Mat
Rock dan Isadora masuk ke dalam kedai mamak. Agak ramai juga pengunjung pada
waktu itu. Maklumlah, hujung minggu. Melilau mata Mat Rock mencari tempat duduk
yang kosong. Beberapa saat kemudian, barulah dia dapat mengesan tempat duduk
bersebelahan dinding yang baru dikosongkan penghuni. Ada seorang pekerja sedang
membersihkan meja itu. Dia segera memberi isyarat tangan kepada Isadora agar ke
sana.
“Wah, ramai betul pelanggan kat sini
ya Mat,” Isadora berkata sebaik melabuhkan punggung. Matanya tidak lekang dari
memerhati sekeliling yang riuh.
“Sini biasa la Dora. Restaurant
mamak kalau tak ramai memang tak sah.”
Isadora mengangguk dan senyum.
“Err… Dora, lu tak selesa ke kat
sini? Kalau tak selesa kita pergi tempat lain la,” tanya Mat Rock teragak-agak.
Dia khuatir minah itu tidak selesa makan di sini. Maklumlah, Isadora bukan
golongan orang biasa sepertinya.
“Eh, buat apa nak ke tempat lain?
Mat, Dora tak kisah la duduk sini. “ Tahan minah itu.
“Gua bukan apa Dora, sini bising,
tak ada privasi. Tak macam restaurant yang lu pergi hari tu. Tempat orang-orang
berada macam lu. Beza macam langit dengan bumi.”
Isadora meletakkan tangannya di atas
tangan Mat Rock tanpa sengaja. Berubah wajah Mat Rock. Bagai ada arus elektrik
yang merenjat jantungnya. Tiba-tiba saja berdegup kencang. Dia terpana
seketika. Hendak menarik tangan, tetapi tangannya seakan dipaku. Dia
seolah-olah tidak dapat bergerak.
“Mat, Dora tak kisah pun. Tadikan
Dora yang suruh Mat pilih tempat. Jadi, Dora ikut aje ke mana Mat pergi tanpa
sebarang bantah. Makan dekat mana-mana pun sama aje bagi Dora. Janji sedap dan
perut kenyang.” Selamba saja balas Isadora.
Mat Rock menelan air liurnya yang
terasa kesat. Bagai hendak pecah rasa jantungnya saat ini. Wajah sudah bertukar
sedikit pucat. Manakala dahi berpeluh halus. Matanya tajam kea rah tangan
Isadora yang berada di atas tangannya. Isadora yang melihat keadaan itu
berkerut dahinya. Kenapa dengan Mat Rock?
“Mat? Are you okey? Tak sihat ke?”
“Dora… err… Gua, gua si… sihat.
Cuma…” Mat Rock memberikan isyarat mata serta cuba menarik tangannya
perlahan-lahan.
Isadora yang baru menyedari tentang
keadaan itu, pantas mengalihkan tangannya.
“Opss… Maaf Mat. Dora tak sengaja.”
Isadora tertunduk malu.
“Eh, tak apa Dora. Gua tahu lu bukan
sengaja pun. Cuma lain kali kena hati-hati. Yalah, bukan muhrim berdosa kalau
bersentuhan. Harap benda ni tak berlaku lagi lepas ni, okey?” ujar Mat Rock
mengingatkan. Walaupun dia bukanlah dari golongan yang bijak pandai dalam
agama, tetapi batas-batas dengan berlainan jantina dijaga.
Isadora mengangkat wajahnya. Dia
mengangguk dan tersenyum malu. Pipinya masih merona merah. Dia malu dengan
kejadian tanpa sengaja tadi.
“Kita belum pesan lagi. Lu nak makan
apa Dora?” tanya Mat Rock bagi menceriakan semula keadaan.
“Dora apa-apa pun boleh. Apa yang
Mat pesan, Dora pesan sama. Apa-apa pun.” Isadora tidak tahu menu apa yang
paling sedap di sini. Kerana inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kedai
mamak.
Mat Rock mengangkat tangan.
Memanggil tukang ambil pesanan di kaunter.
“Anney, order!”
“Encik abang, cik adik manis mau
minum apa? Makan?” tanya Anney yang sudah berdiri di tepi meja mereka. Siap
sedia hendak menulis pesanan.
“Bagi teh tarik dua. Mee goreng dua.
Dora, lu okey gua order tu? Ke nak order lain?” tanya Mat Rock kepada Isadora.
Manalah tahu pesanannya tidak sesuai dengan cita rasa minah itu.
“Tak ada. Dora ikut apa yang Mat
pesan.”
“Okey, anney tu aje.”
Laju
saja tangan Anney menulis pesanan. Kemudian Anney berlalu ke bahagian belakang.
“Dora suka suasana dekat sini. Meriah.
Dia orang yang makan kat sini nampak gembira, bahagia. Bebas gelak ketawa. Tanpa
protokol. Mat nak tahu tak? Sebenarnya Dora lebih suka suasana macam ni
berbanding makan dekat restaurant mahal tu,” ujar Isadora beriya.
“Dora, lu ni pelik la.”
“Pelik? Kenapa pula Mat cakap Dora
pelik?” tanya Isadora hairan. Apa yang peliknya dia?
“Yalah, biasanya orang berada macam
lu suka pergi tempat-tempat yang ekslusif. Macam hotel 5 bintang ke, restaurant
yang mahal-mahal ke. Tapi, lu lebih suka restaurant mamak. Tak ke pelik tu?”
Isadora ketawa lepas. Tidak
dipedulikan orang sekeliling yang melihatnya. Mat Rock turut ketawa walaupun dia
tidak tahu kenapa. Dia ada cakap benda lawak ke?
“Mat, bukan semua orang sama. Don’t judge a book by its cover. Memang
rambut sama hitam, tapi cita rasa lain-lain. Kehendak pun lain-lain. Jadi cita
rasa Dora sama sekali lain. Eh, kejap… Cuma tang rambut tu aje yang lain kot. Yalah,
orang lain rambut hitam. Dora pula rambut karat. Tapi… karat yang original,
bukan yang dibuat-buat tau.” Jawap Isadora berserta dengan ketawa yang
terhambur sedikit kuat.
Tercengang Mat Rock. Dia senyum
saja. Biarkan ketawa minah itu reda sendiri. Suka pula dia melihat Isadora
ketawa. Minah ini nampak sungguh gembira hari ini.
“Hmm… Mat selalu lepak-lepak kat
sini?” soal Isadora sebaik ketawanya mati
Mat Rock mengangguk.
“Kadang-kadang. Bila ada masa
lapang, tak tau nak buat apa dan dalam masa yang sama tak buka gerai burger,
gua akan lepak sini dengan kawan gua, Meon. Bila ada perlawanan bola, sampai
kesubuh kita orang kat sini. Jadi burung hantu.”
“Iya? Macam best aje bunyinya. Dora
belum pernah lagi duduk kedai makan sampai subuh. Selalu lepas makan terus
balik. Lain kali kalau Mat lepak kat sini lagi, bagitau la Dora. Boleh Dora
join sekaki.”
“Boleh, boleh. Nanti bila ada masa terluang
gua ajak lu lepak sini.”
“Hmm… Tadi Mat ada cakap pasal gerai burger. Mat
buka gerai burger?” tanya Isadora. Sebenarnya dia bertanya kerana ada niat
tersembunyi. Dia ingin mengetahui diri Mat Rock dengan lebih dekat lagi. Segala
aktiviti Mat Rock juga ingin diambil tahu.
“Yup,
gua ada buka gerai burger dekat-dekat dengan rumah. Part time, cari duit poket lebih. Kongsi dengan kawan gua si Meon
tu. Dora, kalau lu ada masa datang la gerai gua. Nanti gua masakkan lu burger
paling special. Lu cakap aje nak
berapa tingkat daging, gua buatkan. Free,
tak payah bayar,”seloroh Mat Rock.
Isadora turut ketawa. “Oh. Amboi,
Mat… Dora ni bukan la makan banyak sangat pun sampai bertingkat-tingkat. Daging
sekeping pun dah cukup. Insyallah, nanti ada masa Dora ke sana. Dora macam
teringin pula nak rasa burger buatan Mat…”
‘Mat, kalau Dora nak minta tambah
sekeping hati Mat, boleh? He… he… he…’ bisik hati Isadora.
“Datang ajelah Dora. Gerai burger
gua beroperasi dari hari Isnin sampai Sabtu. Jangan pula lu datang hari Ahad.
Karang lu dapat tengok khemah tak buka aje nanti.”
“Okey, Mat.” Isadora mengangguk. Perbualan
mereka terhenti. Anney datang membawa pesanan mereka. Makanan serta minuman
disusun di hadapan Mat Rock dan Isadora. Mee goreng mamak yang sedikit berasap
membuatkan masing-masing telan air liur.
“Terima kasih, anney,” ucap Mat
Rock.
“Wah, nampak sedap!” Isadora sudah
pun menggenggam sudu dan garfu.
“Apa lagi Dora? Jom makan!”
~*~*~*~*~*~
“Buerkkkkk…
Fuhh, kenyang giler!” Tanpa segan Mat Rock sedawa sebaik menghabiskan teh tarik
kepunyaannya. Dia tersandar kekenyangan. Bagai hendak meletup saja perutnya
saat ini. Berselera sungguh dia hari ini. Apatalah lagi makannya bertemankan
minah yang cun. Seleranya semakin mencanak naik.
Isadora yang berada di hadapannya
terkekeh kecil. Lucu dengan gelagat Mat Rock yang lepas laku. Nampak comel pula
di matanya. Mat Rock yang berasa dirinya ditenung, termalu sendiri. Pastinya
Isadora telah melihat dia sedawa besar tadi.
“Sorry,
Dora. Sedawa gua tak ada insurans pula,” ujar Mat Rock dengan sengihan.
“Tak apalah Mat. Dora pun rasa
kenyang sangat ni. Rasa nak meletup perut Dora!”
“Err… Dora lepas ni lu ada nak ke
mana-mana?”
Isadora diam, berfikir sejenak.
Sesaat kemudian dia menggeleng.
“Tak ada. Kenapa? Mat nak ajak Dora
pergi mana-mana ke?”
Mat Rock mengangguk. “Yup. Tapi, itu
pun kalau lu tak sibuk. Gua nak tunjukkan satu tempat lepas stress dan
menenangkan fikiran gua.”
Berkerut dahi Isadora. Adakah tempat
begitu di sini? Tidak pernah pula dia dengar tentang tempat lepaskan tekanan
dan tempat tenangkan fikiran sepanjang tinggal di sini. Wujud ke?
“Dekat mana tu, Mat?”
“Adalah… Nanti gua tunjukkan pada
lu. Tempat ni rahsia kerajaan gua. Manalah tahu boleh jadi tempat lepas stress
lu pula. Tempat ni istimewa sangat bagi gua. Tapi, itu pun kalau lu nak la.”
“Hmm, menarik! Jom la kita pergi!”
“Betul lu nak pergi?”
Isadora mengangguk laju. Teringin
juga dia hendak lihat tempat begitu.
“Okey. Lu bawa kereta, gua tunjuk
jalan?”
“Okey, set!”
~*~*~*~*~*~
Kereta
Nissan Almira milik Isadora berhenti betul-betul di tepi jalan raya. Menurut
Mat Rock, mereka telah pun sampai ke tempat yang dikatakan lelaki itu tadi.
Mereka berada betul-betul di sebuah bukit yang di hadapannya pemandangan
bandar.
“Dora, jomlah keluar,” ajak Mat Rock
lantas keluar.
Isadora juga turut keluar. Pintu
keretanya ditutup rapat. Dia lantas mendekati Mat Rock yang berdiri sambil
mendepangkan kedua-dua belah tangan. Gaya seperti dalam filem Titanic.
“Sini la tempat yang gua maksudkan
tu, Dora.”
Isadora memandang wajah Mat Rock
dengan hairan. Apa yang istmewanya di sini? “Sini? Atas bukit ni?”
“Yup. Mesti lu tertanya-tanya sebab
apa gua cakap tempat ni istimewa, kan?” soal Mat Rock bagai sudah tahu apa yang
difikirkan minah itu.
Isadora mengangguk jujur dan senyum
nipis.
“Okey, cuba lu jerit sekuat hati
lu,” arah Mat Rock tiba-tiba.
Isadora tercengang dengan arah
lelaki itu. Err, jerit di sini? Macam mana kalau orang dengar jeritan dia
nanti?
Isadora menunjal jari telunjuk ke
hidung mancungnya. “Dora? Hish, tak nak la Mat. Malu!” Dia menggeleng laju
tanda tidak mahu.
“Ek eleh… buat apa nak malu Dora?
Sini, kalau lu jerit sekuat mana pun takkan ada yang dengar. Tak ada orang
marah. Kalau ada, dah lama kepala gua benjol kena baling batu. Tak pun sah-sah gua dah masuk hospital. Percaya
la cakap gua. Cuba la.”
“Dora malu!” Sekali lagi Isadora
geleng.
“Okey, gua cuba dulu. Nanti baru lu.
Satu… dua… tiga… Argghhh!!” Mat Rock jerit sekuat dan semampunya.
Isadora memandang kagum. Mat Rock
langsung tidak malu hendak menjerit kuat. Dia bertepuk tangan sebaik Mat Rock
menyudahkan jeritannya.
“Bila gua sedih ke, marah ke gua
selalu pergi sini. Menjerit kuat-kuat hati dekat sini. Sebab apa? Sebabnya gua
tak suka nak jadi mat jambu, bila ada masalah aje cengeng, menangis serupa laki
hilang bini. Tak rock la bila mamat macam gua ni cengeng. Lepas jerit tu… gua
rasa macam hilang sekejap semua masalah. Kepala gua pun jadi ringan, kosong je.
Kesimpulannya, tempat ni macam ubat bagi gua yang tengah serabut dilanda
masalah. Sebab itu la gua cakap tempat ni istimewa,” terang Mat Rock.
“Oh…” Bibir Isadora membentuk ‘O.’
“Tambahan lagi,
tempat ni juga adalah tempat gua test
suara. Gua kan rockers, kena la suara
kuat. Lu cuba la Dora. Insya-Allah, segala masalah dalam kepala lu macam
terbang melayang. Ketepikan rasa malu lu kejap, sebab kalau malu sampai
bila-bila pun tak maju. Lantak la dorang nak cakap kita tarzan sekali pun… Ewah, pandai pula gua berfalsafah ni,” Mat Rock
memuji diri sendiri. Masuk lif tekan sendiri. Huh!
“Err… Boleh ke?” tanya Isadora
teragak-agak. Teringin hendak buat tetapi malu.
Mat Rock mengangguk laju. Memberi
keyakinan kepada minah itu.
“Okey, Dora cuba eh. Satu… dua…
tiga…” Lambat-lambat Isadora mengira. Smabil kira sambil itu dia pandang wajah
Mat Rock. Lelaki itu penuh semangat beri dia keyakinan. Dengan semangat yang disalurkan, akhirnya dia
lakukan juga. “Argghh!!”
Lebar senyum Mat Rock. Akhirnya,
minah itu berani juga melakukannya. Dia pula menghadiahkan tepuk tangan kepada
Isadora.
“Wah! Betul la cakap Mat. Bila Dora
jerit tadi, macam rasa semua masalah dalam kepala ni keluar sekali gus!” ujar
Isadora sambil pandang Mat Rock dengan wajah teruja.
“Kan gua dah cakap. Lu patut cuba
awal-awal tadi. Macam ni Dora yang berani. Bagus!” Mat Rock menunjukkan cap
jempol kepada minah itu.
Masing-masing diam beberapa
seketika. Menikmati pemandangan dari atas bukit. yang cukup cantik dan indah.
Dari atas bukit ini mereka dapat lihat jari jauh hutan batu yakni bandar.
Kalaulah waktu malam pasti lagi cantik kerana hutan batu penuh dengan
lampu-lampu. Pasti bagai hutan yang penuh dengan kelip-kelip.
“Mat…” seru Isadora lembut.
Mat Rock menoleh. “Yup.”
“Terima
kasih sebab sudi kongsi tempat ni dengan Dora. Tempat ni memang menarik. Dora
suka sangat,” ucap Isadora .
“Sama-sama, Dora.”
Seketika mereka saling berpandang dan
tersenyum.
~Assalammualaikum! Hai readers. Jemput baca sambungan cerpan CMR (5). Komen la kalau ada kekurangan ya. Maaf atas kekurangan cerita ni. Enjoy reading! ^_^
10 ulasan:
ok, n3 CMR dah release now nak abam ameer pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
hehehe...esok yerkkkk ^_^
best r ctew ni..aku yg jwe kntal ni pon cair..hubu
Tq mad daus sudi baca ^_^
xsbr nk baca part 6 nti..haha
Tq JLrockers sudi baca. Insyallah, bila ada ksempatan ira smbg lg ^_^
sama2 kak..bila nak ada part 6.sy dah cri buku ni..xde pon dlm kdai..satu lg sgan nk cri..huhu
same2 kak..bila part 6 kak..sy dah try cri kak kdai buku xjumpe pon
Dik mad daus, CMR mmg tak ada di kedai buku sbbnya dia cuma e-novel saja. Akak terharu dgar awak sggup cari dkat kedai buku tp maaf mmg tk ada. Hnya dalam blog ini saja. Maaf jga sbab lmbat sambung dan buat masa ni akak x dpt smbg cepat disebabkan kesibukkan. Insyallah, akak akan cuba smbg sikit2 dan up lgi di blog ni. Tq dik ^_^
ok kak no prob la..tp sy sentiasa tertunggu2
cmr.terbaik kak..huhu
Catat Ulasan