Isnin, 27 Mei 2013

Ku Pinta Kasih




“Awak masih teringatkan dia lagi?”tanya Faed ketika dia dan Aizdin berehat di taman setelah penat berjogging.

Aizdin mengeluh panjang.

“Awak tak pernah terfikir iuntuk menyintai orang lain, Aiz?”

Aizdin menjongket bahu. Bibir dicebir. 

“Entahlah Faed. Saya macam fobia untuk memberikan cinta saya pada perempuan lain. Saya takut pisang berbuah dua kali. Sayang saya pada dia masih belum pudar, Faed."

Faed dan Aizdin berkawan sejak zaman belajar lagi. Mereka satu universiti dan juga satu jurusan. Faed cukup kenal dengan Aizdin. Begitu juga dengan Aizdin. Siapa sangka perhubungan selama 5 tahun itu membuahkan rasa cinta dan sayang Faed untuk Aizdin. Cuma lelaki itu tidak tahu dia menaruh harapan yang suci. Faed cuma pendam saja kerana malu untuk berterus terang. Mahukan Aizdin menerimanya sebagai kekasih padahal sejak dari awal mereka hanya berkawan? Lagi pula Aizdin baru lepas dikecewakan oleh kekasihnya.

“Aiz, Yun dah pun berkahwin. Dah setengah tahun pun. Awak kena terima hakikat semua tu.” Faed seboleh mungkin mahu Aizdin sedar akan realitinya. Aizdin dan juga Yusrina tidak mungkin bersama. Yusrina telah pun memilih untuk menjadi seorang isteri kepada anak kenalan keluarganya. Mereka sama taraf, sama-sama berada. Sedangkan Aizdin dari keluarga biasa. Akhirnya, Aizdin ditinggalkan begitu saja.

“Saya tak sangka. Setelah sekian lama kami bercinta, akhirnya dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan orang lain." 

Aizdin meluahkan rasa kecewanya. Jika Aizdin kecewa, Faed apatah lagi. Hatinya remuk redam bila Aizdin melauhkan kepadanya bahawa lelaki itu mencintai Ayuni classmate mereka suatu ketika dahulu. Dahulu Faed terpaksa menelan realiti itu dengan hati yang menangis.

“Awak kena lepaskan dia, Aiz. Awak perlu cari seseorang sebagai pengganti. Buka hati awak Aiz."

“Cari pengganti? Untuk apa? Saya takut dikecewakan lagi. Saya juga tak mampu lupakan dia Faed.”

“Ya. Cari cinta lain untuk lupakan dia. Saya pasti dan yakin suatu hari nanti awak pasti akan dapat melupakan dia sedikit demi sedikit. Kalau susah sangat, saya kan ada," seloroh Faed. Nada seperti bergurau tetapi dalam hati Faed memang memaksudkannya. Kalaulah Aizdin sudi, dialah wanita paling bahagia sekali.

“Awak? Hish, awak ni Faed sempat bergurau ya. Faed, awak adalah teman tapi mesra saya. Sahabat saya kini dan selamanya. Takkanlah nak jadi kekasih saya pula," ujar Aizdin dengan ketawa geli hati mendengar gurauan Faed.

Berubah sekejap wajah Faed. Dia kecewa bila mendengar Aizdin berkata seperti itu. Untuk menutup rasa kecewanya dia cuma ketawa kecil. Aiz masih tak boleh baca tentang perasaannya.

"Kenapa? Saya tak sesuai untuk awak?" tanya Faed.

Aizdin ketawa.

"Bukan tak sesuai. Awak memang baik. Sangat... sangat baik. Tapi, saya tak nak merosakkan persahabatan kita Faed. Saya hormat awak sebagai sahabat saya dunia dan akhirat," balas Aizdin tenang. Dia tidak tahu ada hati terluka dengan kata-katanya. Dia tidak tahu ada seseorang yang sedang menaruh perasaan terhadapannya. Dan, orang itu terus terusan menangis dalam hati.

Faed hanya senyum. Lidahnya kelu untuk berkata. Air mata yang mahu menitis juga sedaya upaya ditahan agar tidak gugur.

~*~*~*~*~*~

Aizdin sangat mengambil berat terhadap Fa’ed. Setiap malam apabila ada masa senggang dia akan menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Setiap hujung minggu pasti mereka akan keluar bersama. Bila Faed sibuk dipejabat dan tidak dapat keluar makan tengah hari bersama, Aizdin akan menghantarkan makanan untuknya. Faed semakin terbuai dengan sikap prihatin Aizdin. Dia seperti sudah mendapat kembali Aizdin yang dahulu.Mungkinkah Aizdin menyimpan perasaan yang sama terhadapnya? Ah, tidak mungkin! Aizdin hanya menganggapnya sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.

Suatu malam Faed mengajak Aizdin keluar makan malam. Ada sesuatu yang menggusarkan hatinya. Sesuatu yang amat berat dan dia memerlukan Aizdin sebagai pembuat keputusan.

“Wah, tomyam seafood. Faed awak memang selalu ingat makanan kegemaran saya ni. Terima kasih sebab belanja saya hari ni," Aizdin sangat gembira. Kecuh air liurnya melihat lauk itu.

“Sama-sama..." balas Faed dengan nada lemah.

Aizdin mengesan sesuatu yang tidak kena. “Faed, kenapa awak macam tak gembira je?”

Fa’ed senyum nipis. 

“Tak ada apalah." Dia teragak-agak untuk bercerita. Perlukah dia bercerita kepada Aizdin?

“Faed, saya tak percaya awak cakap tak ada apa-apa. Suara awak dah menunjukkan yang awak dalam kesusahan. Ceritalah. Saya ada untuk dengar setiap masalah awak, Faed," gesa Aizdin.

Faed tenung wajah Aizdin yang fokus kepadanya. Aizdin memang pandai menangkap membaca raut wajahnya. Dia akan mendesak sehingga Faed membuka mulut.

“Okey.Tapi lepas makan ya," putus Faed. 

Aizdin mengangguk saja. Lagi pun perutnya sudah lapar dan minta diisi segera.

“Hmm…dah clear. Kenyangnya saya. So Faed,apa cerita?”

Dengan tidak sabar Aizdin terus menggesa Fa’ed. 

“Awak…kalau saya cakap awak jangan gelak ya?”

“Okey, apa dia?”

Fa’ed menghembus nafas panjang. “Dua hari kelmarin saya balik kampung. Ibu saya cakap…dia cakap ada orang masuk meminang saya," ujar Faed lalu menundukkan kepala.

“Apa?” Aizdin bagai terpaku. “Awak pasti ke Faed?”

“Ya. Sekarang saya jadi bingung. Otak saya dah tak boleh berfikir. Ibu dengan abah suruh saya buat keputusan sendiri. Tapi… tapi mereka seperti mengharap untuk saya terima, Aiz."

Aizdin diam sejenak. “Bagi saya, Faed kalau awak rasa dia boleh buat awak bahagia, boleh jaga awak apa salahnya awak terima dia. Kalau awak rasa sebaliknya,terpulanglah. Kalau awak tak setuju cakap baik-baik dengan ibu dan abah awak. In sha Allah mereka pasti akan faham. By the way, awak kenal ke orangnya?”

Faed sedikit kecewa apabila Aizdin tidak membantah malah menyuruh dia membuat keputusan. Aizdin langsung tidak ada hati dengan dia ke?

“Dia anak kawan rapat ibu saya. Kami satu kampung. Awak... awak tak rasa apa-apa ke ?”soal Faed perlahan. Dia cuba ingin mengorek rasa hati Aizdin.

“Ada. Rasa bahagia."

"Bahagia?" tanya Faed dengan dahi berkerut.

"Ya. Saya bahagia kalau awak bahagia Fa’ed. Awak tahukan saya sayang awak sebagai kawan yang rapat dengan saya sejak dulu. Awak sebahagian dari hidup saya. Awak dah saya anggap macam kembar saya. He... he..." usai berkata Aizdin ketawa kecil.

Bukan itu yang Fa’ed mahu mendengarnya. Dia mahu mendengar pengakuan cinta dari Aizdin. Mengapa begitu sukar? Sukar sangat ke Aizdin cakap awak cintakan saya? Jerit Faed dalam hati.



Aizdin


Hampa. Aizdin cuma menganggap Faed kawan baik saja. Dia juga malu kerana sentiasa mengharap Aizdin akan mencintainya. Dia malu kerana selama ini dalam diam dia menjadi pengemis cinta Aizdin. Bagi Aizdin dia cuma teman tapi mesra saja. Hatinya menangis pilu.

Melihat Faed hanya diam, Aizdin bersuara.

“So, awak terima ataupun tak lamaran tu?”

“Saya belum fikirkan lagi. Nantilah saya fikir," jawap Faed acuh tidak acuh.

“Buat solat istikharah. In sha Allah.... awak akan mendapat petunjuk dari-Nya, Faed."

Fa’ed senyum hambar. Dia mengangguk kecil. Dia malu. Dia cuma bertepuk sebelah tangan. Sangkanya selepas Aizdin putus cinta bersama Ayuni, cinta lelaki itu akan beralih padanya.Tetapi tetap tidak. Sampai ke hari ini pun lelaki itu cuma menganggapnya kawan. Faed, sudah-sudahlah menjadi pengemis cinta pada yang tidak sudi, bisik hatinya.


~*~*~*~*~*~

Pulang saja dari keluar makan malam bersama Aidzin, Faed terus masuk ke biliknya. Dia berteleku di balik pintu sambil menangis semahu-mahunya. Dibiarkan saja air mata melencunkan pipinya. Dibiarkan saja solekkannya luntur akibat genangan air mata. 

“Faed kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau selalu percaya yang satu hari nanti Aiz akan jatuh cinta pada kau? Kau cuma bertepuk sebelah tangan, Faed. Dia cuma anggap kau sebagai seorang kawan..Cinta kau tak berbalas. Aiz takkan pernah cintakan kau! Kau faham tak?! Faed memarahi dirinya .Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Hatinya berkecai menjadi debu.

“Faed sedarlah… Cinta Aiz cuma untuk Yusrina.Kau takkan dapat dia selagi dia ada perasaan cinta itu dekat Yusrina.Kau salah faham dengan sikap prihatin dia, Faed."

Tangisan Faed semakin menggila.Dia malu dengan Aizdin.Dia malu dengan dirinya juga.Sudah terang lagi bersuluh Aizdin tidak cintakannya, tetapi dipaksa juga. Hatinya hampa, kecewa dan merana.

“Aiz, saya cintakan awak. Kenapa awak susah nak mengerti perasaan saya? Dah lama saya pendam perasaan ni. Lama sangat. Hati saya sakit sangat, sangat, Aiz," Faed bersuara sayu.

Sedang dia menangis, pintu biliknya diketuk. Faed hanya bediam diri. Dia masih meratap sayu. Dirinya tidak mahu diganggu saat ini.

“Faed, kau okey ke?”

 Faed tidak bersuara.

"Faed?"

"Aku okey. Jangan risau," balas Faed dengan suara tersekat-sekat.

“No. Aku tahu kau tak okey. Faed bagi aku masuk, please…” pujuk Mila.

Faed berganjak lemah. Mila menerobos masuk.

“Faed! Hei, kenapa ni? Kenapa menangis ni?” Mila jadi risau melihat keadaan Faed. Kawannya itu kelihatan kusut sekali. Pipi Faed yang basah dikesatnya dengan hujung jari.

“Mila, dia tak cintakan aku. Dia tak cintakan aku," ulang Fa’ed terus memeluk Mila erat.

“Hei,kenapa ni? Cuba cerita," Faed menyembamkan muka di bahu Mila.

Baru dia hendak membuka mulut blackberrynya berbunyi.Ibu!.

“Angkat call dulu okey. Nanti baru cerita dekat aku. Aku keluar ambilkan kau air masak."

Mila keluar meninggalkan Faed sendirian.

Faed menarik nafas dan mengelap sisa air matanya. “Ibu…”


~*~*~*~*~*~

Aizdin tidak jemu-jemu menghantar pesanan ringkas setelah hampir dua bulan Faed tidak menghubunginya. Dia sangat merindui gadis itu. Rindunya bagai tidak tertahan tiba-tiba. Jantungnya bagai mahu berhenti saat ini. Ya Allah, kenapa dengan jantung aku ni? Mungkinkah di hati ini ada rasa cinta untuk Faed? Kenapa sebelum ini aku tidak pernah merasakannya?

-Faed, sy ada buat salah ke? Kalau ada, sy minta maaf.

Tiada sebarang respon dari Faed. Aizdin cuba menelefon juga tidak berjawab. Dia resah setiap hari menunggu tindak balas gadis itu. Jika dia ke pejabat untuk berjumpa Faed, pasti ada saja alasan yang disampaikan oleh rakan-rakan gadis itu kepadanya. Faed seperti mahu berjauhan dengannya saja. Pernah beberapa petang dia menunggu Faed turun dari pejabat. Mereka bertembung tetapi Faed seolah-oleh tidak kenal dengannya. Faed juga tidak mengendahkannya sewaktu dia memanggil nama gadis itu. Apa sebenarnya telah berlaku dengan Faed?

~*~*~*~*~*~

-Faed, jawablah call sy.

-Salam. Faed kenapa awk diam saja?Apa salah sy?

-Sy rindu awk, Faed. Rindu sangat2. Awk tak rindu sy ke? Di mana awk sekarang?

-I miss you, Faed.

 -Fa’ed, awk kawan sy kan? Jom jumpa. Sy rindukan awk.

Berpuluh-puluh pesanan ringkas dan panggilan yang diterima oleh Faed dari Aizdin sejak dia mendiamkan diri. Semua tidak dibalas. Semua membuatkan dia sesak nafas. Dia rindu tetapi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan Aizdin. Dia kasihan dengan Aizdin yang tidak pernah jemu memujuk untuk berjumpa. Tetapi dia malu. Malu kerana mengharap pada yang tidak sudi.

“Faed, kau kena bersemuka dengan dia.Mesti!” Dia mencapai blackberrynya.

-Salam, Aiz mari jumpa di restaurant Singgah Selalu pada pkul 1.00 tgh hri nanti. Sy tunggu awk disana.”


Tengah hari itu mereka berjumpa. Aizdin memandang wajah Faed yang sangat dirindui itu. Wajah itu kelihatan muram saja. Tiada senyuman seperti selalu.

 “I miss you so much, Faed. Kenapa awak berdiam diri dari saya? Saya ada buat salah dengan awak ke?”

Faed hanya diam tidak membalas pertanyaan Aizdin. 

“Aiz, saya nak cakap sesuatu dengan awak." Dia tidak mahu membuang masa. Makin lama dia menatap wajah itu makin dia tidak tenteram. Hatinya semakin bergelora.

 “Teruskan Faed…” 


Fa'ed


“Aiz… saya akan bertunang hujung minggu ni. Sebulan selepas itu saya akan bernikah dengan lelaki pilihan keluarga saya. Selepas berkahwin nanti saya akan tinggal bersama bakal suami saya di US selama 4 tahun," ujar Faed sedikit gugup.

“Apa? Kenapa begitu mendadak Faed?”

Faed membuang pandangan ke permukaan meja. Keluhan lepas dari bibirnya.

“Keluarga saya yang telah menetapkan semuanya. Mereka nak mempercepatkan penyatuan kami. Bakal suami saya dihantar ke US selama 4 tahun atas urusan kerja. Saya telah putuskan ikut dia sekali nanti."

Aizdin kelu. Tiba-tiba dia rasakan tidak dapat menerima suatu hari nanti dia bakal kehilangan Faed dalam hidupnya. Tiba-tiba juga dia mahu Faed berada di sisinya.

“Faed, takkan awak nak tinggalkan saya seorang diri di sini? Kita dah lama bersama, Faed. Takkan awak nak pergi begitu saja. Saya tak nak hubungan kita terputus." Sungguh tidak senang dia dengan keputusan yang mendadak diambil Faed. Entah kenapa hatinya tidak setuju. Dia tidak mahu kehilangan Faed.

“Saya terpaksa, Aiz. Saya tiada pilihan lain. Takkan saya nak biarkan suami saya merantau seorang diri, sedangkan saya di sini? Awak masih boleh berhubung dengan saya melalui email. In sha Allah, jarak yang jauh tidak akan memutuskan persahabatan kita." 

Faed menghulurkan kad berwarna hijau kepada Aizdin. Lelaki itu meyambutnya perlahan. Seketika saja ditilik kemudian dia menolak kembali kad itu di hadapan Faed. Faed terkesima dengan perbuatan lelaki itu. 

“No, Faed! Berhubung dalam talian dengan awak di depan mata itu lain. Saya susah hati kalau tak melihat awak walau sehari, Faed. Saya tak tahu kenapa? Tapi itulah yang saya rasakan sekarang ini," ujar Aizdin tanpa berselindung.

Berkerut-kerut dahi Faed. “Kenapa pula awak susah hati?”

“Sebab saya…saya..”.Kata-kata Aizdin terhenti.

Faed menghembus nafas berat apabila melihat Aizdin teragak-agak untuk meluahkan sesuatu. Sudahlah Faed. Jangan mengharap lagi. Buang jauh-jauh angan kau untuk mendengar luahan cinta Aizdin. Buang jauh-jauh!

"Err... Faed, boleh tak awak jangan kahwin dengan dia?"

Terkejut Faed dengan pertanyaan itu. Apa maksud Aizdin tidak membenarkan dia meneruskan perkahwinan ini? Aizdin... Aizdin sudah cintakannya? Tiba-tiba Faed terkenang keluarganya. Macam mana jika dia membatalkan semuanya? Pasti semua ahli keluarga bakal marah dengannya. Dan, pastinya ibu dan abah mendapat malu nanti. Hatinya kembali luluh.

“Maafkan saya Aiz. Saya tak ada pilihan. Keputusan telah dibuat dan segalanya telah disiapkan.Saya terpaksa. Perkahwinan ni tak boleh dibatalkan. Iya melibatkan maruah keluarga. Maaf..."

 Faed bingkas bangun dan membelakangi Aizdin. Dia mahu berlalu dari situ. Dia takut sekiranya dia berlama, hatinya bakal berubah.

"Aiz, saya minta diri dulu. Saya harap awak sudi datang ke majlis saya nanti. Assalammualaikum."

“Faed, betul awak inginkan semua ini?”

Faed yang telah membelakangi Aizdin tidak jadi melangkah.Dia diam seketika, kemudian mengangguk lemah. Air mata yang sedari ditahan menitis jua ke pipi.

"Faed. Saya... saya nak buat pengakuan," tiba-tiba Aizdin berkata.

Faed terdiam.

"Saya tak tahu sejak bila... Tapi Faed... Saya rasa, saya dah mula cintakan awak. Faed, saya cintakan awak!"

Faed terkesima. Menggigil bibirnya. Dia tidak menyangka Aizdin akan mengungkapkannya.

"Aiz..." serunya perlahan.

"Faed, awak dengar tak? Saya... cintakan... awak, Faed!"

Faed menutup matanya. Ungkapan itu yang ingin dia dengar. Tetapi, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Semua telah diatur. Tidak lama lagi dia akan bergelar isteri orang.

"Aizdin, sebenarnya saya pun dah lama cintakan awak. Tapi awak tak pernah perasan kan saya. Dah lama Aiz, dah lama. Sejak kita belajar lagi. Masa awak kata awak cintakan Yus, hati saya sakit sangat. Tapi saya tahan. Namun, lepas awak berpisah dengan Yus, awak tetap juga tak dapat cintakan saya. Kenapa baru sekarang Aiz? Kenapa baru sekarang awak mengaku? Semuanya dah terlambat Aiz. Dah terlambat..." luah Faed bersama tangisan.

"Faed... jadi selama ni awak cintakan saya?" tanya Aizdin bagai tidak percaya.

"Ya. Memang saya cintakan awak! Tapi, maafkan saya Aiz. Saya tak dapat berbuat apa-apa lagi. Maafkan saya..."

Faed terus berlalu dengan juraian air mata. Aizdin pula tertunduk. Kesal bergumpal dalam hati. Ya Allah, kenapalah dia tidak perasan selama ini? Maafkan saya Faed!


 ~*~*~*~*~*~

Kanak-kanak berlari sana sini kegirangan. Suasana sememangnya riuh rendah. Tua dan muda bergotong-royong menyediakan hidangan. Di bilik pengantin yang dihias indah, Faed hanya termenung sendirian.Wajahnya sangat muram. Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya. Saat itu jiwanya meronta-ronta ingin lari tetapi ditahan saja. Tiada apa yang boleh dilakukan setelah semua persiapan telah disediakan. 

Suasana riuh bertukar sepi apabila sebuah kereta Pesona berwarna merah berhenti di perkarangan rumah pengantin. Lelaki berkemeja keluar dari tempat pemanduan.

“Faed! Faed! Faed!”

Faed mendengar nama dia dipanggil dari luar. Dia berjalan ke tepi tingkap. Suara itu tidak asing dengannya. 

“Faed, awak dengar tak? Ini saya, Aiz!"

Aizdin?

“Faed, keluarlah. Saya nak jumpa dengan awak."

Jika ikutkan hati mahu saja dia melangkah keluar saat ini. Tetapi bila memikirkan maruah keluarga dia memaku langkah. Maaf Aiz. Semua sudah terlambat.

“Saya sayang awak, Faed. Saya cintakan awak. Dengar tak? Tolonglah jangan teruskan perkahwinan ini. Saya betul, betul cintakan awak!" rayu Aizdin

Air mata menitis ke pipi. Faed menutup kedua-dua belah telinganya. Semua sudah tidak berguna lagi Aiz. Sekejap lagi saya akan jadi milik orang. Tolonglah jangan macam ni, rintih Faed dalam hati.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. “Abang Amar…”.

Amar tanpa banyak kata terus menarik tangan Fa’ed walaupun gadis itu meronta minta dilepaskan.

“Abang…”

Amar terus mengheret Faed hingga ke hadapan Aizdin. Ramai mata yang memandang tidak diendahkan langsung.

“Abang, apa abang buat ni? Abang tak patut buat macam ni!” marah Faed terhadap Amar, bakal suaminya.

“Patut! Abang memang patut buat begini dari sebelum kita bertunang lagi. Abang dah tahu segala-galanya, Faed. Faed cintakan Aizdin bukan abang! Kenapa Faed tak berterus terang saja supaya semua ini tidak berlaku?!”.Merah mata Amar menahan amarah. Faed jadi takut melihatnya. Dia tertunduk merenung lantai.

“Abang, Faed..."

Faed listen to me please! Jangan disebabkan abang dan disebabkan keluarga, Faed sanggup mengorbankan kebahagiaan Faed. Aizdin dah cerita tentang perasaan pada Faed kat abang. Patutlah selama ini bila abang tanya sama ada Faed cintakan abang atau tak, Faed cuma jawab sayang bukan cinta. Ini sebab cinta Faed bukan pada abang tapi pada Aizdin." Suara Amar kembali perlahan dan sayu. Memang dari dulu dia menyimpan perasaan pada gadis ini tetapi dia tak sanggup jika gadis ini berkorban untuknya. Apalah makna berkahwin dengan seseorang yang kita cinta, tetapi orang itu tidak cintakan kita.

“Maafkan Faed, abang..." Faed menunduk  lagi dan menangis.

“Faed, abang mahukan isteri bukan saja boleh menyayangi abang tetapi juga mampu untuk mencintai abang sepenuh jiwa. Faed hanya untuk Aizdin seorang. Cuma Aizdin yang mampu membuatkan Faed bahagia."

 Tangan Faed dibawa ke tangan Aizdin. Bersulaman erat. Faed menatap mata lelaki itu yang penuh dengan pengharapan. Dia menangis lagi.

“Jangan menangis, sayang. Aiz ada di sini. Aiz cintakan Faed. Lepas Faed menghindarkan diri dan selepas awak kata akan berkahwin, jiwa saya jadi kacau Faed. Lama kelamaan baru saya sedar sebenarnya selama ini saya cintakan awak, Faed. Maaf sebab menyeksa perasaan awak selama ini dan maaf kerana saya terlambat untuk memahami hati awak, Faed."

Air mata Faed diseka dengan ibu jari. 

"Saya cintakan awak Aiz," luah Faed dalam sendu. Mereka saling tersenyum dalam tangis. Setelah itu Faed memandang Amar di sebelahnya. Dia mendekati lelaki itu.

“Abang, maafkan Faed. Faed bersalah pada abang. Terima kasih, bang. Abang baik dengan Faed. Abang..." Kata-kata Faed terhenti.

“Hei, sudahlah tu.Pengantin tak elok banyak menangis. Nanti bila bersanding mata dah tak nampak."sempat Amar mengusik Faed. Mereka sama-sama ketawa.

“Ibu Ina, Abah Bakar tolong restu hubungan mereka ya,”.Amar meminta restu kepada kedua-dua orang tua Faed. Ibu Ina dan Abah Bakar senyum dam mengangguk setuju. Faed dan Aizdin lega.

“Aiz, dia menangis sebab awak. Dia risau sebab awak. Dia sayang sebab awak dan dia gembira sebab awak. Jadi tolong hargai dia seperti mana dia harga awak. Kalau awak buat dia susah hati dan menangis lagi, saya tak teragak-agak untuk curi dia balik dari awak," pesan Amar lalu menumbuk perlahan bahu Aizdin.

"Tak. Saya takkan sesekali buat dia menangis. Saya juga takkan benarkan awak culik dia dari saya Amar. In sha Allah... saya akan tetap sayang dia sehingga ke Jannah, Amar. Faed, saya Muhammad Aizdin Bin Muhammad Khalid... mahu awak menjadi yang sah buat saya, serta saya mahu awak menjadi permaisuri dan pemegang kunci hati saya selamanya. Sudikah awak menjadi pemilik tulang rusuk saya?" 

Faed kelu. Adakah ini bermaksud Aizdin melamarnya?

"Saya sudi Aiz. Saya sudi!" ucap Faed. Air mata untuk sekian kalinya merembes ke pipi. Dia bahagia. Syukur Ya Allah!

“Sudah-sudah! Aiz jom ikut saya pergi tukar baju. Lepas ni awak berdua terus nak bernikah." Membulat mata Aizdin mendengar Amar berkata seperti itu. Sekarang?

“Kenapa? Tak nak? Tak nak tak apa... biar saya aje yang bernikah dengan Faed," seloroh Amar.

“Eh... eh nak! Siapa kata tak nak," laju saja sahut Aizdin. 

Mereka yang mendengar terus tergelak dengan aksi Aizdin. Faed apatah lagi. 

"Terima kasih Amar. Saya tak tahu hendak kata apa. Saya betul-betul berterima kasih kepada awak. Nanti duit hantaran saya..."

Amar memotong tiba-tiba.

"Aiz, awak jangan risau pasal duit hantaran. Anggap saja saya sponsor sebagai hadiah untuk awak berdua. Saya cuma harap, awak jaga Faed elok-elok ya?"

Aizdin terharu. Amar seorang lelaki yang baik. Tubuh Amar dipeluk kejap dan kemudian dilepaskan.

"Ya. Saya akan jaga dia seperti mana saya jaga nyawa saya," ujar Aizdin sambil menggenggam erat jari jemari Faed. Faed tersenyum padanya.

Akhirnya kisah antara Faed dan Aizdin menemui sinar kebahagiaan. Faed sudah sah menjadi isteri kepada Aizdin. Dia tidak perlu lagi menunggu Aizdin lagi kerana lelaki itu sudah ditakdirkan untuknya.Alhamdulillah... kita cuma mampu merancang tetapi Allah saja yang menentukan. Kebahagiaan kini milik mereka. Moga mereka kekal hingga ke akhir hayat.





                                                                        TAMAT
           

                       

Khamis, 23 Mei 2013

Cik Spy Cinta



AN AN AN… tottemo daisuki DORAEMON! Bergegar-gegar meja lampu tidur dibuatnya.

“Hish, apa pulak si Doraemon ni nak? Siapa pulak call time sedap-sedap tidur ni? Hmm…hello!”

“Siti Zakiah Hanim Binti Usman! Pukul berapa dah ni? Bangun cepat!”

“Mak... Buang tabiat apa call-call orang ni. Kan boleh panggil aje.  Satu rumah pun.  Membazir bil aje”, bebel aku dengan nada seakan-akan merajuk.  Aku dengan mak dan ayah memang macam kawan-kawan, sekepala pula.  Kadang-kadang lembut, kadang-kadang kasar.  Walaupun macam tu aku tetap hormat orang tua.

“Macam mana nak kejut.  Pintu berkunci.  Panggil pun bukan kau sedar.  Nak tercabut anak tekak mak tau.  Bangun cepat! Pergi kerja!”

Pergi kerja? Haa... dah pukul 8.30 pagi! Bagai tak percaya,sekali lagi jam Iphone dikerling.  Betul! Aku dah lambat.  Arrgghh!… Kena cepat-cepat ni.  Sepantas kilat aku berlari ke bilik air.  Habis tercampak Iphone.  Mandi cowboy ajelah. Dah tak ada masa…

 Siap melengkapkan diri aku terus mendapatkan ayah yang sibuk membaca akhbar di meja makan. 

“Ayah, Kiah pergi dulu!” Ayah mengangguk.Aku salam tangannya.Kemudian aku mendapatkan mak pula. 

“Mak,Kiah pergi dulu!”

“Eh,nanti dulu”.

Belum sempat aku nak melangkah mak dah tahan.

“Apa lagi mak? Kiah dah lambat ni.  Nak pergi kerja.  Kang marah bos nanti”.

 Mak menghulurkan sekeping roti disapu jem coklat bercampur kacang dan satu mug air milo panas yang hampir suam. Mak memang takkan benarkan aku pergi kerja dengan perut kosong. “Minum dan makan dulu. Tergesa sangat.  Buatlah lagi perangai bangun lambat kau tu.  Kau kena ingat kau tu ada gastrik".

 “Yalah…yalah”.  Aku terus potong bebel mak.  Kalau dia dah buka mulut... tuhan aje yang tahu! Silap hari bulan aku duduk dekat rumah aje.

“Kiah pergi dulu!”, laung aku sambil berlari mendapatkan Rosalinda, skuter pink aku.  Comelkan nama tu? Aku ni memang minah pink, semua benda mesti pink.  Tapi kalau aku suka pink tak semestinya aku suka menggedik. Yalah, banyak orang cakap pink ni ada kaitan dengan kegedikan. Betul ke?

 Ayah dengan mak hanya mampu menggeleng melihat aku yang setiap pagi kelam-kabut.  Alah, dorang faham benar dengan anak perempuan dorang ni.  Asyik-asyik lambat, asyik-asyik lambat. Hmm…entah bila nak cepat, Kiah.


*#*#*#*#*

Aku teragak-agak hendak masuk ke dalam pejabat ketua bahagian ‘Unit Berita Sensasi Artis’ ni. Wah, dengar nama aje dah panas! Hish, macam manalah nama aku boleh dipindahkan ke unit ini? Elok-elok dekat Unit Jenayah kena pindah pulak di sini.  Memang aku kurang berkenan dengan pemindahan ini.  Tapi nak buat macam mana?  Dah ini arahan pihak atasan.  Nak tak nak kena ikut juga.  Biasalah, itu yang dinamakan wartawan serba boleh.

 Aku ketuk pintu separa cermin itu.  Aku jenguk sedikit ke dalam.  Ada seorang wanita gempal sibuk menilik fail. “Masuk!”

Berhati-hati aku mengatur langkah.  Sampai di hadapannya aku memberi salam. “Assalammualaikum,puan”. Penuh sopan. Orang baru kenalah tunjuk baik. Hehehe…

“Wa’alaikumsalam”,  jawapnya dengan muka ketat.  Langsung tak senyum.

Mak aii… muka macam mak tiri siot! Aku curi sikit pandang tag namanya.  Oh, nama dia Siti Norbaya. Pendek cerita aku gelar dia NB ajelah.

“Puan..”

“Awak Zakiah Hanim, kan? Wartawan bahagian Unit Jenayah yang baru dipindahkan ke dalam unit ini”.

“Ya,puan”.

Dia memandang aku dengan pandangan yang tidak puas hati.  Nasib kaulah Kiah.  Hari pertama dengan dia dah buat dia naik angin. “Awak tahu dah pukul berapa?”  Mercerlang mata dia.

Adoi,  kena tembak aku kejap lagi! Salah kaulah ni Kiah.  Apasal kau bangun lambat sangat? Lagi lambat dari yang biasa.  Kau saja tempah maut, kan! Pagi-pagi dah kena attack. Padan muka!

“Hai, saya Abby.  Tadi kena marah ke dengan dia?”

Dia? Dia siapa? Ohh… mungkin dia maksudkan si NB.

“Saya Zakiah. Panggil Kiah.Alah kena marah tu biasalah. Memang salah saya pun”.  Kami berjabat tangan.

“Biasalah dia tu.  Selalu moody tak tentu pasal.  Sabar ajelah”.

Aku dan Abby ketawa kecil.


*#*#*#*#*

Hampir empat bulan aku dipindahkan ke unit ini.  Aku pun dah rapat dengan yang lain terutama Abby .  Si Abby memang mulut becok dan kadang-kadang tak ada insurans tapi aku suka berkawan dengan dia sebab dia ni jujur.  Di unit ini aku ditugaskan mengelola ruang ‘Soseh-soseh Artis’ yang dahulunya dikelolakan oleh Abby.  Aku sekadar tulis ikut khabar angin saja.  Tak perlu nak pergi siasat sana sini.  Hmm… rindu pulak aku nak pergi menyiasat macam dulu-dulu.

Abby keluar dari bilik NB dengan muka muram.  Aku memanggilnya apabila dia melewati meja aku. “Abby…Abby..”.

“Haa…asal kau panggil aku?”

“Weh, mood orang tua tu okey tak?”

Abby mengeluh lemah.  Ni mesti dia baru kena tiau dengan ‘mak singa’ tu.

“Hmm…macam biasalah Kiah.Bulan mengambang.Hujan aku kat dalam tu kena sembur dengan dia”.

Lepas ini mesti aku pulak kena menghadap dia. Alamak! Soseh-soseh minggu ni tak siap lagi. Mampus aku!

“Eh, dahlah.  Pergi balik tempat kau sana.  Kejap lagi kang aku pulak kena panggil.  Kerja tak siap lagi ni”.  Aku halau dia padahal tadi aku yang beria sangat panggil.  Sabar ajelah aku ni.

 Merengus Abby.  Pantas dia ke tempatnya semula.  Aku pulak cepat-cepat menaip.

“Zakiah! Masuk bilik saya sekarang." NB panggil aku melalui interkorm.  Terus aku terhenti menaip.

Tersengih-sengih Abby melihat muka kelat aku.  Siap dia goyangkan jari telunjuk lagi. ‘Ayoyok….Kiah.Siaplah kau’, mesti itu yang dia nak cakap.  Malas hendak melayan dia, aku cepat-cepat berlalu. Matilah aku.  Kena tiau kejap lagi!.

Terkulat-kulat aku hendak membuka pintu.  Terbuka saja pintu aku ternampak seorang lelaki bertubuh keding sedang membelakangi aku dan duduk di depan NB.

“Zakiah apa yang awak tunggu lagi? Masuklah”.

Aku menelan liur. Hish,  malulah aku nanti kalau kena marah dengan dia di depan orang.  Tempat duduk di sebelah lelaki itu menjadi pelabuhan punggung aku.  Aku menoleh sedikit ke sebelah. Lelaki itu tersenyum senang. Eh, macam kenal.  Kenapa begitu familiar? Toleh lagi. Sah, si kerempeng ni Saiful, cameraman, partner aku masa di unit jenayah. Tapi apa hal pulak?

“Zakiah saya pasti awak dengan Saiful dah pun kenal.  Saya tahu awak berdua pernah bekerjasama semasa di unit jenayah.  Sekarang sekali lagi dia akan menjadi partner awak”.

“Oh… Tapi puan kenapa pulak saya kena bekerjasama dengan dia?”,  aku pandang muka Saiful. Dia asyik terkebil-kebil dari tadi. Saiful angkat bahu tanda tak faham.

Aku tenung NB.  Dia ketawa jahat.  Haa, mesti ada yang tak kena ni. Hati aku dah tak sedap.


*#*#*#*#*

Kak,kau pasti ke ini rumah dia?”

Tembok tinggi banglo mewah aku perhatikan. Memikirkan cara hendak menghendap ke dalam. Anak Usman dan Rosnah kena cap sebagai minah skodenglah lepas ni.  Apa nak buat?  Terpaksa.  Kalau si NB ini tak suruh aku buat kerja bodoh ni memang taklah aku nak ke sini.  Si Farid Zackry pun satu,apa pasal dia ni banyak sangat khabar angin.  Hish, menyusahkan betul.

“Betul.  Aku dah siasat dah  .Sinilah rumah suspek”. Wah, aku cakap macam menjejaki penjenayahlah pulak. Cayalah Kiah!

“Eh, kau nak ke mana, kak?”

“Hish,  kau ni diamlah sikit.  Aku nak pergi panjat pokok sana nun”.

“Aduyai…”, keluh Saiful.

“Kau tunggu bawah kejap.  Aku kena tengok-tengok kawasan rumah”.  Aku mula memanjat. Memang tak manis gadis macam aku panjat pokok,  tapi ada aku kisah?

“Kak,  kau nampak apa kat dalam tu?”

Sekeliling banglo mewah itu mewah bagaikan istana.  Fuyohh! Greatlah rumah dia! Gila besar wa cakap lu!  Kalah rumah aku yang sekangkang kera.  Tiba-tiba pintu pagar automatik terbuka.  Ferrari berwarna merah masuk ke garaj.  Melalui cermin tingkap yang sedikit gelap aku dapat melihat kelibat seorang gadis.  Bila Farid Zackry turun, gadis disebelahnya turun sama. Itukan Lisa Surihana.  Dia buat apa kat sini?

“Kak!”, jerit Saiful dalam nada perlahan.  Kacau daun betul dia ni.

“Suspek dah masuk.Kau naik cepat!”.Pantas Saiful memanjat.Dia ambil tempat di dahan sebelah.

“Ambil gambar dorang.  Jangan sampai terlepas.Aku nak turun ni”.

Saiful mengangguk kecil.

Turun saja dari pokok aku menepuk-nepuk jaket yang berhabuk. Aku memerhatikan sekeliling.  Tiba-tiba mata aku tertancap pada sesuatu objek besar berbulu dan berwarna hitam.  Anjing! Dia sedang memerhatikan aku dengan muka bengis.  Aku seriau!

“Sai…Saiful...Sai…ful!”  Kelu lidah aku.Cakap pun tergagap.

Saiful terkial-kial hendak turun.  Dia sudah selesai mengambil gambar.

“Apasal, kak?”

“Saiful…bala di depan. Cepatlah!” Aku buat-buat sengih.  Macamlah anjing tu cair tengok sengih kau, Kiah. Entah apa-apa…

“Macam nampak hantu aje,  kak”.

“Memang aku nampak hantu. Tapi ini bukan hantu biasa. Ini hantu banyak gigi. Kalau kena gigit, naya! Kau tengok tu…”  Berkerut-kerut dahi Saiful bila aku suruh toleh ke depan.

Bagai nak tersembul biji mata dia. “Kak, apa ki… kita nak buat ni?”,  terketar-ketar dia. Ceh,takut kalahkan perempuan betul. Kaki menggigil habis.

“Apa lagi. Ca alip but. Cabut!”, terus aku angkat kaki.

“Woi,kak!.Tunggu aku!”

 Hahaha.  Macam lari marathon. Tak cukup tanah kami berlari.


*#*#*#*#*


Tergelak Saiful melihat aku berbaju kurung.  Bukan ketawa sebab tak cantik tapi katanya dia tak pernah tengok aku berbaju kurung seperti ini.  Yalah aku ini minah paling sempoi. T’shirt dan kemeja jadi pakaian harian aku.

“Memang sesuai dengan cita rasa orang gaji, kak”.

“Hoi! Mulut tu jaga sikit.Aku bagi kang!”

“Gurau aje. Janganlah marah kak,nanti ayu jadi tak ayu pulak”.

Eee, dia ini kan ada aje nak kenakan aku. Eh, tapi tadi dia kata aku ayu. Tak apalah kira dimaafkan aje. Perasan kau Kiah.

“Dah.Turunkan aku kat sini”.  Saiful memberhentikan kereta selang tiga rumah dari rumah Farid Kamal.

“Semua dah ada?”

“Beres! Okey kau ikut rancangan kita dua minggu lepas.  Kau ekori dia dari luar.  Aku pulak jalankan tugas dalam rumah.  Haa…gambar jangan lupa snap. Itu bukti penting kita”, pesan aku sebelum berlalu pergi.

Pintu pagar terbuka jadi aku main redah aje.  Aku berdiri betul-betul di hadapan pintu utama rumah banglo mewah itu.  Aku tekan lonceng. Dua, tiga kali ditekan barulah pintu terbuka.  Terjengul kepala dari dalam pintu.

“Hmm..cari siapa?”,tanya lelaki itu dengan suara serak dan mata yang kuyu.Rambut serabai mcam hutan rimba.Macam baru bangun tidur.Buruk benar dia.Berbeza ketika di tv.

“Assalammualaikum”.

“Wa’alaikumusalam”.

“Saya Sakinah. Orang gaji yang Encik Rehal, pengurus encik suruh ke sini”. Aku memperkenalkan diri.  Oh ya,  aku sekarang dah jadi orang lain. Zakiah bertukar jadi Sakinah.

Farid Zackry memandang aku atas bawah sebelum membenarkan aku masuk.


*#*#*#*#*


Aku sibuk menyediakan perkakas dapur untuk memasak makanan malam.  Okey, tugas aku dekat banglo ni cuma memasak makanan untuk Farid Zackry saja.  Kira jadi cheflah.  Mujur aku ini bab memasak lulus.  Tak sia-sia aku belajar paksa rela memasak dari emak.  Tadi siang aku di bawa Wati melihat sekeliling rumah.  Terdapat sebuah rumah kecil di belakang banglo ini.  Di sekelilingnya terdengar-dengar bunyi mengiau seperti bunyi kucing tapi bila di cari tak ada.  Dan aku pelik apa fungsi rumah yang dihias dengan lukisan indah itu.  Ah, baik aku tanya Wati.

“Hmm…Wati saya tanya sikit eh.  Rumah kecil kat belakang ni, rumah apa ya?  Semalam masa lalu situ saya dengar bunyi kucing tapi tak ada orang pula”.

“Oh,rumah itu ya. Itu rumah kucing Tuan Farid,  Kinah”.

“Rumah kucing?”

“Ya.  Tuan  gemarkan kucing.  Dalam rumah terdapat 30 ekor kucing kampung dan parsi.  Tuan  sendiri yang mengurusin mereka semua.  Tuan sangat suka sama kucing”.

Wah,  tak sangka dia sukakan kucing sampai sanggup bela sebanyak itu.  Jarang melihat lelaki sukakan kucing begitu sekali.  Lembut juga hati dia ni.

Aku hanya mengangguk.

Selesai saja memasak aku ke tingkat atas untuk menunaikan solat maghrib.  Surau di tingkat dua. Sebelum ke surau kaki aku berhenti sebuah kamar yang terdapat gambar Farid Zackry segak bergaya dengan kot dan cermin mata hitam.  Senyumnya memang menggoda.  Tapi sayangnya terlalu banyak khabar angin tentang lelaki ini.  Susah juga kalau dah jadi terlampau popular.

Kedengaran seperti kereta masuk ke garaj.  Aku cepat-cepat berlari untuk bersolat.

Genap sebulan aku bekerja di rumah Farid Zackry.  Banyak juga sikap lelaki ini yang aku tak jangka. Dia suka baca novel.  Dari novel romantik komedi,  thriller dan sedih bersusun kemas pada rak buku di bilik bacaan.  Dia jarang makan di luar  .Lauk kegemaran dia cuma  lauk kampung.  Kalau lauk western memang dia makan sikit aje.  Hmm..  nampak aje dia smart dan sedikit sombong tapi jiwa dia tetap kampung.  Dia juga begitu sayang dengan kucing.  Semasa aku baru bekerja di sini sikapnya agak dingin tapi sekarang dia semakin mesra pula.  Senyum dia sangat manis. Haish,Kiah apa kau merepek?  Fokus! Ingat tujuan utama kau ke sini.

Cepat-cepat aku cuba kembali fokus pada potongan sayur.

“Tuan udah balik”.

“Haa!”

“Kina buatkan air kopi dulu.  Biarin Wati goreng sayurnya.Tuan ada tamu tu”.  Terus Wati mengambil posisi aku.

Aku jerang air.Ada tetamu? Siapa?Kopi yang siap di bancuh aku bawa ke depan.

Kelihatan seorang wanita sedang duduk di sofa.  Aku cuba amati.  Eh,  itukan Lisa Surihana,  seorang pelakon wanita terkenal.  Dia inilah yang dikatakan banyak digosipkan dengan majikannya.  Farid Zackry tiada di situ.  Mungkin dia di atas.

“You ni siapa?”,  berkerut-kerut dahi dia memandang aku.  Dia pandang atas bawah lagi.  Macam tak puas hati aje.

“Saya tukang masak rumah ni,cik”.

“Tukang masak? I tak pernah jumpa pun sebelum ni”.  Dalam nadanya bersuara seperti tak puas hati dengan jawapan yang aku beri.

“Saya baru sebulan setengah bekerja di sini,cik”.

“Oh…”.Aku mengatur langkah perlahan hendak ke dapur setelah pasti tiada apa lagi yang hendak di tanya.

Meoww! Aku menoleh.Ingin melihat gelagat pelakon pujaan ramai itu. Yalah,aku mengaku, aku pun minat gak kat dia apa.

Oh,little cute cat. How sweet!

Aku ralit memerhatikan dia dari belakang.

“OMG! You such a bad cat!”  Tiba-tiba aku terdengar dia menjerit. Aku jengah sedikit.  Anak kucing tu kencing atas dia!  Hahaha.Lisa Surihana mencampak anak kucing berwarna coklat itu jauh darinya.  Kasihan dia dicampak dengan begitu kasar sekali.  Cepat-cepat aku angkat dan dukung dia.

Oh,my clothes.  Kau kencingkan baju aku.  Sial punya kucing!”  Terkedu aku bila dengar ayat kasar sebegitu dari mulutnya.  Dia yang terkenal dengan kelembutan dan kesopanan tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat.

Farid Zackry turun sambil menjinjing beg sandang.Aku melarikan diri ke pintu dapur.  Cuba untuk menelinga walaupun suara mereka kurang kedengaran.

“You kena tukar baju tu.  Lepas kita makan tengah hari nanti kita singgah apartment you dulu,  tukar baju”.

“Eh,  tak apalah.  Lagi pun I tak bawak baju spare”.

“Tak apa pembantu I ada.  Mereka boleh pinjamkan baju untuk you”.

“Haa,baju pembantu?”

“You kena tukar.  Kalau tak lama-lama hancing nanti.  Tinggalkan baju you disini biar pembantu I basuh”.

“Emm…”,  macam nak tak nak aje dia mengiyakan.

“Kinah!”

Aku menurunkan anak kucing tadi.  Sepantas kilat aku berdiri disebelah Lisa Surihana.  Aku perasan mata gadis itu menjeling aku tajam.  Aku buat tak tahu saja.  Dia ada mata,biarlah.

Setelah memberikan sehelai t’shirt dan seluar sleck kepada Lisa Surihana,  aku ke dapur semula.

“Ngapain Cik Lisa tu Kinah?”

“Baby Meow kencing atas baju dia”.

Terbahak-bahak Wati ketawa.Bila aku tegur baru tawanya reda.

“Amboi Wati ketawakan orang nombor satu.  Syhh,  nanti dengar dek Cik Lisa.  Kerap ke Cik Lisa ke sini,  Wati?”

“Kerap jugak.  Tapi biasanya dia ke sini bila ada shooting sama tuan.  Kadang ada juga dia ke sini atas alasan mahu menjenguk kucing belaan tuan.  Tapi firasat Wati mengatakan bahawa dia ke sini cuma mahu dekat sama tuan”.

Aku mengangguk saja. “Dia orang nampak sepadan aje kan?”

“Hish,  ngak cocok ah.  Cik Lisa orangnya sangat gedik.  Dari mata Wati tuan itu seperti terpaksa aja layan dia.  Tapi kalau tuan sama Kinah emang cocok.  Pokoknya sesuai deh”.

“Wati ni entah apa-apa ajelah”,  terkejut aku bila dia berkata seperti itu. Wati memang suka kenen kan aku dengan Farid Zackry.  Sampai kadang-kadang tu aku jadi malu.  Ceh, gitu!


*#*#*#*#*

“Kalau dah sah kau pendek, pendek jugak kau Kiah”.  Terjingkit-jingkit aku hendak membetulkan kedudukan gambar yang senget.Hari ini aku membantu Wati mengemas.  Wati kelihatan seperti tidak sihat saja. Aku suruh dia berehat saja setelah dia siap membasuh pakaian.

“Opss!”  Tapi aku duga,a  ku terpijak tepi kerusi dan badan aku hilang imbangan.  Aku terasa badan aku disambut.  Telinga aku telekup pada dada seseorang.  Dup dap dup dap! bunyinya.  Aku buka mata.  Farid Zackry!  Cepat-cepat aku loncat dari dukungannya.  Aku cuba untuk berdiri tapi tak boleh.  Buku lali aku sakit yang amat.

“Mari saya tolong”.  Aku tidak dapat kata tidak.  Aku memang memerlukan pertolongan dari dia.  Sekarang ni bukan masa jual mahal tau.  Dia memapah aku duduk di sofa.

“Buat apa awak panjat.Inikan kerja Wati”.

“Saya cuma nak betulkan gambar tu.  Wati tak berapa sihat.  Itu sebab saya tolong”.  Aku cuba bangun untuk ke dapur. Berasa tidak selesa untuk berlama dengannya.  Jantung aku pun makin lama makin nak melompat!

“Duduk sini.Biar saya urutkan buku lali awak .Kaki awak ni terseliuh sikit”.  Lengan aku ditarik sehingga terduduk kembali.  Aku terpaku dan tidak mampu membantah.  Dia membelek kaki aku.

“Eh,tak payahlah Encik Farid”.

“Wati!  Wati bawakkan minyak angin ke mari”.

Wati keluar bersama sebotol minyak.  Dia mendekati aku dengan senyuman nakalnya.

Tekun dia mengurut.  Hati aku sudah jadi semakin lama semakin tidak keruan.  Dup dap dup dap serupa bunyinya semasa aku tersembam di dadanya tadi.  Debaran yang begitu ekstrim aku kira.

“Encik Farid dahlah.  Nanti saya urut sendiri.  Rasa tak manis pulak”.  Aku larikan kaki dan mengambil botol minyak ditangannya.

Dia berdiri dan tersenyum manis.Adoi,aku cukup terpersona!.Mesti dia nampak muka aku yang dah mula merah.Malunya!

“Hari ni tak payah masak.Saya order luar aje”,katanya sebelum beredar.

Aku tak mampu berkata apa.Cuma diam membisu.lepas dia beredar,aku cengkam dada.Wahai hati kembalilah kau tenang.


*#*#*#*#*

“Hmm…boleh saya duduk sini?”,  konsentrasi aku merenung bulan terganggu.

Aku angguk saja. Rumah dia,  dia punya sukalah nak duduk mana.

“Cantikkan bulan malam ni.  Bulat dan terang aje”.  Aku diam saja sebab tak tahu nak kata apa.

“Kinah,awak memang suka tenung bulankan.  Tiap-tiap malam saya tengok awak duduk dekat sini”.

Haa,  dia skodeng aku ke? Memang setiap malam bila kerja dah habis aku suka menghabiskan masa begini.  Nak rileks kan otak.

“Saya memang suka tenung bulan tu. Nampak tenang aje”.

Aku menoleh ke sebelah.Mata kami bertembung. Rupa-rupanya dia tengah tenung aku.  Adoi,  mana nak sembunyikan muka aku ni! Sepantas kilat aku melarikan anak mata.

“Awak tahu tak Kinah. Muka awak ni lebih cantik dari bulan”.  Tiba-tiba dia memuji aku. Mestilah aku tercengang.  Siap tersipu malu lagi.Bagai ada maksud tersirat ni.

“Ada-ada ajelah Encik Farid ni.Bulan tu lagi cantik.Tengok bentuknya,sempurna”.

“Apa yang awak nampak itu dari jauh saja.  Cuba awak dekat-dekat,  banyak lopak jerawat kat muka bulan.  Itu maknanya awak lagi cantik”.

Makin aku tersipu.  Hai Kiah sejak bila kau jadi malu-malu bila di puji?

“Kinah saya sebenarnya…”

“Kinah!”,belum sempat dia nak menyambung ayat,  Wati memanggil aku di belakang.  Hmm, Wati ni sibuk ajelah.

“Ya,Wati”.

“Ada yang telefon ni”.  Wati menghulurkan telefon bimbit aku.  Lupa pula aku nak ambil Iphone di atas meja dapur tadi.  Aku menjengah skrin.NB! Alahai dia nak apa pulak?

Segera aku meminta diri dan berlalu masuk ke dalam bilik.


*#*#*#*#*


Lagi tiga hari tempoh yang diberikan NB akan tamat.  Kami diberikan tiga bulan untuk menyiasat Farid Zackry yang terlalu banyak gossip. Aku jadi serba salah.  Sama ada hendak menulis yang 100% betul atau betul vs rekaan.  Aduh,  pening-pening…  Menurut NB dia mahu berita yang kaw-kaw,  kalau reka pun dia tak kisah,  janji menjadi gossip utama.  Tapi aku dalam dilema.  Haish Kiah,  apalah nasib kau.  Berani kerana benar ajelah.  Tulis apa yang betul.  Mak pun pernah pesan kalau menulis cerita tu biarlah betul faktanya.  Kalau tidak takut jadi fitnah.  Berdosa oi! .Ya,  Kiah kau kena tulis apa yang betul bukan rekaan semata.  Aku memperingati diri

Aku telah berhenti bekerja dirumah Farid Zackry seminggu sebelum tempoh tiga bulan tamat dengan alasan hendak pulang ke kampung.  Farid Zackry kelihatan kecewa dengan keputusan yang aku ambil.  Aku tak tahu kenapa.  Riak wajah dia bagai membantah.  Selepas saja aku kata hendak berhenti dan meminta maaf dia terus naik ke atas.  Apakah dia ada hati dekat aku?

Semua laporan yang kami buat aku suruh Saiful menghantarnya.  Aku seperti tiada kekuatan untuk menghantarnya .  Hati aku bagai tak tenang saja.  Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ditukarkan ke unit lama dengan alasan tidak sesuai dengan ‘Unit Berita Sensasi Artis’.  Dua minggu selepas itu berita penulisan aku keluar didada akhbar.  Huru-hara juga dalam ofis aku tengok.  Siap ada yang ucap tahniah kepada aku sebab aku telah berjaya menulis berita meletop! Aku baca tajuk dia “Farid Zackry Ada Skandal Dengan Lisa Surihana!” Gambar dua artis itu keluar dari Ferrari terpampang besar. Aku baca pula isi-isi,  sah memang bukan aku yang punya.Tapi nama penulisnya adalah aku.Oh,tidak ini mesti kerja NB!.Aku berjumpa NB,dengan senang hati dia mengaku bahawa dia yang olah semula ayat-ayat aku.Dia juga mengatakan bahawa orang sekarang lebih suka berita hot seperti ini daripada berita yang jujur.Aku disuruhnya berterima kasih kepada dia kerana telah menaikkan nama aku sebagai wartawan paling popular pada saat itu.Arghh!...bukan aku mengejar kepopularan pun.  Rasa kesal dengan perbuatan NB menebal.

Aku ke rumah Farid Zackry untuk meminta maaf dan menjelaskan semuanya.  Namun,aku hampa, menurut Wati sudah seminggu lelaki itu pergi tanpa meninggalkan pesan setelah berita itu keluar. Aku semakin rasa bersalah.  Hati aku rasa marah juga.  Adakah dia terasa dengan berita itu?  Ke  mana dia menghilangkan diri?  Maafkan aku Farid Zackry…


*#*#*#*#*

Angin sepoi-sepoi bahasa menghempas tepian pantai Klebang pada petang itu.  Sementara menerima keputusan perpindahan aku ke unit lama,  aku meminta cuti seminggu untuk berehat.  Berita kehilangan Farid Zackry selama dua bulan lamanya membuatkan aku susah hati.  Semasa aku mahu berjalan-jalan ditepi pantai seorang lelaki berjaket jeans biru,  bertopi dan berkaca mata hitam melanggar bahu aku kuat secara tiba-tiba.  Aku terdorong ke belakang.

“Hoi,encik buta ke!”,  main langgar orang aje.  Mata letak mana?

Lelaki itu berpaling.  Berdiri tepat di depan aku.  Wajahnya menunduk dan masih berkaca mata.  Apahal pulak?

“Encik lain kali jalan tengok depanlah. Di tiba-tiba langgar orang.  Maaf pun tidak”.

“Maafkan saya”.  Eh,  macam kenal aje suara tu.  Mungkinkah…  Lelaki itu mendongak dan membuka topi serta kaca matanya.  Aku terkedu.Jantung berdegup laju.

“Awak…”

Aku dan Farid Zackry duduk diatas pasir merenung langit yang mula menukar warna.  Aku telah ceritakan semuanya dan telah membongkarkan identiti aku juga.  Dia seperti tidak terkejut pun.

“Awak tak marahkan saya?" Pelik.  Aku rasa salah aku cukup besar padanya.  Tapi dia nampak tenang.

Dia menggeleng. “Tak.Dah lama,  saya malas nak ingat.  Mula-mula tu memang saya marah sangat tapi lama-lama marah tu hilang  .Lagi pun awak buat semua tu kerana tugas awak.  Saya faham”.  Semudah itu?

“Saya dah musnahkan karier awak sebagai artis.  Saya sangat kesal.  Dan…  saya bersalah sebab berbohong pada awak.  Awak bawak diri pun kerana saya”.

Farid Zackry cuma senyum.  Aku semakin serba salah.

“Saya lari ke sini bukanlah kerana awak bohong pada saya Zakiah.  Saya sebenarnya ke sini untuk menguruskan bisnes saya dengan seorang kawan untuk membuka pusat peranginan di sini.  Pasal gossip tu,itu saya dah lupakan  .Sebenarnya,  selepas gossip tu keluar saya upah seorang penyiasat untuk siasat siapa yang menulis cerita itu.  Awalnya bila saya dah dapat tahu siapa orang itu,  saya terfikir untuk saman dia.  Bila saya tahu penulis itu awak , saya batalkan saja”.

“Kenapa awak batalkan saman tu?”

“Sebab… saya tak nak awak susah. Lagi pun buat apa saya nak saman sedangkan saya sendiri juga salah”.  Dia tak nak susahkan aku.  Sungguh mulia hati dia.

Dahi aku berlapis.  Kenapa pulak dia kata diri dia salah?

“Saya yang selalu membenarkan Lisa datang ke rumah.  Kalau saya halang dia kerap datang ke rumah saya pasti tak ada sebarang spekulasi”.

“Awak tak terfikir hendak balik semula ke KL dan jelaskan semuanya? Saya akan tolong awak jika awak nak”.

“Ya.Saya memang akan balik KL.  Saya akan jelaskan semuanya dan saya nak awak tolong saya untuk membersihkan nama Lisa sekali.  Dia tak bersalah dalam hal ni.  Saya rancang untuk membuat sidang akhbar untuk mengumumkan yang saya akan bersara dari dunia lakonan juga”.

“Haa? Tapi kenapa?”

“Hish,  wartawan ni memang suka banyak tanyakan”.  Dia ketawa kecil.  “Sebenarnya dah lama saya niat nak bersara dan tumpukan pada perniagaan.Tapi tulah ,baru sekarang baru saya buat.  Dah, lepas ni semua kes ni kira tutup okey.  Dan saya tak nak awak minta maaf lagi”.

“Terima kasih awak kerana memaafkan saya”. Dia senyum lagi.

“Saya pergi dululah.  Dah nak maghrib ni”.  Aku berdiri dan mula melangkah.

“Zakiah”.

“Humm..”  ,berhenti melangkah dan berpaling ke belakang.

“Sudi tak awak keluar dating dengan saya esok?  Kalau awak tak sudi tak apa”.

Aku senyum lebar.  Muka tak payah nak cakaplah.Merah habis!  Nasib dah gelap sikit kalau tak dia nampak muka aku yang blushing ni.Aku mengangguk kecil.Malu kononnya.Dalam hati dah menjerit 'yes!'.  Hish,  gelojoh kau ya.

Farid Zackry tersenyum lagi. Kali ini aku nampak senyum dia lebih bahagia.  Aku pun turut bahagia.  Aku berdoa supaya perhubungan kami yang baru bermula ini akan kekal sehingga dia betul-betul melafazkan perkataan keramat itu.  Amin.


Tamat


~pst: Ira tahu cerpen ni banyak salah dia.  Maaf atas kekurangan dan entah apa2 yang ditulis.. enjoy reading!^_^