Ahad, 13 Oktober 2013

My Love, Mr. Kerek ~Part 9~


Hari ini sekali lagi Amy ditugaskan membersihkan apartment Rayyan.  Namun hari ini Rayyan turut ada di situ.  Aku pelik betul dengan dia ini.  Dia kerja apa agaknya?  Hari yang lepas, waktu kerja dia sibuk ajak aku main boling.  Sekarang, waktu kerja juga dia ada di rumah.  Penganggur tanam pokok anggur belakang rumah ke?

 Eh, takkanlah kot penganggur.  Kalau tak kerja macam mana dia boleh duduk dekat apartment mewah macam ni?  Macam mana pula dia boleh pakai kereta mewah import tu? Barang-barang dia dari atas sampai bawah semuanya branded.  Belum pernah tengok dia pakai barang murah macam aku selalu pakai.
 
Atau… entah-entah dia ni ketua perompak terbesar dekat Malaysia ni.  Siang senang lenang, malam buat kerja.  Choi! Amy tolong jangan fikir benda negatif saja ya!  Entah-entah dia kerja sebagai ejen insurans ke.  Bila tak ada pelanggan dia balik rumah.  Tapikan… bila difikirkan balik takkanlah dia kerja sebagai ejen insurans boleh hidup mewah.  Macam tak logik pula.  Ohoi Amy, tak payahlah kau nak fikirkan sangat.  Ikut suka dialah nak kerja apa, nak tonggang terbalik ke.  Kau buat apa nak sibuk-sibuk.

“Hoi, apasal kau tenung-tenung aku?”, sergah Rayyan pada Amy yang sedang mengelap meja tetapi mata fokus pada wajahnya.

Amy tersedar.  Alamak, kantoi lagi tenung anak teruna orang!  Cepat-cepat Amy mengalihkan pandangan.

“Jangan cakap kau dah terpikat dekat aku?”

“Hish, encik ni perasanlah.  Mana ada saya terpikat dengan encik”, nafi Amy laju.  Dia ni memang suka perasan sendirilah.  Nasib dia tak cakap dia ‘hensem’ macam selalu.  Muntah hijau nanti aku dekat depan dia.

 Rayyan tergelak.  “Habis tu kenapa kau dok tenung muka aku aje?”  Dia sengaja menayangkan senyuman nakalnya.

Alahai,  nak bagi alasan apa ya?  Itulah, siapa suruh mata ni gatal sangat.  Dalam menggelabah dia menjelajah melihat wajah Rayyan.

“Err… ermm… saya tengok jururawat dekat atas dahi encik tu”.

Tergelak besar Rayyan mendengar alasan Amy.  Agak-agaklah kalau nak cari alasan pun.  Ada ke patut kata dekat dahi aku ini ada jururawat.  Adoyai…

“Kenapa Encik Rayyan gelak pulak?”

“Kaulah.  Ada ke kata dekat dahi aku ni ada jururawat.  Macam mana pulak jururawat boleh duduk atas kepala aku ni?”,  Rayyan menyambung gelak sakannya. Sungguh dia geli hati.

Amy tergelak sama. Rayyan sudah salah faham dengan istilah jururawat yang dia gunakan. Aku pun satu, bukan dia tahu pun apa yang aku maksudkan. Sengal.

“Bukan jururawat yang dekat klinik tu la Encik Rayyan.  Jururawat saya maksudkan tadi adalah jerawat. Saya tak tahu kenapa, tapi dorang suka sebut macam tu. Agaknya orang perempuan ni fobia kot nak sebut jerawat sebab itu adalah parasit utama bagi orang perempuan”, jelas Amy. 

 Rayyan terus terdiam.  “Muka aku ada jerawat?”

“Ha’ah.  Ada tu dekat atas dahi”.  Amy menunjukkan di mana letaknya jerawat itu berada.

Cepat-cepat Rayyan berlari mendapatkan cermin.  Dahinya ditilik.  Betul ada jerawat!  Baru nak tumbuh.  Walaupun dia lelaki,  dia juga ambil berat dengan penjagaan wajah.  Setiap hari dia mencuci wajahnya dengan produk khas untuk lelaki.  Sebagai lelaki yang dikategorikan ‘hensem’ penampilan harus dijaga rapi.  Bukan perempuan saja tahu cantik.  Pakai produk mahal pun tetap diserang jugak.  Nasib satu saja.

Amy pelik dengan perlakuan Rayyan.  Kenapa pulak dengan dia ni?  Risau semacam aje aku tengok.

 “Kenapa encik?”

“Jerawat nilah.  Eh, kau tahu tak macam mana nak halang benda ni daripada tumbuh?”

Amy menahan diri daripada ketawa.  Huk aloh, dia risau pasal itu rupanya.  Risau benar dia dengan jerawat atas dahi tu.  Macam perempuanlah pula dia ini. Hehehe

“Kau kalau nak ketawa tu jangan disimpan.  Karang ada yang mati keras nanti”,  sindir Rayyan mengetap gigi. 

 “Eh, tak adalah encik.  Mana ada saya nak ketawakan encik.  Nenek saya dekat kampung nun selalu pesan, tak baik gelakkan orang.  Betulkan encik, kan?”, segera Amy menafikannya. Padahal dalam hati dia sudah tergelak besar.  Tak sangka pulak lelaki ala-ala macho macam Rayyan ini pun risaukan pasal jerawat. Adoyai…

Rayyan mencebik mendengar kata-kata Amy.

“Saya tak tahulah pasal petua-petua jerawat ni. Alah, senang cerita encik beli aje krim ke apa yang nak hilangkan tu.  Senang cerita.”  Sebenarnya ada satu petua yang dia tahu tap malas mahu berkongsi dengan mamat ni. Petua tu pelik sikit, ada karang dia gelak guling-guling bila mendengarnya.    
       

Nak tahu petuanya?  Meh aku cerita sikit.  Waktu kecik-kecik dulu adalah mak cik bonus aku ni dekat kampung.  Muka dia pun ada masalah jerawat jugak.  Merah sana, merah sini. Suatu malam aku konon nak masuk bilik dia nak ajak main congkak.  Tiba-tiba aku tengok muka dia habis merah bertompok sana sini.  Aku ingat aku terserempak dengan hantu ke apa,  tapi rupa-rupanya mak cik aku. 

Aku yang blur masa itu pengsan tengok dia macam tu.  Bila aku sedar aku ceritalah kenapa aku boleh pengsan. Selepas itu aku kena gelak gila-gila dengan mak cik aku.  Mak cik cakap itu bukan hantu tapi dia.  Dia sapu lipstick dekat jerawat-jerawat kononnya lipstick boleh mengurangkan pertumbuhan jerawat.  Aku tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Aku pun tak tahulah dari gua mana mak cik aku belajar petua itu. Tapi aku pun amalkan juga. Hehehe…

Rayyan berfikir sejenak sambil meraba benjol kecik di dahinya yang sudah merah. 

“Ha’ah.  Buat apa susah-susah tanya kau.  Membazir ajekan.  Zaman sekarang petik poket aje dah dapat,” ujar Rayyan.

Eleh, tadi dia jugak yang menanya.

“Budak kecik, lepas kau lap meja ni buatkan aku jus oren.  Aku hauslah.” Rayyan menagarah Amy. Dia merebahkan tubuh di sofa.

“Encikkan ada kaki.  Ambil sendirilah. Saya ni banyak lagi kerja.  Kejap lagi nak mop lantai pulak.”

Rayyan membesarkan matanya sebagai tanda amaran. Kecut Amy melihatnya.

“Hmm… yalah.” Amy bangun dan mahu menuju ke dapur.

“Eh, kejap… kejap.” 

Belum pun dia melangkah Rayyan sudah menahannya.  Amy berpaling memandang lelaki itu.  Apa lagilah dia ini?

“Aku tak nak jus yang dalam kotak dekat peti ais.”

“Haa?  Habis tu encik nak jus yang bagaimana?” tanya Amy dengan muka berkerut.

“Aku nak jus yang original fresh.  Ada buah oren dekat freezer tu.  Kau perah air dia segelas.  Ais letak tiga ketul aje. Kau faham tak?”  Rayyan yang kononnya fokus pada tv menyimpan tawa.  Sengaja dia hendak mengenakan Amy.

“Alahai, encik jus dalam kotakkan sama saja.  Lagi sedap dalam kotak dari yang saya perah nanti,” pujuk Amy. Lecehlah nak memerah pulak.

No! Tak sama.  Aku lebih suka yang diperah sendiri. So, kau pergi perah sekarang.”  Rayyan tidak mahu mendengar sebarang alasan lagi.

“Okey…” sahut Amy meleret sambil menjulingkan mata ke atas dan mengeluh kecil.  Cerewet sungguh dia ini! Dia terus berlalu ke dapur.

Amy mengeluarkan lima biji buah oren dari dalam peti sejuk.  Buah di basuh kemudian dipotong dua setiap biji.  Dia ambil dua gelas dan penapis.

“Baiklah. Kau nak jus yang diperah ya?  Okey, aku buatkan jus original lagi fresh kau ni.  Sekejap ya… sekejap.” Amy memerah dengan perasaan geram dan penuh perasaan. Setelah habis jus diperah, dia menapisnya ke dalam gelas satu lagi.  Amy mengambil baling gula di rak barangan kering. Amy membuka penutup balang dan dia mencapai sudu yang bersaiz besar.

“Jus ni special untuk Encik Rayyan seorang saja.  Dibuat khas oleh Chef Amy.” Amy bercakap seorang diri di dapur beserta ketawa jahatnya.  Dia ingat dia aje boleh kenakan aku?  Aku pun bolehlah! Kita tengok lepas ni siapa yang terkena Encik Rayyan. Hahahaha…

Amy mencedok enam sudu gula ke dalam gelas. Hampir setengah gelas gulalah jugak.  Manis dia memang kaw-kaw.  Kalau orang kencing manis minum ni… hari ni minum, esok masuk hospitallah jawabnya! Jus digodak-godak sehingga gulanya larut.  Setelah itu barulah dia meletakkan tiga ketul air.

Amy berdehem-dehem kecil sebelum keluar dari dapur. 

“Ini adalah padahnya untuk orang cerewet macam dia. Siap kau!” Amy keluar dari dapur dengan wajah selamba.  Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Encik jus dah siap ni.” Segelas jus yang siap dia bancuh diletakkan ke meja.

Rayyan mengalihkan tumpuan padanya. 

“Budak kecik, ambilkan aku biskut chipmore kat rak snack kat dapur tu.” Rayyan selamba mengarah lagi dengan muka tidak bersalahnya.

Amy akur saja.  Kaki ada, tangan ada tapi suruh orang jugak.  Rungut Amy dalam hati.

“Ni dia chipsmorenya encik. Saya nak pergi mop dapur ni. Encik nak apa-apa lagi tak?” Amy meletakkan sepinggan biskut chipsmore bersebelah jus oren yang diperahnya tadi.

“Tak ada apa lagi. Thank you, budak kecik,” ucap Rayyan lantas bangun dari pembaringan dan duduk semula.  Amy menjeling lelaki itu.  Suka hati dia aje nak panggil aku budak kecik.  Dah buta ke mata tu?  Aku dah besar, okey! 

Amy cepat-cepat ke dapur. Kononnya hendak mengambil mop. Dia tak sabar nak mendengar jeritan Rayyan sebentar lagi.  Dia hanya mengintip di balik dinding dapur.

Rayyan mencapai gelas berisi perahan oren yang dibuat oleh Amy tadi.  Macam sedap saja dia lihat jus itu.  Dia menyuakan gelas ke mulut.  Dengan gelojoh Rayyan menyendut semua jus itu tanpa memikirkan niat jahat disebalik jus oren berais itu.

“Puiihhh!” Habis tersembur semua jus dalam mulutnya.  Berkerut-kerut muka Rayyan dibuatnya.  Mak ai… jus gula ke apa dia buat ni?

“Amy!!”

Amy di dapur sudah gelak sakan namun dia menahan dari meletus kuat.  Perutnya bagai nak pecah menahan tawa yang maha ekstrem ini.  Itulah, selalu bukan main syok lagi mengenakan aku.  Sekarang kau rasakan pulak!

“Amy!!” Jerit Rayyan dari ruang tamu.

Amy buat-buat seperti biasa.  Malah berlakon seperti tidak tahu apa-apa. 

“Kenapa, encik? Kenapa?” Berlakon konon-konon dia terkejut dengan panggilan Rayyan.

“Kau buat jus apa ni, budak kecik oi?” tanya Rayyan dengan wajah garangnya.

Amy pulak selamba badak saja.

“Kenapa dengan jus tu encik?” Muka sengaja dikerut-kerut supaya lakonannya seolah-olah nyata.

“Manis sangat.  Dah macam lori gula tumpah atas jus ni tahu tak?  Macam manalah kau buat air ni budak kecik? Buat apa kau letak gula bagai”  marah Rayyan kepada Amy yang berwajah selamba.

Seboleh mungkin Amy menyimpan tawa. Dia berdehem kecil.  “Lah… kan saya dah cakap dengan encik tadi jus dalam kotak lagi sedap dari yang saya buat. Tengok, kan dah menyusahkan encik sendiri. Kan?”

Tajam mata Rayyan memandang Amy.  Dia seperti mengesyaki sesuatu dari air muka gadis itu apabila ditenungnya.  Dia sengaja nak mengenakan aku ke apa?  Nak balas dendam sebab aku selalu aje mengenakan dia? 

“Encik, kenapa pulak pandang saya macam tu?” Amy sudah tidak sedap hati dengan Rayyan yang memandangnya bagai nak telan. 

“Aku tahu kau sengajakan bubuh gula banyak-banyak dalam gelas ni.  Kau nak balik dendam pada aku, kan?”

Amy sudah menggelisah tak tentu pasal. 

“Eh, tak… tak adalah encik.  Takkanlah saya nak buat jahat dengan encik.  Sayakan budak baik.” Nafi Amy dengan ketawa kecil untuk menutup rasa gugupnya.

Tak nak mengaku ya. Tak apa, kali ni biar aku biarkan kau mengenakan aku. Lain kali memang aku tak bagi can. Tahulah aku balas balik nanti, budak kecik. Wajah Rayyan yang garang tadi sudah mengendur.  Senyuman melebar di bibir.  Amy pula hairan melihat senyuman lelaki itu.  Tadi macam marah.  Sekarang boleh senyum pulak.  Betul ke tidak mamat ni?

“Dahlah.  Kau ambik balik jus ni bawak pergi dapur.  Bawakkan aku air mineral dalam freezer tu.  Jangan pulak kau bubuh gula ya?” perli Rayyan bersahaja.

Amy menayangkan senyum sejemputnya.  Dia dah tahu tapi dia diamkan aje.  Kenapa agaknya, ya?  Mesti ada apa-apa ini.  Amy menggigit bibirnya.  Alahai, Amy kau menempah kubur sendirilah! Haish…

“Apahal kau tercegat lagi dekat situ? Pergilah dapur, tukar jus aku tu.”  Tegur Rayyan apabila melihat Amy masih lagi berdiri di hadapannya.

“Hmm… yalah, encik.”  Amy ke dapur semula dengan perasaan berbaur. 




Bersambung...







9 ulasan:

Unknown berkata...

kelakar,sempoi. n please alert apa yg akk cakapkan tadi ye...bykkan ulang kaji :)

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

ok akak..sudi2 la komen lagi ye akak supaya ira boleh meningkatkan lagi penulisan ira ni..thanks akak..^__^

Unknown berkata...

best2x.. :-D tp ada typo kot..

Unknown berkata...

best2x.. :-D tp ada typo sket.. pls check ek.. ;-) teruskan berkarya

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks Ferra Leza sudi jengah karya ira..pasal typo lain kali ira alert ..thanks juga sudi mengingatkan..hehe

Unknown berkata...

BEST....

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks baby mio sudi baca...^__^

Unknown berkata...

x sabar nk baca bab seterusnye..bile jk upload lg

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks sudi baca nur syuhadah chelsea, n3 baru akan diup hari ni..^__^