Isnin, 18 Mac 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 2)

BAB 2


KETEGANGAN menyelubungi kediaman Tan Sri Syed Arshad Zahri.Ketiga-tiga insan yang sedang duduk di ruang tamu berwajah serius.Television sengaja tidak dipasang untuk memberi laluan kepada perbincangan mereka.Perbincangan ini dimulakan oleh anak Tan Sri Syed Arshad,Syed Darius Zahri.Perbincangan ini sebenarnya telah lama diutarakan Syed Darius namun kedua-dua ibu bapanya seperti acuh tidak acuh sahaja.Isteri Tan Sri Syed Arshad yang duduk disebelah suaminya iaitu Puan Sri Sharifah Salina memandang tajam muka anak mereka.
            ‘’ Abah,ummi…Dar harap sangat ,cadangan Dar ni dipersetujui ’’ Syed Darius mengharap.
            Puan Sri Sharifah Salina yang hanya berdiam kini bersuara.
            ‘’ Dar rasa apa yang Dar buat ni betul ke?...’’ sinis pertanyaan buat anak terunanya itu.
            ‘’Ummi biarlah Dar tentukan kehidupan Dar sendiri.Dar ada hak terhadap pasangan hidup Dar.Tak perlulah abah dan ummi masuk campur’’, suara tegas.
            ‘’ Kami ni ibu bapa Dar.Kalau kamu sayang kami,tolong ikut apa yang telah kami rancangkan ‘’, nasihat Tan Sri lembut.
‘’ Rancangan apa bah?…rancangan nak musnahkan hidup Dar?’’, bersuara kasar.
‘’Jangan kurang ajar Dar’’, Puan Sri bersuara sedikit terjerit.Dia geram.
Syed Darius tergamam mendengar jeritan Puan Sri.Baru dia tersedar bahawa dia telah berkasar terhadap kedua ibu bapanya.
Anaknya ini seboleh mungkin mahu mereka bersetuju hubungannya dengan teman wanita pilihan hatinya sendiri.Nampaknya,Syed Darius nekad dengan keputusannya iaitu dia mahu ibu bapanya membiarkan dia dan Maria hidup bersama.Sudah tujuh tahun dia dan Maria menyulam kasih tanpa pengetahuan abah dan umminya.Perkenalan mereka sejak dizaman dia belajar dikolej lagi.Cinta terhadap Maria terlalu dalam.Dia tidak sanggup mahu menerima jodoh yang telah disediakan untuknya.Dia tidak sanggup melepaskan Maria.
‘’ Maafkan Dar... Dar tak bermaksud nak kurang ajar pada abah dan ummi’’, dia tidak bermaksud langsung.
‘’…tapi tolonglah abah,ummi.Dar terlalu mencintai Maria.Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan Maria demi untuk memenuhi kehendak abah dan ummi.Dar sanggup hilang nyawa daripada hilang Maria…’’, sambungnya lagi.Dia harap ibu bapanya faham dengan hatinya.Dia tidak suka dipaksa untuk menerima orang yang tidak dia kenali.Dia tidak tahu apa-apa tentang gadis yang menjadi pilihan Tan Sri Syed Arshad dan Puan Sri Sharifah Salina.
‘’Itu bukan cinta Dar,tapi itu obses namanya.Jangan terlalu obses dengan cinta kamu yang kamu belum tahu hala tujunya.Ingat ALLAH!…DIA yang menentukan hidup mati seseorang.Dan jangan kamu terlalu cinta terhadap manusia melebihi cinta terhadap Yang Maha Pencipta.Berdosa Dar…’’, nasihat bapanya lembut.Abah berbeza dengan umminya,abah lebih tenang menghadapi sesuatu situasi berbanding dengan umminya yang senang melenting apabila kehendaknya tidak dipenuhi.Betul ke aku terlalu obses dengan Maria?.Tidak!,aku tak obsess tapi aku cinta mati terhadap Maria.Nafinya dalam hati.
‘’ Dar tahu abah…maafkan Dar sebab bercakap macam tu.Dar tak dapat terima orang yang Dar tak kenal, masuk ke dalam kehidupan Dar ’’, jawabnya lambat.
‘’ Ummi tak kira,Dar mesti kahwin dengan pilihan kami.Kamu belum kenal dia,bila dah kenal pasti lama-kelamaan kamu akan menyintai dia.Cinta boleh dipupuk Dar’’, bentak Puan Sri.
‘’ Dar ada betulnya ummi cakap tu.Selagi kamu berusaha,Insya-ALLAH pasti menjadi…’’, sampuk Tan Sri pula.
Syed Darius menarik nafas panjang.
‘’ Okey,macam ni ummi,abah…why not ummi dan abah ikut dulu apa yang Dar usul.Dar akan bawa Maria jumpa ummi dan abah dulu.Ummi sesuaikan dulu diri dengan Maria.Manalah tau bila dah berjumpa ummi jatuh suka ke?.Jatuh sayang ke?.We need to try ummi…’’,Syed Darius cuba meyakinkan umminya.
‘’ I said no…!.No Darius..’’, tegas suara Puan Sri.
Syed Darius memandang bapanya namun tiada sebarang reaksi.Tan Sri Syed Arshad sebenarnya mahu anaknya itu mengikut kehendak mereka namun dia tidak mahu terlalu memaksa.Tiada gunanya memaksa sekiranya anak mereka tetap berkeras.Dia juga bukanlah jenis yang suka memaksa.
Syed Darius bangun dari sofa lalu duduk dilantai dihadapan umminya.Dia menggenggam tangan wanita yang sangat dicintai.Pegangan itu bertujuan supaya dapat melembutkan hati umminya.’’Ummi please!...Dar janji,sekiranya hubungan Dar dengan Maria tak berjalan lancar,Dar akan bersetuju dengan jodoh yang dipilih oleh abah dan ummi.Terimalah Maria seadanya ummi.Tolonglah restu hubungan kami berdua,dengan restu abah dan ummi sahaja yang mampu membuatkan kehidupan kami bahagia.Kami tak nak berlaku sebarang masalah jika kami bersama…I beg to you ummi abah,please!’’, pujuk Syed Darius tidak putus-putus.Puan Sri Sharifah Salina mengeluh perlahan.Darius tidak mahu mendengar cakapnya.Dia tidak tahu macam mana lagi untuk menegah permintaan Syed Darius itu.
Akhirnya Puan Sri Sharifah Salina bersuara.
‘’Okay fine…ummi ikut rentak kamu dulu.But you must remember what your promise to me…’’, dia terpaksa mengalah.Apa boleh buat jika anaknya ini berkeras dan tegas dengan kehendaknya.
‘’ I will ummi…’’, janji Syed Darius.Dia sudah tersenyum.Tangan umminya dibawa ke bibir lalu mengucupnya.
           ’ Bila kamu nak bawa Maria jumpa kami? ’’, tanya Tan Sri Arshad Zahri.Dia juga terpaksa tunduk dengan kehendak anak terunanya.
‘’ As soon,as possible abah…mybe this weekend’’, jawabnya lancar.
‘’Hmmm….’’.
‘’ Ummi bolehkan this weekend?..’’
‘’Ikut kamulah…ummi ikut aje’’, jawab Puan Sri Sharifah sudah hilang moodnya.
Syed Darius tersenyum lagi.Dia tahu umminya tidak ikhlas sepenuh hati.
Puan Sri Sharifah Salina menarik tangannya dari genggaman Syed Darius.Bangun lalu menuju ke tangga.Dia mahu naik kebiliknya untuk menunaikan solat asar dan berehat.Petangnya tidak menggembirakan seperti hari-hari sebelum.Permintaan anaknya menyesakkan dada.Tegang urat lehernya kerana memarahi Darius,dia mengurut lehernya perlahan.Akhirnya,dia terpaksa mengalah.Terpaksa menerima kedatangan gadis yang tidak dikenalinya yang bakal menjadi bakal menantunya pada hujung minggu ini.
‘’ Okeylah abah pun nak naik’’, sebelum Tan Sri berdiri dia sempat menepuk-nepuk bahu anak keduanya itu.
Syed Darius tidak tahu tepukkan itu sebagai pembakar semangat? Atau supaya dia memikrkan semula keputusannya?.Pertanyaan itu dibiarkan tergantung.Malas mahu berfikir.Dia sudah bulat dengan tekadnya.Tidak akan diundur lagi.



KERETA BMW 5 Series milik Syed Darius tersadai dihadapan pangsapuri dua tingkat milik Maria.Dia sedang menunggu Maria bersiap.Hon dibunyikan,menandakan bahawa dia sudah 5 minit dia menunggu Maria didalam keretanya.Sebentar lagi dia akan menemukan Maria dengan ibu bapanya.Mendengar sahaja hon kereta dibunyikan Maria terus menjengah ditingkap.Dia melihat Darius sedang bersandar di kerusi keretanya.Dengan segera dia meneliti semula penampilan diri dihadapan cermin panjang yang terletak di ruang tamunya.Setelah berpuas hati dengan penampilannya,dia menuju ke sofa mengambil beg tangan lalu membuka pintu.
            Dari keretanya, Syed Darius melihat Maria sedang menyarung sepatu tingginya.Setelah itu mengunci pintu rumah sewanya.Syed Darius meneliti penampilan Maria dari atas ke bawah.Dia akui Maria adalah seorang gadis yang bebas berpakaian.Dia sememangnya tidak menghalang Maria yang suka akan fesyen.Kata Maria,hidup kalau tanpa fesyen seperti hidup dalam gua di zaman paleolitik.Setiap kali mendengar Syed Darius akan ketawa.Pada hari itu,Maria mengenakan gaun berwarna merah, berlengan panjang dan hanya paras paha namun dikenakan dengan sarung kaki hitam jarang.Gaun itu agak ketat hingga menampak susuk tubuhnya yang ramping,mengikut lekuk-lekuk badan Maria.Dadanya pun sedikit terdedah.Mana-mana lelaki yang melihat penampilan Maria pastinya cair.Namun,bukan penampilan yang menawan hati Syed Darius tetapi sifat Maria yang peramah,memahami,manja,penyayang dan kadang kala degil itu yang membuatkan dia tertarik.Matanya mengikut setiap langkah Maria.
            ‘’ Dar…’’, Maria menepuk lengan Syed Darius dengan manja.
            Syed Darius segera tersedar.
            ‘’ Iya sayang…’’,jawabnya pendek.Dia tidak tahu bila Maria masuk ke dalam keretanya.
            ‘’ Suka termenung…’’, rungut Maria memuncung.
            ‘’ I terpesona dengan penampilan you,sayang’’, katanya sambil tersenyum.
            ‘’ Why?.Anything wrong?.Dress I tak sesuai ke?’’,gaun yang mendedahkan bahunya dirapikan.Hendak berjumpa dengan bakal mertua takkan berselekeh kot.Penampilan mestilah rapi dan sempurna.
            ‘’ Sesuai sangat,elegan and seksi…. to me it is nice,just nice’’ jawabnya ikhlas.
            Maria ketawa manja sambil memeluk lengan Syed Darius dan melentokkan kepalanya pada bahu itu..Kereta BMW 5 Series ,Syed Darius mula bergerak.
            ‘’ Maria kenapa you tak pakai baju kurung or kebaya?.Bukan ke lebih elok?.You kan nak jumpa bakal mak dan bapa mertua’’ duganya
            Maria melepaskan lengan Syed Darius.Mukanya sudah masam,tidak seperti tadi hanya tersenyum manja.’’Darling…’’, rengeknya,dia menyambung lagi ’’I tak suka jadi hipokrit, okay.Whatever I like to wear,I wear.Please, jangan paksa I.I tak suka begitu’’, dia agak marah apabila Darius komen tentang cara pemakaiannya.Dia tidak suka diarah oleh sesiapa pun.Biarlah dia hidup dengan caranya tersendiri.
            Syed Darius tersenyum.’’ I am sorry sayang….I know you tak hipokrit’’,pujuknya.
Berwajah masam.
            Melihat wajah Maria tidak berubah.Darius menggenggam tangannya.
            ‘’ Sayang, I am said sorry kan?...senyumlah sikit.You tak senyum nampak tualah’’, guraunya.
            Syed Darius mengaduh apabila Maria mencubit pahanya.Maria sudah tersenyum.
‘’ Haaa…macam tulah,dear’’, juga tersenyum.
            ‘’ Yang…. ummi dan abah you tu macam mana orangnya?’’Maria bertanya.Dia mahu tahu perihal bakal mertuanya.
            ‘’ Hmmm….Abah I garang,bengis and agak cerewet.Ummi pulak perangainya sama macam abah but sepuluh kali ganda lebih garang daripada abah ‘’, Syed Darius sengaja mahu mengusik buah hatinya itu.Muka dibuat-buat serius.Maria disebelahnya tak ubah seperti cacing kepanasan.
            ‘’ Eeee!…seramnya Dar.Seriously,bulu roma I dah tegak bila you cakap macam tu’’.
            Ketawa Syed Darius meledak.Tidak sangka Maria akan percaya dengan gurauannya.Apabila merasakan dirinya dipermainkan Maria memuncungkan bibir.Ketawanya segera diredakan apabila melihat Maria sudah memuncungkan bibirnya.
            ‘’ You…kenapa ketawa pulak?’’
            ‘’ Sayang…janganlah takut.Actually,ummi and abah is not like that…Ummi I seorang yang tegas tapi dalam ketegasannya ada kelembutan.Kalau you pandai ambik hati dia,dia juga akan jadi sangat peramah.Abah I pulak,seorang lelaki yang gentleman,jenis yang tak kisah but ikut saja segala keputusan yang ummi selalu buat.Bukan takut bini,tetapi abah selalu rasa ummi adalah pembuat keputusan yang terbaik dalam keluarga I.I gurau aje tadi’’, jelasnya.Jari jemari Maria dibawa ke bibir,dikucup kejap untuk menghilangkan gentar Maria sebentar tadi.Dia tidak mahu Maria berasa tertekan dan tidak selesa apabila berhadapan dengan kedua ibu bapanya.
            ‘’ Maria, you dah betul-betul ready jumpa parent’s I?’’
            Pertanyaan itu hanya dijawab dengan senyuman.Tidak mahu menjawab yes or no.Sebenarnya dia belum bersedia untuk berjumpa ibu dan bapa Syed Darius.Atau lebih tepat lagi dia belum bersedia untuk memberi sebarang komitmen terhadap perhubungan mereka.Di dalam kepalanya hanya mahu enjoy,menikmati zaman mudanya.Namun,desakkan daripada Darius yang berkali-kali mahu menjadikan dia sebagai suri dihati lelaki itu membuatkan dia akur.Dia menyayangi Darius tetapi tidak sekuat Darius menyayangi dirinya.Dia tidak sanggup mengecewakan Darius.Lelaki itu terlalu tulus mencintainya.
     Kadang-kala dia mengutuk dirinya sendiri.Mengapa dia tidak boleh terus setia bersama Darius?.Mengapa sayangnya terhadap lelaki sudah terbahagi dua?.Adakah alasan Syed Darius terlalu sibuk dan menyebabkan dirinya diabaikan membuatkan dia mudah berpaling kepada lelaki lain?.Azman merupakan lelaki yang baru sahaja hadir dalam hidupnya.Perkenalan yang hanya setahun jagung telah memerangkap dirinya kedalam sangkar cinta Azman.
Pelbagai kata-kata manis yang ditabur Azman terhadap dirinya.Kata-kata manis itu juga menyebabkan dia sanggup menggadai maruahnya.Segala yang dijaga dengan rapi kini sudah pun tergadai.Tergamak dirinya mempermainkan perasaan lelaki yang sememangnya cinta kepadanya.’Darius maafkan aku...apakan dayaku,aku hanya manusia biasa yang tak tahan dengan godaan’,ucapan maaf itu hanya terlahir dihatinya.Dia tidak sanggup melepaskan Darius,juga tidak mahu kehilangan Azman.Kedua-duanya dia mahu.Biar orang mengatakan dia perempuan yang tamak,dia tidak kisah.Ya aku memang tamak!.Bisiknya didalam hati.
            Tanpa sedar kini kereta Syed Darius sudah memasuki perkarangan Villa Indah Permai,kediaman teman lelakinya itu.Perjalanan dari pangsapurinya untuk ke villa Darius hanya mengambil masa 30 minit.Tergamam dia seketika melihat keunikan reka bentuk vila tersebut.Sungguh indah,seindah namanya!.Namun,kekaguman yang terpancar diwajahnya bertukar riak kalut apabila terlihat seorang wanita seusia 40-an.Dia pasti itu adalah ibu Darius.Wajah wanita itu kelihatan selamba sahaja.Tiada senyum dibibirnya.Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia berada di sisi wanita tersebut.Wajah lelaki itu tersenyum memandangnya berbanding wanita disebelahnya.Walaupun senyum yang dilemparkan hanya sedikit,dia dapat merasakan bahawa lelaki tersebut ikhlas menerima kehadirannya,Manakala, wanita tersebut seperti tidak dapat menerimanya.Ah…itu andaiannya sahaja.Menidakkan apa yang terbuku dihatinya.
            Lamunannya terhenti apabila Syed Darius mencuit bahunya.
            ‘’Sayang…’’ panggil Syed Darius.
            ‘’ Oh…sorry I mengelamun tadi’’.
            Syed Darius menggelengkan kepalanya.Kata orang mengelamun tapi dia pula yang mengelamun panjang.Sempat pula Maria mengelamun.
            ‘’ Sudahlah tu Yang….Don’t scared,okay’’.
            Maria memaksa bibirnya tersenyum.Memang dia takut,dia takut melihat reaksi ibu Darius.Mahu saja dia berlari pulang.Syed Darius membuka pintunya,keluar dari perut kereta dan kemudian ditutup semula.Dia berlari-lari anak ke pintu Maria pula.Belum pun sempat Maria mahu membuka pintu,dia telah membukanya terlebih dahulu.Tangannya dihulurkan kepada Maria dan disambut lembut oleh gadis itu.Tangan yang putih menggebu itu terasa sejuk,dia mengeratkan genggaman bagi menghilangkan rasa takut gadis itu.Dia memberikan isyarat mata kepada Maria supaya turun dari kereta.Maria faham isyarat itu,lalu dia keluar dari perut kereta dan mengikut sahaja langkah Darius sehingga bertemu kedua ibu bapa Darius.
Kini,empat pasang mata bertemu.Maria menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa Darius,salamnya dibalas lalu dia mengucup kejap tangan tua itu.Tangan dihulurkan pula kepada ibu Darius tetapi hanya dibalas dingin,tidak sempat dia mahu mengucup tangan itu apabila  wanita itu menarik tangannya dengan segera.Rasa terkilan dan malu apabila perlakuan itu diperlihatkan kepada Darius dan Tan Sri Arshad.Namun,rasa itu dikaburkan dengan senyuman manis yang dibuat-buat.Andaiannya terhadap ibu Darius adalah benar.Ibu Darius tidak suka padanya!.
‘’ Abah,ummi...Ini Maria Amira,girlfriend Dar’’. Syed Darius memperkenalkan Maria kepada ibu dan bapanya.
‘’ Cantikkan orangnya ummi?...’’ tanya abahnya kepada umminya namun ummi hanya mencebik.
Maria tersenyum malu mendengar pujian itu.
‘’ Setakat cantik buat apa…’’provok umminya.Mati serta-merta senyuman Maria.
Puan Sri Sharifah Salina terus berpaling masuk ke dalam rumah.Dia terus masuk kedalam biliknya.Meluat dia melihat penampilan Maria yang seakan-akan tidak cukup kain.Mengapa anaknya itu tergila-gilakan perempuan seperti itu?.Maria seperti sudah hilang seri gadis Melayunya,sudahlah rambutnya daripada hitam menjadi karat.Pakaiannya sendat dan sangat menjolok mata.Itu semua membuatkan dia sakit mata.Boleh tergugat iman seorang lelaki apabila melihat penampilan Maria itu.Dia yang wanita pun ternganga apatah lagi lelaki.Segera dia beristighfar di dalam hati,rupa-rupanya dia telah mengutuk orang tanpa sedar,sedangkan dia tahu dirinya juga tidak sempurna.Namun,cara pemakaian Maria tidak boleh diterima oleh pandangan matanya.
Tan Sri Arshad melihat perubahan di wajah Maria. “Jangan ambil hati dengan apa yang auntie cakap tu ya….Auntie tu memang macam tu.Hari ni dia bad mood sikit.Biasalah dah lanjut usia,berbagai kerenahnya’’.Tan Sri tidak mahu Maria terasa hati dengan perlakuan isterinya itu.Dia juga kurang selesa dengan penampilan teman wanita anaknya namun didiamkan sahaja.Jika dikritik takut gadis itu akan terasa.Berdoa sahajalah jika jodoh anaknya panjang bersama gadis itu,anaknya mampu mengubah isterinya.Amin.
“ Dar,pergilah bawa Maria masuk dulu…abah nak naik atas kejap’’, arah Tan Sri Arshad kepada anaknya.Dia berlalu segera menuju ke kamarnya untuk memujuk isterinya supaya menyertai mereka diruang tamu.
“ Jom sayang…’’.
Maria menurut.Syed Darius menarik tangan Maria supaya gadis itu duduk disebelahnya.Maria menurut juga.
“ Dar…I rasa your mum doesn’t like me’’.
“ Tak usah fikir yang bukan-bukanlah…Abahkan dah kata ummi moody sikit hari ni.Adalah tu yang tak kena….’’, cuba memujuk Maria.Bimbang buah hatinya terasa dengan perbuatan umminya.
“ Tapi Dar…’’.
Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya,dia terdengar deheman daripada tangga.Maria melihat Puan Sri Sharifah Salina dan Tan Sri Syed Arshad turun seiringan menuju ke ruang tamu.Kedua-duanya duduk di sofa yang berhadapan dengan Syed Darius dan Maria.Syed Darius lega melihat umminya sudah mahu menyertai mereka diruang tamu,tentu abahnya yang memujuk.Maria saja yang gelisah apabila Puan Sri Sharifah Salina memandangnya dengan pandangan sinis dan jelingan tajam.Dia tidak berani untuk tersenyum apabila bertemu pandangan dengan Puan Sri Sharifah Salina.
‘’Hmmm…auntie dan uncle apa khabar?’’, dia memulakan bicara setelah tersedar bahawa dia belum bertanya khabar dua insan dihadapannya.Takut-takut sahaja dia bersuara.
‘’ Kami baik-baik saja Maria.Maria pula macam mana?’’, tanya Tan Sri Syed Arshad.
‘’ Sihat uncle’’, jawannya sedikit kekok.
‘’ Kamu ni berasal dari mana?’’, Puan Sri Sharifah Salina sudah mahu membuka mulut.Sekadar untuk bertanya dan berbahasa.Tidak suka,tidak suka juga tetapi janganlah ditunjukkan sangat.Sikit-sikit sudahlah.
‘’ Saya berasal dari Negeri Sembilan.Lahir dan membesar disana.Lepas habis belajar baru saya berpindah ke sini ’’.
Puan Sri Sharifah Salina diam.
‘’ Oh…jadi orang nogori lah?.Maria kerja apa? ’’ tanya Tan Sri pula.
‘’ Saya kerja sebagai project manager,kerja dengan uncle saya.Di Azhar Lanscape Interprise ‘’. Jelas Maria yang mula senang dengan layanan Tan Sri Arshad.Peramah berbanding isterinya.
‘’ Bukan ke itu syarikat yang kami lantik untuk mengubah suai resort kami? ‘’. Tan Sri Syed Arshad bertanya lagi.Dahinya sudah berkerut seribu.
‘’ Ya, betul tu.Kami yang bertanggungjawab terhadap dekorasi ASD Beach Resort ’’, jawab Maria lancar.
‘’ So,kamu kenal dengan Darius dekat resort lah ya?.And than terus jatuh cinta?.Macam tu ke?.Kamu ni ikhlas ke berkawan dengan Darius?’’, Maria terkedu mahu menjawab pertanyaan Puan Sri Sharifah yang seperti peluru itu.Sinis sungguh ibu Darius mengutarakan soalan itu.
Syed Darius tersentak dengan pertanyaan umminya.
‘’ Ummi apa tanya macam tu.Kami kenal sejak dari zaman kolej lagi,mi.Hubungan kami rapat.Mestilah Mar ikhlas berkawan dengan Dar.Kalau tak,tak kan Maria jumpa abah dan ummi sekarang ‘’.
‘’ Alah,dia pergi sini pun sebab terpaksa’’, Puan Sri berkata perlahan.Kehadiran Maria di villa mereka seolah-olah dirasakan kerana terpaksa.Walaupun perlahan sahaja suara ummi,namun tetap di dengar oleh Syed Darius.Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi untuk menyakinkan umminya ini.Maria yang mendengar kata-kata ibu Darius itu.Dalam diam dia juga bersetuju dengan telahan Puan Sri Sharifah Salina itu.Dia memang terpaksa mengikut Darius ke villa itu setelah asak kali didesak oleh Darius.Selain itu,dia juga terus bersetuju dengan cadangan Darius tanpa berfikir panjang setelah Darius menyatakan hasrat kedua orang tuanya yang ingin menjodohkan dia dengan pilihan keluarga.Darius hanya miliknya bukan orang lain.
‘’ Sebenarnya auntie,saya…’’.Belum pun sempat dia ingin menjawab kedengaran suara dibelakangnya memberi tahu bahawa makanan sudah dihidangkan kepada tuan rumah.Dia berasa lega,tidak perlulah dia mengorek idea di dalam kepala untuk menjawab soalan killer Puan Sri Sharifah Salina.
‘’ Tuan puan ,makanan saya dah siapkan.Silalah ke ruang makan’’, Kak Som memberitahu sebelum dia mahu kembali ke dapur semula.
‘’ Oh ,dah siap ya?..’’. Kak Som mengangguk.’’Sekejap lagi kami ke sana’’, maklum Tan Sri Arshad.Setelah itu dia berterima kasih kepada Kalsom,pembantu rumah anaknya itu.
‘’ Maria,jemputlah ke ruang makan.Kak Som dah siapkan makan tengah hari.Dar bawak Maria ke ruang makan’’. Tan Sri Arshad mempelawa Maria dan menyuruh Darius membawa Maria ke ruang makan.Dia dan isterinya berlalu meninggalkan Darius dan Maria di ruang tamu.
            Makan tengah hari mereka berjalan lancar.Puan Sri Sharifah Salina masih lagi bersikap dingin.Dia tidak berminat langsung dengan perbualan tiga insan ini.Tan Sri Arshad,Syed Darius dan Maria rancak berbual hal-hal perniagaan yang dijalankan oleh mereka.






Tiada ulasan: