Khamis, 30 April 2015

Cinta Mat Rock (Part 6)



Mat Rock dan Meon sibuk menyiapkan pesanan burger untuk pelanggan mereka.  Alhamdulillah, rezeki mereka semakin hari semakin bertambah. Berkat mereka kerja dengan ikhlas untuk pelanggan.

Tiba-tiba lengan Mat Rock disenggol Meon. Dia yang sedang membungkus burger terakhir terhenti perbuatannya.

"Lu ni Meon... apahal main senggol-senggol gua ni?"

"Mat... tu... hang tengok sana. Perghhh! Cun melecun giler awek tu..." usai kata, hujung mata kiri dikenyitkan. Sengih pula lebar sampai ke telinga. Kemudian fly kiss dilepaskan buat si gadis yang sedang berjalan ke arah mereka.

Mat Rock tidak akur dengan arahan sahabatnya. Pantas tangannya meluku kepala Meon sekuat hati. Mengaduh sakit lelaki itu.

"Lu ni tak habis-habis. Setiap kali nampak minah gedik semacam. Cuba la jaga maruah sikit. Tak macho la kalau lelaki tergedik-gedik depan minah. Jadi jantan sikit la der. Hish!" marah Mat Rock.

Meon gosok-gosok kulit kepalanya. Pasti benjol kepalanya selepas ini.

"Suka hati aku la. Hang ni... sakit kepala aku tau dak! Adui..."

Mat Rock ketawa. Suka melihat keadaan sahabatnya yang kesakitan itu. Siapa suruh gadik semacam? Padan muka! Tanpa dia sedar ada seorang gadis sedang mendekatinya.

"Ehemm... Assalammualaikum."

Mat Rock dan Meon sama-sama menoleh. Ketawa yang tadi terhias di bibir Mat Rock terhenti. Dia pandang insan di hadapannya dengan rasa terkejut. Meon pula tersengih panjang saja.

"Do... Dora!"

Isadora senyum. Meon keiru. Mat Rock dan gadis di hadapannya dipandang bergilir.

'Dorang ni kenal ke? Ciss... tak boleh jadi ni. Aku pun nak kenal dengan awek ni juga,' omel Meon dalam hati.

Pantas sudip memasak daging burger diberikan kepada Mat Rock yang dari tadi diri tertegak. Dia lantas mendekati gadis kacukkan di hadapannya.

"Hai cik adik manis. Nama abang Sameon Bin Karim. Nama glamour orang panggil Meon. Cik adik siapa nama?" Tanpa segan silu Meon memperkenalkan namanya. Orang tak tanya pun, dia sendiri tidak tahu malu. Tangan dihulur untuk bersalaman.

Isadora senyum pada Meon. Cairlah hati si jejaka yang tak tahu malu itu.

"Saya Isadora. Panggil Dora saja," Isadora memperkenalkan diri. Namun salam Meon tidak disambut.

"Amboi... sedapnya suara. Lembut selembut sutera. Cair hati abang ni. Nama pun sedap," puji Meon.

Mat Rock ketap bibir saja. Si Meon ini mengada-ngada pula dia rasa. Kecil, besar, kecil, besar saja dia lihat sahabatnya seorang ini. Entah kenapa ada rasa cemburu terselit di sanubarinya saat ini. Mat Rock pantas mendekati mereka berdua.

"Ehem... Meon, tu ada pelanggan baru datang. Lu pergi siapkan order dorang dulu." Sudip yang tadi Meon berikan kepadanya diberikan semula kepada lelaki itu.

Meon menunjukkan muka tak puas hatinya. Kacau betullah mamat ni, sungutnya dalam hati.

"Hang pergi la buat. Biar aku layan awek ni..." bisik Meon di telinga Mat Rock.

Tidak semena-mena kepalanya sekali lagi dihadiahkan sekehan. Mengaduh kuat Meon. Luku Mat Rock kali ini lebih kuat dari yang tadi. Sah, ada dua benjol kepalanya!

"Banyak lu punya layan! Dora ni kawan gua la. Dah, cepat! Dorang dah lama tunggu tu," gesa Mat Rock.

Dalam terpaksa Meon akur juga. Membebel- bebel mulutnya. Mat Rock hanya simpan ketawa dalam hati. Siapa suruh berani kacau Dora gua?

'Dora gua? Erk... Mat lu jangan berangan sangat la. Lu dengan Dora ibarat langit dengan bumi. Orang kata kalau belajar tak pandai jangan berangan nak jadi angkasawan.'

Mat Rock beralih arah kepada Isadora. Dia senyum.

~*~*~*~*~

"Dora, gua tak sangka lu betul-betul datang sini. Kenapa lu tak bagitau dulu nak datang? Err... macam mana lu tahu gerai dekat sini?"

"Maafkan Dora sebab datang tak bagitau. Nak call tapi Dora tak ada nombor telefon Mat. Dora datang sini pun Kak Moon yang bagitau arahnya."

"Kak Moon?" tanya Mat Rock dengan nada tidak percaya.

Isadora mengangguk.

"Dora singgah rumah mat dulu sebelum ke sini. Ingat mat ada dekat rumah. Saja nak ajak mat lepak-lepak. Tapi, rupa-rupanya mat meniaga malam ni. Kak Moon yang tunjukkan arah gerai burger mat ni, " terang Isadora.

"Oh. Eh, jemput duduk Dora."

Mat Rock mempersilakan Isadora untuk duduk di salah sebuah meja khas untuk pelanggan yang mahu makan di situ.

"Mat, yang tadi tu kawan Mat ke?"

"Mamat tadi tu? Yup. Nama dia Meon. Kawan baik gua sejak dari sekolah. Bisnes partner gua jugak. Kiranya kawan kamcing gua dunia akhirat tu."

Entah kenapa dia rasa cemburu apabila Isadora bertanya tentang Meon. Isadora suka dengan Meon ke?

"Mesti sakit kepala dia Mat ketuk tadi. Kesian dekat dia…" ujar Isadora perlahan. Nadanya seperti kasihan saja. Kuat kut bunyi lukuan di kepala Meon. Dia yang jauh tiga langkah pun dengar.

Makin tercarik pula rasa cemburu Mat Rock.

"Biarkan! Dia tu kalau dah tengok awek lawa sikit mulalah sibuk tergedik-gedik kalah minah. Gua buat macam tu sebab nak sedarkan dia. Sepatutnya yang namanya seorang mamat, jaga la maruah dan tingkah laku. Bukan tunjukkan kelemahan depan minah. Baru la macho!"

Mat Rock membalas dengan nada sedikit kasar. Berjauh hati saja nadanya. Isadora perasan akan perubahan nada lelaki itu. Kelihatan seperti marah saja.

Buat seketika suasana sepi.

"Err... Mat. Mat macam tak suka je Dora dekat sini. Hmm... kalau tak suka Dora balik dulu la." Isadora bersuara sebaik melihat Mat Rock berdiam diri. Dia sudah bersedia untuk bangun.

Tersentak Mat Rock dengan kata-kata minah itu. Rasa serba salah mencucuk diri. Cepat-cepat dia menahan Isadora dari berlalu.

"Eh, Dora jangan la balik dulu. Gua bukan bermaksud tak suka atau nak halau lu. Gua minta maaf eh."

Isadora hanya diam saja. Mat Rock pula semakin serba salah.

"Dora, gua sori la. Gua tak tahu kenapa tiba-tiba mood gua swing tadi. Angin 'kus-jus' gua tiba-tiba je datang. Agaknya hari ni hari tali pusat gua tanggal kut. Dora, sori…"

Isadora masih diam. Dia membelakangi Mat Rock. Mat Rock pula garu-garu kepala. Nampaknya dia kena pujuk Isadora. Tetapi, macam mana nak pujuk? Tak pernah dalam sejarah hidupnya memujuk seorang minah. Yalah, memang tak pernah pun. Dia manalah ada awek pun sebelum ini.

"Dora... Dora lu betul-betul merajuk ke? Err.. janganlah merajuk. Sori eh. Dora kalau lu tak merajuk lagi gua belanja lu burger paling special. Daging tiga lapis. Siap letak telur mata lembu, siap cheese lagi. Nak tak?" Mat Rock melembutkan suara. Ayat pujukkannya memang tidak romantik langsung. Memang tak! Tetapi dia ikhlas memujuk.

Tiba- tiba dia terdengar ketawa kecil. Tentunya dari gadis di hadapannya ini.

"Err... Dora kenapa lu ketawa?"

Isadora berpaling. Ketawa yang ditahan tadi lantas meletus juga. Bahu Mat Rock ditepuk. Kemudian dia melabuhkan kembali punggungnya. Begitu juga Mat Rock.

"Mat ni... Cara mat pujuk Dora tak romantik langsung la. Ada ke pujuk dengan burger?"

Mat Rock tersengih. Kan dia sudah cakap, dia mana tahu bab memujuk minah ini. Dalam pada masa yang sama dia bersyukur. Isadora kelihatan sudah hilang rajuknya.

"Gua mana reti pujuk memujuk orang. Gua kan rockers! Hati kental, keras macam batu belah, batu bertangkup der..."

Isadora ketawa.

~*~*~*~*~*~

"Lu nak order burer apa Dora? Gua pergi buatkan. Untuk lu, gua bagi percuma."

Isadora menggeleng. "Lain kali la Mat. Dora baru je lepas makan. Dora datang sini saja nak tengok cara Mat berniaga."

"Tak ada apa yang special dengan gerai burger gua ni Dora. Kecik. Tempat pula tak selesa mana. Tapi, Alhamdulillah...."

"Tapi Mat, Dora tengok gerai ni ramai pelanggan. Dan, Dora rasa gerai burger Mat ni ada potensi untuk berkembang maju. Mat tak ada cita-cita nak besarkan perniagaan?"

Mat Rock hanya senyum nipis. Dia selalu sangat berangan untuk membuka gerai burger dia di serata Malaysia. Sampai bila dia mahu bekerja di bawah orang, kan? Cuma masalahnya sekarang duit simpanannya masih belum mencukupi. Sekarang ini dia hanya mampu berangan di atas angin saja.

"Ada juga. Tapi nanti dululah kut."

"Hmm... Mat nak Dora tolong tak?"

Berkerut dahi Mat Rock. Dia tak jelas dengan kata-kata Isadora. Tolong apa?

"Tolong? Tolong apa Dora?"

"Kalau Mat nak, Dora boleh tolong mat kembangkan perniagaan mat ni. Dora boleh bagi pinjamkan modal dulu untuk mat buka gerai lagi satu. Mat setuju?" Isadora menyatakan hasratnya.

Mat Rock hanya senyum membalas pertanyaan Isadora itu. Lalu dia menggeleng.

"Gua bukan bermaksud untuk menyombong diri atau bodoh sombong. Gua hargai kalau lu berniat untuk menolong. Tapi... biar la gua usaha sendiri untuk majukan perniagaan gua ni. Gua tak nak menyusahkan mana-mana pihak. Bagi gua biar la kejayaan gua atas kaki sendiri. Bak kata pepatah, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Baru la datang kepuasan dalam diri. Betul tak?"

Isadora mengangguk. Dia kagum dengan  Mat Rock biar pun sedikit kecewa dengan penolakkan lelaki itu. Mat Rock tidak terlalu  mengharapkan pertolongan orang sebaliknya mahu berusaha sendiri.

"Kalau itu Mat dah cakap, Dora hormat keputusan Mat. Tapi, kalau mat rasa perlukan bantu, jangan segan bagitau Dora okey?"

"Baik la Cik Isadoraku sayang..." Terhenti kata-kata Mat Rock. Dia pantas menutup bibir. Dia sudah terlepas cakap.

Lebar senyum Isadora. Perkataan 'sayang' jelas di telinga. Bahagia halwa telinga mendengarnya.

"Mat cakap apa tadi?"

Mat Rock tercengang. Air liur ditelan. Kepala menggeleng kecil.

"Err... tak. Tak ada apa-apa."

"Hmm, tapi Dora macam dengar mat sebut sayang..." ujar Isadora tersengih. Mata pula dikecilkan.

Mat Rock terdiam seketika. Pipinya sudah merona merah. Cepat-cepat dia cuba kawal perasaan malunya.

"Err... tak adalah. Lu salah dengar tu. Eh, apa pulak burung-burung tu buat? Tak reti nak tidur ke? Kan dah malam ni," serta-merta Mat Rock menukar tajuk perbualan. Fokusnya terarah ke sebatang pokok yang berdekatan.Dia malu apabila diungkit keterlanjurannya berkata tadi.

Terbahak-bahak Isadora. Dia tahu Mat Rock sengaja mengalih cerita.

"Mat ni kelakar la. Mana ada burung kat situ. Dora tak nampak pun."

Mat Rock pandang Isadora.

"Ada la. Tu... lu yang tak nampak. Orang terror macam gua je nampak. Tapi sebenarnya memang tak ada pun..." ujar Mat Rock. Hujung katanya diperlahankan.

Isadora ketawa kecil.

"Hak elah, korang dua ni borak tak ajak aku pun eh," Meon mencelah tiba-tiba. Dari jauh dia lihat kerancakkan sahabatnya dan gadis cantik itu berbual. Cemburu dia melihatnya.

Meon pantas menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk bersebelahan Isadora. Bibirnya tidak habis-habis tersengih miang.

Berkerut dahi Mat Rock melihat sahabatnya itu. Kacau daun betul! Dijelingnya Meon tanda tidak puas hati.

"Cik Isadora..."

"Meon kan? Meon tak perlu bercik dengan saya. Panggil Dora je senang," potong Isadora sambil tersenyum manis kepada lelaki itu.

Meon tersipu malu melihat gadis itu tersenyum kepadanya.

"Dora, hang... eh... you... awak tinggal dekat mana?"

Belum pun sempat Isadora membuka mulut. Mat Rock pantas menjawap. Mahu saja dia meluku sekali lagi kepala Meon saat ini. Biar bertingkat-tingkat benjolnya. Nasib baik ada Isadora. Niatnya sekadar tertanam di dalam hati saja.

"Weh Meon! Apa kebendanya lu tanya si Dora ni mana dia tinggal? Itu kan hal peribadi dia. Jangan sibuk la," marah Mat Rock. Menjengkelkan betul soalan Meon itu dipendengarannya. Dia sendiri pun tidak tahu di mana Isadora tinggal. Inikan pula Meon yang sibuk hendak tahu.

"Hmm... Dora setuju cakap Mat tu. Maaf ya Meon, Dora tak boleh bagitau." Isadora bagai dapat merasakan Mat Rock tidak suka dengan soalan diutarakan Meon itu. Padahal bukan masalah pun jika dia hendak beritahu.

Mat Rock tersenyum senang mendengarnya.


Bersambung.....


pst: Assalammualaikum readers! Terlebih dulu Ira susun sepuluh jari kepada reader yg menunggu lama sambungan cerita ni. Maaf beribu-ribu melon! Maaf juga jika penulisan Ira ni agak kaku (dah lama tak praktis menulis sbb kesibukkan) @ ada typo sana sini. Apa pun, jika ada kekurang sudi2 la drop komen di bawah. Ira akan perbaiki dn cuba utk sambung cerita ni secepat mungkin. Enjoy reading ya ^__^




4 ulasan:

Unknown berkata...

like..like

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks manganisme ader ^_^

Unknown berkata...

terbaik kak cite ni..wat la novel kak

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

In sha Allah, dik mad daus. Terima kasih sudi baca ya dik ^_^