Isnin, 1 Disember 2014

Cerpan : Cinta Mat Rock ( Part 5 )



Mat Rock dan Isadora masuk ke dalam kedai mamak. Agak ramai juga pengunjung pada waktu itu. Maklumlah, hujung minggu. Melilau mata Mat Rock mencari tempat duduk yang kosong. Beberapa saat kemudian, barulah dia dapat mengesan tempat duduk bersebelahan dinding yang baru dikosongkan penghuni. Ada seorang pekerja sedang membersihkan meja itu. Dia segera memberi isyarat tangan kepada Isadora agar ke sana.
            
“Wah, ramai betul pelanggan kat sini ya Mat,” Isadora berkata sebaik melabuhkan punggung. Matanya tidak lekang dari memerhati sekeliling yang riuh.
            
“Sini biasa la Dora. Restaurant mamak kalau tak ramai memang tak sah.”
            
Isadora mengangguk dan senyum.
            
“Err… Dora, lu tak selesa ke kat sini? Kalau tak selesa kita pergi tempat lain la,” tanya Mat Rock teragak-agak. Dia khuatir minah itu tidak selesa makan di sini. Maklumlah, Isadora bukan golongan orang biasa sepertinya.
            
“Eh, buat apa nak ke tempat lain? Mat, Dora tak kisah la duduk sini. “ Tahan minah itu.
            
“Gua bukan apa Dora, sini bising, tak ada privasi. Tak macam restaurant yang lu pergi hari tu. Tempat orang-orang berada macam lu. Beza macam langit dengan bumi.”
            
Isadora meletakkan tangannya di atas tangan Mat Rock tanpa sengaja. Berubah wajah Mat Rock. Bagai ada arus elektrik yang merenjat jantungnya. Tiba-tiba saja berdegup kencang. Dia terpana seketika. Hendak menarik tangan, tetapi tangannya seakan dipaku. Dia seolah-olah tidak dapat bergerak.
            
“Mat, Dora tak kisah pun. Tadikan Dora yang suruh Mat pilih tempat. Jadi, Dora ikut aje ke mana Mat pergi tanpa sebarang bantah. Makan dekat mana-mana pun sama aje bagi Dora. Janji sedap dan perut kenyang.” Selamba saja balas Isadora.
           
Mat Rock menelan air liurnya yang terasa kesat. Bagai hendak pecah rasa jantungnya saat ini. Wajah sudah bertukar sedikit pucat. Manakala dahi berpeluh halus. Matanya tajam kea rah tangan Isadora yang berada di atas tangannya. Isadora yang melihat keadaan itu berkerut dahinya. Kenapa dengan Mat Rock?
            
“Mat? Are you okey? Tak sihat ke?”
            
“Dora… err… Gua, gua si… sihat. Cuma…” Mat Rock memberikan isyarat mata serta cuba menarik tangannya perlahan-lahan.
            
Isadora yang baru menyedari tentang keadaan itu, pantas mengalihkan tangannya.
            
“Opss… Maaf Mat. Dora tak sengaja.” Isadora tertunduk malu.
            
“Eh, tak apa Dora. Gua tahu lu bukan sengaja pun. Cuma lain kali kena hati-hati. Yalah, bukan muhrim berdosa kalau bersentuhan. Harap benda ni tak berlaku lagi lepas ni, okey?” ujar Mat Rock mengingatkan. Walaupun dia bukanlah dari golongan yang bijak pandai dalam agama, tetapi batas-batas dengan berlainan jantina dijaga.
            
Isadora mengangkat wajahnya. Dia mengangguk dan tersenyum malu. Pipinya masih merona merah. Dia malu dengan kejadian tanpa sengaja tadi.
            
“Kita belum pesan lagi. Lu nak makan apa Dora?” tanya Mat Rock bagi menceriakan semula keadaan.
            
“Dora apa-apa pun boleh. Apa yang Mat pesan, Dora pesan sama. Apa-apa pun.” Isadora tidak tahu menu apa yang paling sedap di sini. Kerana inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke kedai mamak.
            
Mat Rock mengangkat tangan. Memanggil tukang ambil pesanan di kaunter.
           
“Anney, order!
            
“Encik abang, cik adik manis mau minum apa? Makan?” tanya Anney yang sudah berdiri di tepi meja mereka. Siap sedia hendak menulis pesanan.
            
“Bagi teh tarik dua. Mee goreng dua. Dora, lu okey gua order tu? Ke nak order lain?” tanya Mat Rock kepada Isadora. Manalah tahu pesanannya tidak sesuai dengan cita rasa minah itu.
           
“Tak ada. Dora ikut apa yang Mat pesan.”
           
“Okey, anney tu aje.”

Laju saja tangan Anney menulis pesanan. Kemudian Anney berlalu ke bahagian belakang.
            
“Dora suka suasana dekat sini. Meriah. Dia orang yang makan kat sini nampak gembira, bahagia. Bebas gelak ketawa. Tanpa protokol. Mat nak tahu tak? Sebenarnya Dora lebih suka suasana macam ni berbanding makan dekat restaurant mahal tu,” ujar Isadora beriya.
            
“Dora, lu ni pelik la.”
            
“Pelik? Kenapa pula Mat cakap Dora pelik?” tanya Isadora hairan. Apa yang peliknya dia?
            
“Yalah, biasanya orang berada macam lu suka pergi tempat-tempat yang ekslusif. Macam hotel 5 bintang ke, restaurant yang mahal-mahal ke. Tapi, lu lebih suka restaurant mamak. Tak ke pelik tu?”
            
Isadora ketawa lepas. Tidak dipedulikan orang sekeliling yang melihatnya. Mat Rock turut ketawa walaupun dia tidak tahu kenapa. Dia ada cakap benda lawak ke?
            
“Mat, bukan semua orang sama. Don’t judge a book by its cover. Memang rambut sama hitam, tapi cita rasa lain-lain. Kehendak pun lain-lain. Jadi cita rasa Dora sama sekali lain. Eh, kejap… Cuma tang rambut tu aje yang lain kot. Yalah, orang lain rambut hitam. Dora pula rambut karat. Tapi… karat yang original, bukan yang dibuat-buat tau.” Jawap Isadora berserta dengan ketawa yang terhambur sedikit kuat.
            
Tercengang Mat Rock. Dia senyum saja. Biarkan ketawa minah itu reda sendiri. Suka pula dia melihat Isadora ketawa. Minah ini nampak sungguh gembira hari ini.
            
“Hmm… Mat selalu lepak-lepak kat sini?” soal Isadora sebaik ketawanya mati
            
Mat Rock mengangguk.
            
“Kadang-kadang. Bila ada masa lapang, tak tau nak buat apa dan dalam masa yang sama tak buka gerai burger, gua akan lepak sini dengan kawan gua, Meon. Bila ada perlawanan bola, sampai kesubuh kita orang kat sini. Jadi burung hantu.”
            
“Iya? Macam best aje bunyinya. Dora belum pernah lagi duduk kedai makan sampai subuh. Selalu lepas makan terus balik. Lain kali kalau Mat lepak kat sini lagi, bagitau la Dora. Boleh Dora join sekaki.”
            
“Boleh, boleh. Nanti bila ada masa terluang gua ajak lu lepak sini.”

“Hmm…  Tadi Mat ada cakap pasal gerai burger. Mat buka gerai burger?” tanya Isadora. Sebenarnya dia bertanya kerana ada niat tersembunyi. Dia ingin mengetahui diri Mat Rock dengan lebih dekat lagi. Segala aktiviti Mat Rock juga ingin diambil tahu.

“Yup, gua ada buka gerai burger dekat-dekat dengan rumah. Part time, cari duit poket lebih. Kongsi dengan kawan gua si Meon tu. Dora, kalau lu ada masa datang la gerai gua. Nanti gua masakkan lu burger paling special. Lu cakap aje nak berapa tingkat daging, gua buatkan. Free, tak payah bayar,”seloroh Mat Rock.
            
Isadora turut ketawa. “Oh. Amboi, Mat… Dora ni bukan la makan banyak sangat pun sampai bertingkat-tingkat. Daging sekeping pun dah cukup. Insyallah, nanti ada masa Dora ke sana. Dora macam teringin pula nak rasa burger buatan Mat…”
            
‘Mat, kalau Dora nak minta tambah sekeping hati Mat, boleh? He… he… he…’ bisik hati Isadora.
            
“Datang ajelah Dora. Gerai burger gua beroperasi dari hari Isnin sampai Sabtu. Jangan pula lu datang hari Ahad. Karang lu dapat tengok khemah tak buka aje nanti.”
            
“Okey, Mat.” Isadora mengangguk. Perbualan mereka terhenti. Anney datang membawa pesanan mereka. Makanan serta minuman disusun di hadapan Mat Rock dan Isadora. Mee goreng mamak yang sedikit berasap membuatkan masing-masing telan air liur.
            
“Terima kasih, anney,” ucap Mat Rock.
            
“Wah, nampak sedap!” Isadora sudah pun menggenggam sudu dan garfu.
            
“Apa lagi Dora? Jom makan!”


~*~*~*~*~*~


“Buerkkkkk… Fuhh, kenyang giler!” Tanpa segan Mat Rock sedawa sebaik menghabiskan teh tarik kepunyaannya. Dia tersandar kekenyangan. Bagai hendak meletup saja perutnya saat ini. Berselera sungguh dia hari ini. Apatalah lagi makannya bertemankan minah yang cun. Seleranya semakin mencanak naik.
            
Isadora yang berada di hadapannya terkekeh kecil. Lucu dengan gelagat Mat Rock yang lepas laku. Nampak comel pula di matanya. Mat Rock yang berasa dirinya ditenung, termalu sendiri. Pastinya Isadora telah melihat dia sedawa besar tadi.
            
Sorry, Dora. Sedawa gua tak ada insurans pula,” ujar Mat Rock dengan sengihan.
            
“Tak apalah Mat. Dora pun rasa kenyang sangat ni. Rasa nak meletup perut Dora!”
            
“Err… Dora lepas ni lu ada nak ke mana-mana?”
            
Isadora diam, berfikir sejenak. Sesaat kemudian dia menggeleng.
            
“Tak ada. Kenapa? Mat nak ajak Dora pergi mana-mana ke?”
            
Mat Rock mengangguk. “Yup. Tapi, itu pun kalau lu tak sibuk. Gua nak tunjukkan satu tempat lepas stress dan menenangkan fikiran gua.”
            
Berkerut dahi Isadora. Adakah tempat begitu di sini? Tidak pernah pula dia dengar tentang tempat lepaskan tekanan dan tempat tenangkan fikiran sepanjang tinggal di sini. Wujud ke?
            
“Dekat mana tu, Mat?”
            
“Adalah… Nanti gua tunjukkan pada lu. Tempat ni rahsia kerajaan gua. Manalah tahu boleh jadi tempat lepas stress lu pula. Tempat ni istimewa sangat bagi gua. Tapi, itu pun kalau lu nak la.”
            
“Hmm, menarik! Jom la kita pergi!”
            
“Betul lu nak pergi?”
            
Isadora mengangguk laju. Teringin juga dia hendak lihat tempat begitu.
            
“Okey. Lu bawa kereta, gua tunjuk jalan?”
            
“Okey, set!”


~*~*~*~*~*~


Kereta Nissan Almira milik Isadora berhenti betul-betul di tepi jalan raya. Menurut Mat Rock, mereka telah pun sampai ke tempat yang dikatakan lelaki itu tadi. Mereka berada betul-betul di sebuah bukit yang di hadapannya pemandangan bandar.
            
“Dora, jomlah keluar,” ajak Mat Rock lantas keluar.
            
Isadora juga turut keluar. Pintu keretanya ditutup rapat. Dia lantas mendekati Mat Rock yang berdiri sambil mendepangkan kedua-dua belah tangan. Gaya seperti dalam filem Titanic.
            
“Sini la tempat yang gua maksudkan tu, Dora.”
            
Isadora memandang wajah Mat Rock dengan hairan. Apa yang istmewanya di sini? “Sini? Atas bukit ni?”
            
“Yup. Mesti lu tertanya-tanya sebab apa gua cakap tempat ni istimewa, kan?” soal Mat Rock bagai sudah tahu apa yang difikirkan minah itu.
           
Isadora mengangguk jujur dan senyum nipis.
            
“Okey, cuba lu jerit sekuat hati lu,” arah Mat Rock tiba-tiba.
            
Isadora tercengang dengan arah lelaki itu. Err, jerit di sini? Macam mana kalau orang dengar jeritan dia nanti?
            
Isadora menunjal jari telunjuk ke hidung mancungnya. “Dora? Hish, tak nak la Mat. Malu!” Dia menggeleng laju tanda tidak mahu.
            
“Ek eleh… buat apa nak malu Dora? Sini, kalau lu jerit sekuat mana pun takkan ada yang dengar. Tak ada orang marah. Kalau ada, dah lama kepala gua benjol kena baling batu.  Tak pun sah-sah gua dah masuk hospital. Percaya la cakap gua. Cuba la.”
            
“Dora malu!” Sekali lagi Isadora geleng.
            
“Okey, gua cuba dulu. Nanti baru lu. Satu… dua… tiga… Argghhh!!” Mat Rock jerit sekuat dan semampunya.
            
Isadora memandang kagum. Mat Rock langsung tidak malu hendak menjerit kuat. Dia bertepuk tangan sebaik Mat Rock menyudahkan jeritannya.
            
“Bila gua sedih ke, marah ke gua selalu pergi sini. Menjerit kuat-kuat hati dekat sini. Sebab apa? Sebabnya gua tak suka nak jadi mat jambu, bila ada masalah aje cengeng, menangis serupa laki hilang bini. Tak rock la bila mamat macam gua ni cengeng. Lepas jerit tu… gua rasa macam hilang sekejap semua masalah. Kepala gua pun jadi ringan, kosong je. Kesimpulannya, tempat ni macam ubat bagi gua yang tengah serabut dilanda masalah. Sebab itu la gua cakap tempat ni istimewa,” terang Mat Rock.
           
“Oh…” Bibir Isadora membentuk ‘O.’
            
“Tambahan lagi, tempat ni juga adalah tempat gua test suara. Gua kan rockers, kena la suara kuat. Lu cuba la Dora. Insya-Allah, segala masalah dalam kepala lu macam terbang melayang. Ketepikan rasa malu lu kejap, sebab kalau malu sampai bila-bila pun tak maju. Lantak la dorang nak cakap kita tarzan sekali pun… Ewah, pandai pula gua berfalsafah ni,” Mat Rock memuji diri sendiri. Masuk lif tekan sendiri. Huh!
            
“Err… Boleh ke?” tanya Isadora teragak-agak. Teringin hendak buat tetapi malu.
            
Mat Rock mengangguk laju. Memberi keyakinan kepada minah itu.
            
“Okey, Dora cuba eh. Satu… dua… tiga…” Lambat-lambat Isadora mengira. Smabil kira sambil itu dia pandang wajah Mat Rock. Lelaki itu penuh semangat beri dia keyakinan.  Dengan semangat yang disalurkan, akhirnya dia lakukan juga. “Argghh!!”
            
Lebar senyum Mat Rock. Akhirnya, minah itu berani juga melakukannya. Dia pula menghadiahkan tepuk tangan kepada Isadora.
            
“Wah! Betul la cakap Mat. Bila Dora jerit tadi, macam rasa semua masalah dalam kepala ni keluar sekali gus!” ujar Isadora sambil pandang Mat Rock dengan wajah teruja.
            
“Kan gua dah cakap. Lu patut cuba awal-awal tadi. Macam ni Dora yang berani. Bagus!” Mat Rock menunjukkan cap jempol kepada minah itu.
            
Masing-masing diam beberapa seketika. Menikmati pemandangan dari atas bukit. yang cukup cantik dan indah. Dari atas bukit ini mereka dapat lihat jari jauh hutan batu yakni bandar. Kalaulah waktu malam pasti lagi cantik kerana hutan batu penuh dengan lampu-lampu. Pasti bagai hutan yang penuh dengan kelip-kelip.
            
“Mat…” seru Isadora lembut.
            
Mat Rock menoleh. “Yup.”

“Terima kasih sebab sudi kongsi tempat ni dengan Dora. Tempat ni memang menarik. Dora suka sangat,” ucap Isadora .
           
“Sama-sama, Dora.”
            
Seketika mereka saling berpandang dan tersenyum.
           


~Assalammualaikum! Hai readers. Jemput baca sambungan cerpan CMR (5). Komen la kalau ada kekurangan ya. Maaf atas kekurangan cerita ni. Enjoy reading! ^_^




            

10 ulasan:

Unknown berkata...

ok, n3 CMR dah release now nak abam ameer pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

hehehe...esok yerkkkk ^_^

Unknown berkata...

best r ctew ni..aku yg jwe kntal ni pon cair..hubu

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Tq mad daus sudi baca ^_^

Unknown berkata...

xsbr nk baca part 6 nti..haha

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Tq JLrockers sudi baca. Insyallah, bila ada ksempatan ira smbg lg ^_^

Unknown berkata...

sama2 kak..bila nak ada part 6.sy dah cri buku ni..xde pon dlm kdai..satu lg sgan nk cri..huhu

Unknown berkata...

same2 kak..bila part 6 kak..sy dah try cri kak kdai buku xjumpe pon

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Dik mad daus, CMR mmg tak ada di kedai buku sbbnya dia cuma e-novel saja. Akak terharu dgar awak sggup cari dkat kedai buku tp maaf mmg tk ada. Hnya dalam blog ini saja. Maaf jga sbab lmbat sambung dan buat masa ni akak x dpt smbg cepat disebabkan kesibukkan. Insyallah, akak akan cuba smbg sikit2 dan up lgi di blog ni. Tq dik ^_^

Unknown berkata...

ok kak no prob la..tp sy sentiasa tertunggu2
cmr.terbaik kak..huhu