Ahad, 12 Mei 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 9)


AWAL-AWAL pagi lagi Syed Darius keluar dari villanya.Pagi itu satu mesyuarat penting bersama semua pengurus bahagian ASD Beach Resort diadakan.Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk memaklumkan tentang pembinaan chalet baru di resort itu.Semua bahagian perlu mengambil perhatian dan melakukan usaha bagi meningkatkan lagi perkhidmatan setelah chalet-chalet baru siap dibina.Di samping itu, mereka perlu disaran agar bersiap sedia menerima lebih banyak lagi pelanggan dimasa akan datang.Mesyuarat diadakan pada pukul 8.30 pagi nanti.
            “Good morning,bos”,suara manja salah seorang penyambut tetamu menampan telinganya.Dia yang ingin terus ke pejabat terhenti  lalu megubah haluan ke  receptionist.
            Morning”,jawabnya pendek berserta senyuman.Senyuman itu mampu membuatkan gadis-gadis di resort itu cair bagai air.Siapa yang tidak terpikat dengan perawakan majikan mereka yang cukup kacak.Macho gitu.
            “Awalnya bos sampai.Baru pukul 8.00 pagi.Biasanya bos masuk pukul 9.00 atau 10.00 pagi”,ujar Batrisya semakin manja.Aina disebelahnya mencebik meluat.Tak habis-habis nak tackle bos.Ingat bos tertarik dengan dialah tu.Bos tak ada apa-apa,dia pula tergedik-gedik.Melebih pulak.
            “I ada meeting penting pagi ni.Start pukul 8.30 pagi”,Syed Darius memberitahu.
            “Oh…Patutlah semua manager datang early.Rupanya bos adakan meeting penting”,kata Batrisya dengan ketawa mengada.Syed Darius hanya tersenyum melihat kerenah pekerjanya.Semakin sakit telinga Aina mendengar ketawa rakan sekerjanya ini . “Bos,you dah sarapan ke? Awal-awal ni mesti tak sempat sarapan kan.Nak I pergi belikan sarapan tak?”
            Syed Darius senyum lagi. “I dah sarapan di rumah tadi.Tak mengapalah”.
            “Aina,fakskan senarai tetamu yang booking bilik untuk seminar minggu hadapan.In my office,okay”, pinta Syed Darius.
            “Baik,bos”,laju sahaja dia menfaks senarai pelanggan yang bakal berkunjung ke resort mereka bagi menghadiri Seminar Keusahawanan.
            “I got to go now”.Ujar Syed Darius lalu beredar
            “Bye,bos!...”,lambai Batrisya dengan badan sengaja dilentokkan.
            Aina mendekati Batrisya yang sedang asyik melambai-lambai walaupun kelibat majikannya telah hilang ditelan lif.
            “Kau ni Trisya…kalau dengan bos mengada semacam.Aku tengok pun nak muntah tahu tak”,Aina memprovokasi.Sememangnya dia cukup meluat melihat perangai Batrisya.Gedik semacam sahaja Aina tengok.
            Mati terus lambaian Batrisya.
            “What? Our bos very handsome.Kaya lagi.So,I pun nak rebut peluang untuk memenangi hati dia.Apa salahnya I goda dia.Tak salahkan”,ujar Batrisya terus terang.Tanpa selindung langsung.Pengakuan berani mati itu membuatkan Aina seperti mahu pengsan.
            Aina bercekak pinggang. “Siapa kata tak salah? Merosakkan hubungan orang tu dikira perbuatan salah tau.Eh…Kau nak kena ganyang ke dengan tunang dia,Cik Maria.Kau jangan Trisya.Tak baik tahu meruntuhkan hubungan orang”,marahnya.Batrisya beriak tenang dan selamba.
            “Ikut suka I lah.You apa kisah”,angin pula dia apabila dimarahi oleh Aina.Dia menghenyakkan punggung ke kerusi kulit.Buku senarai pelanggan dibuka dengan kasar dan ditilik.Tidak memperdulikan Aina yang masih berada disebelahnya dengan pandangan tajam.
            Geram Aina meninggi.Orang bagi nasihat buat derk saja.
            “Aku cuma nak nasihat aje.Jangan sampai kau tergamak menjadi perosak cinta orang pulak”.Sinis Aina melepaskan geram.
            “It’s up to me.I don’t care kekasih ke,tunang ke waima isteri sekali pun kalau dah I nak,I akan ‘tendang’ mereka tahu”,kasar sungguh bahasa  yang digunakan Batrisya.Suaranya masih dikawal.Satu jelingan diberikan buat Aina.Dia geram dengan Aina yang suka masuk campur halnya.Hei…kubur sendiri-sendiri!.Yang kau nak sibuk tu kenapa?,marah sungguh dia dengan Aina.
            Aina menggeleng.Sampai begitu sekali Batrisya berfikir.Manusia jika dikerumuni dengan nafsu jahat apa-apa pun sanggup dilakukan asalkan kehendaknya tercapai.“Malas aku nak layan kau.Buatlah apa kau suka”,Aina berlalu dari kaunter ke tandas.Bercakap dengan Batrisya bermakna dia akan membuang masa dan membazir air liur.Batrisya hanya buat endah tidak endah dengan nasihat yang diberikan.Kesudahannya dia yang penat.Biarkan sahajalah sikapnya begitu.Asal tidak mengganggu hidup matinya.Cuma dia berdoa supaya Batrisya tidak tergamak mengotakan apa yang diperkatakan.
            Batrisya menjuihkan bibir.
            “Jealous!”.
           

MESYUARAT telah tamat tiga jam lalu.Syed Darius bersandar di kerusi kulitnya.Dokumen telah diperiksa disusun  pada kabinet disebelahnya.Tengkuk diurut perlahan bagi mengurangkan sengal.Tulang belulangnya benar-benar terasa lenguh.Telefon bimbit dari dalam laci meja kerja dikeluarkan .
Butang hijau ditekan.
“Hello,Dar…”, gemersik suara Maria.
Syed Darius tersenyum senang.Suara Maria sangat manja dipendengarannya
“Hai, sayang!”
Maria dihujung talian dapat merasakan pinggang rampingnya dipeluk ketat oleh jejaka yang sedang berbaring disebelahnya.Cuba merenggangkan sedikit namun ia semakin mengetat.Satu jelingan diberikan barulah pelukan dilonggarkan sedikit.
“Kenapa Dar call I ni?”,pelik juga dia apabila tunangnya ini tiba-tiba sahaja menelefonnya.Selalunya dia sahaja kerap menelefon tunangannya.
“Saja.Apa tak boleh ke? I rindu dengan tunang I yang manja dan suka menggoda ni.You tak rindu I ke?”
Maria ketawa girang.Syed Darius merinduinya.Siapa sangka sudah kira-kra hampir seminggu juga mereka tidak ketemu.Telefon pun jarang.Kesibukan lelaki itu menjadi rantai kepada perhubungan mereka.Maria terpaksa memahami walaupun kadang-kala jiwanya memberontak.
I miss you too,darling”.Balas Maria dengan manja.
Azman disebelahnya mencebik.Menyampah.Dia tahu gerangan siapa yang menelefon Maria.Pasti tunangannya,Syed Darius.Cemburu menguasai dirinya.Benci sungguh dia mendengar Maria melayani lelaki itu dengan suara manja.Tetapi apa yang mahu dikisahkan.Dia bukannya sukakan Maria dengan sepenuh hati pun.Lebih tepat lagi sekadar main-main.Hanya secubit sahaja hatinya untuk gadis seksi ini manakala selebihnya untuk perempuan-perempuan kehausan cinta di luar sana.Dia memiliki pakej cukup sempurna untuk menggoda dan menarik perhatian kaum hawa mudah digoda.Disebabkan itulah dia digelar kasanova terhebat dikalangan rakannya.Mempermainkan wanita merupakan sebahagian kerja sampingannya.Setakat ini, Marialah paling lama dipermainkan olehnya. Perempuan lain, setelah tiga empat bulan dipergunakan ditinggalkannya begitu sahaja.Habis madu sepah dibuang.
“Mar sebenarnya I call ni sebab nak ajak you keluar lunch sekejap lagi.Kitakan dah hampir seminggu tak berjumpa”,ajak Syed Darius.
Maria serba salah.Aduh,dia ajak lunch tak kena masa pulak
Lunch?”,pura-pura tidak mendengar.Azman disebelah dikerling.Masih lagi memeluk pinggangnya.
“Ya.Lunch.Kita pergi restaurant makanan kegemaran you,kuetiau goreng”.
Dia serba tidak kena dengan ajakan itu.Dar,kenapa hari ni?Esok atau lusalah.Nampaknya dia terpaksa memerah otak untuk mencari alasan.Takkan hendak meninggalkan Azman begitu sahaja.Sedangkan lelaki itu berpenat memandu kereta ke sini semata-mata mahu berjumpa dengannya.Kasihan juga.
“Kuetiau goreng berkerang?Waw!...Dar ingat ya Mar punya makanan kesukaan”.Sengaja Maria melambat-lambatkan pertanyaan Syed Darius.Sementara dia mencari akal untuk menolak ajakan itu.Mana mungkin dia menerima ajakan itu walaupun dia mahu.Jika menerima Azman bakal berkecil hati.Dia tidak mahu begitu.Ditahan hatinya demi menjaga mood Azman.
            “Mestilah I ingat,sayang.You setiap kali keluar makan dengan I mesti pesan menu tu.Jarang nak pesan menu lain.Kalau pesan kuetiau goreng berkerang mesti minta kerang lebih.Kalau tak dibubuh ikut kehendak you,you makan sikit saja I tengok”,ujar Syed Darius.Bertapa dia sudah mahir sekali dengan kegemaran Maria.Selain itu,pekara yang disukai dan dibenci wanita itu ada dalam ‘poketnya’.
            “Pandainya you…Sebab itulah I sayang sangat-sangat you.Faham apa yang I suka dan tak suka”.Maria memuji sambil ketawa.Bingit telinga Azman dipukul dengan tawa mengada-ngada Maria .
            “Honey!!!...”,panggilnya sengaja.Suara cukup lunak.Dia mahu bermesra bersama Maria.Namun,telefon bimbit Wanita itu berbunyi memyebabkan kemesraan mereka terbantut sama sekali.Panggilan itu dibuat kerana ingin menimbulkan syak wasangka dalam diri lelaki dihujung talian.
            Berderau darah Maria.Dia khuatir panggilan ditujukan kepadanya oleh Azman didengari oleh tunangnya.Jari telunjuk dinaikkan ke bibir.Menyuruh Azman supaya tidak bersuara lagi biar pun sepatah kata.
            “Dear,where are you now?”,suara garau milik lelaki memanggil ‘honey’menampan telinganya.Jelas dipendengaran.Dia bertanya dengan nada ragu.Panggilan untuk siapakah itu? Untuk Maria? Mengapa ada lelaki bersama Maria?.
            Liur ditelan.Terasa kesat tersekat dikerongkong.
            “I sekarang bersama dengan sepasang suami isteri.Sedang meeting.Mereka klien I”,bohong Maria gugup.Pembohongan yang tidak sengaja terlintas difikiran.Biar pecah diperut jangan pecah dimulut.Bahaya jawabnya nanti.Di sebelah,Azman tersenyum sinis.Maria terpaksa berbohong semata-mata mahu bersama dengannya.
            Syed Darius lega.Fikirnya Maria bersama dengan lelaki lain.Dia cepat-cepat beristighfar panjang.Seharusnya dia mempercayai tunangnya sendiri.Dia tidak boleh berfikian negatif terhadap Maria.Kerana tidak lama lagi gadis manja itu bakal menjadi suri dirumahnya dan juga selamanya suri dihatinya. “I ingatkan apa tadi”,ujarnya bersama nafas lega.
            Maria gundah.Syed Darius mula meraguinya gara-gara mendengar panggilan itu.
            “You ingat apa,Dar?”,dia sengaja hendak menduga sejauh mana keraguan lelaki itu.
            Syed Darius ditimpa pelbagai rasa kesal seiring dengan pertanyaan Maria.Seenaknya akal lemahnya hendak memburukkan gadis kesayangannya ini.
            “Nothing,sayang.Err…you nak joint I lunch tak? I ambil you lepas meeting.You cakap aje you di mana sekarang”,tanya Syed Darius.Tidak mahu memanjangkan soal percaya atau tidak percaya sebentar tadi.Maria menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan.Nampaknya,si dia tidak mahu memanjang isu sebentar tadi.Syukurlah.Dia juga enggan dicengkam dengan pelbagai persoalan yang bisa membuatkannya serba salah.
            Syed Darius memusingkan kerusi kulitnya ke arah tingkap kaca.Jelas permandangan keseluruhan resort miliknya melalui cermin itu.Besar dan tersusun koordinasi chalet.Dia menunggu tenang jawapan daripada Maria.
            “Actually,Dar…meeting I lambat lagi nak tamat.I dengan klien baru saja beberapa minit start meeting.I tak tahu pukul berapa I habis meeting”.Maria terpaksa berbohong lagi.Rasa berdosa segera mampir.
            Ampunkan Maria,Dar.Maria terpaksa berbohong.Maria tidak mahu merosakkan hubungan cinta yang telah lama kita jalinkan.Maria juga takut kehilangan Dar jika Dar tahu Maria curang dibelakang Dar.Maria terlalu menyanyangi Dar.Hatinya menangis hiba.
            “It’s okay sayang.I will waiting until your meeting punish”.
            Maria serba salah.Seboleh mungkin lelaki itu hendak keluar makan tengah hari dengannya.Tetapi sekarang dia tidak boleh keluar bersama.Mana mungkin juga dia mengiakan.Takkan dia mahu Syed Darius tunggu kelamaan sementara dia berulit dengan lelaki lain terlebih dahulu.
            “No.Dar…you pergilah lunch dulu.Nanti you sakit,siapa susah?. I jugakan sayang.I nak buah hati I yang I sayang sangat ni sihat selalu”,pujuk Maria
            “You macam mana,sayang.Takkan you nak meeting aje satu hari ni.You pun kena pergi lunch juga”,Syed Darius mengeluh.Jika dahulu dia yang sering beralasan berurusan dengan pelanggannya apabila Maria mengajaknya keluar.Kini,Maria pula beralasan sama menolak ajakannya.Terkena padanya pula.Sampai bila mereka mahu begini.Masing-masing tenggelam dengan kesibukan.Saat Maria mengajak dia keluar dating,dia sibuk.Saat dia mengajak Maria dating,Maria pula sibuk dengan meeting sana sini.Masa mereka terlampau padat untuk perhubungan mereka.
            Maria mendengar keluhan dari corong telefon.Pasti Syed Darius kecewa. “Beginilah…Memandangkan I tak dapat keluar lunch dengan you hari ini.Apa kata kita keluar dinner malam esok”,dia cuba lagi memujuk lelaki itu.
            Syed Darius menghembus nafas lemah.
            “Okey”jawabnya pendek tapi meleret
            “Bunyi macam merajuk aje.Please ,Dar...Kita jumpa esok saja okey.I janji tepat pukul 8.30 malam I tunggu you dekat depan rumah.I promise sayang”.Tidak dia sangka tunangannya sudah pandai merajuk sekarang.Darius yang dikenali dahulu bersifat serius namun penyayang dan romantik.Tetapi sejak mereka sudah bertunang lelaki itu pandai merajuk tidak tentu pasal.Ada kemajuan.
            Syed Darius tersenyum.
            “Okay.As you wish my princesess.Make sure you don’t be late”.
            Maria ketawa kecil.
            “Promise!,darling!”.Dia mengikat janji.