Isnin, 24 Jun 2013

Dia Lagi!


Jodoh.Kahwin.Itu saja yang asyik mama sebut-sebut.Sampai aku sendiri naik pening mendengarnya.Nak balik rumah  mama dan papa pun kadang kala terasa berat.Hailah mama,umur aku belum cecah 30 tahun sudah bising-bising suruh kahwin cepat.Sibuk benar dia mengaturkan temu janji bagai dengan entah mana-mana anak rakannya.Pening…pening.
            
“Hoi,tak nak keluar makan ke?”,sergah Lela. Nila di sebelahnya aku lihat sibuk dengan telefon bimbit.

“Aku nak siapkan kerja ni sikit.Korang pergilah dulu”

“Kau ni,suka sangat lambat-lambat.Yalah,kitorang turun dulu.Turun tau nanti”,bebel Lela,

“Okey”,jawabku dengan menyengih.Cepat-cepat aku menghabiskan taipan.Aku sememangnya jenis tidak suka menangguh kerja.Apa yang diarahkan terus aku menyiapkannya.Malas hendak membawa pulang kerja ke rumah.Cuma kalau terlalu banyak kerja saja barulah disambung ke rumah.

Setelah siap semua kerja menaip aku mengemaskan meja yang berselerak.Beg tangan di bawah meja aku capai dan pantas keluar dari pejabat.Kafe hari ini padat dengan pelanggan.Biasalah,sekarang waktu makan tengah hari.Aku segera mengambil tempat di sebelah Lela dan Nila.

“Korang…kenapa tak orderkan aku sekali”.,rungut aku.Lela dan Nila sudah pun mengorder makanan.Terasa malas pula hendak beratur.Yang beratur sikit punya panjang daa…

“Kau tak cakap pun suruh order sekali.Lagi pun kitorang tak tahu  kau nak makan apa”,jawab Nila yang masih sibuk dengan telefonnya.Dia ini 24 jam berchatting di Facebook.Tahulah dah ada buah hati.Hmm,aku juga yang belum ada.

“Korang aku pergi order dulu.Tengokkan beg aku ni eh”,pesan aku sebelum segera berlalu.Lambat karang lagi panjang pulak kena beratur.

Akhirnya sampai juga giliran aku.Makan tengah hari ini aku ambil lauk yang simple saja.Nasi putih sesenduk,sayur kubis goreng dan seketul ayam masak merah.Sebenarnya aku sekarang dalam mood berdiet padahal badan aku tidaklah gemuk pun.Hehehe.Yalah,aku cuma hendak berjaga-jaga saja.Untuk pembasah tekak aku pilih Milo ais.Kegemaran tu.

Oleh kerana perut aku sudah berdondang sayang tanpa menoleh kiri kanan cepat saja aku menatang pinggan dan gelas tanpa menggunakan dulang.Tidak fikir lain dah,fikir nak isi perut yang dah merengek saja.Hailah perut,memang tidak boleh nak consider sikit.Tiba-tiba…Dupp!

Alamak,aku terlanggar orang!.Mamat pulak tu.Akibat perlanggaran itu air di tangan tertumpah sedikit ke bajunya.Pantas aku meletakkan makanan aku di meja sebelah.Aku capai tisu dan segera mengesat air Milo ais di bajunya yang sudah membentuk seperti peta.Puteri,mana kau letak mata ni?Habislah aku kejap lagi!.

“Err…encik maafkan saya.Maafkan saya.Salah saya ,maaf encik.Saya betul-betul tak sengaja”.Berkali-kali aku meminta maaf sambil mengesat bekas tumpahan air tadi walaupun aku tahu kesan itu tidak akan boleh hilang dengan hanya mengesatnya saja.Ini semua salah aku,siapa suruh jalan tak guna mata!

“Eh,tak apa,tak apa.Sikit saja ni”.Dia menjauhkan dirinya sedikit dari aku.

Aku memberanikan diri untuk mendongak memandangnya.Terpegun aku disitu.Hensemnya dia!.Oh my…
          
 “Sekali lagi saya minta maaf encik”.Aku tunduk kembali.Tidak berani untuk memandangnya lama-lama.Jantung ni macam nak tercabut saja.Karang ada pulak orang jatuh hati di sini.
            
“Nevermind.Saya tahu awak tak sengaja.Saya juga tak berhati-hati tadi.Sikit aje ni.Ermm,saya pergi dulu”.Tanpa berkata apa-apa lagi dia terus berlalu.Peliknya…dia langsung tak marahkan aku.
           
 Aku mengeluh.Bengong betul!.Buat malu saja.Aku pandang sekeliling.Ada beberapa pasang mata tajam memandang aku.Adoi,malunya aku!.Pantas aku berjalan ke meja aku tadi.
           
“Babe,asal kau makan macam ala-ala pengantin pulak ni?Siap menunduk lagi”,tanya Nila kehairanan melihat aku yang sudah blushing.Macam robot tidak cukup bateri pun iya.
            
“Aku malulah…”,aku tutup sedikit mukaku dengan tangan.Terasa  seperti aku diperhatikan dan ditertawa.
        
“Nak malu pulak buat apa.Hai,selalu makan pelahap bukan main.Ini nak malu macam makan damai.Apa kau tengah praktis erk?”,sela Lela pula.Sempat pula tu mengenakan aku.Memandai aje cakap aku makan pelahap.Hish,dia ni…
            
“Tadi aku terlanggar oranglah.Habis baju mamat tu kena air Milo ais aku ni.Nasib baik sikit aje.Semua orang tengok weh.Sengal betul aku ni.Malu,malu,malu…”.Macam nak sorok muka bawah meja saja.
            
“Mamat?Eh,mana orangnya?Hensem tak?”,tanya Lela teruja sambil menoleh kiri dan kanan mencari kelibat lelaki tadi.
            
“Ha’ah,hensem tak?Siapa nama dia?”,seloroh Nila pula.Teruk betul dorang ni.Sengaja dorang hendak mengenakan akulah tu.
            
“Hish,korang nilah.Aku dahlah malu gila,korang boleh pulak tanya soalan bengong.Mana aku tahu nama dia.Mamat tu terus blah macam tu.Muka bolehlah”,getus aku geram.Tapi mamat tu memang hensem gila.Erk!
            
Lela dan Nila ketawa sakan melihat muka cemberutku.Dorang ni memang suka sangat mengusik aku tau.Geram betul!


~*~*~*~*~


“Puteri,drawing kau untuk projek di Ampang tu dah siap?”,tanya Lela sambil menghirup kopi.
            
“Dah.Encik Kamarul pun dah luluskan drawing aku tu.Klien pun dah bersetuju”.Lega rasanya apabila drawing aku telah diluluskan dengan sedikit pindaan saja.Tinggal hendak melaksanakan saja.
            
“Aku pun dah siap.Tinggal tunggu bos kita luluskan saja drawing untuk projek di Seremban tu”.Senyum Lela meleret sampai ke telinga.Mentang-mentang dah siap kerja,dia ni mulalah nak ajak aku jadi ahli mesyuarat tingkap. “Nanti aku dengan Haris handle projek di sana.Nila pulak kena handle sorang projek perumahan taman di Cheras.Kau pulak,aku dengar dari Encik  Kamarul akan handle projek apartment di Ampang tu dengan arkitek baru.Dengar cerita arkitek tu baru balik dari belajar di luar negara.Anak kawan Encik Kamarul jugak.Tapi dia belum bagitau siapa orangnya.Dia cuma cakap esok baru arkitek tu datang”.Lela menyampaikan apa yang diberitahu oleh Encik Kamarul kepadanya.
            
“Arkitek baru?”
            
“Hu’uh”.Lela menghirup lagi kopi yang berasap nipis.
            
Hmm…jawapnya aku terpaksa bekerja dengan fresh graduatedlah.Aku sedikit bimbang.Bagaimana agaknya orang itu?Bolehkah dia bekerjasama dengan aku nanti?Minta-minta orang itu boleh dibawa berbincang.


~*~*~*~*~


Hari ini aku menunggu saja Encik Kamrul memanggil aku masuk ke biliknya.Minta-minta siapa yang bakal menjadi partner aku nanti seorang yang boleh bertolak ansur.Doa aku dalam hati.
            
“Lela,dah sampai ke arkitek baru tu?”,aku menjengah ke meja Lela dia di sebelah mejaku.Aku tiada dipejabat sebentar tadi kerana Encik Kamarul meminta aku berjumpa dengan kliennya untuk mengambil baki pembayaran.
            
“Emm,dah.Dah ada dekat dalam pun”.Lela begitu sibuk menghadap computer.Menaip apa entah.Sibuk benar nampaknya.
           
 “Haa!.Korang buat apa ha?Gosip eh?”,sergah Nila tiba-tiba berada di hadapan kami.
            
“Sibuklah dia ni.Si Puteri ni ha,tanya pasal arkitek baru kita tu”.
            
“Ohh,arkitek baru tu.Uit…hensem kau.Terpikat aku tengok”.Nila buat aksi gediknya.Hai,pantang nampak yang hensem terus memuji bagai.Eleh cakap orang,kau pun sama.Tapi aku cuma berani puji dalam hati saja.
            
“Kau tak payah nak puji sangatlah.Tu…kau pergi puji Putera Katak kau yang jauh di mata tu aje”,Lela mengejek Nila yang tidak habis-habis berchatting dengan tunangannya.Tak boring apa?Agaknya begitulah kuasa cinta.Hari-hari pun tak jemu.
            
“Eleh…”,cebik Nila lalu menyengih.Dia kembali ke tempatnya semula.
            
Encik Kamarul menjengukkan kepalanya di pintu. “Puteri masuk ke dalam bilik saya sekejap”,arahnya dan kembali masuk ke dalam.
            
Aku mengetuk pintu bilik ketua kami.Mendengar saja arahan dari dalam terus aku memulas tombol dan masuk.
            
“Ya,Encik Kamarul”.Aku berdiri membelakangi seorang lelaki bermaju kemeja hitam dan bertie putih.Inikah arkitak baru itu?Aku tertanya-tanya.
            
“Silakan duduk Puteri”.Penuh berhati-hati aku mengambil tempat disebelah lelaki itu.
            
“Kenalkan, ini Razi Akmal,arkitek baru di dalam syarikat kita ini.Saya pasti awak sudah sedia maklum bahawa dia akan membantu awak dalam projek di Ampang nanti.Razi,uncle perkenalkan ini Puteri Alisha,salah seorang arkitek serba boleh di syarikat uncle”.Terasa malu apabila dikatakan arkitek serba boleh,padahal diri ini tidaklah seberapa.
            
Aku menoleh ke kiriku.Serta merta mata menjadi kaku diseraut wajah putih bersih itu.Eh,diakan yang terserempak dengan aku di kafe kelmarin.Aku memejamkan mata seketika cuba mengingati raut wajah orang itu.Ya,dia inilah.Kecilnya dunia!.
            
“Awak…”,aku kehilangan kata-kata.Dahi lelaki itu juga berkerut.
            
“Awak tak ingat saya?Kejadian masa di kafe dulu.Saya tertumpahkan air…”.Aku lihat reaksinya seperti orang bingung.Kemudian dia cuba untuk mengingati.Lama-kelamaan dia tersenyum kecil.
           
 “Ya,saya ingat lagi”.
           
 “Kamu berdua ni dah kenal ke?”,tanya Encik Kamarul dengan rasa pelik.
            
“Belum uncle.Kami cuma pernah terserempak di kafe hari tu”.
            
“Ha’ah.Masa tu saya tertumpahkan air dekat baju dia.Maaf ya Encik Razi”.Mengenangkan masa itu,wajah aku diserbu darah.Kami bertemu dengan cara mengaibkan.Rasa bersalah pula padanya.
           
 “Eh,tak apa.Tak perlu minta maaf lagi.Small matter aje tu.By the way,just call me Razi.Rasa janggal pulak kalau ber’encik”.Mesra saja dia tersenyum.
            
Aku cuma mampu mengangguk malu
            
“Yalah.Saya Puteri Alisha.Panggil Puteri saja”.Giliran dia pula mengangguk berserta senyuman.
            
“Baguslah awak berdua dah saling mengenali.Puteri nanti awak tolong saya memperkenalkan Razi kepada staf yang lain.Selain itu,awak tunjukkan dia meja dia ya”.
            
“Baiklah,Encik Kamarul”.
            
Sambung Encik Kamarul lagi. “Razi,Puteri saya harap kamu berdua boleh bekerjasama dengan baik.Razi boleh bertanya kepada Puteri jika ada sebarang kemusykilan.Puteri pula saya harap awak sudi untuk menunjuk ajar kepada Razi kerana dia masih baru”.
            
Serentak aku dan Razi mengangguk.Nampaknya aku dan dia akan bekerjasama.Banyak masa akan terluang dengannya.Wah,teruja!.Eh,aku ni melebih pulak.Sah kau ni sudah kena sampuk gila bayang dengan Nila ni.Choi..choi!


~*~*~*~*~


Aku,Lela dan Nila pulang bersama.Kami serumah dan satu tempat kerja jadi kami bergilir-gilir memandu ke tempat kerja.Jimat koslah katakana.Minggu ini adalah minggu aku membawa kereta.
            
“Hensem betullah Si Razi tu.Aku rasa dia sesuailah sangat dengan kau,Puteri.Bagai pinang dibelah dua.Sama cantik sama padan.Sweet sangat”.
            
“Betul tu”.Sokong Lela pula.Tak habis-habis si Lela dan Nila ni memuji Razi dan mahu kanenkan aku dengan dia.Dari keluar pejabat sampai kitorang sampai rumah.Kalau masin mulut tu tak apalah.
            
Aku pulak.Sudah-sudahlah tu korang.Penat aku dengar korang asyik cakap benda yang sama saja dari tadi.Pastu cakap benda merepek pulak tu”.Aku sibuk menyusuk barang ditempat duduk belakang.Adoi,banyak pulak.Kena minta tolong dorang ni.
            
“Merepek apa.Sesuailah tu.Macam ada jodoh saja.Tadi kau jugak cerita yang si Razi tulah mamat yang kau jumpa kat kafe tu.Pastu tup-tup jadi partner kau pulak.Eh,macam ada jodohkan…”.Sembarangan saja Nila buat spekulasi.Lela pula dari tadi asyik menyokong saja.Hmm,menyesal pulak aku cerita dekat dorang tentang pertemuan aku dengan Razi di kafe.
            
“Eee,korang ni senyaplah”.Sepantas kilat aku menutup mulut kedua-dua sahabat baik aku yang bertuah ni.Mentang-mentang aku sorang masih single,dorang sibuk nak ‘cucuk’ aku dengan arkitek baru tu.Tapi,apa salahnya kan.Hehehe…
            
“Daripada korang pot pet pot pet.Cakap merepek meraban lagi.Baik korang tolong aku angkat barang-barang ni.Dapat pahala”.Aku serah beberapa fail kepada Lela dan Nila.Cemberut wajah mereka berdua.
            
“Kitorang pulak yang kena”.rungut Nila namun aku tak memperdulikannya.Balasan bagi orang yang banyak mulut.Baru saja kami hendak melangkah tiba-tiba nama aku dipanggil.
            
Kami berpaling serentak.Haa!.Dia lagi!.Apa dia buat di sini? Ikut kitorang ke?Aku,Lela dan Nila sangat terkejut apabila Razi sudah mendekati kami.Biar betul!
            
“Razi,awak buat apa dekat sini?”,tanya aku agak tercengang.Aku pandang Lela dan Nila namun mereka hanya mengangkat bahu.Tapi aku perasan dorang senyum nakal buatku.Adoi,dekat rumah nanti mesti dorang sakat aku kaw-kaw!
            
“Saya tinggal di sini dengan sorang kawan.Baru semalam berpindah.Awak bertiga pun tinggal di sini juga?”
           
 “Ha’ah.Kami tinggal di tingkat sepuluh.Awak di tingkat berapa?”
            
Aku lihat Razi menggaru keningnya.Pasti dia masih dalam mood terkejut lagi. “Dekat aje.Saya di tingkat sebelah.Atas bawah saja”.Banyak betul kebetulan manis sejak kebelakangan ini.Erk,manis ke?
            
Hati aku seperti berbunga-bunga.Sudahlah tadi sepejabat,kini satu apartment pulak.“Saya…saya betul-betul tak sangka.Kita satu pejabat…and than satu apartment pulak”.Agak-agak betul tak jodoh aku dengan dia.
            
“Saya pun”.Mata kami tanpa sedar berlaga seketika.Entah kenapa seperti ada tarikan di situ.
            
“Ehem,ehem…udah-udahlah tu ya.Sambung esok pulak.Karang ada yang tidur dekat parking lot ni.Nak-nak sampai esok pun macam ni jugak kang”,tegur Lela sinis.Nila dari tadi tak habis-habis dengan senyum kerang busuk dia.Boleh pulak aku terlupa dengan mereka,Bencilah dorang ni!
            
Aku dan Razi ketawa sama.Dalam hati macam ada rasa suka pulak.Erk,rosak kau ni Puteri oi…


~*~*~*~*~


Pagi-pagi lagi aku sudah bangun,mandi dan bersiap untuk berjogging.Puas diajaknya Lela dan Nila tapi liat benar mereka hendak bangun.Maklumlah hari minggu begini dorang melantak tidur sampai ke tengah hari.Keseoranganlah aku berjogging hari ini.Lagi best kalau ada teman.Alah,macam tak biasa.
            
Aku menunggu di depan pintu lif.Setelah terbuka terus aku memboloskan diri ke dalamnya.
            
“Hai,Puteri!”.
            
Aik,siapa pulak yang ber’hai dengan aku pagi-pagi buta ni?Tak berani aku hendak menoleh kebelakang.Aku cuma memandang ke hadapan namun aku dapat melihat sama-samar melalui gambaran di pintu lif.Tapi,macam mana dia boleh tahu nama aku pulak?Aku mengigit bibir.Entah-entah encik han…
            
“Puteri,awak okey?”
            
Aku cuba mengamati suara itu.Macam kenal saja.Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang.Laju jantung aku saat ini.Toleh saja…lah,dia rupanya.Hish,buat aku suspen saja.
            
“Eh,hai…Awak, saya ingat siapa tadi.Awalnya awak bangun.Nak ke mana?”,sengaja aku bertanya untuk menutup rasa gundahku padahal melihat pakaiannya saja aku sudah dapat mengagak.Pasti dia hendak berjogging sama.
            
“Saya nak berjogging di taman depan.Awak pun sama jugak?”
            
“Ha’ah.Biasa hari Sabtu saya memang gemar berjogging”.
            
Aku pandang dia dari atas sampai bawah.Dia ini pakai baju apa pun okey.Nampak kemas saja.
            
“Oh,samalah saya.Hobi kalau bab-bab jongging ni.Bolehlah kita join sama.Eh,mana Lela dan Nila?Dorang tak pergi sekali ke?”
            
Sebelum aku jawab soalanya pintu lif terbuka.Kami keluar dari perut lif.
            
“Dorang ngorok lagi”.Jawab aku selamba.
            
“Ngorok?Oh,masih tidurlah tu”.Aku dan dia ketawa kecil.
            
“Lupa pulak nak tanya.Boleh ke saya join sama ni?Yalah,manalah tahukan ada orang marah pulak.Nahas saya nanti”.
            
Aku ketawa mendengar pernyataannya.Siapalah yang hendak marah sedangkan diri ini masih belum berpunya.Awak,saya masih single lagi,okey.
            
“Eh,boleh saja.Tak ada siapa yang nak marah pun.Saya ni masih kosong lagi”,sengaja aku mengatakan aku masih kosong.Supaya dia tahu aku belum berpunya.So,kalau nak masuk dalam list cinta hati aku boleh saja.Seloroh aku terluah hanya didalam.
            
“Hmm.Bolehlah saya join awak.Bosan jugak jogging sorang,kan?Ada kawan bolehlah berborak”.Dia senyum lagi.Dan senyuman dia yang sering menjadi igauan aku.
            
Mata kami bertembung lagi.Tajam sungguh pandangannya sehingga mampu menusuk ke dasar hatiku.Semacam pulak aku rasa…Rasa nak pengsan pun iya!.
            
“Ermm…err…ya,ya.Betul tu”.Malu-malu kucing pulak.
            
Gembiranya dalam hati dapat berjogging dengan Razi pagi ni.Bertuah pulak rasa.Amboi,amboi,amboi..Puteri hang dah mula nak menggatai no.Haip!.Namun ajakan itu bagai pucuk dicita ulam mendatang.


~*~*~*~*~


Semenjak projek di Ampang sudah dimulakan,hubungan aku dan Razi sedikit demi sedikit mulai rapat.Alhamdulillah,dia seorang yang boleh dibawa berunding dan tidak banyak kerenahnya.
            
“Ehemm..sejak dah ada orang sebelah ni orang tu macam berseri semacam saja.Tak lekang dengan senyuman.Sentiasa bersinar-sinar pulak aku nampak”,sindir Nila dihadapanku.Mulalah tu nak mengusik.Walaupun dia tak cakap orangnya tapi aku tahu dia maksudkan aku.Membulat mata aku memandangnya.Mujur Razi tidak ada di situ.
           
 “Mana ada”,nafi aku.Aku buat-buat sibuk mengemas kertas di dalam fail.
            
“Eleh,nak nafikan konon.Sudah terang lagi bersuluh.Kau tengok Lela.Kawan kita ni sekarang dah jatuh cinta pandang pertama dengan orang sebelah nun.Wah,sudah upgrade gitu”,usik nila lagi dengan tawa yang tak lekang dari tadi.Lela di sebelah pun sudah ketawa.
           
 “Mana adalah.Jangan nak memandai eh.Cili karang mulut tu”.Aku buat-buat muka garang namun tidak diendahkan Nila.Lagi galak dia mencebik.
            
“Tak apa.Tak apa.Kita tengoklah saja nanti”.Aku diam saja.Malas aku hendak membalas lagi kerana takut berlarutan pulak.Didengar dek Razi,malu aku.
            
“Weh korang,aku ingatkan Sabtu ni nak pergi karok la.Kita pergi berlima.Apa pendapat korang?Dah lama kot tak karok.Boleh hilang tension”,cadang Lela tiba-tiba.Lela sememangnya kaki berkaroke.
           
 “Cadangan yang bagus tu”.Nila bersetuju.
            
“Oppss,sorry korang.Aku tak dapat joinlah.Lain kali sajalah ya”.
            
“Alah, Puteri,Kenapa pulak?”
            
“Sabtu ni aku kena balik rumah mama.Dia dah bising suruh aku balik.Dah berminggu-minggu jugak aku tak jenguk dorang”.
            
“Postpone sajalah.Cakap dengan mama minggu depan baru kau balik.Kau tak ada tak bestlah”.Pujuk Nila.
            
“Gila kau!.Kau tahu sajalah mama aku tu.Tak pasal-pasal aku balik nanti dia syarahan dekat aku dari pagi sampai malam”.Baik jangan tempah bala oi.Mama aku memang tak boleh dibawa main.Lela dan Nila mengeluh.Harap maaflah ya kawan.Siren dah berbunyi.Aku dah tak boleh buat apa.


~*~*~*~*~


Aku campak beg tangan LV aku ke sofa.Keluhan berat terlepas juga dari mulutku.Lela dan Nila yang sibuk menonton DVD sambil menyuap mee Maggie ke dalam mulut memandang aku hairan.
            
“Hai,awal balik?”,tanya Nila.
            
Aku diam saja.Hati tengah sebal sekarang ini.
            
“Hmmm,ini mesti kes gaduh dengan mama.Tak pun kena ceramah kaw-kaw dengan mama dia”.Dorang faham benar kalau aku balik dalam keadaan cemberut sebegini.
            
“Mama aku tulah.Asyik-asyik cakap pasal kahwin.Cakap pasal bila aku nak dapat boyfriendlah,pasal dia nak tengok aku bersanding,nak bercucu bagai.Boringlah.Huh!”.Rungut aku.Kaki aku lunjurkan di sofa panjang itu.Lengan menyilang didahi.Gaya macam tengah fikir masalah dunia.
            
Nila pula berkata. “Biasalah tu.Seorang ibu pasti akan risau bila anak perempuan umur dah gini pun masih belum ada teman”.
            
“Betul tu,Puteri”.Sokong Lela.
            
“Alah,umur masih 27 tahun kot,belum 30 lagi.Masih awal lagilah.Lagi pun korang cakap senanglah sebab korang dah berpunya.Aku?Habuk pun tak ada,macam mana nak kahwin”.
            
“Itu cakap kau.Pendapat mama kau lain.Kau kenalah faham dia sikit.Pemikiran orang tua mana sama dengan orang muda macam kita”,Nila menasihati aku. “Ermm…mama kau ada suruh pergi temu janji lagi tak?”
            
Ini lagi satu hal.Tak habis-habis aku kena pergi temu janji sana sini. “Ada.Itu sebablah mama suruh aku balik.Sebab nak bincang hal itu saja.Korang tahu tak,mama aku siap bagi warning lagi tau.Kalau aku tak pergi kali ni,dia akan melancarkan silence war dengan aku secara besar-besaran”,Mama aku sekarang sudah pandai hendak mengugut.Mungkin sebab aku kadang-kadang mengelak sebab terlampau malas untuk menghadiri temu janji itu.
            
“Tak boleh nak mengelaklah kau kali ni…”.
            
Tahu tak apa.Huhuhu...


~*~*~*~*~


Terasa malas aku hendak melangkah masuk ke restaurant ala-ala British itu.Rasa hati mahu berpatah balik tapi bila aku teringat amaran mama terpaksa juga aku gagahkan kaki.Kalaulah Razi menjadi orang yang bakal aku jumpa,alangkah bahagianya.Hish,Puteri tak payahlah kau nak pasang angan.Razi lain,jejaka di dalam ini lain.
            
Aku terus ke receptionist. “Cik di mana meja yang ditempah atas nama Puan Salina?”
            
“Di sana cik.Mari saya tunjukkan”
            
Aku mengekori gadis itu sehingga sampai ke meja paling hujung di sebelah tingkap. “Terima kasih”,ucapku setelah sampai di belakang lelaki yang mengenakan bajuT Polo berwarna putih.
            
Aku cuba menenangkan diri.Harap-harap calon kali ini baik-baik saja.Janganlah seperti calon-calon yang lepas.Merenyam saja lebih.Lambat-lambat aku duduk dihadapan pemuda itu.
            
“Maaf.Saya terlambat sikit.Jalan…”,belum sempat aku menghabiskan ayat,mata aku sudah terbeliak memandang pemuda dihadapanku.Apa betul ni?Aku bermimpi siang hari ke?Aku cubit pipi aku.Sakit!.Maknanya ini bukan mimpi tapi nyata.
            
“Puteri…”
            
“Razi!”,serius aku terkejut.Lebih terkejut dari sebelum ini.Dialah calon kali ini.Oh,aku terasa dunia ini semakin mengecil lagi!.
            
“Awak…”.
            
Razi ketawa. “Saya tak sangka.Orang yang bakal saya temui adalah awak”.
            
Aku cuma tersengih dan menggaru dahi yang tak gatal. “Saya pun.Langsung tak menjangkakan seperti ini”.Eleh,tak jangka konon.Padahal sebelum masuk ke restaurant ini aku sempat berangan kalaulah Razi yang menjadi calon. “So,kita nak teruskan jugak temu janji ni ?”,aku meminta pendapat darinya.
           
 Razi diam sejenak.Kemudian dia tersenyum kepadaku. “Why not.Kita kena mencuba untuk knowing each other dengan lebih rapat.Kita perlu diberi peluangkan?Sekurang-kurangnya saya boleh kenal serba sedikit tentang diri awak.Dan awak pun boleh mengenali saya”
           
 Betul ke apa yang aku dengar?Dia hendak mengenali aku dan dia juga mahu aku mengenali dia.Oh,suka…suka…suka!
            
“Ermm…betul tu”,jawab aku dengan malu-malu.
            
Pada hari itu kami bertukar-tukar maklumat tentang diri masing-masing tanpa sedar masa telah menginjak ke petang.Sebelum ini aku tidak pernah lama apabila menghadiri temu janji.Tetapi apabila dengan Razi aku berasa seronok.Macam-macam yang kami bualkan berselang dengan tawa.Di antara aku dan Razi tanpa sedar kami banyak persamaan.Antaranya kami suka melancong,berjogging,warna-warna kegemaran kami adalah warna lembut dan macam-macam lagi.
            
Sungguh aku tidak menyangka dia yang menjadi calon temu janji untukku oleh mama.Dia juga begitu.Rupa-rupanya mama-mama kami adalah kawan yang paling rapat.Disebabkan itu mama beria sangat mengarahkan aku untuk menghadiri temu janji ini.Nampaknya,inilah kali terakhir aku menghadiri temu janji kerana aku telah pun menemui apa yang hatiku mahu.Terima kasih kepada mama aku dan mamanya kerana menemukan kami walaupun sebelumnya kami sudah pun bertemu terlebih dahulu.
            
Genap Sembilan bulan kami berkawan barulah Razi mengajak aku berbincang lebih serius tentang perhubungan kami.Katanya apabila tiba masanya dia kan melamarku.Dia cuma mahu aku bersabar.Ya,aku akan bersabar walaupun berapa lama lagi.
            
Suatu malam dia mengajak aku keluar dinner.Katanya dia hendak membawa aku ke satu tempat yang sangat istimewa.Aku ikut saja. Di dalam kereta dia menyuruh aku menutup mata dengan kain panjang berwarna hitam.Mungkinkah dia mahu melamar aku?Tapi kenapa samapi tutup mata bagai?Hati aku berdebar-debar juga tapi aku sabarkan saja.Dia nak bawak aku ke mana ni?Takut juga aku.
            
Aku dapat merasakan kereta sudah diberhentikan.Sudah sampai agaknya.Razi membukakan pintuku. “Kita dah sampai,dear”.Kemudian dia memimpin aku keluar dari perut kereta dengan berhati-hati dan dia terus memimpin aku hingga aku terduduk di sebuah kerusi.Terasa tiupan angin lembut menampar pipi aku.Kedengaran juga air laut sedang menghempas tepian pantai.Dia bawa aku ke pantai ke?Waw,romantisnya…
            
“Awak,kita dekat mana ni?”,aku bertanya walaupun sudah dapat mengagak.
            
“Sabar,sayang…”.Aku dapat merasakan Razi sedang membuka ikatan di kepalaku.
            
Kini kain tadi sudah terbuka.Aku menutup mulut kerana rasa terkejut dengan apa yang telah tersedia.Betul jangkaanku,kami duduk ditepi pantai.Terdapat sebuah meja yang dihias indah dan di atasnya terdapat dua batang lilin serta tiga tangkai bunga ros.Tiba-tiba aku rasa terharu.Hampir saja manik jernih jatuh ke pipi.Aku pandang dia dihadapanku.Dia tersenyum manis sekali.
           
 “Saya…”.hilang terus kata-kataku.
            
Razi melutut dihadapan aku.Dia mengeluarkan kotak baldu di sisi seluarnya dan membuka.Aku terpaku.Cantik sekali!.Tanpa sedar sekali lagi aku menutup mulutku.
            
“Puteri Alisha…will you marry me?”,bersungguh-sungguh dia melafazkan.Aku dapat menangkap keikhlasan dalam nadanya.
            
Menitis air mataku saat itu.Mulut bagaikan terkunci,tak mampu untuk berkata lagi.Inilah saat yang aku nanti-nantikan dalam hidup aku.Ia telah tiba dan ia menjadi nyata.Puteri,kau di alam nyata.Aku cuba menyedarkan diri.
            
“Do you love? Will you marry me?”,mungkin kerana aku tidak berkata apa-apa dia bertanya sekali lagi.
            
Aku menatap matanya sedalam-dalamnya.Ada sinar keikhlasan di matanya.Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.
            
“I do love you and yes I will marry you,Razi.I do!”.Tiada kata lain mampu aku ungkapkan.Hanya air mata saja yang mampu mengalir.
            
Aku dengar dia mengucap syukur yang panjang.Razi mengelap sisa air mata di pipiku.
            
“Dengan nama Allah,saya Razi Akmal Bin Abdul Alfi akan membahagiakan Puteri Alisha Binti Muhammad Rashidi.sampai ke akhir hayat saya.Sampai bila-bila pun awak akan tetap menjadi suri di hati saya dan juga menjadi suri di istana saya kelak”,Razi mencapai jemariku dan menyarungkan cincin platinum bertatahkan berlian di jari manis aku.Alhamdulillah…tidak putus-putus aku mnegucapkan rasa syukur.
           
 Cinta itu tidak mengenal siapa.Tidak siapa tahu kuasa Tuhan dalam soal jodoh.Seperti kisah aku,aku langsung tidak terduga akan dijodohkan dengan Razi yang sentiasa ada bersamaku.Semoga cinta kami akal kekal hingga ke Jannah.Amin.
           


                                                                          
 TAMAT
           

            

Tiada ulasan: