Tadaaaa...Ira bagi gambaran tentang watak2 dlm mini novel MAB?...hihi
Artis Malaya ok apa!..hehe |
Pandangannya berbalam-balam.Kudratnya bagai
hilang.Zuraidah cuba menggagahkan diri untuk bangun.Disandarkan tubuhnya di
hujung katil.
“Arrghh…”,Zuraidah memegang kepalanya yang
berdenyut-denyut. “Aku di mana ni?”soalnya sendirian.Tempat itu sangat asing
baginya.Tangan kiri terasa seperti dicucuk di pandang.Ada tiub mengalirkan air
di situ.Aku di hospital ke?Dia cuba mengingati. “Bukankah semalam aku berada di
hotel?Lepas tu…”.
Zuraidah
cuba untuk mengingati lagi kejadian semalam.Selepas itu kalau tidak
silapnya,dia memukul kepala Datuk Razali sehingga lelaki itu pengsan di bilik
hotel dan dia terus berlari sehingga dia hampir dilanggar.Dan…selepas itu dia
sudah tidak sedarkan dia.Bangun saja dia sudah terlantar di sini.
Adakah
Irfan yang membawa aku ke sini?Atau kuncu-kuncu Datuk Razali cuba mengejar aku
lalu mereka yang hampir melanggar aku? Zuraidah mulai panik apabila memikirkan
kemungkinan itu.
“Aku
mesti keluar dari sini.Tempat ni tak selamat untuk aku!”.Lantas Zuraidah cuba
mengengsot ke tepi katil.Namun belum pun sempat dia turun dari katil pintu
bilik terbuka sedikit dari luar.Ya Allah,selamatkanlah aku…!,bisik Zuraidah di
dalam hati sambil memejamkan mata.Perlahan-lahan pintu itu menguak dan kini
semakin lebar bukaannya.
“Anak
dah sedar? Nak ke mana ni?”,sapa suara wanita.
Suara
itu aneh di pendengaran Zuraidah.Serta merta dia membuka mata.Dahinya berlapis
sebaik terpandang wajah wanita berusia yang tidak di kenali.Siapakah dia?
Wanita
itu mendekatinya. “Mak cik ni siapa?”,tanyanya hairan.Bukan Irfan atau pun
Datuk Razali tetapi seorang wanita tua yang tidak dikenali.
Dia
duduk dibirai katil tempat Zuraidah berbaring.Wanita itu tersenyum manis
padanya. “Nama mak cik Bakyah.Anak boleh panggil mak cik Ummi saja.Ummi terserempak
dengan anak di jalanan.Semasa anak nak melintas jalan.Masa tu anak Ummi
hampir-hampir terlanggar anak.Lepas tu anak tiba-tiba pengsan.Ummi dan anak
Ummi terus bawa anak ke mari”.Terangnya kepada Zuraidah.
“Mak
cik yang bawa saya ke sini?”
“Ya.Ummi
dengan anak Ummi yang bawa anak ke sini.Kalau tak keberatan boleh Ummi tahu
nama anak ni siapa?”,tanya wanita itu dengan senyuman
“Nama
saya Zuraidah”.Tanpa ragu-ragu Zuraidah memperkenalkan diri.Kelihatannya,wanita
berusia ini seperti orang-orang baik saja.
“Zuraidah.Hmm,boleh
Ummi tahu kenapa Zue nampak macam kelam kabut saja semalam?Ummi Cuma nak tahu
saja sebab semalam Ummi perasan yang Zue melintas secara tergesa-gesa”
“Saya…saya…”,Zuaidah
seperti keberatan untuk mencaritakan kepada wanita itu.Dia belum mengenali hati
budi wanita itu jadi dia seakan ragu untuk berkongsi segala cerita.
“Tak
apalah kalau Zue belum bersedia untuk cerita dengan Ummi.Mungkin lain kali
saja”.Wanita itu tidak memaksa.Pasti dia melihat Zuraidah seperti keberatan
untuk membuka cerita tentang kejadian semalam.Tangan Zuraidah ditepuk perlahan.
“Err…tadi
Ummi dah jumpa doktor.Doktor kata Zue cuma terkejut dan kekurangan tenaga.Kalau
tak ada aral petang nanti Zue boleh check out.Zue duduk di mana?Boleh Ummi
hantarkan”,tambah wanita bergelar Ummi itu lagi.
Zuraidah
berfikir sejenak.Ke mana harus aku tuju?Dia hanya sekangkang kera tiada
keluarga lain di situ.Kalau ada pun dia tidak berapa kenal dan tinggal
berjauhan.Itu pun keluarga belah bapanya.Hendak ke rumah keluarga
mertua.Keluarga belah suaminya tidak pernah menerimanya dengan baik.
Sewaktu
mereka bernikah pun banyak yang menentang terutama sekali ibu Irfan.Mereka
beranggapan dia tidak setaraf dengan keluarga lelaki itu.Keluarga Irfan agak
berduit dan dia hanya anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim.Irfan
disisih keluarga hanya kerana berkahwin dengannya.Jikalau dia ke sana pun Irfan
pasti datang mencarinya.Jadi ke mana dia harus pergi?Zuraidah kebingungan.Tidak
tahu lagi ke mana dia harus menuju.
“Saya…saya
tak ada tempat untuk dituju mak cik”.Spontan kata-kata itu terluncur dari
mulutnya perlahan.Dia tertunduk sayu.
Wanita
bertudung itu memandang Zuraidah kehairanan.Tidakkah dia punya keluarga lain?
“Zue tak ada keluarga terdekat di sini?”.
Zuraidah
menggeleng.
“Habis
Zue tinggal dengan siapa di sini,nak?”,tanya wanita itu.
“Saya
tinggal dengan suami.Tapi suami saya…”,terhenti serta merta kata-katanya.Esakan
mula kedengaran.Entah kenapa dia tiba-tiba dirundung kesedihan.Namun otaknya
ligat berfikir sama ada hendak berkongsi cerita atau pun tidak dengan wanita
ini.
Bahunya
terasa seperti dipagut oleh tangan yang lembut. “Cuba cerita dengan Ummi.Mana
tahu Ummi boleh membantu Zue”.Zuraidah seperti merasakan dirinya di sayangi.Dia
mula menyenangi wanita itu.Seakan mendapat belaian seorang ibu.
Mata
wanita disebelahnya ditatap.Sinar mata redup itu penuh dengan keikhlasan.Aura
keibuan jelas terpancar.
“Suami
saya tak seperti suami orang lain mak cik.Dia…dia hanya mahu mempergunakan
saya.Kejadian semalam tu ada kaitan dengan sikap buruk dia.Saya…saya dipaksa
melacurkan diri untuk melunaskan hutang-hutang dia mak cik.Tapi saya tak nak
lakukan semua tu lagi”,tanpa sedar dia merebahkan kepala pada bahu wanita
itu.Teresak di situ.Diluahkan segala cerita yang tersimpan dan ditanggung
sendirian.
Sambungnya
lagi “….saya pukul kepala datuk tu.Saya ingat dia dah mati rupanya tak.Dia cuma
pengsan.Sebab itu saya terus melarikan diri.Saya lari sebab saya takut
diapa-apakan dan saya tak mahu anak dalam kandungan saya terjejas
sekali”,Zuraidah mengakhiri cerita dukanya.
Serta
merta Ummi mengucap panjang.Sungguh kejam manusia seperti suami
Zuraidah.Langsung tidak menghormati isteri.Lelaki jenis apakah seperti
itu?Sanggup menganiaya isteri sendiri. “Maknanya Zue sedang mengandunglah ni?”
Zuraidah
mengangguk lemah.
“Masya-Allah…besar
dugaan kamu nak”.Sungguh dia tidak menyangka begitu berat beban yang ditanggung
Zuraidah.Tubuh Zuraidah dipeluk erat bagi menyalurkan kekuatan.Walaupun sedikit
biarlah gadis itu tenang.Tanpa sedar air matanya juga turut mengalir.
Pintu
tiba-tiba dibuka dari luar.
“Ummi…”,panggil
seorang lelaki berkopiah dikepalanya.Zuraidah tidak mengenali siapa gerangan
lelaki itu.
“Itu
anak Ummi.Shafik namanya”,bisik Ummi ditelinga Zuraidah dan wanita itu hanya
mengangguk kecil. “Ummi keluar sekejap ya.Nak cakap dengan Shafik sebentar”.Di
tinggalkan Zuraidah yang masih kesedihan di tas katil.
“Shafik.Mari
ikut Ummi nak”.Ummi menarik tangan Ustaz Shafik ke luar wad.
#####
“Zue…”,lamunan Zuraidah
terhenti apabila namanya dipanggil dan bahunya ditepuk seseorang.Hilang wajah
bengis Datuk Razali dan hilang juga wajah kejam Irfan,suaminya.
“Ummi”,serta-merta senyuman dibibirnya terpamer.
“Tengah termenung apa tu sayang?Hmm?”
“Eh,tak ada apalah Ummi”,sangkal Zuraidah.Wanita yang
agak berusia itu melabuhkan punggungnya di sebelah Zuraidah.
“Mari minum.Ummi dah siap hidangkan dekat meja luar
sana.Sambil-sambil tu boleh ambil angin petang”.Ajaknya.
“Yalah”,mereka sama-sama berdiri.Dengan penuh kelembutan
wanita bertudung labuh itu memaut pinggang Zuraidah.Mereka beriringan menuju ke
halaman luar rumah.
Alhamdulillah,sewaktu kemalangan itu tanpa sangkanya dia
telah ditemukan dengan sepasang ibu dan anak yang sangat baik hati.Dia dibawa
mendapatkan rawatan dan wanita ini sendiri yang menjaganya sewaktu dia berada
dihospital.Zuraidah tidak mengenali mereka namun dia tahu mereka ini sangat
baik.Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai
Bakyah,seorang guru pencen.Manakala anaknya pula adalah Ustaz
Shafik,seorang guru agama di sekolah menengah.
Kedua-dua
insan berhati mulia ini bersimpati dengan nasibnya setelah dia menceritakan semua
kisah malangnya.Lantas wanita yang digelar Ummi mengajaknya tinggal bersama
dengannya.Awalnya dia keberatan namun setelah diyakinkan oleh Ummi berkali-kali
dia menerima saja.Kata Ummi dia risau dengan keselamatan Zuraidah dan buat
sementara waktu dia meminta Zuraidah tinggal bersama.Ummi juga tinggal
keseorangan kerana Ustaz Shafik telah dihantar mengajar ke tempat yang jauh
dari rumah Umminya.
Ummi
juga telah menganggapnya sebagai anak angkatnya.Dia sangat bersyukur.Di saat
dia tidak ada tempat untuk dituju dan bergantung,Allah telah menghadirkan hamba
yang baik hati seperti mereka untuk membantu.Semenjak Zuraidah tinggal bersama
Ummi,wanita itu banyak mengajarnya tentang agama.Sehinggalah dia semakin
mengenali tikar sejadah
.Jika
dahulu dia jarang-jarang menadah tangan meminta kepada-Nya namun sekarang dia
tidak putus-putus mengadu dan meminta.Meminta supaya jalan hidupnya kembali
tenang dan di jauhi oleh ujian yang tidak mampu digalasnya.Sewaktu bersama
dengan suaminya tidak pernah pun dia diajar untuk lebih mendekati Allah malah
Irfan sendiri dilihatnya tidak pernah mendirikan solat apatah lagi melakukan
ibadah wajib yang lain.
Zuraidah juga turut bersyukut tidak
terhingga,Allah telah membuka hatinya untuk berhijab.Dia berterima kasih juga
kepada Ummi yang telah banyak mendorongnya.Kini dia lebih selesa berhijjab
walaupun pada awalnya agak kekok.Kata Ummi dia lebih manis berhijjab.Sekarang
dia sedang belajar membaca Al-Quran.Bacaannya agak terabur namun Ummi tidak
jemu-jemu mengajarnya.Biar lambat macam kura-kura asal tak cepat macam arnab
nanti satu apa pun tidak berkat,kata Ummi lagi.
Irfan.Tentang
lelaki durjana itu Zuraidah sudah tidak tahu bagaimana keadaannya.Entah hidup
atau telah tiada.Sejak peristiwa itu Zuraidah bersembunyi di rumah Ummi yang
jauh sedikit dari hiruk pikuk.Dia tidak berjumpa lagi dengan lelaki itu tetapi
dia tahu pasti Irfan sedang memburunya.Dirinya pasti dicari hingga ke lubang
cacing!.Dia hanya berdoa agar tidak terserempak dengan Irfan buat masa ini.Biarlah
dia melahirkan dahulu dan pada masa itu baru dia akan memberanikan diri
berjumpa dengan lelaki itu serta meminta dilepaskan.Kalau boleh dia tidak mahu
lagi ada hubungan dengan lelaki itu dan mahu melupakan segala sakit dan perit
yang ditanggung.Namun,dia yakin suatu hari nanti dia pasti akan berhadapan dengan lelaki itu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan