Isnin, 10 Februari 2014

Dengarlah Bintang Hatiku... (Part 1) BARU!


Usai berdoa kepada-Nya, marhala dilipat dan dia menggantung semula ke tempat khas pakaian solat. Nurul Ain tersenyum manis. Alhamdulillah… Hari ini DIA masih memberi kesempatan umtuk dia menghirup udara dan memberinya kesempatan untuk meneruskan hidup bersama keluarga tercintanya. Nurul Ain melabuhkan punggung di birai katil. Telefon bimbit NokiaC3nya di atas bantal diambil. Dia menekan kotak simpanan lagu. Lagu kegemarannya dibuka. Berkumandang alunan lagu bertajuk Dengarlah Bintang Hatiku, nyanyian De’ Meises. Lagu inilah yang menemaninya setiap pagi yang indahnya.

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Bait-bait lagu sungguh menarik minatnya. Seolah-olah seorang lelaki sedang mengalunkan lagu kepadanya untuk meluahkan rasa hati melalui lagu. Oh, alangkah indahnya jika itu benar-benar terjadi. Hmm… Nurul Ain, beranganlah kau! Alunan lagi terus berkumandang. Sungguh asyik dia mendengar.

 “Nurul Ain!” jerit suara dari arah luar.

 “Ya, ayah…” sahutnya.

 “Mari sarapan. Sekejap lagi dah nak ke tempat kerja.”

 “Sekejap, yah. Ain nak bersiap dulu.”

Segera dia bangun dan mencapai tudung yang sudah bergosok di kerusi. Tudung empat segi dilipat sehingga bentuknya bertukar kepada tiga segi. Kemudian barulah dia meletakkannya ke atas kepala. Dia pin di hujung dagu dan dia melipatkan sedikit kiri, kanan agar nampak kemas. Lebihan tudung dia masukkan ke dalam baju. Nurul Ain senyum. Dirinya kini sudah kemas. Nurul Ain, bersedia untuk memulakan kerja hari ini!
Pintu bilik dibuka. Dia keluar dan menutupnya kembali. Dia terus menuju ke dapur mendapatkan ayah dan ibunya.

“Assalammualaikum ayah, ibu,” ucapnya lalu duduk di kerusi berhadapan ayahnya. Ibu pula sibuk membancuh kopi di dalam teko.

“Wa’alaikumsalam,” jawap kedua-dua orang tuanya serentak. Ibu datang ke meja membawa teko yang berasap nipis. Dituangkan kopi yang dibancuh ke dalam cawan ayah, kemudian ke cawannya pula.
“Terima kasih, bu.” Nurul Ain memberikan senyuman kepada ibunya. Ibu pula membalas dengan angguk kecil serta senyum.

“Ain, macam mana tempat kerja? Okey?” tanya abah lalu menyudu nasi goreng kampung buatan ibu ke mulut. Dikunyah perlahan-lahan. Nurul Ain baru sahaja menamatkan persekolahan sebulan lalu. Baru seminggu dia berkerja di sebuah kilang di pekan. Kilang membuat makanan ringan berasaskan tanaman di kampung.

“Alhamdulillah… Tak ada masalah. Semua pekerja dekat situ peramah, yah,” jawapnya lantas menghirup kopi panas dicawannya.

Ayah terangguk-angguk. “Baguslah.”

“Ain, ini bekalnya. Ibu dah sediakan.”

“Terima kasih, bu. Sayang ibu,” ucapnya girang pantas memeluk pinggang ibunya seketika.

Ibu tersenyum manis padanya. Dahinya dikucup lembut oleh wanita kesayangan itu. Ah, Nurul Ain cukup senang dimanjakan begitu. Terasa dia sangat disayangi.

“Sama-sama, sayang. Dah, cepat habiskan sarapan. Takut terlepas van pulak,” gesa ibu.

Nurul Ain kembali menyambung sesi sarapan paginya. Penuh berselera dia pagi ini.

Hari ini adalah hujung minggu. Nurul Ain lebih senang duduk di rumah bersama keluarganya berbanding keluar merayau ke mana-mana dengan kawan-kawan. Bukan ibu dan ayahnya tidak membenarkan dia keluar, tetapi dia lebih suka menemani menghabiskan masa di rumah sahaja.

“Ain…” Namanya dipanggil dari arah dapur.

“Ya, ibu!” sahutnya. Televisyen yang menjadi fokusnya kini ditutup. Mungkin ibu memanggilnya untuk membantu di dapur.

“Ain, boleh tolong ibu?” Belum pun sempat dia hendak mengatur langkah ke dapur, ibu sudah terjengul di hadapannya.

“ Tolong apa, bu? Insyallah, boleh,” jawapnya.

“Ibu nak minta tolong pergi kedai kejap. Belikan ibu sawi, kari dengan santan. Tunggu abah entah bila baliknya,” omel ibu sambil melipat lengan baju kurung Kedahnya sehingga paras siku.

Abah kalau sudah berjumpa dengan Wak Osman pasti kelamaan. Biasalah, berborak hal lelaki.

“Boleh. Tapi, bagi Ain dua minit. Nak pakai tudung dulu.”

“Yalah.” Ibu mengangguk sahaja.

Nurul Ain berlalu ke biliknya. Dua minit kemudian dia keluar dan mendekati ibunya semula. Tudung sarung berwarna hitam tersarung elok di atas kepalanya.

“Ibu, Ain pegi dulu.” Nurul Ain meminta diri.  Baru sahaja dia hendak melangkah, ibu menarik lengannya.
“Ain, ini duitnya.” Ibu menghulurkan dua keping not merah RM 10 kepadanya.

Namun, pantas Nurul Ain menolak. “Tak payah, bu. Ain ada duit. Pakai Ain punya aje,” ujarnya berserta senyuman di bibir.

“Hish, duit Ain, duit Ainlah. Ini duit lauk yang abah bagi pada ibu tiap-tiap hari. Simpan duit Ain tu untuk sambung belajar nanti.” Ibu tetap juga menghulurkan duit itu kepadanya.

Sekali lagi Nurul Ain menolak. “Ibu… tak payah. Ain ada ni. Bukan banyak pun nak beli barang tu semua. Biarlah Ain tolong ringankan beban abah dan ibu. Pakai Ain punya sajalah, ya?” Dia tetap berdegil mahu menggunakan duit hasil gajiannya. Sejak mendapat gaji pertama, separuh gajinya ibu dan ayah menyuruh dia simpan di dalam bank. Untuk menambah wang pengajian nanti kata ayah. Ibu dan ayah tidak pernah mahu mengambil wang pemberiannya walaupun dia memujuk.

Sejuk hati ibu mendengarnya bicara Nurul Ain. Anak gadisnya yang seorang initidak pernah lokek mahu berkongsi rezeki dengan mereka. Mereka yang tidak mahu mengambil pemberian dari gadis ini. Biarlah Nurul Ain menyimpan wang itu untuk menyambung belajar sekiranya ada rezeki. Kepala Nurul Ain diusap lembut.

“Yalah. Hati-hati bawak basikal ya sayang.” Pesan ibu yang sudah mengalah. Walaupun kedai dekat sahaja dengan rumah mereka, namun rasa khuatir itu tetap juga ada. Malang tidak berbaukan.

Nurul Ain mengangguk. “Baik, bu. Hmm… Ain terasa-rasa pulak nak makan apam balik Kak Non. Nanti Ain nak singgah sekejap ke gerai Kak Non ya, ibu.” Nurul Ain sempat berpesan kepada ibunya.

“Yalah. Kirim salam ibu dekat Non sekali.”

“Okey. Ain pergi dulu.” Nurul Ain menyalami tangan ibunya. Setelah itu dia mendapatkan basikal yang tersandar elok di tepi dinding luar rumah. Basikal dikayuh dengan penuh berhati-hati.

~*~*~*~*~

Tongkat basikal diturunkan. Lantas dia memasuki kedai runcit milik Muhammad. Masuk sahaja ke dalam dia sudah ditegur oleh pemilik kedai yang sinonim dipanggil Mat. Dia pula memanggil Abang Mat kerana lelaki itu lebih tua darinya.

“Ain, tak kerja ke hari ni?” soalnya mesra.

“Tak, Abang Mat. Kan hari ni hari Sabtu. Ain cutilah.”

Abang Mat menepuk dahinya. Dia terlupa bahawa hari ini hari cuti.

“Allah! Hish, banyak makan semutlah Abang Mat ni Ain. Lupa pulak.” Abang Mat mengutuk dirinya sendiri.

Nurul Ain ketawa melihat gelagat lelaki itu. Abang Mat sememangnya seorang yang pandai buat kelakar.

“Ain nak beli apa?” soalnya lagi seraya mendekati Nurul Ain yang sibuk membelek sawi.

“Ibu suruh beli sawi, kari dengan santan,” maklum Nurul Ain. Dia sudah pun memilih seikat sawi dan diletakkan ke kaunter pembayaran. Kemudian dia mengambil sepeket kari pula.

“Oh… Santan kotak dah habis. Kalau Ain nak, kena tunggu kejaplah. Abang parutkan dulu. Boleh?”

Nurul Ain terdiam sejenak. “Hmm… Bolehlah, bang.” Dia menyatakan persetujuan. Bukan lama pun. Sepuluh minit sahaja.

“Okey. Sekejap ya.” Abang Mat terus berlalu dan mengambil sebiji kelapa dari dalam bakul. Kelapa dipecahkan dengan parang dan airnya dibuang terlebih dahulu sebelum menonyoh ke mesin pemarut.

Sementara menunggu santannya siap, Nurul Ain menjengahkan sedikit kepalanya kea rah gerai apam balik Kak Non. Nampaknya ramai yang singgah ke situ. Sudah semestinya gerai Kak Non buka hari ini. Dia jadi tidka sabar hendak membeli kuih kegemarannya itu. Nyum, nyum…

Abang Mat sudah pun selesai memproses santan yang dipesannya. Lelaki itu ke kaunter dan dia juga turut membuntuti.

“Berapa semua, bang?” Nurul Ain sudah sedia membuka beg duitnya.

Abang Mat sibuk mengira barangan yang dibelik olehnya. “Hmm… Lapan ringgit sudahlah.”

Melebar senyum Nurul Ain. Abang Mat kalau dengan keluarnya selalunya memberikan ‘diskaun’. Kadang kala sampai naik segan mereka hendak berbelanja di situ. Namun, Abang Mat mengatakan bahawa dia sudah menganggap keluarga Nurul Ain seperti keluarganya juga.

“Betul ni?”

Abang Mat mengangguk pasti. Lantas Nurul Ain mengeluarkan sekeping not berwarna merah dan memberikannya kepada lelaki itu.

“Terima kasih. Abang jual.”

“Sama-sama. Ain beli. Err… bang, tengokkan basikal Ain erk. Ain nak pergi gerai Kak Non kejap.”
“Haa, yalah. Itu mesti nak pergi beli apam balik dialah tu,” perli Abang Mat.

Nurul Ain menyengih bagai kerang busuk. Tahu-tahu sahaja Abang Mat. Hehehe…
           
~*~*~*~*~*~

Penuh berhati-hati Nurul Ain mengatur langkah. Takut terlanggar lopak lecak. Maklumlah, semalam hujan dan sudah semestinya jalan jadi basah. Haish, Nurul Ain… Takut terkena lecak macam takut terpijak api sahaja. Ish… ish... Dalam pada dia berhati-hati datang sebuah kereta yang dipandu laju lantas melanggak lopak berair.

Purrr...

Habis air lecak terkena pada kaki, seluar dan bajuT lengan panjangnya. Kakinya sudah semestinya lencun. Seluar dan baju  sebahagiannya terkena lecak. Habis basah.

“Arghhh… Punyalah aku berhati-hati. Akhirnya terkena jugak. Hampeh betul si pemandu tu,” Nurul Ain menyeringai kegeraman. Sebahagian bajunya yang basah diperah. Menitik-nitik airnya. Siapalah yang bawa kereta bagai orang gila itu? Langsung tidak menghormati orang. Tambahan lagi, perjalan kaki sepertinya. Hampeh! Hampeh!

Dia mencari kelibat kereta Vios berwarna putih yang memandu melulu tadi. Aha, dia sudah dapat menangkap kelibat kereta itu parkir selang lima buah kereta dari tempat dia berdiri. Segera dia mendekati kereta itu. Cermin kereta yang gelap diketuknya.

Tok! Tok! Tok!

Tiada respon dari dalam. Dia cuba menjenguk namun wajah insan di dalam kereta itu tidak dapat dilihatnya dengan jelas. Dia mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat.

Tok! Tok! Tok!

Barulah cermin di sebelah pemandu dibuka. Terjengul wajah seorang lelaki yang boleh dikatakan sedap mata memandang. Seketika Nurul Ain terpegun dengan keindahan ciptaan TUHAN yang dilihat ketika ini. Kacak juga! Cepat-cepat dia menyedarkan diri apabila terasa seperti mahu melayang sahaja. Nurul Ain, tolong jaga mata dan iman, okey!

“Maaf. Saya sedang bercakap dalam telefon tadi. Err… Ada apa ya? Kita kenal ke?” soal Ameer dengan nada lembut. Setahunya dan seingatnya, dia tidak pernah mengenali gadis ayu di hadapannya ini. Ini adalah kali pertama mereka bersua. Pintu kereta dibuka dan dia keluar dari perut kereta. Gadis ini hanya separas bahunya sahaja. Wajah ayu di hadapannya ini ditilik lagi. Serasa mata sudah terpaku pada seraut wajah ayu ini.

“Kita memang tak kenal. Tapi… awak dah buat salah dengan saya!” marah Nurul Ain. Mata lelaki itu ditentang. Walaupun terasa mahu sahaja dia menunduk malu, namun dia tetap bertahan. Dia tidak mahu kalah!

“Saya bersalah pada awak? Bila masa pulak?” soal Ameer lagi, masih dalam nada lembut. Bingung dia dibuatnya.

Nurul Ain menyilang tangan ke dada. Wajah garang ditayangkan pada lelaki itu. Jangan ingat wanita sepertinya senang dibuli. Nampak sahaja kecil tapi kecil-kecil cili padi tahu!

“Err…” Ameer sudah tidak terkata. Ada sedikit gerun juga melihat raut garang gadis yang tidak diketahui namanya ini.

“Awak memang bersalah pada saya. Tengok ni, habis baju saya basah disebabkan awak tau tak!” Jari telunjuk diluruskan hampir sahaja mengena hujung hidung lelaki itu.

Ameer menilik si gadis dari atas ke bawah. Ya, dia mengakui baju yang dipakai oleh gadis ini basah dan terdapat sedikit corak seperti peta diatasnya. Dia ke penyebabnya? Sungguh dia tidak perasan sewaktu membawa kereta tadi. Tidak sangka pula dia terlanggar lecak dan terpercik pada seseorang. Mungkin kerana dia sibuk bercakap dalam talian tadi sehingga dia tidak perasan apa  yang berlaku.

“Saya… Saya minta maaf. Saya tak sengaja.”

“Senangnya minta maaf… Tak sengaja konon. Huh! Lain kali bawak kereta tu hati-hatilah sikit. Pandang kiri, kanan. Jangan main larung saja,” marah Nurul Ain, tidak puas hati. Dalam pada masa yang sama dia memberikan nasihat juga. Sakit hatinya saat ini. Harap sahaja muka kacak tetapi langsung tidak menghormati orang.

“Saya…” Belum pun sempat Ameer berkata, Nurul Ain sudah mencelah.

“Mentang-mentang bawak kereta lawa, nak berlagak dekat atas jalan raya pulak. Menyampah!” Sinis sekali dia berkata-kata. Dia terus berlalu meninggalkan Ameer. Sakit hatinya kini semakin membuak. Ada baiknya dia beredar sebelum kesabarannya tidak dapat dibendung lagi. Dia ini bukanlah penyabar sangat orangnya.
“Awak!” Ameer memanggilnya semula.

Terhenti langkah Nurul Ain. Dia menoleh seketika dan menjelirkan lidah serta melayangkan jelingan maut buat lelaki itu. Setelah itu, cepat-cepat dia berpaling semula. Rosak moodnya hendak membeli apam balik gara-gara si sengal itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk balik sahaja.

Ameer terkesima sejenak. Namun, senyuman terukir di bibir. Belum pernah ada mana-mana gadis yang memarahinya seperti gadis itu lakukan. Gadis tanpa nama ini sungguh berani dan selamba. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.

‘Am, jangan kata kau dah terpikat dengan dia. Ah, merepek!’ desis hatinya. Tidak mahu berfikir lagi tentang gadis itu, segera dia meloloskan semula dirinya ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan keretanya dari petak parkir. Niatnya tadi hendak membeli sekotak rokok dibiarkan begitu sahaja.

“Nasib kaulah, Am. Pagi-pagi dah kena marah,” Ameer berkata kepada dirinya sendiri.

~cerita baru lgi. hehe. Maaf kalau ada kekurangan dalam cerita ni. Silalah drop komen kat bawah. Ira sangat hargai setiap komen awak2 semua. Enjoy reading ye!! ^_^

Nurul Ain

Ameer









           
           
           
           
           
           
           
           




3 ulasan:

Unknown berkata...

nak n3 lagi hehehehehe ada typo sikit nanti betulkan k

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

insyallah, nt ira up lagi...tq kak sudi baca :D

Unknown berkata...

bestttttt.sambung lah lagi!