sana sini
berdenyut. Dia terpaksa mengurut
sendirian dengan minyak angin. Mahu
minta tolong maknya, orang tua itu sudah pun tidur. Padahnya keesokan hari yakni hari ini dia
sangat letih dan tidak bermaya. Hendak
ke kolej pun fikir dua tiga kali tetapi dia kuatkan juga kudrat untuk bangun.
“Beb, nak tidur balik rumahlah”, tegur EJ.
Demi mendengar teguran itu Amy mengangkat wajah dan
menalakan pandangan ke arah dua sahabatnya itu.
Matanya jelas kuyu dan terbit urat-urat merah. Wajahnya betul-betul serabut masa ini.
“Ya Allah! Apahal ni beb? EJ kau tengok mata dia ni. Sembab habis”, ujar Hana yang terkejut
melihat wajah Amy seperti itu.
“Ha’ahlah beb. Kau
buat apa malam tadi? Sampai mata dah
jadi macam mata panda ni. Ada orang
tumbuk mata kau ke apa?”
Sebelum menjawab pertanyaan EJ, dia menguap besar. Lalat sepuluh ekor sekali gus pun boleh
masuk, sempat dia berfikir. Nak aje aku
letak dua batang mancis dekat mata ni.
“Bukan kena tumbuklah weh. Aku penat sangat sampai tak boleh tidur. Sebab semalam aku kemas apart... eh bukan
err… semalam aku tolong mak dengan abah aku dekat kedai. Ramai pelangganlah”.
Dalam mamai dia sedar bahawa dia hampir saja terlepas
kata. Cepat-cepat dia menukar cerita.
Dia tidak pernah menceritakan perjanjiannya dan Rayyan pada Hana dan
EJ. Fikirnya, biarlah dia tanggung
sendiri.
“Tapi takkanlah macam gini sekali? Nah, cuba kau tengok
muka kau tu”. Hana memberikan bedak
compaknya kepada Amy.
Amy menyambut dan membukanya. Terus dia menilik muka. Oh mak ai… betul kata EJ. Macam panda! Di bawah matanya seakan lebam
dan membengkak. Macam baru lepas menangis pun iya. Hai, malam ni memang aku tempek semangkuk
timun dekat mukalah nampaknya. Dia
menyerahkan semula bedak compak Hana itu kepada tuannya.
“Nah, ambik balik.
Korang, aku dah tak boleh handle ngantuk lagi ni. Aku ingat nak ke cafe atau library ke
apa. Nak tidur. Hari ni aku skip kelas ajelah erk”.
Amy sudah berdiri.
Hendak berdiri pun macam nenek-nenek pula. Terhuyung-hayang.
“Kenapalah kau datang tadi? Duduk rumah ajelah”, kata EJ.
Malas Amy hendak bersoal jawap lagi. Dia betul sudah tidak bermaya dan matanya
seolah-oleh mahu tertutup. Silap-silap berjalan pun dengan mata tertutup. Ada pula nati orang ingat dia zombie kampung
pisang. Hehehe…
“Aku pinjam nota korang erk. Nanti lepas kelas kita
jumpa. Bye…”, Amy terus berlalu tanpa
banyak kata.
“Pulak…”, keluh Hana. EJ pula hanya menggeleng-geleng
perangai pelik Amy.
~*~*~*~*~*~
“Kau bawak box ni”, arah
Rayyan bersahaja.
Hari ini lelaki itu berpakaian sangat simple. Berseluar khaki dan memakai bajuT berwarna
putih berserta kaca mata hitam. Hari
minggu begini Rayyan kadang kala beriadah di swimming pool di tingkat bawah
apartmentnya.
“Tuala, kipas dan payung”, dengan selamba dia menyangkut
tuala kecil berwarna biru di bahu Amy. Kipas tangan serta payung pula di
serahkan kepada gadis itu.
Amy mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa dia ingat tangan aku ini ada sepuluh ke?
“Encik, macam mana saya nak bawak semua barang-barang ni?
Tangan saya Cuma ada dua aje”, ujar Amy memohon perngertian agar lelaki itu
membantunya.
Rayyan memandang Amy sekilas. “Pandai-pandai kaulah”. Tanpa membantu dia
terus berjalan menuju ke lif.
Dia tinggalkan aku macam tu aje!
“Eh, encik!”, kelam kabut Amy mengangkat kotak
putih berisi ais dan minuman ringan.
Adeh, beratnya… Payung dan kipas dikepit pada ketiak. Cepat-cepat dia mengejar pintu lif daripada
tertutup. Nasib baiklah sempat.
Amy
mengerling Rayyan di sebelahnya. Lelaki
itu cukup selamba dengan tangannya di seluk ke dalam dua kocek seluar. Mulut sibuk bersiul ikut irama entah
apa-apa. Gaya macam sedang senang
hati. Ini mesti dia senang hati sebab
dapat buli aku, detik Amy dalam hati.
Bila tengok wajahnya, bagai ada tarikan pula. Baru dia perasan, si Rayyan ini kacak juga
orangnya. Kenapa dia tidak perasan dari
awal mereka jumpa ya? Mungkin sebab dia
panik kot.
Rayyan
perasan Amy sibuk menilik wajahnya. Sedikit sebanyak dia jadi segan pula. Apa kes ni?
Takkan terpikat dengan muka hensem aku pulak? Bisik Rayyan yang tidak habis-habis dengan
perasannya. Dia berdehem kecil.
“Apasal
kau pandang-pandang muka aku? Apa hensem sangat ke?”
Teguran
itu membuatkan Amy tersedar dari renungannya.
Pantas dia memandang ke hadapan.
Ceh, dia memang perah santan betul!
Tapi memang iya pun dia kacak.
Tadi kau baru puji dia, Amy.Mujur dia tak dengar, kalau tidak kembang
semangkuk. Hehehe…
“Err…
tak ada apa-apa”.
Belum
sempat Rayyan hendak menjawab lif telah terbuka. Segera dia keluar.
“Jalan
tu cepat sikit. Jangan macam siput
sedut”, tegurnya dan terus meninggalkan Amy yang terkial-kial mengangkat semua
barangan.
Sabar
sajalah dengan mamat kuat perasan ini.
Dia berlenggang. Aku pula kena
bawak barangan ni semua. Mana aci!
Rayyan
membaringkan tubuhnya di kerusi rehat.
Kaca mata hitamnya masih setia di atas kepala. Kedua-dua lengan melapik belakang
kepala. Walaupun buka di tepian pantai,
entah kenapa dia rasa nyaman sekali.
Amy pula
sudah meletakkan kotak putih di sebelah Rayyan.
Dia kepenatan. Baru hendak
merehatkan diri di kerusi sebelah Rayyan telah memanggilnya.
“Oii,
siapa suruh kau duduk? Payung. Cepat payung aku”, arah Rayyan.
Mendengar
saja arahan itu Amy tidak jadi duduk.
Segera dia membuka payung dan memayungi lelaki itu. Adoiyai…sudahlah
penat. Keluh Amy.
Rayyan
tersenyum puas. Geli hati melihat gadis itu dalam keadaan kelam kabut
tadi. “ Aku nak air sejuk. Bukakan
cepat!”, arahnya lagi.
Amy
segera membuaka kotak putih dan memcapai setin air gas 100 Plus. Itu pun tak boleh ambil sendiri. Padahal box itu hanya di sebelahanya. Mengadanya…,getus Amy. Tin yang telah dibuka
penutupnya diberikan kepada Rayyan
Rayyan
meneguk air tin itu. Sungguh sejuk
membasah tekak.
“Kipas. Cepat aku panas ni!”, arah Rayyan lagi.
Hei, kecik aje aku tengok dia ini! Tadi nak payung, lepas
itu nak air, sekarang nak kipas pula. Lepas ini nak nak kena penumbuk sulung agaknya? Semua aku kena buat. Macam dia tak ada tangan. Macam aku ini kuli batak
dia. Eh, aku memang kuli dia untuk tiga
bulan pun. Buat-buat lupa pula.
Amy akur juga.
“Fuhh… macam dekat Hawaii. Makin best bila ada orang tolong payungkan,
kipaskan”, ujar Rayyan dengan senyuman meleret di bibirnya.
Wajah Amy sudah cemberut.
Sudah macam anak raja pula.
Entah-entah anak raja pun tak adalah ngada-ngada macam dia ini. Ini pemalas tahap harem…
“Kau panas tak?”, tanya Rayyan tiba-tiba.
“Encik tanya saya ke?”
“Ha’ahlah. Takkan aku tanya Amy dekat Afrika nun”.
Cis, terkena lagi!
“Panas, encik”, jawab Amy sambil mengesat peluh yang
menitis di dagunya.
“Tak apalah kau tahan aje. Kerja bodyguard memang macam tu. Kena ikut mana
tuan dia pergi. Panas, hujan, ribut
sekali pun dia kena redah juga,kan?”, bersahaja Rayyan memerli Amy.
Dia kata aku bodyguard dia? Kurang asam betul! “ Ha’ah,
betul tu, encik. Betul sangat!”, jawab Amy sambil mengetap gigi. Macam nak cekik-cekik aje dia ini.
Dari ekoran matanya dia tahu bahawa Amy sedang menahan
rasa geram padanya. Kulit muka pun dah
merah semacam.
“Dah, tak payah kipas.
Aku nak mandi”.
Rayyan terus bangun dan membuka bajuT putihnya serta
seluar khakinya. Tindakan itu membuatkan
Amy serta-merta menutup wajahnya dengan payung.
Eee… tak tahu malu betullah.
Cakaplah dulu lain kali.
“Alah… buat apa nak malu.
Aku tahu kau suka tengok sebenarnya, kan?”, ujar Rayyan mahu
mengusik. Payung yang Amy pegang
diturunkan ke bawah. Segera Amy menutup
matanya dengan tangan.
“Mana ada!”, nafi Amy keras.
Rayyan ketawa terbahak-bahak.
“Entah apa-apalah kau ni budak kecik”, ejek Rayyan sambil
menggosok-gosok kepala Amy sehingga menjadikan rambut gadis itu sedikit
kusut. Terus dia yang berseluar pendek
tanpa baju berlalu dan terjun ke dalam swimming pool.
Setelah memastikan Rayyan telah pergi Amy terus membuka
matanya. Dia membetulkan semula
rambutnya dan ikat dengan rapi.
“Buruk perangai betul.
Benci!”, merah padam wajahnya menahan rasa malu dan geram sebentar tadi.
Dikipas-kipas mukanya yang membahang sambil duduk.
Tunggu sambungan part 5 ye...@__@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan