Isnin, 29 Julai 2013

Mini Novel:Mungkinkah Ada Bahagia? (Part 4)



Tengah hari itu Zuraidah sengaja menyibukkan diri dengan menyapu di beranda.Puas Ummi menyuruhnya berehat namun dia tetap berkeras.Risau sungguh Ummi dengan keadaannya.Dia berasa tidak betah duduk diam saja.Walaupun dalam keadaannya yang sarat memboyot dia masih mampu untuk melakukan tugas seringan itu.
            “Assalammualaikum!”,satu suara memberi salam kepadanya dari arah belakang.Dia menoleh ke belakang.
            “Wa’alaikumsalam.Eh,Mak Cik Bedah,Mak Cik Ani”.Penyapu disandarkan di tepi pintu.Zuraidah mendapatkan mereka.Tangan dua wanita itu disalam. “Eh,Mak Cik Minah pun ada”.Baru Zuraidah perasan Puan Aminah ada sama tetapi dia berdiri dibelakang Puan Bedah dan Puan Zawani.
            Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu.Namun sambutan tangan dari Puan Aminah tidak semesra dua wanita yang baru disalami.Cepat saja tangannya ditarik.Entah kenapa,hatinya sering membuat andaian bahawa wanita berbaju kurung kuning air itu seperti tidak suka padanya setiap kali mereka berjumpa.Zuraidah tidak mengerti apa puncanya.
            “Cikgu ada dekat rumah,Zue?”,tanya Puan Bedah.
            “Ummi ada.Ada di dalam.Jemputlah masuk mak cik”.
            Zuraidah mempersilakan tiga wanita itu duduk di ruang tamu.
        “Mak cik semua tunggu kejap ya.Biar Zue panggilkan Ummi kejap.Dia di bilik tadi sedang solat”.Terang Zuraidah sebelum meminta diri.
            “Yalah”.
            “Cantik betul budak Zue tu ya.Beruntung cikgu dapat anak saudara seperti dia.Sudahlah cantik,rajin pulak tu”.Puji Puan Zawani secara berbisik kepada kawan-kawannya.
            “Ha’ahlah Kak Ani.Sejuk aje saya tengok”.tambah Puan Bedah pula.
            Puan Aminah yang mendengar pujian tersebut hanya mencebik.Apalah cantiknya budak tu?Lagi cantik anak aku,Aisyah.Bakal jadi doktor lagi.Memasak,membasuh semua pandai.Omelnya sendirian di dalam hati.Dia seperti kurang berkenan dengan anak saudara guru pencen itu.Dapat dirasakan peluang anaknya untuk dijodohkan dengan Ustaz Shafik bagai terhalang  dengan kehadiran Zuraidah di rumah wanita ini.Sudah lama diberkenan mahu menjadikan pemuda itu sebagai menantunya.
        “Kalaulah Zue belum berkahwin semasa dia datang ke sini dah lama saya pinang untuk Azrul.Sayangnya anak saya tu dah ada buah hati”,sambung Puan Bedah lagi.
          “Eh,Zue memanglah dah kahwin tapi katanya suami dia baru meninggal dunia beberapa bulan lepas.Kemalangan semasa balik dari tempat kerja katanya.Itulah sebab cikgu ajak Zuraidah tinggal bersamanya”.Sebenarnya perihal sebenar Zuraidah dan Ummi sembunyikan dari pengetahuan jiran tetangga atas permintaan Zuraidah sendiri.Hal itu kerana Zuraidah tidak mahu Ummi dan keluarganya dicemuh kerana menyimpan wanita kotor sepertinya.Dapatkah mereka menerima jika bekas guru yang mereka cukup hormat di kawasan perumahan ini menyimpan bekas pelacur?Biarlah rahsia itu disimpan oleh mereka saja.
            “Lah…yeke?Saya lupa kot kak.Tapi saya kesian dengan budak Zue tu.Muda-muda lagi dah jadi janda.Apatah lagi berbadan dua macam tu.Tanpa suami disisi masa bersalin nanti entah macam manalah kan?Kalau saya entah-entah dah meroyan kak”.Tertumpah rasa kasihan Puan Bedah kepada Zuraidah.
            “Yalah.Mungkin Zue ni jenis yang kuat semangat kot”.
            Puan Aminah hanya mendengar saja tanpa mengambil bahagian dalam perbualan itu.Tiada langsung niat dihatinya mahu mencelah seperti selalu jika mereka bertiga berborak.
          “Haa,kau Minah.Apasal diam aje?Selalu kaulah yang banyak bunyik”.Tegur Puan Bedah yang menyedari Puan Aminah berdiam diri saja.
            “Tak ada apalah”.Moodnya bagai tiada kerana dari tadi asyik mendengar mereka asyik bercerita pasal Zuraidah.Dia orang ni tak ada benda lainkah hendak digosip?
            “Apa yang dibualkan awak semua ni?”,kata Ummi yang tiba-tiba datang dari arah belakang.Dengan senyuman dia mendekati tiga wanita itu.
            “Eh,tak ada apalah cikgu.Saja berbual-bual kosong sikit dengan Kak Ani”.
            Ummi mengambil tempat di hadapan mereka.Mereka bersalaman.
            “Sihat cikgu?”,tanya Puan Aminah.
            “Macam awak tengoklah.Alhamdulillah sihat.Cuma kaki ni kadang-kadang sengal sikit,maklumlah dah tua.Awak semua sihat?”,tanya Ummi pula.
            “Samalah macam cikgu”.Jawab Puan Aminah.
        Zuraidah keluar menatang dulang berisi teko dan beberapa cawan serta sepinggan kuih bingka.Hidangan itu diletakkan ke meja kopi dan disusun.Dia bangun hendak menghantar dulang ke dapur semula dan dia bercadang mahu masuk ke kamarnya.Tidak sedap pula jika dia ada di situ mendengar orang-orang tua berbual.Belum pun dia melangkah,Puan Bedah menghalangnya.
            “Zue nak ke mana tu?”
            “Zue nak ke dalam mak cik”.
            “Duduk jelah di sini Zue.Bukannya apa pun”.
         “Ha’ahlah Zue.Duduk jelah di sini.Boleh berbual-bual”.Sampuk Puan Aminah sengaja mahu berbahasa basi.Padahal dalam hati dia sibuk mengutuk gadis itu.Sibuk betul!.
            Zuraidah hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata wanita itu.Terasa kehadirannya di situ tidak di alu-alukan.
            “Tak apalah.Rasa tak elok pulak Zue sibuk dengar perbualan mak cik semua dengan Ummi”.
           “Lah…tak elok apa pulaknya Zue?Kami borak kosong saja.Duduklah sekali ya”.Ramah Puan Bedah mengajaknya.
Ummi mengenggam tangan Zuraidah. “Duduk sini Zue”,arahnya supaya Zuraidah mengambil tempat di sebelahnya.Dia hanya mengikuti kehendak umminya.
            “Ada hajat apa awak semua kemari?”
            “Kami semua ke sini sebenarnya nak teman si Bedah ni.Dia nak tanya cikgu sama ada cikgu sudi tak terima dua cucu dia mengaji dekat sini.Yalah,takut murid dah ramai karang cikgu tak menang tangan pulak”.Puan Aminah menerangkan kepada Ummi perihal mereka bertandang ke rumah itu.
           “Oh,saya fikir ada hal apa tadi.Saya terima sesiapa saja yang hendak belajar membaca al-Quran.Tak ada had di kenakan.Bawalah bila-bila masa saja cucu-cucu kamu tu Bedah.Saya sudi menerima mereka”.
          “Alhamdulillah.Kalau cikgu dah kata begitu saya senang hati cikgu.Bukan apa,susah nak cari guru mengaji di kawasan kita ni.Mujur ada cikgu”.
            “Buat apa susah-susah mencari.Saya kan ada”.Mereka sama-sama tersenyum senang.
          “Hmm…satu lagi.Mak cik nak minta tolong pada Zue.Mak cik nak minta tolong Zue jahitkan baju mak cik ni kalau tak keberatan.Mak cik nak pakai masa majlis perkahwinan anak saudara mak cik dekat Pahang bulan depan.Itu pun kalau Zue tak kisah sebab Mak cik Ani tengok Zue dah sarat.Takut tak larat pulak”,malu-malu Puan Zawani berkata.
            “Boleh,Mak cik Ani.Zue boleh tolong jahitkan.Tempahan pun tinggal sikit saja.Mak cik ada bawak kainnya?”
            “Ada.Ni dia”.Puan Zawani mengambil bungkusan di sebelahnya lalu diberikan kepada Zuraidah.
          “Nampaknya awak dah banyak kali hantar jahit di sini ya Ani.Apa yang membuatkan awak selalu hantar baju pada Zue?”,Ummi sengaja bertanya kerana mahu mendengar pendapatan Puan Zawani yang juga salah seorang pelanggan Zuraidah.
          “Saya suka dengan kekemasan jahitan Zue,cikgu.Jahitan dia pun halus aje walaupun Cuma jahit tangan.Si Bedah pun sama suka dengan jahitan Zue”.Jawapan itu membuatkan senyuman Ummi dan Zuraidah melebar.
            “Baguslah”.
           “Kalau saya cikgu lebih percaya butik yang jahit atau orang yang dah ada pengalaman.Saya takut bagi pada yang sembarangan,karang baju tak serupa baju pulak.Tak pun saya beli yang dah siap aje di butik tu.Anak-anak saya pun bukannya suka orang sembarangan yang jahit”.Tanpa ditanya tiba-tiba Puan Aminah mengutarakan pendapatnya.
            Zuraidah terasa seperti kata-kata itu ditujukan buatnya.Hati kecilnya sedikit tersentuh.
        “Sama saja Minah.Sama ada butik ke,bukan butik ke yang buat tetap orang juga.Yang penting kualiti.Kadang-kadang pendapat orang tak sama.Ada yang suka jahit mesin dan ada yang suka jahit tangan.Bagi sayalah kalau seseorang tu dah diberikan kepercayaan ramai untuk melakukan sesuatu kerja saya pasti orang-orang itu sudah mengakui kebolehan mereka.Bukan mereka yang punya pengalaman saja dikatakan bagus.Kadang-kadang orang yang lebih tahu ni pun buat silap sebab mereka cuma insan biasa.Kesimpulannya,jangan menilai sesuka hati kalau kita belum mencuba”.Mungkin kerana melihat wajah Zuraidah menjadi keruh,Ummi terpanggil untuk menegur Puan Aminah secara halus.
            Ummi menggenggam tangan Zuraidah mengisyaratkan agar gadis itu tidak terasa dengan kata-kata Puan Aminah.
            “Betul jugak kata cikgu tu.Dengar tu Minah,jangan suka-suka menilai kalau tak cuba lagi”.Sokong Puan Bedah.Sempat juga dia menyindir Puan Aminah yang lancang mulutnya.
             Terus terdiam Puan Aminah.Terasa apabila diri dibahasakan walaupun caranya cukup halus.Hatinya mendongkol geram.Disebabkan budak tulah tak pasal-pasal aku dibahasakan pula.Macamlah dia bagus sangat.Huhh!.Hatinya betul-betul geram dikala ini.
          
           
           
           
           
           

                        

Tiada ulasan: