Mat Rock dan
Meon sibuk menyiapkan pesanan burger untuk pelanggan mereka. Alhamdulillah, rezeki mereka semakin hari
semakin bertambah. Berkat mereka kerja dengan ikhlas untuk pelanggan.
Tiba-tiba
lengan Mat Rock disenggol Meon. Dia yang sedang membungkus burger terakhir
terhenti perbuatannya.
"Lu
ni Meon... apahal main senggol-senggol gua ni?"
"Mat...
tu... hang tengok sana. Perghhh! Cun melecun giler awek tu..." usai kata,
hujung mata kiri dikenyitkan. Sengih pula lebar sampai ke telinga. Kemudian fly
kiss dilepaskan buat si gadis yang sedang berjalan ke arah mereka.
Mat
Rock tidak akur dengan arahan sahabatnya. Pantas tangannya meluku kepala Meon
sekuat hati. Mengaduh sakit lelaki itu.
"Lu
ni tak habis-habis. Setiap kali nampak minah gedik semacam. Cuba la jaga maruah
sikit. Tak macho la kalau lelaki tergedik-gedik depan minah. Jadi jantan sikit
la der. Hish!" marah Mat Rock.
Meon
gosok-gosok kulit kepalanya. Pasti benjol kepalanya selepas ini.
"Suka hati aku la. Hang ni... sakit kepala aku tau dak! Adui..."
Mat
Rock ketawa. Suka melihat keadaan sahabatnya yang kesakitan itu. Siapa suruh
gadik semacam? Padan muka! Tanpa dia sedar ada seorang gadis sedang
mendekatinya.
"Ehemm...
Assalammualaikum."
Mat
Rock dan Meon sama-sama menoleh. Ketawa yang tadi terhias di bibir Mat Rock
terhenti. Dia pandang insan di hadapannya dengan rasa terkejut. Meon pula
tersengih panjang saja.
"Do...
Dora!"
Isadora
senyum. Meon keiru. Mat Rock dan gadis di hadapannya dipandang bergilir.
'Dorang
ni kenal ke? Ciss... tak boleh jadi ni. Aku pun nak kenal dengan awek ni juga,'
omel Meon dalam hati.
Pantas
sudip memasak daging burger diberikan kepada Mat Rock yang dari tadi diri
tertegak. Dia lantas mendekati gadis kacukkan di hadapannya.
"Hai
cik adik manis. Nama abang Sameon Bin Karim. Nama glamour orang panggil Meon.
Cik adik siapa nama?" Tanpa segan silu Meon memperkenalkan namanya. Orang
tak tanya pun, dia sendiri tidak tahu malu. Tangan dihulur untuk bersalaman.
Isadora
senyum pada Meon. Cairlah hati si jejaka yang tak tahu malu itu.
"Saya
Isadora. Panggil Dora saja," Isadora memperkenalkan diri. Namun salam Meon
tidak disambut.
"Amboi...
sedapnya suara. Lembut selembut sutera. Cair hati abang ni. Nama pun
sedap," puji Meon.
Mat
Rock ketap bibir saja. Si Meon ini mengada-ngada pula dia rasa. Kecil, besar,
kecil, besar saja dia lihat sahabatnya seorang ini. Entah kenapa ada rasa
cemburu terselit di sanubarinya saat ini. Mat Rock pantas mendekati mereka
berdua.
"Ehem...
Meon, tu ada pelanggan baru datang. Lu pergi siapkan order dorang dulu."
Sudip yang tadi Meon berikan kepadanya diberikan semula kepada lelaki itu.
Meon
menunjukkan muka tak puas hatinya. Kacau betullah mamat ni, sungutnya dalam
hati.
"Hang
pergi la buat. Biar aku layan awek ni..." bisik Meon di telinga Mat Rock.
Tidak
semena-mena kepalanya sekali lagi dihadiahkan sekehan. Mengaduh kuat Meon. Luku
Mat Rock kali ini lebih kuat dari yang tadi. Sah, ada dua benjol kepalanya!
"Banyak
lu punya layan! Dora ni kawan gua la. Dah, cepat! Dorang dah lama tunggu
tu," gesa Mat Rock.
Dalam
terpaksa Meon akur juga. Membebel- bebel mulutnya. Mat Rock hanya simpan ketawa
dalam hati. Siapa suruh berani kacau Dora gua?
'Dora
gua? Erk... Mat lu jangan berangan sangat la. Lu dengan Dora ibarat langit
dengan bumi. Orang kata kalau belajar tak pandai jangan berangan nak jadi
angkasawan.'
Mat
Rock beralih arah kepada Isadora. Dia senyum.
~*~*~*~*~
"Dora,
gua tak sangka lu betul-betul datang sini. Kenapa lu tak bagitau dulu nak
datang? Err... macam mana lu tahu gerai dekat sini?"
"Maafkan
Dora sebab datang tak bagitau. Nak call tapi Dora tak ada nombor telefon Mat.
Dora datang sini pun Kak Moon yang bagitau arahnya."
"Kak
Moon?" tanya Mat Rock dengan nada tidak percaya.
Isadora
mengangguk.
"Dora
singgah rumah mat dulu sebelum ke sini. Ingat mat ada dekat rumah. Saja nak
ajak mat lepak-lepak. Tapi, rupa-rupanya mat meniaga malam ni. Kak Moon yang
tunjukkan arah gerai burger mat ni, " terang Isadora.
"Oh.
Eh, jemput duduk Dora."
Mat
Rock mempersilakan Isadora untuk duduk di salah sebuah meja khas untuk
pelanggan yang mahu makan di situ.
"Mat,
yang tadi tu kawan Mat ke?"
"Mamat
tadi tu? Yup. Nama dia Meon. Kawan baik gua sejak dari sekolah. Bisnes partner gua jugak.
Kiranya kawan kamcing gua dunia akhirat tu."
Entah
kenapa dia rasa cemburu apabila Isadora bertanya tentang Meon. Isadora suka
dengan Meon ke?
"Mesti
sakit kepala dia Mat ketuk tadi. Kesian dekat dia…" ujar Isadora perlahan.
Nadanya seperti kasihan saja. Kuat kut bunyi lukuan di kepala Meon. Dia yang
jauh tiga langkah pun dengar.
Makin
tercarik pula rasa cemburu Mat Rock.
"Biarkan!
Dia tu kalau dah tengok awek lawa sikit mulalah sibuk tergedik-gedik kalah
minah. Gua buat macam tu sebab nak sedarkan dia. Sepatutnya yang namanya
seorang mamat, jaga la maruah dan tingkah laku. Bukan tunjukkan kelemahan depan
minah. Baru la macho!"
Mat
Rock membalas dengan nada sedikit kasar. Berjauh hati saja nadanya. Isadora
perasan akan perubahan nada lelaki itu. Kelihatan seperti marah saja.
Buat
seketika suasana sepi.
"Err...
Mat. Mat macam tak suka je Dora dekat sini. Hmm... kalau tak suka Dora balik
dulu la." Isadora bersuara sebaik melihat Mat Rock berdiam diri. Dia sudah
bersedia untuk bangun.
Tersentak
Mat Rock dengan kata-kata minah itu. Rasa serba salah mencucuk diri.
Cepat-cepat dia menahan Isadora dari berlalu.
"Eh,
Dora jangan la balik dulu. Gua bukan bermaksud tak suka atau nak halau lu. Gua
minta maaf eh."
Isadora
hanya diam saja. Mat Rock pula semakin serba salah.
"Dora,
gua sori la. Gua tak tahu kenapa tiba-tiba mood gua swing tadi. Angin 'kus-jus'
gua tiba-tiba je datang. Agaknya hari ni hari tali pusat gua tanggal kut. Dora,
sori…"
Isadora
masih diam. Dia membelakangi Mat Rock. Mat Rock pula garu-garu kepala.
Nampaknya dia kena pujuk Isadora. Tetapi, macam mana nak pujuk? Tak pernah
dalam sejarah hidupnya memujuk seorang minah. Yalah, memang tak pernah pun. Dia
manalah ada awek pun sebelum ini.
"Dora...
Dora lu betul-betul merajuk ke? Err.. janganlah merajuk. Sori eh. Dora kalau lu
tak merajuk lagi gua belanja lu burger paling special. Daging tiga lapis. Siap letak telur mata lembu, siap
cheese lagi. Nak tak?" Mat Rock melembutkan suara. Ayat pujukkannya memang
tidak romantik langsung. Memang tak! Tetapi dia ikhlas memujuk.
Tiba-
tiba dia terdengar ketawa kecil. Tentunya dari gadis di hadapannya ini.
"Err...
Dora kenapa lu ketawa?"
Isadora
berpaling. Ketawa yang ditahan tadi lantas meletus juga. Bahu Mat Rock ditepuk.
Kemudian dia melabuhkan kembali punggungnya. Begitu juga Mat Rock.
"Mat
ni... Cara mat pujuk Dora tak romantik langsung la. Ada ke pujuk dengan
burger?"
Mat
Rock tersengih. Kan dia sudah cakap, dia mana tahu bab memujuk minah ini. Dalam
pada masa yang sama dia bersyukur. Isadora kelihatan sudah hilang rajuknya.
"Gua
mana reti pujuk memujuk orang. Gua kan rockers! Hati kental, keras macam batu
belah, batu bertangkup der..."
Isadora
ketawa.
~*~*~*~*~*~
"Lu nak order burer apa Dora? Gua pergi
buatkan. Untuk lu, gua bagi percuma."
Isadora
menggeleng. "Lain kali la Mat. Dora baru je lepas makan. Dora datang sini
saja nak tengok cara Mat berniaga."
"Tak
ada apa yang special dengan gerai burger gua ni Dora. Kecik. Tempat pula tak
selesa mana. Tapi, Alhamdulillah...."
"Tapi
Mat, Dora tengok gerai ni ramai pelanggan. Dan, Dora rasa gerai burger Mat ni
ada potensi untuk berkembang maju. Mat tak ada cita-cita nak besarkan
perniagaan?"
Mat
Rock hanya senyum nipis. Dia selalu sangat berangan untuk membuka gerai burger
dia di serata Malaysia. Sampai bila dia mahu bekerja di bawah orang, kan? Cuma
masalahnya sekarang duit simpanannya masih belum mencukupi. Sekarang ini dia hanya mampu berangan di atas angin saja.
"Ada
juga. Tapi nanti dululah kut."
"Hmm...
Mat nak Dora tolong tak?"
Berkerut
dahi Mat Rock. Dia tak jelas dengan kata-kata Isadora. Tolong apa?
"Tolong?
Tolong apa Dora?"
"Kalau
Mat nak, Dora boleh tolong mat kembangkan perniagaan mat ni. Dora boleh bagi
pinjamkan modal dulu untuk mat buka gerai lagi satu. Mat setuju?" Isadora
menyatakan hasratnya.
Mat
Rock hanya senyum membalas pertanyaan Isadora itu. Lalu dia menggeleng.
"Gua
bukan bermaksud untuk menyombong diri atau bodoh sombong. Gua hargai kalau lu
berniat untuk menolong. Tapi... biar la gua usaha sendiri untuk majukan
perniagaan gua ni. Gua tak nak menyusahkan mana-mana pihak. Bagi gua biar la
kejayaan gua atas kaki sendiri. Bak kata pepatah, bersusah-susah dulu,
bersenang-senang kemudian. Baru la datang kepuasan dalam diri. Betul tak?"
Isadora
mengangguk. Dia kagum dengan Mat Rock
biar pun sedikit kecewa dengan penolakkan lelaki itu. Mat Rock tidak
terlalu mengharapkan pertolongan orang
sebaliknya mahu berusaha sendiri.
"Kalau
itu Mat dah cakap, Dora hormat keputusan Mat. Tapi, kalau mat rasa perlukan
bantu, jangan segan bagitau Dora okey?"
"Baik
la Cik Isadoraku sayang..." Terhenti kata-kata Mat Rock. Dia pantas
menutup bibir. Dia sudah terlepas cakap.
Lebar
senyum Isadora. Perkataan 'sayang' jelas di telinga. Bahagia halwa telinga mendengarnya.
"Mat
cakap apa tadi?"
Mat
Rock tercengang. Air liur ditelan. Kepala menggeleng kecil.
"Err...
tak. Tak ada apa-apa."
"Hmm,
tapi Dora macam dengar mat sebut sayang..." ujar Isadora tersengih. Mata
pula dikecilkan.
Mat
Rock terdiam seketika. Pipinya sudah merona merah. Cepat-cepat dia cuba kawal
perasaan malunya.
"Err...
tak adalah. Lu salah dengar tu. Eh, apa pulak burung-burung tu buat? Tak reti
nak tidur ke? Kan dah malam ni," serta-merta Mat Rock menukar tajuk
perbualan. Fokusnya terarah ke sebatang pokok yang berdekatan.Dia malu apabila
diungkit keterlanjurannya berkata tadi.
Terbahak-bahak
Isadora. Dia tahu Mat Rock sengaja mengalih cerita.
"Mat
ni kelakar la. Mana ada burung kat situ. Dora tak nampak pun."
Mat
Rock pandang Isadora.
"Ada
la. Tu... lu yang tak nampak. Orang terror macam gua je nampak. Tapi sebenarnya
memang tak ada pun..." ujar Mat Rock. Hujung katanya diperlahankan.
Isadora
ketawa kecil.
"Hak
elah, korang dua ni borak tak ajak aku pun eh," Meon mencelah tiba-tiba.
Dari jauh dia lihat kerancakkan sahabatnya dan gadis cantik itu berbual.
Cemburu dia melihatnya.
Meon
pantas menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk bersebelahan Isadora. Bibirnya
tidak habis-habis tersengih miang.
Berkerut
dahi Mat Rock melihat sahabatnya itu. Kacau daun betul! Dijelingnya Meon tanda
tidak puas hati.
"Cik
Isadora..."
"Meon
kan? Meon tak perlu bercik dengan saya. Panggil Dora je senang," potong
Isadora sambil tersenyum manis kepada lelaki itu.
Meon
tersipu malu melihat gadis itu tersenyum kepadanya.
"Dora,
hang... eh... you... awak tinggal dekat mana?"
Belum
pun sempat Isadora membuka mulut. Mat Rock pantas menjawap. Mahu saja dia meluku sekali lagi kepala Meon saat ini. Biar bertingkat-tingkat benjolnya. Nasib baik ada Isadora. Niatnya sekadar tertanam di dalam hati saja.
"Weh
Meon! Apa kebendanya lu tanya si Dora ni mana dia tinggal? Itu kan hal peribadi
dia. Jangan sibuk la," marah Mat Rock. Menjengkelkan betul soalan Meon itu
dipendengarannya. Dia sendiri pun tidak tahu di mana Isadora tinggal. Inikan pula Meon yang sibuk hendak tahu.
"Hmm...
Dora setuju cakap Mat tu. Maaf ya Meon, Dora tak boleh bagitau." Isadora
bagai dapat merasakan Mat Rock tidak suka dengan soalan diutarakan Meon itu.
Padahal bukan masalah pun jika dia hendak beritahu.
Mat Rock tersenyum senang mendengarnya.
pst: Assalammualaikum readers! Terlebih dulu Ira susun sepuluh jari kepada reader yg menunggu lama sambungan cerita ni. Maaf beribu-ribu melon! Maaf juga jika penulisan Ira ni agak kaku (dah lama tak praktis menulis sbb kesibukkan) @ ada typo sana sini. Apa pun, jika ada kekurang sudi2 la drop komen di bawah. Ira akan perbaiki dn cuba utk sambung cerita ni secepat mungkin. Enjoy reading ya ^__^
4 ulasan:
like..like
Thanks manganisme ader ^_^
terbaik kak cite ni..wat la novel kak
In sha Allah, dik mad daus. Terima kasih sudi baca ya dik ^_^
Catat Ulasan