Seperti
yang telah dirancang,Zuraidah dan Ustaz Shafik bertolak ke bandar selepas makan tengah hari.
Terasa segan pula Zuraidah kerana
selalu menyusahkan anak Ummi itu. “Maaflah ustaz.Saya terpaksa menyusahkan
ustaz pulak.Tak berniat sebenarnya.Saya ingat nak pergi sendiri naik teksi tapi
ummi asyik mendesak suruh tumpang ustaz”.Dia berasa bersalah kerana menyusahkan Ustaz
Shafik untuk menghantarnya ke gedung membeli belah.
Dia sudah puas menolak tetapi
ummi tetap memaksa.Kalau ikutkan hatinya boleh saja dia pergi sendirian tetapi
apabila melihat ummi begitu risau dia jadi tidak sampai hati pula.
Lelaki itu Cuma tersenyum nipis.
“Apa susahnya Zue.Kebetulan saya nak jumpa kawan dekat area bandar tak jauh
dari tempat Zue nak beli barang-barang tu.Saya pun sekejap saja nak hantar
barang pada kawan saya”.
“Yalah.Tapi saya ni dah
menyusahkan ustaz sekeluarga.Sudahlah saya ni menumpang teduh di rumah
ummi”.Zuraidah tertunduk malu.Sesungguhnya terlalu banyak jasa keluarga mereka
kepadanya.Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi.
“Zue buat apa nak diungkit itu
semua.Saya dan ummi ikhlas nak bantu Zue.Mereka yang kesusahan kami bantu
dengan apa saja yang kami mampu.Lagi pun dengan keadaan Zue yang sarat ni,saya
tak rasa saya akan biarkan Zue pergi seorang naik teksi”.Terang Ustaz Shafik
dengan senyuman lebar dilemparkan kepada Zuraidah.
Baik sungguh hati pemuda ini.Sama
seperti umminya. “Saya bukan apa ustaz.Saya takut ustaz terlambat nak berjumpa
dengan kawan ustaz itu saja”.
“Taklah.Masih lambat lagi.Kami
berjanji pukul tiga petang nanti.Kita keluar awal tadikan”.
Mendengar saja kata-kata lelaki
itu Zuraidah terus mengerling jam tangannya.Jarum jam menunjukkan angka dua
tiga puluh minit.Oh,masih banyak masa lagi rupanya.
Masing-masing diam seketika
memerhatikan pemandangan di luar tingkap.
“Hmmm…tak apa ke Zue saya tinggalkan sekejap?Jangan bimbang,saya
pergi sekejap saja”,Ustaz Shafik memecahkan kesepian.Dia risau sebenarnya mahu
meninggalkan Zuraidah keseorangan sementara dia pergi menemui rakannya di
tempat lain.
“Saya baik-baik saja
ustaz.Janganlah ustaz risaukan.Saya boleh jaga diri saya.Ustaz jangan
tergesa-gesa”.Bimbang juga dia melihat kerisauan di wajah lelaki itu.Janganlah
dia berkejar-kejar kerana aku.Dia takut benda lain terjadi pula.
Mereka telah sampai di hadapan
pintu gerbang pusat membeli belah.
“Saya tinggalkan Zue di sini
ya.In sha Allah lepas saya jumpa kawan saya nanti,saya ke mari semula.Zue
tunggu saya sajalah”,pesan Ustaz Shafik kepada Zuraidah.
“Baiklah ustaz.Hati-hati ya”.Sempat
Zuraidah menitipkan pesanan buat lelaki itu pula sebelum Ustaz Shafik berlalu.
~*~*~*~*~*~
Zuraidah
membelek sepasang pakaian berwarna biru dan mempunyai gambar teddy bear di
tengah-tengah baju bayi itu.Baju dari fabrik lembut itu di belek berkali-kali.Comel!.Pasti
apabila Zulkifli pakai nanti lagi comel,fikirnya.Terbayang-bayang di kepalanya
apabila seorang bayi lelaki mengenakan baju itu.
“Sayang,tak sabar nak tunggu anak
mama ni keluar.Mesti Zulkifli comel mengenakan baju ini”.Dia seolah-oleh
bercakap dengan bayi di dalam rahimnya.Perutnya diusap lembut.
Baju yang dibelek tadi dimasukkan ke
dalam troli.Zuraidah membelek lagi beberapa helai pakaian bayi.Setelah berpuas
hati dia terus memasukkanya ke dalam troli.Cukuplah tiga helai.Lagi pun bayinya
bakal membesar.Ditakuti tiada siapa lagi hendak memakainya nanti.Dia juga ada
mengaitkan beberapa pasang.Setelah memilih baju,Zuraidah memilih dua botol susu
untuk anaknya pula.Satu besar dan satu kecil.
Katil bayi di tepi dinding kaca
kedai menjual barangan bayi menarik perhatiannya.Lantas dia menuju kea rah itu
pula.Sedang dia membelek tanpa disedari ada sepasang mata sedang mengintip
pergerakannya.Lelaki yang berkot jeans,bertopi dan berkaca mata hitam
menyembunyikan diri di balik tiang.
Tag harga dibelek.Hampir memcecah
empat angka.Memang berpadanan harga dengan kualiti katil kecil ini.“Mahalnya”,keluh
Zuraidah.
“Sayang,mama tak mampu nak belikan
katil secantik ini.Tak apalah,Zulkifli baring beralaskan tilam pun kira okey ya
tak.Sekurang-kurangnya mama boleh sentiasa peluk sayang masa tidur”,Zuraidah
mengusap lagi perutnya.Ada pergerakan dari dalam perut.Mungkin bayi itu
memberikan responnya setelah mendengar dia bercakap “Anak mama faham ya apa
yang mama cakap?Pandainya dia”.Pujinya.
Tanpa sengaja Zuraidah melarikan
mata ke luar kedai melalui dinding cermin itu.Sekilas baru dia perasan seperti
ada seseorang yang memerhatikannya di balik tiang.Dia cuba memerhati lagi.Ya
benar.Orang itu sepertinya sedang melemparkan pandangan ke arahnya.
Dahinya berkerut.Siapa dia?Pantas
dia keluar dari kedai.Mahu tahu siapakah gerangan lelaki itu.Namun perut yang
membesar menyukarkan bergerak dengan pantas untuk mengejar orang itu.Dengan
berpapah pada dinding-dinding dia cuba bergerak secepat mungkin.
Terlihat saja Zuraidah keluar dari
kedai,lelaki berkaca mata hitam itu terus berlalu.Mana orang tadi tu?Melilau
matanya mencari kelibat si pengintip.Siapakah agaknya dia ya?Zuraidah
tertanya-tanya di benaknya.
Adakah…adakah itu Irfan?Terasa badannya
sedikit menggigil.Renek-renek peluh mula kelihatan di dahi.Entah kenapa hatinya
kuat mengatakan itu adalah Irfan!.Tapi,adakah benar itu adalah dia?
“Zue!”,sapa seseorang dari belakang
secara tiba-tiba.
Zuraidah terperanjat dan terus
berpaling ke belakang.
“Ustaz rupanya”.Dia mengurut
dada.Bagai terbang semangatnya.Setelah melihat wajah Ustaz Shafik ada didepan
mata barulah dia tenang sedikit.
Ustaz Shafik pelik melihat keadaan
Zuraidah.
“Zue,awak tak apa-apa?”tanyanya
dengan nada yang risau.Kenapa dengan Zuraidah?Sepertinya dia ada sesuatu yang
disembunyikan.
“Err…tak.Bila ustaz sampai?”,dia
langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
“Saya baru saja sampai.Dah nak masuk
kedai tapi tiba-tiba Zue keluar.Zue kejar apa?”
Zuraidah serba salah mahu
memberitahu lelaki itu tentang seseorang sedang mengintipnya tanpa sedar.Dia
tidak mahu menambahkan kerisauan Ustaz Shafik dan Ummi nanti.
“Err…emm…tak ada apalah ustaz.Saya
cuma terserempak dengan kawan lama saya tadi.Saya nak panggil dia tapi dia dah
pergi pulak.Tak sempat saya nak panggil dia”.Bohong Zuraidah.Cepat-cepat dia
mengesat peluh halus di dahinya.Senyuman cuba diukir sebaik mungkin.Cuba
menyembunyikan rasa hatinya.
Seperti sukar untuk Ustaz Shafik
mahu mempercayai.Masakan mengejar rakan lama dia memberikan reaksi
sebegitu.Sampai berpeluh dan menggelabah.Dia pasti Zuraidah seakan menyimpan
sesuatu tetapi berat untuk diceritakan.Hati seolah meronta mahu tahu tetapi
disabarkan saja.Biarlah gadis itu sendiri yang meluahkan segala cerita jika dia
mahu.
“Hmm”.
“Err…Ustaz tunggu di sini sekejap
ya.Saya nak pergi bayar barang-barang.Tinggal nak bayar saja.Tunggu sekejap ya
ustaz?”
Ustaz Shafik mengangguk.Zuraidah
segera kembali ke dalam kedai untuk membayar beberapa barangan yang telah
dipilih olehnya.Dia juga mahu lari dari topik perbualan pendek mereka sebentar
tadi.Biarlah mati di situ saja dahulu.Biar dia memikirkannya tanpa melibatkan
mereka anak beranak dikemudiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan