Hembusan angin petang
menampar pipi mulus Zuraidah.Dia merenung jauh menenangkan kisah silam.Kisah
yang penuh dengan kepahitan dan hitam buatnya.Sesekali di mengeluh berat.Perut
yang membesar diusap perlahan.8 bulan bayi dalam kandungan ini menjadi
penemannya siang dan malam.Dia terimbau dibawa kenangan lama.
“Abang,Zue tak nak,bang.Zue tak sanggup!”.
“Zue…Zue kena tolong abang.Spider dah ugut nak bunuh
abang kalau tu tak dibayar separuh”
Zuraidah menangis sambil memaut kaki Irfan. “Abang hutang
apa dengan dia?Berapa abang hutang dia?”
“Alah,susah nak terangkan pada Zue.Tapi tolonglah.Zue
kena tolong abang”.
“Ini kerja gila,bang.Abang tak sayang Zue ke?Haa?!”.
Irfan memaut bahu Zuraidah dan mengangkatnya supaya
bangun. “Abang tahu ini kerja gila.Abang sayang Zue tapi tolonglah Zue.Abang
terdesak sayang.Takkan Zue nak tengok abang kena bunuh di depan Zue.Sanggup ke
Zue tengok?”
Zuraidah menggeleng perlahan.Tidak,mana dia sanggup
melihat suaminya mati di depan mata. “Tapi Zue tak sanggup abang.Zue
takut…”,ujarnya dengan esakan menggila.
“Tak perlu takut.Abangkan ada.Sayang takkan
keseorangan”,Irfan tidak putus-putus cuba meyakinkan isterinya.
Akhirnya Zuraidah terpaksa akur juga dengan permintaan si
suami.Tubuhnya dijadikan galang ganti untuk membayar setengah hutang
Irfan.Walaupun tidak rela dia terpaksa demi menyelamatkan nyawa suaminya.Dia
menangis sepanjang malam meratapi seksaannya.
“Hmm,I like it,bro.Well,hutang kau dah dibayar
separuh.Yang separuh lagi…”,lelaki berkepala botak itu bercakap dengan Irfan di
depan pintu.Dia mendengar semua butir bicara.Galak mata Spider menelanjangi
Zuraidah yang tubuhnya masih dibalut comforter dengan penuh nafsu.
“Pandai-pandai kaulah nak deal dengan aku macam mana.Kalau macam ni pun aku
suka”,berdekah Spider ketawa jahat sebelum berlalu pergi.
Irfan mendapatkan Zuraidah dan duduk di sisi
isterinya.Tangan Zuraidah diambil dan dikucup perlahan. “Maafkan abang
sayang.Maafkan abang…”.Irfan menarik semula tangan isterinya untuk dikucup
namun tidak lama kerana Zuraidah pantas menarik tangannya semula.
“Zue harap perkara ini takkan berlaku lagi,abang.Zue tak
nak begini”.Berkaca mata Zuraidah.
“Abang janji sayang.Benda ni takkan berlaku lagi.Abang
janji sayang”.Janji Irfan sambil mengangkat tangan kanannya.
Namun janji cuma tinggal janji.Buat sekian kalinya tubuh
Zuraidah dipergunakan.Remuk hatinya.Dia menjadi mangsa hutang piutang
Irfan.Lelaki itu juga telah berani memukul dirinya sekiranya dia ingkar dalam
setiap arahan.Ya Allah…baruku tahu beginilah sikap suamiku yang sebenar-benarnya.Irfan
buka saja terlibat dalam hutang lintah darat tetapi dia turur terjebak dalam
dunia maksiat dan dadah.Dia memang lelaki tidak berguna!.
Setelah enam bulan dikerah bak pelacur,Zuraidah disahkan
mengandung sebulan lebih.Irfan yang mengetahui tentang hal itu berkeras mahu
janin itu dibuang tetapi Zuraidah menghalang dengan mengugut untuk membunuh
diri.Irfan yang cuak dengan ugutan itu tidak lagi memaksa.Mana mungkin dia
membenarkan hal itu terjadi.Isterinya itu menjadi punca pembayaran hutang dan
menjadi sumber rezeki haramnya.Zuraidah
menarik nafas lega apabila Irfan tidak lagi memaksa untuk menggugurkan
kandungan.Biar pun dia tidak pasti siapa bapa kepada anaknya namun dia tetap sayang dan akan menjaganya
kelak.
Masuk bulan ketiga,Zuraidah mengalami morning sickness
yang teruk.Tubuhnya sangat lemah saat ini.Dia mengalami muntah-muntah dan
kepalanya sering pening.Dia betul-betul tidak ada daya.
“Pakai baju ni.Ada klien booking kau malam karang”.Irfan
mencampakkan dress merah berlengan pendek kepada Zuraidah.
“Abang,Zue tak nak buat lagi.Zue rasa badan ni tak sihat
saja.Abang,tolonglah hentikanlah semua ini,Zue betul-betul tak larat dah”.Rayu
Zuraidah meminta simpati Irfan.
“Eh,kau cakap apa ni?Tak ada,tak ada.Kau kena bekerja
jugak malam ni!”.
“Tolonglah,bang.Zue dah tak sanggup lagi”.
Irfan mencerlungkan matanya.Zuraidah sudah menaikkan
bengangnya.Merah menyala matanya merenung Zuraidah.Pantas dia mendekati
Zuraidah dan menarik rambutnya ke belakang.
“Aku peduli apa!.Itulah,aku suruh kau buang benda dalam
perut ni kau tak nak.Sekarang dah menyusahkan orang aje!”,perut Zuraidahyang
sedikit membuncit ditunjal dengan jari telunjuk.
Zuraidah merasa perit apabila rambutnya ditarik.Dia
memegang tangan Irfan dibelakang kepalanya. “Sakit,bang.Lepaslah”.
“Kau ni degil betullah!.Cuba dulu kau dengar cakap
aku.Tak adalah jadi macam ni!”.
Zuraidah menangis teresak-esak.Sampai hati suaminya
memperlakukannya seperti itu. “Abang,inkan anak abang jugak.Sampai hati abang
nak buangkannya”.
“Hey,siapa kata ini anak aku?!Ini bukan anak
akulah!.Entah anak jantan mana entah.Nak cakap anak aku konon.Boleh blahlah!”,Kepala
Zuraidah ditolak kasar.Rambut isterinya itu dilepaskan.Dia cukup bengang
apabila Zuraidah mengatakan anak dalam kandungannya itu adalah anak dia.Ah!,dah
banyak jantan yang dia tidur,mana mungkin itu anak aku.Tapi kalau ya?Huh!,malas
aku nak fikir.
“Dah,pergi siap cepat.Aku hantar kau ke hotel.Karang
lambat pulak!”.Tanpa berkompromi Irfan keluar dari bilik.Zuraidah masih
teresak.Dia menyabarkan hati yang terluka.
######
ZURAIDAH melangkah
lemah memasuki suite 301 di hotel lima bintang itu.Seluruh tubuhnya lemah tidak
bertenaga.
“Datuk,ini dia bidadari yang datuk pesan”.Irfan berbisik
di telinga lelaki itu.
Lelaki yang berusia 50-an dan berbadan gempal itu
tersenyum miang. “Hmm…boleh tahan”,gumannya sambil menjeling nakal kepada
Zuraidah.Zuraidah seakan jelek terus melarikan matanya.
“Datuk,selamat mencuba.Enjoy this tonight.Apa-apa call
I”.Irfan berbisik lagi.Lelaki yang di kenali sebagai Datuk Razali itu tidak
jemu-jemu memandangnya.Pandangannya penuh dengan cahaya nafsu.Benci Zuraidah
melihatnya.
Sebelum berlalu Irfan menarik Zuraidah sedikit ke
belakang. “Aku nak kau layan datuk ni dengan servis yang baik.Dia ikan besar
bagi aku.Kalau aku dapat komplen dari dia,siap kau!”,Irfan mengugutnya.Dia
tidak mampu berkata apa lagi.Irfan terus meninggalkannya di situ.
“Come in darling”,Datuk Razali menarik tangan Zuraidah masuk
ke dalam suite mewah itu.Didudukkan Zuraidah di birai katil sementara dia
membuka butang baju kemejanya.Zuraidah berasa tidak selesa dan sanggup lagi
melakukan pekerjaan haram ini.
“Datuk,tolong saya.Saya tak nak buat semua ini
lagi”.Menitis air mata Zuraidah merayu.Datuk Razali berhenti membuka butang
bajunya lantas bercekak pinggang.Datuk Razali ketawa sinis.Belum pernah dia
menghadapi situasi ini apabila melanggan pelacur atasan.
“Hey,kenapa ni darling?I dah booking you mahal,takkan you
nak pergi begitu saja.Membazir duit I aje”,ujar Datuk Razali lembut sambil
menyelak rambut Zuraidah yang berjuntai didahi.Zuraidah merenggangkan duduknya
apabila datuk itu merapatkan kedudukan.
“Kesianlah dekat saya,datuk.Saya dah tak nak buat kerja
ni.Saya dipaksa”.Zuraidah cuba merayu lagi.Dengan harapan lelaki itu memahami.
Datuk Razali ketawa berdekah.Dia peduli apa jikalau
wanita itu dipaksa sekalu pun.Apa yang penting nafsu maharajalelanya puas!.
Zuraidah jadi takut dengan ketawa lelaki itu namun dia
cuba tidak ambil peduli.Dia akan cuba terus merayu sehingga Datuk Razali
melepaskannya. “Datuk,kesiankanlah saya.Saya sedang mengandung…saya tak nak
anak dalam kandungan saya terjejas.Tolonglah,datuk.Lepaskan saya…”.
Datuk Razali mendiam sejenak. “You mengandung?Hmm,I lagi
suka.Lebih seksi”.Hampa,Zuraidah fikir diam lelaki itu mencerna rayuannya namun
tidak.Datuk Razali menolak bahu Zuraidah dengan kasar sehingga terlentang dia
atas katil.Pantas dia membuka baju kemejanya dan cuba merapati wanita itu.
Zuraidah panik.Dia
mengengsot ke kepala katil.
“Datuk…”.Lelaki itu sudah memegang kedua-dua belah
tangannya.Pahanya ditindih kuat.Segala pergerakannya kini bagai terkunci.Dia
meronta kesakitan tetapi tidak diperduli.
“You kena layan I dengan baik malam ni”.Bisik lelaki itu
lalu membenamkan bibirnya ke leher jinjang Zuraidah.
Tidak!.Dia tidak rela hendak melakukan perkerjaan ini
lagi.Dia meronta lagi minta dilepaskan dari cumbuan menggila lelaki itu.Ya
Allah…bantulah aku!.Zuraidah memejamkan mata sejenak.Semangatnya bagaikan
datang semula.Tangannya tidak sudah menolak tubuh gempal milik Datuk
Razali.Namun,lelaki itu tidak bergerak sedikit pun malah lebih rakus
mengoyakkan lengan gaunnya.Dia tidak boleh mengalah!.
Tubuhnya dingengsotkan perlahan-lahan ke meja kecil di
tepi katil.Tangannya mencapai pasu bunga.Tanpa Datuk Razali sedari dia memukul
belakang kepala lelaki itu.
“Argghh!”. Terjerit Datuk Razali .Tergolek dia ke sisi
katil.Dpegang belakang kepalanya.Ada cecair pekat mengalir.Telapak tangannya
dilihat.Darah!.
Bingkas Zuraidah turun dari katil.Pasu bunga dipegang
erat.Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Perempuan sial!”,dia menerpa kea rah Zuraidah,Berlaku
pergelutan antara mereka.Terasa sesuatu menghentak kepalanya lagi.Matanya mula
berpinar-pinar.Otaknya mula melayang.
“Kau…”,belum pun habis lelaki itu rebah ke lantai.
Terkejut dengan keadaan itu,Zuraidah mencampakkan pasu
yang terkena percikan darah ke lantai.Zue,kau dah jadi pembunuh…Dia terjelompok
di tepitubuh yang tidak bergerak.Tangannya dibawa ke hidung lelaki itu.Ya
Allah,dia masih bernafas!.Bermakna dia Cuma pengsan.Syukur…
“Aku kena pergi dari sini segera.Kalau tak Irfan akan
bunuh aku dan anak ini.Sayang,mama janji akan jaga sayang baik-baik walaupun
tanpa papa.Mama akan besarkan sayang”.Perutnya diusap seketika.Dia perlu segera
beredar.Dengan segala kudrat yang masih bersisa dia berlari ke muka pintu.
Zuraidah berlari tanpa menoleh ke belakang.Bayang Irfan
seperti mengekorinya.Tanpa sedar sewaktu melintas jalan sebuah kereta hampir
merempuhnya.Darahnya bagai berhenti mengalir dan dia pengsan di situ.
2 ulasan:
jahatnya suami dia....
Tau x apa. Irfan sanggup melacurkan isteri dia demi kesenangan sendiri. Harap cerita ni boleh di jadikan pengajaran..^__^
Catat Ulasan