Isnin, 27 Mei 2013

Ku Pinta Kasih




“Awak masih teringatkan dia lagi?”tanya Faed ketika dia dan Aizdin berehat di taman setelah penat berjogging.

Aizdin mengeluh panjang.

“Awak tak pernah terfikir iuntuk menyintai orang lain, Aiz?”

Aizdin menjongket bahu. Bibir dicebir. 

“Entahlah Faed. Saya macam fobia untuk memberikan cinta saya pada perempuan lain. Saya takut pisang berbuah dua kali. Sayang saya pada dia masih belum pudar, Faed."

Faed dan Aizdin berkawan sejak zaman belajar lagi. Mereka satu universiti dan juga satu jurusan. Faed cukup kenal dengan Aizdin. Begitu juga dengan Aizdin. Siapa sangka perhubungan selama 5 tahun itu membuahkan rasa cinta dan sayang Faed untuk Aizdin. Cuma lelaki itu tidak tahu dia menaruh harapan yang suci. Faed cuma pendam saja kerana malu untuk berterus terang. Mahukan Aizdin menerimanya sebagai kekasih padahal sejak dari awal mereka hanya berkawan? Lagi pula Aizdin baru lepas dikecewakan oleh kekasihnya.

“Aiz, Yun dah pun berkahwin. Dah setengah tahun pun. Awak kena terima hakikat semua tu.” Faed seboleh mungkin mahu Aizdin sedar akan realitinya. Aizdin dan juga Yusrina tidak mungkin bersama. Yusrina telah pun memilih untuk menjadi seorang isteri kepada anak kenalan keluarganya. Mereka sama taraf, sama-sama berada. Sedangkan Aizdin dari keluarga biasa. Akhirnya, Aizdin ditinggalkan begitu saja.

“Saya tak sangka. Setelah sekian lama kami bercinta, akhirnya dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan orang lain." 

Aizdin meluahkan rasa kecewanya. Jika Aizdin kecewa, Faed apatah lagi. Hatinya remuk redam bila Aizdin melauhkan kepadanya bahawa lelaki itu mencintai Ayuni classmate mereka suatu ketika dahulu. Dahulu Faed terpaksa menelan realiti itu dengan hati yang menangis.

“Awak kena lepaskan dia, Aiz. Awak perlu cari seseorang sebagai pengganti. Buka hati awak Aiz."

“Cari pengganti? Untuk apa? Saya takut dikecewakan lagi. Saya juga tak mampu lupakan dia Faed.”

“Ya. Cari cinta lain untuk lupakan dia. Saya pasti dan yakin suatu hari nanti awak pasti akan dapat melupakan dia sedikit demi sedikit. Kalau susah sangat, saya kan ada," seloroh Faed. Nada seperti bergurau tetapi dalam hati Faed memang memaksudkannya. Kalaulah Aizdin sudi, dialah wanita paling bahagia sekali.

“Awak? Hish, awak ni Faed sempat bergurau ya. Faed, awak adalah teman tapi mesra saya. Sahabat saya kini dan selamanya. Takkanlah nak jadi kekasih saya pula," ujar Aizdin dengan ketawa geli hati mendengar gurauan Faed.

Berubah sekejap wajah Faed. Dia kecewa bila mendengar Aizdin berkata seperti itu. Untuk menutup rasa kecewanya dia cuma ketawa kecil. Aiz masih tak boleh baca tentang perasaannya.

"Kenapa? Saya tak sesuai untuk awak?" tanya Faed.

Aizdin ketawa.

"Bukan tak sesuai. Awak memang baik. Sangat... sangat baik. Tapi, saya tak nak merosakkan persahabatan kita Faed. Saya hormat awak sebagai sahabat saya dunia dan akhirat," balas Aizdin tenang. Dia tidak tahu ada hati terluka dengan kata-katanya. Dia tidak tahu ada seseorang yang sedang menaruh perasaan terhadapannya. Dan, orang itu terus terusan menangis dalam hati.

Faed hanya senyum. Lidahnya kelu untuk berkata. Air mata yang mahu menitis juga sedaya upaya ditahan agar tidak gugur.

~*~*~*~*~*~

Aizdin sangat mengambil berat terhadap Fa’ed. Setiap malam apabila ada masa senggang dia akan menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Setiap hujung minggu pasti mereka akan keluar bersama. Bila Faed sibuk dipejabat dan tidak dapat keluar makan tengah hari bersama, Aizdin akan menghantarkan makanan untuknya. Faed semakin terbuai dengan sikap prihatin Aizdin. Dia seperti sudah mendapat kembali Aizdin yang dahulu.Mungkinkah Aizdin menyimpan perasaan yang sama terhadapnya? Ah, tidak mungkin! Aizdin hanya menganggapnya sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.

Suatu malam Faed mengajak Aizdin keluar makan malam. Ada sesuatu yang menggusarkan hatinya. Sesuatu yang amat berat dan dia memerlukan Aizdin sebagai pembuat keputusan.

“Wah, tomyam seafood. Faed awak memang selalu ingat makanan kegemaran saya ni. Terima kasih sebab belanja saya hari ni," Aizdin sangat gembira. Kecuh air liurnya melihat lauk itu.

“Sama-sama..." balas Faed dengan nada lemah.

Aizdin mengesan sesuatu yang tidak kena. “Faed, kenapa awak macam tak gembira je?”

Fa’ed senyum nipis. 

“Tak ada apalah." Dia teragak-agak untuk bercerita. Perlukah dia bercerita kepada Aizdin?

“Faed, saya tak percaya awak cakap tak ada apa-apa. Suara awak dah menunjukkan yang awak dalam kesusahan. Ceritalah. Saya ada untuk dengar setiap masalah awak, Faed," gesa Aizdin.

Faed tenung wajah Aizdin yang fokus kepadanya. Aizdin memang pandai menangkap membaca raut wajahnya. Dia akan mendesak sehingga Faed membuka mulut.

“Okey.Tapi lepas makan ya," putus Faed. 

Aizdin mengangguk saja. Lagi pun perutnya sudah lapar dan minta diisi segera.

“Hmm…dah clear. Kenyangnya saya. So Faed,apa cerita?”

Dengan tidak sabar Aizdin terus menggesa Fa’ed. 

“Awak…kalau saya cakap awak jangan gelak ya?”

“Okey, apa dia?”

Fa’ed menghembus nafas panjang. “Dua hari kelmarin saya balik kampung. Ibu saya cakap…dia cakap ada orang masuk meminang saya," ujar Faed lalu menundukkan kepala.

“Apa?” Aizdin bagai terpaku. “Awak pasti ke Faed?”

“Ya. Sekarang saya jadi bingung. Otak saya dah tak boleh berfikir. Ibu dengan abah suruh saya buat keputusan sendiri. Tapi… tapi mereka seperti mengharap untuk saya terima, Aiz."

Aizdin diam sejenak. “Bagi saya, Faed kalau awak rasa dia boleh buat awak bahagia, boleh jaga awak apa salahnya awak terima dia. Kalau awak rasa sebaliknya,terpulanglah. Kalau awak tak setuju cakap baik-baik dengan ibu dan abah awak. In sha Allah mereka pasti akan faham. By the way, awak kenal ke orangnya?”

Faed sedikit kecewa apabila Aizdin tidak membantah malah menyuruh dia membuat keputusan. Aizdin langsung tidak ada hati dengan dia ke?

“Dia anak kawan rapat ibu saya. Kami satu kampung. Awak... awak tak rasa apa-apa ke ?”soal Faed perlahan. Dia cuba ingin mengorek rasa hati Aizdin.

“Ada. Rasa bahagia."

"Bahagia?" tanya Faed dengan dahi berkerut.

"Ya. Saya bahagia kalau awak bahagia Fa’ed. Awak tahukan saya sayang awak sebagai kawan yang rapat dengan saya sejak dulu. Awak sebahagian dari hidup saya. Awak dah saya anggap macam kembar saya. He... he..." usai berkata Aizdin ketawa kecil.

Bukan itu yang Fa’ed mahu mendengarnya. Dia mahu mendengar pengakuan cinta dari Aizdin. Mengapa begitu sukar? Sukar sangat ke Aizdin cakap awak cintakan saya? Jerit Faed dalam hati.



Aizdin


Hampa. Aizdin cuma menganggap Faed kawan baik saja. Dia juga malu kerana sentiasa mengharap Aizdin akan mencintainya. Dia malu kerana selama ini dalam diam dia menjadi pengemis cinta Aizdin. Bagi Aizdin dia cuma teman tapi mesra saja. Hatinya menangis pilu.

Melihat Faed hanya diam, Aizdin bersuara.

“So, awak terima ataupun tak lamaran tu?”

“Saya belum fikirkan lagi. Nantilah saya fikir," jawap Faed acuh tidak acuh.

“Buat solat istikharah. In sha Allah.... awak akan mendapat petunjuk dari-Nya, Faed."

Fa’ed senyum hambar. Dia mengangguk kecil. Dia malu. Dia cuma bertepuk sebelah tangan. Sangkanya selepas Aizdin putus cinta bersama Ayuni, cinta lelaki itu akan beralih padanya.Tetapi tetap tidak. Sampai ke hari ini pun lelaki itu cuma menganggapnya kawan. Faed, sudah-sudahlah menjadi pengemis cinta pada yang tidak sudi, bisik hatinya.


~*~*~*~*~*~

Pulang saja dari keluar makan malam bersama Aidzin, Faed terus masuk ke biliknya. Dia berteleku di balik pintu sambil menangis semahu-mahunya. Dibiarkan saja air mata melencunkan pipinya. Dibiarkan saja solekkannya luntur akibat genangan air mata. 

“Faed kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau selalu percaya yang satu hari nanti Aiz akan jatuh cinta pada kau? Kau cuma bertepuk sebelah tangan, Faed. Dia cuma anggap kau sebagai seorang kawan..Cinta kau tak berbalas. Aiz takkan pernah cintakan kau! Kau faham tak?! Faed memarahi dirinya .Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Hatinya berkecai menjadi debu.

“Faed sedarlah… Cinta Aiz cuma untuk Yusrina.Kau takkan dapat dia selagi dia ada perasaan cinta itu dekat Yusrina.Kau salah faham dengan sikap prihatin dia, Faed."

Tangisan Faed semakin menggila.Dia malu dengan Aizdin.Dia malu dengan dirinya juga.Sudah terang lagi bersuluh Aizdin tidak cintakannya, tetapi dipaksa juga. Hatinya hampa, kecewa dan merana.

“Aiz, saya cintakan awak. Kenapa awak susah nak mengerti perasaan saya? Dah lama saya pendam perasaan ni. Lama sangat. Hati saya sakit sangat, sangat, Aiz," Faed bersuara sayu.

Sedang dia menangis, pintu biliknya diketuk. Faed hanya bediam diri. Dia masih meratap sayu. Dirinya tidak mahu diganggu saat ini.

“Faed, kau okey ke?”

 Faed tidak bersuara.

"Faed?"

"Aku okey. Jangan risau," balas Faed dengan suara tersekat-sekat.

“No. Aku tahu kau tak okey. Faed bagi aku masuk, please…” pujuk Mila.

Faed berganjak lemah. Mila menerobos masuk.

“Faed! Hei, kenapa ni? Kenapa menangis ni?” Mila jadi risau melihat keadaan Faed. Kawannya itu kelihatan kusut sekali. Pipi Faed yang basah dikesatnya dengan hujung jari.

“Mila, dia tak cintakan aku. Dia tak cintakan aku," ulang Fa’ed terus memeluk Mila erat.

“Hei,kenapa ni? Cuba cerita," Faed menyembamkan muka di bahu Mila.

Baru dia hendak membuka mulut blackberrynya berbunyi.Ibu!.

“Angkat call dulu okey. Nanti baru cerita dekat aku. Aku keluar ambilkan kau air masak."

Mila keluar meninggalkan Faed sendirian.

Faed menarik nafas dan mengelap sisa air matanya. “Ibu…”


~*~*~*~*~*~

Aizdin tidak jemu-jemu menghantar pesanan ringkas setelah hampir dua bulan Faed tidak menghubunginya. Dia sangat merindui gadis itu. Rindunya bagai tidak tertahan tiba-tiba. Jantungnya bagai mahu berhenti saat ini. Ya Allah, kenapa dengan jantung aku ni? Mungkinkah di hati ini ada rasa cinta untuk Faed? Kenapa sebelum ini aku tidak pernah merasakannya?

-Faed, sy ada buat salah ke? Kalau ada, sy minta maaf.

Tiada sebarang respon dari Faed. Aizdin cuba menelefon juga tidak berjawab. Dia resah setiap hari menunggu tindak balas gadis itu. Jika dia ke pejabat untuk berjumpa Faed, pasti ada saja alasan yang disampaikan oleh rakan-rakan gadis itu kepadanya. Faed seperti mahu berjauhan dengannya saja. Pernah beberapa petang dia menunggu Faed turun dari pejabat. Mereka bertembung tetapi Faed seolah-oleh tidak kenal dengannya. Faed juga tidak mengendahkannya sewaktu dia memanggil nama gadis itu. Apa sebenarnya telah berlaku dengan Faed?

~*~*~*~*~*~

-Faed, jawablah call sy.

-Salam. Faed kenapa awk diam saja?Apa salah sy?

-Sy rindu awk, Faed. Rindu sangat2. Awk tak rindu sy ke? Di mana awk sekarang?

-I miss you, Faed.

 -Fa’ed, awk kawan sy kan? Jom jumpa. Sy rindukan awk.

Berpuluh-puluh pesanan ringkas dan panggilan yang diterima oleh Faed dari Aizdin sejak dia mendiamkan diri. Semua tidak dibalas. Semua membuatkan dia sesak nafas. Dia rindu tetapi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Aizdin. Dia kasihan dengan Aizdin yang tidak pernah jemu memujuk untuk berjumpa. Tetapi dia malu. Malu kerana mengharap pada yang tidak sudi.

“Faed, kau kena bersemuka dengan dia.Mesti!” Dia mencapai blackberrynya.

-Salam, Aiz mari jumpa di restaurant Singgah Selalu pada pkul 1.00 tgh hri nanti. Sy tunggu awk disana.”


Tengah hari itu mereka berjumpa. Aizdin memandang wajah Faed yang sangat dirindui itu. Wajah itu kelihatan muram saja. Tiada senyuman seperti selalu.

 “I miss you so much, Faed. Kenapa awak berdiam diri dari saya? Saya ada buat salah dengan awak ke?”

Faed hanya diam tidak membalas pertanyaan Aizdin. 

“Aiz, saya nak cakap sesuatu dengan awak." Dia tidak mahu membuang masa. Makin lama dia menatap wajah itu makin dia tidak tenteram. Hatinya semakin bergelora.

 “Teruskan Faed…” 


Fa'ed


“Aiz… saya akan bertunang hujung minggu ni. Sebulan selepas itu saya akan bernikah dengan lelaki pilihan keluarga saya. Selepas berkahwin nanti saya akan tinggal bersama bakal suami saya di US selama 4 tahun," ujar Faed sedikit gugup.

“Apa? Kenapa begitu mendadak Faed?”

Faed membuang pandangan ke permukaan meja. Keluhan lepas dari bibirnya.

“Keluarga saya yang telah menetapkan semuanya. Mereka nak mempercepatkan penyatuan kami. Bakal suami saya dihantar ke US selama 4 tahun atas urusan kerja. Saya telah putuskan ikut dia sekali nanti."

Aizdin kelu. Tiba-tiba dia rasakan tidak dapat menerima suatu hari nanti dia bakal kehilangan Faed dalam hidupnya. Tiba-tiba juga dia mahu Faed berada di sisinya.

“Faed, takkan awak nak tinggalkan saya seorang diri di sini? Kita dah lama bersama, Faed. Takkan awak nak pergi begitu saja. Saya tak nak hubungan kita terputus." Sungguh tidak senang dia dengan keputusan yang mendadak diambil Faed. Entah kenapa hatinya tidak setuju. Dia tidak mahu kehilangan Faed.

“Saya terpaksa, Aiz. Saya tiada pilihan lain. Takkan saya nak biarkan suami saya merantau seorang diri, sedangkan saya di sini? Awak masih boleh berhubung dengan saya melalui email. In sha Allah, jarak yang jauh tidak akan memutuskan persahabatan kita." 

Faed menghulurkan kad berwarna hijau kepada Aizdin. Lelaki itu meyambutnya perlahan. Seketika saja ditilik kemudian dia menolak kembali kad itu di hadapan Faed. Faed terkesima dengan perbuatan lelaki itu. 

“No, Faed! Berhubung dalam talian dengan awak di depan mata itu lain. Saya susah hati kalau tak melihat awak walau sehari, Faed. Saya tak tahu kenapa? Tapi itulah yang saya rasakan sekarang ini," ujar Aizdin tanpa berselindung.

Berkerut-kerut dahi Faed. “Kenapa pula awak susah hati?”

“Sebab saya…saya..”.Kata-kata Aizdin terhenti.

Faed menghembus nafas berat apabila melihat Aizdin teragak-agak untuk meluahkan sesuatu. Sudahlah Faed. Jangan mengharap lagi. Buang jauh-jauh angan kau untuk mendengar luahan cinta Aizdin. Buang jauh-jauh!

"Err... Faed, boleh tak awak jangan kahwin dengan dia?"

Terkejut Faed dengan pertanyaan itu. Apa maksud Aizdin tidak membenarkan dia meneruskan perkahwinan ini? Aizdin... Aizdin sudah cintakannya? Tiba-tiba Faed terkenang keluarganya. Macam mana jika dia membatalkan semuanya? Pasti semua ahli keluarga bakal marah dengannya. Dan, pastinya ibu dan abah mendapat malu nanti. Hatinya kembali luluh.

“Maafkan saya Aiz. Saya tak ada pilihan. Keputusan telah dibuat dan segalanya telah disiapkan.Saya terpaksa. Perkahwinan ni tak boleh dibatalkan. Iya melibatkan maruah keluarga. Maaf..."

 Faed bingkas bangun dan membelakangi Aizdin. Dia mahu berlalu dari situ. Dia takut sekiranya dia berlama, hatinya bakal berubah.

"Aiz, saya minta diri dulu. Saya harap awak sudi datang ke majlis saya nanti. Assalammualaikum."

“Faed, betul awak inginkan semua ini?”

Faed yang telah membelakangi Aizdin tidak jadi melangkah.Dia diam seketika, kemudian mengangguk lemah. Air mata yang sedari ditahan menitis jua ke pipi.

"Faed. Saya... saya nak buat pengakuan," tiba-tiba Aizdin berkata.

Faed terdiam.

"Saya tak tahu sejak bila... Tapi Faed... Saya rasa, saya dah mula cintakan awak. Faed, saya cintakan awak!"

Faed terkesima. Menggigil bibirnya. Dia tidak menyangka Aizdin akan mengungkapkannya.

"Aiz..." serunya perlahan.

"Faed, awak dengar tak? Saya... cintakan... awak, Faed!"

Faed menutup matanya. Ungkapan itu yang ingin dia dengar. Tetapi, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Semua telah diatur. Tidak lama lagi dia akan bergelar isteri orang.

"Aizdin, sebenarnya saya pun dah lama cintakan awak. Tapi awak tak pernah perasan kan saya. Dah lama Aiz, dah lama. Sejak kita belajar lagi. Masa awak kata awak cintakan Yus, hati saya sakit sangat. Tapi saya tahan. Namun, lepas awak berpisah dengan Yus, awak tetap juga tak dapat cintakan saya. Kenapa baru sekarang Aiz? Kenapa baru sekarang awak mengaku? Semuanya dah terlambat Aiz. Dah terlambat..." luah Faed bersama tangisan.

"Faed... jadi selama ni awak cintakan saya?" tanya Aizdin bagai tidak percaya.

"Ya. Memang saya cintakan awak! Tapi, maafkan saya Aiz. Saya tak dapat berbuat apa-apa lagi. Maafkan saya..."

Faed terus berlalu dengan juraian air mata. Aizdin pula tertunduk. Kesal bergumpal dalam hati. Ya Allah, kenapalah dia tidak perasan selama ini? Maafkan saya Faed!


 ~*~*~*~*~*~

Kanak-kanak berlari sana sini kegirangan. Suasana sememangnya riuh rendah. Tua dan muda bergotong-royong menyediakan hidangan. Di bilik pengantin yang dihias indah, Faed hanya termenung sendirian.Wajahnya sangat muram. Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya. Saat itu jiwanya meronta-ronta ingin lari tetapi ditahan saja. Tiada apa yang boleh dilakukan setelah semua persiapan telah disediakan. 

Suasana riuh bertukar sepi apabila sebuah kereta Pesona berwarna merah berhenti di perkarangan rumah pengantin. Lelaki berkemeja keluar dari tempat pemanduan.

“Faed! Faed! Faed!”

Faed mendengar nama dia dipanggil dari luar. Dia berjalan ke tepi tingkap. Suara itu tidak asing dengannya. 

“Faed, awak dengar tak? Ini saya, Aiz!"

Aizdin?

“Faed, keluarlah. Saya nak jumpa dengan awak."

Jika ikutkan hati mahu saja dia melangkah keluar saat ini. Tetapi bila memikirkan maruah keluarga dia memaku langkah. Maaf Aiz. Semua sudah terlambat.

“Saya sayang awak, Faed. Saya cintakan awak. Dengar tak? Tolonglah jangan teruskan perkahwinan ini. Saya betul, betul cintakan awak!" rayu Aizdin

Air mata menitis ke pipi. Faed menutup kedua-dua belah telinganya. Semua sudah tidak berguna lagi Aiz. Sekejap lagi saya akan jadi milik orang. Tolonglah jangan macam ni, rintih Faed dalam hati.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. “Abang Amar…”.

Amar tanpa banyak kata terus menarik tangan Fa’ed walaupun gadis itu meronta minta dilepaskan.

“Abang…”

Amar terus mengheret Faed hingga ke hadapan Aizdin. Ramai mata yang memandang tidak diendahkan langsung.

“Abang, apa abang buat ni? Abang tak patut buat macam ni!” marah Faed terhadap Amar, bakal suaminya.

“Patut! Abang memang patut buat begini dari sebelum kita bertunang lagi. Abang dah tahu segala-galanya, Faed. Faed cintakan Aizdin bukan abang! Kenapa Faed tak berterus terang saja supaya semua ini tidak berlaku?!”.Merah mata Amar menahan amarah. Faed jadi takut melihatnya. Dia tertunduk merenung lantai.

“Abang, Faed..."

Faed listen to me please! Jangan disebabkan abang dan disebabkan keluarga, Faed sanggup mengorbankan kebahagiaan Faed. Aizdin dah cerita tentang perasaan pada Faed kat abang. Patutlah selama ini bila abang tanya sama ada Faed cintakan abang atau tak, Faed cuma jawab sayang bukan cinta. Ini sebab cinta Faed bukan pada abang tapi pada Aizdin." Suara Amar kembali perlahan dan sayu. Memang dari dulu dia menyimpan perasaan pada gadis ini tetapi dia tak sanggup jika gadis ini berkorban untuknya. Apalah makna berkahwin dengan seseorang yang kita cinta, tetapi orang itu tidak cintakan kita.

“Maafkan Faed, abang..." Faed menunduk  lagi dan menangis.

“Faed, abang mahukan isteri bukan saja boleh menyayangi abang tetapi juga mampu untuk mencintai abang sepenuh jiwa. Faed hanya untuk Aizdin seorang. Cuma Aizdin yang mampu membuatkan Faed bahagia."

 Tangan Faed dibawa ke tangan Aizdin. Bersulaman erat. Faed menatap mata lelaki itu yang penuh dengan pengharapan. Dia menangis lagi.

“Jangan menangis, sayang. Aiz ada di sini. Aiz cintakan Faed. Lepas Faed menghindarkan diri dan selepas awak kata akan berkahwin, jiwa saya jadi kacau Faed. Lama kelamaan baru saya sedar sebenarnya selama ini saya cintakan awak, Faed. Maaf sebab menyeksa perasaan awak selama ini dan maaf kerana saya terlambat untuk memahami hati awak, Faed."

Air mata Faed diseka dengan ibu jari. 

"Saya cintakan awak Aiz," luah Faed dalam sendu. Mereka saling tersenyum dalam tangis. Setelah itu Faed memandang Amar di sebelahnya. Dia mendekati lelaki itu.

“Abang, maafkan Faed. Faed bersalah pada abang. Terima kasih, bang. Abang baik dengan Faed. Abang..." Kata-kata Faed terhenti.

“Hei, sudahlah tu.Pengantin tak elok banyak menangis. Nanti bila bersanding mata dah tak nampak."sempat Amar mengusik Faed. Mereka sama-sama ketawa.

“Ibu Ina, Abah Bakar tolong restu hubungan mereka ya,”.Amar meminta restu kepada kedua-dua orang tua Faed. Ibu Ina dan Abah Bakar senyum dam mengangguk setuju. Faed dan Aizdin lega.

“Aiz, dia menangis sebab awak. Dia risau sebab awak. Dia sayang sebab awak dan dia gembira sebab awak. Jadi tolong hargai dia seperti mana dia harga awak. Kalau awak buat dia susah hati dan menangis lagi, saya tak teragak-agak untuk curi dia balik dari awak," pesan Amar lalu menumbuk perlahan bahu Aizdin.

"Tak. Saya takkan sesekali buat dia menangis. Saya juga takkan benarkan awak culik dia dari saya Amar. In sha Allah... saya akan tetap sayang dia sehingga ke Jannah, Amar. Faed, saya Muhammad Aizdin Bin Muhammad Khalid... mahu awak menjadi yang sah buat saya, serta saya mahu awak menjadi permaisuri dan pemegang kunci hati saya selamanya. Sudikah awak menjadi pemilik tulang rusuk saya?" 

Faed kelu. Adakah ini bermaksud Aizdin melamarnya?

"Saya sudi Aiz. Saya sudi!" ucap Faed. Air mata untuk sekian kalinya merembes ke pipi. Dia bahagia. Syukur Ya Allah!

“Sudah-sudah! Aiz jom ikut saya pergi tukar baju. Lepas ni awak berdua terus nak bernikah." Membulat mata Aizdin mendengar Amar berkata seperti itu. Sekarang?

“Kenapa? Tak nak? Tak nak tak apa... biar saya aje yang bernikah dengan Faed," seloroh Amar.

“Eh... eh nak! Siapa kata tak nak," laju saja sahut Aizdin. 

Mereka yang mendengar terus tergelak dengan aksi Aizdin. Faed apatah lagi. 

"Terima kasih Amar. Saya tak tahu hendak kata apa. Saya betul-betul berterima kasih kepada awak. Nanti duit hantaran saya..."

Amar memotong tiba-tiba.

"Aiz, awak jangan risau pasal duit hantaran. Anggap saja saya sponsor sebagai hadiah untuk awak berdua. Saya cuma harap, awak jaga Faed elok-elok ya?"

Aizdin terharu. Amar seorang lelaki yang baik. Tubuh Amar dipeluk kejap dan kemudian dilepaskan.

"Ya. Saya akan jaga dia seperti mana saya jaga nyawa saya," ujar Aizdin sambil menggenggam erat jari jemari Faed. Faed tersenyum padanya.

Akhirnya kisah antara Faed dan Aizdin menemui sinar kebahagiaan. Faed sudah sah menjadi isteri kepada Aizdin. Dia tidak perlu lagi menunggu Aizdin lagi kerana lelaki itu sudah ditakdirkan untuknya.Alhamdulillah... kita cuma mampu merancang tetapi Allah saja yang menentukan. Kebahagiaan kini milik mereka. Moga mereka kekal hingga ke akhir hayat.





                                                                        TAMAT
           

                       

Tiada ulasan: