Khamis, 18 Julai 2013

Cerpen:Maafkan Dila,papa...


“Good morning,mama”.Dila melagakan pipinya pada pipi Puan Hanum yang ketika itu sedang melepa jem di roti.Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah mamanya.

“Morning,sayang”.Puan Hanum meletakkan roti siap dilepa jem ke pinggan di hadapan Dila. 

“Awalnya anak mama bersiap hari ni”.Dia hairan melihat anak gadisnya itu sudah lengkap berpakaian dan menatang buku ke meja makan.Jarang Dila turun sarapan seawall hari ini.
            
“Kelas hari ni awal,mama.Pukul 8.30.Prof nak habis awal katanya ada hal nak diuruskan”,terang Dila sambil mengunyah roti.
            
“Kelas sampai pukul berapa?”
           
 “Pukul 12 tengah hari.Hmm…ma,boleh tak kalau hari ni Dila nak minta cuti?Dia ada banyak assigtment tertunggak.Boleh tak ma?”
            
Dila anaknya itu berkerja dengannya di butik secara separuh masa.Dila berkeras hendak bekerja sambil belajar walaupun dia melarang.Tetapi setelah diasak berkali-kali dengan pujukan akhirnya dia akur juga.Dia membenarkan Dila bekerja dengan syarat gadis itu hanya boleh bekerja dengannya sama ada di spa atau pun butik.Dila memilih bekerja di butik.Anak gadisnya itu sememangnya seorang gadis yang berdikari.
           
 “Boleh,sayang.Assigtment tu lagi penting kan.Tak apa,nanti mama beritahu Kak Ummu,Dila tak dapat datang hari ni”.
           
 “Terima kasih,ma”.Dila tersenyum senang lalu menyambung suapannya.Mama memang selalu memahami!.
            
Puan Hanum memandang wajah anaknya yang ralit mengunyah.Ada sesuatu yang perlu diperkatakan kepada anak gadisnya itu.Tetapi dia takut Dila tidak akan menerimanya.Bolehkah dia menerima?
           
 “Dila…”.
            
“Ya,ma”.
            
Nafas ditarik panjang. “Dila,semalam mama jumpa…jumpa papa”. Teragak-agak dia untuk bersuara.Reaksi Dila sudah berubah. “Papa nak sangat jumpa Dila,sayang”.
           
 Dila mengeluh berat.Apa lagi dia mahu? “Buat apa mama pergi jumpa dia lagi?Mama,Dila tak suka mama jumpa atau contact dia lagi.Dan…Dila takkan jumpa dia,mama”.Tegas Dila.Lantas dia berdiri dan menyandang bagpacknya.Buka di atas meja di ambil.
           
 “Dila…”,lembut suara Puan Hanum memanggil agar hati anaknya terpujuk.
            
“Ma,Dila pergi dulu.Takut lambat pulak.Assalammualaikum,mama”.Tangan Puan Hanum ditarik untuk disalam.Dia tidak memperdulikan pujukan mamanya.Bukan dia hendak kurang ajar tetapi bila hal-hal papanya diutarakan hatinya mudah panas.
            
“Wa’alaikumsalam”.Puan Hanum hanya memandang kosong langkah anak gadisnya.Dia sudah bingung untuk memujuk Dila.Keras sungguh hati gadis itu.

~*~*~*~*~

“Hei,termenung apa?”,sergah Arman,classmate Dila.Di antara rakan lelaki di kelasnya,Armanlah paling rapat dengannya.
            
“Mana ada apa”,nafi Dila.
            
“Eleh,jangan tipulah.Sampai nak tembus pokok tu tadi kau tenung”.
            
Keluhan lepas juga di mulut Dila tanpa dia sedar.
            
“Sah ada problem ni.Storylah.Mana tahu aku boleh tolong ke”.
            
“Man aku nak tanya pendapat kau sikit.Katakanlah ada seseorang ni buat salah besar pada kau dulu.Lepas tu sekarang dia sibuk nak jumpa kau balik.Nak minta maaf.Kau rasa,kau akan maafkan dia tak?Walaupun hati kau sakit sangat-sangat dengan apa yang pernah dia buat pada kau”.Akhirnya terluah juga segala apa yang disimpan.
            
“Hmm…”,gumam Arman seperti berfikir. “Kalau akulah.Aku mungkin akan memaafkan orang tu.Kalau aku simple aje.Benda dah lama Dila buat apa nak dikenang dan berdendam.Dendam hanya memudaratkan diri tau.Tak ada yang menguntungkan pun.Lagi pula dia dah minta maaf.Mungkin juga dia dah insafkan”.Arman mengutarakan pendapatnya.Mungkin Arman semudah itu memaafkan tapi aku?Aku tak rasa aku mampu untuk memaafkan papa setelah apa yang telah dilakukan dulu.Bukan mudah!.Bisiknya di dalam hati.
            
“Kenapa?Kau ada masalah dengan seseorang ke?”,Arman cuba mencungkil rasa hati Dila saat itu.
           
 “Err…tak ada.Hmm,tak apalah Man.Aku nak kena baliklah.Banyak benda tak settle lagi ni.Aku cau dululah”.Sengaja Dila mahu mengelak agar tidak bersoal jawa lebih panjang dengan Arman.
            
“Lah…awalnya nak balik.Baru aku nak ajak kau pergi minum-minum dulu.Pekena the tarik ke apa”,nada Arman sedikit kecewa.
            
“Sorrylah.Hari ni aku betul-betul banyak kerja nak dibuat.Lain kali ye”.Segera Dila meminta diri dan berlalu meninggalkan Arman di situ keseorangan.

~*~*~*~*~

Sebelum pulang ke rumah Dila singgah sebentar di Quardian.Lot parker di hadapan premis itu telah penuh.Jadi dia terpaksa parker keretanya jauh sedikit dari premis itu.
            
Setelah mengunci Kelisanya dia menapak ke Quardian.Cuaca yang terik membuatkannya cepat melangkah ke dalam premis.Setelah semua barang yang dicari telah didapati dia berjalan menuju ke kereta.Di luar jangkaannya ada seseorang sedang mengekorinya dari arah belakang.Dia yang sibuk membelek telefon bimbit di datangi pemuda itu.Beg sandangnya direntap kasar.Dila terkejut yang amat.
            
“Tolong!.Tolong!.Tolong!.Ada peragut!”,laungnya kuat.
            
Tiba-tiba datang seorang lelaki bercap menutupi muka datang dari arah belakang juga mengejar peragut tersebut.Lelaki itu berjaya menangkap si peragut dan berlaku pergelutan antara mereka.Dila hanya berani melihatnya dari jauh kerana takut diapa-apakan.Akhirnya setelah hampir sepuluh minit bergelut,lelaki bercap itu berjaya merampas kembali beg sandangnya.Peragut yang tewas berlari berciciran sambil memegang perutnya yang sakit akibat ditumbuk oleh lelaki yang tidak dikenali itu.
            
“Lain kali hati-hati ya,nak”.Pesan lelaki itu dan menghulurkan beg sandang Dila kepadanya.Wajahnya tidak dapat dilihat oleh Dila kerana terselindung oleh cap yang semakin diturunkan.Semasa menyambut huluran Dila sempat melihat tangan kanan lelaki itu.Kelihatan ada tahi lalat sebesar seposen di atas tanganya.Pantas lelaki itu berpaling membelakanginya.
           
 “Pak cik…”.
            
Belum sempat dia hendak berkata lanjut lelaki itu pergi begitu saja.Tidak sempat Dila hendak mengucapkan terima kasih.Otaknya kembali berfikir tentang tanda di tnagn lelaki itu.Kalau tak silapnya hanya seorang saja insan yang dikenali memiliki tanda sebegitu.Papa!.Ya,papa ada tahi lalat sebesar seposen ditangannya.Mungkinkah itu papa?

~*~*~*~*~

Puas Dila memikirkan sebarang kemungkinan tentang lelaki yang menolongnya.Hatinya asyik mengatakan itu adalah papanya.Tapi betulkah dia?Akhirnya persoalan itu berakhir begitu saja.Dia pun semakin lupa.
            
Petang itu dia pulang agak lewat kerana ada perbincangan bersama beberapa rakannya untuk menyiapkan kertas kerja berkumpulan.Tubuhnya agak letih.Tengkuk diurut bagi mengurangkan kepenatan.Balik nanti dia berhajat untuk terus tidur kerana terlalu penat.
           
Sesampai saja dirumah kereta Kelisanya di masukkan ke garaj di belakang kereta Honda Civic mlik  Puan Hanum. “Mama dah balik”.Selesai saja parkir keretanya dengan elok dia segera keluar dari perut kereta dan melangkah menuju ke pintu rumah.Namun langkahnya terhenti apabila melihat ada sepasang kasut lelaki dihadapan pintu yang terbuka luas.Kasut siapa pulak ni?
            
Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam rumah.dan menuju ke ruang tamu.Dila tersentak apabila melihat seorang lelaki yang amat dikenali sedang duduk dengan tenang di sofa panjang.Mama pula tiada di situ.
            
“Papa!”,lelaki itu lantas mendongak.
            
“Dila…”.
            
“Apa papa buat dekat sini?!Siapa yang benarkan papa ke sini?!”,tanya Dial dengan nada keras.Mata Hassan ditenung tajam.
            
“Dila,papa…”.
           
 “Mama yang jemput papa ke mari”,potong Puan Hanum dari arah dapur.Mamanya menatang dulang mendekati meja kopi.
           
 “Ma…dia tak patut ke sini!”,Dila membentak.Saat ini dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.Dia belum bersedia.
           
 “Kenapa tidak?Dia papa Dila dan dia bekas suami mama.Papa berhak  datang ke sini untuk menjenguk Dila,anak kandung dia.Sudah-sudahlah tu,sayang.Papa datang dari jauh semata-mata hanya untuk berjumpa dengan Dila.Takkan Dila tak nak berjumpa dengan papa?”,pujuk Puan Hanum dalam nada yang sedikit marah.Baginya,Dila tidak patut berkata seperti itu pada bapa kandungannya.Sungguh biadap!.
           
 “Mama…mama tak ingat ke apa yang dia dah buat pada kita dulu?Mama tak ingat ke macam mana dia layan mama?Pukul mama.Mabuk.Lepas tu ceraikan mama sebab betina night club tu!.Sampai kita hidup merempat mengharapkan belas ehsan orang lain.Mama tak ingat?”,Dila cuba mengingati mamanya tentang kekejaman Hassan sewaktu dulu ketika bersama dengan mereka.Hatinya tertutup untuk menerima papanya sendiri.
            
Dila melihat lelaki itu hanya menunduk menekur lantai apabila kisah pahit itu diungkit.Pasti dia terasa dengan kata-kata aku.Ah!,biarkan.Itu adalah kenyataannya!.Dan dia patut terasa!.
            
“Sayang,boleh tak Dila lupakan saja kisah lama tu.Papa dah insaf,Dila.Mama pun dah maafkan dia.Dan Dila…boleh tak Dila cuba untuk memaafkan papa?”,Puan Hanum mendapatkan Dila.Dia memujuk seperuh merayu kepada anaknya.Berharap rayuannya akan membuka hati Dila yang keras di kala ini.
           
“Tak,mama!.Dila takkan semudah itu memaafkan dia after 10 year’s he live us.Not that easy,mama!Dila benci dia.Dila tak mahu tengok muka dia lagi!”.Dila terus berlari memanjat anak tangga.Biarlah mama marah sekali pun.Biar papa berkecil hati dengannya.Mungkin hati mama mudah untuk diubati tapi dia tidak semudah itu.
           
 “Dila!”,panggil mama.
            
“Hanum.Tak apalah.Jangan paksa dia.Mungkin dia belum bersedia.Abang faham…”,ada terselit nada sedih dipendengaran Puan Hanum.Kasihan Hassan…
            
“Maafkan Hanum,bang.Hanum masih belum mampu untuk memujuk dia”.
            
“Abang faham.Bukan mudah dia nak maafkan abang.Mungkin lain kali saja abang jumpa dia lagi.Abang balik dulu ya”.Hassan terus bangun menuju ke pintu.Puan Hanum menghantarnya dengan pandangan sayu.Dila…bilalah agaknya sayang nak lembut hati.Kasihan papa,sayang…

~*~*~*~*~

Berdenyut-denyut kepala Puan Hanum.Memikirkan hal perniagaan dan memikirkan soal Dila serta Hassan.Dia mengambil keputusan untuk pulang awal pada hari itu.Segala urusan diserahkan kepada pekerjanya.
            
“Ya Allah,berat kepala aku ni”.
            
Dia mengurut dahinya.Kunci di dalam beg tangan dicapai dan cuba merocoh kepala kunci pada lubangnya.Sedang dia melawan sakit kepala,kunci ditangannya terjatuh.Dia membongkok untuk mengambil.Tiba-tiba…
            
“Papp!!”,matanya serta merta berpinar-pinar.Dunianya menjadi semakin kelam.Dia rebah ke lantai.
            
Denyutan di kepala semakin menjadi-jadi.Puan Hanum membuka matanya.Dia terbaring di atas lantai denga tangan dan kaki berikat.Ya Allah,apa sudah jadi ni?!Kelihatan dua pemuda bertopeng sedang berdiri di hadapannya.
           
 “Dah bangun?Baguslah”,kata salah seorang daripada mereka yang memegang kayu besbol.
            
“Kau semua ni siapa haa?!”
            
“Tak perlu tahu kita orang ni siapa.Ni…aku nak tanya ,mana duit-duit kau?Aku Cuma dapat benda ni aje.Duit tak ada”,tanya seorang lagi pemuda itu.Di tangannya ada kotak kayu yang mengandungi barang kemas peninggalan ibu Puan Hanum.
            
“Aku tak ada duit simpananlah dalam rumah ni.Yang ada cuma tu aje.Tolonglah jangan apa-apakan aku”,rayu Puan Hanum.Dia sangat takut saat ini.
           
Lelaki memegang kayu besbol mencangkung dihadapanya. “Tipu.Aku tahu kau ada simpan duit dekat dalam rumah ni.Kau sorokkan.Masakan orang kaya seperti kau tak ada simpanan dalam rumah.Baik kau cakap dekat mana.Kalau tak nahas kau!”,gertaknya.
            
Kecut perut Puan Hanum dengan gertakan itu. “Betullah.Aku tak tipu.Semua duit dalam bank.Kalau ada pun dalam wallet.Pergilah ambil dan lepaskan aku!”.
     
“Hey,perempuan tua!.Kau jangan nak tipu.Mati kau aku kerjakan!”.Kayu besbol dihayun tinggi.Nampaknya lelaki bertopeng itu sudah berang.Puan Hanum memejamkan mata.Namun belum sempat kayu besbol mengena badannya perompak itu terdorong ke tepi di tolak seseorang.
            
Puan Hanum membuka matanya. “Abang!”.Ternyata orang itu adalah Hassan.
           
 “Budak tak guna!”,Hassan menumbuk kuat lelaki itu sehingga terdorong ke belakang.Seorang lagi rakannya mendekati Hassan dan cuba menghentak pasu bunga ke kepala lelaki itu namun Hassan pantas mengelak.
            
Berlaku pergelutan antara Hassan dan dua perompak tersebut.Hassan yang ada ilmu persilatan mudah saja menangkas setiap serangan musuh.Hampir pengsan dia mengerjakan salah seorang perompak manakala yang seorang lagi tersandar di tepi almari tidak berdaya.Bibir dan hidungnya berdarah.
            
“Hanum!”.Hassan pantas mendapatkan Puan Hanum.Dibuka ikatan pada tangan dan kaki wanita itu. 

“Hanum tak apa-apa?”,Puan Hanum hanya mampu mengangguk lemah.Dia trauma dengan kejadian itu.
            
Selesai saja membuka ikatan di kaki dan tangan Puan Hanum tanpa Hassan sedari salah seorang dari perompak bangun membawa pisau belati.Dada Hassan dirodok dengan pisau yang tajam itu.Tusukan ditekan sedalam-dalamnya.
            
“Abang!”,jerit Puan Hanum. Perompak-perompak itu segera melarikan diri.Hassan pula rebah ke lantai dengan pisau masih melekat di dadanya.Darah mengalir membasahi seluruh tubuhnya.
      
“Ya Allah,abang Hassan!”,Puan Hanum merapati Hassan yang telah terbaring. “Bertahan,bang!.Tolonglah bertahan!”,dia begitu panik.Cepat-cepat dia berlari mendapatkan telefon rumah.Dia perlu bertindak segera.
            
“Hello,to…tolong saya!!”.

~*~*~*~*~

“Mama!.Mama tak apa-apa?!”,Dila membelek seluruh tubuh mamanya.Tadi habis saja kelas dia menerima panggilan dari Puan Hanum.Mamanya menyuruh dia ke hospital segera.Fikirnya mama kecelakaan tetapi melihat saja mama duduk bersandar di kerusi dan tubuh mamanya tiada sebarang kecederaan dia jadi hairan.Kenapa pula mama ada dekat luar bukan dalam wad?
           
 “Ma…mama ada cedera dekat mana-mana ke?Macam mana boleh jadi?”,tanya Dila tidak puas hati apabila Puan Hanum hanya berdiam diri.
            
Puan Hanum mengalirkan air mata tiba-tiba. “Mama tak apa-apa sayang”.Ternyata dia masih trauma dan sedih dengan kejadian itu.
            
Dahi Dila berkerut melihat keadaan mamanya. “Habis kenapa mama ada di hospital ni?”
           
 “Bukan mama.Tapi papa!”.
            
Semakin berkerut dahi Dila.Kenapa dengan dia?Dila sudah tidak sedap hati. “Haa?”
            
“Papa,Dila.Papa kena tikam dengan perompak.Masa mama balik rumah tadi mama di rompak.Mama hampir dibunuh,sayang.Tapi belum sempat perompak tu nak apa-apakan mama,papa datang.Papa bantu mama sampai dia…”,Puan Hanum tidak mampu lagi untuk meneruskan kata-kata.Terus Dila dipeluk dan disembamkan muka ke bahu Dila.Meminjam kekuatan anaknya.
        
 Dila menutup mulutnya.Tanpa sedar air mata berguguran membasahi pipi. “Ya Allah,papa…”. Walaupun selama ini di bibir kata benci tapi jauh di sudut hati dia amat menyayangi papanya.Papa…
           
 “Ma,macam mana keadaan papa sekarang?”
            
Pelukan Puan Hanum dilepaskan perlahan. “Papa di ICU,sayang.Doktor kata luka di dada papa sangat dalam.Peluang untuk hidup pun lima puluh-lima puluh.Doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan dia sayang.Papa banyak kehilangan darah”.
         
“Ya Allah!...”.Esakan Dila semakin menjadi-jadi.Dia terjelompok bersimpuh di atas lantai 

“Mama,papa tak boleh tinggalkan Dila!.Dila nak papa.Dila belum minta maaf pada papa,ma!”.Raungan Dila meruntun hati Puan Hanum.
            
“Sabar sayang.Bawa mengucap.Kita doakan papa selamat ya sayang”.Tubuh anaknya yang lemah itu dipeluk kembali.Cuba untuk menenangkan gadis itu.
           
 “Ma…”,sayu esakan Dila.
           
 ~*~*~*~*~

Hassan terlantar dengan balutan besar di dada.Wayar-wayar berselirat di sana sini.Menurut kata doktor keadaan Hassan sangat lemah saat ini.Pernafasannya juga dibantu oleh mesin.
            
Melihat keadaan papanya begitu Dila tidak mampu menahan sebak.Puan Hanum di sebelahnya juga begitu.
            
“Papa…”,Tangan Hassan yang dicucuk tiub menyalurkan darah di pegang lembut.Hatinya telah terbuka untuk menerima lelaki itu semula di dalam hidupnya.Cuma dia  terkilan dengan cara begini dia baru dapat menerima.Kenapa bukan sebelum ini?Dia sangat kesal.
            
“Sayang,mama keluar dulu ya.Mama pergi beli makanan untuk kita.Dila pun belum makan dari tadi kan”.Bisik Puan Hanum ke telinga anaknya.Sebenarnya dia hendak memberikan ruang untuk Dila dan Hassan biar pun lelaki itu tidak sedarkan diri lagi.
            
Dila hanya mengangguk kecil.Puan Hanum berlalu meninggalkannya.
            
“Papa,bangunlah…Bangunlah.Dila nak dengar suara papa.Dila nak papa bangun dan senyum pada Dila”.Dila membisikkan kata-kata itu di telinga Hassan.Air matanya bagai tidak mampu untuk berhenti mengalir.
            
Tubuh kaku terbaring itu dipandang. “Papa,banyak benda yang Dila nak cakap dengan papa.Dila nak minta maaf pada papa terhadap perbuatan Dila.Dila…Dila rasa berdosa sangat,pa.Papa tolonglah bangun.Sebenarnya Dila sayang sangat dekat papa.Cuma ego Dila saja yang degil nak mengaku.Pa…Dila sayang papa.Papa dengarkan.Tolonglah bangun…”.Dila menyembamkan muka di lengan Hassan.Esakan demi esakan terluah.
           
 Tiba-tiba dia dapat merasakan tangan papanya bergerak sedikit.
            
“Papa…”.panggil Dila apabila melihat kelopak mata Hassan bergerak juga namun masih belum terbuka. “Papa sedarlah.Dila dah ada sebelah papa ni”.Akhirnya mata papanya terbuka jua.
           
 Pandangan mata itu sangat lemah. “Dila…”.
            
“Pa…Dila di sini”.Segera jemari Hassan digenggam menunjuk dia ada di situ.
            
“Dila…pa...papa..sayang..Dila”.Tersekat-sekat suara papanya.Seperti menanggung kesakitan.
            
“Dila pun sayang papa.Sayang sangat!”.Air mata semakin merembes keluar.
            
“Dila…papa…minta maaf…atas perbuatan…papa…dulu…”.
            
“Dila dah pun maafkan papa.Dan Dila harap papa juga maafkan Dila juga.Dila banyak buat dosa dengan papa”.Tangan Hassan di bawa ke bibir dan di cium.Dila hanya melihat papanya tersenyum nipis.
           
 Air mata Hassan juga turut mengalir melihat kesedihan anak gadisnya itu.Syukur Dila telah mampu menerima dirinya kembali.Namun dia merasakan dirinya tidak kuat lagi.Nafasnya kencang.Sepertinya masa telah pun tiba…
           
 “Pa,kenapa ni?Papa!”.Dila panic dengan keadaan itu.
            
Dada Hassan berombak kuat.
            
Dila semakin kaget. “Pa!.Papa!.Doktor!.Tolong doktor!...”.segera dia berlari keluar mendapatkan doktor.

~*~*~*~*~

Tidak putus-putus Dila menghamburkan kesedihan di pusara itu.
           
 “Dila,kita balik ya sayang”,pujuk Puan Hanum lantas memaut bahu anak gadisnya itu.
            
“Ma…Dila belum dapatkan kemaafan dari papa.Tak sempat,ma.Dila berdosa pada papa”.katanya sayu.
           
 “Dila,sayang…Papa dah lama maafkan Dila.Dan papa tak pernah berkecil hati dengan sayang malah papa beritahu mama,dia selalu berdoa agar Dila boleh menerimanya kembali dan memaafkan kesalahannya yang dulu.Sudahlah tu sayang.Yang hidup pasti akan pergi jua.Biarlah papa tenang di sana.Kita balik ya,sayang”.Lembut pujukannya.Simpati Puan Hanum melihat keadaan anaknya yang begitu sedih.
            
Dila mengangguk lemah.Pa…walaupun papa sudah tiada,Dila akan sentiasa mengingati papa dalam hati ini.Papa tunggu Dila di sana ya.Biar pun mama kata papa dah maafkan Dila,anak papa ni tetap rasa bersalah.Maafkan Dila,papa…Bisiknya dia dalam hati.Pusara yang masih merah itu di tinggalkan juga.

                       
           TAMAT


pstt: Assalammualaikum! Maaf reader blog ira. Cerpen ni banyak kekurangan sbb ini antara cerpen pertama ira tulis awal-awal pembabitan dlm dunia penulisan ini. Tanda baca tunggang langgang, ampun ya. Nanti bila punya masa ira betulkan. hehe... tq  ^_^




           

            


Tiada ulasan: