Tergesa-gesa
Mat Rock turun dari motorsikalnya. Tongkat ditolak dan kuncinya dicabut. Naik
kejang pipinya ditampar angin disebabkan bawak motor bagai hendak terbang.
Mujur dia tidak terbang sekali. Oleh kerana mengejar masa, Mat Rock terpaksa
mengkhianati prinsipnya iaitu ‘pandu cermat jiwa selamat’. Biar lambat asal
selamat sudah bertukar kepada biar cepat asal sampai. Biar pun dia Mat Rock
namun dia bukan Mat Rempit. Taubat lepas ni dia takkan begitu lagi.
“Haa, awat hang lambat sangat Mat Rock oi… Ni,
aku dah naik berjanggut tunggu hang tau. Sikit lagi serupa kambing hang tau
dak. Apa hang pi buat konsert duet dengan abang Awie dulu ka?” riuh Meon
membebel apabila terlihat kelibat Mat Rock mendekatinya.
Mulut
mamat sorang ini bagaikan mulut minah. Lebih banyak bercakap dari diam. Kalau
membebel mak-mak minah pun kalah. Hehe. Mat Rock dan Meon bersama membuka gerai
burger ini. Dia bos, Meon pun bos.
“Hoi, brader
idola gua jangan disebut-sebut. Hak cipta terpelihara gua tu. Gua stuck kat bus
stand tadi. Nampak rambut gua yang rock ni, basah. Hujan weii…” Mat Rock terus
mengambil pisau dan meracik kubis.
Meon
mencebik. Tangannya laju membekam daging burger di atas kuali.
“Hang kena hujan ke hang baru mandi? Ni mesti
hang bangun lambatkan…” Meon tidak percaya kata-kata rakan baiknya itu. Mat
Rock bukan boleh dipercaya sangat.
Panas
telinga Mat Rock mendengarnya. Walaweh, main tuduh-tuduh pulak. Kubis yang
diracik dicampak dua tiga cebis ke arah Meon bermulut lancang itu.
“Hoi, kang mulut lu… gua sumbat sos cili
sebotol baru tau. Berapi-api nanti!”
marah Mat Rock dengan wajah serius.
Meon
menyengih dengan wajah tidak bersalah dia.
“Rileks aa… Aku main-main pun hang dah naik
hantu. Rileks…”
“Rileks, rileks! Dosa tau tak main fitnah-fitnah
ni. Fitnah ni lagi bahaya dari membunuh!” Mat Rock memperingati sahabatnya itu.
“Tau dah. Tau dah.” Meon beralah dan tersengih
lagi. Sekali kena ceramah dengan Mat Rock, hambik hang! Cair taik telinga
dibuatnya.
“Bro, tadi kat bus stand tu gua ada kenal
sorang minah mak saleh ni. Perghhh… Cun gila gua cakap lu!”
“Hang ni Mat. Entah apa-apa entah. Mana ada
minah mak saleh nak berkenalan dengan hang. Tu… anak Pak Saleh si Mona tu
adalah. Haa, dia tu memang gilo habis dengan hang.”
Apa
kejadahnya dengan Mona anak Pak Saleh pula? Ada karang mulut itu kena sumbat
dengan timun ini karang. Anti betul dia mendengar nama Mona. Gadis bibirnya
tebal dengan gincu merah menyala, jalan pun goyang sana, goyang sini dengan
berpayung. Tergedik-gedik dia tengok. Mona sibuk mengejarnya setiap masa
sehingga dia naik rimas. Bila terserempak mulalah dia bergesel bagai kucing
parsi. Tak hadap gua!
“Mulut lu ni macam longkang, der… Si Mona tu
sesuai dengan lu. Bagai pinang dibelah dua dengan lu aje,” tempelak Mat Rock
geram.
“Apa pulak? Dengan hang la sesuai. Anak Pak
Saleh tu cantik apa. Bibir dah macam lampu tanda berhenti traffic light tu. Mengancam noo…”
Mat
Rock mencebik. Mahu sahaja dia cap bibir Meon dengan sudip burger. Biar berpetak-petak.
“Kalau gitu, lu aje dengan Mona tu. Kalau gua…
simpang malaikat empat puluh empat, der. Nanti mesti dia meleset kat lu bagai
kucing parsi. Lu kan suka bab leset meleset ni,” Hambik lu sedas! Mulut puaka
lagi, itu padahnya.
Meon
menggeleng laju. Seluruh badannya sekali digoyangkan. Kalau Mat Rock tak mahu,
dia lagilah.
“Aku? Tak mau aih…”
Ketawa
Mat Rock lepas. Tahu pun tak mahu. Tadi sibuk sangat kanen kan dia dengan Mona,
anak Pak Saleh itu.
“Haa, sapa nama minah mak saleh kau
cakap tadi? Cuba habaq mai.”
Terbayang senyuman manis minah itu
di hadapan matanya. Cantik persis model dalam majalah. Dia tersenyum sendiri.
“Hoi, awat hang ni tiba-tiba jadi
patung cendana pulak? Aku tanya, sapa nama dia?” Lengan Mat Rock disenggolnya
untuk menyedarkan mamat itu dari lamunan terhentinya. Erk, lamunan terhenti?
Ah, biaq pi la…
“Nama dia Isadora. Dia suruh gua
panggil Dora aje. Gua pun kenalkan diri gua Mak Rock. Tapi, dia kata nak
panggil gua Mat aje. Dia kata lagi mudah,’ cerita Mak Rock serba sedikit
tentang perkenalannya dengan Isadora.
‘Aku tanya nama saja. Hang sibuk
cerita panjang lebaq pulak. Lantak pi la hang, Mat Rock,’ desis Meon sendirian.
“Dah tu, macam mana pulak hang boleh
kenal dengan dia?” tanyanya lagi, sibuk membungkus burger yang dipesan
pelanggan.
Mat Rock menghentikan semua
pekerjaannya. Badan di pusing menghala ke arah Meon.
“Okey cerita dia macam ni… Masa
hujan tadi, gua tumpang teduh kat bus
stand. Masa gua dok melepak, tetiba adalah dua mamat muka tak siap ni kacau
Dora. Huh, gua apa lagi, jadi superhero la.
Gua keluarkan semua ilmu persilatan gua masa kat kampung dulu. Apa lagi,
lintang pukang dorang lari. Menceceh habis! Mula dari situ la gua kenal dengan
Dora, anak mak saleh ni,” cerita Mak Rock lagi.
Meon memandangannya dengan pandangan
tidak percaya. Sudah bagai drama pula cerita si Mat Rock ini. Betul ke, atau…
dia kelentongnya saja? Mat Rock ini kadang bukan boleh percaya sangat. Mata
dikecilkan memandang Mat Rock sambil pinggang sebelah dicekaknya. Kalau betul
pun, apa si Mat Rock ini pandai berbahasa Inggeris? Sekolah pun kantoi, tidak
ada maknanya dia reti cakap omputih. Mana mungkin!
“Wei, lu apahal? Tak percaya? Tak
percaya lu punya pasal la. Gua dah malas nak layan lu. Nanti kalau gua bawak
awek tu datang sini, menganga lu. Dah, baik gua ambik order.” Mat Rock terus berlalu. Malas lagi dia hendak melayan Meon
yang tidak mempercayainya.
Meon mengikuti sahaja gerak geri Mat
Rock. Sudah melarikan diri, maknanya memang betullah dia kelentong. Haprak
betul dia ini. Mat… Mat….
~*~*~*~*~*~
Mat
Rock menumbuk-numbuk bahunya yang sengal. Penat sungguh hari ini. Mujur dia tak
bekerja pagi hari ini sebagai penghantar surat. Hari Sabtu dan Ahad sememangnya dia bercuti. Esok dapatlah dia
berehat sepuasnya. Terbongkang atas katil pun tak siapa akan marah. Pintu gril
dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam. Belum pun sempat dia menutup semula
pintu gril, terdengar namanya dipanggil dari belakang.
“Mat…” Serak-serak basah suara itu
menegurnya. Adakalanya seperti mendayu-dayu. Dia teragak-agak untuk menoleh.
Dadanya berdegup laju.
“Mat.” Dia ditegur lagi.
Agak malu untuk dia mengakui.
Walaupun dia adalah Mat Rock, terkadang ada rasa takut juga. Bohonglah kalau
dia mengakui bahawa dia bukanlah penakut. Eleh, korang pun penakut juga, kan… Mat
Rock mengagahkan juga dirinya untuk menoleh. Kering darahnya apabila terpandang
wajah putih. Rambut bagai mak lampir, kembang mengurai!
“Arghhh!” Tersandar dia di dinding
sambil memegang dada berdegup hebat. Menggigil tubuhnya. “Han… han… hantu!”
Kak Moon serta merta menutup mulut
adiknya.
“Hoi! Ini akak la. Sampai hati kau
kata akak hantu!” Tangannya laju mengutil lengan si adik. Kurang asam punya
adik. Suka hati dia aje mahu memanggilnya hantu. Muka dia yang gebu ini mana
sesuai digelar hantu. Grrr…
“Auchhh! Sakit la.” Mat Rock
menyeringai kesakitan penangan cubitan Kak Moon.
“Lah… Akak, lu rupanya. Gua ingat
mak lampir tadi. Ni apahal lu pakai putih-putih bagai ni. Akak, lu bikin gua terkujat
tau tak. Nasib gua tak ada sakit jantung.” Bebel Mat Rock bergua dan berlu
dengan kakaknya. Alah, Kak Moon bukan kisah pun. Dari dulu lagi dia guna bahasa
‘gua’ ‘lu’ dengan kakaknya ini. Kak Moon sempoi orangnya. Kadang bila datang
sewel dia, dengan dia sekali berbahasa ‘gua’ ‘lu’ dengannya.
“Ini bedak sejuk la. Untuk
kecantikkan. Kau mana tau,” bentak Kak Moon.
“Apalah Kak Moon ni…” keluh Mat Rock
sambil menutup pintu gril. Macam-macam kakaknya sorang ni.
“Macam mana bisnes burger kau hari
ni?” tanya Kak Moon sambil bercekak pinggang.
“Bisnes beres! Hari ni kitorang
banyak dapat untung. Itu sebab gua balik lambat ni,” jawap Mat Rock dengan
senyum lebar. Duit masyuk, lebarlah senyum dia.
“Bagus la. Haa, ni dah solat belum?”
Mat Rock menyengih dan menggeleng.
Tadi terlalu sibuk melayan pelanggan sampai solat pun dia terbabas.
“Belum, kak.”
“Dah tu, pergi mandi lepas tu solat.
Baru tidur,” arah Kak Moon bagai mengarah budak kecil sahaja.
“Yalah… yalah.”
Laju sahaja Mat Rock memanjat
tangga. Karang banyak pula dibebelkan Kak Moon.
~*~*~*~*~*~
Mat
Rock tidur pulas sekali. Inilah penangan akibat terlalu penat semalam. Bantal
ke mana, selimut ke mana. Habis semua bergelimpangan. Biliknya sudah bagai
tsunami melanda Aceh pula.
Beristighfar panjang Kak Moon dibuatnya.
Dia menepuk dahi. Bilik adik aku ni kena rompak ke apa? Ya Allah, bersepahnya!
Bahu si adik yang nyenyak tidur digoncang. Mat Rock langsung tidak bergerak.
Kaku.
“
Aigooo… adik aku ni tidur mati betul!”
Bahu
Mat Rock digoncang lagi.
“Mat
oh mat! Bangun!” Kejutnya.
Mat
Rock mengangkat sedikit mukanya namun hanya beberapa saat. Setelah itu dia
menjatuhkan semula muka ke bantal.
“Bangun
la Mat… Apa susah sangat ni,” rungut Kak Moon.
“Kak…
Gua nak tidur la. Jangan kacau,” kata Mat Rock dalam suara seraknya. Dia menutup
mata kembali. Tangannya terus ditarik oleh Kak Moon.
“Adoyai…
Akak, hari ni hari Ahad la. Ini hari tidur tau tak,” rengusnya.
“Banyak
la hari tidur kau. Tu ada awek cari kau. Baik bangun cepat, kalau tak akak
suruh awek tu balik aje. Cakap kau tak nak jumpa sesiapa hari ni,” ugut Kak
Moon. Dia sudah tidak kuasa mahu mengejut adiknya yang sungguh liat hendak
bangun itu. Baru sahaja dia mahu melangkah ke pintu, Mat Rock laju bersuara.
“Awek?”
Dia sudah duduk tegak sambil menggaru-garu kepala. Matanya merah dan kuyu.
Kak
Moon mengangguk. Mahu sahaja dia ketawa saat ini namun disimpan saja. Hai… adik
aku ni bila sebut ‘awek’ laju aje dia bangun.
“Siapa?
Mona ke?” Kalau Mona bolayan. Tak kuasa dia hendak melayan kegedikkan gadis
itu.
“Mona
apanya? Orang lain la. Apatah namanya, susah nak sebut,” beritahu Kak Moon, berpeluk
tubuh dan bersandar di muka pintu.
Mat
Rock diam sejenak. Berkerut dahinya. Awek mana pula datang mancarinya pagi-pagi
begini. Kalau bukan Mona si bibir merah tu, siapa pula? Semakin ligat dia
menggaru kepala.
“Apa
garu-garu kepala lagi tu? Pergi la luar, jumpa. Awek lawa tak mau jumpa, rugi
la. Dah cepat, bangun!” gesa Kak Moon.
Awek
lawa? Cepat-cepat dia bangun dan mencapai tuala. Rezeki cuci mata pagi-pagi ini
jangan dilepaskan. Bak kata Kak Moon, rugi wooo…
“Kak,
lu tolong layan awek tu dulu. Gua nak mandi. Bagi gua dalam sepuluh minit.”
Berdesup dia berlari ke bilik air.
“Haa,
yalah. Cepat sikit. Hai… Macam-macam betul adik bujang aku sorang ni,”
tergeleng-geleng dia. Ketawanya lepas jua.
Sepuluh
minit telah pun berlalu. Kak Moon sibuk melayan awek yang membelakangkannya.
Entah apa yang dibualkannya pun dia tak tahu. Hal orang perempuan agaknya. Mat
Rock menyebak rambutnya yang terjuntai di dahi. Dia berdeham.
“Haa…
Mat mari la duduk sini.” Tegur Kak Moon sambil menepuk permukaan sofa di
sebelahnya.
Mat
Rock segera ke situ dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Ek eh, dah macam
anak dara mahu kena pinanglah pula. Tersenyum dan tersipu bagai. Segera dia
mengubah air mukanya. Kali ini beriak biasa. Sesampai sahaja dia hadapan Kak
Moon terus dia membuang pandangan ke arah awek di hadapan kakaknya itu. Sungguh
dia tercengang! Langsung tak menyangka! Tenang saja gadis itu melemparkan
senyuman padanya. Dia, hanya berdiri kaku dan tidak langsung bersuara.
Terbeliak biji mata.
“Mat,
dah kenapa jadi patung cendana ni?” tegur Kak Moon pelik. Tangan adiknya
ditarik agar duduk disebelahnya. Mat Rock akur saja. “ Mat, tadi akak ingat si
Dora ni omputih. Habis akak pulun BI awalnya. Terkejut akak bila dia cakap
Melayu. Tak sangka pulak dia pandai BM. Hehehe…”
Namun,
kata-kata Kak Moon bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja.
Fokusnya dah tertumpu pada insan di hadapan mata.
“Is…Isadora!
Dora!” Jari telunjuk tertegak ke arah Isadora. Ya, Isadoralah yang berada di
hadapannya sekarang ini. Oh, susah mahu percaya. Dia mencubit pipinya. Sakit!
Maknanya ini bukan khayalan atau mimpi indah. Ini nyata!
Minah
itu senyum lagi. Sungguh manis.
Berkerut
dahi Kak Mood. Kena sampuk ke adiknya ini? Semalam dapat untung banyak terus
hari ini bagai kena sampuk.
“Ya,
saya Mat.”
“Eh,
korang ni kenapa? Macam tak percaya aje.” Silih berganti Kak Moon memandang
adiknya dan juga Isadora.
“Gua
memang tengah tak percaya ni kak!” Terkebil-kebil Mat Rock dibuatnya. Baru
semalam dia menyelamatkan minah ini. Hari ini dia sudah ada di hadapannya.
“Haaa?”
Kak Moon langsung tak faham.
Isadora
tersenyum pada kakak Mat Rock. “ Sebenarnya kak… Petang semalam Mat telah
menyelamatkan saya dari budak-budak jahat. Saya datang ni pun sebab nak
pulangkan jaket ni pada dia. Saya dah basuh pun. Mat terima kasih la pinjamkan
pada saya ya.” Dia menghulurkan beg kertas kepada Mat Rock. Teragak-agak Mat Rock menyambutnya.
“Ooo…
Tak sangka pulak adik akak ni jadi superhero.”
Kata Kak Moon tersenyum bangga. Paha Mat Rock ditepuknya.
“Err…
Dora buat susah-susah lu aje cari rumah ni sebab nak hantar jaket ni. Gua suruh
lu post aje hari tu. Tapi apa pun… terima kasih la. Terima kasih jugak sebab tolong
basuhkan.” Mata Mat Rock dan Isadora bertatapan. Bagai ada arus elektik yang
menghubungkan mata mereka.
Kak
Mood yang melihat reaksi kedua-duanya tersipu malu. Terasa dirinya kacau daun
pula.
“Akak
naik ke atas dulu la. Dora jemput minum dulu ya. Mat, kau borak la. Akak tak
nak kacau korang.” Segera Kak Moon meminta diri.
“Ya,
kak. Terima kasih,” ucap Isadora.
Mat
Rock dan Isadora hanya memerhati langkah Kak Moon. Hanya tinggal mereka berdua
sahaja di ruang tamu itu. Sejenak suasana jadi sepi. Isadora kelihatan
malu-malu untuk menutur kata. Mat Rock juga begitu.
“Err…
Tak susah ke cari rumah ni, Dora?” tanya Mat Rock teragak-agak. Dia tak betah
hanya berdiam saja.
“Tak
pun. Saya guna alamat yg Mat bagi petang semalam. Lepas tu saya tanya mak cik
jual kuih kat tepi jalan. Alhamdulillah, sampai jugak.”
“Ooo…”
Terangguk-angguk Mat Rock. Aduh, kenapa
rasa segan ni? Mat Rock senyum saja pada Isadora yang duduk sopan di hadapannya.
‘Comon la Mat Rock! Tak rock la brader segan-segan, malu-malu ni. Haish…’
Mat Rock memarahi dirinya.
“Mat…”
Seru Isadora.
Terus
menuntas pandangan ke arah minah itu.
“Ada
apa Dora?”
“Hmm…
Boleh tak esok… esok…” Isadora sepertinya teragak-agak untuk menuturkan bicara
seterusnya.
‘Ini
yang gua malas ni. Nak cakap sesuatu teragak-agak. Bikin hati gua macam nak
melompat aje. Gua dah tak sabar! Apa Dora nak ajak gua couple ke? Kalau macam
tu, buat apa tunggu esok, hari ni pun boleh. Hello brader… Lu jangan nak perasan terlebih la. Tak ada maknanya Dora
yang cun melecun ni nak bercinta dengan mamat macam lu. Weh, cermin sikit muka
lu yang tak berapa nak hensem tu,’ desis hati Mat Rock.
“Kenapa
dengan esok?”
“Err…
Sudi tak kalau esok Mat Rock dinner
dengan saya? Sebagai tanda terima kasih saya pada Mat.”
“Haaa?!”
Jerit Mat Rock bagai tidak percaya. Liur ditelan terasa kesat. Rasa mahu sahaja
dia menumbuk mukanya sendiri. Untuk menyedarkan bahawa dia di alam realiti. Dora,
anak mak saleh ini mahu mengajaknya makan malam? Fakta ke auta ni?
“Orang
dah ajak tu jangan la menolak. Karang melepas,” kata satu suara kanak-kanak
perempuan di tangga. Macam suara Hani, anak Kak Moon. Mat Rock menjenguk ke
tangga. Mak ai… Kak Moon, Abang Saiful, Hani dan Amar ada di situ sambil
tersengih-sengih bagai kerang busuk. Cis! Rupa-rupanya perbualan dia dan
Isadora didengari oleh mereka sejak dari tadi lagi. Wah, syok betul empat
beranak ini menelinga ya!
“Ha’ah
dik…Jangan menolak. Rugi!” Sahut Kak Moon pula.
Isadora
melihat keadaan itu sudah pun ketawa. Lucu.
“So, macam mana? Mat setuju nak dinner
dengan saya? Malam esok saya ambil Mat dekat sini.” Isadora berharap sungguh
Mat Rock bersetuju. Sejak petang semalam dia tidak dapat melupakan lelaki ini.
Dia bertekad untuk mendekati Mat Rock kerana dia tahu lelaki ini ikhlas
orangnya.
Mat
Rock memandang Kak Moon dan kakaknya itu mengangguk laju.
“Gua…
gua. O… Okey, gua setuju.” Akhirnya dia melafaskan persetujuan.
Lebar
Isadora mengukir senyum.
“Alhamdulillah!”
Serentak Kak Moon sekeluarga berkata dan menekup tangan ke muka.
Membesar
mata Mat Rock memandang mereka. Isadora pula terkekeh-kekeh ketawa sambil
menekup mulut menahan tawa. Merona merah wajah Mat Rock namun dia hanya
melayangkan sengih sahaja pada gadis itu. Malu!
Bersambung ke part 3....
~Hai semua. Wah, rindu nak menghapdet. Berhabuk dah blog ira ni. Hehe. Meh, baca sambungan cerpen CMR. Maaf kalau ada kekurangan. Jangan lupa drop komen di bawah. Terima kasih sudi baca...^_^
Isadora |
3 ulasan:
req orang lain jadi dora boleh? heheheheheh next
Hehe..next, insyallah =D
Aku cari dekat youtube citer ni tapi x de apasal?
Catat Ulasan