Keriuhan memenuhi
segenap pelusuk halaman rumah banglo dua tingkat. Suara kanak-kanak menjerit dan tertawa
mengamatkan suasana. Seorang wanita
berbaju kurung biru laut tersenyum memandang tiga orang kanak-kanak itu
bermain. Salah seorang daripadanya memakai gaun berwarna pink mendekati wanita
berusia itu.
“Tok Wan, Tok Wan! Tengok Adam tu. Dia main pukul-pukul Shasha”, adu si kakak
sulung.
`“Adam tak mau main kasar macam tu”, tegur
perempuan tua itu yang berusia 50 tahun.
“Mana ada Tok Wan. Kak Long tu yang lembik”, ejek Adam
tidak puas hati bila ditegur. Kanak-kanak
itu mendekati.
“Eee… Adam ni!”
“Kak Long, Adam!” Tegur satu suara dari arah belakang
apabila dua beradik itu sudah memulakan titik-titik pergaduhan.
“Kak Long, Adam… kenapa kacau Tok Wan?”
“Ibu, Adam ni. Dia pukul-pukul Shasha”, adu Shasha pula
pada ibunya.
“Adam tak baik buat kakak macam tu sayang. Cepat minta maaf”, arah si ibu.Adam cemberut
apabila dimarahi Aina. Namun dia tetap
akur dengan permintaan ibunya. “Dah pergi main dengan adik kat sana. Jangan kacau Tok Wan”.
“Baik ibu”. Berlari-lari kecil kedua-dua anak kecil itu
ke arah adik bongsu mereka. Raudhah
tersenyum melihat telatah cucu-cucunya.
Aina duduk di sebelah mamanya. “Kesian mama melayan kerenah
budak-budak ni. Lasak betul dia orang
sekarang ni mama”. Aina kasihan melihat
mamanya yang setiap hari melayan kerenah anaknya. Lagi-lagi waktu cuti sekolah. Lagi ligat mereka kacau Tok Wan mereka.
“Hmm, tak apalah Aina. Budak-budak memang macam tu. Kamu
dulu pun begitu. Suami kamu dah balik?”
“Belum mama. Kejap
lagilah tu”.
Raudhah memaut tepian kerusi kayu dan berdiri. “Mama nak
ke mana?”, tanya Aina apabila melihat mamanya berdiri.
“Mama nak berehat kejap. Nak naik ke bilik”.
Aina membantu memapah Raudhah ke biliknya di tingkat dua.
“Mama rehatlah.Nanti kalau nak apa-apa
mama panggil Aina ya. Aina nak tengok budak-budak dekat bawah tu”.
Raudhah
mengangguk. “Yalah”, jawabnya sambil berbaring di atas katil. Bila sudah lanjut usia tubuhnya semakin
lemah. Hanya Aina saja tunggaknya saat
ini. Satu-satunya anak gadisnya ini yang
selalu sabar melayan sakit peningnya.
~*~*~*~*~*~
Kesunyian di kamar
membuatkan dia terimbau kenangan manis. Kenangan
bersama arwah suaminya,Umar. Suaminya itu meninggal kerana asma yang sudah tahap kronik. Raudhah menarik laci meja lampu tidur di tepi
katilnya. Kotak empat segi tepat berwarna merah hati di keluarkan dari laci.
Kotak
dibuka penutupnya. Dia mencapai sekeping kertas kecil berwarna pink. Dia masih ingat lagi, waktu itu dia dan suami berbalas surat di dalam
bilik kuliah buat kali pertama. Pada masa itu dia dan suami baru saja di tahun pertama di universiti. Tempat
duduk mereka dipisahkan dengan satu tempat duduk kosong.
Hai,boleh kenal? ~Umar
Kertas
berwarna pink yang digumpal jatuh di atas mejanya. Dia mengambil dan membukanya. Raudhah terkejut dengan permintaan lelaki itu. Awalnya dia buat tidak endah namun apabila
Umar asyik menenungnya dia jadi tidak selesa.
Maaf, sy tak boleh layan sesiapa yg
tak dikenali ~Raudhah
Kertas
itu dicampakkan kembali kepada pemiliknya.
Beberapa minit kertas itu kembali padanya semula.
Janganlah sombong. Sy Umar.Sekarang
awk dah tahu nama sy. Siapa nama awk? Tak aci tau kalau tak nak bagitau
~Umar
Nampaknya
lelaki ini tidak berputus asa. Setakat hendak tahu nama saja.Tidak mengapalah. Untuk menambah kenalan.
Sy Raudhah
~Raudhah
Cantik nama tu. Raudhah bermaksud taman. Seindah bak taman syurga
~Umar
Terkesan
di hati Raudhah membaca ayat Umar.Senyuman
terukir di bibir.
Terima kasih. Umar pula bermaksud
yang memakmurkan. Juga nama salah seorang khalifah Islam, Khalifah Umar Al
Faruq ~Raudhah
Mereka
sama-sama tersenyum. Kelihatannya Umar seperti seorang pemuda yang baik. Entah kenapa Raudhah menjadi senang dengan
Umar.
~*~*~*~*~*~
“Awak!” laung satu
suara dari belakang membuatkan perbualannya dengan Fatimah terbantut. Dia
berpaling ke arah belakang.
Pemuda itu lagi. Apa dia mahu?
“Ya saya.Awak panggil saya ke?”, Raudhah buat-buat
bertanya.
“Err…ya. Hmm, saya nak berkenalan dengan awak”, ujar Umar
terus terang niatnya.
“Tadi dalam kelaskan kita dah berkenalan”. Raudhah cuba
menduga kemahuan pemuda itu. Bukankah dia sudah pun tahu namaku di kelas tadi?
“Err…betul tapi tadi cuma perkenalan tak rasmi. Hanya
dalam kertas saja.Sekarang baru saya nak tanya orangnya”.
Fatimah berada diantara mereka sudah tersengih-sengih. Mereka
macam ada chemistry saja. Dia dapat merasakan mereka berdua sangat secocok.
“Tapikan awak dah tahu nama saya. Jadi kiranya kita sudah
kenallah”.
“Awak… maksud saya, saya nak kenal awak lebih lagi. Bukan
sekadar tahu nama. Kita boleh berkawan,kan?”, beriya Umar menyatakan hasratnya.
Raudhah diam. Dia
berpaling ke arah Fatimah dan mengangkat kening tanda isyarat sama ada dia
perlu terima atau tidak. Fatimah
mengerdipkan mata beberapa kali tanda terima.
“Boleh. Selagi
awak ikhlas, kami sudi menerima awak sebagai kawan. Saya kenalkan ini Fatimah. Imah ini Umar”.
Umar
dan Fatimah saling tersenyum. Senang
hati Umar mendengar kata-kata gadis itu.
“Terima kasih,wak… Awak jangan risau,saya tak ada niat
lain selain ikhlas hendak berkawan dan berkenalan. Hmm, awak
berdua nak pergi mana lepas ni?”
“Kami nak ke café.
Awak nak join sama?”, tanya Raudhah kepada pemuda itu.
Ajakan itu bagai pucuk dicita ulam mendatang. Lantas Umar mengangguk. Selepas ini dia akan sentiasa mendekati
Raudhah kerana hatinya kini sudah dicuri gadis manis itu.
“Boleh jugak. Perut
saya pun dah lama berbunyi. Sejak dalam
kelas lagi”, ujar Umar sambil mengerut-ngerutkan muka sambil menekan perutnya.
~*~*~*~*~*~
Raudhah tidak ke kelas
sudah dua hari. Hidup Umar kesepian
sepanjang ketiadaan gadis itu.
“Imah, Adah belum
baik demam lagi ke?”
Fatimah yang sibuk mengemas buku di dalam beg melarikan
pandangan pada Umar.
“Belum. Tapi tadi
dah kebah sikit. Dia nak datang tapi
saya tak bagi. Biar dia betul-betul
sihat dulu”, jawap Fatimah sambil tersenyum.
“Hmm, Fatimah
boleh tolong saya tak?”
“Tolong? Tolong apa?”
“Boleh awak bagikan ni pada Adah?”, Umar menghulurkan plastik kecil berwarna
putih kepada Fatimah.
“Boleh aje. Hai, rindu dengan Adah siap bagi present lagi ya?”,
sindir Fatimah.
Umar sengih saja.
“Adah. Aku dah
balik! Ni aku ada tapaukan kau makan”, Fatimah merapati Raudhah yang sedang
berbaring.
Gadis itu bangun dari pembaringannya. Bersandar di kepala katil. “Terima kasih, Imah”, ucap Raudhah kepada rakannya itu. Fatimah memang seorang rakan yang baik. Selalu membantunya.
“Sama-sama kasih.
Eh, ni ada hadiah dari cik abang kau.
Dia bagi tadi suruh sampaikan dekat kau”, plastik putih dikeluarkan daripada begnya. Di hulurkan pula kepada Raudhah.
Cik abang? Hadiah? Raudhah tertanya-tanya. Namun huluran itu disambut juga. “Siapa?”
“Umarlah. Buat-buat tanya pula”.
Hish, Fatimah ini. Pandai-pandai aje kata Umar itu cik
abangnya. Karang jejaki itu dengar ada
dia marah pula.
“Bukalah. Tak
sabar nak tengok apa dia bagi”, gesa Fatimah. Dia pula yang teruja sedangkan
rakannya itu biasa-biasa saja. Hehe.
Tanpa
banyak kata Raudhah membuka bungkusan itu.
Wah, coklat Cadbury! Siap ada
nota di atasnya. Raudhah membaca stick note tulisan tangan Umar.
Raudhah ketawa membaca
nota dari lelaki itu. Umar, Umar. Awak ni kelakarlah. Ada ke dia cakap lepas
makan coklat ini dia akan sihat dari demam? Dan... dan dia merindui aku!
“Wah, romantiknya! Siap
bagi coklat lagi. Ni mesti ada
apa-apa!”, Fatimah sudah melihatnya semacam.
Siap kening diangkat-anagkat lagi tu.
“Mana ada!”, nafi
Raudhah pantas. Pipinya sudah
memerah. Malu.
“Eleh…”, usik Fatimah
tak percaya.
“Betullah tak ada. Kau ni…”
“Eleh… aku tak
percaya!”
Raudhah
sudah membesarkan mata. “Aku cakap tak
ada. Tak adalah”, terus pinggang Fatimah digeletek. Menjerit-jerit rakannya itu dibuatnya. Akhirnyamereka
sama-sama.
~*~*~*~*~*~
Hari demi hari hubungan
Raudhah dan Umar menjadi semakin rapat.
Umar sentiasa mengambil berat terhadap Raudhah. Sehingga mereka sudah lepas dari gelaran
pelajar dan kini masing-masing sudah bekerja.
Jodoh mereka begitu kuat sekali sehingga kedua-duanya bekerja ditempat
yang sama. Dan mereka saling menjagai dan melengkapi antara satu sama lain.
“Nak keluar dinner
dengan saya tak malam ni?”
“Kita nak ke mana?”, soal Raudhah kembali.
“Adalah. Yang penting tempat yang special untuk awak”, ujar Umar mahu berahsia.
Raudhah tersenyum manis.
Senyuman inilah yang membuatkan Umar jadi angau.
“Sudi tak?”, tanya lelaki itu lagi.
Raudhah mengangguk tanda setuju. “Tapi awak kena hantar saya balik rumah
sebelum pukul sepuluh setengah tau”.
“Siap madame!”, Umar mengankat tangannya ke dahi bagai sedang
menabik. Raudhah tergelak melihatnya.
~*~*~*~*~*~
Raudhah terpaku melihat
Umar berkot hitam bertie putih. Mana
kala Umar pula cukup terpaku pandangannya melihat gadis itu mengenakan gaun
lengan panjang berwarna merah dan mengenakan tudung abstrak berwarna putih dan
merah. Dia cukup manis, bisik hati Umar.
“Dah sedia?”
Raudhah mengangguk saja.
Segan apabila Umar asyik merenung wajahnya.
Umar membawa Raudhah ke sebuah restaurant yang sangat
eksklusif. Yang peliknya hanya mereka
berdua saja dia situ. Ke mana pelanggan
lain?, hatinya tertanya-tanya. Umar mempersilakannya duduk di sebuah meja yang
ada candle dan bunga ros merah. Kerusi
untuk gadis itu ditarik.
“Awak, takkan kita berdua aje di sini?”
Umar tidak menjawap sebaliknya hanya meleparkan senyuman
dan merenung mata gadis itu. Raudhah
jadi cuak dan jiwanya bergetar hebat.
Dup dap dup dap! .Tiba-tiba Umar menghulurkan secebis kertas berbentuk
hati kepada.
Matamu lembut bagai
bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi
Hati
Raudhah tersentuh dengan bait-bait itu. “Awak?”, dia tergamam tak terkata.
Sayang ku selalu
ada waktu untuk menyanyangimu
Menjagamu sepanjang hidupku…
Nota
kedua yang di sorong ke hadapannya semakin membuai rasa hati. Apakah dia mencintaiku seperti mana aku
mencintainya?
Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik
Untuk diriku
Setelah membaca nota itu Raudhah melihat ada
sebentuk cincin masih terselit di dalam kotak baldu berwarna biru. Menitis air
matanya. Umar melamarnya? Apakah ini
benar dan nyata? Atau ini hanya sekadar mimpi?
“Maaf
saya tak boleh nak sarungkan cincin tu pada jari awak. Belum ada sebarang ikatan halal antara kita
untuk saya berbuat begitu. Cincin ini
sebagai tanda awak bakal menjadi milik saya sebelum saya menghantar rombongan
meminang. Kalau awak terima, awak
sarungkan cincin itu ditangan jika tidak sebaliknya. Saya redha dengan apa juga keputusan awak”,
kata-kata Umar membuatkan dia sedar bahawa dia di alam nyata bukan bermimpi.
“Terpulang
pada awak Raudhah. Saya tak paksa. Tapi saya harap sudilah kiranya awak menjadi
sebahagian dari tulang rusuk saya.
Mendampingi saya sepanjang masa dan menjadi yang halal buat saya”,
tambah Umar lagi apabila melihat Raudhah hanya berdiam diri dan menangis. Mahu saja dia mengesat air mata itu namun dia
tidak boleh berbuat begitu Ya Allah,
sekiranya dia jodoh aku, aku adalah lelaki paling bahagia. Sekiranya dia bukan jodohku, kuatkanlah
hatiku, doanya dalam hati.
Dalam
tangis, Raudhah mencapai kotak baldu itu.
Cincin yang terselit elok diambil dan disarungkan ke jari manisnya. Setelah itu dia memandang Umar dengan
pandangan yang sukar di mengerti.
“Umar…
saya terima dan sudi menjadi sebahagian dari tulang rusuk awak”.
Umar
tersenyum lebar. Di wajahnya jelas
garis-garis bahagia. “Alhamdulillah… Alhamdulillah, ya Allah!. Kau selalu
mendengar doa hambamu. Amin…amin!”, lantas Umar meraup muka berkali-kali. Tanpa sedar air matanya juga turut tertumpah.
~*~*~*~*~*~
Raudhah tersenyum
bahagia mengenang masa itu. Sungguh dia
bahagia. Gambar perkahwinannya dengan
Umar dipeluk erat. Dia rindu dengan kebahagian yang dilalui bersama arwah
suaminya. Kalaulah masa boleh diundur…
“Abang, Ada rindu dengan abang”, bisiknya dengan linangan
air mata.“Pasti abang juga merindui Adahkan? Abang, tunggulah Adah di sana”.
Bagai terngiang-ngiang di telinganya Umar mengucapkan kata sayang dan cinta
"Abang akan selalu cinta dan sayang Adah sampai bila-bila. Until Jannah, sayang...", sewaktu itu suaminya akan memeluk dan menciumnya. Dan dia akan balas semula dengan ciuman di pipi. Di kala itu Raudhah merasakan dirinya sangat disayangi dengan rasa yang cukup tulus dan ikhlas.
Raudhah teringat
bait-bait lagu yang sering dinyanyikan suaminya. Dendangan Bunga Citra Lestari bertajuk Cinta
Sejati.
Manakala
hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara
sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat
aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimu
Ku
tunggu kau di keabadian
Aku
tak pernah pergi,selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam
hatiku
Sukmaku
berteriak, menegaskan ku cinta padamu
Terima
kasih pada maha cinta menyatukan kita
Cinta
kita melukiskan sejarah
Menggelarkan
cerita penuh suka cita
Sehingga
siapa pun insan
Tuhan
Pasti tahu cinta kita sejati
Lembah yang berwarna
Membentuk
melekuk memeluk kita
Dua jiwa yang melebur jadi satu
Dalam kesunyian cinta
Dalam kerinduan Raudhah
melelapkan mata. Gambar mereka semakin dipeluk erat. Berdoa agar mimpinya akan
bertemu dengan suaminya, Umar.
P/s: Cerpen ni memang tak ada konflik. Ira sengaja buat macam tu sebab nak sesiapa yg baca ni mengimbau zaman bercinta mereka. Hehe. Kalau ada kekurangan jangan segan-segan untuk komen ye...^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan