Selasa, 13 Ogos 2013

Mini Novel:Mungkinkah Ada Bahagia? (Part 7)



Zuraidah resah dan gelisah memikirkan kemungkinan bahawa lelaki itu adalah Irfan.Hatinya jadi tidak tenang semula.Padahal semenjak peristiwa itu dia tidak lagi mahu mengingatinya.Nama lelaki durjana itu juga seolah-oleh sudah lenyap dari ingatan.Apa lagi perihal lelaki itu dia sudah tidak ingin mengambil tahu pun.
            “Betulkah itu dia?”Zuraidah takut untuk memikirkannya.Ya Allah,apa yang perlu aku lakukan?
            “Sayang mama takut dia datang balik pada kita.Apa yang perlu mama buat?Mama dah tak sanggup nak berhadapan dengan dia”.Rintihnya sendirian sambil mengusap perutnya.Rasa ketakutan itu tidak mampu dibuang.Bayang-bayang Irfan seakan sedang mengekorinya setiap masa.Di mana saja dia berada pasti bayangan itu bagai tidak lepas daripadanya.
       Pandangan kosong dilemparkan ke kolam.Sengaja dia melarikan diri di situ.Mahu menyendiri.Walaupun matanya fokus di situ namun hatinya gundah seribu.Kenpalah Irfan enggan memberikan ketenangan walaupun sedikit saja buat dia?
      Tidak cukupkah dia memperlakukan aku seperti perempuan tidak punya harga diri sedangkan aku adalah isterinya yang sah?Di sebabkan kerana nafsu dia sanggup menggadaikan aku.Dia jual aku pada orang lain.Dia jadikan aku pelacur kelas atasan.Mana rasa belas kasihannya sebagai suami?Dia sangat kejam!.Dia menzalimi aku sebagai isteri juga anak ini!.Bentak hati Zuraidah.
       “Zulkifli,sayang tahu tak? Sayanglah sumber kekuatan mama.Dan,mama takkan biarkan dia mengapa-apakan kita ya.Terutama sekali sayang.Kalau mama boleh lawan,mama akan lawan dia habis-habisan.Sayang jangan risau ya.In  sha Allah,selagi ada mama selagi itu sayang selamat.Mama takkan benarkan dia sentuh seinci pun tubuh sayang!”.Di usap lagi perutnya seperti sedang berbicara dengan penghuni di dalamnya.
        Satu hal lagi yang membimbangkannya adalah keluarga ummi.Dia takut jika Irfan datang mengugut atau mengapa-apakan mereka.Mungkin aku perlu keluar dari rumah ini agar tiada siapa yang disakiti.

~*~*~*~*~*~
Dari kejauhan Ummi memerhatikan Zuraidah dari jauh.Dia seperti dapat mengesan sesuatu yang mengganggu emosi anak angkatnya itu.Gadis itu kelihatan sedih dan resah.Apa sebabnya?Sejak pulang dari pusat membeli belah tadi Zuraidah tidak banyak bercakap.
            “Ummi…”.Tegur Ustaz Shafik yang hairan melihat Ummi sibuk menjengah-jengah ke luar.
            “Shafik…Ummi tengok Zue tu.Macam ada masalah aje”.
            Ustaz Shafik menjengahkan sedikit ke luar.Kelihatan Zuraidah sedang termenung walaupun  matanya melihat pada kolam ikan.
       “Zue tak ada cakap apa-apa dengan Shafik ke?”,Ummi bertanya kerana anaknya ada bersama Zuraidah tengah hari tadi.Paginya elok saja dia.
          Ustaz Shafik menggaru kepalanya. “Tak ada pula Ummi.Cuma masa nak balik tadi Zue macam moody sikit.Saya tanya dia cuma kata tak ada apa-apa”.Dia juga perasan perubahan mood Zuraidah semasa mereka mahu pulang dari pusat membeli belah itu.
            “Mungkin dia sedang ada masalah agaknya Ummi.Cubalah Ummi tanya”.
            “Ummi rasa baik Shafik yang pergi cakap dengan dia.Sambil-sambil tu Shafik boleh bagi dia kata-kata semangat.Orang muda ni lebih faham hati sesama mereka.Ummi ni ikut firasat orang tua aje”.
            Ustaz Shafik menggaru dahi pula.Bukan dia tidak mahu.Cuma baginya perempuan lebih memahami hati perempuan.Dia lelaki,ditakuti lain fahaman pula.
            “Tolong ya Shafik?”, pinta Ummi penuh pengharapan.
            Tidak sampai hati pula Ustaz Shafik mahu mengatakan tidak pada Umminya. “Baiklah Ummi.Saya akan cuba”.Janjinya.Ummi terus berlalu ke dapur.Sebelum berlalu sempat Umminya menepuk lengannya seolah-olah bergantung harap padanya.
            Dia memerhatikan Zuraidah dari celah langsir.Apa agaknya yang sedang difikirkan Zuraidah?

~*~*~*~*~*~
“Zue…”.
            Zuraidah berpaling ke kanan.  “Eh ustaz.Belum tidur lagi?”
          “Belum.Saya tak mengantuk lagi.Tengok Zue ada dekat sini itu yang saya keluar.Kenapa Zue tak tidur lagi?Angin sejuk diluar ni”,sengaja Ustaz Shafik bertanya untuk memancing mood Zuraidah.Gadis itu benar-benar nampak muram.
       “Saya pun belum mengantuk.Mata ni susah nak pejam pulak”.Zuraidah melempias senyuman tipis kepada lelaki itu.
           “Hmm…Zue kalau saya tanya sikit boleh?Harap Zue tak kisahlah”.
           “Nak tanya apa ustaz? Tanya ajelah.Mana yang saya boleh jawap,In Sha Allah saya jawap”.Tenang Zuraidah berkata.
           Rasa bersalah pula hendak bertanya.Takut dikatakan menyibuk hal orang. “Err…tadi masa balik dari pasaraya saya tengok Zue macam moody,kenapa?”,teragak-agak dia bertanya.
       Zuraidah tertunduk.Rupa-rupanya walau dia menyorokkan reaksi tadi Ustaz Shafik tetap boleh menebak.
         “Sebenarnya ustaz tadi…saya…saya…”.Zuraidah juga teragak-agak sama ada dia mahu bercerita atau tidak.
          “Zue,jangan malu-malu.Ceritalah.Mana tahu saya boleh tolong Zue”,pujuk Ustaz Shafik lembut supaya Zuraidah meluahkan masalahnya.
            “Ustaz,saya kalau boleh tak mahu menyusahkan ustaz dan ummi lagi.Dah banyak pengorbanan ustaz dan ummi pada saya.Saya rasa masalah ni biarlah saya tanggung sendiri.Saya tak mahu jadi beban nanti”.
            “Zue dah banyak kali saya cakap yang Zue tak menyusahkan kami pun.Kami bantu ikhlas.Zue pun sekarang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya.Susah senang kita kena berkongsi sama sebagai satu keluarga,kan?”,ujar Ustaz Shafik.
            Zuraidah menggangguk perlahan.Air mata terharunya menitis ke pipi.Segera dikesat dengan hujung jari.Betul kata Ustaz Shafik.Tapi patutkah dia menambahkan beban kepada lelaki itu dan ibunya?
            “Ustaz kalau saya cakap ustaz jangan bagitau ummi ya?Bukan apa,saya cuma tak mahu ummi lebih risau”.
        Ustaz Shafik senyum saja. “Ummi seorang ibu Zue.Pasti dia akan risau jika anaknya dalam kesusahan.Walaupun si anak tak meluahkan namun dia dapat merasakannya.Ceritalah Zue.In sha Allah saya akan cuba menuruti jika itu kehendak Zue”.
            “Ustaz…sebenarnya masa saya di kedai memilih barangan untuk Zulkifli tadi saya macam terperasan ada seseorang mengintip saya dari jauh”.
            Berkerut dahi lelaki itu. “Zue cam siapa orang tu?”
            “Tak.Dia pakai cap dan bercermin mata.Tapi,firasat saya mengatakan itu adalah Irfan,suami saya”.
            “Mungkin itu cuma bayangan Zue saja”.
           “Tak ustaz.Saya tak rasa itu cuma bayangan.Masa saya perasan dia dan saya nak mengejar dia,orang tu terus larikan diri”.Zuraidah menerangkan kejadian di luar kedai pada masa itu.Persoalannya,kalau lelaki itu adalah Irfan mengapa dia melarikan diri?Mungkinkah dia punya agenda tersendiri?
            “Zue pasti orang itu adalah Irfan?”
            “Ya.Ustaz saya benar takut jika dia sedang mencari saya.Saya tak mahu dia mengapa-apakan saya dan kandungan saya nanti.Lebih saya khuatir jika dia tahu saya tinggal bersama keluarga ustaz pasti dia akan melakukan sesuatu yang buruk.Saya tak nak semua itu terjadi”.Zuraidah meluahkan segala kekhuatiran yang terbuku dalam hatinya.
          “Jadi Zue ada terfikir untuk meninggalkan rumah ini?”,tebak Ustaz Shafik apa yang ada di dalam fikiran Zuraidah.
            Gadis itu hanya diam saja.Diam Zuraidah membuatkan tebakannya adalah benar.
            “Zue…Apa yang boleh saya katakan adalah Zue terus tinggal di sini bersama ummi.Jangan ke mana-mana.Kawasan rumah ni selamat bagi Zue.Jiran-jiran pun ramai.Kalau Zue keluar dari sini dan terjadi apa-apa nanti bagaimana?Saya rasa dengan cara yang difikirkan itu lebih mudah untuk Irfan menjejaki Zue.Dan dengan keadaan begini Zue takkan dapat berlari jauh”,bukan dia mahu memarahi Zuraidah kerana terfikir mahu mengambil jalan mudah.Cuma dia mahu menyedarkan gadis itu akan kesan daripada keputusan terburu-buru.
            Zuraidah tidak mampu untuk berkata-kata lagi.Mengapa selalu yang diungkapkan lelaki ini selalunya ada benarnya?Mungkin dia yang selalu terfikir mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah.Otaknya selalu saja sempit untuk memikirkan cara yang lebih bernas.
            “Zue jangan risau.Setiap masalah ada penawarnya.Kita kena banyak berdoa kepada-Nya agar DIA membuka jalan untuk meleraikan segala kekusutan.Mintalah pada DIA yang maha mengetahui segalanya”.
            Zuraidah menunduk menekur lantai.Ya,hanya DIA!.
          “Macam inilah.Saya sarankan supaya Zue keluar jangan berseorangan.Zue boleh minta ummi atau saya sendiri untuk menghantarkan Zue ke mana saja.Dan…kalau apa-apa yang mencurigakan berlaku cepat-cepatlah bagitau saya atau ummi supaya kita boleh mengambil tindakan mencegah.Bolehkan?”
            “Baiklah ustaz.Err…ustaz saya nak berterima kasih pada ustaz atas semua jasa ustaz selama ini tidak putus-putus memberikan semangat,nasihat dan dorongan.Kalau tak ada ustaz,tak ada ummi pasti saya jadi manusia yang terumbang-ambing.Tak tahu mana arah yang mahu dituju”.Ujar Zuraidah penuh keikhlasan.
            “Bukan saya yang perlu Zue berterima kasih tapi pada Allah.Kerana takdir-Nya kita dapat bertemu dan Zue dapat mengubah diri sedikit demi sedikit.Saya dam ummi Cuma pengantaranya saja.Dengan izin-Nya,Zue”.Ustaz Shafik mengingati Zuraidah lalu terseyum manis.
“Sudah lewat ni.Zue pergilah berehat.Dalam mengandung begini tak elok berembun lama-lama.Takut penyakit lain pula menyerang”.
“Yalah,ustaz.Saya minta diri dulu”.Zuraidah mahu berlalu dari situ.
“Zue…”,setelah gadis itu melepasinya dia memanggil semula.
“Ya,ustaz”.Zuraidah mematikan langkah.
“Jangan difikirkan sangat hal itu.In sha Allah ada ikhtiarnya nanti.Tidurlah dan berehat secukupnya”.
“Ya.Terima kasih ustaz”.Jawap Zuraidah pendek sebelum berlalu.
"Sama-sama",balas Ustaz Shafik sambil menghantar pandangan mata sehingga gadis itu masuk ke dalam rumah.
           
           
           
           


            

Tiada ulasan: