Ahad, 25 Ogos 2013

My Love, Mrs. Kerek~Part 2~

Cover baru

“Macam mana aku nak dapatkan duit tiga ribu tu?”, Amy menggaru-garu kepalanya.

Pening kepalanya memikirkan tentang duit ganti rugi mamat kerek itu.  Television yang menyiarkan kartun kegemarannya, Shin Chan tidak diendahkan langsung.  Otaknya ligat memikirkan cara hendak menyelesaikannya segera agar dia tidak perlu mengikut kehendak Rayyan.  Dia dapat merasakan lelaki itu seolah-olah mahu mengenakannya.  Tengok aje senyum dia tadi.  Eee…serius seram!

Fikirannya semakin serabut dan kusut.  Duduk pun sudah tidak menentu.  Kejap bersila atas sofa, kejap berdiri, kejap dia baring sambil menjuntaikan kaki di tepi sofa.  Naik lunyai sofa itu dikerjakannya.

“Kalaulah aku dapat duit tu, tak payah aku ikut semua kemahuan mamat tu nanti.  Aku pun terlepas.  Hish,kaulah ni Amy.  Bercakap suka main lepas aje.  Tak pandang-pandang, tak fikir-fikir dulu.  Sekarang ni tengok, kau sendiri yang dapat susah,kan?”, Amy memarahi dirinya.

“Assalammualaikum!” Laung satu suara dari arah luar rumah dan serentak itu pintu dibuka.Mak dan abah dah balik!.

“Wa’alaikumsalam…”.

Amy terus bangun menyambut kepulangan kedua-dua orang tuanya daripada berniaga.  Tangan mak dan abahnya segera dicapai dan menyalaminya.

“Waras,endok?”,  tanya mak sambil membuka tudung dan dicampak ke sofa.

Soalan biasa yang di utarakan mereka selepas balik kerja.  Biasanya kedua-dua orang tua Amy keluar awal pagi untuk berniaga.  Oleh itu mereka tidak sempat untuk melihat keadaan anak dara tunggal mereka ini yang selalu saja bangun lewat.  Hmm,anak dara apalah aku ni erk? Masa mereka sekeluarga agak terhad.  Bila malam mahu menjelma barulah mereka dapat berjumpa dan berkumpul.

 Sebenarnya Amy dan keluarganya berasal dari Pontian,Johor. Mereka sudah lima tahun berpindah ke Kuala Lumpur ini untuk mencari rezeki.  Sejak Amy sekolah menengah lagi.  Abahnya keturunan Bugis, maknya pula keturunan Jawa.  Dia pula keturunan Jagis. Iaitu mixe Jawa dan Bugis. Hehehe…

 “Waras,mak!”

Amy terus mengambil dua buah bakul dari tangan maknya lalu dibawa ke dapur.

“Macam mana niaga hari ni mak,abah?”, tanyanya sambil menghulurkan dua gelas air kosong berais kepada mak dan abahnya.  Kemudian dia duduk di tengah-tengah antara mereka.

Tiba-tiba terdengar keluhan mak.  “Macam tulah nak.  Pelanggan tu ada tapi tak ramai macam dulu, ya abahnya?”,  ujar mak dengan slanga jawanya.

Abah hanya mengangguk saja.  Tergaris wajah-wajah keletihan mereka.  Kasihan pula Amy melihatnya.  Baru tadi dia terfikir mahu meminta duit dari mak dan abah untuk membayar ganti rugi itu namun dia tidak sampai hati pula.  Mak dan abah sendiri punya masalah, aku pulak nak menambah lagi.  Maka terbantutlah niatnya.  Nampaknya terpaksalah aku menyerah aje.  Memang dah tak ada jalan lain dah…

“Depan kedai kita tu ada restaurant baru buka. Restaurant apa abahnya? Wes…wesden?” Mak menggaru-garu tengkuknya.  “Alah,susah pulak nak disebut.”

Berkerut-kerut dahi Amy cuba mentafsirkan kata-kata maknya.  Wesden? Apa kebendanya tu? Agaknya mak nak cakap western kot.  Alahai…mak aku memang failed dalam BI!.

“Wesden apanya,mak…westernlah”. Amy memperbetulkan sebutan maknya.

“Haa,itulah.  Mak tak pandai nak menyebutnya”.

Sopo nama tuan kedai abahnya? Lupa pulak saya”, tanya mak kepada abah pula.Mak aku ini memang jenis pelupa orangnya.

“Encik Razali,maknya…”

“Haa,Razali! Tadi dia ada jemput ke majlis pembukaan restaurant barunya tu.Mak tengok dapat sambutan hangat.  Kedai kita pulak yang semakin lama semakin sikit.  Mungkin jaman sekarang orang suka makanan omputih macam tu.  Mereka dah jarang makan makanan kampung”. Kedengaran sedih saja dari tutur kata mak.  Abah juga turut mengeluh.  Simpati pula aku melihat mereka.

Amy memeluk bahu mak dan abah.  “Alah…mak dengan abah janganlah bersedih.  Mungkin sekarang bukan rezeki kita.  Esok, lusa adalah tu.  Jangan risau eh?”, dia cuba memberikan semangat kepada kedua-dua orang tuanya itu. Dia faham benar dengan situasi perniagaan restaurant seperti orang tuanya ini.  Kena sabar dan terima saja sepak terajang dunia perniagaan.  Nak-nak lagi bila pesaing  masa kini tumbuh bak cendawan.

“Kan abah dengan mak selalu aje pesan pada Amy masa Amy nak sambung belajar dulu.  Kalau nak sesuatu tu kita kena usaha.  Tak kenal erti putus asa.  In sha Allah, kalau Allah izinkan pasti kita akan berjaya”.

“Iyalah,  nak…”, abah mengiyakan kata-kata Amy.  Mereka saling berpelukan.


~*~*~*~*~*~

Amy sudah selesai membersihkan diri.  Tuala di bahu dibawa ke kepala dan di gosok-gosok.  Setelah itu dia menyimpulkan tuala di kepalanya untuk mengeringkan rambut.  Amy terus meloncatkan tubuhnya ke katil.  Sangat selesa meniarap sambil menyelak majalah.

“Hui… seksinya model-model ni.Kain belah sana, belah sini.  Macam tak cukup kain pun iya.  Ish, ish, ish…”, Amy mengutuk cara pemakaian peragawati di dalam majalah fesyen itu.

“Body dia memang top A lah! Kalau nak dibandingkan aku, ke laut jawapnya.  Sekeping aje macam ni. Langsung tak ada shape.  Kalau kena tiup angin Katarina habis melambung”, dia mengutuk dirinya pula.  Biasalah dia.  Tengok majalah saja sibuk hendak bangdingkan dengan diri sendiri. 

Diselak lagi halaman berikutnya.  “Hui…yang lelaki pulak boleh tahan.  Muka hensem gila! Seksi meksi you! Badan six pack,berketul sana berketul sini.  Tapi…kalau berketul sangat dah macam kingkong pulak”, omelnya lagi.

“Agak-agak jodoh aku nanti macam mana erk? Kalau aku nanti yang simple pun okey. Rupa kenalah ada.  Ada kerjaya, kereta lawa, rumah besar”, angan-angan Amy.  Simple apanya kalau macam tu.  Macam materialistik adalah! Entah kenapa otaknya sempat membayangkan Rayyan si mamat kerek tu.  Eh,apasal pulak aku fikirkan dia ni. Choi!!

Sedang dia leka menilik majalah tersebut, deringan telefon mengganggu konsentrasinya. Dia melihat skrin telefonnya.  Nombor tidak dikenali.  Malas nak jawap. Mesti salah nombor. “Kring,kring,kringgg…”. Deringan pertama tidak diendahkan dan mati begitu saja.  Dia terus menyelak majalah.

Kali ini matanya tertumpu pada gambar baju-baju tren terkini pula.  Cantik-cantik, tapi mahal.  Aku memang taklah nak beli baju macam ni.  Alah, t’shirt dengan jeans biasa pun dah okey.  Bukan aku ni artis bagai nak pakai baju cantik-cantik.  Sebenarnya kata-kata itu hendak menyedapkan hati saja.  Padahal jiwa meronta-ronta mahu mengenakan baju seperti itu. Yalah, nama pun perempuan pasti ‘terliur’ bila melihat fesyen terkini,kan...

“Kring,kring,kringgg…”, telefonnya berbunyi lagi.

“Eee…kacau daun betullah!” Telefon bimbitnya ditilik untuk mengecam pemanggil.

Nombor tak dikenali lagi. Ini mesti nombor tadi. “Haish, tak faham bahasa ke? Orang tak angkat tu sebab orang tak nak layanlah.”

“Kring,kring,kringgg…”.

“Tak boleh jadi ni.  Angkat ajelah.  Kalau orang di sana telefon saja nak berkenalan, nak usha.  Haruslah di matikan”.  Ceh, cakap macam orang tu telefon sebab nak usha kau aje.  Perasan bebenor.

 “Assalammualaikum, hello!”.

“Hey,apasal aku call berkali-kali kau tak angkat haa?!!”

Hampir mahu tercampak telefon bimbitnya apabila di sergah begitu. Salam pun tak dijawap  Amboi, sesuka hati aje tiba- tiba nak marah aku.  Wah-wah…bagus punya anak orang. Apahal mamat ni?

“Hello di sana! Awak apahal telefon saya terus nak marah-marah. Period eh?!”, marah Amy pada si pemanggil yang tak diketahui namanya.

Rayyan ketap bibir.  Ek, eh…kita marah dia, dia marah kita balik. Ini mesti kes dia sengaja atau terlupa nak save nombor aku. Ini boleh mendatangkan marah!

“Wah, sedap mulut kata aku period. Kau tak ingat aku ke?...”

“Ingat apanya? Tahu pun tak, nak ingat buat apa. Buang masa aje layan awak ni”, Amy terus mematikan talian.  Orang sewel datang dari lubuk mana entah!.

 Tersentak Rayyan apabila dia baru hendak memulakan percakapan talian telah di matikan.  Memang nak kena dia ni! Dia mendail kembali nombor telefon Amy.

“Kring,kring,kring…”

Hish, apa lagilah... Tak puas hatilah tu.

“Hmm,hello!”, sambut Amy bagai nak tak nak.

“Siapa suruh kau letak telefon? Aku belum habis cakap lagi tau!”.

“Eh,awak ni nak apa, haa? Kot ya pun nak mengusha anak dara orang, jangan malam-malam. Pagi esok ke, petang esok ke barulah kena masanya.”

Dia fikir aku nak mengusha dia? Hish, selisih malaikat empat puluh empat!.

 “Weh, apa yang kau merepek ni. Kau ingat lagi tak orang yang kau sepak tin hari tu? Akulah orangnya. Encik Rayyan Daniel! Ingat lagi?”

Amy terdiam serta merta. Lah…dia ke? Adoyai…Dia menepuk-nepuk bibirnya yang terlalu ‘mesra’ berkata-kata tadi.Buat malu saja.

“Ini Encik Rayyan ke?”, tiba-tiba Amy melembutkan suara bertanya. Ceh, trick nak cover malu.

“Oh, ingat rupanya. Aku ingat kau dah lupa. Yalah, orang ada penyakit nyanyuk keturunan nenek kebayanlah katakan”, ejek Rayyan geram.

Amy menahan geramnya apabila mendengar kata-kata Rayyan. Dia kata aku ada penyakit nyanyuk keturunan nenek kebayan! Huhh! Dia cuba menahan banteng kesabaran yang seakan retak menanti belah.  Bantal menjadi mangsa tumbukannya.

Suara dilembutkan lagi. “Maaflah, Encik Rayyan. Saya tak cam suara tadi.”

Rayyan ketawa sinis. Alahai, bila dah salah mulalah nak lembutkan suara. “Hmm,  whatever…”,nadanya kerek.

Kuatlah wahai hati walaupun kau hampir hendak terbakar sekarang ini. Amy mengurut-urut dadanya. Teguhkanlah iman aku berhadapan dengan lelaki ini nanti. 

“Encik nak apa telefon saya ni?”

“Aku dah cakap dengan kaukan.  Bila aku call kau kena bersiap sedia untuk datang ke tempat aku.  Jangan buat-buat lupa pulak…”

Dia nak aku datang sekarang ke? Tapikan sudah malam buta ini. “Eh,taklah. Saya ingat lagi.  Tapi, encik takkan malam-malam buta macam ni kot nak ke sana.  Karang ada jugak yang kena tangkap basah. Saya tak nak dan saya tahu encik takkan nak,kan?”, ujar Amy dengan suara separuh merayu.  Janganlah dia minta bukan-bukan pula.

Ish, ke situ pulak dia berfikir. Aku belum habis cakap dia sudah corner. Apa dia ingat aku teringin sangat nak kena tangkap basah dengan dia? Minta simpang! Ngeri Rayyan membayangkannya jika itu betul-betul terjadi.

“Aku bukan maksudkan malam ni tapi esok pagi. Aku nak jam sembilan pagi kau dah terpacak depan apartment aku. Faham tak?”

Amy termalu sendiri. Wahai otak, kau selalu aje fikir benda yang bukan-bukan. Cubalah positif sikit!.

“Lah…esok rupanya. Saya ingat malam ni”, jawap Amy malu-malu.Haish!

 “Apasal? Kau ingat aku nak suruh kau ke sini malam-malam buta sebab nak ehem…ehem.. dengan kau ke? Kalau kau nak, aku boleh aje” dengan selamba dia berkata. Sengaja Rayyan mahu menyakat Amy.

Terbeliak mata Amy mendengarnya “Eh,tak! Bu..bukan macam tu encik!”, nafinya pantas. Gila apa! Tak rela mak, nyah!

Tahu takut! Rayyan menyimpan gelaknya dari meletus.

“Tapi encik boleh tak kalau saya ke sana tengah hari saja? Sebab…sebab saya ada kuliah esok pagi, habis tengah hari. Dalam pukul dua belas”.

Oh, masih bergelar student rupanya minah ni. Adik-adik kot.

 Sengaja Rayyan berdiamkan diri buat beberapa saat.  Biar dia tertunggu-tunggu.

“Encik, boleh tak?”, sudah bisu ke mamat kerek ini?

“Hmm, boleh. Tapi make sure kau tak lambat,sharp. Aku paling benci orang lambat. Kalau kau lambat jugak…tahulah nasib kau.Aku akan bagi denda yang kita sama-sama seronok nanti”, Rayyan sengaja memperdengarkan ketawa miangnya. Alah, nak gertak aje, bukannya apa pun. Agak-agak apalah reaksi dia erk? Mesti menggelabah habis!

Denda yang kita sama-sama seronok? Apa maksud dia? Ish, meremang pulak bula roma aku.

“Err…ba…baiklah encik”. Tergagap-gagap pula apahal ni…

“Ingat ya.Kalau tak…”, Rayyan menggantung perbualannya.  Segera talian dimatikan.  Ambik kau!

Kalau tak apa? Amy tertanya-tanya.  “Encik…encik…encik!!”. 

 Cis! Dia matikan talian.  Sengaja nak buat aku saspen.

 Fikiran Amy mula menerawang  perkara yang bukan-bukan bakal terjadi esok.  Apalah yang dia nak aku lakukan di rumah dia nanti? Ya Allah, jauhkanlah sesuatu yang buruk berlaku pada aku!

“Aku tak nak!...Aku tak rela!...Tak nak!, tak rela!”, laung Amy dan terus menekup muka ke bantal dengan gaya menonggeng.

Tuk,tuk,tuk!...Pintu biliknya di ketuk.

“Amy, kenapa tu, nak?”

 Amy mengangkat muka. Mak rupanya.  Pasti dia terdengar jeritan aku.

“Err, tak ada apa mak. Amy tengah baca cerita hantu ni.  Seram sangat pulak mak.  Sorrylah ganggu!”

“Hish, kamu ni baca cerita macam tu waktu-waktu begini buat apa. Mak ingat kenapa-kenapalah tadi.  Dah pergi tidur, esokkan ada kuliah”, pesan mak sebelum berlalu.

“Ya…”.

Amy kembali menekup mukanya.  Kmbali membayangkan hari malangnya, esok".


Bersambung lagi......hehe

           
           
           
           
           
           
           
           





Isnin, 19 Ogos 2013

My Love,Mrs.Kerek ~Part 1~



“Orang kaya macam ini pun ada.Kalau tak nak beli tu cakaplah.Ini nak ambil kesempatan pulak.Apa dia ingat aku ni gadis tak ada maruah ke?Huhh!”.Berapi-api rungutannya.Pintu pagar rumah banglo rumah dua tingkat itu ditendang.

“Eee,geram betul aku!.Dah tua-tua ganyut pun masih nak menggatal”.Hati Amy betul-betul terbakar di kala ini.Buku-buku di tangannya dimasukkan ke dalam beg.Inilah cabaran buat dia seorang jurujual secara langsung part time.Pakkan saja dia yang sedang belajar di sebuah kolej memerlukan duit lebih.Kalau tidak,sudah lama dia meninggalkan pekerjaan ini.

Hendak mengharapkan duit pinjaman pelajaran berapalah sangat.Emak abahnya pun hanya membuka perniagaan kedai makan kecil-kecilan.Dia tidak mahu menyusahkan mereka jadi dia mengambil keputusan melakukan kerja sambilan untuk menambah wang poketnya.Sebelum ini tidak pula dia menghadapi masalah sebegini dalam tempoh lima bulan dia melibatkan diri.Paling-paling kurang,orang tutup pintu saja.Atau mereka menghalau.

“Entah-entah bini dah empat.Anak dah sedozen.Siap ajak aku kahwin lagi tu.Lelaki tua ganyut gatal!Dasar buaya tembaga,buaya emas,semua jenis buayalah!!”.Dia berjalan sambil menghentak-hentak kakinya.Mendengus-dengus dia buatnya.Rasa amarah sudah ke tahap maksimum.

Bila teringatkan senyuman gatal lelaki kaya tua itu membuatkan darahnya meluap-luap mendidih.

“Padanlah muka dapat cop lima jari aku.Kalau ikutkan hati tadi memang aku bagi kaki aje.Tapi disebabkan dia orang tua,cancel.Takut meninggal pulak”.Marahnya belum reda lagi.Batu-batu kecil disepak.

Sudahlah panas terik.Berjalan kaki pula.Silap aku juga.Patutnya tadi bawa motor tapi kononnya rajin nak jimat kos minyaklah katakan,sanggup aku naik bas saja ke sini.Sengal betul.Disebabkan kejadian tadi terus hilang moodnya hendak pergi menjaja lagi.Balik teruslah,fikirnya.

Sepak punya sebak batu,dia terjumpa tin di tepi jalan.Tin yang sudah kemek disepaknya dengan penuh perasaan. “Argghh!”.Bagai melepaskan rasa yang terbuku dalam hati.Tin yang disepak itu bagai menghilangkan sedikit rasa sakit hatinya.

~*~*~*~*~*~

Tanpa disedarinya sepakan itu mengena kepala seorang pemuda segak yang sedang memandu.Akibatnya pemuda itu terbabas.Habis pecah cermin pandang sisinya belah pemandu bergesel dengan tiang lampu.

Rayyan mengangkat muka yang tersembam di stering keretanya.Kaca mata hitam yang sudah melorot ke batang hidung ditanggalkan.Di hidungnya seperti ada cecair yang sedang mengalir.Dia segera mengesatnya.Huhh,darah!.Cepat-cepat dia membelek hidungnya ke cermin pandang belakang. “Aduh,sakitnya.Nasib tak patah hidung mancung aku ni”.Segera dia menarik tisu dan ditekap ke hidung.

Dia menjengah pula pintu kereta kesayangannya.Serius dia terkejut beruk.Side mirrornya pecah dan hampir mahu tercabut. “My lovely car.O.M.G!!”.Hampir saja dia mahu menangis melihat keadaan itu.Siapalah yang membuat dajal ini?

Dia mencari-cari benda yang menghentam kepalanya tadi sehingga membuatkan dia terkejut dan terbabas.Dicelah-celah tempat duduk ada sebiji tin kemek terselit.Diambilnya tin itu. “Kurang ajar!.Siapa punya kerja baling tin sesuka hati sampai terkena kepala aku ni?Apa dia ingat kepala aku tong sampah ke?”

Rayyan keluar daripada keretanya.Dia mengerling ke sekeliling  mencari kelibat si pembaling.Namun apa yang dia lihta hanya seorang gadis melintasinya dengan muka selamba sedang menyepak batu-batu kecil di tepi jalan.Ini mesti kerja dia!.Mana ada orang lain lagi dekat kawasan ini.

“Cik tunggu kejap!”.Panggilnya.Namun si gadis langsung tidak mengendahkannya.Malah dengan selamba dia melintasi Rayyan.Tercengang dia jadinya.

Naik geram juga Rayyan apabila panggilannya langsung tidak dilayan.Pekak ke tuli?Eh,minah ni.Aku yang hensem gila pun dia buat tak tahu aje.Nak kena agaknya.

“Cik ni pekak ke?Weh,minah!Woi,woi…”.

Sekali lagi panggilannya tidak diendahkan Amy.Semakinlah dia naik hantu.Pantas dia berlari dan menghadang perjalanan Amy.Tisu disumbat ke dalam hidung.

Amy angkat muka.Apahal pulak mamat ni main potong-potong jalan aku?Amy ke kiri lelaki itu ke kiri.Dia ke kanan lelaki itu ikut sama.E’eh,buang tabiat ke?Amy membesarkan mata menentang pandangan Rayyan yang galak.

“Eh,encik ni apasal halang jalan saya ni?Kita kenal ke?”,marahnya.

 “Cik,I panggil you tadi tapi you buat derk aje.Itu pasal I buat begini”.

  Erk,bila masa dia panggil aku.Sudah gila apa!.Tak dengar pun dia bagi salam.

“Masa bila pulak encik panggil saya?Salam pun tak dengar.Lain kali encik,nak panggil tu bagi salam dulu.Barulah cara yang sopan dan menurut Islam”.Dalam marah dia sempat menyindir menasihati lelaki itu.Amy sempat menilik penampilan lelaki di hadapannya.Berpakaian kemas dan ranggi.Macam orang-orang kaya lagaknya.Huhh,semua orang kaya memang berlagak.Termasuklah dia ini.

Amboi,sempat dia bagi ceramah free dekat aku .Berlagak bagus pula minah ini.

“Yang I berwoi-woi tadi tu apa?”

“Encik ingat nama saya woi ke.Saya ada namalah.Amy tahu!.Salam pun tak bagi.Kurang sopan betul”.Sindir Amy lagi seolah-olah Rayyan tiada di situ.Berat sangat ke mulut tu nak mengucapkan salam?Karang Allah tarik nikmat bercakap baru tahu”.

Rayyan terasa dengan sindiran gadis itu.Bukannya dia tidak mahu memberi salam.Dia sudah terlupa dek kerana terlalu marah dengan kejadian yang berlaku.Dia ketap gigi cuba menahan rasa.

“Manalah I tahu nama you,cik.Ah,malas nak panjangkan isu ni.Tin ni you yang baling,kan?”,dia mengangkat tin yang terkena kepalanya tadi ke hadapan Amy.

“Bila masa saya baling tin dekat encik pulak?Seingat saya…saya sepak tin aje.Encik jangan nak sembarangan menuduh ya”.Jawab Amy dengan lurus bendul.Memang tin serupa itu dia sepak tadi tetapi bukan baling.Sepak,baling ejaan yang berbeza.Cara perbuatannya juga berbeza.Betul,kan?Entah-entah orang lain yang lakukan.

Semakin tersirap darah Rayyan mendengar jawapan yang keluar dari mulut Amy.Kesabarannya sudah senipis kulit bawang. “Weh minah,kau baling ke kau sepak ke sama aje.Tin ni dah kena kepala aku tau.Kau tengok…kau tengok hidung aku yang berdarah ni.Ini semua sebab kaulah”.Apabila geram sudah memuncak setinggi gunung Everest mulalah dia hendak beraku,berkau.Rayyan menunjukkan hidungnya yang masih berdarah akibat hentakkan di stering.

“Tu…kereta aku pun jadi mangsa.Side mirror dia dah pecah,nak hampir tercabut pun gara-gara tin yang kau sepak tadi.Kau tahu tak?!”.

Amy memandang ke arah tisu yang terpalit dengan cairan berwarna merah.Dia memandang pula ke arah sebuah kereta mewah tanpa bumbung rapat ke tiang lampu.Kepala yang tidak gatal digaru.Aku ke buat semua itu?Tanya diri sendiri bagai tidak percaya.Aik,hebat betul penangan sepakan berapi aku.Ohsem!Menyempat lagi dia berbangga diri.

Amy membuang pandangan semula kepada lelaki itu. Terlakar garis-garis bengis di wajah Rayyan.Alamak,masaklah aku kejap lagi!.

“Emm…err..sorry encik”.

Rayyan ketawa sinis mendengar ucapan maaf Amy. “Sorry,sorry…kau ingat benda ni boleh settle dengan ucapan sorry kau tu?Aku nak kau bayar ganti rugi sekarang jugak!”

Amy berasa dirinya sangat kerdil saat ini.Adoi,kena bayar ganti rugi pulak?Mana kau nak cekau duit Amy oi…

“Haa?Berapa encik?”,tanyanya dengan nada perlahan.Dia menunduk merenung jalan.

Rayyan mula menyungging tawa sinis.Tahu takut.Tadi bagai mak singa.

“Aku nak kau bayar tiga ribu ringgit Malaysia.Apa macam,boleh?”

What?Tiga ribu?Aku mana ada duit sebanyak itu!. “Encik apasal mahal sangat?Setakat side mirror aje kot”.Rasa tidak munasabah pula lelaki itu memintanya ganti rugi sebesar itu.Lagi pun bukankah dia orang berada,takkan tidak boleh membaikinya sendiri tanpa ganti rugi.

“Weh,kau ingat ini kereta cikai.Ini kereta import,buatan luar negara tentulah mahal.Dengan kos berubat aku lagi”.

“Tapi…”.

“Kau tak boleh bayar?Okey,kalau tak boleh bayar kita bawak kes ni ke balai polis”.

Haa?Balai polis!.Oh,tidak.Muka budak baik macam aku mana sesuai duduk dalam lokap.Ceh,sempat perah santan lagi tu. “Alah,encik kes kecik aje tak perlulah ke balai polis.Considerlah sikit”,rayu Amy.Dengar saja perkataan ‘balai polis’ terus dia kecut perut.

Rayyan sudah bercekak pinggang di hadapan Amy.Pandai pulak dia suruh bertolak ansur minah ni. “Oh,suruh consider.Masa kau sepak tin tadi kau tak ada pulak consider pasal keselamatan orang.Main sepak aje.Banyak cantik muka!”.marah Rayyan dengan nada yang tinggi.

Hish dia ni…kot ya pun slowlah sikit volume.Malu tak terkata Amy apabila ada beberapa pejalan kaki memandang ke arahnya.

 “So,bayar ganti rugi sekarang atau balai polis?”,Rayyan tidak memberikan banyak pilihan.

“Encik,saya manalah ada duit sebanyak itu.Hmm…boleh bagi diskaun tak?Bayar ansuran ke?”,Amy buat-buat muka comel.Tapi…comel ke?Hehehe.

Rayyan langsung tidak terkesan dengan aksi Amy.Dia masih dengan muka ketatnya.Mata semakin dibesarkan.

“Tak boleh eh?”,tanya Amy menyengih.Dia menggaru dahi yang tiba-tiba gatal.Alahai…

“Okey macam ni encik.Saya tak nak kes ni sampai ke balai polis dalam masa yang sama saya memang tak ada duit nak bayar ganti rugi encik tu sekarang…”,Amy menarik nafas panjang sebelum mula bercakap. “Saya sanggup buat apa saja asal dapat bayar ganti rugi encik tu”,ujarnya tanpa berfikir panjang.

Rayyan seperti sedang berfikir.Berani betul dia ya.Kalaulah aku minta yang bukan-bukan ke ambil kesempatan baru tahu.Dia tiba-tiba senyum senget.I gotta an idea!.Bersiaplah kau wahai minah.

“Apa saja?Sound good!.Betul ni kau nak buat apa saja aku suruh?”,sengaja dia mempamerkan senyum nakal untuk menakut-nakutkan gadis itu.Tengok,muka dah kecut pun!.

  Amy rasa serba salah pula.Mulut,kau selalu aje cakap main lepas. “Hmm,iya”,jawabnya takut-takut.

 “Bak meh kau punya IC!”.

 “Haa?Encik nak buat apa dengan IC saya?”

“Bagi ajelah.Aku cuma nak pastikan ini adalah jaminan supaya kau tak larikan diri dari tanggungjawab”.

Amy terpaksa aku dengan permintaan Rayyan.Kemudian lelaki itu mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar.Gambar kad pengenalan Amy diambil.Entah apa hendak dibuatnya. “Amylea Edrini.Nama sedap tapi perangai tak serupa bikin”.Kutuknya.

 “Handphone kau!”,pintanya lagi.

 Tadi IC.Ini telefon pula.Apa sajalah.Amy terpaksa akur juga.

Rayyan seperti menekan-nekan sesuatu di telefon bimbit Amy.Sesaat kemudian telefonnya berbunyi.

“Nah.Ambil balik handphone buruk kau ni.IC kau aku pegang”.

“Eh,encik nak buat apa simpan IC saya pulak?”,tanya Amy hairan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga.Kalau kau nak balik IC kau ni,kau kena ikut semua arahan aku sehingga semua hutang kau selesai”.

 “What?Habis encik,macam mana kalau saya tak ada IC?Karang orang cap saya pendatang asing”.

 Rayyan memandang Amy dengan pandangan yang sinis.Dia ketawa jahat. “Ada aku kisah.Kau ambil kad ni.Bila aku panggil kau nanti,kau harus pergi ke alamat ini.Faham?”

 Amy menggaru pula kepalanya yang tidak gatal.Kenapa pulak aku harus ke sini?Dia sudah tidak sedap hati. “Tapi,encik nak buat apa suruh saya ke alamat ni?”,tanyanya terus terang.

 “Kau tak payah banyak tanya.Bila aku call kau kena datang.Itu saja”.Ujar Rayyan lalu segera berlalu.Malas mahu melayan Amy lagi.Biar gadis itu tertanya-tanya apa rancangannya.

 “Encik…”.Panggil Amy namun tidak dilayan Rayyan.Lelaki itu terus menonong ke keretanya.

Hai,sudahlah IC kena ambil.Amy menilik kad yang diberi oleh lelaki itu kepadanya. “Rayyan Daniel.Orang kaya menjengkelkan!Huhh!”.Kutuk Amy sepuas hati.Malang sungguh dia hari ini kerana berjumpa dengan mereka-mereka yang cukup menyesakkan kepala.
           
           
Bersambung.....
           
           
           
           
            

Selasa, 13 Ogos 2013

Mini Novel:Mungkinkah Ada Bahagia? (Part 7)



Zuraidah resah dan gelisah memikirkan kemungkinan bahawa lelaki itu adalah Irfan.Hatinya jadi tidak tenang semula.Padahal semenjak peristiwa itu dia tidak lagi mahu mengingatinya.Nama lelaki durjana itu juga seolah-oleh sudah lenyap dari ingatan.Apa lagi perihal lelaki itu dia sudah tidak ingin mengambil tahu pun.
            “Betulkah itu dia?”Zuraidah takut untuk memikirkannya.Ya Allah,apa yang perlu aku lakukan?
            “Sayang mama takut dia datang balik pada kita.Apa yang perlu mama buat?Mama dah tak sanggup nak berhadapan dengan dia”.Rintihnya sendirian sambil mengusap perutnya.Rasa ketakutan itu tidak mampu dibuang.Bayang-bayang Irfan seakan sedang mengekorinya setiap masa.Di mana saja dia berada pasti bayangan itu bagai tidak lepas daripadanya.
       Pandangan kosong dilemparkan ke kolam.Sengaja dia melarikan diri di situ.Mahu menyendiri.Walaupun matanya fokus di situ namun hatinya gundah seribu.Kenpalah Irfan enggan memberikan ketenangan walaupun sedikit saja buat dia?
      Tidak cukupkah dia memperlakukan aku seperti perempuan tidak punya harga diri sedangkan aku adalah isterinya yang sah?Di sebabkan kerana nafsu dia sanggup menggadaikan aku.Dia jual aku pada orang lain.Dia jadikan aku pelacur kelas atasan.Mana rasa belas kasihannya sebagai suami?Dia sangat kejam!.Dia menzalimi aku sebagai isteri juga anak ini!.Bentak hati Zuraidah.
       “Zulkifli,sayang tahu tak? Sayanglah sumber kekuatan mama.Dan,mama takkan biarkan dia mengapa-apakan kita ya.Terutama sekali sayang.Kalau mama boleh lawan,mama akan lawan dia habis-habisan.Sayang jangan risau ya.In  sha Allah,selagi ada mama selagi itu sayang selamat.Mama takkan benarkan dia sentuh seinci pun tubuh sayang!”.Di usap lagi perutnya seperti sedang berbicara dengan penghuni di dalamnya.
        Satu hal lagi yang membimbangkannya adalah keluarga ummi.Dia takut jika Irfan datang mengugut atau mengapa-apakan mereka.Mungkin aku perlu keluar dari rumah ini agar tiada siapa yang disakiti.

~*~*~*~*~*~
Dari kejauhan Ummi memerhatikan Zuraidah dari jauh.Dia seperti dapat mengesan sesuatu yang mengganggu emosi anak angkatnya itu.Gadis itu kelihatan sedih dan resah.Apa sebabnya?Sejak pulang dari pusat membeli belah tadi Zuraidah tidak banyak bercakap.
            “Ummi…”.Tegur Ustaz Shafik yang hairan melihat Ummi sibuk menjengah-jengah ke luar.
            “Shafik…Ummi tengok Zue tu.Macam ada masalah aje”.
            Ustaz Shafik menjengahkan sedikit ke luar.Kelihatan Zuraidah sedang termenung walaupun  matanya melihat pada kolam ikan.
       “Zue tak ada cakap apa-apa dengan Shafik ke?”,Ummi bertanya kerana anaknya ada bersama Zuraidah tengah hari tadi.Paginya elok saja dia.
          Ustaz Shafik menggaru kepalanya. “Tak ada pula Ummi.Cuma masa nak balik tadi Zue macam moody sikit.Saya tanya dia cuma kata tak ada apa-apa”.Dia juga perasan perubahan mood Zuraidah semasa mereka mahu pulang dari pusat membeli belah itu.
            “Mungkin dia sedang ada masalah agaknya Ummi.Cubalah Ummi tanya”.
            “Ummi rasa baik Shafik yang pergi cakap dengan dia.Sambil-sambil tu Shafik boleh bagi dia kata-kata semangat.Orang muda ni lebih faham hati sesama mereka.Ummi ni ikut firasat orang tua aje”.
            Ustaz Shafik menggaru dahi pula.Bukan dia tidak mahu.Cuma baginya perempuan lebih memahami hati perempuan.Dia lelaki,ditakuti lain fahaman pula.
            “Tolong ya Shafik?”, pinta Ummi penuh pengharapan.
            Tidak sampai hati pula Ustaz Shafik mahu mengatakan tidak pada Umminya. “Baiklah Ummi.Saya akan cuba”.Janjinya.Ummi terus berlalu ke dapur.Sebelum berlalu sempat Umminya menepuk lengannya seolah-olah bergantung harap padanya.
            Dia memerhatikan Zuraidah dari celah langsir.Apa agaknya yang sedang difikirkan Zuraidah?

~*~*~*~*~*~
“Zue…”.
            Zuraidah berpaling ke kanan.  “Eh ustaz.Belum tidur lagi?”
          “Belum.Saya tak mengantuk lagi.Tengok Zue ada dekat sini itu yang saya keluar.Kenapa Zue tak tidur lagi?Angin sejuk diluar ni”,sengaja Ustaz Shafik bertanya untuk memancing mood Zuraidah.Gadis itu benar-benar nampak muram.
       “Saya pun belum mengantuk.Mata ni susah nak pejam pulak”.Zuraidah melempias senyuman tipis kepada lelaki itu.
           “Hmm…Zue kalau saya tanya sikit boleh?Harap Zue tak kisahlah”.
           “Nak tanya apa ustaz? Tanya ajelah.Mana yang saya boleh jawap,In Sha Allah saya jawap”.Tenang Zuraidah berkata.
           Rasa bersalah pula hendak bertanya.Takut dikatakan menyibuk hal orang. “Err…tadi masa balik dari pasaraya saya tengok Zue macam moody,kenapa?”,teragak-agak dia bertanya.
       Zuraidah tertunduk.Rupa-rupanya walau dia menyorokkan reaksi tadi Ustaz Shafik tetap boleh menebak.
         “Sebenarnya ustaz tadi…saya…saya…”.Zuraidah juga teragak-agak sama ada dia mahu bercerita atau tidak.
          “Zue,jangan malu-malu.Ceritalah.Mana tahu saya boleh tolong Zue”,pujuk Ustaz Shafik lembut supaya Zuraidah meluahkan masalahnya.
            “Ustaz,saya kalau boleh tak mahu menyusahkan ustaz dan ummi lagi.Dah banyak pengorbanan ustaz dan ummi pada saya.Saya rasa masalah ni biarlah saya tanggung sendiri.Saya tak mahu jadi beban nanti”.
            “Zue dah banyak kali saya cakap yang Zue tak menyusahkan kami pun.Kami bantu ikhlas.Zue pun sekarang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya.Susah senang kita kena berkongsi sama sebagai satu keluarga,kan?”,ujar Ustaz Shafik.
            Zuraidah menggangguk perlahan.Air mata terharunya menitis ke pipi.Segera dikesat dengan hujung jari.Betul kata Ustaz Shafik.Tapi patutkah dia menambahkan beban kepada lelaki itu dan ibunya?
            “Ustaz kalau saya cakap ustaz jangan bagitau ummi ya?Bukan apa,saya cuma tak mahu ummi lebih risau”.
        Ustaz Shafik senyum saja. “Ummi seorang ibu Zue.Pasti dia akan risau jika anaknya dalam kesusahan.Walaupun si anak tak meluahkan namun dia dapat merasakannya.Ceritalah Zue.In sha Allah saya akan cuba menuruti jika itu kehendak Zue”.
            “Ustaz…sebenarnya masa saya di kedai memilih barangan untuk Zulkifli tadi saya macam terperasan ada seseorang mengintip saya dari jauh”.
            Berkerut dahi lelaki itu. “Zue cam siapa orang tu?”
            “Tak.Dia pakai cap dan bercermin mata.Tapi,firasat saya mengatakan itu adalah Irfan,suami saya”.
            “Mungkin itu cuma bayangan Zue saja”.
           “Tak ustaz.Saya tak rasa itu cuma bayangan.Masa saya perasan dia dan saya nak mengejar dia,orang tu terus larikan diri”.Zuraidah menerangkan kejadian di luar kedai pada masa itu.Persoalannya,kalau lelaki itu adalah Irfan mengapa dia melarikan diri?Mungkinkah dia punya agenda tersendiri?
            “Zue pasti orang itu adalah Irfan?”
            “Ya.Ustaz saya benar takut jika dia sedang mencari saya.Saya tak mahu dia mengapa-apakan saya dan kandungan saya nanti.Lebih saya khuatir jika dia tahu saya tinggal bersama keluarga ustaz pasti dia akan melakukan sesuatu yang buruk.Saya tak nak semua itu terjadi”.Zuraidah meluahkan segala kekhuatiran yang terbuku dalam hatinya.
          “Jadi Zue ada terfikir untuk meninggalkan rumah ini?”,tebak Ustaz Shafik apa yang ada di dalam fikiran Zuraidah.
            Gadis itu hanya diam saja.Diam Zuraidah membuatkan tebakannya adalah benar.
            “Zue…Apa yang boleh saya katakan adalah Zue terus tinggal di sini bersama ummi.Jangan ke mana-mana.Kawasan rumah ni selamat bagi Zue.Jiran-jiran pun ramai.Kalau Zue keluar dari sini dan terjadi apa-apa nanti bagaimana?Saya rasa dengan cara yang difikirkan itu lebih mudah untuk Irfan menjejaki Zue.Dan dengan keadaan begini Zue takkan dapat berlari jauh”,bukan dia mahu memarahi Zuraidah kerana terfikir mahu mengambil jalan mudah.Cuma dia mahu menyedarkan gadis itu akan kesan daripada keputusan terburu-buru.
            Zuraidah tidak mampu untuk berkata-kata lagi.Mengapa selalu yang diungkapkan lelaki ini selalunya ada benarnya?Mungkin dia yang selalu terfikir mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah.Otaknya selalu saja sempit untuk memikirkan cara yang lebih bernas.
            “Zue jangan risau.Setiap masalah ada penawarnya.Kita kena banyak berdoa kepada-Nya agar DIA membuka jalan untuk meleraikan segala kekusutan.Mintalah pada DIA yang maha mengetahui segalanya”.
            Zuraidah menunduk menekur lantai.Ya,hanya DIA!.
          “Macam inilah.Saya sarankan supaya Zue keluar jangan berseorangan.Zue boleh minta ummi atau saya sendiri untuk menghantarkan Zue ke mana saja.Dan…kalau apa-apa yang mencurigakan berlaku cepat-cepatlah bagitau saya atau ummi supaya kita boleh mengambil tindakan mencegah.Bolehkan?”
            “Baiklah ustaz.Err…ustaz saya nak berterima kasih pada ustaz atas semua jasa ustaz selama ini tidak putus-putus memberikan semangat,nasihat dan dorongan.Kalau tak ada ustaz,tak ada ummi pasti saya jadi manusia yang terumbang-ambing.Tak tahu mana arah yang mahu dituju”.Ujar Zuraidah penuh keikhlasan.
            “Bukan saya yang perlu Zue berterima kasih tapi pada Allah.Kerana takdir-Nya kita dapat bertemu dan Zue dapat mengubah diri sedikit demi sedikit.Saya dam ummi Cuma pengantaranya saja.Dengan izin-Nya,Zue”.Ustaz Shafik mengingati Zuraidah lalu terseyum manis.
“Sudah lewat ni.Zue pergilah berehat.Dalam mengandung begini tak elok berembun lama-lama.Takut penyakit lain pula menyerang”.
“Yalah,ustaz.Saya minta diri dulu”.Zuraidah mahu berlalu dari situ.
“Zue…”,setelah gadis itu melepasinya dia memanggil semula.
“Ya,ustaz”.Zuraidah mematikan langkah.
“Jangan difikirkan sangat hal itu.In sha Allah ada ikhtiarnya nanti.Tidurlah dan berehat secukupnya”.
“Ya.Terima kasih ustaz”.Jawap Zuraidah pendek sebelum berlalu.
"Sama-sama",balas Ustaz Shafik sambil menghantar pandangan mata sehingga gadis itu masuk ke dalam rumah.