Ahad, 30 Jun 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 10)

TELEFON bimbit dibawa ke dada.Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan tunang yang dikasihi dan dicintai esok malam.Terlerai segala rindu dalam jangka beberapa jam sahaja lagi.Maria seolah-olah terlupa bahawa Azman berada disisinya.Fikirannya berlayar bersama bayang Syed Darius.Wajah kacak lelaki itu jelas terbayang.Senyumannya yang memukau kalbu.Pandangan matanya yang bias membuatkan kita menjadi kaku.Oh,tunanganku…bisik Maria sendiri.
            Azman seperti dapat merasakan Maria tidak mengendahkan dirinya.Maria sedang mengelamun.Keadaan bilik tidur Maria suram tanpa sebarang suara.Hanya geseran kipas ligat berpusing kedengaran kuat.
            “Mar…”.Tegur Azman perlahan.
            Maria tidak berkutik.
            “Maria!”.
            Maria masih tidak mengendahkannya.
            “Mar!”
            Bayang Syed Darius menghilang.Kini,susuk tubuh milik Azman tertancap dihadapan matanya.Keluhnya lepas.
            “You mengeluh bila I panggil.Nampaknya you dah macam tak sayangkan I lagi”.Kata Azman dengan suara yang dibuat-buat berjauh hati.Pelukkan dilepaskan.Dia membelakangi Maria.Emm…berlakonlah kau Azman.
            Maria tergamam.Tidak menyangka Azman terasa hati dengan perlakuannya.Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.Apabila bercakap dengan Syed Darius ,wajah lelaki itu menenggelamkan wajah Azman.Namun,apabila berada disisi Azman bayang Syed Darius pula menghilang.Kedua-dua lelaki ini telah menapak dalam hatinya.Kedua-dua lelaki ini menyenangkannya.Syed Darius sayang dan cintakannya sepenuh hati serta mahu mengahwininya.Manakala,Azman sering mengisi kekosongan dalam hidupnya.Azman juga sanggup berkongsi cerita suka dan duka dialaminya.
            “Man,you merajuk ke?”,soal Maria.Bahu Azman dicengkam lembut.
            Tiada respons.
            “Sayang,janganlah macam ni”.Maria memujuk.Jika tadi Syed Darius merajuk,kali ini Azman pula.Pujukannya tidak menunjukkan sebarang tindak balas daripada Azman.“I’m sorry sayang”,bersungguh-sungguh dia memujuk.Belakang lelaki itu dipeluk erat.Azman ketawa kesukaan didalam hati.Lakonannya menjadi.Dia tidak mungkin jual mahal begitu lama.Takut-takut gadis itu jemu untuk melayannya.Siapa yang susah,dia jugakan.
            Azman berpaling tanpa kata.Maria memberi senyuman menggoda buat jejaka itu.Senyuman itu sedikit demi sedikit menggoyahkan naluri lelaki Azman.Namun,kerana egonya menyebabkan dia menahan rasa dan keinginan.
            Wajah Maria tidak dipandang.Pandangannya ditumpukan ke siling dan dinding.Ego sungguh lelaki ini,rungut Maria.Dia tidak mahu berputus asa memujuk.Dia mahu menarik perhatian lelaki itu semula.Pipi Azman dielus manja.Hidung dan bibir nipis milik lelaki itu diusik.Azman sudah mula tergoda.Pantas tangan putih Maria disambar dan dicium hingga menular ke leher.Leher jinjang lagi putih dikucup semahu-mahunya.Ghairah mula menerjah.Mula berasa rimas dengan perlakuan lelaki itu,Maria segera menolak tubuh sasa milik Azman.
            “Kenapa?”,soal Azman sedikit kecewa.
            Maria bangun dari pembaringan.Bersandar dikepala katil.Butang baju blaus yang terbuka ditutup semula.
            “Sayang,sabarlah.Kita borak-borak dulu”,pinta Maria.Dielus pipi Azman.Dia tahu,Azman pasti kecewa dengan penolakannya sebentar tadi.
            Riak wajah Azman hampa.Niatnya terbantut sekali lagi.Maria masih belum bersedia dan dia tidak boleh teru-terusan memaksa.Nanti dikatakan terlalu gelojoh pula.Akhirnya dia turut bersandar  sama.Melayan Maria berbual sebelum melunaskan nafsu yang bermaharajalela.
            “Man,you rasa apa yang I buat ni salah ke?”,soal Maria tanpa Azman tahu hujung pangkalnya.
Azman terpinga-pinga.Apa sebenarnya yang mahu ditanyakan Maria.Soalan belum pun lengkap tetapi sudah meminta pendapatnya.“Apa yang salahnya?”,dijawab dengan soalan juga.Nafas Maria kedengaran perlahan dan dekat ditelinganya.Seperti ada sesuatu membebankan fikiran.
Satu keluhan lepas.
“Hubungan I dengan you.I rasa sangat bersalah dengan Dar,Man.I main kayu tiga dibelakangnya.Dia belum mengetahui semua ini.Darius cintakan I sepenuh hati…”,kata-katanya terhenti di situ seketika.Raut lelaki berkumis nipis disebelahnya dipandang kejap lalu menundukan kepala. “…I bukan perempuan baik,Man.I juga cintakan dia tapi…entahlah.Kadang-kadang I rasa I di pihak yang betul dan kadang-kadang berada di pihak yang salah.I tak jujur dengan Dar sedangkan dia setia bersama I.Cinta I terbahagi dua,Man.Separuh untuk dia dan separuh lagi untuk you.I tidak ingin sama sekali kehilangan both of you.Not you and not Darius.But,I know I need to choose both of you.I keliru,Man.Betul-betul keliru”.sambungnya meluahkan segala isi hati.Azman hanya diam membiarkan Maria meluahkan kesemua isi hati yang dipendam.
What should I do,Man?”.Risau bila difikirkan tentang hubungannya dengan Syed Darius dan Azman.
Azman sedar Maria telah pun meluahkan semua isi hatinya.Dan kini dia perlu memberi tindak balas terhadap pertanyaan Maria.Untuk sekian kalinya,tangan gebu milik gadis itu digenggam erat.Bertindak sebagai penenang kononnya.Pura-pura baiklah kau Azman.
“Pada pendapat I tindakkan you tidaklah salah.You sendiri pernah kata tunangan you tu jarang sekali memberikan perhatian sepenuhnya buat you.Even,you dan jadi tunang dia sekali pun dia masih sibuk dengan bisnes berbanding you.Dia tak boleh salahkan you sepenuhnya,Mar.You cari I juga di sebabkan dia kan.Kalau you nak I sanggup menjadi pengganti dia memberikan you perhatian walaupun hanya sementara.I always with you what ever happen.Remember that,okay”.Manis mulut Azman mengampu Maria.Lembut tutur bicaranya menusuk hati lemah Maria.Sengaja dia membiarkan gadis dungu disebelahnya ini cair dengan setiap bait kata.
Maria pula senang mengakui kata-kata Azman.Jarum yang dicucuk oleh si hidung belang dengan senang menembusi akal pendek Maria.Namun,kerana mengenangkan Syed Darius hatinya mulai sebak.Kata-kata Azman juga membuatkan dia begitu terharu.Ada mutiara jernih menitik di pipi gebu Maria.Terkesima Azman melihatnya.
“I terharu dengan ucapan you,Man.I berterima kasih sangat sebab you sanggup menjadi teman I bila I sunyi,” Air mata diseka oleh jari-jemari kasar Azman..Tubuh langsing Maria ditarik ke dalam pelukan.
“Bagaimana kalau I terus terang saja tentang perhubungan kita dengan Darius,Man? You rasa Dar masih boleh menerima I ke setelah dia tahu hal ini?”,soal Maria tiba-tiba.Akalnya tidak mampu berfikir secara waras saat ini.Apa yang ada di dalam kepala dihamburkan saja.
Sekali lagi Azman terkesima.Kali ini lebih lagi.Hilang akal apa hendak berterus terang.Kewarasannya diletakkan di kepala lutut agaknya.
“No!.You ingat Syed Darius akan menerima semua ini dengan mudah.Idon’t think so.Mana ada lelaki yang boleh menerima kekasihnya mencintai lelaki lain dan mencuranginya di belakang.Jangan jadi bodoh,Mar.Jangan jadi bodoh,”tegah Azman keras.Pelukkan direnggang.
Menitis lagi air mata Maria. “Rasa berdosa sering menghantui I,Man.Setiap kali I pandang dia,I feel guilty,”ujar Maria bersungguh-sungguh.
Azman mendengus perlahan.Sebenarnya dia tidak kisah langsung jika Maria mahu berterus terang.Tidak meninggalkan kesan langsung kepadanya.Namun,dia masih belum puas untuk mempermainkan Maria.Bagimya Maria adalah perempuan jalang yang perlu diajar.Dia benci perempuan seperti Maria.Di sebabkan perempuan seperti Marialah bapanya merana dan pergi meninggalkan dia dan adiknya.Dia dan Dahlia terpaksa ditinggalkan di rumah anak-anak yatim setelah ayah kandungnya meninggal akibat kemurungan.
Ayahnya mati bunuh diri dengan memakan racun setelah sebulan ibu mereka lari mengikut jantan lain sehingga tidak pulang ke rumah.Tanpa belas dia dan adiknya ditinggalkan begitu saja,malah tiada ahli keluarga yang mahu menjaga mereka.Mereka cuma ada ayah saja waktu itu namun Tuhan lebih menyayangi arwah ayah mereka.Dia sering menjadi tempat Dahlia menghemburkan air mata,menjadi tempat Dahlia menyatakan rasa rindunya pada ibu serta ayah.Terluka hatinya mendengar setiap tangis adiknya itu.
Setelah kematian ayah pernah sekali ibu menjenguk mereka di rumah anak yatim.Sewaktu itu ibu kelihatan cukup bergaya di samping seorang lelaki.Melihatkan perwatakan lelaki itu dia tahu bahawa kekasih ibunya adalah orang kaya.Azman fikir ibunya ingin menjemput mereka tinggal bersama namun dia salah sama sekali.Ibu ke situ hanya ingin menyampaikan berita bahawa dia akan berkahwin beberapa bulan lagi dengan lelaki di sisinya.Lelaki itu diperkenalkan sebagai Murshid sememangnya jauh sekali perwatakannya dengan arwah ayah.Ayah tidak sekaya lelaki itu,ayah juga tidak punya harta untuk ditinggalkan buat keluarga.Sewaktu ibu mahu pulang Dahlia memeluk kaki ibunya,merayu agar ibu membawa mereka sekali tetapi ibu tidak mengendahkan.Ibu beritahu dia akan terus tinggal di luar negara dan beralasan untuk membawa Dahlia serta Azman pada waktu itu sangat sukar kerana terlalu banyak prosedur hendak dilakukan.Dia juga berjanji untuk mengambil mereka berdua dalam tempoh setahun.Azman terpaksa memujuk dan menarik Dahlia yang berdegil dan menggila tangisnya.
Dia tahu ibu takkan mengambil mereka,ibunya berbohong demi mementingkan diri sendiri.Akhirnya,ibu melangkah pergi bersama Murshid tanpa rasa bersalah juga tanpa rasa belas terhadap dia dan Dahlia.Kejam!.Ibu memang kejam!.Berhari-hari Dahlia kemurungan selepas kedatangan ibu.Dia yang sentiasa menjadi teman serta penghibur buat Dahlia sehingga adiknya sudah lali dan lupa akan kejadian menyedihkan itu.Syukur Dahlia telah pun berkahwin dan kini menetap di Singapura bersama suami dan juga anak-anaknya.Dan dia…dia masih belum dapat memaafkan ibu kandungnya.
Dia benci ibunya,dia benci pada perempuan.Di sebabkan itu dia berdendam dengan kaum hawa.Dia mempergunakan ramai wanita termasuk Maria.Slot cerita kecurangan Maria dengannya bakal berakhir sekiranya Maria berterus terang.Dia belum puas membalas dendam,dia belum puas mempermainkan wanita dungu ini.Malahan,dia belum puas membuat gadis ini berada di awang-awangan dengan cinta palsunya dan kemudian dia akan meninggalkan gadis itu dalam kekecewaan.Itu janjinya.
“Okey,kalau you rasa you perlu berterus terang teruskanlah.Tetapi besar kemungkinan besar you mungkin tidak dapat bertemu dengan I lagi lepas ini.”,Azman sengaja ingin menakutkan Maria dengan kemungkinan bakal berlaku.
Maria terkedu.Mana mungkin dia sanggup kehilangan Azman begitu saja.
“Apa maksud you? I akan kehilangan you?,”masih samar dengan bait kata Azman.
“Manalah tahukan Darius apa-apakan I setelah dia tahu I menjalinkan hubungan sulit dengan tunangannya.Mungkin dia balas dendam dengan membunuh I.You kan tunang dia.You sould know that guy better,Mar”.
“Apa-apakan you? Dar tak mungkin buat benda-benda begitu.Dia tak mungkin sampai sanggup membunuh.I kenal dia Man.I tahu dia takkan berdendam sampai begitu!.”Sungguh dia tidak bersetuju dengan Azman.Dia tahu keperibadian Syed Darius bagaimana.Dia tahu Syed Darius tidak sekejam itu!.
“Itu kata you Mar.Dia orang berpengaruh.Dia boleh buat apa saja asalkan dendamnya terbalas.Mar…dia boleh upah orang atau man-mana gangster untuk pukul I.Lebih dahsyat lagi dia suruh gangster tu bunuh I.Malah you pun diperlakukan sama seperti I”.Azman semakin gamat mahu menakutkan Maria.
“Dar takkan buat seperti itu! I know him very much! And don’t you dare to say like that again”.Sangkal Maria tegas.Diketap gigi seiring dengan percakapan.
Azman menjungkitkan bahu tanda tiada lagi apa-apa untuk dibahas lagi tentang isu berkenaan. “What can I said.Itu pendapat you.Pendapat I lain.Jika you sayangkan I dan you sayangkan perhubungan kita,janganlah you beritahu dia tentang hal ini dulu.I tak mahu sesuatu berlaku ke atas diri you dan I di kemudian hari.I pun tak rela hubungan kita berkubur begitu saja,Mar.Pada I baik kita berpisah dengan rela daripada terpaksa.Biarlah perlahan-lahan supaya I atau pun you tidak terluka”,ujar Azman seraya turun dari katil.
Tersentuh hati Maria mendengar perkataan ‘berpisah’.Dia juga takut dengan perpisahan. “Man,you nak ke mana?”,tanya Maria pelik.Azman yang tiba-tiba saja bangun dari katil ditarik tangannya.
Azman sebenarnya meluat apabila Maria asyik membela Syed Darius.Bagus sangat nampaknya jejaka itu di pancaindera Maria.Dia jadi geram.Menyampah sungguh!.
“Pulang”,jawabnya hambar.
Tangan Azman masih tidak dilepaskan. “Sayang,bukan ke you nak spend time with me.Kenapa nak cepat pulang pulak?”tanya Maria menggoda..Bahu sasa Azman dibelai manja.Dia tahu Azman kembali merajuk dan sekali lagi dia perlu memujuk.
“Saja.I dah taka da mood pulak rasanya.Yalah mana tidaknya,orang tu sibuk ingatkan kat orang lain.Sampai kita kat sebelah pun dia buat tak tahu aje.”Berbaur merajuk melalui nadanya.
Maria tersenyum senget.Tidak dia sangka lelaki segagah Azman kuat merajuk.Mengalahkan perempuan.
“Alah,tentang yang tadi tu…okey,I janji sayang.I takkan beritahu Dar kalau you tak izinkan.Hei,pandanglah muka I,sayang”,dagu Azman dipagut.Menghalakan ke arah mukanya.Sengaja ditayangkan senyuman yang cukup menggoda dan menggoyahkan iman lelaki.Memikat itu memang kepakarannya.
Sambungnya lagu. “You kalau merajuk semakin handsomelah,sayang.Macam Salman Khan”,gurau Maria dengan suara manja.
Azman menahan senyum.Muka dibuat selamba walaupun kala itu dia sudah tidak tertahan dengan godaan gadis di hadapan ini. “I tak merajuk pun”,nafinya tegas.
“Betul ke dah tak merajuk ni…Baguslah kalau you dah tak merajuk lagi.Apa kata I urut you.You pasti penatkan drive dari KL ke Melaka”,semakin tergoda Azman dengan lenggok Maria.Dia dapat membaca kemahuan gadis cantik lagi seksi itu.Satu persatu butang baju kemeja Azman dibuka jarijemari runcing Maria.Serentak itu senyuman cukup menggoda terus menghiasi bibir berlipstik merah menyala.
Tangan sasa Azman dipimpin ke birai katil.Mereka duduk di situ dengan pelbagai gelodak rasa yang datang daripada syaitan laknatullah.Syaitan yang membuatkan mereka tersasar dari jalan agama menari-nari kesukaan apabila sekali lagi berjaya menyesatkan sepasang manusia ini buat entah kali keberapanya.Azman membelai rambut Maria walaupun tanpa sebarang ikatan yang mengesahkan mereka berbuat begitu.Maria juga merelakan sepenuh hati.Hari ini mereka hanyut lagi bersama gelora nafsu.
.






Tiada ulasan: