Jumaat, 12 April 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 6)


BAB 6

SEMEMANGNYA seperti sudah diduga oleh mereka.Pasar raya BP Mall pada hari itu penuh dengan warga Filipina,Pakistan,Vietnam dan Indonesia.Masing-masing mahu merehatkan minda dan otot mereka setelah lima hari dikerah kudratnya oleh para majikan mereka.Selain itu, terdapat juga pasangan kekasih sedang bercengkerama sewaktu mereka sedang menonton wayang.Sakit mata Qalisha melihatnya terutama sekali pasangan yang duduk dihadapannya.Wayang yang mereka pertontonkan lebih hebat daripada cerita yang terlayar di layar putih.Berpelukkan,bercumbuan,raba sana,raba sini…yerk!!.Tahulah tempat ini gelap,dengan sesuka hati sahaja mereka berkelakuan sumbang.
            Belum pun cerita yang mereka tonton itu habis,Qalisha sudah menarik tangan Lily Azlina keluar dari pawagam.Sudah tidak tertahan lagi melihat aksi-aksi yang boleh merosakkan minda.Lily Azlina terkejut dengan tindakan Qalisha yang tidak semena-mena itu.
            “Qisha,Qisha!...sabarlah,kasut aku tercabut ni…Hisyyhh!,kenapa dengan kau ni?.Cerita belum habis lagilah .Apasal kau terburu-buru nak blah ni?...”,soalnya geram melihat tindakkan Qalisha.Qalisha terus berhenti dan melepaskan tangan Lily Azlina.Lily Azlina terus berlari ke arah kasut yang tertinggal dibelakang kemudian kembali mendapatkan Qalisha.Segan dia apabila orang-orang disekelilingnya memandang hairan.
            “Kau ni dah kenapa?.Sakit perut ke?”,tanya sekali lagi dengan nada tidak puas hatinya.
            “Ahh,nantilah aku cerita…Jomlah pergi makan dulu.Dah lapar tahap gaban ni…”,rengek Qalisha.Lily Azlina  melihat wajah Qalisha hanya selamba.Dia mendengus,geram!.
            Qalisha terus menarik tangan Lily Azlina memasuki salah satu francais yang berasaskan makanan segera,KFC.Qalisha ke kaunter pesanan.Manakala, Lily Azlina mencari tempat duduk untuk mereka.
            “Selamat datang ke KFC cik..”,ucap salah seorang daripada casher yang menjaga salah satu kaunter di situ.Qalisha memberikan senyuman terhadap casher yang mesra itu.
            “Cik,boleh saya ambil pesanan?”
            Qalisha mengangguk. “Hmm…saya nak 2 set sneck dan potato cheese wadges big size”.Penjaga kaunter itu segera mengambil pesanan Qalisha.Tidak sampai 10 minit,pesanan Qalisha sudah dihidangkan.Qalisha segera membayar makanan yang dipesannya dan terus berlalu kearah tempat duduk yang dipilih Lily Azlina.
            “Lunch on me…”, ujarnya dengan nada ceria setelah dia meletakkan  dulang makanan yang dipesan.Namun muka Lily Azlina yang duduk dihadapannya sudah bermasam. Muka tanda protes terhadap tindakkan Qalisha sebentar tadi.
            Qalisha masih lagi selamba mencubit-cubit ayam goreng dihadapannya .Dia tahu mengapa Lily Azlina bereaksi begitu.Sememangnya salahnya.Semakin geram Lily Azlina melihat wajah selamba Qalisha itu.Akhirnya dia bersuara.
            “Qisha apasal kau tiba-tiba tarik tangan aku ni?...Sebab kaulah aku tak boleh tengok lakonan hero pujaan hatiku tahu.Aku tahulah kau tak minat tengok filem cintan-cintun tu.Kau tutuplah mata tidur kalau tak nak tengok,ni tak dengan selamba aje kau tarik aku keluar.Malu tau tak.O.M.G kenapalah dengan kawan aku ni!!...bla…bla…bla…”,bebel Lily Azlina.Suaranya  seakan-akan menahan marah yang  sudah tinggi menggunung.Terpaksa Qalisha menadah sahaja telinganya.Lily jika sudah geram memang tidak akan menjadi diri yang lemah lembut dan romantik.Mulutnya membebel seperti burung murai yang tercabut ekor.Namun,frasa ‘hero pujaan’ yang disebut-sebut rakannya itu membuatkan di mahu ketawa.Mulutnya ditutup untuk menahan tawanya.
            “Ehh…kenapa kau tutup mulut kau?Kau nak gelakkan aku kan?.Oh,kau suka ya aku membebel-bebel macam ni?...”,soalnya geram.Orang tengah marah,dia pulak boleh ketawa!.Ibarat menyimbah minyak kedalam api yang marak.
            “Tak adalah…kelakarkan bila dengar kau sebut hero pujaanku.Aku taulah kau minat gila dengan  Aaron Aziz.Kau tau tak yang dia tu dah kahwin?.Berasap karang telinga orang rumah dia kalau dengar kau sebut macam tu…”.Jelas Qalisha.Dia tahu Lily Azlina adalah salah seorang peminat fanatik aktres itu.Cerita yang melibatkan lakonan pelakon itu dia tidak pernah dia ketinggalan walau satu cerita pun.Sudah semesti cerita Ombak Rindu yang ditayangkan tidak mahu dilepaskan.Namun,Qalisha sudah menghilangkan moodnya pada hari itu untuk menonton dengan apa yang dilakukan .
            “Apa masalahnya?...aku cuma minat kat dia aje.Alah,bini dia pun fahamlah.Dah namanya pelakon,semua orang suka…Soalan aku tadi kau belum jawab lagi.Jangan nak tukar topic, eh.Kenapa kau buat macam tu?”,sinis saja suara Lily Azlina.
            “Sebenarnya aku nak elakkan kita daripada bersubahat dengan zina…”.
            Berlapis pelipis Lily.
            “Apa yang zinanya Qisha? Aku rasa cerita tu tak ada pun aksi bluesnya,sedih banyaklah…”,potong Lily Azlina dengan rasa tidak puas hati.
            “Bukan cerita tulah….”.
            “Habis cerita apa?Kan kita tengah tengok cerita Ombak Rindu tadi”.Cantas Lily Azlina lagi.
            “Hoi,aku belum habis cakap lagi kau dah blok sana,blok sini.Sabarlah dulu biar aku habis cakap dulu”,naik angin jadinya apabila Lily asyik memotong apabila mahu bercakap.
Lily sudah tersengih.
            “Maksud aku tadi bukan cerita Ombak Rindulah.Tapi ‘Penangan Rindu’.Kau tahu tak masa kita tengah tengok movie tadi,adalah sepasang merpati yang duduk kerusi depan kita tadi sedang beromen.Macam-macam aksi tadi dia orang buat.Aku rasa dia orang ni masih sekolah lagilah.Mentang-mentanglah orang tak ramai,tempat pulak gelap,lepas tu sebaris tempat dia orang duduk tak sorang pun orang duduk,dia orang mulalah buat drama sebabak.Aku rasa dia orang tak tahu yang kita duduk dekat belakang dia orang.Bernanah mata aku tengok tau…”,kata Qalisha panjang lebar dengan nada marah.Kalau hanya dia dan pasangan kekasih itu saja dalam panggung,memang sudah dia sound habis-habisan.Dia tidak mahu membuka aib orang lain,disebabkan itu dia terus mengajak Lily Azlina keluar dari panggung.Kecil-kecil lagi sudah berkelakuan tidak senonoh.Perlakuan mereka seperti tidak ada maruah sahaja yang perlu dijaga.Dalam penglihatan Qalisha pasangan itu sepertinya masih lagi diusia remaja dan masih bersekolah.Buat malu mak bapak saja.
            Lily menutup mulutnya,bagaikan tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Qalisha itu.
            “Lah…betul ke Qisha?”
Qalisha mengangguk.
            “Ya ALLAH…apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang ni.Aku memang tak perasan pun dia orang kat depan kita tadi.Kau tahu ajelah aku kalau dah tengok movie cinta,sikit pun mata tak nak berganjak…”.Rasa bersalah pula dia kerana marah terhadap Qalisha.Qalisha mahu menyelamatkannya daripada melakukan dosa besar.Walaupun bukan mereka yang melakukan perkara sumbang itu,namun orang yang melihat perkara itu tanpa mencegah juga dikira sebagai subahat dan sudah semestinya berdosa.
            “Sorry ya Qisha…tak patut aku marah dekat kau tadi,sedangkan kau dah selamatkan aku…”.Lily memohon maaf dari ketelanjuran dia menghamburkan marahnya terhadap Qalisha.
            “Hmm,tak apa…Pasal tadi pun aku nak minta maaf juga,nanti kita beli aje DVDnya.Tapi aku nak nasihat sikit dekat kau, lain kali janganlah syok sangat sampai tak tengok sekeliling”,nasihat Qalisha.       
            Lily senyum tanda menerima permohonan maaf dan nasihat itu.
            Mereka segera menyambung sesi makan mereka yang tertangguh tadi.Masing-masing menikmati makanan masing-masing.Berselera sahaja mereka melihat ayam goreng yang ranggup.          
            “Lily sekarang ni kau kerja dekat mana?Dah jadi cikgu kawan aku sorang ni…”,baru dia teringat pertanyaannya semasa mereka di tasik Y.
            “Kalau aku bagitau kau jangan terkejut ya…”.
            “Buat apa nak terkejut pulak.Apa tempat kerja kau special sangat ke?...”.Qalisha ketawa.
            “Tak adalah,mesti kau ingat aku jadi cikgu sekarang ni kan?...”,tebak Lily Azlina apa yang difikirkan oleh Qalisha.
            “Mengapa kau tanya macam tu?.Kau kan lepasan UPSI,tak kanlah jadi engineer pulak…”.Qalisha berlawak.Qalisha tahu pasti Lily Azlina kini menjadi seorang guru kerana ibu dan bapanya mahu dia menjadi guru seperti ibunya atau doktor seperti bapanya.Kakak dan abang-abangnya juga mengikut jejak langkah ibu bapanya.Namun bidang kedoktoran tidak dapat dipenuhi oleh Lily Azlina kerana dia bukan dari aliran sains dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5.Jadi,profesion ibunya terpaksa menjadi pilihan walaupun sebenarnya dia tidak minat.
Setahunya, Lily Azlina lebih suka menceburkan diri dalam bidang perniagaan perlancongan seperti perhotelan.Dan dia mahu membuka resortnya sendiri apabila sudah mendapat modal.Impiannya itu pernah diceritakan kepada rakan-rakan dikelasnya semasa guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan memberikan tugasan tentang cita-cita di masa akan datang dan sumbangan kepada masyarakat.
            “Aku tak jadi cikgulah…Aku sekarang ni jadi supervisior dekat sebuah resort di Melaka.Aku nak cari pengalaman dekat resort tu.Manalah tahu aku dapat durian runtuh ke boleh bukak resort sendiri….”,maklumnya kepada Qalisha.
            Qalisha melongor.Cepat-cepat dia beristighfar.Tidak sangka Lily  melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik di Malaysia.Bertapa beruntungnya Lily.
            “Pulak…kenapa kau tak jadi cikgu aje?Kau kan lepasan UPSI.Mak dan bapak kau tak naik hangin ke?...”.Tanyanya tidak percaya dengan tindakan Lily Azlina itu.
            “Aku tak minatlah Qisha.Kau tau dari dulu kan yang aku ni minat gila dengan bidang perniagaan ni.Memang ayah dengan mak aku marah.Macam-macam dia orang toucher aku.Masa aku habis aje study,mak aku nak daftarkan nama aku dekat Kementerian Pelajaran,bila aku fikir dua tiga kali kalau jadi guru tak ikhlas nanti murid terabai pulak.Aku takut tak boleh galas tanggungjawab sebagai pendidik,nanti habis aku dera anak murid,kan naya namanya tu.Aku merayulah dekat mak dengan ayah aku sampai mogok tak nak makan dekat seminggu tapi akhirnya berjaya jugak.Mana dia orang tahan tengok anaknya macam tu.Anak kesayanganlah katakan…”.Mudah sahaja alasannya.Ada betul juga apa yang dikatakan Lily itu.Jika betul-betul mahu menjadi pendidik,hati perlu ikhlas barulah apa yang diajar berkesan.Kalau tidak ikhlas dan hanya mengambil ringan sahaja pasti akan diburu ibu bapa para pelajar pula,yang bertanya soalan biasa seperti mengapa prestasi anak mereka tidak meningkat.Namun cara Lily memujuk sememangnya mengejutkannya.Sanggup berlapar dekat seminggu untuk mencapai tujuan.Tak faham,tak faham.
            “Hei,sampai macam tu sekali kau mogok…memudaratkan diri ajelah kau ni.”.Qalisha marah-marah sayang.Lily hanya tersengih.
            “Kau tak rasa rugi ke Lily?”
            “Sikit pun tak”, Lily dengan yakinnya
            “Kau pulak Qisha kerja dekat mana?”,giliran Lily pula bertanya.
            “Aku belum kerja lagi.Nak duduk bawah ketiak nenek dulu dalam sebulan dua ni…”,jawap Qalisha sambil ketawa kecil.
            “Oh…mesti terus kerja dengan papa kau kan? Untunglah,papa kau ada bisnes sendiri dekat KL,ada syarikat besar dan terkenal lagi.Tak payah pergi interview sana,interview sini…”.
            Qalisha mencebik. “Aku sebenarnya ingat nak cari pengalaman dululah macam kau jugak.Rasanya buat masa sekarang ni aku belum sedia nak kerja dekat syarikat papa aku tu.Papa aku suruh aku jadi orang kanan abang Dani kalau aku kerja dengan dia.Tapi aku kurang setujulah.Dahlah tak ada pengalaman lepas tu di beri pulak jawatan besar.Tak naklah macam tu.”,Qalisha sememangnya akan menolak apabila Datuk Hakimi menawarkannya untuk bekerja di syarikat besar itu.Dia mahu memberikan laluan kepada golongan yang banyak berjasa didalam syarikat Datuk Hakimi untuk menyandang jawatan itu.
            “Habis kau dah cari kerja?”
            “Belum lagi…kau tahu tak kat mana ada kerja kosong dekat sini atau dekat sekitar Melaka ke?”,
            “…Err…Kalau dekat sini aku tak tahulah.Tapi aku rasa dekat resort yang aku kerja tu dia orang tambah lagi chalet tak silap dalam 20 buah chalet,aku rasa dekat situ dia orang memerlukan kerja yang lebih ramai.Tapi jawatan room servicelah,kau nak ke?...”,tanya Lily  tidak yakin.Tidak mungkin Qalisha mahu menerima jawatan itu,sedangkan kelulusan yang diperolehi melayakkannya memegang jawatan tetap dalam sesebuah syarikat.Bachelor Business Management tu!.
            Qalisha seperti berfikir sejenak.Kewajaran dia menerima tawaran itu.
            “Hmm…mencabar juga jawatan tu.Aku rasa aku terimalah.Tapi aku nak tinggal dekat mana kalau di Melaka?”
            “Eh,betul ke Qisha kau nak kerja situ?...Room service tu? Macam tak sesuai aje dengan kelulusan kau”,hairan dia mendengar apabila Qalisha setuju dengan cadangannya.Dengan kelulusan macam itu dia sudi jadi pengemas bilik chalet?Hilang akal apa perempuan ni?.
            “Alah…bukan mati pun kalau buat kerja-kerja mengemas.Lagi pun aku nak mula dari bawah,macam kaulah jugak.Tapi bukan sekaranglah.Mungkin dalam sebulan dua lagi.Kalau aku kerja kat sana,kau boleh jumpa aku setiap hari sampai muak,kan?...”,Qalisha cuba meyakinkan Lily .
            “Ikut kaulah Qisha..”,bagus juga Qalisha ke Melaka sekurang-kurangnya dia bolehlah berjumpa sahabatnya setiap hari.Tidak perlulah dia balik ke Johor setiap hujung minggu untuk berjumpa dengan Qalisha.
            “Tapi kau kenalah carikan aku rumah sewa.Boleh?”,Qalisha meminta persetujuan Lily Azlina.Kepala sengaja dilentok-lentokkan dengan gaya manja.Kalau mahu sesuatu gaya seperti itulah yang dipertunjukkan.Bagi Lily itu sudah kebiasaan.Sekasar Qalisha ada juga kemanjaannya.
            “Emm…tak payahlah kau buat macam tu,aku tak tergoda pun…”.
            Qalisha sudah tergelak.
            “Boleh tak ni?”
            “Kalau betul kau nak kerja dekat situ,pasal tempat tinggal kau tak payah risau.Kau duduk aje dengan aku.Aku sewa rumah dekat dengan resort.Kalau kau nak,duit sewa kita bahagi tiga.Amacam?”,Lily mengutarakan cadangan sekali lagi.
            “Boleh jugak tu.Save sikit duit daripada menyewa sorang-sorang.Tapi ada kemusykilan sikit.Kenapa pulak duit sewa dibahagi tiga?Bukan ke kita duduk dua orang aje?Siapa sorang lagi tu?...”,banyak pula soal Qalisha.
            “Oh…kita bukan berdua tapi bertiga.Aku,kau and Kak Adah.Kak Adah tu pun kerja dekat sana jugak.Masih single but available.Dia pun jadi supervisior tapi bahagian kitchen,aku pulak bahagian pemantauan pekerja.Kak Adah tu peramah sangat orangnya.Kadang-kadang aku yang banyak cakap pun habis idea bercakap dengan dia…”,terang Lily Azlina.
            “Ohh…”,itu sahaja yang keluar dari bibir mungil Qalisha.
            “Okey,hal pekerjaan kita set.KIV dulu.Kau tunggu berita daripada aku aje.Sekarang ni aku nak tanya pasal tunang kau? Siapa dia?”
            Lily Azlina telan liur. ‘Mahu diberitahu malu,kalau tak diberitahu banyak pula soalan Qalisha nanti…’
            “Haa?”,sengaja buat-buat tidak dengar dengan muka dikerutkan
            “Aku tanya ni,siapa tunang kau tu?” diulang lagi soalan yang sama.
            “Emm…”Lily Azlina sudah mengetuk-ngetuk kepalanya.Persis mengingati sesuatu yang dia lupa.
            “Cakap ajelah,siapa?”desak Qalisha sudah tidak sabar.
            “Sebenarnya aku belum sedia nak bagitau kau.Tapi jangan risau,one fine day aku bagitau,boleh?”
            “Alah itu pun tak nak bagitau.Apa punya kawanlah kau ni.Suka secret-secret tau.Malas aku nak paksa.Lantaklah kau,nak bagitau ke, tak nak bagitau pun aku tak heran”,suaranya sudah seakan-akan orang merajuk.
            “Aku nak surprise kan kau…nanti-nanti aku bagitau jugak”,pujuk Lily Azlina.Dia malu sekiranya Qalisha tahu siapa tunangannya.Pasti Qalisha akan mentertawa dan mengejeknya jika diberitahu.Orang yang tidak disangka-sangka Qalisha sudah pun rasmi menjadi tunangan tiga bulan lepas.Biarlah apabila dia sudah bersedia baru dikhabarkan kepada Qalisha.
            Qalisha hanya mencebikkan bibir.
            “Aku cuma bagi kau klu tentang buah hati aku tu ,ya?”
            “Suka kaulah…”,kata Qalisha acuh tidak acuh.Hendak beritahu pun susah sangat.
            “Hmm…tunang aku tu kulitnya hitam manis.Tingginya dalam 172 cm.Dia orang Johor juga tapi sekarang dia tak ada dekat sini dan tak ada dekat mana-mana pelusuk Malaysia.Dia sekarang dekat Qa’tar.Bekerja sebagai petroleum engineering.Itu ajelah klu yang aku boleh bagi.Yang lain aku bagi kemudian”, terang Lily Azlina secara detail tentang tunangannya.
            Qalisha mengangguk malas.Biar Lily ambil seberapa banyak masa untuk memberitahu gerangan buah hati pengarang jantungnya itu.
            “Entah-entah Awang Hitam tak…”,Qalisha bergurau.
            “Awang Hitam?Siapa tu?”,soal Lily Azlina tidak mengerti.
            “Awang Hitam pun tak tahu?...orang Negrolah.Habis kau kata kulit tunang kau tu hitam manis.Lepas tu kau malu-malu nak bagitau aku siapa dia…”.
            Terbeliak Lily memandangnya.Cabul sungguh.
            “Choi!...apa kau merepek ni Qisha?...Hishh..banyak lagi tau jejaka Melayu yang nak dipilih.Tak ingin aku nak pilih Awang Hitam.Terdesak nak laki sekali pun aku tak akan pilih dia orang tau”.Terbeliak mata Lily Azlina.Marah dia apabila Qalisha menganggap dia bertunang dengan orang berkulit hitam.Tunangnya sikit punya handsome dikatakan Negro.Baginya kacak tetapi tidak tahu pula orang lain.Hati jika sudah suka yang pahit pun dikatakan manis,yang hitam dikatakan putih.Tidak patut betullah Qalisha ini.
            Qalisha tersengih-sengih. “Aku saja aje.Bergurau pun tak boleh…”.
            Lily Azlina sudah menjeling.Kemudian dia tergelak-gelak.


SELESAI saja mereka mengisi perut,mereka bersiar-siar pula di sekitar pasar raya itu.Sekedar mencuci mata.Namun,sesampai sahaja di hadapan Kedai Buku Popular tangan Qalisha ditarik Lily Azlina.
            “Qisha jom…aku nak beli novel kejap”.Qalisha terpaksa akur.
            “Jiwang”,kata Qalisha perlahan.Walaupun perlahan namun masih boleh didengar oleh Lily.
            “Apa kau cakap?”
            “Eh ,tak ada apa”.Qalisha melambai-lambai tangan tanda dia tidak berkata apa-apa.
Lily tidak menghiraukan Qalisha.Dia terus ke bahagian rak yang menempatkan pelbagai novel baru dari pelbagai penulis terkenal.Antaranya Fauziah Ashari,Anis Ayuni dan Damia Hanna.Dia membelek dari satu novel ke satu novel yang lain.Ambil satu,di tilik terlebih dahulu,kemudian ambil lagi novel sama.Prosesnya sama sahaja daripada tadi.Sudah setengah jam mereka dirak buku itu.Ini yang Qalisha tidak gemar apabila menemani Lily Azlina ke kedai buku.Cerewet sungguh bila memilih.
            Qalisha yang berdiri di sebelah Lily hanya memerhati.Dia sudah kebosanan menunggu sahabatnya memilih novel yang berkenan.
            “Apa yang kau belek lagi Lily?Pilih ajelah,lepas tu pergi kaunter bayar…”,sudah tidak tertahan dia menunggu di situ.Alamat berjanggutlah dia sekejap lagi!
            “Kejaplah Qisha…aku nak pilih yang best punya.Kau duduk aje diam-diam kat situ”,selamba Lily  memberi arahan.
            “Koleksi kau dah bertimbun pun nak beli lagi.Bilik kau tu dah macam lautan novel aku tengok.Aku dah rasa macam batang kayu dah ni.Penatlah…”,rungutnya.Lily Azlina adalah salah seorang pencinta novel yang tegar.Ada sahaja novel baru pasti akan dibelinya.
            “Sibuklah awak ni,kita nak pilih tau.Janganlah kacau...pergilah duduk kat kerusi tu dulu”,marah-marah gurau.Bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ bertukar ‘awak’ dan ‘kita’ pula.Jari telunjuknya diluruskan ke arah kerusi yang terletak ditepi dinding.Dia kembali menilik novel.
            “E’eh..kita pulak kena marah”,omelnya.
            Qalisha mengeluh.Dia melangkah malas ke kerusi yang diunjukkan Lily Azlina.Tahulah dia,pasti dia harus tunggu lagi setengah jam.Mulutnya sudah terkumat-kamit bernyanyi perlahan menghilangkan bosan.Matanya melilau melihat sekeliling kedai.Ramai juga pengunjung yang berkunjung ke kedai itu.Tidak kira tua atau muda.Ada juga yang membawa keluarga.Hingar-bingar suasana dengan pendapat dan gelak tawa pengunjung.
            Matanya dihela pula ke arah rak buku kanak-kanak.Terdapat beberapa orang kanak-kanak yang sibuk memilih buku-buku baca.Tiada ibu bapa yang mengawasi mereka.Ibu bapa sekarang ini main lepas tanggungjawab sahaja.Kalau hilangkan susah nak cari.Tiba-tiba dia terpandang seorang wanita yang bertudung biru muda sedang mengandung memimpin tangan kecil disebelahnya.Wajah kanak-kanak itu tidak kelihatan kerana dihadang oleh rak buku dibelakangnya.Qalisha terus memerhati kedua-dua beranak itu.Ibunya menarik sedikit tangan anak kecil itu ke barisan rak bersebelahan barulah Qalisha dapat melihat jelas wajah kanak-kanak itu apabila dia berpaling.
Rupa anak kecil itu seakan-akan wajah seseorang yang sangat Qalisha kenali.Anak kecil itu menghidap penyakit lembam,rupa kanak-kanak lembam sama sahaja.Kemudian disisi kanak-kanak itu,kelihatan seorang lelaki tinggi lampai sedang melayannya dengan mesra .Pasti itu bapanya.Perasaan sayu mula bertandang didalam hati.Kerinduannya terhadap seseorang menebal.Sudah lama dia tidak berhubung dengan orang yang sangat disayangi. ’Mak Ngah rindu Syukur…’bisiknya di dalam hati.Teringat kenangannya sembilan bulan lepas.
            “Mak Ngah!…”,teriaknya.Tubuh Qalisha terus dipeluk erat.
            Ada riak gembira diwajah mulus itu.
            “Syukur rindu Mak Ngah.Mengapa dah lama tak jenguk mak dan Syukur?”
            Qalisha melebarkan senyuman manis.
            “Mana ada dah lama.Bulan lepaskan Mak Ngah dah datang”,pelukan Syukur dileraikan.Terus dahi kanak-kanak lembam berusia 6 tahun itu dicium kejap.Sayang!.
            Syukur melompat-lompat kesukaan.Kucupan itu dianggap sebagai hadiah.Tiada apa yang diharapkan melainkan kucupan dari Qalisha.Mungkin dia merasakan diri dihargai dan disayangi.Qalisha senang melihat reaksi Syukur.
            “Syukur kenapa tak ajak Mak Ngah naik!?”,jerit satu suara.Orangnya tidak kelihatan.Sudah pasti itu jeritan Mashitah.
            “Kejap mak!”,Syukur menjawab dengan jeritan juga.
            “Jom Mak Ngah”,tangan Qalisha ditarik laju menaikki tangga.Terkocoh-kocoh dia memanjat tangga.Qalisha terpaksa mempercepatkan langkahnya.
            Mashitah muncul dari dalam dapur.Tangannya menatang dulang minuman.
            “Buat apa tarik tangan Mak Ngah macam tu.Hii budak ni!…jatuh Mak Ngah nanti”,Mashitah marah-marah sayang.
            Syukur tersengih.Dulang minuman ditangan emaknya diambil,kemudian diletakkan diatas meja.Syukur anak yang sememangnya ringan tulang.Laju sahaja membantu emaknya tanpa bersoal.
            “Apa khabar Kak Ita?…”,sapa Qalisha kepada wanita berusia 29 tahun itu.Tangan dihulurkan untuk bersalam.Disambut mesra oleh Mashitah.
            “Baik.Qisha macam mana?”,Mashitah melemparkan senyuman manis.Dia mempersilakan Qalisha duduk.Setahu Qalisha wanita ini tidak lokek dengan senyuman.Tidak pernah beriak sombong dan cukup merendah diri.
            “Alhamdullillah.Baik kak”.
            “Mak Ngah tak tanya Syukur?”,Syukur bersuara tiba-tiba.
            “Tanya?Tanya apa?”,berkerut-kerut dahinya begitu juga Mashitah.Tidak mengerti.
            “Tanya khabar Syukurlah…”.
            “Oh…Mak Ngah tak payah tanya,dah tahu Syukur sihat.Kalau tak sihat tak adalah tadi terlompat-lompatkan…”.Pipi tembam Syukur di cubit perlahan.Semasa Syukur masih bayi,pipi itulah sering kali dicubit dan dikucup sehingga puas.
            Syukur tersengih lagi.Sengihan itu menampakkan beberapa batang gigi dihadapannya yang kehitaman.
            “Syukur ni ada-ada ajelah.Sudah pergi tengok Meon kat belakang”,arah Mashitah.Meon adalah anak lembu yang baru berusia 3 tahun.Meon merupakan kawan Syukur bermain seharian.Syukur cukup sayang dengan haiwan peliharaannya itu.Malah dianggap sebagai adiknya.
            “Alah…Meon tengah makanlah mak.Syukur nak duduk sini dengan Mak Ngah.Biarlah Syukur dekat sini”,rengeknya.
            “Tak baik dengar orang dewasa bercakap”,Mashitah memberi nasihat kepada anaknya.Setiap kali Syukur melakukan sesuatu yang tidak disukai dia akan menegur.Supaya anaknya itu hormat kepada orang lebih tua daripadanya.
            “Biarlah Kak Ita.Bukan nak cakap benda tak elok pun.Bual-bual kosong aje…”,Qalisha mempertahankan Syukur.
            “Jangan manjakan sangat Syukur ni Qisha.Nanti mengada-ngada pulak dia…”,kata Mashitah.Kurang senang dengan layanan Qalisha terhadap anaknya.Terlalu dimanjakan takut Syukur naik lemak
            “Tak apalah kak.Dia mengada-ngada pun dengan Mak Ngahnya...”,pipi tembam Syukur di cubit lagi.
            “Hmm..iyalah”,Mashitah sudah mengalah.
            Syukur terus memeluk lengan Qalisha.Mashitah hanya menggelengkan kepala.
            “Hoi Qisha!...berangan pulak dia”.Sergah Lily Azlina.Ditempat-tempat awam seperti ini pun Qalisha boleh melayangkan anganannya.Hendak jadi apalah kawannya ini.
            Qalisha yang ketika itu menompang dagu terkejut dengan sergahan sahabatnya.Tersengguk dia.Hilang bayangan Syukur dan Mashitah.Kini dia sedar bahawa masih lagi didalam kedai buku.Kepala menjenguk kiri dan kanan.Matanya tercari-cari wanita dan kanak-kanak lembam yang dilihatnya tadi.Hampa,kedua-dua beranak itu tiada lagi di dalam kedai buku.Bertuah sungguh kanak-kanak itu,ibu dan bapanya sangat menyayanginya dan tidak malu untuk memperlihatkan dia di khalayak ramai.Berbanding Syukur,hanya ibunya sahaja yang dapat menerima kewujudannya dimuka bumi ini.Sedangkan bapanya langsung tidak peduli dan cukup malu dengan kehadiran.Jijik sungguhkah dia terhadap anaknya? Kasihan anak kecil itu…
            “Kau cari siapa?”,melihat Qalisha menjenguk ke kiri dan kanan seperti sedang mencari seseorang.
            Qalisha tidak memberikan jawapan terhadap soalan yang dilontarkan kepadanya.Hanya diam seribu bahasa.
            “Emm…dah siap pilih?.Kalau dah siap jomlah pergi bayar”.Ajak Qalisha yang mula bersuara.Suaranya sayu sahaja.Lily Azlina mengesan perubahan suara Qalisha.Dia mengangguk sambil menunjukkan tiga buah novel pilihannya.
            “Qisha,kau okey ke?”,hati Lily Azlina ingin tahu.Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Qalisha.Kalau tidak masakan suaranya kedengaran sendu?
            Qalisha sedar dia sudah dibawa emosi sedihnya.Dia juga sedar bahawa dia masih ditempat awam.Segera moodnya ditukar.
            “Kau tak apa-apa ke ni?”,sekali lagi Lily Azlina bertanya.Risau.
            “Aku okey…tak ada apa-apa.Jomlah”,suaranya kembali diceriakan.
            Keluhan terlepas dari bibir kecil Lily Azlina.Dia tahu Qalisha seseorang yang terlalu memendam rasa.Jarang sekali berkongsi dukanya dengan orang lain.
            “Mari...”,Lily Azlina terus menarik tangan Qalisha supaya bangun dari kerusi yang didudukinya.Persoalan terhadap mood Qalisha yang berubah-ubah terbenam begitu sahaja.


           
           


           

            

2 ulasan:

Unknown berkata...

BEST NAK LG BOLEH.

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

boleh sis...nt sy update lg..tq