"Assalammualaikum.
Selamat pagi!" tegur Ameer Qalish.
Nurul
Ain dan Aminah yang sedang jalan bergandingan terhenti langkahnya. Mereka
saling berpandangan. Kemudian menoleh ke arah Ameer Qalish yang sedang
mendekati mereka. Terkejut dengan kemunculan bos mereka tiba-tiba.
"Wa'alaikumsalam,"
jawap Aminah ceria dan Nurul Ain perlahan namun serentak.
"Pagi
Encik Ameer. Eh, awalnya sampai. Biasa encik datang lewat sikit dari kami. Ke,
datang awal ni pasal nak tunggu seseorang?" sindir Aminah antara dengar
dan tidak. Siap jongketkan kening kepada Nurul Ain disebelahnya.
Walaupun
suara Aminah perlahan, sindiran itu jelas dipendengarannya. Dia ketap bibir.
Dibesarkan matanya kepada sahabatnya itu. Pinggang gadis itu juga dikutil.
Aminah hanya tayang sengih sambil mengusap-usap pinggangnya.
"Hari
ni saya bangun awal sikit. Jadi, saya datanglah awal sikit," jawap Ameer
Qalish lantas tersenyum. Sebenarnya dia pun dengar sindiran Aminah itu. Tetapi
dia buat-buat seperti tidak dengar saja.
"Oh..."
"Kau
orang berdua dah sarapan?"
"Dah."
"Belum."
Serentak
Nurul Ain dan Aminah menjawap. Nurul Ain menjawap 'dah' manakala Aminah
menjawap 'belum' sambil menggeleng kepala.
"Dah
ke belum?" tanya Ameer Qalish dengan dahi berkerut. Pandangannya lama
tertuntas ke arah Nurul Ain. Gadis itu seperti biasa, suka melarikan
pandangannya.
"Dah,
Encik Ameer."
Cepat-cepat
Nurul Ain bersuara sebelum Aminah.
"Eh,
apa pula. Ain kau memang dah sarapan. Aku belum tau. Plus, perut aku dah berbunyi. Manalah tahu dia tanya tu sebab nak
belanja kita ke. Kan rezeki tu. Tak baik menolak tau," bisik Aminah kepada
Nurul Ain.
Belum
pun sempat Nurul Ain membalas, Ameer Qalish bersuara.
"Kalau
awak berdua tak kisah. Boleh temankan saya sarapan kat warung depan tu? Saya
belanja. Ada lagi 15 minit nak masuk kerja. Masih sempat lagi. Boleh?"
tanya Ameer Qalish.
"Eh,
boleh... boleh! Boleh sangat Encik Ameer. Lagi pun saya pun belum sarapan ni.
Perut pun dah berdondang sayang. Tadi cuma makan sekeping roti je," tanpa
rasa malu, cepat saja Aminah jawap. Dengar saja hendak dibelanja terus dia
bersetuju. Bak kata dia tadi, tak baik tolak rezeki. Jimat duit dia pagi ini.
Pandangan tajam Nurul Ain dia buat tidak tahu saja.
"Minah!"
Nurul Ain senggol lengan sahabatnya itu.
Aminah memang tidak malu, tetapi dia segan. Segan dengan Ameer Qalish. Apa
pandangan lelaki itu terhadap mereka nanti? Pasti Ameer Qalish mengecop mereka
sebegai gadis tidak tahu malu.
"Ain,
awak ikut sekali ya?" tanya Ameer Qalish dengan nada berharap. Pagi ini dia
seperti terasa mahu bersarapan bersama Nurul Ain. Sebenarnya sebab itulah dia
datang awal hari ini.
"Err...
tak apalah Encik Ameer. Encik pergi dengan Aminah sajalah. Lagi pun, saya dah
sarapan dekat rumah tadi," Nurul Ain menolak lembut.
"Alah,
jomlah Ain. Takkan aku dengan Encik Ameer je. Jomlah... jomlah..." pujuk
Aminah. Digoyang-goyang lengan Nurul Ain sambil mengusap perutnya. Raut wajah
dibuat kasihan.
Ameer
Qalish pula mengangkat kening. Meminta persetujuan Nurul Ain. Dalam hati dia
amat berharap gadis itu bersetuju. Sia-sia sajalah dia datang awal hari ini
jika Nurul Ain menolak.
"Ain?"
Nurul
Ain mengeluh. Berat rasanya mulutnya untuk bersetuju. Tetapi melihat raut wajah
Aminah dan Ameer Qalish membuatkan dia tidak sampai hati. Akhirnya, dia membuka
mulut menyatakan persetujuan.
"Okey..."
Ameer
Qalish sudah menguntum senyum. Gembira tidak terkata hatinya.
~*~*~*~*~*~
"Ain,
Aminah awak nak makan apa? Saya nak order," tanya Ameer Qalish yang sudah
berdiri.
"Saya
nak roti kosong satu, roti sardin satu," laju saja Aminah berkata. Orang
hendak belanja, pesan sajalah.
"Awak,
Ain?"
Nurul
Ain menggeleng saja. Dia sememangnya sudah sarapan di rumah sebelum berangkat
ke tempat kerja tadi. Ibu tidak pernah membiarkan dia ke tempat kerja dengan
perut kosong.
"Tak
apa. Saya dah sarapan tadi. Saya teman encik dengan Aminah saja."
Wajah
Ameer Qalish bertukar sedikit keruh. Dia mahu belanja gadis itu tetapi
kelihatannya Nurul Ain seperti tidak sudi.
"Kalau
tak nak makan pun, apa salahnya order minum, kan?" Ameer Qalish bersuara
namun nadanya seperti jauh hati saja.
Nurul
Ain serba salah. Melalui nada lelaki itu sepertinya dia terasa hati dengannya.
Dia ketap bibir. Terasa dia tidak patut pula menolak dengan niat baik lelaki
itu pagi ini.
"Err...
kalau macam tu, saya pesan milo suam saja."
Ameer
Qalish senyum dan mengangguk. Terubat sedikit rasa hatinya.
"Okey,
saya order dulu. Awak berdua tunggu sini ya."
Ameer
Qalish berlalu.
"Wah,
baiknya dia! Bos yang berjiwa pekerja," puji Aminah sebaik Ameer Qalish
berlalu.
Nurul
Ain hanya senyum saja. Sebenarnya dia tidak selesa begini. Sekali lagi dia
terpaksa duduk semeja dengan Ameer Qalish. Pula itu, duduk berdepan dnegannya.
Dia khuatir terhadap pandangan dari lelaki itu. Dia betul-betul tidak selesa
dengan Ameer Qalish yang asyik memandangnya.
"Kalaulah
dia suka dekat aku, dah lama aku ajak dia kahwin. Mesti Encik Ameer tu boleh
jadi suami yang caring
sangat-sangat," ujar Aminah sambil bertepuk tangan. Siap dengan raut wajah
sedang berangan lagi.
"Minah!
Gatalnya dia. Umur kita baru 18 tahun dah sibuk cakap pasal tu. Sambung belajar
pun belum tau," marah Nurul Ain. Dia tidak senang dengan kata-kata
sahabatnya itu.
Aminah
sengih.
"Alah,
kata orang kalau berangan masa depan tak ada salahnya. Berangan tu kan free.
Kalau pun masa depan nanti bukan jodoh aku dengan Encik Ameer, aku nak cari
bakal suami yang macam dia. Baik dan tak kedekut. Dan, katakanlah masa depan
jodoh kau dengan dia. Aku harap kau jaga dia baik-baik. Susah tahu nak dapat lelaki
sebaik Encik Ameer sekarang ni. Satu dalam sejuta," ujar Aminah selamba.
Buntang
mata Nurul Ain memandang Aminah. Tidak pasal-pasal dia pula disabit sama. Apa
kes pula masa depannya dengan Encik Ameer? Aminah ini memang suka merepeklah.
"Kau
ni merepeklah. Apa pula masa depan aku dengan dia. Mengarutlah!"
"Hello
kawan! Kita tak tahu tau, jodoh kita dengan siapa. Jodoh tu kan di tangan
Allah. Manalah tahu dah memang tertulis dia jodoh kau. Kau tak boleh mengelak
dah. Lagi satukan... aku rasa Encik Ameer tu ada hati dekat kaulah. Tengok cara
dia pandang kau pun aku dah dapat kesan," ujar Aminah lagi.
"Minah..."
Belum
pun sempat Nurul Ain membidas, Ameer Qalish sudah pun mendekati mereka. Diam
terus diam.
"Sekejap
lagi sampailah sarapan kita," maklum Ameer Qalish. Punggung dilabuhkan di
kerusi berhadapan dengan Nurul Ain. Jelas di matanya gadis itu kelihatan
gelisah saja.
"Terima
kasih Encik Ameer. Patutnya encik tak perlu susah-susah untuk belanja kami.
Kami boleh bayar sendiri," ujar Nurul Ain. Dia tidak mahu menyusahkan
sesiapa.
Ameer
Qalish senyum nipis. Kata-kata Nurul Ain itu juga membuatkan dia terasa hati.
Seperti tadi, gadis di hadapannya ini bagai tidak sudi mahu menerima sesuatu
darinya. Namun, rasa itu ditekan sendiri. Hish, kenapalah setiap kata dari
mulut gadis ini membuatkan dia terasa? Mungkin Nurul Ain betul-betul tidak mahu
menyusahkannya, Ameer Qalish berfikir positif.
"Apa
pula susahnya Ain? Saya memang niat nak belanja. Kira macam sedekah waktu pagi
ni. Tak salah, kan?" balas Ameer Qalish.
Nurul
Ain diam tidak terkata.
"Ya!
Betul tu Encik Ameer. Tak salah. Dapat berkat sedekah pagi-pagi ni. Saya doakan
semoga rezeki melimpah ruah untuk encik. Terima kasih sebab belanja kami pagi
ni. Encik memang terbaik!" sahut Aminah tiba-tiba.
Ameer
Qalish ketawa kecil. Dia tunjuk 'cap jempol' kepada Aminah kerana bersetuju
dengannya.
~*~*~*~*~*~
Ameer
Qalish dan Aminah enak menikmati sarapan pagi mereka. Nurul Ain pula menyisip
milo suamnya sambil memandang sekeliling. Melihat mereka berdua menjamu selera
dia jadi telan liur. Padahal tadi dia sudah pun sarapan. Perut ini memang
mengada-ngada betul!
Tiba-tiba
ada tangan menyentuh bahu Nurul Ain. Dia lantas menoleh sedikit ke belakang.
Johan tersenyum padanya.
"Eh,
Abang Joe... err... Encik Johan."
Nurul
Ain yang tersasul memanggil Johan dengan panggilan tak formal mereka
cepat-cepat menukar panggilan itu. Mereka sekarang di hadapan Ameer Qalish,
tidak sedap pula memanggil dengan panggilan tidak formal walaupun Johan seorang
yang tidak kisah.
Abang
Joe? Panggilan itu jelas dipendengaran Ameer Qalish. Serta merta kunyahannya
terhenti. Rasa cemburu sedikit menyelinap ke hatinya.
"Eh,
Encik Ameer pun ada."
Ameer
Qalish mengangguk kecil. Bibir mengukir senyum nipis.
"Boleh
saya join kau orang sekali?"
"Err...
silakan Johan," Ameer Qalish mempersilakan Johan duduk.
Johan
mengambil tempat di sebelah Nurul Ain. Sebaik dia melabuhkan punggung, Nurul
Ain memberikan senyuman kepadanya. Dia membalas dengan senyum manis. Damai
hatinya melihat senyuman di bibir gadis pujaan secara diamnya ini.
Berlainan
pula dengan situasi Ameer Qalish. Dia bagai kurang senang melihatnya. Namun,
dia cuba kawal perasaan kurang senangnya agar tidak kelihatan
di mata mereka. Siapa dia untuk berasa begitu terhadap Nurul Ain dan Johan? Dia
bukan kekasih gadis itu pun.
"Encik
Johan pun belum sarapan lagi?" tanya Nurul Ain.
"Oh.
Dah order makanannya?"
"Dah.
Saya beli bungkus saja. Makan nanti rehat. Ain, tak order apa-apa ke? Saya
tengok Encik Ameer dengan Aminah saja sarapan."
"Saya
dah sarapan Encik Johan. Dekat rumah tadi. Dah kenyang. So, milo suam
sajalah," balas Nurul Ain.
"Oh...
Ain, saya rasa kalau awak sarapan untuk kali ke dua pun tak ada masalah."
Berkerut
dahi Nurul Ain.
"Kenapa
pula? Encik Johan nak suruh saya jadi gemuk eh..."
Johan
ketawa kecil.
"Memang
pun. Saya tengok awak ni kecik sangat. Macam budak-budak saja. Apa salahnya
makan lebih sikit biar cepat besar."
Nurul
Ain ketawa. Lucu dengan kata-kata Johan itu.
"Betul
cakap Abang Joe... eh... Encik Johan tu. Ain ni memang keding. Kalau kena tiup
angin kuat sikit mesti terbang,"
sampuk Aminah dengan mulut yang penuh.
"Minah!
Hish, tak senonohlah dia ni. Kut ya pun nak cakap, tunggu mulut kosong."
Johan,
Nurul Ain dan Aminah ketawa. Terlupa seketika bahawa antara mereka ada Ameer
Qalish di situ.
Melihat
perbualan tiga insan itu membuatkan Ameer Qalish terasa tersisih pula. Nurul
Ain dan Johan kelihatan rapat saja. Tidak seperti dia dan Nurul Ain. Gadis itu
jika dengan dia pasti menjadi 'stone.' Bagai takut-takut saja padahal dia
bukanlah jenis makan orang pun.
"Ehemm..."
Ameer Qalish berdeham. Untuk menyedarkan mereka bahawa dia masih di sini.
Mereka
bertiga fokus pada Ameer Qalish.
"Kau
orang bertiga nampak rapat. Hmm, walaupun Johan berpangkat supervisior, Ain dan
Aminah pekerja biasa tapi hubungan kau orang rapat. Bagus. Saya suka ukhuwah
kau orang," ujar Ameer Qalish.
"Biasalah
Encik Ameer. Dekat sini kita umpama keluarga. Walaupun pangkat saya tinggi
sedikit dari mereka, saya tetap layan mereka seperti keluarga. Bukan saja
dengan Ain dan Aminah, tapi semua orang dalam organisasi. Saya nak mereka
selesa dengan saya. Dengan cara tu mereka takkan tertekan untuk melakukan
pekerjaan," ujar Johan panjang lebar.
Ameer
Qalish mengangguk saja. Sebenarnya bukan dia kisah sangat tentang hal itu pun.
Nurul Ain yang di hadapannya dikerling. Gadis itu yang sedang menyedut minuman
apabilla bertembung pandangan dengan segera melarikan matanya. Ameer Qalish
mengeluh kecil.
"Eh,
dah nak masuk waktu kerja. Ain, jom masuk."
Aminah
pantas berdiri sesudah mengerling jam. Tinggal empat minit saja lagi untuk
waktu kerja. Nurul Ain juga turut tergesa berdiri. Beg sandang pantas disangkut
ke bahu.
"Encik
Ameer, Encik Johan, kami masuk dulu. Encik Ameer terima kasih sekali lagi sebab
belanja kami pagi ni," ucap Nurul Ain. Lantas dia mendekati Aminah.
"Kami
pergi dulu encik-encik. Encik Ameer, terima kasihlah belanja saya roti canai.
Lain kali kalau nak sarapan tak ada kawan ajaklah kita orang sekali erk...
Aduh!"
Laju
saja Nurul Ain mengutil pinggang sahabatnya itu. Tidak tahu malu betul!
Aminah
sengih.
"Hehe...
Maaf, maaf. Kami pergi dulu. Encik Ameer dan Encik Johan makanlah dengan tenang
ya. Encik berdua kalau masuk lambat pun tak apa. Encik berdua orang atasan. Kami
ni pekerja biasa..."
"Dah
Minah! Jom pergi. Nanti lambat pula," gesa Nurul Ain.
Tangan
Aminah ditarik. Dia terpaksa buat begitu. Jika ikut Aminah yang banyak cakap,
alamatnya lambatlah mereka masuk kerja.
"Okey,
bye!"
Bersambung lagi....
Pstt: Assalammualaikum! Terima kasih sebab sudi baca. Drop komen kat bawah kalau sudi. Komen je, ira tak marah. In sya Allah, ira akan cuba perbaiki lagi karya2 ira. Enjoy reading! ^_^