Khamis, 31 Oktober 2013

My Love, Mr. Kerek~ Part 12~


Rayyan sibuk menyemak fail tender dari Syarikat Seri Alam Sdn. Bhd. Banyak kerja perlu dilakukan seiring dengan projek baru ini. Ketukan di pintu mengganggu fokusnya.  Semestinya Nina, pembantu peribadinya. Apa lagilah wanita itu mahu.  Tadi pagi muka dia juga. Hai…

 “Masuk!” jerit Rayyan dari dalam.  Mata masih fokus pada fail.

Nina masuk bersama beberapa keping cek ditangannya.  Dia mahu meminta Rayyan untuk menandatangani sebelum dihantar ke pembekal.

 “Ada apa Nina?”

“Encik Rayya ni ada beberapa cek yang perlu encik sign? Selepas ni saya nak hantar ke pembekal kita.” Tiga keping cek diletakkan di hadapan majikannya itu.

“Okey. Sekejap,” Rayyan mengambil cek yang di berikan Nina.

Belum pun Rayyan menurunkan tandatangan telefon pintarnya berbunyi. Panggilan dari Mak Toknya. Rayyan memberikan isyarat pada Nina supaya wanita itu menunggu. Kerusi dipusingkan menghadap diding kaca.

“Ayien, bila nak bawak calon cucu menantu Mak Tok? Ayien hanya ada masa seminggu lagi saja.” Sergah Mak Tok setelah salamnya berjawab.  Tidak menyempat!

Alahai, belum apa-apa lagi orang tua ini sudah bertanya.  Otak Rayyan ligat mencari idea untuk menjawab. Entah apa yang hendak dia beralasan.  Belum cari lagi calon cucu menantu yang Mak Toknya inginkan. Dia bagaikan terlupa dengan arahan neneknya yang satu ini.

“Err… Nantilah Mak Tok. Sekarang buah hati Rayyan tu tengah sibuk,” Rayyan mengelentong Mak Toknya.

 “Bila lagi? Mak Tok dah tak sabar nak jumpa. Ayien cepat-cepatlah bawak ke sini.  Atau… senang cerita Ayien bagi aje alamat rumah dia dekat Mak Tok.  Biar Mak Tok pergi sana. Bolehlah Mak Tok merisik sekali,” ujar Mak Tok yang sangat teruja.

Melopong Rayyan mendengar kata-kata Mak Toknya.  Adeh, Mak Tok ni…

“Mak Tok… Mak Tok sabarlah. Mana boleh main pergi merisik aje. Ibu ayah buah hati Ayien pun belum tahu lagi tentang kami bercinta. Ayien sendiri belum jumpa dengan mereka lagi,” segera dia berdalih.

 Mati dia kalau Mak Tok berdegil juga.  Neneknya yang seorang itu bukanlah boleh dibuat main. Alamat rumah siapa yang dia hendak bagi?  Yang paling penting, siapa pula baik hati mahu menjadi buah hatinya?

“Lah… macam mana ni? Jadi, kamu bercinta secara rahsialah?”

“Ya. Lebih kurang macam itulah Mak Tok,” jawap Rayyan dengan sengihan.

“Okey, tak apa. Ayien bawak dia jumpa dengan Mak Tok dulu. Biar Mak Tok kenal-kenal dengan dia.”

Terbit senyuman lega di bibir Rayyan. Selamat dia. Nasib baik Mak Tok tak mendesak.


Rayyan  a.k.a Mr. Kerek


“In sha Allah, Ayien janji. Nanti kalau dia dah tak sibuk, Ayien terus bawa dia jumpa Mak Tok ya.”

 “Baiklah, Mak Tok. Ayien tahu.”

 Terdengar keluhan perlahan Mak Tok di corong telefon pintarnya.

“Hmm… Assalammualaikum,” ucap Mak Tok sebelum mengakhiri perbualan.

 “Wa’alaikumsalam,” balasnya pula.  Talian telah dimatikan.

  Rayyan melepaskan nafas berat. Dada diurut-urut perlahan.  Setelah itu dia kembali berpaling kepada Nina yang setia menanti.

 “Err… Nina, I nak tanya you sikit boleh?” Rayyan bersuara sambil tangannya sibuk menandatangani cek.

“Apa dia Encik Rayyan? Tanyalah.”

“You tahu tak mana-mana agensi yang menyediakan girlfriend kontrak?”

“Haa?” terkejut Nina dengan pertanyaan lelaki itu.

Biar betul dia ini.  Sudah hilang akal apa bos dia seorang ni?  Belum pernah lagi dia mendengar agensi seperti itu. Atau, memang ada? Cuma dia seorang saja yang tidak tahu dan sudah ketinggalan zaman? Nina menggaru-garu keningnya. Sungguh advance majikannya ini.

“Encik Rayyan, I tak tahu pulak ada agensi seperti itu di Malaysia ni. Kalau encik tanya agensi pembantu rumah bersepah dekat KL ni.  I pun boleh recommend kan agensi pembantu rumah yang I ambil.  Agensi tu service dia terbaik sekali. Lima bintang I bagi,” ujar Nina sambil mempromosi agensi pembantu rumah yang digunakannya.

“I bukan nak agensi pembantu rumah.”

Rayyan menyerahkan semula cek kepada Nina.  Dia ketawa sendiri setelah menyedari soalannya tadi kepda wanita itu.  Hei Rayyan, kau mengarut apalah ni?

“Tak apalah. You boleh keluar dulu.”

Nina berpaling ke arah pintu. Belum sempat dia hendak memulas tombol pintu, Rayyan memanggilnya semula.

“Nina, kejap… Ada apa-apa pesan atau pun appointment buat masa sekarang?”

“Tak ada Encik Rayyan.”

“Okey. Lagi satu, buatkan I coffe ya.”

 “Baiklah Encik Rayyan. I keluar dulu.” Nina meminta diri.

Rayyan mengangguk.

Nina menutup rapat pintu bilik kerja Rayyan. 

“Betul ke tidak bos aku hari ni? Terdesak sangat ke nak cari girlfriend?” bisiknya.

Ah, biarlah dia. Bukan masalah kau pun. Dia hendak buat apa ke, ikut suka dialah. Nina berlalu dari hadapan bilik lelaki itu.

Berdenyut-denyut kepala Rayyan. Pening memikirkan perihal Mak Toknya. Kalaulah ada Doreamon di sini memang dia sudah arahkan karakter itu mengeluarkan seorang gadis untuknya.  Seorang gadis yang mengikut cita rasanya. Hailah, pening sudah kepala ini!

Rayyan cuba mengingati jumlah rakan perempuan yang dia ada. Mungkin lelaki lain akan mengecopnya sebagai seorang lelaki yang bukan sejati. Kerana dalam senarai rakan-rakan tiada langsung terselit nama gadis. Semua lelaki belaka. Kebanyakkannya rakan niaga.

 “Eh, kejap… kejap.  Amy kan perempuan. Dia sorang saja yang menjadi rakan perempuan dalam friend list aku.”

Hendak jadikan Amy sebagai buah hati olok-olok ke? Mahu ke dia kalau aku arahkan? Gerenti dia tolak punya. Erk, kenapa pulak aku fikirkan dia? Hmm… Oh, tidak mungkin!

No, no, no! Jangan merepek Rayyan.” Segera dia menyangkal idea gila itu.

Fikir cara lain!


~*~*~*~*~*~


Amy duduk di hadapan cermin solek untuk merapikan ikatan rambut sebelum masuk tidur.  Sesekali fikirannya melayang pada Rayyan.  Pelik melihat Rayyan yang tiba-tiba saja baik dengannya semalam petang. Ambil dia dari kolej.  Bawa pergi makan di restaurant Jepun. Hantar dia balik pula.  Dia sepertinya bukan Rayyan yang sebelum ini.  Dunia ini sudah terbalikkah?

 “Dia dah jatuh cinta dengan kau?” Figura Amy di dalam cermin seperti berkata-kata dengannya. Amy nombor dua!

Hish, takkanlah.  Mana mungkin mamat itu sukakan aku. Banyak kali dia ingatkan aku yang aku ini bukan taste dia. Tapi… tak mustahilkan. Selalu dalam drama bila hari-hari hero dan heroin bergaduh, suatu hari si hero mesti berubah jadi baik sedikit demi sedikit. Sebab hero sudah jatuh cinta dengan heroin. Macam-macam hero buat dekat heroin supaya dia sedar perasaan hero tu. Sweetnya!

Pengaruh drama betullah kau Amy. Itulah suka sangat tengok cerita Korea, Sinetron bagai.  Jangan perasan mamat kerek tu suka dekat kau.  Tengok sajalah petang semalam. Dalam baik dia sempat mengenakan kau jugakkan.  Bermakna dia cuma suka buli kau, bukan suka dekat kau. Hmm… Jawab Amy dalam hati.

“Tapi kalau betul dia sukakan kau?” tanya Amy nombor dua.

Amy menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Jari telunjuk mengetuk bibirnya berkali-kali.

Kalau betul dia sukakan aku? Ah, lantaklah situ. Aku bukan sukakan dia pun. Dia ada hak untuk suka sesiapa termasuk aku, kan? Takkanlah aku nak halang pulak. Next question!


Amy


“Kau rasa Rayyan tu dah ada girlfriend tak, erk?” tanya Amy nombor dua.

Erk, Amy nombor dua dah kenapa kau asyik soal pasal lelaki itu saja? Hai, siapalah yang nak dengan dia? Tengoklah perangai dia tu. Cerewet kalahkan perempuan,  kerek habis, dan berlagak pulak. Tambahan lagi dia itu terlebih perasan! Suka puji diri sendiri hensem! Hakikatnya memang dia ada rupalah. Itu tak dinafikan.

“Tapi, siapa pulak perempuan yang datang apartment dia kelmarin tu?” tanya Amy nombor dua.

Ha’ahlah. Masa aku menelinga perbualan dorang, aku dengar perempun tu panggil dia sayang dan baby. Uwekkss! Nak muntah pulak aku dengar. Yang peliknya, kenapa Rayyan marah bila perempuan tu panggil dia macam tu? Sepatutnya dia suka, bukan marah. Hish, pelik betullah dia ini. Entah-entah Rayyan lelaki songsang tak?  Haish, Amy jangan fikir bukan-bukan. Minta simpang!

 Agak-agak ex-girlfriend dialah kot. Kembali mahu menagih kasih Rayyan. Boleh jadi!

“Kau cemburu tak?” tanya Amy nombor dua.

Aku? Cemburu? Tak pun! Ya ampun, apa sebab untuk aku cemburu.  Aku sukakan dia pun tidak. Apa lagi nak cemburu.  Kerat jari aku kalau aku cemburu. Opss, kata orang tua mulut jangan cabul sangat. Jangan benci sangat. Karang betul aku suka dia nanti. Choi!

“Kau ada rasa sukakan dia tak?” tanya Amy nombor dua.

 Amy terdiam seketika sebelum menjawap soalan figuranya di permukaan cermin. Sejujurnya adalah sikit. Tapi bukan sebagai ehem, ehem. Err… cuma berteman saja. Hehehe… Sangkalnya segera.

“Ya ke Amy oi…?” tanya Amy nombor dua bagai tidak percaya.

Hei, tak percaya pulak. Yalah! Malas nak layan kau lagi Amy nombor dua. 

Cermin soleknya ditutup dengan kain batik.  Makin dia duduk di situ, makin banyak pula soalnya. Yang dia pun sudah kenapa? Cakap dengan cermin macam orang tidak betul. Kalau orang lain lihat, semestinya dia kena cop gila pulak.

Amy menepuk-nepuk pipinya.  Mahu menyedarkan diri.

 “Erk, kenapa pulak aku yang sibuk perihal dia. Jangan… jangan tanpa aku sedar, aku ada hati jugak dekat Rayyan. Macam Amy nombor dua cakap. No, no, no! Jangan nak mengarut sangat malam buta ni ya Amy sayang oi…”  Amy menepuk dahinya. Sudah, dia malas nak layan soalan dari Amy nombor dua lagi. Menyesakkan kepala saja.

 Amy bangun menuju ke katilnya. Merebahkan kepala ke bantal. Dia menarik selimut hingga menutup dada. Matanya menerawang memandang siling kosong.

“Kalau mengikut gerak hati akulah kan… Rayyan ni sebenarnyaa seorang lelaki yang baik. Cuma dia suka membuli dan panggil aku budak kecik. Huh!”

Terbayang raut wajah Rayyan di matanya. Seorang yang bergaya serba-serbi. Dalam penampilan, dia belum failed lagi.  Dari segi status, rasanya Rayyan ini orang berada cuma dia tidak tahu apa perkerjaan lelaki itu. Mungkin dia berpangkat tinggi. Dari segi wajah, sifatnya boleh dikatakan sempurna. Tiada cacat cela. Rambut terpacak dan kemas, hidung boleh tahan mancung, mata galak dan bibir merah seksi. Tidak hisap rokoklah katakan.

Cuma yang kureng sikap dia kadang-kala menjengkel saja.

“Rayyan Daniel…” serunya.

 Ah, sudah! Apa kena dengan kau ni? Amy buang nama dia dalam kepala kau. Buang!

 Amy mengerling jam telefon bimbitnya. Jam sudah menunjukkan dua belas setengah malam.

“Hish, baik aku tidur. Esok ada kelas. Karang ada yang jadi burung hantu dalam kelas.”   

 Selimut terus ditarik sampai menutup muka.  Tak dapat apa pun kalau fikir tentang lelaki itu. Apa pun tak boleh!




Bersambung lagi....



            

6 ulasan:

Unknown berkata...

hati mula berdebar.terbayang bagai..hahaha cepat2 sambung :)

Unknown berkata...

BEST...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks baby mio...^__^

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Nurul Nuqman> Akak thanks sudi baca..Hehe.. penasaran nampak! Nt Ira sambung lagi ye...^__^

Unknown berkata...

hahaha... sy sokong Nurul Nuqman... next pls.. hehehe...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

hehe...sabar2, ira otw menulis ni..^__^