Ahad, 20 Oktober 2013

My Love, Mr. Kerek~Part 10~


“Aku bosan… aku bosan dengan… bla… bla... bla…”

Amy menyanyi mengikut rentak nyanyian Stacy bertajuk Bosan. Sambil melakukan kerja, apa salahnya mendengar lagu.  Sekurang-kurangnya tak adalah rasa bosan. Rayyan yang sedang menonton filem KL Zombi berasa terganggu dengan nyanyian Amy. Dia cuba untuk tidak mengendahkan namun nyanyian gadis itu nyaring sekali. 

“Apahal nenek kebayan tu mengilai dekat dapur pulak?” rungut Rayyan. Dia hendak menonton pun tidak senang.

“Bla… bla… bla…”

 Rayyan menutup telingan dengan bantal kecil.
 
“Woi, budak kecik kau nak panggil hujan ke!” jerit Rayyan dari ruang tamu.

 Namun, malangnya Amy langsung tidak mendengar jeritan lelaki itu.  Telinganya telah disumbat dengan earphone yang disalurkan dari telefon bimbit. 

 “Cukup malas aku mendengar alasanmu, kerana aku terlampau bo… bo… bo… bosan.”

 “Adoi, dia ni… Melalak tak ingat dunia betul!” Rayyan sudah menyirap. Bantal yang menutup telinga dicampak ke tepi.  Dia bangun menuju ke  dapur.

 “Amy…,” seru Rayyan memanggil Amy yang terkinja-kinja sambil mengemop lantai.

Amy masih juga menyanyi sambil membelakangi Rayyan.
 
“Amy,” panggil Rayyan lagi lantas mengetuk meja dengan jarinya.

Seperti tadi juga.  Amy langsung tidak mengendahkan panggilan Rayyan.  Dia tidak tahu pun Rayyan berada di belakangnya.  Dia sibuk mengemop dan bernyanyi dengan suara tak berapa nak adanya.

Shine bright like a diamond…” Amy sudah menukar lagu omputih pula. Kali ini lagu Diamond, dendangan Rihana.

We’re beautiful like diamond in the sky…Shine bright like a diamond…” penuh perasaan Amy menyanyikan lagu.

“Dia ni nak masuk Mentor, pertandingan menyanyi tu ke apa?  Kot ya pun, melalak dekat rumah sendiri.  Bingit aku dengar,” bebelnya.

Haish, minah ni tak dengar ke aku panggil? Dengar atau sengaja buat-buat tak dengar?  Rayyan sudah tidak sabar lagi.  Dia berdiri di hadapan Amy dan menghalang gadis itu dari melakukan kerjanya.  Terkedu Amy apabila Rayyan yang tiba-tiba saja berada di hadapannya.

 “Kenapa encik?” tanyanya dengan earphone masih melekat di telinga.

Rayyan melihat ada wayar di bawah lehernya dari kocek ke telinga.  Barulah dia tahu Amy menggunakan earphone.  Patutlah Amy tak mendengar panggilannya.  Rayyan merapati Amy perlahan-lahan.

Kenapa pulak dia ini?  Bisik Amy dalam hati. Dia mengundur kebelakang sedikit demi sedikit sehingga tersekat pada hujung meja.  Kenangan pahit sewaktu pertama dia dipermainkan Rayyan semasa pertama kali datang ke sini terbayang-bayang.  Masa itu tak kisahlah sebab dia main-main saja.  Sekarang ni, muka ketat dah macam perogol bersiri pula. Apa dia ada pasang niat nak buat tak baik ke?  Amy bermonolog dalam hati.

Mata Rayyan memandang ke arah lehernya.  Tangan Rayyan pula seperti mahu menyentuh dadanya. Amy sudah berderau.  Kering darahnya saat ini!  Cepat-cepat dia menyilang tangan menutup bahagian dada apabila tangan lelaki itu semakin dekat.

“Encik jangan!” Amy serta merta menjerit. Dia menutup mata kerana tidak mahu menyaksikannya.

Tangan Rayyan merentap wayar earphone yang dipakai gadis itu sehingga tercabut.

Amy membuka matanya apabila dirasakan tiada apa-apa pun berlaku. Erkk… Dilihatnya Rayyan berdiri tegak sambil memegang wayar earphone. Oh, rupanya dia nak tarik benda tu aje. Aku yang terperasan lebih.

“Encik?”

“Hmm, dah kenapa kau menjerit tak tentu pasal? Kena sawan?”

“Err… tak. Saya kira encik nak…”  serba salah hendak memberitahu tentang ada difikirannya tadi.  Haish, otak kau tak ada benda positif lagi ke nak fikir? Adoyai…

 Rayyan sudah menyilang tangan. “Apa?  Kau fikir aku nak ambil kesempatan?”

“Ermm…” Amy mengaku lalu menunduk malu.

Rayyan menggeleng-geleng.  Apa dia ingat aku seburuk itukah? Hello, aku ini bukan lelaki spesies buaya. Okey?  Dalam kamus hidup Rayyan tak ada perangai buruk macam itu. Gentlemanlah katakan!

 “Otak kau ni memang tempat simpan benda negatif aje ke? Aku ni bukan macam lelaki buaya dekat luar tulah.  Lagi pun aku kan dah kata, kau bukan taste aku pun,” ujar Rayyan.

 “Maaf, Encik Rayyan.  Saya tak sengaja.”

Segera Amy meminta maaf.  Memang sudah salahnya.

“Lagi satu.  Budak kecik, kau ni ada niat nak masuk Program Mentor ke?  Yang kau melalak macam jumpa pontianak dekat dapur ni, kenapa?”

Melalak macam jumpa Pontianak?  Kenapa pula dia cakap macam itu?  Setahu aku, tadi aku menyanyi sambil melakukan kerja saja.

“Kenapa encik? Saya bosan tadi. Jadi saya lakukan kerja sambil dengar lagu. Barulah syokkan. Ganggu encik ya?”

 “Memang ganggu pun.  Aku nak tengok movie pun tak senang. Lain kali nak bernyanyi, nyanyi dalam hati aje,” marah Rayyan.

“ Ya ke? Saya tak tahu pun nyanyian saya sampai ganggu encik.”

Adoi, dia dengar rupanya aku bernyanyi tadi. Amy menepuk dahi berkali-kali. Bila pakai benda tu automatik dia bernyanyi tak ingat dunia.  Seprti tiada orang lain di sekelilingnya. Sabar sajalah ya, Encik Rayyan.  Hehehe

“Aku sarankan baik kau jangan masuk pertandingan itulah.  Suara kau dah macam katak bawah tempurung bernyanyi.  Lagi sedap suara katak bawah tempurung tu.”  Sesuka hati saja Rayyan mahu mengejek Amy.

 Sambung Rayyan lagi.  “Budak kecik, aku bukan nak menjatuhkan semangat kau ke apa.  Aku cuma tak nak kau kecewa nanti bila kena tendang masa audition. Yalah, suara kau bukannya sedap pun.”

Rayyan dengan selamba berlalu semula ke ruang tamu.  Amy pula terkesima dengan ejekkan lelaki itu. 

“Amboi, suka hati dia aje ejek aku macam tu.  Siapa jugak yang nak jadi peserta Mentor? Huh!”

Amy menonyoh kasar mop yang separuh basah itu ke lantai.  Sambung kerja lagi baik. Cepat siap, cepatlah aku balik.


~*~*~*~*~*~

Selesai di dapur Amy beralih pula ke ruang tamu.  Rayyan a.k.a Kerek pula sibuk menonton sambil tidak habis-habis mengunyah chipsmore.  Sesekali terdengar gelak tawanya.

Rayyan perasan bahawa Amy sudah ke ruang tamu.  Kepalanya ligat berfikir mahu mengenakan gadis itu.  Dari lirikan matanya Amy sibuk mengemop di tepinya. Rayyan mengambil sekeping biskut kegemarannya dari pinggan. Biskut dipatahkan sedikit dan dia meneraburkan ke lantai.

Rayyan berdehem. “Ehemm… Budak kecik sini ada habuk.”

Amy menjengah sedikit.  Tanpa sebarang syak dia menuju ke hadapan Rayyan untuk mengelap habuk yang lelaki itu tunjuk tadi. Lantai jadi bersih dan licin semula.

Setelah gadis itu beralih sekali lagi Rayyan melakukan perkara yang sama. 

 “Hai, mengemop pun tak pandai ke? Ini habuk ada lagi ni.” Tegur Rayyan.

Amy pergi ke situ tanpa riak wasangka. Di mop lagi kwasan itu. Setelah itu barulah dia beralih semula ke tempat lain.  Rayyan menahan gelak. Dungu betul dia ini. Rayyan meneruskan lagi rancangan nakalnya.

“Apa ni? Buat kerja tu cuba fokus sikit.  Jangan tahu melalak saja. Sini ada habuk lagilah.”

Amy sudah menghidu sesuatu.  Aik, sudah dua kali dia mop tempat yang sama. Kenapa masih berhabuk juga?  Ini mesti kerja mamat kerek.  Dia sengaja nak kenakan aku! Okey, aku ikut rentak dia. Bisik Amy dalam hati.

 Dia ke hadapan Rayyan semula untuk mengemop habuk yang dikatakan lelaki itu tadi. Selesai mengemop Amy meletakkan mop di sisi sofa tempat pembaringan Rayyan.

“Encik, nanti kalau berhabuk lagi encik tolong mop, ya? Saya ada kerja lain lagi nak buat.”

“Eh, kau…”

Ding, dong, ding, dong!  Belum pun sempat Rayyan hendak memarahi Amy, lonceng pintu berbunyi. Tanpa memperdulikan Rayyan, Amy menuju ke pintu untuk melihat gerangan siapa yang menekan lonceng melalui lubang di pintu.

 “Siapa?” tanya Rayyan.

 Amy mengangkat bahu tanda tak tahu.  Tidak kelihatan wajah si penekan lonceng kerana dia menoleh ke belakang.

“Entah. Tapi macam perempuan encik.”

“Perempuan?”

“Yup.”

Siapa pula ke apartmentnya masa ini?  Perempuan pula tu. Entah-entah Mak Toknya. Lantas Rayyan bangun dari sofa.

 “Kau pergi dapur dulu. Biar aku tengok.”

  Dengan penuh tanda tanya Amy akur juga.  Awek dia kot? Sebab tu dia suruh aku menorok dekat dapur.

Rayyan meneropong di lubang kecil pintu. Jelas figura seorang gadis yang tidak diingininya.  Apahal dia datang ke sini pula? Dengan perasaan malas dan berat dia membuka pintu.

“Sayang!” Ternampak saja kelibat Rayyan terus Ella menjerit bagai orang gila.

“Ada apa you datang sini?” tanya Rayyan dingin. Bala betul! Bisik Rayyan dalam hati.

“Sayang, I nak jumpa you lah… Baby,I nak ajak you lunch dengan I hari ni.  Tadi I pergi ofis you, tapi kata Nina you off hari ni. You sakit ke?” Ella mengelus pipi Rayyan dengan manjanya.

Serta merta Rayyan menepis tangan Ella.  Geli geleman dia melihat perangai Ella yang terserlah gediknya.

 “Apahal dengan you ni? Sayang-sayang? Baby-baby? Euww… gelilah I. Lagi satu, I tak nak lunch dengan you.  I boleh pergi lunch sendiri.”

 “ Sayang, you kan bakal husband I.  Mestilah I panggil macam tu.  Hmm…”

Adoilah… Perempuan gedik ni memang suka perasan sendirilah.

“Eh, you jangan nak perasan sangatlah.  I tak nak and tak teringin langsung jadi bakal husband you. Faham!” marah Rayyan.

Berubah sedikit wajah Ella. Sampai hati Rayyan cakap begitu dengan dia. Tapi, tak mengapa. Masih banyak masa lagi dia hendak menambat hati lelaki merangkap sepupunya itu.  Wajah dimaniskan semula.

“Kan Mak Tok cakap, dia akan jodohkan you dengan I. Right, sayang?”

Rayyan ketawa sinis. “Memang betul Mak Tok cakap macam tu.  Tapi you jangan lupa, Mak Tok cakap kalau I dah ada pilih sendiri I tak dijodohkan dengan you. So, you jangan nak bajet sangatlah.”

Wajah Ella sudah masam seperti makan buah mempelam muda.

 “Dah, you pergi balik sana. And, jangan sesuka hati datang ke apartment I. Kedatangan you langsung tak dialu-alukan di sini.”  Rayyan memperingati Ella.

Papp! Amy menggigit jari. Dia terlanggar penyapu sewaktu menelinga perbualan antara Rayyan dengan gadis itu.  Kantoi! Itulah padahnya sibuk jadi Mak Jemah sangat!

Ella seperti terdengar sesuatu jatuh di dapur.

“Sayang, apa tu?” tanya Ella yang mahu menolak pintu.

Segera Rayyan menahan.  Budak kecik ni!

“Tak ada apalah.  Kucing jatuhkan something dekat dapur tu,” dalih Rayyan. Berlagak tenang saja.

“Kucing?  Sayang, you bukannya sukakan kucing pun,” ujar Ella dengan dahi berkerut.  Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan Rayyan darinya.

Hei, si penyibuk ni… Amy pula, kenapalah tak duduk diam-diam? Hampir aje terkantoi.

“Bukan kucing I lah.  Jiran I punya, I tolong jagakan kejap.  Ah, you jangan sibuklah.  Suka hati I nak buat apa pun.  Dah pergi balik.”  Rayyan menghalau Ella

 Ella merengus geram.  Rayyan menghalaunya seperti menghalau budak kecil saja.  Aku pun ada perasaan juga.  Sabar Ella… Sekarang dia boleh main tarik tali.  Tapi tengoklah nanti. Aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku jugak. Ella berazam.  Ella berpaling dengan perasaan geram yang membuak-buak.

Rayyan menutup semula pintu setelah memastikan gadis itu menghilang di dalam lif.  Dada di urut berkali-kali.

“Fuhh… Balik pun dia.  Sesak nafas aku dengan dia.”  Dia berbaring semula di sofa.

Amy keluar dari tempat persembunyiannya setelah pasti tiada perbualan lagi antara mereka.

“Dia dah balik ke, encik?”

“Hmm…”  jawap Rayyan sambil menyambung tontonannya yang tergendala tadi.

 “Siapa tadi tu? Awek Encik Rayyan eh?”

 “What? Awek? Hish, jangan merepeklah.”

Amy mencebik saja.  Tak nak mengakulah tu.

 “Encik, saya nak nasihatkan encik sikitlah.  Kalau dengan awek janganlah kasar sangat.  Kesian dia.  Karang dia lari, encik jugak yang melepas. Kan?” Amy memberikan nasihat percumanya.

Berdesing telinga Rayyan mendengar nasihat Amy. Pantas dia bangun dan memandang Amy dengan tajam.

 “Amboi… Sedap aje kau nak sound aku ya.  Kau dah siap buat semua kerja?”

 Amy menggeleng dalam sengih.  “Belum. Tinggal nak cuci toilet aje.”

“Dah tu?  Pergi cepat siapkan!” jerkah Rayyan.

Kelam kabut Amy berlari menuju ke toilet.



Bersambung lagi ye....hehe..


~Yeah! MLMK dah sampai part10..Si Rayyan n Amy sibuk nak munculkan diri..hehe~
           
           
           
Rayyan ~ "Terima kasih sudi baca cerita aku yg sangat hensem ni..hehe"

Amy ~ "Ceh, kuat perasan mamat kerek ni. Semua,  terima kasih daun keladi sudi baca..Sayang korang!"



           
           
           
           
           
           

            

6 ulasan:

Unknown berkata...

best...

Unknown berkata...

ira,best2..nak lagi

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks baby mio n akak, in sha allah nanti ira up lagi..otw ni..hehe

Unknown berkata...

mcm pendek sgt je citernya.. hehehe.. betul2 x puas ni.. hehehe... anyway, best sgt ;-)

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hehe...x apa next part ira buat pnjang skit..tq Ferra Lezza..^__^

Unknown berkata...

Best citer ni .
Chaiyok author