Selasa, 10 Mei 2022

HATI DILASTIK CINTA (CERPEN)


 Tok, tok, tok!

Konsentrasi Aiman yang sedang membaca buku terganggu apabila mendengar tingkap biliknya seperti diketuk sesuatu beberapa kali. Aiman ketakutan. Siapa pula mengetuk tingkap biliknya malam buta begini? Soalnya dalam hati.  Dia menelan liur. 

Takkan Pak Han… kacau pula? Meremang bulu tengkuknya. Sudahlah emak, abah serta adik-beradiknya yang lain sudah masuk tidur.  Hanya dia saja masih berjaga kerana mata begitu degil hendak lelap.  Dalam berani dan takut Aiman mendekati tingkap biliknya.

Tok, tok, tok!

 Bunyi itu berbunyi lagi.

“Buka ke tak payah?” Aiman berperang dengan hatinya.  Dia Tok, tok, tok!

 Konsentrasi Aiman yang sedang membaca buku terganggu apabila mendengar tingkap biliknya seperti diketuk sesuatu beberapa kali. Aiman ketakutan. Siapa pula mengetuk tingkap biliknya malam buta begini? Soalnya dalam hati. Dia menelan liur. 

Takkan Pak Han… kacau pula? Meremang bulu tengkuknya. Sudahlah emak, abah serta adik-beradiknya yang lain sudah masuk tidur. Hanya dia saja masih berjaga kerana mata begitu degil hendak lelap. Dalam berani dan takut Aiman mendekati tingkap biliknya.

Tok, tok, tok! Bunyi itu berbunyi lagi.

“Buka ke tak payah?” Aiman berperang dengan hatinya. Dia teragak-agak mahu membuka.

Tok, tok, tok!

Terketar-ketar Aiman mahu membuka selak tingkap. Menggigil tangannya. Berkali-kali juga dia menelan liur. Namun, digagahkan juga. Tingkap kayu diselak sedikit untuk melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita.

 Zazzz! Bagai peluru berpandu sesuatu menghentam dahinya. Aiman jatuh terduduk di atas lantai. 

 “Aucchh! Apa benda yang hentam dahi aku tadi?” Lantas dia menoleh kiri dan kanan mencari sesuatu yang menghentam dahinya. Dahi yang sudah merah digosok-gosok. Nasib tidak berdarah.

 “Batu. Siapa pula main baling batu malam-malam ni? Ini tak lain, tak bukan mesti…” Dia sudah memikirkan seseorang yang sangat dikenali. Pantas dia bangun dan menolak tingkap sehingga menganga luas. Terlihat jelas susuk tubuh seorang gadis memegang lastik sedang duduk selamba di atas basikal sambil menyengih. Dia sudah agak!

 “Woi, apa hal kau lastik batu kat dahi aku? Dah kenapa kau datang rumah aku malam-malam buta ni?” jerit Aiman dalam berbisik. Jerit kuat karang takut seisi rumah terkejut pula.

 Iman di atas basikal menutup mulut menahan gelak. Dia terlastik dahi Aiman rupanya. Nasib kaulah Aiman…

 “Sorry weh, boleh pulak terkena dahi kau. Man, aku nak ajak kau keluar kejap. Jomlah,” ajak Iman dalam berbisik juga. 

 Hish, Iman ini hilang akal apa? Tidak tahu tengok jam sudah pukul berapa? Sudah malam Iman oi…

 “Weh Im, jam kau tu ikut waktu overseas ke? Dah malamlah. Kot ya pun nak ajak aku pergi dating esok lepas balik sekolahlah.”

 “Banyaklah dating kau! Tak hingin aku nak date dengan kau ni. Buang karen aje. Man, jomlah ikut aku. Aku nak tunjukkan kau sesuatu ni. Aku janji sekejap je, eh?” pujuk Iman. Dia berharap Aiman akan setuju. Ada suatu tempat yang istimewa dia hendak tunjukkan kepada Aiman.

 “Tak naklah. Kalau emak dengan abah aku tahu habis aku kena piat. Lagi pun budak Iman oi, dah malam. Budak bawah umur macam kita ni bahaya merayap waktu macam ni. Takutlah aku weh…” dalih Aiman tidak mahu ikut.

 Iman sudah bercekak pinggan. Matanya tajam memandang Aiman di tingkap biliknya.

 “Kau ni kan, memang anak mak betul. Tak adanya emak abah kau tahu kalau kau keluar senyap-senyap. Penakut betul. Jomlah!” desak Iman. Dia tidak kira. Aiman mesti ikut juga.

 “Tapi…”

 “Tak ada tapi-tapi. Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak turun sekarang, aku tak nak kawan dengan kau lagi,” ugut Iman tanpa kompromi. Tangan disilangkan ke dada.

 Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Alahai, Iman main ugut-ugut pula dengan dia. Kalau tak mahu ikut nanti Iman tidak mahu berkawan dengannya lagi. Kalau ikut, dia bukanlah berani sangat berjalan dalam gelap ini. Bingung dia hendak memilih.

 “Satu… dua…” Iman mula mengira. Wajahnya serius sekali.

 “Yalah… yalah,” akhirnya Aiman mengalah juga. Iman punya pasal, redah sajalah.

 “Haa, macam itulah baru kawan namanya.” Iman senyum sampai ke telinga apabila Aiman sudah bersetuju. Dia tahu Aiman takkan mampu hendak menolak setiap kehendaknya. Memang dia sudah dapat mengagak Aiman akan memberikan persetujuan. Sahabat sejatilah katakan!

 Aiman sudah mahu keluar melalui tingkap biliknya.

 “Eh, kejap… kejap. Man, lampu picit jangan lupa bawak,” pesannya.

 “Yalah. Kejap aku ambil.” Aiman menarik semula kakinya. Dia berpatah balik mengambil lampu picit di atas meja. Banyak songeh betul Iman ini. Setelah itu barulah dia turun melalui tingkap semula.


~*~*~*~*~*~

“Im, kau nak bawak aku pergi mana ni?” tanya Aiman yang duduk di tempat pembonceng sambil menyuluh jalan. Lampu basikal Iman sudah tidak berfungsi lagi.

 “Adalah… Kau duduk diam-diam boleh tak?” Aiman yang dari tadi asyik bergerak di belakang membuatkan basikalnya asyik bergoyang. Ada pula yang jatuh nanti.

 “Im, kau keluar ni Mak Jenab dengan Pak Bakar tahu tak?” tanya Aiman.

 Pelik juga dia dengan Iman ini. Bukan main senang lagi dia hendak keluar rumah malam begini. Ibu dengan ayah dia tidak marahkah? 

 “Gila kau! Mana dia orang tahu. Aku pun curi-curi keluar jugak. Kalau dia orang tahu, sah-sah aku tak ada dekat depan bilik kau tadi,” jawap Iman selamba.

 “Ya Allah, Im… Kenapa kau buat macam tu? Tak baik tau.”

 “Eleh, kau pun samalah,” balas Iman.

 Aiman di belakangnya menyengih. Lupa pula dia. Dia pun curi-curi keluar tadi. Ini semua kerana Imanlah.

 Selang lima minit barulah mereka sampai ke tempat yang dituju. Basikal di sandarkan ke sebatang pokok.  

 “Im, inikan sungai kat kampung kita. Nak buat apa kat sini, weh? Nak memancing ke?” tanya Aiman. Di wajahnya bergayut-gayut tanda tanya. Hendak pergi memancing, joran pun mereka tidak bawa. Habis, apa keperluan mereka ke sini?

 “Hish, kau ni banyak tanyalah. Ikut ajelah.” Iman mengambil lampu picit dari tangan Aiman.

 “ Im, aku takutlah,” bisik Aiman di telinga Iman. Lantas dia merapati bahu gadis itu sambil matanya melihat sana sini. Kot-kot ada mak cik berjubah putih ke, naya!

 Iman berlagak seperti biasa. Seperti tidak takut saja. Aiman ini tidak ubah macam perempuanlah. Penakut nauzubillah! Kalahkan dia. Aiman di belakang dijelingnya.

 “Im…”

 “Syyhh… Kau senyaplah. Penghuni kat sini tak suka bising tau.” Iman sengaja mahu menakut-nakutkan Aiman yang tersangat penakut itu. 

 Seriau Aiman mendengarnya. Penghuni itu Pak Han… tu ke? Terus dia diam. Tidak berani hendak berkata-kata lagi. Iman sudah senyum senget melihat Aiman yang terdiam. Tahu pun takut.

 “Im, mulut kau janga celupar sangat. Kang ada, habis kita!” marah Aiman.

 Iman dan Aiman sudah sampai di sebuah batu besar, Iman menarik tangan Aiman untuk menaiki batu itu. Aiman akur saja. Lampu picit dimatikan.

 “Im…” Aiman mahu bersuara lagi namun cepat-cepat mulutnya di tutup Iman.

 “Syyhh…senyaplah! Tengok aje.”

 Berkerut-kerut dahi Aiman. Dalam gelap begini apa yang nampak? Paling-paling nampak Pak Han… Haish, otaknya asyik fikir benda-benda begitu saja.

 Lengannya digoncang Iman secara tiba-tiba.

 “Kau tengok tu. Penghuni tu dah mula keluar,” bisik Iman di telinga Aiman.

 Aiman memandang ke arah yang ditunjukkan Iman dalam teragak-agak. Dari penglihatannya ada dua cahaya kecil sedang berterbangan sesama sendiri. Apa itu? Lama-lama cahaya itu semakin banyak. Berterbangan bebas di dalam kegelapan malam. Bercahaya jadinya tempat mereka bermain. Masya-Allah, indah sekali!

 “Cantikkan? Sebab itulah aku beria sangat ajak kau ke sini tadi. Nak tengok kelip-kelip,” terang Iman dengan senyuman.

 Cantik! Rasa takut yang tadinya menyelubungi diri kini hilang entah ke mana. Kini hanya ada rasa damai dan gembira melihat kelip-kelip bermain sesama sendiri. Selama ini tidak pernah pula dia tahu ada habitat serangga kecil bercahaya ini di sini.

 “Im, macam mana kau tahu dekat sini ada kelip-kelip? Selama ni aku tak tahu pun.”

 Iman memberikan senyuman kepada Aiman.

 “Ingat tak masa aku merajuk dengan ibu aku dua minggu lepas? Konon-kononnya nak lari dari rumah, tapi sebenarnya aku dekat sini aje. Malam tu aku duduk seorang diri kat sini melalak tak tentu pasal. Entah macam mana kelip-kelip ni muncul. Terus aku berhenti melalak,” cerita Iman.

 “Ingat. Masa tu kau kantoi dengan ibu kau pasal kita dengan kawan-kawan lain mandi kat sungai lepas balik sekolah. Drama betul kau sampai lari rumah,” ujar Aiman dengan gelak perlahan. 

 Iman turut sama tergelak. 

 “Im, terima kasih sebab sudi kongsi keistimewaan sungai ni dengan aku.”

 Iman senyum. “Sama-sama kasih weh. Man, apa kata kita jadikan ini tempat rahsia kita berdua. Jangan bagitau sesiapa pun. Dan tempat ni jugak jadi tempat yang melambangkan persahabatan kita. Apa macam?” cadang Iman tiba-tiba.

 Aiman mengangguk setuju.

 “Erk, bernaslah idea kau ni. Aku setuju dan suka sangat-sangat. Tempat ni bukan aje jadi tempat persahabatan kita tapi… untuk tempat menenangkan diri bila ada masalah. Terutama sekali bila kena marah dengan mak atau abah masing-masing,” ujar Aiman sambil angkat kening.

 Membulat mata Iman apabila terasa diri diperli. Suka hati saja Aiman hendak memerli dirinya ya.

 “Kau perli aku, eh?” tanya Iman sambil mengecilkan mata.

 “Mana ada,” segera Aiman menafikan sambil menyengih bagai kerang busuk.

 Iman mengecilkan lagi matanya. Tawa Aiman terus meletus.

 “Kau ni kan…” tangannya terus menggeletek tubuh Aiman. Apa lagi? Semakin memecahlah tawa si Aiman ini. Rasakan!


~*~*~*~*~*~

Kenangan sepuluh tahun dulu masih segar di ingatannya. Iman tersenyum sendiri. Rindunya dia pada kenangan lama. Ada pahit, ada manis. Gambar dia dan Aiman sewaktu zaman kanak-kanaknya diusap. Sudah lama dia tak bertemu dengan jejaka itu. Macam mana agaknya rupa dia sekarang? Rindunya dia pada Aiman yang penakut dan anak emak itu. Masih adakah sikap penakutnya sekarang ini?

 Selama dia duduk di negeri orang, antara orang yang paling diingati selepas ibu dan ayahnya adalah Aiman. Entah kenapa hanya nama Aiman saja yang terukir di hatinya selama ini. Sewaktu dia menuntut di luar negara, ramai yang ingin berkenalan dengannya. Namun dia menolak secara terang-terangan. Dia seperti tidak ingin menjalinkan persahabatan dengan lelaki lain. Hanya nama Aiman saja meniti difikiran. Hanya nama Aiman saja yang terukir cantik dihatinya Mungkinkah ada rasa cinta pada Aiman? Sering kali dia memikirkan hal itu.

 “Kenapa senyum-senyum seorang diri tu, Im?” tanya Pak Bakar mengerling di tempat duduk belakang.

 “Tak ada apalah, bah. Im teringat masa kecil Im dulu.”

 “Mesti teringatkan Aiman, kan?” tanya Mak Jenab pula dengan nada mengusik.

 Pandai sungguh ibunya menebak. Iman di tempat duduk belakang senyum saja. Dia melari pandangan ke luar tingkap. Betul kata emaknya. Dia rindu dengan Aiman. Rindu sangat!


~*~*~*~*~*~

Kepulangan Iman ke kampung halaman di sambut dengan meriah. Mak Senah dan Pak Hamdan, orang tua Aiman juga turut hadir.

 “Cantik Im sekarang. Putih,” puji Mak Senah lalu memeluknya.

 “Mana ada Mak Senah. Orang biasa ajelah,” balas Iman merendah diri. Tinggal lama di negeri orang, tidak pernah melunturkan rasa rendah dirinya. Dia sentiasa sedar dari mana dia berasal.

 Iman menoleh kiri dan kanan. Mencari kelibat Aiman. Namun tiada di situ.

 “Mak Senah, Aiman mana?”

 “Ada dekat rumah tu. Tadi Mak Senah ajak ke sini tapi dia tak mahu. Katanya nak rehat.” Mak Senah memberitahu.

 “Tak apalah. Nanti Im pergi jumpa dia.”

 “Pergilah, Im. Aiman tu sejak dua menjak ni entah kenapa asyik diam aje. Balik aje mengajar, biliklah tempat dia,” bebel Mak Senah tentang anak bujangnya itu.

 Iman melemparkan senyuman nipis kepada Mak Senah. Aiman merajuk dengan diakah? Sampai hati dia tidak datang menyambut kepulangannya. Dia punyalah rindu dengan Aiman.

 Petang itu Iman mengayuh basikal ke rumah Aiman. Dia memberhentikan basikal di hadapan tingkap yang sering menjadi mangsa lastik batu olehnya dulu. Sesampai saja dia di situ, dia turun dan memungut tiga biji batu. Dia mengambil lastik yang masih disimpan di dalam bakul basikal.  

 Tok, tok, tok!

 Iman melastik batu ke tingkap kayu bilik Aiman. Tingkap itu masih tertutup.

 Tok, tok, tok! 

Sekali lagi dia melastik. Hampa. Aiman tetap tidak mahu membukanya. 

“Man, aku ni Iman. Aku dah balik. Keluarlah, Man. Aku rindu sangat-sangat dengan kau. At least kalau tak nak turun pun kau bukalah tingkap ni,” laung Iman dalam nada merayu.

Tiada jawapan dari Aiman di dalam rumah. Dia hanya berdiam diri di situ.

“Man…” panggil Iman lagi.

Sepuluh minit Iman menunggu namun kelibat Aiman tidak muncul juga. Dia tahu Aiman ada di dalam. Kata Mak Senah hanya anak lelakinya saja ada di rumah petang ini. Mak Senah, Pak Bakar dan adik beradik Aiman yang lain semuanya ke rumah saudara mereka. Ada jamuan katanya.

“Tak apalah, Man. Nanti bila kau dah bersedia, jumpalah aku kat rumah. Aku tunggu kau. Aku balik dulu ya Man.” Iman putus asa mahu menunggu Aiman keluar dari rumah.

Iman mengambil keputusan untuk pulang saja. Dia memandang sekilas ke arah tingkap bilik Aiman sebelum berlalu. Dia mengayuh basikal dengan perasaan kecewa dan sedih. Mengapa jadi begini? Bisik hatinya.

Setelah pasti Iman sudah keluar dari halaman rumahnya, barulah Aiman membuka tingkap biliknya. Matanya mengekori gerak geri Iman mengayuh basikal. Keluhan lepas dari mulutnya. 


~*~*~*~*~*~


Malam keesokkannya Mak Jenab dan Pak Bakar mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan Iman ke tanah air. Ramai sanak saudara serta jiran tetangga yang hadir ke majlis mereka. Tidak menang tangan Iman hendak menjawab soalan demi soalan dari mereka yang bertanya tentang pembelajarannya di luar negara. 

 Dalam kesibukan majlis itu hanya seseorang yang sangat Iman berharap untuk berjumpa. Orang itu adalah Aiman. Tadinya dia seakan terlihat jejaka itu. Semua tetamu sudah beransur pulang. Hanya ada beberapa orang saja membantu mengemas khemah. Dia dapat menangkap kelibat Aiman yang sudah siap sedia hendak pulang. Sepantas kilat dia menyarung selipar.

 “Aiman!” Segera Iman mencengkam lengan Aiman.

 Sungguh jejaka itu terkejut dengan tindakannya secara tiba-tiba.

 “Man, kenapa kau macam mengelak aje dengan aku?”

 “Err… mana ada,” nafi Aiman. Wajahnya Iman dipandang hendak tak hendak saja.

 “Aku tahu kau cuba nak mengelak dengan aku. Apa salah aku, Man?”

 Aiman menarik lengannya perlahan. Dia berpaling ke belakang.

 “Aku bukan mengelak dengan kau. Aku cuma… aku sibuk Im. Kau tahukan aku mengajar sekarang. Terlalu banyak kerja. Sebab itulah aku tidak sempat nak berjumpa dengan kau,” Aiman berdalih.

 “Kau bohong! Masa aku balik hari tu, aku pergi rumah kau. Aku panggil kau tapi kau langsung tak nak jumpa aku. Tingkap pun kau tak buka. Man, kau dah tak nak kawan dengan aku ke?”

 “Err… aku balik dululah. Aku ada kerja. Assalammualaikum.” 

 Terus Aiman berlalu tanpa sebarang kata dan jawapan bagi menjawap soalan Iman. Iman tergamam. Manik jernih menitis di pipinya.


~*~*~*~*~*~


Aku menyedari telah jatuh cinta

Tapi aku tak bisa mengungkapkan

Terasa bahagiaku mencintaimu

Walaupun kau belum mencintaiku


Aku di sinikan selalu menunggu

Yang selalu ada di setiap waktumu

Selalu menanti jawapanmu

Untuk cinta yang terakhir


Semakinku bisa untuk menyayangi

Semakinku bisa untuk mengerti

Dari semua hidupmu yang penuh duga

Kan ku hapus semua menjadi indah


Aku di sinikan selalu menunggu

Yang selalu ada di setiap waktumu

Selalu menanti jawapanmu

Untuk cintamu…


Tak akan pernah hilang rasaku

Cinta yang membawa dalam hatiku

Bagai mata yang tak terpejam

Aku tetap menantimu


Sungguh merdu alunan suara Aiman bernyanyi dan bermain gitar. Alunan lagu yang mendayu-dayu itu sepertinya datang dari hati jejaka itu. Tanpa pengetahuan Aiman, sejak dari tadi dia mencuri dengar nyanyian jejaka itu di sebalik pokok. Selesai Aiman bernyanyi Iman memberikan tepukan. Aiman terkejut mendengar tepukan yang entah dari mana itu. Sepertinya bunyi itu datang dari sebalik pokok besar di belakangnya.

 “Wah, tak sangka cikgu kita ni pandai nyanyi dan main gitar,” puji Iman. Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan mendekati Aiman yang duduk di atas batu.

 Aiman tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia hanya berdiam diri dan kembali berpaling merenung air sungai yang mengalir tenang.

 “Tahu tak Aiman? Hari ni hati aku asyik terpanggil saja untuk ke tempat ni. Rupa-rupanya itu petanda aku akan berjumpa kau hari ni. Bila aku datang tadi, aku tengok kau duduk seorang diri kat sini.”

 Aiman diam saja. Langsung tak mengeluarkan sebarang kata. Iman melabuhkan di sebelah Aiman.

 “Man, kau marah dekat aku ya? Kau dah tak nak kawan dengan aku lagi ke?” tanya Iman. Dia tak berpuas hati melihat Aiman diam membisu begitu saja. Dia berasa sungguh kekok. Begitu susah mahu mendengar suara jejaka itu sekarang ini.

 Aiman menggeleng perlahan.

 “Habis, kenapa? Kau benci nak tengok muka aku?”

 Aiman menggeleng lagi.

 “Aku tak pernah marah kau pun. Apa lagi benci dengan kau. Tak ada sebab untuk aku buat semua tu. Tapi aku… aku kecewa dengan kau Im,” luah Aiman sambil menunduk. Akhirnya dia bersuara juga.

 Berkerut dahi Iman mendengar kata-kata jejaka itu. “Kecewa? Tapi, kenapa?” Iman ingin tahu apa sebabnya Aiman kecewa dengan dirinya.  

 Aiman menari nafas panjang.

 “Sebab kau macam dah lupakan aku. Email aku jarang kau balas. Video call pun tak pernah. Sudahlah kau jarang balik Malaysia. Aku setengah mati rindukan kau kat sini. Tapi kau dekat sana buat derk aje,” Aiman meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap Iman.

 “Maafkan aku, Man. Aku bukannya sengaja lupakan kau. Aku sibuk dengan macam-macam hal tentang pelajaran dekat sana. Kau tahukan, aku ke sana belajar sungguh-sungguh untuk membalas segala jasa orang tua aku yang dah bersusah payah selama ni. Aku nak dia orang bangga dengan aku. Tak terlintas walau sedikit pun untuk melupakan kau. Aku pun rindu dengan kau. Tapi disebabkan kekangan masa dan pelajaran aku terpaksa mengalah, Man. Aku minta maaf sesangat kalau kau terasa. Aku tak berniat untuk berbuat begitu,” jelas Iman.

 Air mata Iman menitis. Sedih bila Aiman mengatakan seperti dia sengaja melupakan jejaka itu. Padahal setiap masa ada saja kenangan antara mereka terbit di benak fikirannya. Aiman terkejut melihat Iman menangis. Tidak sampai hati pula dia. 

 “Im…”

 “Aku ni… bukan kawan yang baik, kan?” tanya Iman dalam teresak. Sedih.

 Terkedu Aiman dengan soalan yang terpancul dari mulut Iman. Dia telah menyebabkan gadis ini menangis. Sungguh, rasa bersalah terbit di hati.

 “Im, janganlah nangis macam ni. Tak apalah, aku faham dengan kesibukan kau di sana. Aku yang terlebih emosi sangat. Im, janganlah menangis…” pujuk Aiman sambil memalingkan bahu Iman supaya berhadapan dengannya. Mata mereka saling bertentangan.

 “Please… Jangan menangis,” rayu Aiman. 

 Pipi Iman dicengkam lembut. Sisa air mata Iman di pipi disekanya dengan kedua-dua belah ibu jari. Serba salah dia kerana menyebabkan gadis itu menangis.

 Esakkan Iman sedikit demi sedikit terhenti. Terpujuk dengan pujukkan jejaka itu.

 “Senyumlah sikit. Aku minta maaf.”

 Senyuman nipis terpamer di bibir Iman.

 “Haa, macam itulah. Im, apa-apa pun kau dah balik. Senang hati aku bila kau dah ada depan mata. Sekarang tak adalah aku rindu gila dengan buah hati aku ni.” Tanpa sedar Aiman dia sudah terlepas kata.

 Mendengar perkataan ‘buah hati’, tiba-tiba saja hati Iman terasa berbunga-bunga.

 “Man, aku ni buah hati kau ke?” Entah kenapa dia dapat merasakan Aiman ada rasa yang sama dengannya.

 Serta merta Aiman menutup mulutnya. Baru dia perasan bahawa dia sudah terlepas kata. Hampir saja dia membongkar segara rasa hatinya. Dia sebenarnya punya satu perasaan aneh pada Iman sejak mereka di zaman persekolahan lagi. Cuma dia hanya memendam saja perasaan itu. Semakin lama dia pendam, semakin bercambah perasaan itu. Menjadi sayang! Menjadi rindu! Menjadi cinta!

 “Man, kau… kau ada hati dengan aku ke?” teragak-agak Iman mahu bertanya. Hatinya berdebar-debar ingin tahu. Suspen!

 “Aku… err… mana ada!” Aiman menafikannya. Padahal dalam hati kata iya.

 Iman mengeluh sedikit kecewa. “ Ya ke? Hish, sayanglah… Man, aku nak buat pengakuan berani mati kat kau ni. Tapi kau jangan pengsan pulak, ya?” 

Iman sudah mengambil keputusan untuk membiarkan Aiman mengetahui rasa hatinya selama ini. Dia tidak perduli apa kata Aiman nanti. Janji dia tidak perlu menahan rasa begitu lama lagi. Sakit tahu menahan rasa ini!

 Dalam rasa malu-malu kerana kata-katanya tadi, Aiman memberanikan diri menentang pandangan Iman. Apakah pengakuan berani mati itu? Dia sudah meronta-ronta ingin tahu. Debar Iman tadi sudah bertukar kepadanya pula.

 “Apa dia?”

 “Pengakuan aku ni mungkin kau fikir sebagai perigi mencari timba. Ah, aku tak kisahlah apa yang kau fikirkan nanti. Ikut suka kaulah nak terima ke tidak. Aku malas nak simpan lama-lama dah. Aiman… a… aku sebenarnya, sukakan kau!” dengan pantas Iman menyatakan rasa hatinya.

 Malu memang malu. Tapi dia tak kisah. Daripada biarkan rasa itu tersimpan saja, ada baiknya dikeluarkan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelamlah dia.

 “Haa?”

 Terkejut beruk Aiman dengan pengakuan sesangat berani Iman itu. Dia mimpi di malam hari ke? Aiman mencubit pipinya. Sakit! Bermakna apa yang didengarnya sahih dan nyata. Nafasnya menjadi sesak.

 “Macam tak percaya aje? Aku cakap betul ni weh. Aku suka kaulah!” jerit Iman tegas meyakinkan Aiman.

 Menganga Aiman dibuatnya. Dunianya terasa berpinar-pinar. Akhirnya dia rebah di atas batu.

 “Eh, Aiman! Lah… tadi baru aje aku suruh jangan pengsan. Sekarang dah pengsan. Aiman! Aiman!” Iman cuba mengejutkan Aiman lalu mengoncang bahu jejaka itu.


~*~*~*~*~*~

Selamat pengantin baru

Selamat berbahagia

Selamat ke anak cucu

Selamat sejahtera


Semoga berpanjangan

Semoga berkekalan

Semoga satu tujuan

Semoga aman


Hidup mestilah rukun 

Sabar paling perlu

Cinta setiap hari

Senyum mesti selalu

Oh oh oh oh…


Lagu dendangan Saloma bertajuk Selamat Pengantin Baru yang di main deejay menghidupkan suasana majlis perkahwinan antara Aiman Amirul Bin Hamdan dan Nurul Iman Binti Abu Bakar. Mereka berdua telah pun di Ijab Kabul malam semalam. Syukur, sekarang meraka sudah sah bergelar suami dan isteri.

 Di bilik pengantin Iman didatangi oleh Mak Jenab dan Pak Bakar. Semua yang ada bersama Iman tadi keluar dari bilik. Memberikan ruang kepada tiga beranak ini hendak berborak sementara menunggu rombongan pengantin lelaki.

 Mak Jenab duduk di kanan Iman, manakala Pak Bakar di sebelah kiri. Mak Jenab mengenggam lembut tangan satu-satunya anak gadis mereka yang sudah berukir dengan inai.

 “Tak sangka anak ibu dan ayah dah besar. Pejam celik, pejam celik Iman membesar dengan baik dan cantik. Walaupun kadang tu degil jugak.” Mak Jenab bermukadimah.

 Iman ketawa kecil. Betul, masa kecil dulu dia agak degil. Kalau tidak buat ibunya menjerit satu hari memang tidak sah harinya.

 “Sekarang Iman dah jadi seorang isteri. Sayang… jadilah seorang isteri yang taat dengan suami dalam setiap perintah kecuali yang memudaratkan. Jadilah seorang isteri yang soleha dan berguna di alam rumah tangga. Sentiasalah ingat bahawa syurga Iman di telapak kaki suami. Ingatlah sayang, walaupun Iman sudah menjadi isteri orang, ibu dan ayah akan tetap sayang Iman seperti sebelumnya. Iman tetap anak kami,” sayu Mak Jenab kala ini. Begitu juga Pak Bakar.  

 “ Terima kasih ibu, ayah kerana sudi menjaga Iman selama ini. Jasa ibu dan ayah sangat besar bagi Iman dan takkan terbalas. Walaupun Iman sudah berkahwin dan bersuami, ibu dan ayah sentiasa ada di hati Iman. Iman sayang ibu dan ayah,” Iman juga sudah tenggelam dalam kesayuan. Kedua belah pipi Mak Jenab dicium dan beralih pula pada Pak Bakar. Iman memeluk kedua-dua orang tuanya dengan linangan air mata.

 “Sudahlah sayang. Jangan menangis. Hari inikan hari bahagia untuk kita semua. Tak sepatutnya kita beremosi. Maniskan muka sayang. Sekejap lagi pengantin lelaki akan sampai. Imankan nak bersanding.” Mak Jenab mengesat sisi air mata di pipi anaknya itu

 Mak Jenab, Pak Bakar dan Iman saling membalas senyuman.

 “Miza, tolong betulkan balik solekkan Iman ni,” pinta Mak Jenab kepada Miza, tukang solek pengantin di kampung mereka. Miza masuk semula ke bilik untuk memperbetulkan solekkan pengantin perempuan.

 Bagai pinang di belah dua. Sama cantik sama padan. Merpati dua sejoli. Itulah pujian yang dilemparkan kepada pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin. Aiman dan Iman saling berpandangan. Sesekali mereka berbalas senyuman dalam malu-malu. Baik Aiman mahu pun Iman, masing-masing punya sinar bahagia di wajah mereka. 

 “Isteri abang cantik sangat hari ni,” puji Aiman secara berbisik.

 Memerah pipi Iman. Hish, suaminy ini. Menyempat lagi mahu memujinya di atas pelamin. Tetamu semua memandang mereka dengan sengihan. Pengapit Iman merangkap sepupunya pun senyum-senyum penuh makna. Ah, malu!

 Iman menunduk saja. 


~*~*~*~*~*~


Tiga bulan selepas…

Iman duduk di atas batu sambil melentokkan kepala ke bahu Aiman. Jari jemari mereka berkait antara satu sama lain.  

 “Tak sangkakan sayang?”

 “Hmm…” berkerut dahi Iman apabila suaminya bertanya begitu.

 “Dulu kita selalu lepak kat sini tengok kelip-kelip sebagai sahabat. Sekarang, kita lepak dekat sini sebagai pasangan suami isteri pula.”

 Iman ketawa kecil. Memang tidak sangka. Sudah kuasa Allah mentakdirkan mereka untuk menjadi suami isteri walaupun awalnya mereka hanya kawan karib.

 “Abang bersyukur sangat mendapat seorang isteri sebaik sayang.”

 “Ya ke?” tanya Iman dengan nada meleret.

 Aiman memicit hidung Iman. Isterinya ini memang nakal!

 “Yalah!”

 Iman menepis tangan suami. Dia menarik muncung empat belasnya.

“Abang ni… sakit hidung kita tau!” adu Iman dengan manja. Semenjak mereka sah menjadi suami isteri, Iman sudah pandai menunjukkan sifat manja. Kalau dulu biasa-biasa saja. Jangan haraplah dia hendak bermanja bagai. Tapi sekarang sudah berubah sembilan puluh darjah. 

“Alolo… kesian isteri abang ni. Nakal sangat siapa suruh. Sini abang kiss sikit.” Aiman memberikan ciuman sekilas di batang hidung Iman yang sudah merah. Dia punya kerjalah tadi.

Iman senang dimanja begitu. Meleret senyumannya.

“Abang, Iman pun bersyukur mendapat suami yang sempurna dan sangat memahami seperti abang. Malah Imanlah insan paling beruntung dapat berkahwin dengan abang,” ujar Iman lalu memeluk si suami.

“Kenapa?” tanya Aiman tiba-tiba.

“Kenapa? Apanya?” Iman langsung tak memahami pertanyaan si suami.

“Hish, sayang ni… Kenapa sayang rasa beruntung sekali dapat kahwin dengan abang?”

“Oh… Sebabnya abanglah lelaki yang Iman cinta dan sayang selama ni. Lagi satu, abang ni memang anak maklah!” ejek Iman lantas memicit hidung suaminya pula.

“Sayang!”

Iman ketawa mengekek. Puas dapat mengenakan suaminya.

“Nakal betul dia!” 

Aiman juga ketawa. Dia membalas pelukkan Iman dengan erat. Sayang sungguh dia pada isterinya seorang ini.

“Sayang,” panggil Aiman perlahan. Iman sibuk bermain dengan hujung tudungnya.

“Hmm…”

“Tengok tu, kelip-kelip dah mula keluar.”

Iman memandang ke hadapan. Kelip-kelip mula berterbangan sesama sendiri. Bibirnya mengukir senyuman. Dia rindu dengan suasana seperti ini. Rasa tenang dan gembira bila melihat kelip-kelip.

“ Sayang…Seperti mana terangnya cahaya kelip-kelip, begitulah terangnya warna cinta abang untuk Nurul Iman,” bisik Aiman di telinga isteri tercintanya.

Iman terharu. Dia menghadiahkan senyuman paling manis buat Aiman. Kedua-dua belah pipi jejaka itu di cium.

“ Semoga kasih dan cinta kita akan kekal sampai ke hari tua, abang.” 

Setelah mengucapkan kata-kata itu Iman kembali memeluk tubuh suaminya. Aiman pula mencium ubun-ubun isterinya. Ya, bahagia milik mereka berdua. Amin.


Iman…

Jantungku berdebar tiap kali aku ingat padamu

Iman…

Mengapa ada yang kurang saat kau tak ada

Iman…

Melihatmu, menyentuhmu, itu yang aku mahu


Aiman…

Apa khabarmu? Khabarku baik-baik saja

Aiman…

Sebegitu banyak cerita, tak habis tentangmu

Aiman…

Salamku untukmu dari hati yang terdalam



   Tamat


Part : Maaf reader blog ira dah lama tak post apa2. Ira cuba hidupkan balik blog ni. Harap sudilah baca cerpen yg dah berkurun lama ira simpan ni. Happy ready readers! 😘



 

Sabtu, 21 Oktober 2017

Qartina Qartini Bab 3~ Cerpan





Puan Suhana mundar-mandir di hadapan pintu utama. Matanya sekejap-sekejap tengok jam. Wajahnya berkerut-kerut menahan rasa risau yang amat dalam.

"Mana budak ni tak balik-balik lagi? Dah pukul 12 malam pun belum balik," rungut Puan Suhana.

Hatinya cukup risau mengenangkan anak gadisnya yang seorang itu. 

"Tina kenapalah suka susahkan hati mummy ni. Ya Allah, jangan jadi sesuatu yang buruk terhadap anak aku tu. Lindungilah di mana pun dia berada." 

Puan Suhana cuba menenangkan diri. Punggung direbahkan ke sofa. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Tangan pantas mengurut lembut pelipis. 

Satu persatu anak tangga dipijak Qartini. Dia haus sebaik sedar dari tidur. Sebaik saja hendak melangkah kaki ke aras bawah, dahinya berkerut. Tingkat bawah terang benderang. Setahunya tadi dia sudah tutup selepas menonton televisyen tadi. Kaki pantas turun ke bawah.

"Eh, mummy kenapa tak tidur lagi ni?"

Puan Suhana seraya mengangkat wajahnya. Terpandang saja wajah anaknya senyum nipis dikoyak. Qartini pantas mendekati mummynya.

"Eh, Tini. Kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Puan Suhana semula.

"Tini haus. Nak turun minum kejap. Mummy buat apa duduk kat ruang tamu seorang diri ni?"

"Mummy tunggu Tina. Selagi Tina tak balik risau mummy ni. Mata pun tak boleh nak pejam,"sungut Puan Suhana.

Qartini geleng kepala. Sekali lagi Qartina buat perangai. Kesian mummy kerisauan.

"Tina tak beritahu mummy dia pergi mana?"

Puan Suhana menggeleng.

"Tak ada pula. Tina ada cakap dengan Tini dia pergi mana?" tanya Puan Suhana semula.

"Tak ada mummy. Tini ada tanya dia tapi Tina cakap nanti dia beritahu mummy sendiri. Tini ajak balik sama pun Tina tak nak. Dia nak balik dengan kawan dia. Tini ingat Tina dah beritahu mummy, so Tini diam ajelah."

"Tina ni memang budak keras kepala tau. Berkali-kali mummy pesan, kalau nak keluar dengan kawan-kawan pesan mummy dulu, tak pun Tini. Ini tak. Dia keluar macam tu je. Jauh malam pun tak balik lagi. Dahlah daddy tak ada sekarang ni. Kalau jadi apa-apa dekat dia, apa mummy nak jawap dengan daddy nanti?" bebel Puan Suhana dengan dahi berkerut. Migrainnya datang menyeranglah ni. Pantas dia berbaring semula.

"Kenapa mummy?" tanya Qartini cemas. Dia melutut di sebelah mummynya. Spontan tangannya memicit kepala Puan Suhana sebaik melihat mummynya memicit kepala sendiri.

"Mummy nak migrainlah ni. Risau sangat pasal Tina, jadi migrain mummy dibuatnya."

"Ya Allah. Mummy tunggu sini kejap. Tini ambilkan mummy ubat ya."

Tanpa menunggu lama Qartini berlari menuju ke dapur. Sesaat kemudian, dia kembali semula ke ruang tamu.

"Mummy makan ubat ni." 

Qartini menghulurkan segelas air kosong dan dua biji pil di tangannya. Puan Suhana bangun dan menyambut huluran anaknya. Seketika kemudian dia merebahkan semula kepalanya.

"Terima kasih Tini," ucapnya lalu tersenyum lebar buat Qartini.

"Mummy naiklah bilik, rehat. Biar Tini je tunggu Tina."

"Tak apa. Tini pergilah tidur dulu. Biar mummy je tunggu Tina. Tak tenang fikiran mummy ni. Tidur pun tak lalu selagi Tina tak balik."

"Mummy kan migrain. Nanti makin teruk pula. Mummy naik tidur ya. Jangan risau pasal Tina. Tini rasa kejap lagi baliklah dia tu. Please mummy," pujuk Qartini. Kasihan dia melihat mummynya.

Puan Suhana bangun juga.

"Yalah. Mummy naik dulu ya. Selamat malam sayang," satu kucupan sayang diberikan kepada Qartini sebelum dia naik ke tingkat atas.

"Selamat malam mummy," ucap Qartini kembali.


*********** 

Jarum pendek sudah menunjukkan ke angka 2. Kepalanya sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Sedikit demi sedikit kelopak mata kian rapat. Baru saja dia hendak lelap, bunyi pintu dibuka dari luar memeranjatkannya. Serta merta dia terbangun semula dan duduk tegak. 

Klik! Pintu terbuka. Qartina melangkah masuk perlahan-lahan. Dia cukup yakin dan pasti, semua orang mesti sudah tidur. Tengoklah sudah pukul berapa sekarang ini. Dengan perlahan pintu ditutup dan dikunci kembali 
"Tina."

Sangkaannya meleret. Rupanya ada lagi yang belum tidur. Qartina menoleh ke arah sofa.

"Tini kenapa kau belum tidur lagi ni?" tanya Qartina dengan suara perlahan namun 
Tanya Qartina dengan suara perlahan namun dingin.

"Tini tunggu Tinalah. Kenapa balik lambat? Tina pergi mana?"

Qartini bangun mendekati Qartina.

"Yang kau ni dari tadi asyik tanya aku pergi mana, dah kenapa? Aku ada kaki, ini diri aku. Suka hati akulah nak pergi mana pun. Sibuk betul!" balas Qartina dengan rasa geram. Qartini dijelingnya tajam.

"Okey. Tina memang ada hak nak pergi mana pun. At least, tolonglah beritahu mummy. Mummy ada hak tahu ke mana saja Tina pergi sebab mummy yang lahirkan Tina, lahirkan Tini. Tahu tak mummy risau gila bila Tina balik lambat. Lepas tu tak beritahu pula pergi mana. Mummy sampai kena migrain risaukan Tina. Tahu tak?" 

Kendur raut wajah ketat Qartina. Kasihan mummy. Memanglah dia anak yang tidak mendengar kata. Tapi, bila dengar mummy atau daddynya sakit, dia jadi tidak sampai hati.

"Mummy mana?"

"Ada kat atas. Tidur mungkin."

Tanpa membalas kata-kata kembarnya, Qartina pantas berlari ke tingkat atas. Qartini hanya menggeleng kepala.

'Tina, kenapa Tina macam benci sangat dengan Tini? Tini buat apa sampai Tina benci dengan Tini? Tini sayang Tina,' bisik hati Qartini.













Qartina Qartini Bab 2 ~ Cerpan



"Tina!"

Qartina pantas berpaling. Dua sahabat baiknya juga berpaling. Langkah mereka terhenti. Terlihat saja wajah adik kembarnya terus mood Qartina merundum jatuh.

"Haa, kau nak apa?"

"Tina nak pergi mana ni? Jom balik sama-sama."

Qartina ketawa kecil dan sinis.

"Kau ni apahal? Tiba-tiba pula sibuk nak ajak balik sama. Mimpi di siang hari ke?"

"Taklah. Tini saja nak ajak Tina balik sama. Kereta Tina kan rosak. Jadi, Tini nak Tina balik sama-sama dengan Tini. Dari tadi tau Tini tunggu Tina kat pondok sana tu. Tini dah habis kelas. Jom balik," ajak Qartini ikhlas. Dia memang tak pernah berkira. Apatah lagi dengan saudara kembarnya. Dia sayang Qartina. Dalam Qartina ada dirinya. Dan, dalam dirinya ada Qartina. Mereka adalah satu walaupun berlainan jasad.

Qartina berdecit. Qartini ini tak habis-habis hendak buat baik dengannya. Dia cukup menyampah. Dirasakan kebaikkan Qartini hanyalah lakonan semata-mata.

"Ada aku suruh kau tunggu aku? Tak adakan. Yang kau sibuk-sibuk nak tunggu aku sangat tu kenapa? Kau baliklah seorang. Aku balik dengan kawan aku."

"Lah... buat apa susahkan kawan. Tini kan ada. Tina balik denga  Tini je lah. Dah. Jomlah kita balik. Mummy mesti dah tunggu kita. Kesian mummy. Dahlah mummy sorang-sorang kat rumah. Daddy tak tahu lagi balik bila," bebel Qartini polos. Pergelangan tangan Qartina pantas dicengkam lembut.

"Aku kata tak payah. Tak payahlah!"

Qartina menarik kuat tangannya. Maka terlepaslah cengkaman Qartini. Qartina mencekak pinggang. Qartini dipandang tajam.

"Eh, kau pergi baliklah sana. Sibuk betul. Suka hati akulah nak balik dengan siapa."

"Tina nak ke mana sebenarnya? Nanti mummy risau," Qartini cuba memujuk lagi.

"Alah kau ni... kalau kau nak jadi anak yang baik sangat, go ahead. Tak payah nak ajak-ajak aku. Aku dah besar. Suka hati akulah nak buat apa pun. Aku nak pergi mana pun, itu urusan aku. Faham?" ujar Qartina sambil mengetap gigi. Dahi Qartini ditunjal.

Qartini hanya diam saja. Dia terasa hati dengan Qartina, tapi rasa itu cepat-cepat dibuang. Dia tak boleh membenci Qartina. Qartina kembarnya. Mereka lahir dalam rahim yang sama. Jika Qartina sakit dia juga merasa sakit yang sama.

"Tak apalah macam tu. Nanti Tini cakapkan dengan mummy. Tina jangan balik lambat sangat ya. Takut mummy risau..."

"Tak payah! Nanti aku beritahu sendiri. Kau jangan nak pandai-pandai beritahu mummy," laju saja Qartini memotong sebelum pergi meninggalkan  Qartini.

Qartini hanya memandang langkah kakak kembarnya berserta dua sahabat kakaknya berlalu. Kenapa Tina selalu marah Tini? Apa salah Tini? Tini cuma nak berbaik dengan Tina. Tini sayang Tina. Bisik hati Qartini.





























Khamis, 31 Ogos 2017

Qartina Qartini Bab 1 ~Cerpan Baru~



Helaian demi helaian akhbar  diselak. Satu berita pembunuhan menjadi minatnya untuk baca. Berita berkisah tentang tubuh seorang wanita tanpa seurat benang telah dijumpai di sebuah kawasan semak. Paling sadis wanita itu tidak berkepala. Liur ditelan terasa kesat. Lehernya serta merta geli. Ngeri membayangkan cara wanita itu saat dihujung nyawanya.

"Assalammualaikum, mummy!" 

Cupp! Satu kucupan hinggap ke pipi. Puan Suhana serta merta mendongak. Bibir terukir senyum.

"Wa'alaikumsalam. Bangun dah anak mummy. Tina mana? Belum bangun?"

Qartini mengambil tempat di sebelah mummynya. Kepala menggeleng laju. Keluh kecil dilepas.

"Belum. Puas Tini ketuk pintu bilik Tina. Tapi tak ada respon. Pintu pula dia kunci."

Giliran Puan Suhana pula menggeleng. Anak gadisnya yang seorang itu memang begitu. Lain sedikit perilakunya dengan Qartini, kembarnya. Qartina seorang yang kasar, degil dan keras kepala. Segala kemahuannya perlulah dilayan, kalau tidak dia akan memberontak. Jauh beza sekali kembanya. Qartini lembut, boleh di bawa bincang. Qartini sentiasa hormat dia dan suami. Walaupun, Qartina berbeza dengan Qartini, Puan Suhana tidak pernah membezakan mereka. Kasih sayang diberi sama rata.

"Tak apalah. Kejap lagi dia bangunlah tu."

"Mummy masak apa sarapan hari ni? Mummy maaf tau. Tini tak dapat tolong mummy siapkan sarapan. Tini tertidur lepas subuh tadi."

Qartini serba salah. Biasa dia bangun bantu mummynya sediakan sarapan. Tetapi, pagi ini dia terlajak tidur. Niatnya hendak lelap lima minit tetapi jadi dua jam.

"Mummy masak mee goreng. Tak apalah Tini. Mummy boleh buat sendiri. Mummy tahu Tini penat. Berjaga malam siapkan assigment kan?" balas Puan Suhana lantas menepuk-nepuk lembut tangan anak daranya itu.

Bibir Qartini menngupas senyum. Mummynya memang seorang yang memahami.

"Mummy baca apa tu?" tanya Qartini ralit melihat mummynya membelek akhbar.

"Berita ni haa. Kisah seorang perempuan kena bunuh. Dahlah dibunuh, dirogol. Mayat dia pula kena penggal. Apa nak jadi dengan dunia ni entah. Makin kejam!"

Ternganga Qartini. Ngeri!

"Masya-Allah! Kejamnya."

"Kann... Mummy doa banyak-banyak. Janganlah jadi apa-apa yang buruk kat anak-anak mummy macam dalam berita ni. Kalaulah sesuatu berlaku terhadap Tini dan Tina, mesti mummy jadi gila. Kamu berdua sajalah anak mummy dan daddy. Mummy sayang kamu berdua."

Lebar senyum di bibir Qartini. Pantas satu ciuman dihadiahkan buat mummy.

"Tini dan Tina sayang mummy dan daddy juga. Saranghae mummy!" ucap Qartini lantas ketawa.

Puan Suhana turut ketawa.

"Hish Tini ni... Banyak sangat tengok cerita Korea lah ni. Dah terikut-ikut cakap Korea. Dahlah tu. Sarapan cepat. Kang sejuk mee goreng mummy ni. Sekejap lagi nak ke kolej lagi. "

Mangkuk yang penuh berisi mee goreng pantas diangkat Puan Suhana. Sesenduk mee goreng dituang ke pinggan di hadapan Qartini. Terliur Qartini dibuatnya. Pantas bismillah dibaca. Tanpa menunggu lama mee goreng air tangan Puan Suhana disua ke mulut. Sedapnya.

"Ehemm... ehemm."

Sedang Qartini menjamu selera dan sedang Puan Suhana sibuk menelaah akhbar, suatu suara memberhentikan segala gerak-geri mereka. Mata mereka serentak merenung hujung tangga.

"Dah kenapa tengok orang macam tu?" tanya Qartina dengan suara mendatar. Tanpa menunggu jawapan kerusi di sebelah kiri Puan Suhana ditarik. Lantas dia merebahkan punggung. Mangkuk mee goreng ditarik lalu menyenduk mee ke dalam pinggan di hadapannya.

Puan Suhana hanya menggeleng melihat perilaku anak gadisnya yang seorang ini. Adab entah ke mana. 

"Tina tak ke kolej ke hari ni? Kenapa tak siap lagi?"

Atas, bawah Qartina ditilik. Baju tidur masih tersarung di tubuh. Rambut kusut masai.

"Malaslah mummy. Rasa macam tak sihat. Orang nak rehat kat rumah je lah," jawap Qartina selamba. Mee disuap ke mulut. Wajahnya selamba saja. Umpama pertanyaan Puan Suhana tak terkesan padanya.

"Tak sihat? Demam ke?"

Telapak tangan Puan Suhana pantas menekap ke dahi Qartina. Qartina mengeluh kecil. Mummynya ini ingat dia masih kecil ke? Main rasa-rasa dahi.

"Tak panas pun," komen Puan Suhana.

Qartini duduk di hadapan Qartina hanya diam. Dia tahu taktik kakak kembarnya itu. Pasti kakaknya itu malas hendak ke kolej hari ini.

"Mummy, memanglah tak panas. Orang rasa panas kat dalam. Bukan kat luar. Sebab itulah mummy tak dapat rasa. Tekak orang ni dah mula sakit dah," balas Qartina. Pantas dia menyambung kunyahannya. Laparnya!

Puan Suhana mengeluh dalam hati. Kata sakit tekak. Tapi makan laju bukan main. Dia pun macam Qartini. Sudah faham sangat dengan Qartina. Suka sangat bagi alasan sakit sebab nak ponteng kolej.

"Tina nak pergi klinik? Nanti Tini temankan eh," Qartini berbahasa basi. Terselit juga kesinisan dalam bergurau.

Tajam mata Qartina memandang adik kembarnya. Bibir diketap kuat. 

"Tak payah. Kalau aku nak pergi, aku pergi sendiri. Kau tak payah nak baik hati sangat teman aku. Sibuk!" kasar jawap Qartina. 

Qartini diam terus. Dia berniat hendak bergurau. Tapi Qartina menyambut gurauannya itu dengan rasa jengkel. 

"Tina tak baik cakap macam tu. Tini kan cakap baik-baik tu," tegur Puan Suhana. 

Dia sendiri tidak tahu kenapa. Qartina dan Qartini walaupun mereka lahir dari rahim yang sama, namun hubungan mereka umpama musuh saja. Dia lihat Qartini sentiasa cuba untuk berbaik dengan kakaknya, Qartina. Tetapi, Qartina sentiasa melayan dingin adik kembarnya, Qartini.

Qartina hanya mencebik. Tanpa berkata-kata lagi dia pantas bangun meninggalkan meja makan. Terus dia merasa kenyang apabila mummynya menegur. Sebelum melangkah sempat dia menjeling Qartini.
Baik-baik lapar terus kenyang. Spoiler betul!

"Tina nak ke mana tu? Habiskanlah sarapan ni kut ya pun," jerit Puan Suhana.

"Orang dah kenyang. Nak sambung tidur," balas Qartina pantas mendaki anak tangga.

"Hish budak ni..." keluh Puan Suhana.

Qartini di sebelah mummynya diam saja. Rasa bersalah menular kerana dia penyebab mood Qartina rosak pagi ini. Sorry Tina. Tini tak sengaja, ucapnya dalam hati saja.



Bersambungg...










































Jumaat, 30 Disember 2016

CERPEN : BIDADARI UNTUK ABANG



Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Arman keluar dari perut kereta berserta briefcase dan fail-fail kerja di tangannya. Dia menutup pintu kereta lalu menekan butang alarm kunci kereta. Sesampai dia pintu hadapan rumah, pantas dia mengeluarkan kunci dari dalam poket seluar slack lalu mencucuk ke lubang kunci.

Rumahnya sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Anak-anak tinggal di rumah kakaknya buat sementara waktu. Hanya dia dan bidadarinya yang masih setia menghuni rumah tersergam indah ini. Bibir Arman terukir senyum. Matanya pula meliar mencari susuk tubuh si bidadari. Selalunya petang-petang begini pasti bidadarinya sedang menonton televisyen atau termenung di tepi kolam renang. Tetapi hairan, tiada pula. Di manakah dia?

Jika dahulu, hari-harinya bahagia disambut oleh sang bidadari dengan senyuman semanis madu. Kini, tiada lagi yang sudi menyambut kepulangannya dari tempat kerja dengan senyuman. Namun, jauh di sudut hati dia redha jika ini ketentuan-Nya. Bidadarinya langsung tidak bersalah. Apa yang berlaku sudah takdir Tuhan yang maha esa. Dia akur dengan ikhlas jika itu adalah yang tersurat buatnya.

“Nia,” seru Arman memanggil bidadari penyeri hidupnya selama ini.

Dia mengerling ruang tamu, kosong.

“Sayang,” serunya lagi. Namun, tiada sahutan.

Dahi berkerut seribu. Di mana dia? Rasa cemas dan takut mulai menyerbu diri. Kaki laju ke bilik tetamu di tingkat bawah yang menjadi bilik dia dan bidadarinya sejak dua bulan lalu, juga tiada. Dia melangkah pula ke dapur. Baru saja dia hendak memasuki bahagian dapur, matanya tertancap pada kerusi roda milik isterinya sudah terbalik di hadapan pintu dapur. Pantas dia mendekat. Dia tergamam dan kelu lidah apabila melihat sekujur tubuh tertiarap di hadapannya. Pantas dia mendekat.

“Ya Allah, Nia!”

“Sayang! Bangun sayang. Bangun…” Pipi mulus bidadarinya ditampar perlahan berkali-kali. Tiada sebarang respon. Sekali lagi dicuba, namun tetap juga tiada tindak balas. Air mata sudah membasahi pipi. Dalam hati dia berdoa agar bidadarinya tidak apa-apa.

“Sayang tolonglah buka mata. Jangan tinggalkan abang.”

Pipi itu sekali lagi ditepuk namun masih juga begitu. Lelehan darah di dahi bidadarinya semakin membuatkan dia cemas. Amran pantas meletakkan jari telunjuk di atas bibir bidadarinya itu. Masih bernafas! Tanpa menunggu lama, dia mencempung tubuh bidadarinya masuk ke dalam kereta.

******

Arman pantas mendapat Wan Ikmal, doktor merangkap sahabat baiknya sebaik tirai dibuka. Sedari tadi, dia tidak senang duduk menunggu doktor muda itu memeriksa bidadarinya.

“Wan, macam mana dengan isteri aku?” tanya Amran cemas.

Wan Ikmal menepuk bahu Amran.

“Kau jangan risau. Tak ada apa yang serius pun. Isteri kau cuma pengsan. Mungkin kesan terhantuk. Ada luka sikit dekat dahi dia. Aku dah rawat pun,” jawap Wan Ikmal. Arman mengerling seketika pada bidadarinya yang belum sedarkan diri.

Arman menghembuskan nafas lega. Tangan pantas mengurut dada yang cemas tadi. Terkumat-kamit bibirnya mengucap syukur.

“Syukur. Alhamdulillah…”

“Duduk dulu, Man.” Wan Ikmal mempelawanya duduk. Amran akur saja.

“Apa dah jadi sebenarnya?”

 “Entahlah, Wan. Masa aku balik tadi, aku tengok Nia dah tertiarap dekat lantai dapur. Aku… aku panik sangat masa tu. Dan, aku terus bawak dia ke klinik kau. Aku… aku dah tak dapat fikir apa. Cuma fikir nak selamatkan Nia saja. Aku tak nak kehilangan dia Wan. Aku takut dia tinggalkan aku…” kelu lidah Arman untuk berkata lagi. Peristiwa tadi masih terbayang-bayang di ingatannya.

 Wan Ikmal senyum nipis.

“Kau janganlah risau sangat. Cuma pengsan biasa saja. Sekejap lagi sedarlah tu. Oh ya, isteri kau tinggal seorang diri di rumah?”

 Arman mengangguk.

“Man, sepatutnya kau tak boleh tinggalkan dia seorang diri. Bahaya. Kita pun tak tahu apa yang terjadi pada dia dekat rumah tu. Dengan keadaan dia macam tu. Kau tahukan segala pergerakkan dia terbatas. Kenapa kau tak upah jururawat atau seseorang yang dapat tengok-tengokkan dia? Tak pun minta tolong ahli keluarga kau teman isteri kau. Sekurang-kurangnya dia tak keseorangan.”

Keluhan lepas dari mulut Arman. “Aku ada cadangkan pada dia. Tapi, dia menolak keras. Puas aku pujuk, dia tetap tak mahu. Kau sendiri tahukan isteri aku tu macam mana. Dia kalau boleh tak mahu susahkan sesiapa. Dia nak buat semuanya sendiri macam dulu juga. Hmm… aku pun tak tahulah nak cakap apa lagi Wan.” Arman mengeluh lemah.

“Man, kau…”

Belum pun sempat Wan Ikmal menghabiskan kata-katanya, terdengar suara Nia memanggil Arman.

“A… abang. Abang…”

“Dia dah sedar tu. Man, tentang hal penjaga tu  cubalah kau pujuk dia perlahan-lahan. Insyallah, pasti hati dia terbuka nanti. Kau sabar ya?”

Arman mengangguk. “Insyaalla, Wan…”

 “Okeylah, aku keluar dulu. Sementara biarlah isteri kau rehat dulu di sini. Nanti dia dah stabil, baru bawak dia balik.”

 “Ya. Terima kasih Wan.”

  Wan Ikmal membalas dengan senyuman. Setelah itu dia berlalu keluar dari bilik kecil itu. Arman mendekati bidadarinya. Dia duduk bertenggek di birai katil menempatkan bidadarinya itu. Wajah pucat sang bidadari di tenung penuh kasih dan kasihan.

“Sayang…”

“Abang, kita dekat mana ni?” tanya bidadarinya lemah. Kepala yang bertampal disentuh perlahan.

“Dekat klinik Wan. Sayang pengsan tadi,” beritahu Arman lantas membantu isterinya duduk bersandar di kepala katil.

Bidadarinya diam seketika. Mungkin cuba mengingati kejadian tadi. Namun, tiba-tiba Arman terlihat manik jernih turun ke pipi mulus bidadarinya. Dia tergamam. Kenapa bidadarinya tiba-tiba menangis?

“Hei, sayang. Kenapa ni?” tanya Arman lembut. Pipi bidadarinya yang basah segera dilap dengan jari jemari.

“Abang, maafkan Nia. Maafkan Nia…” sendu bidadarinya tiba-tiba.

“Syhhh… Jangan menangis sayang. Kenapa tiba-tiba minta maaf ni? Sayang tak perlu minta maaf pada abang. Nia tak ada salah pada abang pun,” pujuk Arman. Dia sendiri tidak mengerti apa sebabnya bidadarinya tiba-tiba menangis dan meminta maaf padanya.

 Bidadarinya menggeleng laju. Manik jernih semakin deras keluar.

 “Tak! Nia banyak dosa pada abang. Nia dah tak dapat jaga keperluan abang dan anak-anak kita macam dulu. Nia memang dah tak berguna. Memang tak berguna!” jerit bidadarinya sambil memukul kedua-dua belah pahanya bersama tangisan menggila.

Arman pantas menghalang perbuatan bidadarinya. Tangan bidadarinya yang memukul kedua-dua belah paha sendiri pantas ditangkap.

“Nia memang tak berguna, bang. Nia hidup pun tak memberi apa-apa makna lagi. Lebih baik Nia mati saja. Hidup pun akan menyusahkan abang dan semua orang. Lebih baik mati… lebih baik mati…” racau wanita itu lagi. Arman pantas menarik tubuh bidadarinya ke dalam pelukkan.

“Sayang dengar cakap abang ni. Tak baik sayang cakap macam tu. Berdosa! ”

Husniah masih teresak, namun sudah tidak memberontak seperti tadi. Arman pantas menarik kepala isterinya ke dada. Rambut panjang Husniah dibelai lembut. Semoga belaian itu dapat menenangkan bidadarinya. Dia tidak sampai hati melihat si isteri menyakiti diri sendiri. Sedih dia dengan keadaan itu. Sakit yang dirasakan bidadarinya, dia jua turut merasa.

“Walau apapun sayang sekarang, abang tak pernah salahkan sayang. Sayang… ini ujian-Nya buat sayang. Sayang perlu sabar dan kuat semangat, bukan menyalahkan diri. Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Insyallah…” Lembut suara Arman memujuk.

 “Abang…” seru isterinya sayu. Husniah masih teresak di dadanya.

 “Syhhh… dahlah sayang. Jangan menangis lagi. Sayang tak perlu fikir banyak. Abang nak sayang rehat secukupnya. Stabilkan dulu emosi. Lepas ni dah okey kita balik rumah kita. Okey sayang?” Arman terus-terusan memujuk untuk meredakan kesedihan si isteri. Tanpa sedar, setitik air matanya jatuh ke pipi. Segera dikesat dengan hujung jari agar tidak kelihatan oleh Husniah.

 ******

Arman menatang dulang kecil yang berisi dua mug berasap nipis lalu meletakkannya ke atas meja. Minyak angin yang sempat diselitkan ke poket seluar dikeluarkan. Dia pantas mendekati bidadarinya.

 “Nia, abang ada buatkan milo susu kegemaran sayang.”

“Terima kasih,” ucap Husniah sedikit dingin.

“Hari ni abang tolong sayang urut kaki ya,” pinta Arman lantas meletakkan kaki kanan sang bidadari ke pahanya.

“Kalau abang penat tak payahlah. Urut hari-hari pun, Nia tetap tak mampu berjalan semula. Buat membazir tenaga abang saja,” balas bidadarinya dingin. Tangan Arman yang menyentuh kakinya ditepis lembut.

Arman senyum.

“Haip! Tak boleh putus asa sayang. Sayang sendiri pernah cakap dengan abang, sesiapa yang tak berputus asa dan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan setelah melalui kegagalan dia adalah winner. Lepas tu sayang cakap, sesiapa yang mudah berputus asa dan tak mahu berusaha selepas kegagalan dia adalah losser. Masa tu kita sama-sama masih belajar dekat universiti. Abang ingat lagi kata-kata sayang tu. Sayang ingat lagi tak?”

 “Hmm… Entah. Tak berapa ingatlah,” jawap bidadarinya acuh tidak acuh.

  Arman ketawa lalu mencuit hujung hidung bidadari tercintanya itu.

“Eleh… buat-buat lupa pula. Apa-apa pun. abang tetap nak urut kaki sayang ni. Mana tahu, ada rezeki untuk Nia berjalan semula. Yang penting kena berusaha, berusaha dan berusaha ya, sayang?” Arman membuka penutup botol minyak angin. Dituangkan sedikit ke telapak tangan lalu ditekap ke betis bidadarinya. Jari jemari mula menari di atas betis putih itu. Setiap malam inilah tugasannya. Mengurut kaki bidadari hatinya tanpa rasa jemu. Walaupun kadang-kala bidadarinya menolak, dia tetap buat juga.

“Hmm… Yalah,” balas sang bidadari tidak berkata banyak. Mata fokus pada Arman yang sibuk mengurut betisnya.

“Abang…”

Arman mendongak apabila mendengar namanya diseru.

“Ya, sayang.”

“Kalau… kalau Nia nak bagi ca… cadangan boleh?” tanya sang bidadari dengan suara tersekat-sekat.

 Berkerut dahi Arman. Dia lantas mengangguk tanda mengizinkan.

“Apa dia sayang?”

Pandangan Arman fokus memandang sang bidadari. Bidadarinya itu kelihatan gelisah saja. Cadangan apa yang mahu diutarakan?

“A… apa kata abang… abang cari seseorang yang boleh jaga abang? Nia tak kisah kalau…” Belum pun sempat bidadarinya menghabiskan kata-kata, Arman terus mencelah.

 “Apa maksud sayang ni? Sayang nak abang cari isteri lagi satu? Pengganti Nia? Macam tu?” Arman bertanya dengan nada serius. Pandangan matanya tajam menikam ke anak mata bidadarinya. Urutan juga serta merta terhenti.

 Sang bidadari kelihatan serba salah untuk menentang pandangan mata Arman.

 “Ya. Abang patut cari penganti Nia dan… dan Nia tahu abang lebih dari mampu untuk mempunyai isteri lebih dari satu. Nia tak kisah dan rela bermadu sekiranya abang nak berkahwin lain. Nia…” Sekali lagi Arman menghentikan percakapan bidadarinya. Jari telunjuk tertegak di hadapan bibir cinta hatinya itu.

 “Syhhh… Abang tak nak dengar sayang cakap macam ni lagi. Abang takkan duakan sayang. Takkan! Dan, abang tahu mulut ni saja yang kata rela, padahal dalam hati tak benar-benar rela.”

Jari Arman di bibir Husniah beralih ke dada isterinya pula. Keruh riak wajahnya saat ini. Mana mungkin dia akan menduakan isterinya. Dia sudah berjanji sejak dari awal perkahwinan lagi, setianya hanya untuk Siti Husniah Binti Abdul Talib seorang. Mana mungkin dia memungkiri janji yang dipatri mati. Takkan!

Arman pantas bangun. Dia mahu berlalu ke dalam rumah. Belum pun sempat dia melangkah, tangannya digenggam erat.

 “Abang… abang sepatutnya dapat seseorang yang lebih baik dari Nia. Cubalah abang tengok diri ni. Nia dah lumpuh, cacat. Nia dah tak mampu untuk menjalankan kewajipan sebagai isteri yang sempurna. Nia dah tak macam dulu lagi, bang. Dan, Nia tak tahu bila kaki Nia ni akan sembuh. Mungkin juga Nia akan begini untuk selama-lamanya. Abang… sekurang-kurangnya, bila abang kahwin lagi, ada yang mampu jaga abang dan anak-anak. Makan, pakai terjaga. Abang tolonglah pertimbangkan cadangan Nia ni. Nia rayu. Please abang…” rayu sang bidadari dengan tubir mata berkaca-kaca.

Tidak sampai hati Arman melihat keadaan bidadarinya itu. Dia menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia mendekat semula. Dia melutut di hadapan kerusi roda bidadarinya. Tangan putih itu digenggam erat lalu dikucup lembut.

“Abang takkan menduakan sayang. Selagi abang hidup… hanya sayang dan anak-anak yang akan berada di hati abang. Abang tak mahu orang lain melainkan sayang. Sayang tolonglah faham. Abang tak mahu dengar lagi cadangan mengarut ni.” Arman memohon pengertian sang bidadari. Dia tidak akan sesekali menduakan sang bidadarinya.

“Tapi…”

“Sayang, tolong… Abang tak nak dengar lagi tentang hal ni. Ya?” ulang Arman lagi dengan nada merayu. Sisa manik jernih di pipi bidadarinya dikesat dengan hujung jari.

Bidadari cinta hatinya itu hanya mengangguk lemah.

******

 “Abang…” Arman yang pada itu baru saja mahu melangkah ke dapur terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Dia pantas mendekat.

 “Ada apa sayang? Abang nak ke dapur kejap, minum air. Sayang nak apa-apa?”

Bidadarinya hanya menggeleng serta mengukir senyum nipis. Dia menepuk sofa yang kosong di sebelahnya meminta agar Arman duduk di situ. Arman akur.

“Tak. Nia cuma nak sampaikan salam mak dan abah pada abang. Masa abang tengah solat tadi, dia orang telefon.”

“Wa’alaikumsalam…” jawap Arman. Dia menyambung lagi. “Err… mak dengan abah macam mana? Dia orang sihat?”

“Mak, alhamdullillah sihat. Cuma abah saja yang selalu sakit-sakit kaki. Kata mak, abah dah jarang ke masjid sebab sakit kaki kerap sangat. Solat dekat rumah saja,” cerita bidadarinya dengan nada sedikit risau.

Arman mengangguk. Biasalah, orang tua pastinya sudah semakin lemah seiring dengan usianya. Mereka juga suatu hari nanti begitu.

 “Oh. Hmm… sayang minggu depan abang fikir nak ambil cuti hari jumaat. Nanti bolehlah kita balik kampung duduk dalam tiga hari dan bermalam dua malam. Kita ambil Amira dengan Amar dekat rumah Kak Long dulu, barulah gerak balik Johor. Okey sayang?” Arman meminta persetujuan.

 Bidadarinya hanya mengangguk setuju.

“Okey. Mesti mak dengan abah gembira kita balik.”

“Mestilah sayang. Dia orangkan paling tak sabar nak jumpa anak-anak kita yang comel lagi nakal tu.” Arman ketawa kecil mengingatkan telatah Amira dan Amar, anak-anaknya. Selalu bertekak sesama sendiri. Bagai anjing dan kucing. Riuh rumah ini sekiranya mereka ada.

 “Abang nak ke dapur. Sayang betul tak nak apa-apa?” tanya Arman sekali lagi.

Bidadarinya diam sejenak. Kemudian bersuara.

“Err… Kalau tak kisah, abang boleh tolong Nia buatkan milo suam sekali?”

“Boleh sayang. Nia tunggu sini sekejap, abang ke dapur buatkan milo panas istimewa untuk sayang.” Arman terus berlalu ke dapur.

Mug yang berasap dihulurkan penuh berhati-hati kepada sang bidadari. Dia kemudian melabuhkan punggung di tempatnya tadi. Kelihatan, mood bidadarinya baik saat ini. Dia merasakan inilah masa yang sesuai untuk memujuk bidadarinya berkenaan cadangannya untuk mengambil pembantu rumah. Mana tahu dalam pada mood baik ini, bidadarinya terus saja bersetuju.

“Sayang, abang nak bincang sesuatu dengan sayang?”

 “Apa dia?” tanya sang bidadari lalu menghulur mug kepadanya. Mug yang masih penuh itu diletakkan ke meja kopi.

“Err… sekali lagi abang nak bincang berkenaan rancangan abang untuk… untuk ambil pembantu rumah.” Teragak-agak Arman mahu meluahkan kata-kata.

Berubah air muka bidadarinya. Daripada sedikit ceria, kini bertukar menjadi serius. Kelihatan di bola matanya terdapat urat-urat merah. Arman menelan liur. Hati kuat mengatakan, pasti bidadarinya bakal memarahinya sebentar lagi.

“Bukan ke Nia dah cakap, yang Nia tak nak pembantu rumah. Kenapa abang bangkitkan lagi hal ni?” tanya sang bidadari dengan suara bergetar.

Arman menarik nafas perlahan-lahan. Dia perlu menjelaskan sedalam-dalamnya kepada bidadarinya itu. Dia berharap kali ini bidadarinya itu akan terbuka hati untuk menerima cadangannya.

“Nia… dalam keadaan begini Nia perlukan seorang teman. Kalau Nia tak bersetuju untuk ambil pembantu rumah, apa kata kita pujuk mak dan abah tinggal di sini? Nanti Nia ada teman untuk berborak dan tak sunyi. Abang pun taklah risau sangat tinggalkan Nia seorang. Lepas tu bolehlah kita ambil Amira dan Amar semula dari rumah Kak Long. Boleh ya sayang?” Arman memujuk lembut. Dia risau dengan keadaan bidadarinya yang kini sudah tidak mampu bergerak bebas. Macam-macam boleh berlaku. Setiap saat, setiap masa dia sangat risau akan keadaan bidadarinya itu.

“Tak payah nak susahkan orang lain. Abang fikir Nia ni dah tak mampu untuk jaga diri sendiri ke? Abang, Nia tahu… Nia sekarang dah cacat, tak boleh jalan. Sekarang semua orang pandang rendah dengan Nia, abang pun sama juga. Tapi, Nia tak perlukan bantuan orang lain. Nia nak buktikan yang diri ni walaupun cacat, tak perlu bergantung dengan orang lain!” tengking bidadarinya. Lencun pipi mulus itu dengan lelehan air mata.

Sambungnya lagi. “ Abang, tolonglah. Tolonglah! Jangan layan Nia macam Nia dah tak mampu untuk buat kerja. Macam orang lemah. Nia boleh buat tanpa bantuan orang lain. Kalau abang dah tak sanggup lagi bersama dengan orang cacat ni… tak apalah, Nia faham. Abang lepaskan saja perempuan cacat ni. Perempuan ni memang dah tak berguna pun. Perempuan cacat ni dah tak dapat jalankan tanggungjawab dia pada abang. Pada anak-anak lagilah. Sudahlah, Nia malas nak cakap hal ni lagi.” Sang bidadari pantas menarik kerusi rodanya mendekat. Susah payah dia mengalihkan tubuh ke kerusi roda. Arman turut membantu bidadarinya, namun tangannya pantas ditepis kuat.

“Sayang bukan macam tu maksud abang…” Arman mahu membetulkan salah anggap bidadari tercintanya itu.

\“Sudahlah, bang. Nia dah mengantuk. Nia masuk bilik dulu. Assalammualaikum.” Tanpa menunggu lama,  roda kerusi rodanya  digerakkan menuju ke bilik tetamu.

Arman terduduk semula di sofa. Rasa bersalah menggunung. Tidak sepatutnya tadi dia berbincang hal itu. Dan, tidak sepatutnya dia merosakkan mood baik isterinya. Dia tahu bidadarinya tidak bersetuju, tetapi dia masih berdegil juga. Arrghh, ini semua salahnya!

******

 “Mama! Mama!” Amira dan Amar terkedek-kedek berlari mendapatkan mamanya di tepi kolam. Kedua-dua cahaya matanya itu memeluk erat sang bidadari. Kelihatan terpancar sinar keceriaan di wajah bidadarinya. Mekar senyum Arman. Senang hati saat terlihat senyum manis itu terhias cantik di bibir bidadarinya.

“Kakak! Adik! Anak mama dah balik. Mari sini mama nak cium anak-anak mama ni.”

Pipi kedua-dua kanak-kanak itu menjadi mangsa gomolan sang bidadari. Arman tahu bidadarinya itu sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata mereka. Sejak bidadarinya kemalangan, dia mengamanahkan kakak sulungnya untuk menjaga Amira dan Amar buat seketika. Memandangkan keadaan bidadarinya masih belum stabil fizikal dan emosi, keputusan yang berat terpaksa diambil untuk duduk berasingan dengan cahaya mata kesayangannya itu.

Awal, bidadarinya membantah keras keputusannya itu. Namun, setelah berhari-hari dia memujuk, akhirnya bidadarinya itu akur dan faham kenapa dia berbuat begitu. Arman berjanji, setiap hujung minggu dia akan membawa Amira dan Amar pulang bercuti ke rumah mereka. Dan, hampir setiap hari juga isterinya itu berhubung dengan Kak Longnya bertanya khabar serta bercakap dengan kedua-dua cahaya mata mereka itu.

“Amira, Amar… kata tadi ada hadiah untuk mama. Tunjuklah,” pinta Arman yang berdiri di belakang kerusi roda bidadarinya.

“Ada hadiah untuk mama? Nak tengok!” Sang bidadari teruja ingin tahu.

Amira mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya dan diberikan kepada mamanya.

“Kakak dengan adik buat lukisan ni sama-sama. Istimewa untuk mama.”

Sang bidadari membuka kertas lukisan yang berlipat dua di tangannya itu. Arman hanya memerhati. Tiba-tiba kedengaran tangis bercampur ketawa kecil dari mulut bidadarinya. Mungkin terharu dengan hadiah pemberian malaikat-malaikat kecil mereka.

“Yang tinggi pakai baju hijau ni papa. Sebelah papa yang pakai baju kurung warna kuning tu mama. Lepas tu, budak perempuan pakai baju gaun merah jambu, ada tocang dua tu kakak. Adik pula yang pakai baju warna biru. Kita satu keluarga gembira. Tengok mama, semua senyum…” petah si adik, Amar menerangkan tentang lukisan yang telah dilukis oleh mereka.

“Cantik! Mama sayang sangat anak-anak mama ni. Terima kasih sayang.” Sekali lagi tubuh kerdil Amira dan Amar dipeluk erat.

“Papa pun sayang anak-anak papa.” Arman turut serta memeluk mereka bertiga. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. “Okey, anak-anak papa. Pergi naik atas tukar baju cantik-cantik. Lepas ni papa nak bawa Amira, Amar dengan mama jalan-jalan dekat taman, lepas tu papa belanja aiskrim!”

“Yeayy!” Amira dan Amar melonjak gembira. Masing-masing berebut lari naik ke tingkat dua.

“Hati-hati sayang!” jerit Arman. Dia tersenyum melihat kenakalan anak-anaknya itu. Sesekali dia ketawa dengan telatah nakal mereka. Setelah itu, dia mendekati bidadarinya semula.

“Sayang gembira tak?”

Bidadarinya itu hanya mengangguk berserta senyuman acuh tidak acuh. Keluhan di bibir Arman lepas. Dia tahu bidadarinya masih marah terhadapnya

“Sayang masih marah abang tentang semalam, ya? Abang minta maaf. Bukan macam tu maksud abang…” Arman mengenggam erat jari jemari bidadarinya. Kemudian, tangan itu dikucup lembut. Sesaat kemudian, terdengar satu keluhan dari mulut sang bidadari.

“Abang tak salah pun. Tak perlu minta maaf dari Nia. Tentang semalam tu… Nia terlalu emosi sampai tanpa sedar tertengking abang. Nia yang kena minta maaf pada abang. Abang… maafkan Nia ya?”

Arman senyum lalu mengucup dahi bidadarinya.

“Sayang pun tak perlu minta maaf tentang tu. Abang faham, sayang bukan sengaja pun. Salah abang juga bangkitkan hal yang sememangnya sayang tak suka. Okey, lepas ni abang takkan sesekali bangkitkan hal tu lagi. Sekarang ni kita kena bergembira sebab anak-anak comel kita tu dah balik rumah. Sayang, cuba senyum sikit.” Kedua-dua belah tepi bibir bidadarinya dikuak dengan jari membentuk senyuman. Arman turut mengukir senyum.

“Haa, kan manis bila bidadari abang ni senyum. Cantik!” pujinya.

“Papa… mama, kita orang dah siap. Jomlah!” Amira dan Amar berlari mendapatkan mereka setelah menyalin pakaian. Sudah tidak sabar hendak berjalan gamaknya.

Arman mengerling ke arah bidadarinya, kemudian beralih kepada Amira dan Amar.

“Okey, jom!”

******

Hari ini Arman pulang awal setelah dia selesai membuat pemantauan di tapak pembinaan. Kepalanya berdenyut-denyut setelah berpanas seharian. Sewaktu hendak memarkirkan kereta di garaj, dia terpandang sebuah kereta Honda Jazz merah diparkir elok di luar pagar. Dia kenal dengan pemilik kereta itu. Pemiliknya ialah Farhana, sahabat baik bidadarinya. Pasti gadis itu datang untuk melawat bidadarinya. Dia menutup pintu kereta dan kemudian, melangkah menuju ke pintu utama.

Sewaktu mahu melewati ruang tamu dia terdengar suara orang berborak di tepi kolam. Sudah semestinya suara itu adalah suara isterinya dan Farhana. Tetapi, kenapa kedengaran serius saja suara mereka berdua? Seperti sedang berbincang masalah yang berat. Sedangkan, Husniah jika bertemu dan berborak dengan Farhana pasti ada saja gelak tawa antara mereka. Briefcase dan kod diletakkan ke sofa berdekatan. Berhati-hati dia menapak ke dinding yang memisah ruang dalam rumah dan kolam renang. Dia cuba menelinga apa yang dibualkan dua wanita itu. Bukan niatnya hendak menyibuk tetapi perasaan ingin tahu mencucuk tangkai hati.

“Nia, kau gila!”

“Kau cakaplah aku gila atau kurang siuman sekali pun. Aku tak kisah. Apa yang aku buat ni hanya untuk orang-orang yang aku sayang. Terutama sekali suami dan anak-anak aku. Aku cuma perlukan keputusan dari kau Hana?”

Apa yang dimaksudkan bidadarinya itu? Isterinya meminta Farhana untuk membuat keputusan. Keputusan tentang apa? Rasa ingin tahu begitu membuak-buak. Dia kembali menelinga.

 “Tak. Aku tak nak. Ini cadangan gila!”

 “Hana, aku merayu… Hanya kau saja orang yang aku percaya. Tak ada orang lain selain kau yang boleh aku percaya. Aku tahu, kau boleh lakukan. Mula-mula memanglah susah, tapi lama-lama kau akan terbiasa. Lagi pun, Amira dan Amar dah serasi dengan kau. Pertimbangkanlah permintaan aku ni…” rayu Husniah berserta esakkan.

 Arman masih belum jelas dengan percakapan mereka. Farhana mendekati sahabatnya itu. Berteleku di hadapan Husniah lalu mengenggam erat tangan sahabat baiknya itu. Arman pula masih menyembunyikan diri di balik dinding. Terus menelinga.

“Nia, memanglah anak-anak kau serasi dengan aku. Malah, dia orang gelar aku ibu. Aku pun sayangkan dia orang macam anak sendiri. Tapi, aku tak sanggup lakukan semua ni. Aku tak nak jadi orang ketiga pada keluarga sahabat baik aku sendiri. Aku tak sanggup!” Farhana tetap membantah walaupun nadanya lembut.

 Tergamam Arman saat itu. Serta merta lututnya menjadi lemah. Apakah perbualan mereka ini berkisah tentang Husniah meminta Farhana menjadi isteri keduanya? Ya Allah… apa semua ini?

“Hana, tolonglah aku… Aku hanya nak nasib suami dan anak-anak aku terbela. Kau tengoklah keadaan aku. Tak berdaya, lemah dan hanya bergantung dengan kerusi roda ni. Arman dah banyak hadapi kesusahan dengan keadaan aku ni. Anak-anak aku pula dah lama terabai. Aku dah tak mampu jadi seorang isteri, seorang ibu yang sempurna, Hana. Arman, Amira dan Amar perlukan seseorang ibu serta isteri yang mampu jaga mereka dengan baik. Dan, aku sangat yakin kau mampu. Hana tolonglah…”

 “Nia aku… aku…” Kedengaran tersekat-sekat suara Farhana.

Arman sudah tidak sanggup mendengar rayuan isterinya. Dia juga tidak sanggup lagi mendengar perbualan mereka tentang rancanga mengarut ini. Dia keluar dari tempat persembunyian.

  “Abang tak pernah rasa susah pun dengan keadaan sayang…” Basah pipinya dihujani manik jernih. Dia cuba tahan dari mengeluarkan air mata, namun akhirnya dia kalah.

 “Abang!”

  “Arman!” Serentak Husniah dan Farhana terjerit. Terkejut dengan kehadirannya di situ. Dua wanita itu saling berpandangan. Masing-masing diam dan mengunci mulut.

“Apa sayang cuba buat ni? Nia nak abang berkhawin dengan Hana? Sampai hati Nia mahu memberi kasih abang kepada orang lain. Nia dah tak sayangkan abang ke? Mana hati perut Nia untuk memberikan suami sendiri kepada orang lain?”

Husniah tunduk bagai persalah. Diam. Arman mendekati bidadarinya.

 “Nia sedar tak abang ni siapa? Abang adalah suami sayang. Sedar tak!”

Arman hilang sabar dengan sikap berdiam diri isterinya. Saat ini dia sangat terasa hati dengan isterinya itu. Tergamak Husniah hendak memberikan kasih sayangnya terhadap wanita itu kepada orang lain. Apa yang sudah merasuk fikiran isterinya? Selama ini, dia tidak pernah pun rasa terbeban dengan keadaan isterinya itu. Dia terima. Dia redha dan ikhlas menjaga bidadarinya itu.

“Nia… Nia…”

“Nia ingat abang ni macam barang ke? Boleh diambil, boleh dibuang begitu saja?”

 “Abang… bukan macam tu maksud Nia.”

 “Dah tu? Kenapa sayang tergamak buat begitu? Macam abang ni tak ada hati dan perasaan. Nia dah benci dengan abang ke? Cakap dengan jujur sayang!” Arman mengasak Husniah dengan pelbagai soalan.

 “Abang, jangan cakap macam tu. Nia sayang abang. Nia tak pernah walau sikit pun bencikan abang. Nia sayang abang. Nia cuma nak yang terbaik untuk abang dan anak-anak kita. Sebab tu Nia minta Hana untuk...” Belum pun sempat Husniah menghabiskan kata-kata, Arman mencantas.

“Untuk apa? Untuk jadi isteri kedua abang? Nia dah hilang akal ke? Nia sendiri tahukan, hanya Siti Husniah Binti Abdul Talib yang bertakhta di hati abang sampai ke hujung nyawa. Setia, kasih dan cinta abang hanya untuk sayang. Takkan ada orang lain pun!” Keras suara Arman. Anak matanya merenung tepat anak mata si isteri.

“Tapi, dengan apa yang telah Nia buat, abang rasa…” Dia sudah tidak terkata lagi. Entah kenapa lidah jadi kelu. Sungguh dia terasa hati dengan Husniah. Pantas dia melangkah menjauh dari isterinya. Takut semakin lama nanti hati semakin terluka. Dan, dia juga takut nanti pelbagai kata-kata amarah keluar dari mulutnya dan melukakan hati Husniah nanti. Biarlah dia pergi seketika menenangkan perasaan.

“Abang! Abang! Jangan pergi tinggalkan Nia. Abang…”

 ******

~Abang baliklah ke rumah kita. Maafkan Nia. Nia janji takkan buat macam tu lagi.

~Nia sayang abang. Baliklah, Nia rindukan abang. Jangan tinggalkan Nia. Maafkan Nia, bang.

~Abang, janganlah macam ni. Baliklah. Nia nak mohon ampun pada abang.


Arman berbaring di sofa sambil lengannya di dahi. Mata ditutup untuk menenangkan fikiran dan perasaannya yang berkecamuk saat ini. Berpuluh-puluh panggilan dan pesanan dari Husniah tidak diendahkan.

“Bro, ni air kopi untuk kau.” Wan Ikmal mendekati sahabatnya itu. Sepertinya lelaki itu punya masalah sedang difikirkan.

Arman bangun setelah menyedari kehadiran sahabatnya itu. Mug yang berasap nipis dicapai. Perlahan-lahan dia meniup dan menyisip kopi yang masih berasap.

 “Terima kasih, Wan.”

 “Man, aku tengok kau macam ada masalah saja? Ni, apa hal datang rumah aku malam-malam buta? Dah buang tabiat. ”

Mug yang sudah disisip diletakkan semula ke atas meja kopi. Keluhan lepas dari mulutnya. Dia tidak menjawab soalan dari Wan Ikmal, sebaliknya hanya menggeleng. Lalu dia menekur lantai.

“Dah tu? Aku tengok kau ni macam ada masalah besar gamaknya. Kongsilah dengan aku, mana tahu aku boleh tolong. Eh, kau datang sini malam-malam… habis isteri kau seorang diri di rumah?”

Arman menyandarkan tubuh ke penyandar sofa. Dahi dipicit-picit. Pertanyaan Wan Ikmal tidak diendahkan.

“Man, kau kenapa? Cuba kongsi dengan aku apa masalah kau. Mana tahu ringan sikit kepala kau tu.”

 “Aku… aku ada masalah dengan Nia.”

 Berkerut dahi Wan Ikmal. “Dah kenapa pula? Oh, jadi kau ke sini ni, lari rumahlah ya? Alah Man, kalau gaduh hal-hal kecil ni janganlah sampai melarat, sampai kau lari rumah bagai ni. Tak baik untuk rumah tangga. Kau pun tahukan keadaan isteri kau sekarang ni macam mana. Mudah tersentuh.”

 Keluhan lepas lagi dari mulut Arman.

“Kau tak faham, Wan. Kali ni Nia betul-betul dah cabar kesabaran aku. Dia…” Kata-katanya terhenti di situ. Tidak tahu hendak menerangkan bagaimana. Belum pernah dibuat orang. Si isteri mencarikan bakal madunya sendiri. Gila!

“Apa yang dia dah buat?”

“Dia… dia minta Farhana, kawan baik dia tu jadi isteri kedua aku. Aku… aku tak tahulah apa yang tengah bermain dalam kepala Nia? Ini memang rancangan gila!” Arman mendengus kasar.

Tiba-tiba ketawa Wan Ikmal memecah. Arman memandang pelik sahabatnya itu. Orang cakap serius, boleh pula dia ketawa.

“Man… Man. Kalau orang lain dapat lampu hijau untuk kahwin lain mesti dah melonjak gembira. Lompat bintang bagai. Tapi, kau marah pula. Peliklah kau ni.” Wan Ikmal mengeleng-geleng berserta sisa ketawa.

“Wan, aku seriuslah! Bukan main-main. Memanglah, itu orang lain punya cerita. Tapi aku lain Wan. Aku sayang sangat dengan Nia dan aku tak sanggup nak menduakan dia. Biar pun dia dalam keadaan macam tu, rasa sayang aku tak pernah luntur walau sikit pun. Bila dia buat macam tu… aku rasa macam dia dah tak sayangkan aku. Macam dia nak buang aku jauh-jauh dari hidup dia. Terasa diri aku ni macam barang pun iya. Aku terasa hati sangat dengan dia Wan,” luah Arman dengan nada sedih. Setitis air matanya jatuh ke pipi. Entah kenapa, perasaannya saat ini mudah sangat tersentuh. Armar meraup wajah sugulnya.

 Mati ketawa Wan Ikmal.  Dia juga jadi sedih dengan kata-kata sahabatnya itu. Lantas dia merapati Arman dan menepuk-nepuk belakang tubuh lelaki itu.

“Man… dengar nasihat aku ni. Nia buat macam tu bukan sebab dia tak sayang kau atau nak buang kau dari hidup dia. Menurut aku, mungkin dia nak yang terbaik untuk kau dan anak-anak sementara dia tak berdaya. Dia nak ada orang jaga kau, Amira dan Amar sebaik mana dia lakukan sebelum dia lumpuh. Kau tahukan keadaan dia macam mana. Lagi pun, kalau kau tak bersetuju, rancangan tu takkan menjadi. Kan segala keputusan terletak pada tangan kau.” Wan Ikmal menasihati sahabatnya. Dia kagum dengan Arman. Lelaki itu sangat tabah dan kuat menghadapi dugaan yang dia beri. Arman juga adalah lelaki yang sangat setia. Dia memuji sifat yang ada pada diri Arman. Seorang suami yang baik.

Arman terdiam sejenak. Ada betul juga apa yang dikatakan Wan Ikmal. Segala keputusan terletak di tangannya. Kalau dia tidak menyatakan persetujuan, mana mungkin perkara itu akan berlaku. Ya Allah, kenapalah dia tidak boleh berfikir sebegitu sebelum ini?

“Man, aku bukanlah nak menghalau kau. Tapi aku rasa baik kau balik sekarang. Isteri kau keseorangan di rumah. Kau tak takut ke kalau jadi sesuatu pada dia?”

Pertanyaan Wan Ikmal itu membuatkan jantungnya bergegar. Ya, baru dia sedar dia telah meninggal Husniah keseorangan di rumah. Apa yang telah dia lakukan ini? Bodoh!

 “Ya Allah… isteri aku. Wan, aku… aku balik dululah. Kesian Husniah di rumah. Terima kasih atas nasihat kau Wan. Aku balik dulu.”

 Kelam kabut Arman bangun mencapai kunci keretanya. Setelah bersalaman dengan Wan Ikmal dia terus keluar mendapatkan keretanya. Kereta dipandu sedikit laju. Mahu cepat sampai ke rumah dan mendapatkan Husniah. Dia berdoa agar Husniah tidak apa-apa duduk keseorangan di rumah.

‘Nia, maafkan abang sayang…’

******

Tanpa memberi salam Arman terus meredah pintu hadapan rumahnya. Pintu yang tidak berkunci membimbangkan hatinya. Sebaik saja pintu dikuak, suasana gelap menerjah pandangan. Lantas dia mencapai suis lampu bersebelahan pintu. Sekeliling ruang tamu dikerling mencari si isteri. Kelibat Husniah tiada di situ. Hati mulai dirajai rasa risau.

“Nia…”

 Tiada suara menjawap. Arman naik ke tingkat atas. Mencari disetiap bilik di tingkat atas. Namun, Husniah tetap tiada. Dia turun semula ke bawah.

 “Ya Allah, di mana dia? Janganlah apa-apa terjadi pada isteriku.”

Seketika dia teringat peristiwa dimana Husniah jatuh pengsan. Sewaktu itu isterinya berada di dapur. Tanpa berfikir panjang dia berlari ke dapur. Dia mencari-cari kelibat isterinya. Tiada juga di situ, tetapi pintu belakang terbuka. Pasti Husniah berada di taman mini belakang rumah. Kakinya terus melangkah keluar. Betul jangkaannya, Husniah sedang duduk di kerusi roda sambal menghadap taman. Di tangan wanita itu terdapat sehelai baju kemeja putih miliknya. Kemeja yang sering digunakan untuk ke pejabat. Dan, Husniah sedang teresak sambil memeluk baju kemejanya itu.

 “Abang, jangan tinggalkan Nia…” meruntun suara Husniah.

  Sayu Arman melihat keadaan isterinya. Namun, tidak pula dia berniat mahu menegur. Secara senyap dia berdiri di belakang isterinya. Mahu mendengar luahan dari si isteri.

“Nia sayang abang. Nia tahu… Nia salah. Tolong… jangan tinggalkan Nia. Nia tak nak kehilangan abang. Kalau abang balik, Nia janji takkan sesekali sebut hal tu lagi. Sebenarnya… hati Nia sendiri tak benar-benar rela untuk abang berkahwin lain, tapi… demi kebahagian abang dan anak-anak… Nia terpaksa lakukannya. Tapi… sekarang ni Nia hanya nak abang bersama dengan Nia. Nia menyesal. Maafkan Nia, bang…” Berjuraian air mata Husniah menghujani pipi mulusnya. Tersekat-sekat suaranya meluahkan.

“Maafkan Nia… maafkan Nia. Baliklah abang…” Racau Husniah lagi bersama tangisan menggila. Berkali-kali kemeja putih itu menjadi mangsa ciuman dan pelukkan.

Arman jadi tidak sampai hati. Tidak sampai hati mahu menyeksa perasaan bidadarinya. Mendengar tangisan itu saja dia sudah jadi tidak kuat. Perlahan-lahan dia mendekati Husniah. Bahu wanita itu dipeluk lembut.

“Abang maafkan Nia…” ucapnya dengan suara perlahan. Ubun-ubun Husniah dikucup lama.

 “Abang!”

Tubuhnya pantas ditarik dan dipeluk erat oleh Husniah. Isterinya itu teresak-esak kuat sambil memeluk erat pinggangnya. Perlahan-lahan, pelukkan direnggang. Dia lantas melutut dan menggenggam lembut kedua-dua belah tangan wanita itu. Kemudian, dibawa pula ke bibir seketika.

“Abang dah balik sayang. Jangan sedih lagi ya. Maafkan abang sebab tinggalkan Nia tadi. Abang terlalu ikutkan perasaan…” Arman mengusap kedua-dua belah pipi isterinya yang basah. Rasa bersalah kerana meninggalkan bidadarinya itu masih menggunung. Tanpa sebarang kata, Husniah terus memeluknya sekali lagi.

“Tak, abang tak salah apa pun. Nia yang dah banyak buat salah dengan abang. Nia dah sakitkan hati dan buat abang sedih. Nia minta maaf. Abang jangan tinggalkan Nia lagi ya?” ucap Husniah masih juga teresak.

 Arman mengangguk dan tersenyum. Rambut Husniah dibelai. “Tak. Abang takkan tinggalkan sayang.” Dia memeluk dan menenangkan isterinya. Seketika kemudian tangisan si isteri mereda. Pelukkan sekali lagi terlerai. Mereka sama-sama tersenyum dan berbalas pandangan. Terpancar rasa sayang yang tulus ikhlas di pandangan masing-masing.

“Nia sayang abang. Nia tak nak kehilangan abang… dan Nia menyesal sebab buat sesuatu tanpa berfikir dulu. Akhirnya, menyebabkan abang…”

Arman menegakkan jari ke bibir isterinya. “Syhhh… Tak perlu cakap tentang hal itu lagi. Kita lupakan saja ya? Sekarang kita mulakan hidup baru. Gembira macam dulu-dulu. Bolehkan sayang?”

Husniah mengangguk. Arman senyum. Punggung dilabuhkan ke kerusi batu bersebelahan isterinya. Tangan Husniah digenggam erat.

“Nia adalah bidadari yang DIA turunkan untuk abang. Nia juga adalah anugerah terindah yang tercipta untuk abang. Abang akan jaga anugerah ni sebaik-baiknya sampai hayat dikandung badan. Nia, Amira dan Amar adalah amanah yang telah diberikan kepada abang untuk dijaga. Dan, abang nak Nia tahu. Walau apapun keadaan Nia sekarang ni, kasih sayang abang takkan pernah berubah. Sayang abang pada Nia masih sama macam zaman kita baru-baru bercinta dulu. Takkan pernah pudar sedikit pun, sayang…”

Terharu Husniah mendengarnya. Lantas tangan Arman dibawa ke bibir. Mengucup lama tangan itu.

 “Terima kasih abang. Terima kasih juga untuk kesabaran yang abang beri saat melayan kerenah Nia yang kadang-kadang dingin. Nia janji lepas ni… Nia takkan buat perangai macam tu lagi. Nia akan cuba jadi seceria macam dulu untuk abang dan anak-anak kita. Nia janji abang.”

 Lega hati Arman mendengarnya.

 “Alhamdulillah. Abang lagi suka kalau isteri abang ni ceria selalu. Senang hati abang. Sayang, jomlah masuk. Dah malam sangat ni. Tak baik sayang berembun malam-malam macam ni, takut dapat penyakit pula.”

“Jomlah. Tapi abang tolong Nia tolak kerusi ni. Boleh?”

“Mestilah boleh.” Arman sudah berdiri di belakang Husniah. Bersedia untuk tolak kerusi roda isterinya.

“Abang…”

 “Ya, sayang?” Terhenti langkah Arman.

“Malam ni dan tiap-tiap malam, boleh tolong urutkan kaki Nia lagi? Mana tahu dengan sentuhan tangan ajaib abang tu kaki Nia boleh jalan semula. Boleh? ”

“Semestinya boleh bidadariku. Sayang tak minta pun abang akan buat tiap-tiap hari,” ujar Arman lantas mencuit hujung hidung suaminya.

“Terima kasih, abang. Meh nak cium sikit.”

Husniah menariknya agar membongkok sedikit. Pantas pipinya dikucup berkali-kali oleh isterinya itu. Jelas terpancar kecerian di wajah sembab isterinya. Dia turut mengucup dahi Husniah. Isterinya itu ketawa kecil.

“Dah, jom masuk. Abang nak urut kaki sayang.”

Husniah mengangguk laju. Bibir mekar dengan senyuman.

Tanpa berlengah Arman terus membawa isterinya masuk ke dalam. Dalam hati dia sangatlah bersyukur kerana hubungannya dan Husniah kembali baik. Dan, dia juga berdoa agar suatu hari nanti bidadari penyejuk matanya akan sembuh dan boleh berjalan semula. Amin. Insyallah…


                                                                  TAMAT

Psttt! First of all, Ira susun sepuluh jari mohon maaf kpd readers yg sentiasa menunggu sambungan cerita2 dlm blog Ira ni. Kesibukkan dgn hal2 harian membuatkan Ira tak mampu utk menaip dan update blog ni. Buat masa skrg Ira masih mencari mood menulis yg dah hilang entah ke mana. Ira harap sgt readers memahami. Ira update cerpen baru utk kalian semua lepas rindu cerita2 dlm blog Ira. Apa pun happy reading readers. Luv u all