Khamis, 31 Oktober 2013

My Love, Mr. Kerek~ Part 12~


Rayyan sibuk menyemak fail tender dari Syarikat Seri Alam Sdn. Bhd. Banyak kerja perlu dilakukan seiring dengan projek baru ini. Ketukan di pintu mengganggu fokusnya.  Semestinya Nina, pembantu peribadinya. Apa lagilah wanita itu mahu.  Tadi pagi muka dia juga. Hai…

 “Masuk!” jerit Rayyan dari dalam.  Mata masih fokus pada fail.

Nina masuk bersama beberapa keping cek ditangannya.  Dia mahu meminta Rayyan untuk menandatangani sebelum dihantar ke pembekal.

 “Ada apa Nina?”

“Encik Rayya ni ada beberapa cek yang perlu encik sign? Selepas ni saya nak hantar ke pembekal kita.” Tiga keping cek diletakkan di hadapan majikannya itu.

“Okey. Sekejap,” Rayyan mengambil cek yang di berikan Nina.

Belum pun Rayyan menurunkan tandatangan telefon pintarnya berbunyi. Panggilan dari Mak Toknya. Rayyan memberikan isyarat pada Nina supaya wanita itu menunggu. Kerusi dipusingkan menghadap diding kaca.

“Ayien, bila nak bawak calon cucu menantu Mak Tok? Ayien hanya ada masa seminggu lagi saja.” Sergah Mak Tok setelah salamnya berjawab.  Tidak menyempat!

Alahai, belum apa-apa lagi orang tua ini sudah bertanya.  Otak Rayyan ligat mencari idea untuk menjawab. Entah apa yang hendak dia beralasan.  Belum cari lagi calon cucu menantu yang Mak Toknya inginkan. Dia bagaikan terlupa dengan arahan neneknya yang satu ini.

“Err… Nantilah Mak Tok. Sekarang buah hati Rayyan tu tengah sibuk,” Rayyan mengelentong Mak Toknya.

 “Bila lagi? Mak Tok dah tak sabar nak jumpa. Ayien cepat-cepatlah bawak ke sini.  Atau… senang cerita Ayien bagi aje alamat rumah dia dekat Mak Tok.  Biar Mak Tok pergi sana. Bolehlah Mak Tok merisik sekali,” ujar Mak Tok yang sangat teruja.

Melopong Rayyan mendengar kata-kata Mak Toknya.  Adeh, Mak Tok ni…

“Mak Tok… Mak Tok sabarlah. Mana boleh main pergi merisik aje. Ibu ayah buah hati Ayien pun belum tahu lagi tentang kami bercinta. Ayien sendiri belum jumpa dengan mereka lagi,” segera dia berdalih.

 Mati dia kalau Mak Tok berdegil juga.  Neneknya yang seorang itu bukanlah boleh dibuat main. Alamat rumah siapa yang dia hendak bagi?  Yang paling penting, siapa pula baik hati mahu menjadi buah hatinya?

“Lah… macam mana ni? Jadi, kamu bercinta secara rahsialah?”

“Ya. Lebih kurang macam itulah Mak Tok,” jawap Rayyan dengan sengihan.

“Okey, tak apa. Ayien bawak dia jumpa dengan Mak Tok dulu. Biar Mak Tok kenal-kenal dengan dia.”

Terbit senyuman lega di bibir Rayyan. Selamat dia. Nasib baik Mak Tok tak mendesak.


Rayyan  a.k.a Mr. Kerek


“In sha Allah, Ayien janji. Nanti kalau dia dah tak sibuk, Ayien terus bawa dia jumpa Mak Tok ya.”

 “Baiklah, Mak Tok. Ayien tahu.”

 Terdengar keluhan perlahan Mak Tok di corong telefon pintarnya.

“Hmm… Assalammualaikum,” ucap Mak Tok sebelum mengakhiri perbualan.

 “Wa’alaikumsalam,” balasnya pula.  Talian telah dimatikan.

  Rayyan melepaskan nafas berat. Dada diurut-urut perlahan.  Setelah itu dia kembali berpaling kepada Nina yang setia menanti.

 “Err… Nina, I nak tanya you sikit boleh?” Rayyan bersuara sambil tangannya sibuk menandatangani cek.

“Apa dia Encik Rayyan? Tanyalah.”

“You tahu tak mana-mana agensi yang menyediakan girlfriend kontrak?”

“Haa?” terkejut Nina dengan pertanyaan lelaki itu.

Biar betul dia ini.  Sudah hilang akal apa bos dia seorang ni?  Belum pernah lagi dia mendengar agensi seperti itu. Atau, memang ada? Cuma dia seorang saja yang tidak tahu dan sudah ketinggalan zaman? Nina menggaru-garu keningnya. Sungguh advance majikannya ini.

“Encik Rayyan, I tak tahu pulak ada agensi seperti itu di Malaysia ni. Kalau encik tanya agensi pembantu rumah bersepah dekat KL ni.  I pun boleh recommend kan agensi pembantu rumah yang I ambil.  Agensi tu service dia terbaik sekali. Lima bintang I bagi,” ujar Nina sambil mempromosi agensi pembantu rumah yang digunakannya.

“I bukan nak agensi pembantu rumah.”

Rayyan menyerahkan semula cek kepada Nina.  Dia ketawa sendiri setelah menyedari soalannya tadi kepda wanita itu.  Hei Rayyan, kau mengarut apalah ni?

“Tak apalah. You boleh keluar dulu.”

Nina berpaling ke arah pintu. Belum sempat dia hendak memulas tombol pintu, Rayyan memanggilnya semula.

“Nina, kejap… Ada apa-apa pesan atau pun appointment buat masa sekarang?”

“Tak ada Encik Rayyan.”

“Okey. Lagi satu, buatkan I coffe ya.”

 “Baiklah Encik Rayyan. I keluar dulu.” Nina meminta diri.

Rayyan mengangguk.

Nina menutup rapat pintu bilik kerja Rayyan. 

“Betul ke tidak bos aku hari ni? Terdesak sangat ke nak cari girlfriend?” bisiknya.

Ah, biarlah dia. Bukan masalah kau pun. Dia hendak buat apa ke, ikut suka dialah. Nina berlalu dari hadapan bilik lelaki itu.

Berdenyut-denyut kepala Rayyan. Pening memikirkan perihal Mak Toknya. Kalaulah ada Doreamon di sini memang dia sudah arahkan karakter itu mengeluarkan seorang gadis untuknya.  Seorang gadis yang mengikut cita rasanya. Hailah, pening sudah kepala ini!

Rayyan cuba mengingati jumlah rakan perempuan yang dia ada. Mungkin lelaki lain akan mengecopnya sebagai seorang lelaki yang bukan sejati. Kerana dalam senarai rakan-rakan tiada langsung terselit nama gadis. Semua lelaki belaka. Kebanyakkannya rakan niaga.

 “Eh, kejap… kejap.  Amy kan perempuan. Dia sorang saja yang menjadi rakan perempuan dalam friend list aku.”

Hendak jadikan Amy sebagai buah hati olok-olok ke? Mahu ke dia kalau aku arahkan? Gerenti dia tolak punya. Erk, kenapa pulak aku fikirkan dia? Hmm… Oh, tidak mungkin!

No, no, no! Jangan merepek Rayyan.” Segera dia menyangkal idea gila itu.

Fikir cara lain!


~*~*~*~*~*~


Amy duduk di hadapan cermin solek untuk merapikan ikatan rambut sebelum masuk tidur.  Sesekali fikirannya melayang pada Rayyan.  Pelik melihat Rayyan yang tiba-tiba saja baik dengannya semalam petang. Ambil dia dari kolej.  Bawa pergi makan di restaurant Jepun. Hantar dia balik pula.  Dia sepertinya bukan Rayyan yang sebelum ini.  Dunia ini sudah terbalikkah?

 “Dia dah jatuh cinta dengan kau?” Figura Amy di dalam cermin seperti berkata-kata dengannya. Amy nombor dua!

Hish, takkanlah.  Mana mungkin mamat itu sukakan aku. Banyak kali dia ingatkan aku yang aku ini bukan taste dia. Tapi… tak mustahilkan. Selalu dalam drama bila hari-hari hero dan heroin bergaduh, suatu hari si hero mesti berubah jadi baik sedikit demi sedikit. Sebab hero sudah jatuh cinta dengan heroin. Macam-macam hero buat dekat heroin supaya dia sedar perasaan hero tu. Sweetnya!

Pengaruh drama betullah kau Amy. Itulah suka sangat tengok cerita Korea, Sinetron bagai.  Jangan perasan mamat kerek tu suka dekat kau.  Tengok sajalah petang semalam. Dalam baik dia sempat mengenakan kau jugakkan.  Bermakna dia cuma suka buli kau, bukan suka dekat kau. Hmm… Jawab Amy dalam hati.

“Tapi kalau betul dia sukakan kau?” tanya Amy nombor dua.

Amy menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Jari telunjuk mengetuk bibirnya berkali-kali.

Kalau betul dia sukakan aku? Ah, lantaklah situ. Aku bukan sukakan dia pun. Dia ada hak untuk suka sesiapa termasuk aku, kan? Takkanlah aku nak halang pulak. Next question!


Amy


“Kau rasa Rayyan tu dah ada girlfriend tak, erk?” tanya Amy nombor dua.

Erk, Amy nombor dua dah kenapa kau asyik soal pasal lelaki itu saja? Hai, siapalah yang nak dengan dia? Tengoklah perangai dia tu. Cerewet kalahkan perempuan,  kerek habis, dan berlagak pulak. Tambahan lagi dia itu terlebih perasan! Suka puji diri sendiri hensem! Hakikatnya memang dia ada rupalah. Itu tak dinafikan.

“Tapi, siapa pulak perempuan yang datang apartment dia kelmarin tu?” tanya Amy nombor dua.

Ha’ahlah. Masa aku menelinga perbualan dorang, aku dengar perempun tu panggil dia sayang dan baby. Uwekkss! Nak muntah pulak aku dengar. Yang peliknya, kenapa Rayyan marah bila perempuan tu panggil dia macam tu? Sepatutnya dia suka, bukan marah. Hish, pelik betullah dia ini. Entah-entah Rayyan lelaki songsang tak?  Haish, Amy jangan fikir bukan-bukan. Minta simpang!

 Agak-agak ex-girlfriend dialah kot. Kembali mahu menagih kasih Rayyan. Boleh jadi!

“Kau cemburu tak?” tanya Amy nombor dua.

Aku? Cemburu? Tak pun! Ya ampun, apa sebab untuk aku cemburu.  Aku sukakan dia pun tidak. Apa lagi nak cemburu.  Kerat jari aku kalau aku cemburu. Opss, kata orang tua mulut jangan cabul sangat. Jangan benci sangat. Karang betul aku suka dia nanti. Choi!

“Kau ada rasa sukakan dia tak?” tanya Amy nombor dua.

 Amy terdiam seketika sebelum menjawap soalan figuranya di permukaan cermin. Sejujurnya adalah sikit. Tapi bukan sebagai ehem, ehem. Err… cuma berteman saja. Hehehe… Sangkalnya segera.

“Ya ke Amy oi…?” tanya Amy nombor dua bagai tidak percaya.

Hei, tak percaya pulak. Yalah! Malas nak layan kau lagi Amy nombor dua. 

Cermin soleknya ditutup dengan kain batik.  Makin dia duduk di situ, makin banyak pula soalnya. Yang dia pun sudah kenapa? Cakap dengan cermin macam orang tidak betul. Kalau orang lain lihat, semestinya dia kena cop gila pulak.

Amy menepuk-nepuk pipinya.  Mahu menyedarkan diri.

 “Erk, kenapa pulak aku yang sibuk perihal dia. Jangan… jangan tanpa aku sedar, aku ada hati jugak dekat Rayyan. Macam Amy nombor dua cakap. No, no, no! Jangan nak mengarut sangat malam buta ni ya Amy sayang oi…”  Amy menepuk dahinya. Sudah, dia malas nak layan soalan dari Amy nombor dua lagi. Menyesakkan kepala saja.

 Amy bangun menuju ke katilnya. Merebahkan kepala ke bantal. Dia menarik selimut hingga menutup dada. Matanya menerawang memandang siling kosong.

“Kalau mengikut gerak hati akulah kan… Rayyan ni sebenarnyaa seorang lelaki yang baik. Cuma dia suka membuli dan panggil aku budak kecik. Huh!”

Terbayang raut wajah Rayyan di matanya. Seorang yang bergaya serba-serbi. Dalam penampilan, dia belum failed lagi.  Dari segi status, rasanya Rayyan ini orang berada cuma dia tidak tahu apa perkerjaan lelaki itu. Mungkin dia berpangkat tinggi. Dari segi wajah, sifatnya boleh dikatakan sempurna. Tiada cacat cela. Rambut terpacak dan kemas, hidung boleh tahan mancung, mata galak dan bibir merah seksi. Tidak hisap rokoklah katakan.

Cuma yang kureng sikap dia kadang-kala menjengkel saja.

“Rayyan Daniel…” serunya.

 Ah, sudah! Apa kena dengan kau ni? Amy buang nama dia dalam kepala kau. Buang!

 Amy mengerling jam telefon bimbitnya. Jam sudah menunjukkan dua belas setengah malam.

“Hish, baik aku tidur. Esok ada kelas. Karang ada yang jadi burung hantu dalam kelas.”   

 Selimut terus ditarik sampai menutup muka.  Tak dapat apa pun kalau fikir tentang lelaki itu. Apa pun tak boleh!




Bersambung lagi....



            

Jumaat, 25 Oktober 2013

My Love, Mr. Kerek ~Part 11~


Hana merungut sejak dari Encik Hasmidi keluar dari bilik kuliah lagi.  Entah apa-apa saja dibebelkan Mak Minah seorang ini.  Semua berkisah assignment. Mulutnya memuncung bak burung belatuk.

“Hai, banyak betul assignment. Puan Maziyah, Encik Husain lagi. Ditambah pulak Encik Hasmidi. Ayoo… minggu ni dengan minggu depan nampaknya tak boleh berjimba sikitlah.  Huhu… rasa nak pengsan dah ni!”

Tangannya sibuk mengemas buku rujukan dan pen yang berterabur.

“Habis segala planned aku nak date dengan Abang Daus macam gini.  Oh, tidak!”

 Budak ini. Tak habis-habis dengan Abang Daus dia. Amy menepuk lengan kawan baiknya itu.

“Hish, kau ni asyik-asyik Abang Daus kau tu.  Weh, abang senior kau tu boleh tunggulah. Ni… assignment tak boleh tunggu dik oi,” bebelnya pula.

“Ha’ahlah Hana. Apalah kau ni.  Buat masa ni ada baiknya kau habiskan masa dengan assignment dari si Abang Daus.  Karang tak siap, kena hempuk dengan buku rujukan yang tebal gila ni. Baru tau!” sokong EJ pula.

“Yalah… yalah, Mak Nenek sekalian.” Hana beralah.  Malas hendak mendengar bebelan dua kawannya ini yang sememangnya ratu bebel. Boleh pecah gegendang telinga.

“Kita ni sebagai seorang pelajar kolej ya Cik Hana sayang.  Mesti ikhlas menimba ilmu.  Bak kata pepatah, menimba ilmu itu biarlah sampai ke negeri China.  Segala hal remeh, yang membazir waktu kita tepis ke tepi sedikit ya Cik Hana.  Sebab apa? Sebab hanya dengan ilmu kita dapat mengubah masa depan.  Kita boleh banggakan mak bapak, keluarga, guru-guru, orang kampung…”

Belum pun sempat Amy menghabiskan ceramah tak bertauliahnya dengan bersemangat.  Hana pantas menutup mulutnya.

Stop… stop! Amy, sudahlah. Aku faham sangat-sangat apa kau nak cakap. Tak apa, jangan cakap lagi. Adoi… naik semput dah aku dengar kau punya ceramah.” Hana melepaskan tangan dari mulut Amy.

 Amy dan EJ tergelak besar melihat rakan mereka yang bagai putus nafas.  Dia sengaja hendak mengenakan Hana.  Biar dia berhenti merungut.  Bukan dia tak tahu. Hana paling pantang bila mendengar mereka berdua membebel.  Kadang-kadang, cepat saja dia menukar topik.

“Dah, jom balik.  Balik rumah nanti terus layan semua assignment yang menimbun ni Cik Hana sayang. Hehe…” perli EJ.

Cemberut wajah Hana memdengar perlian EJ.

“Jom balik!” sahut Amy sambil menarik tangan Hana supaya bangun.

           
~*~*~*~*~*~


“Mana pergi semua bas ni?”

Amy sudah kegelisahan menunggu bas.  Peluh di dahi segera dia seka dengan kura-kura tangan. Sejak akhir-akhir ini cuaca begitu terik.  Badannya sudah melengas. Fail di tangan di kipas-kipas ke wajah.

“Kalau tadi tumpang Hanakan bagus. Padahal tadi Hana dah offer.  Tapi aku sendiri yang menolak.  Konon-konon tak nak menyusahkanlah.  Bengong!” Amy memarahi dirinya sendiri.

Amy menggosok-gosok perutnya.  Cik Perut dah lama bergazal bagai di dalam ini.

“Perut dah lapar.  Bas…” rengeknya bagai budak kecil tak dapat susu. Rasa hendak mengamuk pun ada.

Dia melabuhkan punggung di kerusi batu.

Kring… kring… kring! Telefon bimbitnya di poket menjerit.

“Siapa pula yang telefon ni?  Orang tengah panas ni, lapar lagi” rungutnya sambil menyeluk telefon di poket tepi.  Dia mengerling nama si pemanggil.

Rayyan! Segera dia menekan punat hijau.

“Hello, assalammualaikum. Haa, Encik Rayyan. Ada apa?” tanya Amy dingin.  Fail di tangan tak berhenti mengipas.

“Wa’alaikumsalam. Hai, suara macam nak tak nak aje jawap call aku.  Kau dekat mana sekarang? Buat apa?” tanya Rayyan tiba-tiba.

Amy menjauhkan telefon bimbit dari telinga.

“Dah kenapa dia tanya aku macam tu? Buang tabiat apa?” Amy bercakap perlahan. Tidak di dengari Rayyan.  Telefon bimbit di tekap semula ke telinga.

“Saya baru habis kelas. Tengah tunggu bas nak balik.”

“Oh, okey,” pendek saja balasan dari Rayyan.  Setelah itu talian dimatikan.

 Amy tergamam seketika.  Dia mengaru-garu dahi.  Baru saja telefon, sudah dimatikan. Pelik betul dia ini.

 “Lorh… kok itu aje yang dia nak tanya.  Haish, baik tak payah call. Buang masa aje,” omel Amy dengan perangai Rayyan yang susah dijangka.

Amy kembali setia merenung kereta lalu lalang di hadapannya. Untuk mengurangkan rasa bosan yang menggila, mulutnya bernyanyi kecil.

Pon! Pon! Bunyi hon kereta dari jauh.  Hampir menghampiri di bus stop tempat Amy berteduh.

Serta merta Amy membuang pandangan pada kereta yang membunyikan hon.  Erk, macam kenal saja kereta itu.  Bukankah itu kereta Rayyan? Dia melihat betul-betul.  Betullah, kereta lelaki itu.

“Aduyai… kenapa dia ada dekat sini masa-masa macam ni?” Secepat mungkin Amy berpaling ke belakang dan menutup wajah dengan fail.  Buat-buat tak kenal!

Kenapa hidup aku ditakdirkan asyik berjumpa dengan dia saja.  Mana aku pergi mesti ada dia.  Kalau sekali sekala itu tak mengapalah. Ini selalu juga. Tapikan, aku masih dalam mengikut setiap arahan dia. Mestilah kena menghadap dia selalu. Kadang naik muak juga tengok wajah dia saja. Sesekali nak jugalah dia bebas dari zon Rayyan.

Rayyan memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Amy.

Pon! Pon! Dia membunyikan hon.

Tiada reaksi dari Amy.  Gadis itu hanya duduk membatu dan membelakanginya.

“Dia ni memang tak perasan atau sengaja buat-buat tak perasan?” rungut Rayyan.

Pon! Pon! Hon ditekan sekali lagi.  Amy masih statik di tempatnya. Sah, dia sengaja buat-buat tak perasan!

Rayyan kegeraman.  Dia menurunkan tingkapdi bahagian penumpang di sebelahnya. Kepala di jengulkan sedikit.

“Amy! Alah, kau tak payah nak buat-buat macam tak kenal. Aku tahu itu kaulah.”

 Ceh! Amy melepaskan keluhan berat.  Dia dah cam aku dari tadi pun.  Memang tak boleh nak mengelak dah…

 Amy menurunkan fail dan berpaling ke hadapan. Rayyan menjatuhkan cermin mata ke batang hidung.

 “Jom aku hantar kau balik!” Dia mempelawa Amy.

Amy bangun dan mendekati kereta Rayyan. Membongkok dan menjengah ke tingkap kereta lelaki itu. “Tak apalah, Encik Rayyan.  Saya balik naik bas aje.” Dia menolak secara lembut.

“Aku dah adakan. Buat apa nak naik bas lagi. Karang sampai ke tua kau tunggu tak muncul-muncul. Dah, cepat masuk!” desak Rayyan.  Orang dah bagi tumpang pun tak mahu naik.  Bukan senang dia hendak menumpangkan orang dengan kereta kesayangannya ini.

“Tapi…”

Kalau boleh Amy mahu mengelakkan diri dari Rayyan hari ini. Tidak mengapalah kalau kena tunggu bas lama sedikit.

“Tak ada tapi-tapi. Baik kau cepat masuk. Atau… kau nak aku keluar lepas tu gendong kau masuk ke kereta?” Rayyan bersuara keras.

Amy terpaksa juga akur dengan arahan Rayyan.  Segera dia membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam kereta lelaki itu.  Rasa mahu saja dia melarikan diri tadi.  Takut juga kalau Rayyan bertindak di luar kawalan.  Mana tahu lelaki itu mengejarnya dan mendukung lalu menghumban ke dalam kereta. Macam dalam filem Bollywood pula.  Bila hero tak dapat pujuk heroin sebab heroin nak jual mahal, si hero mulalah kejar heroin dan mengendongnya.  Lepas itu dorang menyanyi dalam heroin masih dengan rajuknya.

Hello, Cik Amy oi… itu dalam filem saja.  Tak ada maknanya dalam alam nyata. Rayyan tadi cuma gertak kau aje.  Jangan nak berangan dia mahu buat begitu.

Kereta Rayyan mula bergerak meninggalkan perkarangan bus stop.

“Apa jadi dekat motor antik kau? Dah arwah ke?”

Amy memandang tajam Rayyan.  Jelingan diberikan kepada lelaki itu.  Mulut dia ini memang taka da insurans betul.  Ada karang kena cili kejap lagi!

“Ada lagilah.  Masuk hospital,” jawap Amy dengan rasa geram. 

Sesuka hati saja Rayyan mengutuk motornya yang telah banyak jasa kepada dirinya.  Kalau tak ada motor itu, hari-harilah dia jadi Pak Pacak menunggu bas pergi ke kolej.

“Masuk hospital?  Pelik betul motor pun boleh masuk hospital.  Aku ingat orang saja,” ujar Rayyan dengan riak ala-ala bendulnya.

Mahu saja Amy menghempuk Rayyan ini. “ Hospital tu maksudnya bengkel, Encik Rayyan.”

Rayyan ketawa mengekek.  “Kau ni entah apa-apa aje.  Bengkel pun cakap hospital.”

Ek eleh, suka hati oranglah. Sibuk aje dia.

“Encik nak bawak saya pergi mana ni?” tanya Amy. Jalan yang digunakan Rayyan bukanlah jalan ke rumahnya. 

“Kita pergi makan dululah. Aku dah lapar ni.”

Amy mengangguk tanda setuju.  Kebetulan dia pun tengah lapar.  Jadi ajakan Rayyan bagai orang mengantuk disorongkan batal saja.  Hehehe..

“Thank you, Mr. Kerek!” bisiknya dalam hati dan tersenyum senang.

Rayyan memberhentikan kereta di sebuah restaurant ala-ala Jepun.  Dia keluar dari kereta begitu juga dengan Amy. Mereka seiring memasuki restaurant itu. Masuk saja, Amy kagum dengan hiasan dalaman restaurant yang penuh dengan gaya rumah Jepun.  Tiada kerusi seperti restaurant biasa. Hanya ada kerusi tanpa kaki.

Watashitachi no shokudō e yōkoso.” Seorang wanita berkimono datang menyambut kedatang an mereka berdua.  Penuh sopan wanita itu menunduk.  Sebagai tanda hormat dan memberi salam agaknya.

 Rayyan turut menundukkan kepala. Melihat lelaki itu berbuat begitu, Amy ikut saja.

 “Arigatō,” balas Rayyan.

Watashi wa anata no tēburu o o mise shimashou.” Penuh sopan wanita itu berkata lagi.

Amy mengaru kepala yang tak gatal. Dia tidak faham langsung dengan apa yang mereka bualkan. Hendak mencelah, sepatah harem dia tak tahu berbahasa Jepun. Diamkan diri dan senyum sajalah.

Hai, daijōbu.”

Mereka bergerak ke satu meja di sudut tepi.   Wanita tadi menghulurkan buku menu kepada Rayyan dan Amy.

Kore wa watashitachi no shokudō menyūdesu. Sentaku shite kudasai,” kata wanita itu lagi sambil menunjukkan menu. 

Mereka membelek menu di tangan. 

“Kau nak set mana?” tanya Rayyan.

Amy mengangkat bahu tanda tak tahu. Semua sushi, halfcook pula. Manalah dia pernah telan makanan ini.  Cengkodok itu selalulah.

“Encik pilihlah. Saya ikut aje.”

Rayyan menutup semula buku menu.  Dia kembali memandang wanita tadi dan bercakap dalam bahasa yang kurang difahami Amy.  Setelah itu barulah wanita itu berlalu. Amy memandang Rayyan dengan perasaan kagum. 

“Kenapa kau pandang aku macam tu?”

“Encik faham ke apa dia cakap tadi?” soalan dijawap dengan soalan juga.

“Adalah sikit-sikit,” jawap Rayyan dengan senyuman nipis.

“Wah, hebatlah encik ni!”

“Tak adalah hebat sangat. Tapi, hebat jugalah”, Rayyan berbangga diri.

Amy menjuihkan bibir.  Baru puji sikit, sudah kembang. Wanita tadi datang semula ke tempat mereka bersama pesanan yang dipesan.

Shokuji o shite kudasai,” ucap wanita itu sambil menunduk.

Hai, arigatō.”

Amy hanya memandang saja hidangan di hadapannya.  Hailah, aku bukan reti makan benda macam ini.  Kalau ikan patin masak cili padi makanlah.  Sampai tiga kali tambah penangan masakkan mak. Macam mana nak telan benda ni?

“Buat apa kau pandang lagi. Makanlah. Jangan tak makan pula aku dah belanja ni. Karang membazir duit aku aje.”

Rayyan membuka penyepit dan menyepit salah satu sushi di pinggannya. Kemudian dicicah ke sos berwarna hitam dan kemudian hijau lalu di masukkan ke mulut. 

Kau pandai guna chop stick tak? Kalau tak pandai sini aku suapkan," pelawa Rayyan dalam nada bergurau.

"Eh, tak payah. Saya pandai gunalah.  Ingat saya ni kuno sangat ke?" ujar Amy sambil membuka penyepit.

Rayyan tergelak kecil.

Nampak macam okey saja dia makan.  Dengan separuh hati Amy ikut juga seperti yang dilakukan Rayyan.  Amy menyepit sushi di atasnya ikan salmon.Teragak-agak untuk dia masukkan ke mulut.

 “Lah… makan ajelah.  Sedap tau.”

Perlahan-lahan Amy memasukkan sushi ke dalam mulut. Dikunyah dan terus telan.

“Arrgghhh… pedasnya!” meleleh air mata sewaktu dia mengunyah. Segera gelas dicapai dan meneguknya rakus. Tidak cukup segelas dia meminta Rayyan tuang lagi.

Rayyan akur sambil tergelak-gelak.  Hari itu Amy mengenakan dia, sekarang dia kenakan Amy pula.

“Dah tahu tak tahan pedas. Siapa suruh kau makan wasabi?” perli Rayyan selamba.

Amy menjeling Rayyan.  Bukan dia tak tahan pedaslah. Cuma pedas sos yang dipanggil wasabi ini lain macam. Macam makan racun pun iya! Wajah yang sudah berpeluh di kesat dengan tisu.

Rayyan pula sibuk menggelakkannya.  Eleh, dia bolehlah, sudah biasa. Menyampah!

“Dah, cepat habiskan,” ujar Rayyan setelah ketawanya mereda.

 “Yalah… yalah.”

Dengan perasaan sebal Amy menyambung makan.  Wasabi dijauhkan dari pinggannya.  Kerana sos itulah dia mendapat malu hari ini. Ceh!

“Ish.. ish.. Makan pun comot.”

Tidak semena-mena Rayyan mengesat tepi bibir Amy.

“Err…” tergamam Amy dengan perbuatan lelaki itu.

Mata mereka berdua bertatapan.

“Sos ada kat tepi bibir kau. Aku cuma tolong kesat aje.”  Baru Rayyan sedar dia sudah terlepas laku.  Secara spontan dia mengesat.

“Terima kasih,” ucap Amy perlahan. Pipinya sudah kemerahan namun segera dia kawal agar tidak kelihatan.  Dia menundukkan sedikit wajahnya. Malu!

Mereka makan tanpa banyak bicara. Masing-masing bagai terkunci mulut selepas perbuatan Rayyan tadi.


~*~*~*~*~*~

Rayyan memberhentikan kereta jauh sedikit dari rumah Amy.  Gadis itu yang memintanya berbuat begitu.  Katanya takut jiran-jiran nampak. Betul juga. Jadi bahan bualan pula nanti.

Amy turun dari kereta.  Kemudian dia menjengahkan sedikit kepala di tingkap.

“Encik Rayyan terima kasih belanja saya makan.  Terima kasih juga ajar saya makan sushi,” ucap Amy sambil memberikan senyuman manis kepada lelaki itu.

Rayyan terkesima dengan senyuman Amy.  Cepat-cepat dia menurunkan cermin mata yang tadi duduk di atas kepala. Senyuman gadis itu mengusik jiwa lelakinya.

WelcomeThanks jugak sebab kau dah teman aku pergi makan. “

“Sama-sama,” balas Amy.

 “Err… aku balik dululah.  Assalammualaikum.”

 “Wa’alaukumsalam.”

 Rayyan menutup kembali cermin kereta.  Perlahan-lahan keretanya bergerak melintasi Amy.

Amy melambai-lambai tangan seiring dengan kenderaan Rayyan bergerak.  Tak sangka. Dalam garang, sombong dan kerek Rayyan. Ada juga sifat baiknya. Rayyan… Rayyan…



Bersambung part 12 nanti...hehe



Salmon Sushi

Google Translate :

1. Watashitachi no shokudō e yōkoso ~ Selamat datang ke kedai makan kami.
2. Arigatō ~ Terima kasih.
3. Watashi wa anata no tēburu o o mise shimashou ~ Mari saya tunjukkan meja anda.
4. Hai, daijōbu ~ Ya, baiklah.
5.Kore wa watashitachi no shokudō menyūdesu. Sentaku shite kudasai ~ Ini adalah menu di kedai      kami. Silalah pilih.
6.Shokuji o shite kudasai ~ Sila menjamu selera.
7. Hai, arigatō ~ Ya, terima kasih.


( Semua bahasa Jepun di dalam skrip ni Ira gunakan Mak cik Google Translate. Sekiranya ada kesalahan, Mak cik GT punya salah..hehehe)