“Orang kaya macam ini
pun ada.Kalau tak nak beli tu cakaplah.Ini nak ambil kesempatan pulak.Apa dia
ingat aku ni gadis tak ada maruah ke?Huhh!”.Berapi-api rungutannya.Pintu pagar
rumah banglo rumah dua tingkat itu ditendang.
“Eee,geram betul aku!.Dah tua-tua ganyut pun masih nak
menggatal”.Hati Amy betul-betul terbakar di kala ini.Buku-buku di tangannya
dimasukkan ke dalam beg.Inilah cabaran buat dia seorang jurujual secara
langsung part time.Pakkan saja dia yang sedang belajar di sebuah kolej
memerlukan duit lebih.Kalau tidak,sudah lama dia meninggalkan pekerjaan ini.
Hendak mengharapkan duit pinjaman pelajaran berapalah
sangat.Emak abahnya pun hanya membuka perniagaan kedai makan kecil-kecilan.Dia
tidak mahu menyusahkan mereka jadi dia mengambil keputusan melakukan kerja
sambilan untuk menambah wang poketnya.Sebelum ini tidak pula dia menghadapi
masalah sebegini dalam tempoh lima bulan dia melibatkan diri.Paling-paling
kurang,orang tutup pintu saja.Atau mereka menghalau.
“Entah-entah bini dah empat.Anak dah sedozen.Siap ajak
aku kahwin lagi tu.Lelaki tua ganyut gatal!Dasar buaya tembaga,buaya emas,semua
jenis buayalah!!”.Dia berjalan sambil menghentak-hentak
kakinya.Mendengus-dengus dia buatnya.Rasa amarah sudah ke tahap maksimum.
Bila teringatkan senyuman gatal lelaki kaya tua itu
membuatkan darahnya meluap-luap mendidih.
“Padanlah muka dapat cop lima jari
aku.Kalau ikutkan hati tadi memang aku bagi kaki aje.Tapi disebabkan dia orang
tua,cancel.Takut meninggal pulak”.Marahnya belum reda lagi.Batu-batu kecil
disepak.
Sudahlah panas terik.Berjalan kaki pula.Silap aku
juga.Patutnya tadi bawa motor tapi kononnya rajin nak jimat kos minyaklah
katakan,sanggup aku naik bas saja ke sini.Sengal betul.Disebabkan kejadian tadi
terus hilang moodnya hendak pergi menjaja lagi.Balik teruslah,fikirnya.
Sepak punya sebak batu,dia terjumpa tin di tepi jalan.Tin
yang sudah kemek disepaknya dengan penuh perasaan. “Argghh!”.Bagai melepaskan
rasa yang terbuku dalam hati.Tin yang disepak itu bagai menghilangkan sedikit
rasa sakit hatinya.
~*~*~*~*~*~
Tanpa disedarinya
sepakan itu mengena kepala seorang pemuda segak yang sedang memandu.Akibatnya
pemuda itu terbabas.Habis pecah cermin pandang sisinya belah pemandu bergesel
dengan tiang lampu.
Rayyan mengangkat muka yang tersembam di stering
keretanya.Kaca mata hitam yang sudah melorot ke batang hidung ditanggalkan.Di
hidungnya seperti ada cecair yang sedang mengalir.Dia segera
mengesatnya.Huhh,darah!.Cepat-cepat dia membelek hidungnya ke cermin pandang
belakang. “Aduh,sakitnya.Nasib tak patah hidung mancung aku ni”.Segera dia
menarik tisu dan ditekap ke hidung.
Dia menjengah pula pintu kereta kesayangannya.Serius dia
terkejut beruk.Side mirrornya pecah dan hampir mahu tercabut. “My lovely
car.O.M.G!!”.Hampir saja dia mahu menangis melihat keadaan itu.Siapalah yang
membuat dajal ini?
Dia mencari-cari benda yang menghentam kepalanya tadi
sehingga membuatkan dia terkejut dan terbabas.Dicelah-celah tempat duduk ada
sebiji tin kemek terselit.Diambilnya tin itu. “Kurang ajar!.Siapa punya kerja
baling tin sesuka hati sampai terkena kepala aku ni?Apa dia ingat kepala aku
tong sampah ke?”
Rayyan keluar daripada keretanya.Dia mengerling ke
sekeliling mencari kelibat si
pembaling.Namun apa yang dia lihta hanya seorang gadis melintasinya dengan muka
selamba sedang menyepak batu-batu kecil di tepi jalan.Ini mesti kerja dia!.Mana
ada orang lain lagi dekat kawasan ini.
“Cik tunggu kejap!”.Panggilnya.Namun si gadis langsung
tidak mengendahkannya.Malah dengan selamba dia melintasi Rayyan.Tercengang dia
jadinya.
Naik geram juga Rayyan apabila panggilannya langsung
tidak dilayan.Pekak ke tuli?Eh,minah ni.Aku yang hensem gila pun dia buat tak
tahu aje.Nak kena agaknya.
“Cik ni pekak ke?Weh,minah!Woi,woi…”.
Sekali lagi panggilannya tidak diendahkan Amy.Semakinlah
dia naik hantu.Pantas dia berlari dan menghadang perjalanan Amy.Tisu disumbat
ke dalam hidung.
Amy angkat muka.Apahal pulak mamat ni main potong-potong
jalan aku?Amy ke kiri lelaki itu ke kiri.Dia ke kanan lelaki itu ikut
sama.E’eh,buang tabiat ke?Amy membesarkan mata menentang pandangan Rayyan yang
galak.
“Eh,encik ni apasal halang jalan saya ni?Kita kenal ke?”,marahnya.
“Cik,I panggil you tadi tapi you buat derk aje.Itu pasal
I buat begini”.
Erk,bila masa dia panggil aku.Sudah gila apa!.Tak dengar
pun dia bagi salam.
“Masa bila pulak encik panggil saya?Salam pun tak
dengar.Lain kali encik,nak panggil tu bagi salam dulu.Barulah cara yang sopan
dan menurut Islam”.Dalam marah dia sempat menyindir menasihati lelaki itu.Amy
sempat menilik penampilan lelaki di hadapannya.Berpakaian kemas dan
ranggi.Macam orang-orang kaya lagaknya.Huhh,semua orang kaya memang
berlagak.Termasuklah dia ini.
Amboi,sempat dia bagi ceramah free dekat aku .Berlagak
bagus pula minah ini.
“Yang I berwoi-woi tadi tu apa?”
“Encik ingat nama saya woi ke.Saya ada namalah.Amy
tahu!.Salam pun tak bagi.Kurang sopan betul”.Sindir Amy lagi seolah-olah Rayyan
tiada di situ.Berat sangat ke mulut tu nak mengucapkan salam?Karang Allah tarik
nikmat bercakap baru tahu”.
Rayyan terasa dengan sindiran gadis itu.Bukannya dia
tidak mahu memberi salam.Dia sudah terlupa dek kerana terlalu marah dengan
kejadian yang berlaku.Dia ketap gigi cuba menahan rasa.
“Manalah I tahu nama you,cik.Ah,malas nak panjangkan isu
ni.Tin ni you yang baling,kan?”,dia mengangkat tin yang terkena kepalanya tadi
ke hadapan Amy.
“Bila masa saya baling tin dekat encik pulak?Seingat
saya…saya sepak tin aje.Encik jangan nak sembarangan menuduh ya”.Jawab Amy
dengan lurus bendul.Memang tin serupa itu dia sepak tadi tetapi bukan baling.Sepak,baling
ejaan yang berbeza.Cara perbuatannya juga berbeza.Betul,kan?Entah-entah orang
lain yang lakukan.
Semakin tersirap darah Rayyan mendengar jawapan yang
keluar dari mulut Amy.Kesabarannya sudah senipis kulit bawang. “Weh minah,kau
baling ke kau sepak ke sama aje.Tin ni dah kena kepala aku tau.Kau tengok…kau
tengok hidung aku yang berdarah ni.Ini semua sebab kaulah”.Apabila geram sudah
memuncak setinggi gunung Everest mulalah dia hendak beraku,berkau.Rayyan
menunjukkan hidungnya yang masih berdarah akibat hentakkan di stering.
“Tu…kereta aku pun jadi mangsa.Side mirror dia dah
pecah,nak hampir tercabut pun gara-gara tin yang kau sepak tadi.Kau tahu tak?!”.
Amy memandang ke arah tisu yang terpalit dengan cairan
berwarna merah.Dia memandang pula ke arah sebuah kereta mewah tanpa bumbung
rapat ke tiang lampu.Kepala yang tidak gatal digaru.Aku ke buat semua itu?Tanya
diri sendiri bagai tidak percaya.Aik,hebat betul penangan sepakan berapi aku.Ohsem!Menyempat
lagi dia berbangga diri.
Amy membuang pandangan semula kepada lelaki itu. Terlakar
garis-garis bengis di wajah Rayyan.Alamak,masaklah aku kejap lagi!.
“Emm…err..sorry encik”.
Rayyan ketawa sinis mendengar ucapan maaf Amy. “Sorry,sorry…kau
ingat benda ni boleh settle dengan ucapan sorry kau tu?Aku nak kau bayar ganti
rugi sekarang jugak!”
Amy berasa dirinya sangat kerdil saat ini.Adoi,kena bayar
ganti rugi pulak?Mana kau nak cekau duit Amy oi…
“Haa?Berapa encik?”,tanyanya dengan nada perlahan.Dia
menunduk merenung jalan.
Rayyan mula menyungging tawa sinis.Tahu takut.Tadi bagai
mak singa.
“Aku nak kau bayar tiga ribu ringgit Malaysia.Apa
macam,boleh?”
What?Tiga ribu?Aku mana ada duit sebanyak itu!. “Encik
apasal mahal sangat?Setakat side mirror aje kot”.Rasa tidak munasabah pula
lelaki itu memintanya ganti rugi sebesar itu.Lagi pun bukankah dia orang
berada,takkan tidak boleh membaikinya sendiri tanpa ganti rugi.
“Weh,kau ingat ini kereta cikai.Ini kereta import,buatan
luar negara tentulah mahal.Dengan kos berubat aku lagi”.
“Tapi…”.
“Kau tak boleh bayar?Okey,kalau tak boleh bayar kita
bawak kes ni ke balai polis”.
Haa?Balai polis!.Oh,tidak.Muka budak baik macam aku mana
sesuai duduk dalam lokap.Ceh,sempat perah santan lagi tu. “Alah,encik kes kecik
aje tak perlulah ke balai polis.Considerlah sikit”,rayu Amy.Dengar saja
perkataan ‘balai polis’ terus dia kecut perut.
Rayyan sudah bercekak pinggang di hadapan Amy.Pandai
pulak dia suruh bertolak ansur minah ni. “Oh,suruh consider.Masa kau sepak tin
tadi kau tak ada pulak consider pasal keselamatan orang.Main sepak aje.Banyak
cantik muka!”.marah Rayyan dengan nada yang tinggi.
Hish dia ni…kot ya pun slowlah sikit volume.Malu tak
terkata Amy apabila ada beberapa pejalan kaki memandang ke arahnya.
“So,bayar ganti rugi sekarang atau balai polis?”,Rayyan
tidak memberikan banyak pilihan.
“Encik,saya manalah ada duit sebanyak itu.Hmm…boleh bagi
diskaun tak?Bayar ansuran ke?”,Amy buat-buat muka comel.Tapi…comel ke?Hehehe.
Rayyan langsung tidak terkesan dengan aksi Amy.Dia masih
dengan muka ketatnya.Mata semakin dibesarkan.
“Tak boleh eh?”,tanya Amy menyengih.Dia menggaru dahi
yang tiba-tiba gatal.Alahai…
“Okey macam ni encik.Saya tak nak kes ni sampai ke balai
polis dalam masa yang sama saya memang tak ada duit nak bayar ganti rugi encik
tu sekarang…”,Amy menarik nafas panjang sebelum mula bercakap. “Saya sanggup
buat apa saja asal dapat bayar ganti rugi encik tu”,ujarnya tanpa berfikir
panjang.
Rayyan seperti sedang berfikir.Berani betul dia
ya.Kalaulah aku minta yang bukan-bukan ke ambil kesempatan baru tahu.Dia
tiba-tiba senyum senget.I gotta an idea!.Bersiaplah kau wahai minah.
“Apa saja?Sound good!.Betul ni kau nak buat apa saja aku
suruh?”,sengaja dia mempamerkan senyum nakal untuk menakut-nakutkan gadis itu.Tengok,muka
dah kecut pun!.
Amy rasa serba salah pula.Mulut,kau selalu aje cakap main
lepas. “Hmm,iya”,jawabnya takut-takut.
“Bak meh kau punya IC!”.
“Haa?Encik nak buat apa dengan IC saya?”
“Bagi ajelah.Aku cuma nak pastikan ini adalah jaminan
supaya kau tak larikan diri dari tanggungjawab”.
Amy terpaksa aku dengan permintaan Rayyan.Kemudian lelaki
itu mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar.Gambar kad pengenalan Amy
diambil.Entah apa hendak dibuatnya. “Amylea Edrini.Nama sedap tapi perangai tak
serupa bikin”.Kutuknya.
“Handphone kau!”,pintanya lagi.
Tadi IC.Ini telefon pula.Apa sajalah.Amy terpaksa akur
juga.
Rayyan seperti menekan-nekan sesuatu di telefon bimbit
Amy.Sesaat kemudian telefonnya berbunyi.
“Nah.Ambil balik handphone buruk kau
ni.IC kau aku pegang”.
“Eh,encik nak buat apa simpan IC saya pulak?”,tanya Amy
hairan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga.Kalau kau nak balik IC kau
ni,kau kena ikut semua arahan aku sehingga semua hutang kau selesai”.
“What?Habis encik,macam mana kalau saya tak ada IC?Karang
orang cap saya pendatang asing”.
Rayyan memandang Amy dengan pandangan yang sinis.Dia
ketawa jahat. “Ada aku kisah.Kau ambil kad ni.Bila aku panggil kau nanti,kau
harus pergi ke alamat ini.Faham?”
Amy menggaru pula kepalanya yang tidak gatal.Kenapa pulak
aku harus ke sini?Dia sudah tidak sedap hati. “Tapi,encik nak buat apa suruh
saya ke alamat ni?”,tanyanya terus terang.
“Kau tak payah banyak tanya.Bila aku call kau kena
datang.Itu saja”.Ujar Rayyan lalu segera berlalu.Malas mahu melayan Amy
lagi.Biar gadis itu tertanya-tanya apa rancangannya.
“Encik…”.Panggil Amy namun tidak dilayan Rayyan.Lelaki itu terus menonong ke keretanya.
Hai,sudahlah IC kena ambil.Amy menilik kad yang diberi
oleh lelaki itu kepadanya. “Rayyan Daniel.Orang kaya menjengkelkan!Huhh!”.Kutuk
Amy sepuas hati.Malang sungguh dia hari ini kerana berjumpa dengan mereka-mereka yang cukup menyesakkan kepala.
Bersambung.....
2 ulasan:
mcm cerita 100 Days With Mr Arrogant je...
Ira akui cerita ni dr sumber inspirasi 100 day with mr.arrogant..but ira akan buat kelainan,takkan ikut 100% cerita..:)
Catat Ulasan