Usai
berdoa kepada-Nya, marhala dilipat dan dia menggantung semula ke tempat khas
pakaian solat. Nurul Ain tersenyum manis. Alhamdulillah… Hari ini DIA masih
memberi kesempatan umtuk dia menghirup udara dan memberinya kesempatan untuk
meneruskan hidup bersama keluarga tercintanya. Nurul Ain melabuhkan punggung di
birai katil. Telefon bimbit NokiaC3nya di atas bantal diambil. Dia menekan
kotak simpanan lagu. Lagu kegemarannya dibuka. Berkumandang alunan lagu
bertajuk Dengarlah Bintang Hatiku, nyanyian De’ Meises. Lagu inilah yang
menemaninya setiap pagi yang indahnya.
Dengarlah
bintang hatiku
Aku
akan menjagamu
Dalam
hidup dan matiku
Hanya
kaulah yang ku tuju
Dan
teringat janjiku padamu
Suatu
hari pasti akan tepati
Aku
akan menjagamu
Semampuku
dan sebisaku
Walau
ku tahu ragamu tak utuh
Ku
terima kekuranganmu
Dan
ku takkan mengeluh
Karena
bagiku engkaulah nyawaku
Bait-bait
lagu sungguh menarik minatnya. Seolah-olah seorang lelaki sedang mengalunkan
lagu kepadanya untuk meluahkan rasa hati melalui lagu. Oh, alangkah indahnya
jika itu benar-benar terjadi. Hmm… Nurul Ain, beranganlah kau! Alunan lagi
terus berkumandang. Sungguh asyik dia mendengar.
“Nurul Ain!” jerit suara dari arah luar.
“Ya, ayah…” sahutnya.
“Mari sarapan. Sekejap lagi dah nak ke tempat
kerja.”
“Sekejap, yah. Ain nak bersiap dulu.”
Segera
dia bangun dan mencapai tudung yang sudah bergosok di kerusi. Tudung empat segi
dilipat sehingga bentuknya bertukar kepada tiga segi. Kemudian barulah dia
meletakkannya ke atas kepala. Dia pin di hujung dagu dan dia melipatkan sedikit
kiri, kanan agar nampak kemas. Lebihan tudung dia masukkan ke dalam baju. Nurul
Ain senyum. Dirinya kini sudah kemas. Nurul Ain, bersedia untuk memulakan kerja
hari ini!
Pintu
bilik dibuka. Dia keluar dan menutupnya kembali. Dia terus menuju ke dapur
mendapatkan ayah dan ibunya.
“Assalammualaikum
ayah, ibu,” ucapnya lalu duduk di kerusi berhadapan ayahnya. Ibu pula sibuk
membancuh kopi di dalam teko.
“Wa’alaikumsalam,”
jawap kedua-dua orang tuanya serentak. Ibu datang ke meja membawa teko yang
berasap nipis. Dituangkan kopi yang dibancuh ke dalam cawan ayah, kemudian ke
cawannya pula.
“Terima
kasih, bu.” Nurul Ain memberikan senyuman kepada ibunya. Ibu pula membalas
dengan angguk kecil serta senyum.
“Ain,
macam mana tempat kerja? Okey?” tanya abah lalu menyudu nasi goreng kampung
buatan ibu ke mulut. Dikunyah perlahan-lahan. Nurul Ain baru sahaja menamatkan
persekolahan sebulan lalu. Baru seminggu dia berkerja di sebuah kilang di
pekan. Kilang membuat makanan ringan berasaskan tanaman di kampung.
“Alhamdulillah…
Tak ada masalah. Semua pekerja dekat situ peramah, yah,” jawapnya lantas
menghirup kopi panas dicawannya.
Ayah
terangguk-angguk. “Baguslah.”
“Ain,
ini bekalnya. Ibu dah sediakan.”
“Terima
kasih, bu. Sayang ibu,” ucapnya girang pantas memeluk pinggang ibunya seketika.
Ibu
tersenyum manis padanya. Dahinya dikucup lembut oleh wanita kesayangan itu. Ah,
Nurul Ain cukup senang dimanjakan begitu. Terasa dia sangat disayangi.
“Sama-sama,
sayang. Dah, cepat habiskan sarapan. Takut terlepas van pulak,” gesa ibu.
Nurul
Ain kembali menyambung sesi sarapan paginya. Penuh berselera dia pagi ini.
Hari
ini adalah hujung minggu. Nurul Ain lebih senang duduk di rumah bersama
keluarganya berbanding keluar merayau ke mana-mana dengan kawan-kawan. Bukan
ibu dan ayahnya tidak membenarkan dia keluar, tetapi dia lebih suka menemani
menghabiskan masa di rumah sahaja.
“Ain…”
Namanya dipanggil dari arah dapur.
“Ya,
ibu!” sahutnya. Televisyen yang menjadi fokusnya kini ditutup. Mungkin ibu
memanggilnya untuk membantu di dapur.
“Ain,
boleh tolong ibu?” Belum pun sempat dia hendak mengatur langkah ke dapur, ibu
sudah terjengul di hadapannya.
“
Tolong apa, bu? Insyallah, boleh,” jawapnya.
“Ibu
nak minta tolong pergi kedai kejap. Belikan ibu sawi, kari dengan santan.
Tunggu abah entah bila baliknya,” omel ibu sambil melipat lengan baju kurung
Kedahnya sehingga paras siku.
Abah
kalau sudah berjumpa dengan Wak Osman pasti kelamaan. Biasalah, berborak hal
lelaki.
“Boleh.
Tapi, bagi Ain dua minit. Nak pakai tudung dulu.”
“Yalah.”
Ibu mengangguk sahaja.
Nurul
Ain berlalu ke biliknya. Dua minit kemudian dia keluar dan mendekati ibunya
semula. Tudung sarung berwarna hitam tersarung elok di atas kepalanya.
“Ibu,
Ain pegi dulu.” Nurul Ain meminta diri.
Baru sahaja dia hendak melangkah, ibu menarik lengannya.
“Ain,
ini duitnya.” Ibu menghulurkan dua keping not merah RM 10 kepadanya.
Namun,
pantas Nurul Ain menolak. “Tak payah, bu. Ain ada duit. Pakai Ain punya aje,”
ujarnya berserta senyuman di bibir.
“Hish,
duit Ain, duit Ainlah. Ini duit lauk yang abah bagi pada ibu tiap-tiap hari.
Simpan duit Ain tu untuk sambung belajar nanti.” Ibu tetap juga menghulurkan
duit itu kepadanya.
Sekali
lagi Nurul Ain menolak. “Ibu… tak payah. Ain ada ni. Bukan banyak pun nak beli
barang tu semua. Biarlah Ain tolong ringankan beban abah dan ibu. Pakai Ain
punya sajalah, ya?” Dia tetap berdegil mahu menggunakan duit hasil gajiannya.
Sejak mendapat gaji pertama, separuh gajinya ibu dan ayah menyuruh dia simpan
di dalam bank. Untuk menambah wang pengajian nanti kata ayah. Ibu dan ayah
tidak pernah mahu mengambil wang pemberiannya walaupun dia memujuk.
Sejuk
hati ibu mendengarnya bicara Nurul Ain. Anak gadisnya yang seorang initidak
pernah lokek mahu berkongsi rezeki dengan mereka. Mereka yang tidak mahu
mengambil pemberian dari gadis ini. Biarlah Nurul Ain menyimpan wang itu untuk
menyambung belajar sekiranya ada rezeki. Kepala Nurul Ain diusap lembut.
“Yalah.
Hati-hati bawak basikal ya sayang.” Pesan ibu yang sudah mengalah. Walaupun
kedai dekat sahaja dengan rumah mereka, namun rasa khuatir itu tetap juga ada.
Malang tidak berbaukan.
Nurul
Ain mengangguk. “Baik, bu. Hmm… Ain terasa-rasa pulak nak makan apam balik Kak
Non. Nanti Ain nak singgah sekejap ke gerai Kak Non ya, ibu.” Nurul Ain sempat
berpesan kepada ibunya.
“Yalah.
Kirim salam ibu dekat Non sekali.”
“Okey.
Ain pergi dulu.” Nurul Ain menyalami tangan ibunya. Setelah itu dia mendapatkan
basikal yang tersandar elok di tepi dinding luar rumah. Basikal dikayuh dengan
penuh berhati-hati.
~*~*~*~*~
Tongkat
basikal diturunkan. Lantas dia memasuki kedai runcit milik Muhammad. Masuk
sahaja ke dalam dia sudah ditegur oleh pemilik kedai yang sinonim dipanggil
Mat. Dia pula memanggil Abang Mat kerana lelaki itu lebih tua darinya.
“Ain,
tak kerja ke hari ni?” soalnya mesra.
“Tak,
Abang Mat. Kan hari ni hari Sabtu. Ain cutilah.”
Abang
Mat menepuk dahinya. Dia terlupa bahawa hari ini hari cuti.
“Allah!
Hish, banyak makan semutlah Abang Mat ni Ain. Lupa pulak.” Abang Mat mengutuk
dirinya sendiri.
Nurul
Ain ketawa melihat gelagat lelaki itu. Abang Mat sememangnya seorang yang
pandai buat kelakar.
“Ain
nak beli apa?” soalnya lagi seraya mendekati Nurul Ain yang sibuk membelek
sawi.
“Ibu
suruh beli sawi, kari dengan santan,” maklum Nurul Ain. Dia sudah pun memilih
seikat sawi dan diletakkan ke kaunter pembayaran. Kemudian dia mengambil
sepeket kari pula.
“Oh…
Santan kotak dah habis. Kalau Ain nak, kena tunggu kejaplah. Abang parutkan
dulu. Boleh?”
Nurul
Ain terdiam sejenak. “Hmm… Bolehlah, bang.” Dia menyatakan persetujuan. Bukan
lama pun. Sepuluh minit sahaja.
“Okey.
Sekejap ya.” Abang Mat terus berlalu dan mengambil sebiji kelapa dari dalam
bakul. Kelapa dipecahkan dengan parang dan airnya dibuang terlebih dahulu
sebelum menonyoh ke mesin pemarut.
Sementara
menunggu santannya siap, Nurul Ain menjengahkan sedikit kepalanya kea rah gerai
apam balik Kak Non. Nampaknya ramai yang singgah ke situ. Sudah semestinya
gerai Kak Non buka hari ini. Dia jadi tidka sabar hendak membeli kuih
kegemarannya itu. Nyum, nyum…
Abang
Mat sudah pun selesai memproses santan yang dipesannya. Lelaki itu ke kaunter
dan dia juga turut membuntuti.
“Berapa
semua, bang?” Nurul Ain sudah sedia membuka beg duitnya.
Abang
Mat sibuk mengira barangan yang dibelik olehnya. “Hmm… Lapan ringgit sudahlah.”
Melebar
senyum Nurul Ain. Abang Mat kalau dengan keluarnya selalunya memberikan
‘diskaun’. Kadang kala sampai naik segan mereka hendak berbelanja di situ.
Namun, Abang Mat mengatakan bahawa dia sudah menganggap keluarga Nurul Ain
seperti keluarganya juga.
“Betul
ni?”
Abang
Mat mengangguk pasti. Lantas Nurul Ain mengeluarkan sekeping not berwarna merah
dan memberikannya kepada lelaki itu.
“Terima
kasih. Abang jual.”
“Sama-sama.
Ain beli. Err… bang, tengokkan basikal Ain erk. Ain nak pergi gerai Kak Non
kejap.”
“Haa,
yalah. Itu mesti nak pergi beli apam balik dialah tu,” perli Abang Mat.
Nurul
Ain menyengih bagai kerang busuk. Tahu-tahu sahaja Abang Mat. Hehehe…
~*~*~*~*~*~
Penuh
berhati-hati Nurul Ain mengatur langkah. Takut terlanggar lopak lecak.
Maklumlah, semalam hujan dan sudah semestinya jalan jadi basah. Haish, Nurul
Ain… Takut terkena lecak macam takut terpijak api sahaja. Ish… ish... Dalam
pada dia berhati-hati datang sebuah kereta yang dipandu laju lantas melanggak
lopak berair.
Purrr...
Habis
air lecak terkena pada kaki, seluar dan bajuT lengan panjangnya. Kakinya sudah
semestinya lencun. Seluar dan baju sebahagiannya terkena lecak. Habis basah.
“Arghhh…
Punyalah aku berhati-hati. Akhirnya terkena jugak. Hampeh betul si pemandu tu,”
Nurul Ain menyeringai kegeraman. Sebahagian bajunya yang basah diperah.
Menitik-nitik airnya. Siapalah yang bawa kereta bagai orang gila itu? Langsung
tidak menghormati orang. Tambahan lagi, perjalan kaki sepertinya. Hampeh!
Hampeh!
Dia
mencari kelibat kereta Vios berwarna putih yang memandu melulu tadi. Aha, dia
sudah dapat menangkap kelibat kereta itu parkir selang lima buah kereta dari
tempat dia berdiri. Segera dia mendekati kereta itu. Cermin kereta yang gelap
diketuknya.
Tok!
Tok! Tok!
Tiada
respon dari dalam. Dia cuba menjenguk namun wajah insan di dalam kereta itu
tidak dapat dilihatnya dengan jelas. Dia mengetuk lagi. Kali ini lebih kuat.
Tok!
Tok! Tok!
Barulah
cermin di sebelah pemandu dibuka. Terjengul wajah seorang lelaki yang boleh
dikatakan sedap mata memandang. Seketika Nurul Ain terpegun dengan keindahan
ciptaan TUHAN yang dilihat ketika ini. Kacak juga! Cepat-cepat dia menyedarkan
diri apabila terasa seperti mahu melayang sahaja. Nurul Ain, tolong jaga mata
dan iman, okey!
“Maaf.
Saya sedang bercakap dalam telefon tadi. Err… Ada apa ya? Kita kenal ke?” soal
Ameer dengan nada lembut. Setahunya dan seingatnya, dia tidak pernah mengenali
gadis ayu di hadapannya ini. Ini adalah kali pertama mereka bersua. Pintu
kereta dibuka dan dia keluar dari perut kereta. Gadis ini hanya separas bahunya
sahaja. Wajah ayu di hadapannya ini ditilik lagi. Serasa mata sudah terpaku
pada seraut wajah ayu ini.
“Kita
memang tak kenal. Tapi… awak dah buat salah dengan saya!” marah Nurul Ain. Mata
lelaki itu ditentang. Walaupun terasa mahu sahaja dia menunduk malu, namun dia
tetap bertahan. Dia tidak mahu kalah!
“Saya
bersalah pada awak? Bila masa pulak?” soal Ameer lagi, masih dalam nada lembut.
Bingung dia dibuatnya.
Nurul
Ain menyilang tangan ke dada. Wajah garang ditayangkan pada lelaki itu. Jangan
ingat wanita sepertinya senang dibuli. Nampak sahaja kecil tapi kecil-kecil
cili padi tahu!
“Err…”
Ameer sudah tidak terkata. Ada sedikit gerun juga melihat raut garang gadis
yang tidak diketahui namanya ini.
“Awak
memang bersalah pada saya. Tengok ni, habis baju saya basah disebabkan awak tau
tak!” Jari telunjuk diluruskan hampir sahaja mengena hujung hidung lelaki itu.
Ameer
menilik si gadis dari atas ke bawah. Ya, dia mengakui baju yang dipakai oleh
gadis ini basah dan terdapat sedikit corak seperti peta diatasnya. Dia ke
penyebabnya? Sungguh dia tidak perasan sewaktu membawa kereta tadi. Tidak
sangka pula dia terlanggar lecak dan terpercik pada seseorang. Mungkin kerana
dia sibuk bercakap dalam talian tadi sehingga dia tidak perasan apa yang berlaku.
“Saya…
Saya minta maaf. Saya tak sengaja.”
“Senangnya
minta maaf… Tak sengaja konon. Huh! Lain kali bawak kereta tu hati-hatilah
sikit. Pandang kiri, kanan. Jangan main larung saja,” marah Nurul Ain, tidak
puas hati. Dalam pada masa yang sama dia memberikan nasihat juga. Sakit hatinya
saat ini. Harap sahaja muka kacak tetapi langsung tidak menghormati orang.
“Saya…”
Belum pun sempat Ameer berkata, Nurul Ain sudah mencelah.
“Mentang-mentang
bawak kereta lawa, nak berlagak dekat atas jalan raya pulak. Menyampah!” Sinis
sekali dia berkata-kata. Dia terus berlalu meninggalkan Ameer. Sakit hatinya
kini semakin membuak. Ada baiknya dia beredar sebelum kesabarannya tidak dapat
dibendung lagi. Dia ini bukanlah penyabar sangat orangnya.
“Awak!”
Ameer memanggilnya semula.
Terhenti
langkah Nurul Ain. Dia menoleh seketika dan menjelirkan lidah serta melayangkan
jelingan maut buat lelaki itu. Setelah itu, cepat-cepat dia berpaling semula.
Rosak moodnya hendak membeli apam balik gara-gara si sengal itu. Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk balik sahaja.
Ameer
terkesima sejenak. Namun, senyuman terukir di bibir. Belum pernah ada mana-mana
gadis yang memarahinya seperti gadis itu lakukan. Gadis tanpa nama ini sungguh
berani dan selamba. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.
‘Am,
jangan kata kau dah terpikat dengan dia. Ah, merepek!’ desis hatinya. Tidak
mahu berfikir lagi tentang gadis itu, segera dia meloloskan semula dirinya ke
dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan
keretanya dari petak parkir. Niatnya tadi hendak membeli sekotak rokok
dibiarkan begitu sahaja.
“Nasib
kaulah, Am. Pagi-pagi dah kena marah,” Ameer berkata kepada dirinya sendiri.
~cerita baru lgi. hehe. Maaf kalau ada kekurangan dalam cerita ni. Silalah drop komen kat bawah. Ira sangat hargai setiap komen awak2 semua. Enjoy reading ye!! ^_^
Nurul Ain |
Ameer |