Ding dong! Ding dong!
Bunyi lonceng pintu ditekan dari arah luar. Dengan rasa lemah dan berat tubuhnya, Rayyan mengagahkan
juga untuk berdiri menuju ke pintu. Setelah dia memastikan gerangan yang
menekan lonceng barulah dia membuka pintu.
Teragak-agak Amy mahu menentang pandangan mata Rayyan.
Tentang hal semalam, adakah lelaki ini marah padanya? Tapi wajah dia
biasa-biasa saja. Tak nampak marah pun. Cuma nampak kurang sihat saja. Mungkin
dia yang salah tafsir tentang perilaku Rayyan kot.
“Encik? Encik tak sihat ke?” tanya Amy sebaik saja
melihat wajah Rayyan yang pucat. Dia kiri dan kanan dahinya bertampal koyok.
Rambut pula serabai.
“Hmm…” balas Rayyan dalam nada lemah.
Rayyan merebahkan semula tubuh di sofa. Tubuhnya saat ini
benar-benar tidak bermaya. Sakit sana sini. Kepala pun melayang-layang.
Amy menutup semula pintu.
“Encik dah makan ubat ke?” Risau pula dia melihat keadaan
lelaki itu.
Rayyan menggeleng perlahan. “Belum,” jawabnya dengan
suara yang serak.
“Okey, tak apa nanti saya ambilkan. Encik ni saya ada beli lauk yang encik suruh.
Saya pergi masak nasi dulu. Lepas tu baru encik makan ya?”
Rayyan yang menelefon menyuruh dia membeli lauk pauk
diluar. Dia membeli di kedai terdekat saja setelah habis kelas tadi.
“Hmm…”
Amy terus ke dapur.
“Kenapa dengan dia hari ini? Nampak tidak bermaya
langsung. Dari tadi asyik memicit kepala
dan suara pun serak saja. Demam agaknya.”
Amy bercakap dengan diri sendiri.
Amy meletakkan lauk pauk yang dibelinya ke meja. Dia
mengambil gelas di dalam almari dan menuangkan air mineral di dalamnya. Setelah
itu dia membuka peti ais untuk mencari Panadol.
“Encik, ni saya ada bawakkan Panadol. Bangun dan makan
ubat dulu.”
Amy menghulurkan gelas dan dua biji Panadol kepada
Rayyan. Kasihan pulak dia melihat
keadaan lelaki itu.
Rayyan menggagahkan diri untuk bangun. Dia duduk sambil
bersandar. Satu badannya bagai mahu tercabut. Lenguh semacam. Huluran Amy
disambut. Dua biji Panadol ditelan satu persatu bersulam air mineral. Sungguh
payah untuk dia menelan kerana tekaknya yang perit.
Sementara itu Amy masuk ke bilik tetamu untuk mengambil
selimut di dalam almari.
“Encik Rayyan tidur dulu. Nanti bila dah siap hidang saya
kejutkan encik.”
Amy menghulurkan selimut tebal kepada Rayyan. Gelas tadi diambil
semula dari tangan lelaki itu. Rayyan
kembali merebahkan tubuhnya. Selimut pemberian Amy menyelubungi tubuhnya.
“Thanks, Amy,” ucap Rayyan perlahan.
Amy senyum nipis mendengar ucapan itu.
Keadaan Rayyan mengusik hati Amy. Segera dia menuju ke beg sandang. Mengambil
sapu tangan yang masih belum digunakan. Tadinya dia mencari cool fever tetapi tiada pula. Amy ke
dapur semula mengambil semangkuk kecil air paip.
Sapu tangan yang sudah basah ditekap ke dahi Rayyan.
“Panasnya dahi dia,” bisik Amy. Sewaktu hendak meletak sapu tangan tadi dia
tersentuh kulit lelaki itu.
Rayyan merasakan sesuatu yang sejuk menyentuh dahinya.
Dia membuka sedikit kelopak mata.
“Tidurlah encik. Saya letakkan sapu tangan basah dekat
dahi encik. Biar panas berkurangan,” terang Amy apabila melihat tidur Rayyan
terganggu dek perbuatannya.
Rayyan melelapkan kembali matanya. Terdengar dengan
dengkuran kecil dari mulutnya.
“Hmm… selalu ligat kenakan aku. Bila dah sakit macam ni
diam terus,” desisnya perlahan sambil mengeleng-geleng.
Rayyan tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin kesan dua biji Panadol yang
ditelannya tadi. Amy memasuki dapur semula.
Dia perlu menanak nasi, memanaskan semula lauk dibelinya dan menggoreng
telur dadar. Setelah itu dia akan menghidang dan mengejut Rayyan pula.
Amy mengambil periuk nasi dan memasukkan beras ke
dalamnya. Dia ke singki untuk membasuh beras.
“Mesti dia lapar. Sebab itulah dia suruh aku belikan
makanan.”
Periuk nasi yang sudah diisi beras diletakkan ke
dapurnya. Lauk pauk yang sudah sejuk di masukkan semula ke dalam periuk untuk
memanaskannya semula.
~*~*~*~*~*~
Din dong! Ding dong!
Tidur Rayyan terganggu dengan bunyi lonceng pintu. Dia
mengerling jam di dinding. Hampir dua puluh minit dia terlelap. Dia mencari
kelibat Amy namun gadis itu tiada di situ.
Di dapur agaknya sedang menyiapkan makanan. Dalam keadaan tubuhnya yang
sedikit lemah, sekali lagi Rayyan mengerahkan tenaga untuk bangun. Dia meneropong dari lubang kecil di
pintu. Kelibat Ella jelas di
penglihatannya.
“Ada apa lagi dia ke sini? Akukan dah bagi amaran hari
tu. Hish, degil betul perempuan ni,” rungut Rayyan.
Dengan berat hati Rayyan membuka juga pintu. Sudahlah dia
tidak sihat. Ada pula penyibuk ini
datang menyibuk.
“You…” belum sempat dia hendak menjerkah gadis gedik itu
kelibat Mak Tok tiba-tiba muncul di sisinya.
Erk, Mak Tok pun ada? Bila masa pula dia ada di
sini? Sewaktu dia meneropong dia hanya
melihat Ella seorang saja.
“Ayien, kenapa dengan kamu ni? Nampak tak sihat aje?”
tegur Mak Tok.
Wajah satu-satunya cucu lelakinya ini kelihatan pucat dan
lemah. Risau pula dia jadinya. Ayien ada
sakit yang tidak dia ketahui ke?
“Ayien demam dengan sakit kepala sikit Mak Tok.”
Rayyan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan
neneknya. Mak Tok menyambut huluran dari
cucunya itu.
“Itulah, Mak Tok ajak tinggal aje dengan Mak Tok kamu tak
mahu. Sekarang, bila demam macam ni tak
ada orang nak jaga,” bebel Mak Tok.
Rayyan menyengih.
Sememangnya sudah banyak kali neneknya ini mengajak dia tinggal di
banglo milik wanita berusia itu. Namun,
dia menolaknya. Baginya, dia lebih selesa duduk di rumah sendiri. Di rumah
sendiri dia lebih bebas untuk melakukan apa saja. Mahu tonggang terbalik ke,
pulang lambat ke terserah pada dia.
“Betul cakap Mak Tok tu you. I pun boleh selalu jenguk
dan jaga you,” Ella pula menyampuk dengan senyuman yang manja lagi menggoda kononnya.
Rayyan buat-buat tidak dengar saja kata-kata Ella itu.
Siapa juga yang mahu dia ini menjaga dirinya yang sedang sakit? Tak terlintas
langsung dalam fikiran.
“Err… Mak Tok ada apa datang ke sini?” tanyanya. Hati sudah kerisauan dengan kedatangan Mak
Tok dan Ella secara tiba-tiba ini. Sudahlah ada Amy di sini.
“Saja. Nak tengok cucu Mak Tok. Dah lama kamu tak balik
rumah Mak Tok. Hai, kamu tak nak ajak kami masuk ke?”
Teragak-agak Rayyan hendak membiarkan mereka masuk ke
dalam apartmentnya. Alahai, macam mana
ni?
Ella pula sudah tersenyum-senyum bagai kerang busuk.
Entah apa yang disenyumkan pun Rayyan tak mengerti. Mengada-ngada betul
perempuan ni!
“Masuklah Mak Tok,”
Rayyan menjemput neneknya masuk.
“Hai, takkan Mak Tok aje. Habis I ni you tak jemput
sekali ke?” penuh manja Ella bertanya.
Keluhan kecil lepas dari mulut Rayyan.
“I dah jemput Mak Tokkan. Dah tu, you pun masuk
sekalilah,” jawab Rayyan dingin. Malas mahu melayan sepupunya yang ada penyakit
gedik terlebih ini.
Ella menjeling manja Rayyan. Mak Tok dan Ella seiring
memasuki apartment Rayyan. Nenek serta sepupunya itu mengambil tempat di sofa
panjang. Manakala Rayyan melabuhkan punggung di sofa single. Dia sudah gudah gulana. Apa yang patut dia lakukan? Apa reaksi Mak Tok apabila melihat Amy di
sini nanti? Marahkah? Apa pula dia hendak menjawab nanti? Ah, semua persoalan
itu membuatkan kepalanya semakin berdenyut semula.
“Err… kenapa pulak you datang ke sini Ella?”
“I teman Mak Toklah. Pagi tadi Mak Tok call ajak I ke
sini. Kan, Mak Tok?” ujar Ella dengan lenggoknya.
Sakit mata Rayyan melihat perangai mengada-ngada Ella.
Kot iya pun nak menarik perhatiannya janganlah begitu sekali. Bukan suka tapi makin mual. Meluat!
Amy terdengar suara bising di ruang tamu. Rayyan sedang
bercakap di taliankah? Tapi suara macam ramai saja. Mungkin dia sedang menonton tv agaknya. Selesai saja dia menghidang makanan, Amy
mengelap dapur sebentar. Setelah itu barulah dia ke ruang tamu mahu memanggil
Rayyan.
“Encik makanan saya dah...” tergantung terus ayatnya
apabila melihat tiga pasang mata sedang merenunngnya.
Siapa pulak mereka semua ini? Sepertinya dia pernah melihat wajah dua
wanita ini. Tapi di mana, ya? Amy cuba mengingati.
Mak Tok juga terkejut dengan kehadiran seorang gadis dari
dalam dapur kediaman Rayyan. Ella juga
begitu. Bukan lagi setakat terkejut saja, terkejut beruk! Serta merta rasa
cemburu dan tergugat menyelinap dalam hati. Masing-masing tertanya-tanya siapakah
gadis ini?
Rayyan menelan liur.
Situasi ini betul-betul tidak dijangka.
Dia tidak pernah merencanakan semua ini.
Sepatutnya sebelum membuka pintu dia menyuruh Amy menyorok terlebih
dahulu. Kenapalah tadi dia tidak memikirkannya? Ah, masak dia!
“Rayyan?” Mak Tok tajam menuntas pandangan kepadanya.
Rayyan hanya mampu diam.
Bingung hendak menjawab apa. Amy juga begitu. Dia melihat satu persatu
wajah dihadapannya. Dia sudah ingat wajah dua wanita ini. Kalau tak silapnya mereka berjumpa sewaktu
dia hendak membantu wanita tua ini melintas jalan. Ya, dia ingat lagi waktu
itu. Kalau tak silapnya juga wanita tua ini digelar Mak Tok manakala gadis
tinggi lampai seksi yang amat ini, Ella.
“Rayyan siapa ni?” desak Mak Tok. Mungkinkah ini adalah
buat hati yang dimaksudkan cucunya?
“Yalah, you. Siapa ni? Orang gaji you ke?” soal Ella
memandang Amy dari atas ke bawah.
Amboi, sedap aje panggil aku orang gaji ya. Muka aku ni
memang sesuai ke jadi maid? Ish… tak
sesuai. Tak sesuai!
“Err…” Rayyan tak tahu hendak berkata lagi.
“Rayyan!”
Mata Mak Tok, Ella dan Amy beralih kepadanya pula. Serba
salah dia jadinya. Mak Tok dan Ella memandangnya bagai harimau mahu menerkam.
Amy pula memandangnya penuh dengan tanda tanya. Berkerut-kerut dahi gadis itu.
“Dia… err… dialah buah hati yang Ayien cakap tu,”
perlahan saja Amy menjawab. Tiba-tiba saja terpacul.
“What?” jerit
Ella tiba-tiba. Macam kena histeria. Suaranya memenuhi segenap ruang tamu. Baik Rayyan, Mak Tok mahu pun Amy tidak
memperdulikannya.
Melopong mulut Amy mendengarnya. Jantungnya
berdetup-detap. Bagai dipam laju-laju. Biar betul ni!
Mak Tok sudah mendapatkan Amy. Tangan gadis itu terus digenggam tanpa
disuruh. Wajah sudah berseri-seri dan
bercahaya selepas mendengar kata-kata Rayyan tadi. Awalnya, dia hendak marah kerana cucunya
membawa masuk gadis bukan muhrim di apartmentnya. Namun setelah melihat dan
Rayyan sendiri sudah mengaku bahawa gadis itu adalah buah hatinya, rasa hendak marah hilang begitu saja.
“Betul, ini buah hati Ayien?” tanya Mak Tok mengalihkan
pandangan ke arah Rayyan setelah menilik lama gadis di depan matanya. Comel.
Kecil saja orangnya. Rasanya dia pernah
berjumpa dengan gadis ini.
“Eh, nek…bu…bukan.
Err… nenek salah faham ni,” segera Amy menyangkal. Dia menatap tajam mata Rayyan agar lelaki itu
menjelaskan salah faham ini.
Rayyan menunduk melarikan mata dari bertatapan dengan
Amy. Inilah dikatakan kerana mulut badan
binasa. Rayyan tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Mak Tok menggenggam erat tangan Amy.
“Ini Amy, kan? Nenek dah ingat yang kita pernah jumpa.
Masa tu Amy tolong nenek melintas jalan. Amy, ingat tak?”
Amy mengangguk kecil.
Ah, biarkan dulu perkara tolong menolong itu. Dia perlu jelaskan perkara
ini sejelas-jelasnya. Biar terang. Biar wanita tua ini tidak salah terhadapnya
dengan Rayyan. Dia tak mahu dan tak akan punya hubungan dengan lelaki itu.
“Nek…” belum pun dia sempat hendak berkata Ella pula
memotong.
“Eh, kejap… kejap.
Apa semua ni? I langsung tak fahamlah. Hey, I know you. You ni
perempuan yang hari tu, kan? Yang konon-konon nak menyelamatkan Mak Tok I tu.”
Baru dia teringat tentang gadis ini. Ya, gadis inilah yang pernah melanggarnya
tempoh hari. Gadis ini juga yang kononnya pura-pura baik di depan Mak Toknya.
Kenapa perempuan ini ada di apartment sayangnya? Apa hubungan mereka berdua?
Cemburu semakin menguasai hati dan diri.
“Haa.. err… hmm.”
Amy tak tahu hendak menjawab apa. Rayyan pula dari tadi dia lihat hanya
duduk membatu. Geramnya dia!
“Ella, tak baik cakap macam tu,” tegur Mak Tok pada
cucunya. Mak Tok menjeling Ella sebagai tanda amaran.
Terus Ella tidak berani hendak bersuara lagi. Rasa geram
tersimpan di dalam hati saja. Padahal, kalaulah dia diberi kesempatan sudah
lama rambut Amy ditariknya. Berani sungguh perempuan ini merebut sayangnya dari
dia.
“Nek, sebenarnya ni cuma salah faham aje. Saya dengan
cucu nenek ni tak ada apa-apa hubungan,” jelas Amy segera sebelum dipotong
sesiapa lagi selepas ini.
Nenek Rayyan senyum saja. Pelik juga Amy melihatnya. Sepatutnya, wanita berusia ini terkejut atau
marah. Tetapi reaksinya seperti tiada
apa-apa terjadi pula.
Tangan Amy yang digenggam ditepuk-tepuk pula.
“Amy jangan risau. Nenek dah tahu semuanya. Ayien cakap
kamu berdua bercinta diam-diam. Tak siapa pun belum tahu termasuk ibu ayah Amy
sendiri. Tak apa, nenek faham sayang.”
“Haa? Tapi…”
Apa yang Rayyan cerita pada neneknya ini? Haa… apa?
Berserabut otak Amy.
“Tak apa nenek faham, cu.”
Faham? Faham apanya? Amy membuang pandangan sekali lagi
ke arah Rayyan. Matanya menggunakan
bahasa mata untuk merayu penjelasan dari lelaki itu. Sekali lagi dia hampa, Rayyan hanya memandang
kosong padanya. Tiada langsung reaksi
mahu membantunya menghadapi neneknya.
Hampeh punya Mr. Kerek!
Adoyai… kenapa semua ini terjadi? Bala apa pula
menimpanya hari ini? Situasi ini lebih ngeri dari yang sebelumnya yang pernah
dia hadapi bersama Rayyan. Haru biru hidupnya.
‘Encik Rayyan!!!’ jeritnya dalam hati. Mahu bergegar seluruh organ dalaman. Dia
perlu menjelaskan sekali lagi. Ya, perlu!
“Nek…”
Mak Tok memandang Amy.
“Nek, sebenarnya saya bukan…”
Kali ini Rayyan pula memotong. Rayyan mendekati Mak
Toknya dan Amy.
“
Err... Sebenarnya Mak Tok, dia malu. Buah hati Ayien ni pemalu sikit orangnya.
Yalah, mana ada orang pemalu macam dia nak mengaku perasaan pada orang lain,”
potongnya sambil menayang sengih yang dibuat-buat. Dia terpaksa. Kata-katanya tadi tidak boleh undur. Selepas
ini dia akan berbincang dengan Amy tentang hal ini. Jadi, biarkan perkara ini
terus berlaku terlebih dahulu.
Bahu
Amy dipautnya dengan sebelah tangan. Mak Tok senyum melihatnya.
“Haa?”
berganda-ganda rasa terkejut Amy.
Dia
memandang tajam tangan Rayyan dibahunya silih berganti dengan wajah lelaki itu.
Sesuka hati saja Rayyan mengatakan dia adalah buah hati lelaki itu. Dan, sesuka
hati juga lelaki ini memeluk bahunya. Arrgghh! Dia berharap perkara ini
hanyalah mimpi. Mimpi yang benar-benar
mengerikan.
Melihat
wajah garang Amy, Rayyan terus melepaskan bahu gadis itu.
What the…
Ella sudah tidak sabar dengan situasi ini. Dia sudah rasa
terbakar saat ini. Terus saja dia bangun
dan merapati tiga insan di depannya.
“Rayyan takkan dia ni girlfriend
you? Eeuuww… mana sesuai. Hei, I lagi
sesuai jadi girlfriend youlah. I lagi
cantik dari budak ni. Entah-entah dia ni dekat dengan you hanya sebab nak harta
you aje kot” sela Ella.
Ella yang gedik |
Ella menilik Amy dari atas ke bawah. Budak mentah ini
mahu dijadikan buah hati sayangnya? Tak sesuai langsunglah. Apa, sayangnya ini
tidak ada taste ke? Sampai budak
sememeh ini mahu dijadikan buah hatinya.
“Ella!” marah Mak Tok lagi.
“Kenapa? Kalau perempuan macam dia tak sesuai. Habis,
perempuan macam you sesuailah jadi girlfriend
I? Hello, you sepuluh kali ganda lagi
tak sesuai untuk I. You cerminlah diri
you sikit,” marah Rayyan tanpa mengambil hati perasaan Ella.
Ikut
sesuka hati saja sepupunya ini mahu mengutuk orang sebegitu rupa. Apa lagi
mengutuk Amy. Hanya dia saja yang boleh mengutuk Amy. Orang lain tidak
dibenarkan sama sekali. Biar dia sedar sikit dirinya. Dia ada terfikir juga. Kalaulah Ella tidak
berperangai gedik terlampau, mungkin dia akan mempertimbangkan untuk memberikan
sedikit perasaannya kepada gadis itu. Dirinya sangat anti dengan perempuan
gedik!
“Sampai
hati you…” Ella terasa seperti mahu
menangis. Rayyan dan Amy dipandang silih berganti. Hatinya panas apabila Rayyan
back up perempuan itu daripadanya.
“Ella,
Ayien… sudah jangan bergaduh lagi. Buat
malu aje dengan Amy. Ella, kamu pergi turun dulu. Kita dah nak balik ni.” Risau
dia jika berlaku pergaduhan antara dua cucunya ini. Buat malu saja. Apatah lagi
ada buah hati Rayyan di sini.
“Ella,
pergi turun dulu,” gesa Mak Tok apabila melihat Ella masih tidak bergerak dan
hanya memandang sinis pada Amy. Macam nak terkam saja! Ada baiknya mereka
bersurai.
Ella
akur juga dengan permintaan Mak Tok. Dia
keluar sambil menghentak-hentak kaki tanda protes.
Mak
Tok mengeleng melihat perangai cucunya itu.
“Amy, dorang memang macam tu. Asal berjumpa aje macam anjing dan
kucing. Amy, nenek balik dulu ya.”
Mak
Tok mengalihkan pandangan ke Rayyan pula “Ayien, nanti bawak Amy ke rumah Mak
Tok. Nanti bolehlah kita borak panjang. Lagi satu, jangan berdua-duaan dalam
apartment ni. Tak baik, kamu berdua
bukan muhrim. Kalau nak berjumpa dekat tempat yang terbuka. Rumah Mak Tok pun sesuai,” tegur Mak
Tok.
Dia
kurang senang dengan keadaan mereka yang berdua-duaan di apartment cucunya
ini. Ditakuti timbul fitnah walaupun
kawasan kediaman Rayyan kebanyakkannya adalah yang bukan beragama islam.
“Ya,
Mak Tok. Ayien tahu. Kami tak buat apap-apa pun. Amy ke sini sebab nak jaga Ayien sakit aje.
Mak Tok, nanti bila buah hati Ayien ada masa Ayie bawak dia ke sana ya,” ujar
Rayyan dengan senyuman yang terpaksa diukir. Dia hanya ingin menyedapak hati
neneknya.
Aku
datang ke sini sebab nak jaga dia? Huh! Aku takkan buat begitu. Aku ke sini pun sebab dia suruh. Bisik hati
Amy.
Mak
Tok menarik tubuh Amy dan dipeluknya. Amy yang terkesima hanya mengikut saja.
“Yalah.
Tapi lain kali jauhkan ya. Jumpa lagi, Amy,” ucap Mak Tok sebelum berlalu. Pelukan
dilepaskan.
“Err…
nek, kejap…” belum sempat Amy hendak mengejar Mak Tok, Rayyan terlebih dahulu
menghalang.
Amy
cuba melepaskan pergelangan tangannya yang dicengkam namun genggaman Rayyan
sukar dirungkaikan. Kelibat Mak Tok
sudah menghilang ditelan lif. Dia sudah tidak sempat! Setelah itu barulah
Rayyan melepaskan cengkaman ditangannya.
“Kenapa
encik halang saya? Saya kena jelaskan pada nenek encik tentang salah faham ni,”
marah Amy.
“Tak
payah,” tenang saja jawab Rayyan.
“Kenapa
pulak tak payah? Kita memang tak ada
apa-apa hubungan pun.”
“Nanti
aku sendiri jelaskan pada Mak Tok. Bila
tiba masanya. Buat masa sekarang aku nak kau tolong aku sampai tarikh khidmat
kau habis dengan aku.” Ya, dia sudah terfikir satu rancangan. Baru tadi dia
terfikir. Rancangan yang bakal melibatkan Amy.
Berkerut
dahi Amy. Tolong apa pula?
“Tolong
apa?”
Rayyan
senyum nipis saja. Beg sandang Amy di
tempat penyangkut kot diambil dan diberikan kepada Amy. Bahu gadis itu ditolak sehingga ke muka
pintu.
“Kau
balik dulu. Nanti aku mesej kau,” ujar Rayyan yang sudah mahu menutup pintu.
“Encik,
beritahulah sekarang. Tak payah tunggu
esok lusa lagi,” pinta Amy menahan Rayyan daripada menutup pintu.
“Kau
pergi balik dulu. Dah pergi balik sana. Ssyyyuuhhh…” Rayyan menghalaunya. Pintu
terus ditutup rapat.
“Encik!!”
jerit Amy sambil mengetuk pintu beberapa kali. Eee, geramnya dengan dia ni!
Hish,
nak aje aku tendang kaki dia tadi tau. Ikut suka hati dia aje mengaku dengan
nenek tu yang aku ni girlfriend dia. Sekarang
ini macam mana aku nak jelaskan dekat nenek mamat kerek ni? Hmm…
Bersambung ye....
~Bila menulis part ni rasa x confiden aje. X tau kenapa. Awak2 semua yg membaca, kalau x kena bagitau ye. Sila komen dibawah tau...hihi~
16 ulasan:
wooo.beraninya rayyan..hahahhhaahha
Hehehe...dia terpaksa tu sbb dah terlepas cakap..ksian dkat amy kan...(^_^)
kalau betul pun apa salahnya... hehehe...
Kan...hehe, tpi Amy masih ego lgi la..hehe
Terlepas cakap konon..... Sebenarnya Rayyan tu suke letewww..
Yanshi
best...
Hehe...tq anynomous sudi baca... :)
Tq baby mio...:)
best2..berani rayyan tue..
Sebenarnya rayyan ni terlepas cakap, dah tak boleh nak undur lagi..terpaksalah diteruskan jgak...hehe...tq dyaNZa sudi baca:D
dasyat rayyan ni....boleh pulak terlepas cakp macam tu..haish..
hihi... rayyan bila cakap x pandang kiri kanan dulu.. :D
Ok je... smbung lg... :)
arinarifah, ira dah up smpai part 17 kat blog, ada kat side bar..tq sbb sudi baca ye arinarifah..(^_^)
sape nama pelakon yg membawa wtk rayyan ?
Won bin sis...^_^
Catat Ulasan