Khamis, 12 September 2013

Mungkinkah Ada Bahagia? ~Part 8~




Selesai saja menunaikan solat dan mengaji Zuraidah duduk sebentar di tikar sembahyang. Bayi dalam perutnya sedang menendang dinding-dinding perut. 

“Lasaknya anak mama. Besar nanti jangan nakal-nakal ya?” Zuraidah mengusap perutnya dan tersenyum.

Dia melipat telekung yang dipakai tadi dan juga sejadah satu persatu.  Dia mahu ke dapur membantu ummi menyediakan makan malam buat mereka.   Zuraidah berpaut pada almari kecil di tepi katilnya.  Sejak kebelakangan ini, pinggangnya sering saja sengal-sengal.  Setiap kali menyapu atau melakukan kerja pasti kebanyakkan masanya dia duduk berehat sebelum menyambung kembali kerjanya. 

 Setiap hari juga ummi membantunya mengurut pinggang yang sering sengal ini.  Sambil-sambil itu ummi selalu menasihati supaya dia tidak melakukan pekerjaan lagi dan duduk berehat saja namun dia tetap tidak mahu membiarkan wanita itu keseorangan melakukan kerja-kerja rumah.  Kasihan ummi. Ini sajalah khidmat yang mampu diberikan buat wanita berjasa itu.

Zuraidah sudah berdiri dan mahu keluar dari biliknya.  Namun belum pun dia melepasi pintu bilik deringan telefonnya menghentikan pergerakan.  Dia berpatah balik ke meja solek.  Telefon bimbitnya dicapai dan butang hijau ditekan.  Telefon kecil itu dibawa ke telinga.

“Assalammualaikum, hello”.

 Salam diberikan. Namun, tiada sambutan di hujung talian.

“Hello, siapa di sana?”

  Juga tiada sambutan.  Hanya kedengaran desahan nafas pemanggil.  Berkerut dahi Zuraidah.

 “Siapa ni?”, dia bertanya lagi. Siapakah dia gerangan pemanggil ini?

 Hairannya, tiada sepatah kata si pembuat panggilan.  Zuraidah menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Nombor pemanggil dilihat.  Nombor yang tidak dikenali. Sepertinya nombor telefon awam saja. Dia kembali menekupkan telefon bimbit ke telinga.

 “Hello…”

 Talian terus dimatikan oleh pemanggil. Zuraidah terkesima.  Baru dia berhajat mahu menanyakan kepada pemanggil kemahuannya namun talian telah pun dimatikan.  Mungkin salah nombor atau ada insan yang tidak bertanggungjawab sengaja mahu bermain-main.

 Zuraidah meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja solek. Dia berlalu untuk ke dapur.





~*~*~*~*~*~

“Ummi…”.

Zuraidah mengambil tempat dihadapan umminya yang sibuk memotong lobak.

“Dah siap solat?”

“Dah, ummi. Baru aje”.

 Dia mengambil mangkuk berisi kacang panjang di hadapannya. Kemudian dia bangun mengambil pisau kecil untuk menghiris sayuran itu.

 “Zue nampak macam letih. Pinggang dah okey ke?”

 \Zuraidah senyum. “Kurang sikit ummi. Adalah lenguh-lenguh sikit ni”.

 “Tak payahlah tolong ummi ni, Zue. Ummi boleh buat seorang. Zue pergi rehat saja”, ujar ummi. Prihatin melihat keadaan Zuraidah yang hanya menunggu hari saja. Kalau boleh dia mahu anak angkatnya ini cukup rehat kerana tidak lama dia bakal melahirkan.

 “Tak apa ummi. Zue masih larat lagi”.

 Ummi hanya menggeleng melihat kedegilan Zuraidah.

  “Ummi nak masak apa ni?”

 “Lauk simple aje Zue. Ummi ingat nak masak sup sayur, kacang panjang goreng dan ikan bawal goreng. Cukuplah untuk kita berdua aje”, kata ummi.

Zuraidah sudah menelan liur mendengar menu yang disebut umminya. Terliur dia dibuatnya.  Semua masakkan wanita berusia itu dia gemari.   Seakan-akan masakan arwah ibunya.  Dia rindu dengan masakkan ibunya.  Dan sejak dia mengandung ini seleranya semakin bertambah.  Jika selalu dia cuba makan sepinggan nasi tetapi kali ini sudah menjadi dua pinggan.  Ummi sentiasa tersenyum senang apabila melihat dia makan dengan begitu selera sekali.

“Sedapnya… Walaupun simple tapi mengancam juga tu ummi”.

 Ummi ketawa mendengar pujian dari Zuraidah. Ada-ada sajalah Zue ini.

“Zue kena makan masakkan umi puas-puas sebab lepas bersalin nanti mesti dah tak boleh.  Dah kena berpantang”, tambah Zuraidah lagi.  Nada wanita muda itu seakan sedih saja.

“Tak apa.  Pantang cuma empat puluh hari saja.  Lepas pantang nanti ummi masak masakkan yang lagi sedap”, seloroh ummi untuk menaikkan semangat Zuraidah.

“Betul ke? Terima kasih banyak-banyak, ummi”.

Tangan wanita itu disentuh lembut.  Ummi betul-betul mengingatkannya terhadap arwah ibunya.  Dua-dua sama baik dan cukup penyayang.

“Zue, boleh ummi tanya sikit?”

 “Nak tanya apa ummi? Tanyalah”, kerja Zuraidah yang terhenti di teruskan semula.

 “Harap Zue tak marah ya.  Ummi cuma nak tahu saja”.

 “Ummi…buat apa Zue nak marah pula.  Ummi tanyalah.  In sha Allah, mana yang Zue boleh jawap, Zue jawap”, Zuraidah meyakinkan ummi untuk terus bertanya.

“Ini pasal suami Zue”.

 Ummi menuntuskan pandangan ke wajah Zuraidah.  Jelas di pandangannya, wajah itu berubah jadi keruh.  Seperti sedih dan ketakutan.  Sesal pula datang menjelma melihat perubahan riak Zuraidah.

 “Tentang apa tu ummi?”, tanya Zuraidah sambil menunduk.

“Tak mengapalah kalau  Zue tak selesa.  Ummi tak paksa”, ujar ummi sambil mengenggam tangan Zuraidah.

 “Ummi nak tahu tentang apa?  Teruskanlah.  Zue tak kisah”.

 Serba salah untuk ummi terus bertanya.  “Ummi… ummi cuma nak tahu sama ada Zue ada telefon suami Zue?  Lagi beberapa minggu saja Zue dah nak bersalin, ada tak Zue beritahu saumi Zue?”

 Zuraidah menggeleng perlahan.  Benar dia tidak pernah pun menelefon Irfan sepanjang dia berada di sini.  Dia belum ada kekuatan untuk berbuat begitu.  Dia juga takut sekiranya Irfan dapat menjejakinya dan melakukan perkara yang buruk kepadanya.   Apatah lagi pada keluarga ummi.

“Zue takut ummi.  Zue belum bersedia dan takut dia akan apa-apakan Zue”.

“Bagi ummi walau macam mana pun Zue tetap kena beritahu dia.  Diakan suami Zue dan ayah pada Zulkifli nanti”.

 Berderai air mata Zuraidah.  Betul kata ummi, Irfan sepatutnya tahu.  Seburuk-buruk mana pun dia tetap bapa kepada Zulkifli walaupun lelaki itu tidak mahu mengakuinya. Masa hanya tinggal tiga minggu saja lagi.  Dia akan cuba memujuk hatinya utnuk menelefon lelaki itu.  Itu janjinya.

“In sha Allah ummi.  Zue akan cuba”.

Ummi senyum nipis.  Tangan Zuraidah ditepuk-tepuk perlahan.

 “Ssyyhh… Dah, jangan menangis lagi.  Nanti Zulkifli pun jadi cengeng macam mama dia juga”, pujuk ummi mahu meredakan kesedihan Zuraidah.

Zuraidah mengesat sisa-sisa air mata di pipi mulusnya.  Dia membalas senyuman ummi.



Tamat part 8. Tapi... ni bukan final tau.  Ada lagi...hehe^__^
           

           
           
           
           
           
           
           
           

            

Tiada ulasan: