AN AN AN… tottemo
daisuki DORAEMON! Bergegar-gegar meja lampu tidur dibuatnya.
“Hish, apa pulak si Doraemon ni nak? Siapa pulak call time
sedap-sedap tidur ni? Hmm…hello!”
“Siti Zakiah Hanim Binti Usman! Pukul berapa dah
ni? Bangun cepat!”
“Mak... Buang tabiat apa call-call orang ni. Kan boleh panggil aje. Satu rumah pun. Membazir bil aje”, bebel aku dengan nada seakan-akan merajuk. Aku dengan mak dan ayah memang macam kawan-kawan, sekepala pula. Kadang-kadang lembut, kadang-kadang kasar. Walaupun macam tu aku tetap hormat orang tua.

“Macam mana nak kejut. Pintu berkunci. Panggil pun bukan
kau sedar. Nak tercabut anak tekak mak tau. Bangun cepat! Pergi kerja!”
Pergi kerja? Haa... dah pukul 8.30 pagi! Bagai tak
percaya,sekali lagi jam Iphone dikerling. Betul! Aku dah lambat. Arrgghh!… Kena
cepat-cepat ni. Sepantas kilat aku berlari ke bilik air. Habis tercampak
Iphone. Mandi cowboy ajelah. Dah tak ada masa…
Siap melengkapkan diri aku terus mendapatkan ayah yang
sibuk membaca akhbar di meja makan.
“Ayah, Kiah pergi dulu!” Ayah mengangguk.Aku salam tangannya.Kemudian aku mendapatkan mak pula.
“Mak,Kiah pergi dulu!”
“Ayah, Kiah pergi dulu!” Ayah mengangguk.Aku salam tangannya.Kemudian aku mendapatkan mak pula.
“Mak,Kiah pergi dulu!”
“Eh,nanti dulu”.
Belum sempat aku nak melangkah mak dah tahan.
“Apa lagi mak? Kiah dah lambat ni. Nak pergi kerja. Kang
marah bos nanti”.
Mak menghulurkan sekeping roti disapu jem coklat
bercampur kacang dan satu mug air milo panas yang hampir suam. Mak memang takkan
benarkan aku pergi kerja dengan perut kosong. “Minum dan makan dulu. Tergesa
sangat. Buatlah lagi perangai bangun lambat kau tu. Kau kena ingat kau tu ada
gastrik".
“Yalah…yalah”. Aku terus potong bebel mak. Kalau dia dah
buka mulut... tuhan aje yang tahu! Silap hari bulan aku duduk dekat rumah aje.
“Kiah pergi dulu!”, laung aku sambil berlari mendapatkan
Rosalinda, skuter pink aku. Comelkan nama tu? Aku ni memang minah pink, semua
benda mesti pink. Tapi kalau aku suka pink tak semestinya aku suka
menggedik. Yalah, banyak orang cakap pink ni ada kaitan dengan kegedikan. Betul
ke?
Ayah dengan mak hanya mampu menggeleng melihat aku yang
setiap pagi kelam-kabut. Alah, dorang faham benar dengan anak perempuan dorang
ni. Asyik-asyik lambat, asyik-asyik lambat. Hmm…entah bila nak cepat, Kiah.
*#*#*#*#*
Aku teragak-agak hendak
masuk ke dalam pejabat ketua bahagian ‘Unit Berita Sensasi Artis’ ni. Wah, dengar
nama aje dah panas! Hish, macam manalah nama aku boleh dipindahkan ke unit ini?
Elok-elok dekat Unit Jenayah kena pindah pulak di sini. Memang aku kurang
berkenan dengan pemindahan ini. Tapi nak buat macam mana? Dah ini arahan pihak
atasan. Nak tak nak kena ikut juga. Biasalah, itu yang dinamakan wartawan serba
boleh.
Aku ketuk pintu separa cermin itu. Aku jenguk sedikit ke
dalam. Ada seorang wanita gempal sibuk menilik fail. “Masuk!”
Berhati-hati aku mengatur langkah. Sampai di hadapannya
aku memberi salam. “Assalammualaikum,puan”. Penuh sopan. Orang baru kenalah
tunjuk baik. Hehehe…
“Wa’alaikumsalam”, jawapnya dengan muka ketat. Langsung tak
senyum.
Mak aii… muka macam mak tiri siot! Aku curi sikit pandang
tag namanya. Oh, nama dia Siti Norbaya. Pendek cerita aku gelar dia NB ajelah.
“Puan..”
“Awak Zakiah Hanim, kan? Wartawan bahagian Unit Jenayah
yang baru dipindahkan ke dalam unit ini”.
“Ya,puan”.
Dia memandang aku dengan pandangan yang tidak puas
hati. Nasib kaulah Kiah. Hari pertama dengan dia dah buat dia naik angin. “Awak
tahu dah pukul berapa?” Mercerlang mata dia.
Adoi, kena tembak aku kejap lagi! Salah kaulah ni
Kiah. Apasal kau bangun lambat sangat? Lagi lambat dari yang biasa. Kau saja
tempah maut, kan! Pagi-pagi dah kena attack. Padan muka!
“Hai, saya Abby. Tadi kena marah ke dengan dia?”
“Hai, saya Abby. Tadi kena marah ke dengan dia?”
Dia? Dia siapa? Ohh… mungkin dia maksudkan si NB.
“Saya Zakiah. Panggil Kiah.Alah kena marah tu biasalah. Memang salah saya pun”. Kami berjabat tangan.
“Saya Zakiah. Panggil Kiah.Alah kena marah tu biasalah. Memang salah saya pun”. Kami berjabat tangan.
“Biasalah dia tu. Selalu moody tak tentu pasal. Sabar
ajelah”.
Aku dan Abby ketawa kecil.
*#*#*#*#*
Hampir empat bulan aku
dipindahkan ke unit ini. Aku pun dah rapat dengan yang lain terutama Abby . Si
Abby memang mulut becok dan kadang-kadang tak ada insurans tapi aku suka
berkawan dengan dia sebab dia ni jujur. Di unit ini aku ditugaskan mengelola
ruang ‘Soseh-soseh Artis’ yang dahulunya dikelolakan oleh Abby. Aku sekadar
tulis ikut khabar angin saja. Tak perlu nak pergi siasat sana sini. Hmm… rindu pulak
aku nak pergi menyiasat macam dulu-dulu.
Abby keluar dari bilik NB dengan muka muram. Aku
memanggilnya apabila dia melewati meja aku. “Abby…Abby..”.
“Haa…asal kau panggil aku?”
“Haa…asal kau panggil aku?”
“Weh, mood orang tua tu okey tak?”
Abby mengeluh lemah. Ni mesti dia baru kena tiau dengan ‘mak singa’ tu.
“Hmm…macam biasalah Kiah.Bulan mengambang.Hujan aku kat dalam tu kena sembur dengan dia”.
“Hmm…macam biasalah Kiah.Bulan mengambang.Hujan aku kat dalam tu kena sembur dengan dia”.
Lepas ini mesti aku pulak kena menghadap dia. Alamak! Soseh-soseh minggu ni tak siap lagi. Mampus aku!
“Eh, dahlah. Pergi balik tempat kau sana. Kejap lagi kang aku pulak kena panggil. Kerja tak siap lagi ni”. Aku halau dia padahal tadi aku yang beria sangat panggil. Sabar ajelah aku ni.
Merengus Abby. Pantas dia ke tempatnya semula. Aku pulak
cepat-cepat menaip.
“Zakiah! Masuk bilik saya sekarang." NB panggil aku
melalui interkorm. Terus aku terhenti menaip.
Tersengih-sengih Abby melihat muka kelat aku. Siap dia
goyangkan jari telunjuk lagi. ‘Ayoyok….Kiah.Siaplah kau’, mesti itu yang dia nak
cakap. Malas hendak melayan dia, aku cepat-cepat berlalu. Matilah aku. Kena tiau kejap lagi!.
Terkulat-kulat aku hendak membuka pintu. Terbuka saja
pintu aku ternampak seorang lelaki bertubuh keding sedang membelakangi aku dan
duduk di depan NB.
“Zakiah apa yang awak tunggu lagi? Masuklah”.
Aku menelan liur. Hish, malulah aku nanti kalau kena marah
dengan dia di depan orang. Tempat duduk di sebelah lelaki itu menjadi pelabuhan
punggung aku. Aku menoleh sedikit ke sebelah. Lelaki itu tersenyum senang. Eh, macam
kenal. Kenapa begitu familiar? Toleh lagi. Sah, si kerempeng ni Saiful, cameraman, partner aku masa di unit jenayah. Tapi
apa hal pulak?
“Zakiah saya pasti awak dengan Saiful dah pun kenal. Saya
tahu awak berdua pernah bekerjasama semasa di unit jenayah. Sekarang sekali lagi
dia akan menjadi partner awak”.
“Oh… Tapi puan kenapa pulak saya kena bekerjasama dengan dia?”, aku pandang muka Saiful. Dia asyik terkebil-kebil dari tadi. Saiful angkat bahu tanda tak faham.
“Oh… Tapi puan kenapa pulak saya kena bekerjasama dengan dia?”, aku pandang muka Saiful. Dia asyik terkebil-kebil dari tadi. Saiful angkat bahu tanda tak faham.
Aku tenung NB. Dia ketawa jahat. Haa, mesti ada yang tak
kena ni. Hati aku dah tak sedap.
*#*#*#*#*
“Kak,kau pasti ke ini rumah dia?”
“Kak,kau pasti ke ini rumah dia?”
Tembok tinggi banglo mewah aku perhatikan. Memikirkan cara
hendak menghendap ke dalam. Anak Usman dan Rosnah kena cap sebagai minah
skodenglah lepas ni. Apa nak buat? Terpaksa. Kalau si NB ini tak suruh aku buat
kerja bodoh ni memang taklah aku nak ke sini. Si Farid Zackry pun satu,apa pasal
dia ni banyak sangat khabar angin. Hish, menyusahkan betul.
“Betul. Aku dah siasat dah .Sinilah rumah suspek”. Wah, aku cakap macam menjejaki penjenayahlah pulak. Cayalah Kiah!
“Betul. Aku dah siasat dah .Sinilah rumah suspek”. Wah, aku cakap macam menjejaki penjenayahlah pulak. Cayalah Kiah!
“Eh, kau nak ke mana, kak?”
“Hish, kau ni diamlah sikit. Aku nak pergi panjat pokok
sana nun”.
“Aduyai…”, keluh Saiful.
“Kau tunggu bawah kejap. Aku kena tengok-tengok kawasan rumah”. Aku mula memanjat. Memang tak manis gadis macam aku panjat pokok, tapi ada aku kisah?
“Kau tunggu bawah kejap. Aku kena tengok-tengok kawasan rumah”. Aku mula memanjat. Memang tak manis gadis macam aku panjat pokok, tapi ada aku kisah?
“Kak, kau nampak apa kat dalam tu?”
Sekeliling banglo mewah itu mewah bagaikan
istana. Fuyohh! Greatlah rumah dia! Gila besar wa cakap lu! Kalah rumah aku yang
sekangkang kera. Tiba-tiba pintu pagar automatik terbuka. Ferrari berwarna merah
masuk ke garaj. Melalui cermin tingkap yang sedikit gelap aku dapat melihat
kelibat seorang gadis. Bila Farid Zackry turun, gadis disebelahnya turun
sama. Itukan Lisa Surihana. Dia buat apa kat sini?
“Kak!”, jerit Saiful dalam nada perlahan. Kacau daun betul
dia ni.
“Suspek dah masuk.Kau naik cepat!”.Pantas Saiful
memanjat.Dia ambil tempat di dahan sebelah.
“Ambil gambar dorang. Jangan sampai terlepas.Aku nak turun
ni”.
Saiful mengangguk kecil.
Turun saja dari pokok aku menepuk-nepuk jaket yang
berhabuk. Aku memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba mata aku tertancap pada sesuatu
objek besar berbulu dan berwarna hitam. Anjing! Dia sedang memerhatikan aku
dengan muka bengis. Aku seriau!
“Sai…Saiful...Sai…ful!” Kelu lidah aku.Cakap pun tergagap.
“Sai…Saiful...Sai…ful!” Kelu lidah aku.Cakap pun tergagap.
Saiful terkial-kial hendak turun. Dia sudah selesai
mengambil gambar.
“Apasal, kak?”
“Apasal, kak?”
“Saiful…bala di depan. Cepatlah!” Aku buat-buat sengih. Macamlah anjing tu cair tengok sengih kau, Kiah. Entah apa-apa…
“Macam nampak hantu aje, kak”.
“Memang aku nampak hantu. Tapi ini bukan hantu biasa. Ini
hantu banyak gigi. Kalau kena gigit, naya! Kau tengok tu…” Berkerut-kerut dahi
Saiful bila aku suruh toleh ke depan.
Bagai nak tersembul biji mata dia. “Kak, apa ki… kita nak
buat ni?”, terketar-ketar dia. Ceh,takut kalahkan perempuan betul. Kaki menggigil
habis.
“Apa lagi. Ca alip but. Cabut!”, terus aku angkat kaki.
“Woi,kak!.Tunggu aku!”
Hahaha. Macam lari marathon. Tak cukup tanah kami berlari.
*#*#*#*#*
Tergelak Saiful melihat
aku berbaju kurung. Bukan ketawa sebab tak cantik tapi katanya dia tak pernah
tengok aku berbaju kurung seperti ini. Yalah aku ini minah paling sempoi. T’shirt
dan kemeja jadi pakaian harian aku.
“Memang sesuai dengan cita rasa orang gaji, kak”.
“Memang sesuai dengan cita rasa orang gaji, kak”.
“Hoi! Mulut tu jaga sikit.Aku bagi kang!”
“Gurau aje. Janganlah marah kak,nanti ayu jadi tak ayu pulak”.
“Gurau aje. Janganlah marah kak,nanti ayu jadi tak ayu pulak”.
Eee, dia ini kan ada aje nak kenakan aku. Eh, tapi tadi dia
kata aku ayu. Tak apalah kira dimaafkan aje. Perasan kau Kiah.
“Dah.Turunkan aku kat sini”. Saiful memberhentikan kereta selang tiga rumah dari rumah Farid Kamal.
“Dah.Turunkan aku kat sini”. Saiful memberhentikan kereta selang tiga rumah dari rumah Farid Kamal.
“Semua dah ada?”
“Beres! Okey kau ikut rancangan kita dua minggu lepas. Kau
ekori dia dari luar. Aku pulak jalankan tugas dalam rumah. Haa…gambar jangan lupa
snap. Itu bukti penting kita”, pesan aku sebelum berlalu pergi.
Pintu pagar terbuka jadi aku main redah aje. Aku berdiri
betul-betul di hadapan pintu utama rumah banglo mewah itu. Aku tekan
lonceng. Dua, tiga kali ditekan barulah pintu terbuka. Terjengul kepala dari dalam
pintu.
“Hmm..cari siapa?”,tanya lelaki itu dengan suara serak dan mata yang kuyu.Rambut serabai mcam hutan rimba.Macam baru bangun tidur.Buruk benar dia.Berbeza ketika di tv.
“Hmm..cari siapa?”,tanya lelaki itu dengan suara serak dan mata yang kuyu.Rambut serabai mcam hutan rimba.Macam baru bangun tidur.Buruk benar dia.Berbeza ketika di tv.
“Assalammualaikum”.
“Wa’alaikumusalam”.
“Wa’alaikumusalam”.
“Saya Sakinah. Orang gaji yang Encik Rehal, pengurus encik suruh ke sini”. Aku memperkenalkan diri. Oh ya, aku sekarang dah jadi orang lain. Zakiah bertukar jadi Sakinah.
Farid Zackry memandang aku atas bawah sebelum membenarkan
aku masuk.
*#*#*#*#*
Aku sibuk menyediakan
perkakas dapur untuk memasak makanan malam. Okey, tugas aku dekat banglo ni cuma
memasak makanan untuk Farid Zackry saja. Kira jadi cheflah. Mujur aku ini bab
memasak lulus. Tak sia-sia aku belajar paksa rela memasak dari emak. Tadi siang
aku di bawa Wati melihat sekeliling rumah. Terdapat sebuah rumah kecil di
belakang banglo ini. Di sekelilingnya terdengar-dengar bunyi mengiau seperti
bunyi kucing tapi bila di cari tak ada. Dan aku pelik apa fungsi rumah yang
dihias dengan lukisan indah itu. Ah, baik aku tanya Wati.
“Hmm…Wati saya tanya sikit eh. Rumah kecil kat belakang ni, rumah apa ya? Semalam masa lalu situ saya dengar bunyi kucing tapi tak ada orang pula”.
“Hmm…Wati saya tanya sikit eh. Rumah kecil kat belakang ni, rumah apa ya? Semalam masa lalu situ saya dengar bunyi kucing tapi tak ada orang pula”.
“Oh,rumah itu ya. Itu rumah kucing Tuan Farid, Kinah”.
“Rumah kucing?”
“Ya. Tuan gemarkan kucing. Dalam rumah terdapat 30 ekor kucing kampung dan parsi. Tuan sendiri yang mengurusin mereka semua. Tuan sangat suka sama kucing”.
“Ya. Tuan gemarkan kucing. Dalam rumah terdapat 30 ekor kucing kampung dan parsi. Tuan sendiri yang mengurusin mereka semua. Tuan sangat suka sama kucing”.
Wah, tak sangka dia sukakan kucing sampai sanggup bela
sebanyak itu. Jarang melihat lelaki sukakan kucing begitu sekali. Lembut juga
hati dia ni.
Aku hanya mengangguk.
Selesai saja memasak aku ke tingkat atas untuk menunaikan solat maghrib. Surau di tingkat dua. Sebelum ke surau kaki aku berhenti sebuah kamar yang terdapat gambar Farid Zackry segak bergaya dengan kot dan cermin mata hitam. Senyumnya memang menggoda. Tapi sayangnya terlalu banyak khabar angin tentang lelaki ini. Susah juga kalau dah jadi terlampau popular.

Kedengaran seperti kereta masuk ke garaj. Aku cepat-cepat
berlari untuk bersolat.
Genap sebulan aku bekerja di rumah Farid Zackry. Banyak
juga sikap lelaki ini yang aku tak jangka. Dia suka baca novel. Dari novel
romantik komedi, thriller dan sedih bersusun kemas pada rak buku di bilik
bacaan. Dia jarang makan di luar .Lauk
kegemaran dia cuma lauk kampung. Kalau
lauk western memang dia makan sikit aje. Hmm.. nampak aje dia smart dan sedikit
sombong tapi jiwa dia tetap kampung. Dia juga begitu sayang dengan kucing. Semasa
aku baru bekerja di sini sikapnya agak dingin tapi sekarang dia semakin mesra
pula. Senyum dia sangat manis. Haish,Kiah apa kau merepek? Fokus! Ingat tujuan
utama kau ke sini.
Cepat-cepat aku cuba kembali fokus pada potongan sayur.
“Tuan udah balik”.
“Tuan udah balik”.
“Haa!”
“Kina buatkan air kopi dulu. Biarin Wati goreng sayurnya.Tuan ada tamu tu”. Terus Wati mengambil posisi aku.
Aku jerang air.Ada tetamu? Siapa?Kopi yang siap di bancuh
aku bawa ke depan.
Kelihatan seorang wanita sedang duduk di sofa. Aku cuba
amati. Eh, itukan Lisa Surihana, seorang pelakon wanita terkenal. Dia inilah yang
dikatakan banyak digosipkan dengan majikannya. Farid Zackry tiada di situ. Mungkin
dia di atas.
“You ni siapa?”, berkerut-kerut dahi dia memandang aku. Dia pandang atas bawah lagi. Macam tak puas hati aje.
“You ni siapa?”, berkerut-kerut dahi dia memandang aku. Dia pandang atas bawah lagi. Macam tak puas hati aje.
“Saya tukang masak rumah ni,cik”.
“Tukang masak? I tak pernah jumpa pun sebelum ni”. Dalam
nadanya bersuara seperti tak puas hati dengan jawapan yang aku beri.
“Saya baru sebulan setengah bekerja di sini,cik”.
“Oh…”.Aku mengatur langkah perlahan hendak ke dapur
setelah pasti tiada apa lagi yang hendak di tanya.
Meoww! Aku menoleh.Ingin melihat gelagat pelakon pujaan
ramai itu. Yalah,aku mengaku, aku pun minat gak kat dia apa.
“Oh,little cute cat. How sweet!”
“Oh,little cute cat. How sweet!”
Aku ralit memerhatikan dia dari belakang.
“OMG! You such a bad cat!” Tiba-tiba aku terdengar dia
menjerit. Aku jengah sedikit. Anak kucing tu kencing atas dia! Hahaha.Lisa
Surihana mencampak anak kucing berwarna coklat itu jauh darinya. Kasihan dia
dicampak dengan begitu kasar sekali. Cepat-cepat aku angkat dan dukung dia.
“Oh,my clothes. Kau kencingkan baju aku. Sial punya kucing!” Terkedu aku bila dengar ayat kasar sebegitu dari mulutnya. Dia yang terkenal dengan kelembutan dan kesopanan tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat.

Farid Zackry turun sambil menjinjing beg sandang.Aku
melarikan diri ke pintu dapur. Cuba untuk menelinga walaupun suara mereka kurang
kedengaran.
“You kena tukar baju tu. Lepas kita makan tengah hari nanti kita singgah apartment you dulu, tukar baju”.
“You kena tukar baju tu. Lepas kita makan tengah hari nanti kita singgah apartment you dulu, tukar baju”.
“Eh, tak apalah. Lagi pun I tak bawak baju spare”.
“Tak apa pembantu I ada. Mereka boleh pinjamkan baju untuk
you”.
“Haa,baju pembantu?”
“You kena tukar. Kalau tak lama-lama hancing nanti. Tinggalkan baju you disini biar pembantu I basuh”.
“You kena tukar. Kalau tak lama-lama hancing nanti. Tinggalkan baju you disini biar pembantu I basuh”.
“Emm…”, macam nak tak nak aje dia mengiyakan.
“Kinah!”
Aku menurunkan anak kucing tadi. Sepantas kilat aku
berdiri disebelah Lisa Surihana. Aku perasan mata gadis itu menjeling aku
tajam. Aku buat tak tahu saja. Dia ada mata,biarlah.
Setelah memberikan sehelai t’shirt dan seluar sleck
kepada Lisa Surihana, aku ke dapur semula.
“Ngapain Cik Lisa tu Kinah?”
“Ngapain Cik Lisa tu Kinah?”
“Baby Meow kencing atas baju dia”.
Terbahak-bahak Wati ketawa.Bila aku tegur baru tawanya reda.
“Amboi Wati ketawakan orang nombor satu. Syhh, nanti dengar dek Cik Lisa. Kerap ke Cik Lisa ke sini, Wati?”
“Kerap jugak. Tapi biasanya dia ke sini bila ada shooting
sama tuan. Kadang ada juga dia ke sini atas alasan mahu menjenguk kucing belaan
tuan. Tapi firasat Wati mengatakan bahawa dia ke sini cuma mahu dekat sama
tuan”.
Aku mengangguk saja. “Dia orang nampak sepadan aje kan?”
Aku mengangguk saja. “Dia orang nampak sepadan aje kan?”
“Hish, ngak cocok ah. Cik Lisa orangnya sangat gedik. Dari
mata Wati tuan itu seperti terpaksa aja layan dia. Tapi kalau tuan sama Kinah
emang cocok. Pokoknya sesuai deh”.
“Wati ni entah apa-apa ajelah”, terkejut aku bila dia
berkata seperti itu. Wati memang suka kenen kan aku dengan Farid Zackry. Sampai
kadang-kadang tu aku jadi malu. Ceh, gitu!
*#*#*#*#*
“Kalau dah sah kau
pendek, pendek jugak kau Kiah”. Terjingkit-jingkit aku hendak membetulkan
kedudukan gambar yang senget.Hari ini aku membantu Wati mengemas. Wati kelihatan
seperti tidak sihat saja. Aku suruh dia berehat saja setelah dia siap membasuh
pakaian.
“Opss!” Tapi aku duga,a ku terpijak tepi kerusi dan badan
aku hilang imbangan. Aku terasa badan aku disambut. Telinga aku telekup pada dada
seseorang. Dup dap dup dap! bunyinya. Aku buka mata. Farid Zackry! Cepat-cepat aku
loncat dari dukungannya. Aku cuba untuk berdiri tapi tak boleh. Buku lali aku
sakit yang amat.
“Mari saya tolong”. Aku tidak dapat kata tidak. Aku memang
memerlukan pertolongan dari dia. Sekarang ni bukan masa jual mahal tau. Dia
memapah aku duduk di sofa.
“Buat apa awak panjat.Inikan kerja Wati”.
“Saya cuma nak betulkan gambar tu. Wati tak berapa
sihat. Itu sebab saya tolong”. Aku cuba bangun untuk ke dapur. Berasa tidak selesa
untuk berlama dengannya. Jantung aku pun makin lama makin nak melompat!
“Duduk sini.Biar saya urutkan buku lali awak .Kaki awak ni terseliuh sikit”. Lengan aku ditarik sehingga terduduk kembali. Aku terpaku dan tidak mampu membantah. Dia membelek kaki aku.
“Duduk sini.Biar saya urutkan buku lali awak .Kaki awak ni terseliuh sikit”. Lengan aku ditarik sehingga terduduk kembali. Aku terpaku dan tidak mampu membantah. Dia membelek kaki aku.
“Eh,tak payahlah Encik Farid”.
“Wati! Wati bawakkan minyak angin ke mari”.
Wati keluar bersama sebotol minyak. Dia mendekati aku
dengan senyuman nakalnya.
Tekun dia mengurut. Hati aku sudah jadi semakin lama
semakin tidak keruan. Dup dap dup dap serupa bunyinya semasa aku tersembam di
dadanya tadi. Debaran yang begitu ekstrim aku kira.
“Encik Farid dahlah. Nanti saya urut sendiri. Rasa tak manis pulak”. Aku larikan kaki dan mengambil botol minyak ditangannya.
“Encik Farid dahlah. Nanti saya urut sendiri. Rasa tak manis pulak”. Aku larikan kaki dan mengambil botol minyak ditangannya.
Dia berdiri dan tersenyum manis.Adoi,aku cukup
terpersona!.Mesti dia nampak muka aku yang dah mula merah.Malunya!
“Hari ni tak payah masak.Saya order luar aje”,katanya sebelum beredar.
“Hari ni tak payah masak.Saya order luar aje”,katanya sebelum beredar.
Aku tak mampu berkata apa.Cuma diam membisu.lepas dia beredar,aku cengkam dada.Wahai hati kembalilah kau tenang.
*#*#*#*#*
“Hmm…boleh saya duduk
sini?”, konsentrasi aku merenung bulan terganggu.
Aku angguk saja. Rumah dia, dia punya sukalah nak duduk mana.
“Cantikkan bulan malam ni. Bulat dan terang aje”. Aku diam saja sebab tak tahu nak kata apa.
“Kinah,awak memang suka tenung bulankan. Tiap-tiap malam saya tengok awak duduk dekat sini”.
Haa, dia skodeng aku ke? Memang setiap malam bila kerja dah habis aku suka menghabiskan masa begini. Nak rileks kan otak.
“Saya memang suka tenung bulan tu. Nampak tenang aje”.
Aku menoleh ke sebelah.Mata kami bertembung. Rupa-rupanya dia tengah tenung aku. Adoi, mana nak sembunyikan muka aku ni! Sepantas kilat aku melarikan anak mata.
“Awak tahu tak Kinah. Muka awak ni lebih cantik dari bulan”. Tiba-tiba dia memuji aku. Mestilah aku tercengang. Siap tersipu malu lagi.Bagai ada maksud tersirat ni.
“Ada-ada ajelah Encik Farid ni.Bulan tu lagi cantik.Tengok bentuknya,sempurna”.
“Apa yang awak nampak itu dari jauh saja. Cuba awak dekat-dekat, banyak lopak jerawat kat muka bulan. Itu maknanya awak lagi cantik”.
Makin aku tersipu. Hai Kiah sejak bila kau jadi malu-malu bila di puji?
“Kinah saya sebenarnya…”
“Kinah!”,belum sempat dia nak menyambung ayat, Wati memanggil aku di belakang. Hmm, Wati ni sibuk ajelah.
“Ya,Wati”.
“Ada yang telefon ni”. Wati menghulurkan telefon bimbit aku. Lupa pula aku nak ambil Iphone di atas meja dapur tadi. Aku menjengah skrin.NB! Alahai dia nak apa pulak?
Segera aku meminta diri dan berlalu masuk ke dalam bilik.

Lagi tiga hari tempoh
yang diberikan NB akan tamat. Kami diberikan tiga bulan untuk menyiasat Farid
Zackry yang terlalu banyak gossip. Aku jadi serba salah. Sama ada hendak menulis
yang 100% betul atau betul vs rekaan. Aduh, pening-pening… Menurut NB dia mahu
berita yang kaw-kaw, kalau reka pun dia tak kisah, janji menjadi gossip
utama. Tapi aku dalam dilema. Haish Kiah, apalah nasib kau. Berani kerana benar
ajelah. Tulis apa yang betul. Mak pun pernah pesan kalau menulis cerita tu
biarlah betul faktanya. Kalau tidak takut jadi fitnah. Berdosa oi! .Ya, Kiah kau
kena tulis apa yang betul bukan rekaan semata. Aku memperingati diri
Aku telah berhenti bekerja dirumah Farid Zackry seminggu
sebelum tempoh tiga bulan tamat dengan alasan hendak pulang ke kampung. Farid
Zackry kelihatan kecewa dengan keputusan yang aku ambil. Aku tak tahu
kenapa. Riak wajah dia bagai membantah. Selepas saja aku kata hendak berhenti dan
meminta maaf dia terus naik ke atas. Apakah dia ada hati dekat aku?
Semua laporan yang kami buat aku suruh Saiful
menghantarnya. Aku seperti tiada kekuatan untuk menghantarnya . Hati aku bagai
tak tenang saja. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ditukarkan ke unit lama
dengan alasan tidak sesuai dengan ‘Unit Berita Sensasi Artis’. Dua minggu
selepas itu berita penulisan aku keluar didada akhbar. Huru-hara juga dalam ofis
aku tengok. Siap ada yang ucap tahniah kepada aku sebab aku telah berjaya
menulis berita meletop! Aku baca tajuk dia “Farid Zackry Ada Skandal Dengan
Lisa Surihana!” Gambar dua artis itu keluar dari Ferrari terpampang besar. Aku
baca pula isi-isi, sah memang bukan aku yang punya.Tapi nama penulisnya adalah
aku.Oh,tidak ini mesti kerja NB!.Aku berjumpa NB,dengan senang hati dia mengaku
bahawa dia yang olah semula ayat-ayat aku.Dia juga mengatakan bahawa orang
sekarang lebih suka berita hot seperti ini daripada berita yang jujur.Aku
disuruhnya berterima kasih kepada dia kerana telah menaikkan nama aku sebagai
wartawan paling popular pada saat itu.Arghh!...bukan aku mengejar kepopularan
pun. Rasa kesal dengan perbuatan NB menebal.
Aku ke rumah Farid Zackry untuk meminta maaf dan
menjelaskan semuanya. Namun,aku hampa, menurut Wati sudah seminggu lelaki itu
pergi tanpa meninggalkan pesan setelah berita itu keluar. Aku semakin rasa
bersalah. Hati aku rasa marah juga. Adakah dia terasa dengan berita itu? Ke mana dia menghilangkan diri? Maafkan aku Farid
Zackry…
*#*#*#*#*
Angin sepoi-sepoi
bahasa menghempas tepian pantai Klebang pada petang itu. Sementara menerima
keputusan perpindahan aku ke unit lama, aku meminta cuti seminggu untuk
berehat. Berita kehilangan Farid Zackry selama dua bulan lamanya membuatkan aku
susah hati. Semasa aku mahu berjalan-jalan ditepi pantai seorang lelaki berjaket
jeans biru, bertopi dan berkaca mata hitam melanggar bahu aku kuat secara
tiba-tiba. Aku terdorong ke belakang.
“Hoi,encik buta ke!”, main langgar orang aje. Mata letak
mana?
Lelaki itu berpaling. Berdiri tepat di depan aku. Wajahnya
menunduk dan masih berkaca mata. Apahal pulak?
“Encik lain kali jalan tengok depanlah. Di tiba-tiba langgar orang. Maaf pun tidak”.
“Encik lain kali jalan tengok depanlah. Di tiba-tiba langgar orang. Maaf pun tidak”.
“Maafkan saya”. Eh, macam kenal aje suara
tu. Mungkinkah… Lelaki itu mendongak dan membuka topi serta kaca matanya. Aku
terkedu.Jantung berdegup laju.
“Awak…”
Aku dan Farid Zackry duduk diatas pasir merenung langit yang mula menukar warna. Aku telah ceritakan semuanya dan telah membongkarkan identiti aku juga. Dia seperti tidak terkejut pun.
Aku dan Farid Zackry duduk diatas pasir merenung langit yang mula menukar warna. Aku telah ceritakan semuanya dan telah membongkarkan identiti aku juga. Dia seperti tidak terkejut pun.
“Awak tak marahkan saya?" Pelik. Aku rasa salah aku cukup
besar padanya. Tapi dia nampak tenang.
Dia menggeleng. “Tak.Dah lama, saya malas nak ingat. Mula-mula
tu memang saya marah sangat tapi lama-lama marah tu hilang .Lagi pun awak buat
semua tu kerana tugas awak. Saya faham”. Semudah itu?
“Saya dah musnahkan karier awak sebagai artis. Saya sangat kesal. Dan… saya bersalah sebab berbohong pada awak. Awak bawak diri pun kerana saya”.
“Saya dah musnahkan karier awak sebagai artis. Saya sangat kesal. Dan… saya bersalah sebab berbohong pada awak. Awak bawak diri pun kerana saya”.
Farid Zackry cuma senyum. Aku semakin serba salah.
“Saya lari ke sini bukanlah kerana awak bohong pada saya
Zakiah. Saya sebenarnya ke sini untuk menguruskan bisnes saya dengan seorang
kawan untuk membuka pusat peranginan di sini. Pasal gossip tu,itu saya dah
lupakan .Sebenarnya, selepas gossip tu keluar saya upah seorang penyiasat untuk
siasat siapa yang menulis cerita itu. Awalnya bila saya dah dapat tahu siapa
orang itu, saya terfikir untuk saman dia. Bila saya tahu penulis itu awak , saya
batalkan saja”.
“Kenapa awak batalkan saman tu?”
“Sebab… saya tak nak awak susah. Lagi pun buat apa saya nak
saman sedangkan saya sendiri juga salah”. Dia tak nak susahkan aku. Sungguh mulia
hati dia.
Dahi aku berlapis. Kenapa pulak dia kata diri dia salah?
“Saya yang selalu membenarkan Lisa datang ke rumah. Kalau
saya halang dia kerap datang ke rumah saya pasti tak ada sebarang spekulasi”.
“Awak tak terfikir hendak balik semula ke KL dan jelaskan
semuanya? Saya akan tolong awak jika awak nak”.
“Ya.Saya memang akan balik KL. Saya akan jelaskan semuanya
dan saya nak awak tolong saya untuk membersihkan nama Lisa sekali. Dia tak
bersalah dalam hal ni. Saya rancang untuk membuat sidang akhbar untuk
mengumumkan yang saya akan bersara dari dunia lakonan juga”.
“Haa? Tapi kenapa?”
“Hish, wartawan ni memang suka banyak tanyakan”. Dia ketawa kecil. “Sebenarnya dah lama saya niat nak bersara dan tumpukan pada perniagaan.Tapi tulah ,baru sekarang baru saya buat. Dah, lepas ni semua kes ni kira tutup okey. Dan saya tak nak awak minta maaf lagi”.

“Terima kasih awak kerana memaafkan saya”. Dia senyum lagi.
“Saya pergi dululah. Dah nak maghrib ni”. Aku berdiri dan mula melangkah.
“Zakiah”.
“Humm..” ,berhenti melangkah dan berpaling ke belakang.
“Sudi tak awak keluar dating dengan saya esok? Kalau awak tak sudi tak apa”.
“Sudi tak awak keluar dating dengan saya esok? Kalau awak tak sudi tak apa”.
Aku senyum lebar. Muka tak payah nak cakaplah.Merah
habis! Nasib dah gelap sikit kalau tak dia nampak muka aku yang blushing ni.Aku
mengangguk kecil.Malu kononnya.Dalam hati dah menjerit 'yes!'. Hish, gelojoh kau ya.
Farid Zackry tersenyum lagi. Kali ini aku nampak senyum
dia lebih bahagia. Aku pun turut bahagia. Aku berdoa supaya perhubungan kami yang
baru bermula ini akan kekal sehingga dia betul-betul melafazkan perkataan
keramat itu. Amin.
Tamat
~pst: Ira tahu cerpen ni banyak salah dia. Maaf atas kekurangan dan entah apa2 yang ditulis.. enjoy reading!^_^
9 ulasan:
dah tamat ke atau ada sambung lagi.
cerpen dah tamat...tp sy bercadang nak sambung dlm novel...masih dlm perancangan...harap sis sabar menunggu..^_^
wahhhh.... memang de vass de vusss la cerpen ni! I like! Anyway, saya dah follow blog akak.. jemputlah follow blog tak seberapa saya.. -->
http://kupukupupurple.blogspot.com/
~Selamat Berkarya~ ^_^
Trme kasih,dik...ok2,akak akn follow blog adik plak...
best la cer ni dek... dah samb ke novel ke blom??? nak bacaaaa... :-D
Belum, baru cadang nak buat tp x tau bila...hehe
Jalan cerita agak menarik sbb dy lain dr yg lain drpd cerita yg.lain
Bestlah cerita ni sbb lain drpd cerita yg lain
Best
Catat Ulasan