Hari ini Amy terpaksa
menemani Rayyan ke pasar raya Carrefour.
Pagi-pagi lagi lelaki itu menghubunginya. Dia yang sedang lena tidur kelam kabut
bangun.
Arrgghh… hari cuti begini pun kena kerja. Orang kerja
kilang pun bercuti dia kena bekerja. Apa kes! Jam tangan sudah menunjuk pukul
sepuluh pagi. Masa-masa begini selalunya
dia masih terbongkang atas katil. Masih
bergelumang dalam selimut. Selagi tidak
jejak dua belas tengah hari, jangan berangan dia akan melepaskan bantal peluk
dan bangkit dari katil. Maknya pun akan memulakan sesi ‘bersyarah’ sambil
menepuk-nepuk badan menyuruh bangun.
Cuma pagi tadi orang tua itu agak pelik dengannya. Yalah,
dia bangun awal dari yang biasa.
Kan luar biasa tu. Hehehe.
“Ambik troli tu”,
arah Rayyan yang sibuk menilik kertas.
Amy akur saja sambil dalam hati membebel tak sudah. Pergi pasar raya macam dia tahu nak
berbelanja, kutuknya.
“Jom kita pergi sana”.
Ke mana saja lelaki itu dia ikut saja sambil menolak
troli. Tengok ajelah dia pandai ke
tak.
Rayyan jadi bingung mahu memilih jenama yang mana. Yang ini ke, atau yang ini? Hailah, dia mana
pernah pergi membeli belah barangan dapur.
Mana dia masak di apartment.
Kalau lapar dia pergi makan di restaurant, tak pun dia balik ke
rumah Mak Tok. Niat dia ke sini sengaja
mahu mendera Amy, akhirnya dia sendiri yang terdera.
Amy sudah gelisah.
Kakinya lenguh asyik berdiri di tempat yang sama. Masa sudah setengah jam berlalu. Entah apalah yang dipilihnya sehingga begitu
lama, rungutnya. Dia melihat troli,
hanya ada lima jenis barang. Senarai barang panjang lagi. Dah nak dekat
sejam mereka di sini baru ada lima jenis barang. Oh mak ai… Kerana sudah kepenatan dia
menopang dagu berlapik tangan di pemegang troli. Hanya melihat saja tingkah Rayyan yang sibuk
membelek dua tin kecil dengan muka bosan.
“Alahai, cik abang pilih barang kalahkan
perempuanlah. Tahu ke tidak? Kalau tak tahu tu tanya-tanyalah. Jangan berlagak tahu”, perlahan saja Amy
berkata. Seperti bercakap dengan dirinya
sendiri.
Rayyan seperti terdengar Amy berkata-kata namun tidak
diketahui butirannya.
“Kau cakap apa tadi?”
“Haa?”
Erk, dia dengar ke? Dasar telinga gajah!
“Err… tak. Tak ada
apa. Saya cuma cakap hari ni ramai
sangat orang berbelanja di sini. Sampai ada tu dah setengah jam pun dia masih
di sini. Entah apa yang di belek lama sangat”, sindir Amy secara halus sambil
menyengih.
Rayyan buat muka selamba.
Buat-buat tak tahu yang Amy sedang menyindirnya.
“Kau rasalah, brand yang ini ke… ini?”, Rayyan bertanya
sambil menunjukkan dua tin tuna ke hadapan Amy.
Eh, tahu pula hendak bertanya. Tadi bukan main berlagak.
“Entah. Saya pun
tak tahu sebab tak biasa makan ni. Encik
selalu pakai brand yang mana?”, erk… dia tanya aku, aku tanya dia balik. Baik dia tak payah tanya tadi kan. Sengallah aku ni.
Rayyan menggaru-garu kepalanya. “Biasa yang ini”. Dia menunjukkan tin
berwarna kuning bergambar ayam.
“Dah tu, encik ambiklah yang itu”. Huk aloh! Itu pun susah. Ambil saja yang selalu guna. Habis cerita.
“Tapi brand ini pun elok juga”, jenama yang satu lagi
ditunjukkan kepada Amy. Dia sudah
kebingungan.
Amy meraup muka.
Kalaulah ada buku setebal seribu lebih muka surat di tangannya sudah
tentu kepala Rayyan sudah dihempuk beberapa kali. Mak… insaf aku tak nak teman
dia pergi pasar raya lagi!
“Encik, senang cerita macam ginilah. Apa kata encik ambik aje dua-dua brand
ni? Tak payah fikir panjang. Kalau yang ni tak sedap, yang satu lagikan
ada. Sekarang jom kita pergi tempat lain
pulak. Banyak lagi barang yang nak cari”.
Amy mengambil dua-dua jenis tuna itu di tangan Rayyan
tanpa sempat lelaki itu membuat keputusan dan meletakkannya ke dalam
troli. Dengan selamba dia pula memberikan arahan kepada Rayyan ke
tempat lain dan terus menolak troli.
Tergamam Rayyan.
Erk, dia pulak mengajar dan bagi arahan pada aku. Siapa bos? Siapa kuli ni? Tanpa berlengah dia
mengejar Amy yang sudah jauh ke depan.
“Amboi, kau lebih sudu dari kuah nampak?”, perlinya.
Geram dia dibuatnya.
Amy menyengih saja. Tahu.
Memang salah dia buat begitu. “Maaflah
encik. Kesian pulak saya tengok encik
tak tahu pilih yang mana sampai ambil masa lama. So saya ambikkan dua-dua sekali. Lagi pun,
senarai tu kan banyak lagi barang yang nak kena cari. Nak jimatkan masa saya terpaksalah buat macam
tu”, panjang lebar Amy menerangkan.
Rayyan mengetap bibir.
Rasa nak marah saja sekarang ini.
Tetapi dia sedar bahawa sekarang dia di tempat awam jadi di sabarkan
sajalah.
“Menjawab… menjawab!”, marah Rayyan mengawal suara. Mata sengaja dibesarkan. Berani lawan cakap dah.
Amy telan liur.
Tidak sangka kata-katanya tadi membuatkan lelaki itu naik angin. “Sorry”, meminta maaf lagi. Terus mulutnya di kunci. Tak berani berkata-kata lagi apabila melihat
raut wajah lelaki itu serius.
“Sorry… Sorry.
Tak habis-habis dengan sorry kau!”,
setelah itu Rayyan terus berjalan mendahului Amy. Alamak,
aku dah buat dia marah pulak…
Kaulah ni Amy!
Troli ditolak mengikut rentak langkah Rayyan. Jauh
sedikit dari lelaki itu. Bukan apa,
takut ada orang yang aku kenal nampak ke?
Tak pasal-pasal jadi bualan pulak nanti. Paling haru nanti ada karang
mulut murai sampaikan berita free dekat mak abah aku. Oi, jangan cari pasal!
Sesampai saja dia melewati rak menempatkan barisan coklat
pelbagai jenama dia terus memberhentikan troli.
Alang-alang dah ada dekat sini, nak cari Cadbury Black Forest lah. Stok dekat rumah pun dah habis.
Rayyan sibuk membebel itu ini tanpa sedar Amy sudah tiada
di belakangnya. Dia toleh ke
belakang. Terkedu kejap. Amy tidak ada. Erk, aku cakap sorang dari tadi rupanya.
“Aik, mana pulak dia pergi ni? Aku membebel sorang-sorang macam orang gila
aje. Nasib taka da orang nampak. Ish…
menyusahkan betul!”
Dia toleh kiri dan kanan mencari kelibat gadis itu. Haa, itu pun dia! Dia sudah dapat menangkap kelibat. Di rak manisan rupanya. Apasal di berhenti di situ pulak? Macam-macam betullah minah ni. Lantas dia mendapatkan Amy.
“Kau buat apa dekat sini?”
“Eh, encik saya nak beli coklat kejap”. Amy sibuk memikirkan mahu ambil saiz
sederhana atau yang besar. Ambik yang
besarlah. Banyak sikitkan.
“Pandai-pandai aje.
Mana ada bajet untuk bayar coklat kau ni”.
“Jangan risau.
Yang ni saya bayar sendiri”. Kedekut tahi hidung masin! Eleh, dia ingat aku tak mampu nak bayar sendiri. Berapa ringgitlah sangat. Aku ada duitlah!
Rayyan merengus sebelum berlalu. Amy pula menjelirkan lidah apabila Rayyan
sudah mendahuluinya. Orang kaya kedekut,
ejeknya.
~*~*~*~*~*~
Naik lenguh tangan Amy
menjinjit empat buah plasti berisi penuh barangan dapur yang di beli oleh
mereka tadi. Masuk saja ke dalam
apartment dia terus ke dapur dan meletakkan ke semua barangan itu di atas meja.
Telapak tangan yang merah di tiup beberapa kali. Akibat mengangkat plastik yang berat. Setelah
itu barulah dia keluar dari dapur dan mendapatkan Rayyan semula.
“Encik ada apa-apa lagi ke? Kalau tak saya minta diri
dulu”, pintanya. Dia fikir tugasnya untuk hari ini sudah selesai. Sudah
terbayang-bayang, terngiang-ngiang katilnya memanggil.
“Siapa suruh kau balik? Masih ada lagi tugasan untuk
kau”, ujar Rayyan bersahaja sambil mata fokus di TV.
Hampeh! Ingat boleh balik berehatlah tadi. Alahai, hancur musnah angan-angan aku nak
bermanja-manja dengan katil. “Apa lagi encik?”
“Masak!”
“Masak? Encik saya ni bab-bab memasak nibelum lulus
lagi. Untuk makan sendiri bolehlah”, Amy
beralasan. Tapi memang iya pun. Dia
memasak pakai acid an aje. Asal boleh
makan jadilah. Nama saja anak tokey
restaurant tapi hampeh.
“Kau masak sekarang!”, putus Rayyan tegas dan
serius. Tidak memberikan ruang untuk Amy
beralasan lagi.
Amy menghembuskan nafas perlahan. Kena buat jugalah nampaknya. Diktator dah bersuara tu. “ Baiklah”,
sahutnya lemah.
Dia terus ke dapur.
Hendak masak apa? Bungkusan-bungkusan
plasti berwarna putih diselak. Masak yang senang aje. Tom yam, telur dadar dan ayam paprika. Itulah lauk paling sedap yang pernah dia
masak. Sedap ke? Mak abah selalu tak banyak songel kalau dia
masak lauk-lauk itu. Mungkin sebab
mereka tak nak aku kecil hati kot?
Hehehe. Ah, lantaklah. Siapa suruh mamat kerek tu beria sagat suruh
aku masak.
Dia memulakan sesi memasaknya. Hampir empat puluh minit bertarung dalam
dapur, Amy membuka apronnya. Siap sudah. Al-maklumlah masak main ‘campak’
aje. Dia senyum lega. Lepas ni kena hidangkan untuk ‘putera raja’
tu pula. Lauk-lauk yang telah siap
dimasak di cedok sedikit ke dalam
mangkuk dan bawa ke meja makan.
“Encik, makan tengah hari dah siap”.
Tanpa sepatah kata Rayyan mematikan TV dan menuju ke
dapur. Cepat juga dia memasak. Entah apa di masaknya. Bau boleh tahan. Dia sengaja mahu menguji gadis itu sama ada
dia tahu atau tidak masuk ke dapur. Erk,
yang aku ni sibuk sangat buat apa? Macam nak cari calon isteri aje? Amy?
Calon isteri aku? Tak mungkin!
Fikir seribu kali dulu baru boleh jadikan dia calon isteri.
Amy menyendukkan nasi ke dalam pinggan Rayyan.
“Cukup. Kau nak
suruh aku gemuk ke?”
Amy dia saja.
Malas mahu bertekak. Rayyan
menyudu sedikit ayam paprika ke mulut. Dia
mengunyah perlahan. Ceh!, Macam juri
master chef pula,kan.
“Puuiihh! Masin!
Berapa lori garam tumpah dalam lauk ni?”
Masin? Tadi aku
rasa elok saja. “Tapi encik tadi saya
rasa okey aje”. Amy mempertahankan
masakannya. Entah-entah lidah dia ni ada
something wrong kot?
“Okey apanya?
Masin macam ni nak suruh aku kena darah tinggi? Lepas tu kena heart attack dan mati? Oh,
sukalah kau sebab lepas ni aku mati tak adalah yang nak buli kau hari-hari,
kan?”, tembak Rayyan. Raut wajah sengaja
di seriuskan. Sebenarnya lauk itu okey
saja, dia sengaja hendak cari pasal
dengan Amy.
“Mana ada!”, Amy membangkang.
“Mana ada! Mana ada!”, marah Rayyan. Dah macam cikgu
marahkan murid lagaknya. Amy pula di
lihat terkulat-kulat saja. Rayyan rasa
hendak ketawa tapi di simpan saja.
Melihat Amy hanya menunduk bagai belatuk. Rayyan menyudu pula kuah tom yam ke
mulut.
“Uhuk… uhuk!”, serta merta Rayyan terbatuk-batuk. Dia tersedak menghirup kuah tom yam Amy yang
agak pedas.
“Pedas. Bagi aku air!
Uhuk…. uhuk!”, pintanya pantas. Tekaknya bagai hendak terbakar dengan
kepedasan. Haa, itulah. Tadi kau nak kenakan dia sangat. Sekarang kau yang terkena!
Segera Amy menuangkan air sirap ke dalam gelas dan
dihulurkan kepada lelaki itu. Rayyan
menyambut dan meneguk dengan rakus.
Pedas sangat ke? Aku rasa biasa
aje. Aku letak sepuluh batang cili padi
saja tadi. Agaknya sebab aku dah biasa
jadi tak terasa kepedasannya. Mungkin
juga dia yang tak tahan pedas. Kalau tak
pandai makan pedas jangan gelar diri itu Jagis
macam aku ni. Hehehe.
Merah bibir Rayyan jadinya. “Weh, kau betul-betul nak bunuh aku ke?”
Alah, pedas sikit aje kot. Takkan sampai mati punya cik abang kerek oi…
“Maaf encik. Saya
tak tahu encik ni tak kuat pedas. Kalau tahu tadi saya kurangkan pedasnya. Tulah encik,
kan saya dah cakap yang saya ni bab memasak belum lulus sangat. Encik degil jugak suruh saya masak. Saya kalau masak ikut cita rasa saya aje,
encik”, sempat lagi dia membebel.
Rayyan menjengil mata.
Amy terus terdiam dan menunduk.
Terlepas lagi!
“Huh!”
“Err…encik masih ada telur dadar. Rasalah”, pelawa Amy
takut-takut.
“Dah, tak payah… tak payah!. Entah apa pulak rasanya. Kau buang aje semua lauk ni. Tak ada siapa
nak makan. Baik aku makan luar saja”,
omel Rayyan yang sibuk mengipas-ngipas bibirnya.
Sayangnya nak buang. Penat-penat dimasak. Mak aku selalu
cakap, jangan membazir sebab itu amalan syaitan. Nanti makanan tu menangis, nasihat mak.
Tapi itu masa dia kecik-kecik
dulu.
“Encik tak baiklah nak buang semua makanan ni. Tak apa, biar saya bawak balik semua saja ya,
encik”, Amy meminta kebenaran.
“Ikut suka kaulah”, Rayyan terus berlalu ke ruang tamu
semula.
Tersungging senyuman dibibir Amy. Daripada jadi makanan tong sampah, ada baik masuk dalam perut aku. Kenyang aku! Tanpa berlengah dia terus
membawa lauk-lauk itu ke dapur semula untuk di tapau.
Rayyan melihat saja gerak-geri Amy yang sibuk keluar
masuk dari ruang makan ke dapur. Sbuk
membungkus masakan agaknya. Amy keluar
dari dapur dengan plastik di tangan.
Segera Rayyan mengalihkan mata ke TV yang terbuka semula.
Amy merapati lelaki itu.
“ Encik saya balik dulu ya? Terima kasih izinkan saya
bawak balik lauk-lauk ni”.
“Hmm”.
“Assalammualaikum”.
Rayyan tak membalas. Hanya menyambut huluran salam Amy di
dalam hati.
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan