Khamis, 21 November 2013

Cerpen : Kasih Liyana


“Salahkah Yana meminta kasih daripada suami sendiri, bang?,” tanya Liyana dengan deraian air mata. 

Tajam mata Ziqri memandangnya.  Sesungguhnya tiada sekelumit pun rasa kasih apatah lagi cinta untuk isteri yang tidak diingininya ini. Langsung tiada! Liyana adalah gadis yang dikahwini atas jodoh keluarga bukan kehendaknya.  Walaupun keluarga mereka sudah kenal rapat namun dia langsung tidak punya perasaan terhadap Liyana.  Baginya, gadis itu terlalu polos dan agak kekampungan.  Mana sesuai dengannya yang hidup moden di kota besar ini.

“Salah, sebab aku takkan pernah terima kau.  Apa lagi menerima kau sebagai isteri.”

“Abang… Yana ni isteri abang!”

 Ziqri menyambar dan mencengkam kedua-dua belah pipi Liyana agar memandang tepat pada matanya. Dia ketawa sinis.

 “Isteri? Eh, kau dengar sini.  Aku terima kau sebab terpaksa tau. Sebab keluarga aku kononnya terhutang budi dengan keluarga kau. Aku terpaksa terima dan dipaksa menerima kau. Kau faham!” dengan kasar pipi Liyana dilepaskan.

Liyana memegang pipinya yang perit di cengkam Ziqri.  Esakan Liyana semakin menggila.  Sayu hatinya apabila suaminya memperlakukannya seperti itu.  Semakin sayu bila mengetahui diri langsung tak diterima.

“Sampainya hati abang…”

 Ziqri merengus. Dia benci melihat dan mendengar tangisan gadis itu.  Tak habis-habis menangis!  Liyana adalah penghalang dia dan Suraya untuk bersama. Kalau bukan kerana Liyana pasti dia hidup berbahagia bersama kekasih hatinya, Suraya saat ini.

Ziqri


“Lantaklah kau nak cakap apa.  Aku nak keluar dan mungkin tak balik malam ni.”

Kunci kereta dan telefon bimbit diambil.  Ziqri berasa tertekan berada di dalam rumah ini.  Semuanya seperti menyesakkan dada.

“Abang…”, dalam tangisan Liyana menggenggam tangan Ziqri.

Ziqri menepis kasar tangannya.  Tanpa sebarang kata suaminya terus keluar memasuki perut kereta.  Dia menghidupkan enjin kereta dan mengundurkannya sedikit demi sedikit sehingga keluar dari garaj.  Kereta terus dipecut laju.  Liyana langsung tidak dipandang.

Luluh hati Liyana melihat sikap dingin Ziqri terhadap dirinya.   Sampai bila suaminya itu akan terbuka hati untuk menerimanya sebagai isteri?  Ya Allah,  kuatkanlah hatiku ini…


~*~*~*~*~*~


Ziqri yang sepatutnya pulang pada jam lima setengah petang tidak juga pulang.  Lauk pauk yang baru ia masak dipandang kosong.  Liyana kerisauan.

 “Moga-moga tak berlaku apa-apa yang buruk”, doanya.

 Jam dinding dikerling. Jarum pendek menunjukkan ke angka sembilan tepat.  Liyana menutup lauk pauk dengan tudung saji.  Dia tiada selera untuk makan bersendirian.  Biarlah dia menunggu sehingga Ziqri pulang.  Liyana beralih ke ruang tamu mahu menonoton televisyen.

Oleh kerana dia terlalu penat mengemas rumah rasa mengantuk menguasai diri.  Lama kelamaan matanya semakin memberat dan sedar tidak sedar dia terlelap di sofa.  Bunyi sesuatu jatuh dari arah dapur mengejutkan Liyana.  Serta merta dia bangun lalu menggosok matanya.  Jam menjadi sasaran mata.

“Dah pukul dua pagi.  Tapi kenapa abang masih belum balik lagi?”

Liyana bangun menuju ke pintu hadapan.  Dia mahu memastikan sama ada suaminya itu sudah pulang atau belum.  Namun dia hampa.  Tiada kelibat kereta Ziqri pun di garaj.

“Mana dia pergi ni? Dah lewat malam pun masih belum balik lagi.”   Liyana semakin risau.  Dia khuatir berlaku sesuatu yang tidak di ingini.  Pintu kembali ditutup. Dia ke dapur mahu menjenguk dari mana arah bunyi tadi.

Liyana


 “Si Comel rupanya.”  Kucing parsi berbulu putih milik Ziqri diangkat.  Comel yang sering menjadi temannya sewaktu dia kesepian.  Kucing belaan Ziqri sangat rapat dengannya semenjak dia tinggal di rumah ini tiga bulan lepas.

“Comel, manalah tuan kau tak balik-balik lagi?”

Comel bagaikan mengerti dengan gudah gulana Liyana. Digesel-gesel kepalanya pada dada Liyana seperti mahu memujuk gadis itu supaya bertenang.

“Nasib ada kau comel.  Kaulah peneman aku selalu.”  Kepala Comel dicium.  “Mari aku bawa kau tidur.”  Comel diletakkan di sebuah bakul rotan khas buatnya.

 Liyana mendengar lonceng rumah berbunyi sewaktu dia mahu melangkah menuju ke anak tangga.  Niat untuk masuk ke bilik dibatalkan.  Abang Ziqri ke tu?  Mungkin dia.  Bibir serta merta menguntum senyuman.  Dia berlari menuju ke pintu dan membukanya.  Senyumannya mati apabila terlihat kelibat seorang lelaki tidak dikenali sedang memapah Ziqri.

“Abang!  Kenapa ni?” Segera Liyana mendapatkan suaminya yang terhuyung-hayang.

“Maaf cik…”

“Saya Liyana.  Panggil Yana, isteri Ziqri.”

Lelaki itu mengangguk faham.  “Err… Yana.  Saya Shahrul, kawan Ziqri.  Kami berdua baru balik dari night club.  Ziqri mabuk teruk jadi saya tolong drive kereta dia.  Saya takut terjadi apa-apa kalau dia memandu dalam keadaan mabuk,” terang lelaki bernama Shahrul itu serba salah.

“Terima kasih Shahrul kerana sudi bantu dia.”

“Sama-sama.  Saya balik dululah Yana.  Kawan saya dah lama tunggu tu,” Shahrul meminta diri.

“Ya.  Assalammualaikum.”

Shahrul membalas dengan senyuman saja.

Pintu ditutup kembali dan dikunci.  Liyana memapah Ziqri untuk ke tingkat atas.  Deria baunya terasa senak mencium bau yang kurang enak.  Bau arak yang sangat memualkan namun ditahan.  Ziqri berjalan dalam keadaan mamai. 

“Hei, tepilah! Aku boleh jalan sendiri.”  Ziqri menolak tubuh Liyana dari memeluk tubuhnya.  Dia berasa rimas dan panas.

“Biar Yana tolong abang.  Abang mabuk ni.” Tanpa memperdulikan penolakkan Ziqri, Liyana berkeras mahu memapah tubuh lelaki itu.  Lengan Ziqri disangkut pada bahunya.

“Aku dah cakap tepi, tepilah!  Tak faham bahasa ke?,” herdik Ziqri dan menolak kembali tubuh isterinya. 

 Hampir saja Liyana jatuh namun dia sempat memaut pada pemegang tangga. Ziqri mendaki anak tangga sambil berpaut pada pemegang.  Liyana tidak berani lagi memapahnya. Takut dia pula terjatuh ditolak Ziqri nanti.  Dia hanya mengekori Ziqri dari belakang.

Sesampai saja di bilik, Ziqri terus menghempas tubuhnya di permukaan katil.  Fikirannya saat ini seperti berada di dunia khayalan.  Liyana segera membuka sarung kaki Ziqri.  Tatkala melakukan pekerjaan itu entah mengapa air matanya menitis ke pipi.

 Sememangnya beginikah cara hidup suamiku di sini?  Bersosial dan seringkali meninggalkan arahan-Nya.  Dia jarang melihat suaminya mendirikan solat apatah lagi mengaji. 

“Aku panas.  Buka aircond kuat sikit!,” jerit Ziqri.

Segera alat kawalan jaut penghawa dingin dicapai.  Suhunya dinaikkan.  Liyana membetulkan kedudukan tubuh Ziqri.  Kemudian dia duduk di sisi suaminya.  Aku redha dan pasrah sekiranya ini adalah suami utusan-Nya buatku. Aku percaya suatu hari nanti dia akan berubah dan menjadi suami yang lebih baik lagi. 


~*~*~*~*~*~


Bunyi deringan telefon mengganggu konsentrasi Liyana yang sedang mengemop lantai.  Segera dia mendapatkannya.

 “Assalammualaikum.”

“Wa’alaikumsalam, Yana.”

Liyana kenal dengan suara itu.  Suara mertuanya.  Mertuanya sememangnya rajin menelefon bertanya khabar anak menantu.

 “Mama…”

Mama Ziqri


“Ya, Yana ni mama bercakap,” sahut mama sambil ketawa kecil.

“Mama dan papa apa khabar?”

“Alhamdulillah. Kami sihat-sihat saja. Yana dengan Ziqri macam mana?”

“Kami pun sihat juga, ma,” jawap Liyana dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

“Ziqri ada dekat situ ke?”

 “Tak ada, ma. Err… hari ni abang kena kerja.” Terpaksa dia berbohong.  Sejujurnya dia sendiri tidak tahu ke mana Ziqri berada.  Awal-awal lagi dia sudah keluar dari rumah sewaktu Liyana masih tidur.

“Hari minggu pun Ziqri bekerja?  Kesian Yana kena tinggal seorang.”

 “Yana dah biasa, ma.  Tak ada apa pun.” Liyana tidak mahu mertuanya risau dengan keadaan dirinya yang sering ditinggalkan seorang diri.

Terdengar keluhan mama di corong telefon.  “ Sebenarnya mama telefon ni sebab nak beritahu kamu berdua yang mama dan papa nak ke sana.”

“Ya, ma?  Bila mama dan papa nak ke sini?,” soal Liyana teruja.

 “Kamu jangan terkejut pula?  Kami dalam perjalanan ke sanalah ni. Papa tengah drive sekarang,” beritahu mama.

 Semakin melebar senyumannya mendengar kata-kata mertuanya.   “Ya Allah!  Kenapa mama tak telefon awal-awal?  Kalau tak boleh Yana cakap dengan abang ambil cuti hari ni.” Sesungguhnya dia berasa terkejut dengan penyataan mama secara tiba-tiba.  Namun dia sangat gembira mahu menyambut kedatangan kedua mertuanya hari ini.

 “Biarkan aje Yana.  Mama dan papa saja nak bagi kejutan pada kamu berdua.  Yana, mama letak telefon dululah ya?  Papa ni, bising dah dia sebab tak ada orang nak layan dia.  Lagi satu jam kami sampai.  Assalammualaikum.”

Wa’alaikumsalam.” 
   
Ganggang telefon diletakkan kembali.  Mama dan papa akan sampai dalam masa satu jam?  Abang Ziqri masih belum balik lagi dan aku tidak tahu dia ada di mana sekarang ini.  Patutkah aku menelefon dia? Liyana teragak-agak mahu mengangkat ganggang telefon semula.

Akhirnya ganggang diangkat juga.  Jari jemari menari menekan nombor telefon bimbit Ziqri.  Sudah lima minit dia menelefon namun tiada sambutan di sebelah sana.  Dia mencuba lagi sebanyak tiga kali namun keputusan tetap menghampakan.

“Dia tak angkat.  Macam mana aku nak beritahu yang mama dan papa akan sampai sampai tak lama lagi?”

 Liyana sudah kebuntuan. 


~*~*~*~*~*~


“Masuk ma, pa…” Liyana menjemput kedua-dua mertuanya masuk setelah mereka bersalaman.

 “Ziqri belum balik lagi ke?  Dah pukul berapa dah ni,” tanya papa.

“ Err… belum lagi, pa. Abang kata dia balik lewat sikit sebab ada hal penting yang nak kena settlekan hari ni.  Abang pesan suruh mama dan papa rehat dulu.” Liyana terpaksa berbohong lagi padahal Ziqri langsung tidak mengangkat panggilannya walaupun sekali.

“Oh, tak apalah.  Dia banyak kerja agaknya.”

“Mama dan papa berehat dulu ya.  Yana dah siapkan bilik tetamu.  Mari Yana tunjukkan.”  Liyana terpaksa mengalihkan perhatian mereka daripada menyoal tentang Ziqri.  Dia tidak mahu membohogi mertuanya lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam.  Mertuanya sudah lama masuk ke dalam bilik mereka. Ziqri masih juga belum pulang.  Dia gusar memikirkan Ziqri.  Janganlah dia pulang dalam keadaan mabuk sperti kelmarin.  Doa Liyana dalam hati.

 “Yana, belum tidur lagi?” soal mama pada Liyana yang mundar-mandir di hadapan sofa.  Terhenti segala gerak gerinya.

“Eh, ma… Belum menngantuk lagi.  Yana nak tunggu abang balik.  Mama nak ke mana ni?”

“Mama pergi minum tadi.  Lambat pula Ziqri balik hari ni.  Kalau mengantuk pergilah tidur dulu sayang. Ziqri ada kunci, kan?,” tanya mama. 

Entah kenapa hati tuanya mengatakan bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh menantunya ini sejak mereka sampai lagi.  Apa agaknya?  Apakah Ziqri masih lagi melakukan perangai buruknya sebelum berkahwin dengan Liyana?

Liyana mengangguk menjawab pertanyaan mertuanya.

“ Tak apalah, ma.  Biar Yana tunggu abang.  Kejap lagi kot abang balik.”

 “Yalah,” balas mama lalu mengatur langkah ke anak tangga. Dia bangga punya menantu yang sangat baik dan sering menjaga kebajikan anak terunanya.  Nampaknya dia tidak salah memilih Liyana menjadi sebahagian dari keluarga mereka.


~*~*~*~*~*~

Ting tong! Ting tong!

Liyana yang sedang menonton televisyen segera mengalihkan pandangan ke arah pintu yang masih tertutup rapat.  Abang Ziqri sudah balik!  Segera dia membuka pintu.

Ziqri mengunci keretanya.  Dia lihat Liyana dari tadi setia menanti di hadapan pintu.  Ah,  dia hanya hendak menunjukkan dia adalah isteri yang paling mithali konon.  Liyana menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya.

 “Kenapa kau tak tidur lagi?”, tanya Ziqri lalu menarik semula tangannya yang disaalam Liyana.

 “Saya tunggu abang.  Abang…”  Liyana menahan suaminya daripada berlalu.

 “Apa lagi?  Tak nampak ke aku penat ni?,” marah Ziqri.

“Abang, mama dan papa ada dekat rumah kita.  Dia orang ada dekat bilik tetamu.  Tadi baru sampai,” beritahu Liyana takut-takut.

“Apa?  Kenapa kau tak beritahu aku?,” tanya Ziqri dengan wajah bengis.  Liyana tidak berani menatap wajah lelaki itu.

 “Yana… Yana dah telefon beberapa kali  tapi abang tak angkat pun,” ujar Liyana sedikit gagap.  Kecut perutnya melihat perubahan riak Ziqri.

Lantas Ziqri memeriksa telefon bimbitnya.  Ternyata ada lima panggilan dari nombor telefon rumah yang tidak berjawab.  Mungkin semasa dia sibuk bersama Suraya tadi. Telefon di dalam kereta. 

“Kenapa kau tak telefon sampai aku angkat?   Kau memang sengaja ya nak aku kena bebel dengan mama? Kau sukakan macam tu!,”  tuduh Ziqri melulu.

 “Bukan macam tu, bang…” nafi Liyana.

“Ah, kau memang sengaja nak biarkan aku nampak buruk di depan mama dan papa.  Kau ni selalu aje menyusahkan aku!”  Kepala Liyana ditunjal dengan kasar.

Liyana sebak diperlakukan seperti itu.  Serta merta air matanya tertumpah.

“Kau ni tahunya hendak menangis saja.  Sikit-sikit menangis macam budak kecik.  Aku benci tengok air mata kaulah!” ditunjal lagi kepala isterinya.

 “Ziqri!” tegur satu suara dari arah tangga.

“Ma, pa…”  Sungguh da tidak menduga perbuatannya terhadap Liyana dilihat kedua orang tuanya. Dia fikir mereka sudah lena di atas.

“Sampai hati Ziq mengasari Liyana.  Dan sampai hati Ziq mengatakan isteri sendiri menyusahkan.  Ziq sedar tak itu isteri Ziq?” marah mama. 

Sebenarnya mereka belum pun tidur kerana menunggu kepulangan Ziqri. Mereka berdua tidak sabar hendak membuat kejutan buat anaknya itu. Mereka hanya merehatkan diri di bilik saja.  Apabila terdengar bunyi bising orang bercakap dalam nada kuat, mereka mengambil keputusan untuk turun.  Mama dan papa sudah menelinga segala yang diperkatakan Ziqri terhadap Liyana.

 “Dia memang isteri Ziq tapi Ziq tak pernah pun terima dia untuk jadi isteri Ziq.  Dari dulu lagi Ziq dah cakap yang Ziq ada orang lain.  Tapi, mama dan papa tak pernah nak dengar dan memaksa Ziq kahwin dengan dia walaupun Ziq tak mahu,” ujar Ziqri dengan suara sedikit meninggi.

“Walau apapun Yana dah jadi isteri Ziq.  Ziq sepatutnya melindungi dan menyayangi Yana bukan mengasari dia.  Kenapa dengan Ziq ni?” suara mama juga sudah berubah tinggi.  Liyana ditarik dan dipeluk tubuh gadis yang sedang menangis itu.

Panas hati Ziqri apabila dimarahi mamanya.  Liyana yang dipelukkan mamanya dipandang tajam.  Mama memarahinya kerana dialah!  Amarahnya memuncak kala ini.  Tangan Liyana ditarik dengan kasar sehingga gadis itu terlepas dari pelukkan mama dan terdorong ke hadapan.

“Sebab kaulah aku dengan mama bergaduh.  Kau memang tak gunalah!” Baru saja dia hendak menunjal kembali kepala Liyana, satu tamparan hingga di pipinya tanpa duganya.

Pangg!! 

Papa yang tadinya hanya berdiam diri di sisi mama melepaskan tamparan ke pipinya.  Mata papa sudah memerah tanda dia sedang menahan rasa marah.

Papa Ziqri


  “Cukup Ziqri!  Aku tak pernah ajar kau untuk kurang ajar pada perempuan,” tengking papa.

Ziqri tergamam sama sekali.  Papa yang terkenal dengan sikap pendiam selama ini tidak pernah semarah hari ini.  Pipi yang terasa perit digosok-gosoknya.  Pedih dan pastinya meninggalkan kesan merah.  Mama, papa dan Liyana dipandang silih berganti. Pantas dia mendapatkan kunci kereta dan keluar dari rumah.  Lagi lama dia di situ makin sakit hatinya.

Esakan Liyana semakin menjadi-jadi.  Tubuh mama semakin di peluk erat untuk mencari kekuatan. 

“Sabar ya nak… Maafkan kami,”  pohon mama sambil mengusap-usap kepala Liyana.  Mama dan papa berasa bersalah terhadap Liyana. Bersalah terhadap perbuatan anak lelaki mereka. Kasihan Liyana.


~*~*~*~*~*~


Hampir sebulan Ziqri tidak pulang ke rumah.  Liyana jadi buntu.  Ziqri juga tidak pernah mengangkat panggilannya.   Dia marah benar dengan aku sehingga satu panggilan tidak dijawabnya.

“Ya Allah…  Di mana dia berada sekarang?  Aku bebenar buntu dan risau memikirkan dia.  Aku bermohon padamu yang maha mengetahui keberadaan suamiku.  Bukakanlah hatinya untuk pulang ke pangkuanku…”

Setiap kali solat pasti dia takkan lupa meminta kepda-Nya agar membuka pintu hati Ziqri untuk pulang dan menerima dia seadanya.  Selesai menunaikan solat dan mengaji, dia termenung sebentar di sejadah.  Memikirkan keadaan suaminya.

“Kring… kring… kring!” deringan telefon membantutkan menungan Liyana.  Segera dia menanggalkan telekung dan menyimpan kembali Al-Quran ke tempat asalnya.

“Hello, assalammualaikum.”

 “Wa’alaikumsalam.  Ini rumah Encik Mohammad Ziqri Bin  Hanafi ke?” soal suara di hujung talian.

 Tiba-tiba Liyana berasa tidak sedap hati.  “Ya, betul.  Saya Liyana isteri dia.  Ada apa encik?”  Hatinya dapat merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

 “Cik, saya petugas dari Hospital Sultan Ismail.  Saya nak beritahu bahawa suami cik,  Encik Ziqri terlibat dalam kemalangan dan sekarang dia berada di unit ICU hospital kami.”

Serta merta lemah lutut Liyana untuk berdiri.  Dia terjelompok di lantai.  Lantas air mata menitis.  Dia beristghfar panjang.

“Cik?”

“Baiklah. Saya akan ke sana sekarang.  Terima kasih, encik,” ucap Liyana menahan sendu.

Ganggang telefon diletak kembali.  Liyana bangun dan berlari ke bilik.  Dia perlu segera ke hospital. 


~*~*~*~*~*~


Liyana berasa kasihan melihat keadaan Ziqri.  Badannya penuh dengna wayar, kedua-dua kakinya digantung serta tangan kirinya dibalut.  Ziqri juga menggunakan alat bantuan pernafasan.  Sungguh lemah keadaannya saat ini.

Abang…

Tangan Ziqri yang dicucuk dengan saluran darah di genggam lembut.  Dia mencium tangan lemah itu penuh kasih.

“Sabarlah Yana…,” bahu Liyana di tepuk perlahan oleh mama.

 “Yana, mari kita pergi makan dulu.  Yana belum makan apa pun dari semalam.  Nanti perut masuk angina,” ajak mama.  Kasihan dia melihat keadaan menantunya.  Dari semalam gadis itu setia menemani anaknya.  Liyana sememangnya seorang menantu dan isteri yang baik,  bisiknya dalam hati.

“Ma,  Yana tak lapar.  Yana nak tunggu abang sampai sedar.  Tak apalah,  mama dan papa pergi makan dulu. Nanti bila Yana lapar Yana pergi sendiri.”

Mama melemparkan senyum nipis kepadanya.  “ Yalah.  Kami keluar dulu ya? Nanti mama belikan Yana nasi bungkus.”  Mama tidak mahu memaksa.  Biarlah Liyana menghabiskan masa dengan suaminya.

Liyana mengangguk saja. Dia merapati telinga  suaminya.  “Abang… Yana ni. Bangunlah, bang.  Yana rindu sangat dengan  abang.  Yana dah lama tunggu abang balik. Dari dulu Yana sudah sayangkan abang.  Sejak dari kecil. Cuma abang yang tak perasan dengan Yana,” bisiknya dengan perasaan sebak menggunung di dada.  Sekali lagi tangan itu di kucup.

 “Yana minta maaf  kalau diri ini selalu saja menyusahkan abang.  Yana janji Yana takkan menyusahkan dan menjadi seorang isteri yang baik untuk abang. Yana janji…” tubuh kaku Ziqri dipandang penuh simpati. 

Liyana menyembamkan wajah ke lengan Ziqri.  Melayan esakan.  Sedang dia sibuk melayan esakan, tiba-tiba dia dapat merasakan tangan dalam genggamnya bergerak sedikit.  Liyana segera mengangkat kepalanya.

“Abang…,” serunya apabila tangan itu bergerak lagi.  Kelopak mata Ziqri juga menunjukkan pergerakan.

“Abang… Yana di sini.”  Tangan Ziqri di bawa ke pipi.  Namun kelopak mata Ziqri tidak terbuka.

Dada Ziqri tiba-tiba saja berombak kuat.  Liyana terkejut dan kaget.  Lengan lelaki itu di goncang.

“Abang! Doktor! Doktor!” Segera dia berlari mendapatkan doktor.


~*~*~*~*~*~


Lima bulan selepas…

 Liyana menolak kerusi roda Ziqri mengelilingi taman bunga.  Bunga-bunga berguguran menemani setiap langkah mereka.  Ziqri belum mampu berjalan lagi kerana kedua-dua kakinya patah.  Liyanalah yang sering membantu dan menjadi tulang belakangnya saat ini.Suraya, kekasih hatinya tidak pernah pun menjenguknya semenjak dia di hospital akibat kemalangan ngeri itu.  

Menurut Shahrul, Suraya sudah terbang ke UK sebulan selepas dia kemalangan. Ternyata dia salah pilih antara kaca dan permata.  Suraya pergi di saat dia dalam kesusahan dan kesakitan.  Liyana sentiasa ada di sisinya biar apa pun dia lakukan terhadap gadis itu.  Kini, dia sedar.  Sepatutnya dari dulu lagi dia perlu memberikan perhatian pada Liyana kerana isterinya itu adalah isteri yang terbaik untuknya.  Dia benar-benar insaf.  Kini dia mula belajar untuk menyayangi Liyana dan melupakan Suraya.

Liyana berhenti di kerusi batu dan melabuhkan punggun di situ.  Ziqri di hadapannya dipandang dengan senyuman manis.

“Seronokkan, bang.  Petang-petang macam ni bersiar-siar dekat taman bunga.  Rasa sejuk, nyaman dan tenang,” luah Liyana sambil memandang sekeliling.  Taman bunga masih lengang. Mungkin hari bekerja ini orang lain lebih suka duduk beristirehat saja di rumah.

Ziqri mengenggam erat tangan isterinya.  Liyana agak terkejut dengan sentuhan itu terus melarikan pandangan ke arah suaminya. 

“Ya, sayang. Tapi bagi abang.  Lagi seronok bila ditemani isteri abang yang cantik ini,” puji Ziqri.  Siapa sangka?  Hatinya kini sudah beralih pada si isteri.  Sewaktu dia dalam keadaan koma sementara, dia mendengar pengakuan Liyana tentang perasaannya.  Entah kenapa, sejka dari situlah dia seperti dapat merasakan perasaan aneh yang terbit dalam hati buat gadis itu.  Mungkin Allah telah membuka mata dan hatinya.

Liyana tertunduk malu.  Berbunga-bunga hatinya.

Dagu Liyana dipaut lembut.  Mata mereka bertentangan.  “Maafkan abang atas kesalahan abang lakukan selama ini terhadap Liyana.  Kalaulah abang sedar dari dulu bahawa abang ada seorang isteri yang cukup sempurna pasti hidup kita akan bahagia.  Dan… pasti Liyana takkan terseksa macam dulu.  Maafkan abang…” Jari jemari Liyana di sulam dengan jemarinya dan di kucup lembut. 

Terharu Liyana mendengar kata-kata Ziqri.  Dia juga bersyukur kepada-Nya kerana telah membuka hati suaminya itu untuk menerimanya dan pulang ke pangkuannya.  Terima kasih Ya Allah…  Manik jernih jatuh ke pipinya.

“Hei, jangan menangis sayang.  Abang tak mahu melihat sayang menitiskan air mata kerana setitik air mata sayang akan mendera hati abang.  Abang akan sakit di sini…”  tangan kiri Liyana di bawa ke dada kanannya.  Sisa air mata Liyana diseka.

“Terima kasih, abang.  Terima kasih kerana sudi memberikan kesempatan pada Yana untuk merasa kasih dan cinta abang.”  Tubuh Ziqri dipeluk erat. 

“ Cinta dan kasih abang kini hanya untuk Nur Liyana seorang.  Takkan ada yang lain lagi.  Hanya untuk sayang.”  Ziqri membalas pelukan Liyana dengan seerat-eratnya. Kepala Liyana yang bertudung diusap lembut.

 Moga sinar bahagia akan mengiringi mereka untuk selamanya.  Amin.
           
           
           

           
           
                                                                           TAMAT

           
~Maaf ya pembaca kalau cerpennya kurang memuaskan. Kalau ada kekurangan sila drop komen dibawah. Ira sangat menghargai setiap komen membina awak2 semu...(^__^)




9 ulasan:

Unknown berkata...

best jugak... jalan cerita yg byk persamaan dgn drama n novel... mungkin blh berikan kelainan pada konflik cerita ni... baru ummph.. :-D

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

In sha allah ferra lezza...ira akan cuba buat kelebihan dlm krya lain...tq ye...(^_^)

Tanpa Nama berkata...

Cuba panjangkan lagi cerite ni.. Contohnya macam yana menghidap sakit jantung selama ini tetapi tidak pedulikannya .. Akhirnya sudah tiba masa yana pergi .. Ziqri berasa sangat kesal kerana tidak melayannya dahulu

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Anynomus, insyallah... terima kasih atas cadangan awak. Ira hargai :-)

Anne berkata...

Best sgt... tak puas baca :-(

Unknown berkata...

Best... Hensen pic si hero... Nama apa erk?

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Tq sudi baca sis 😊

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Maaf, Ira pn dah tak ingat nama hero ni. Tq sudi baca sis 😊

Unknown berkata...

Mngkin bila dah pulih..perasaan takkan sama..