Isnin, 4 November 2013

My Love, Mr. Kerek ~Part 13~


Amy merapikan rambutnya. Klip berwarna merah jambu dan berkepala Minie Mouse diselitkan ke tepi rambut.  Nampak kemas dan rapi rambutnya setelah memakai klip.  Kemeja kotak-kotak berwarna merah dan hitam yang dipakai itu dilipat lengannya sehingga paras siku.

“Hampir siap dah. Kejap lagi nak pergi rumah Hana pulak.”

 Eye liner dilukiskan sedikit ke kelopak matanya. Lips gloss dicalitkan ke bibir. Solekkan serba sederhana saja. Tidak perlu tebal-tebal.

“Cukuplah. Karang tebal sangat dah macam pelakon  opera cina pulak. Malu aku nanti,” desis hati kecil Amy.

Minyak wangi disemburkan sedikit ke kemeja. Dua kali semburan saja.

“Sikit aje. Banyak-banyak kang ada jugak yang tertarik.  Berdosa kalau menarik perhatian orang dengan bauan minyak wangi kita. Takut ada yang tergoda. Terutama sekali lelaki. Ish… ish… ish…”

Sempat lagi dia membebel seorang diri.  Amy berpusing di hadapan cermin.

“Semua beres! Dah lama tak tengok wayang dengan dorang. Hari ni dapatlah lepas kempunan. Hehe…”

Amy berpuas hati dengan penampilannya. Setelah itu dia ke birai katil untuk mengambil beg sandang. Lantas dia melangkah ke pintu bilik. Bunyi telefon bimbit menandakan isyarat pesanan ringkas menghentikan langkahnya. Telefonnya itu tertinggal di atas meja solek rupanya.

 “Nasib kau berbunyi. Kalau tak tertinggallah jawabnya. Siapa pulak hantar mesej ni?”

Segera tangannya memicit butang ke kotak simpanan pesanan ringkas. Untuk melihat gerangan siapa yang menghantar pesanan kepadanya.

            Datang ke taman permainan dekat dengan apartment aku pukul 10.00 tepat!

Mesej dari Rayyan! Takkanlah masa gini pulak? Macam mana dengan planned aku, Hana dan EJ? Alamak…

            Encik Rayyan boleh tak hari ni saya mintak cuti sehari?

Segera Amy membalas dan menekan butang reply. Mana tahu Rayyan bermurah hati mahu memberinya cuti. Minta-mintalah.

            Banyak cantik kau!

Erk, aku memanglah tak berapa cantik tapi comel tu adalah. Hui, perasan noh! Sejak bila pun berjangkit dengan penyakit Rayyan yang kuat perasan tu? Hai…

“Alah, macam mana ni? Hari ni aku ada date dengan budak dua orang tu.”

Amy membalas lagi.

            Bolehlah, encik. Satu hari ni aje. Please!

Terpaksa juga dia merayu. Kalau ikutkan hatinya, tidak ada makna semua ini. Namun dia terpaksa. Ini sajalah cara untuk memujuk lelaki itu.

            Tak boleh! Aku nak kau datang jugak!

Amy mengigit jari. Susahlah kalau begini.

            Alah… Kalau saya tak datang jugak?

Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

            Kalau kau tak datang, siap kau! Hutang kau, aku naikkan seribu sehari. Kau nak?

Haa! Amboi, cekik darah betul. Sehari tak datang bila dia arahkan dendanya pasti naik seribu.  Ah Long pun tak adalah kenakan bunga seteruk macam ni. Dia ini spesies Ah Long punya Abang Long ke? Kalau aku tak datang hutang aku bertambah seribu, jadi semuanya empat ribu.  Bermakna bertambah sebulan lagilah perkhidmatan free dengan dia. Arrgghh, tak mau!

“Tak boleh nak mengelak lagilah ni. Kena jugak.” Keluhan kasar lepas. Lemah terus lututnya. Barulah dia hendak berjimba sikit. Rayyan sudah memotong jalannya. Huhu…

            Ok, saya datang…

Akhirnya Amy terpaksa mengalah juga. Terpaksa relalah katakan. Tidak sanggup dia hendak menambahkan lagi hutangnya dengan Rayyan.  Lebih baik diikutkan saja kehendak lelaki itu.

            Bagus. Macam tulah kuli yang baik.

 Balasan dari Rayyan membuatkan Amy semakin sakit hati. Telefonnya terus dicampak ke dalam beg sandang. Wajahnya serta merta cemberut.

“Nampaknya kena telefon Hana dan EJ. Beritahu dorang aku cancel nak ikut.  Hana dan EJ pergi berdua sajalah. Eee… cemburu betul!”

Dia cemburu dengan Hana dan EJ yang dapat menonton wayang. Sedangkan dia terpaksa ikut kehendak Rayyan.

“Hampeh punya mamat kerek!” bentaknya. Kaki dihentak-hentak ke lantai. Tangan memukul birai katil berkali-kali.

Amy

           

~*~*~*~*~*~


Rayyan merenggangkan otot-ototnya. Sebentar lagi dia hendak berjogging. Dia sedang menunggu Amy sampai ke sini. Dia mengerling jam di tangan.

“Hai, dah pukul sepuluh, lima belas minit masih belum sampai lagi. Puteri siput betul budak kecik ni,” rungut Rayyan. Dia cukup tidak suka menunggu seseorang.  Penantian itu satu penyiksaan tau!

Setelah selesai dia memanaskan badan, Rayyan melabuhkan punggu ke sebuah kerusi batu.  Dia mengeluarkan telefon bimbit di kocek tepi seluarnya. Hendak melihat sama ada Amy ada memberi pesanan ringkas kepadanya. Namun tiada sebarang pesanan daripada gadis itu.

 “Mana dia ni? Hish…”

Dengan wajah kelat, masam, masinnya Amy melangkah mendekati Rayyan.

Errgghh… nak aje aku penyek-penyek dia jadi roti capati ke roti canai.  Lepas tu cicah kari. Sodap woo…

“Kau pakai gear satu ke datang sini? Siput lagi laju dari kau,” ujar Rayyan dengan wajah yang masam.

Amy menjeling lelaki itu.  Sesuka hati dia saja nak samakan dia dengan siput. Kurang asam!

“Saya naik baslah ke sini. Jalan jammed pulak tu.”

Rayyan mencebik. Alasan lapuk betul. Sikit-sikit jammed. Cuba bagi alasan lain.

“Encik Rayyan nak apa suruh saya ke sini?”

“Dah ke sini nak berjogginglah. Takkan nak jual ikan pulak, kan? Kau dah nampak aku pakai macam ni, semestinya nak berjogging.” Sempat pula Rayyan berloya buruk dengannya.

 Amy menilik penampilan Rayyan.  Lelaki itu mengenakan bajuT putih dan bertrack suit hitam.  Manakala dilehernya terselit tuala kecil.  Sah, dia sudah bersedia hendak berjogging. Tadi tak cakap pun. Dia ini pun satu. Nak pergi jogging pun ajak dia teman jugak. Boleh aje kot pergi sendiri.  Mengadanya terlebih gula betul dia ini.

 Giliran Rayyan pula menilik penampilan Amy. Matanya melilau dari atas ke bawah.

“Kau macam nak pergi berjalan aje? Ke kau ingat aku panggil ke sini sebab aku nak bawak kau pergi jalan-jalan?”

Huh! Dia tanya seperti aku hadap sangat nak dia bawak aku pergi jalan-jalan. Tak hinginlah!

“Memang pun saya nak jalan sebelum encik mesej saya tadi.  Saya planned dengan kawan-kawan nak tengok wayang hari ni.  Tup-tup encik paksa saya ke sini.  Cancel terus saya nak ikut dorang,” omel Amy perlahan penuh dengan kekesalan. Sedih betul.

Kasihan pula Rayyan melihat wajah muram Amy.  Namun, rasa itu segera diketepikan. Berlembut nanti Amy fikir dia lemah pula.  Rayyan menunjukkan riak biasa saja.

“Habis kau nak marah akulah ni?” Rayyan membesarkan matanya.

Amy teragak-agak mahu menentang pandangan Rayyan.  Dia mana berani mahu marah Rayyan berdepan.  Selalu kutuk atau maki dalam hati sajalah.  Kalau dia marah Rayyan secara berdepan, silap hari bulan makan penampar karang. Tak pasal-pasal dapat cap lima jari dekat pipi.

“Mana ada!” nafi Amy. Dia menunduk. Seriau pula apabila lelaki itu membesarkan mata kepadanya.
 
Rayyan tersenyum sinis melihat Amy yang terkulat-kulat.

“Dah, aku malas nak dengar apa-apa rungutan lagi. Sekarang ni aku nak kau jogging sama dengan aku.”

“Tapi, encik saya pakai baju macam ni. Mana sesuai nak buat jogging.”

Aku pun kena jugak? Sepatutnya bagi tahulah awal-awal. Boleh aku tukar baju ke apa.

 Malas betul dia saat ini.  Sudahlah dipaksa ke sini.  Disuruh pula berjogging pada masa dia sudah hilang mood.  Ini semua gara-gara dia tidak dapat turut serta berjimba dengan kawan-kawan baiknya. Ini semua sebab Rayyanlah!

“Banyak alasan. Tak kira, aku tetap nak kau jogging sama.”

Suka memaksa orang! Benci betul! Amy menarik muncung empat belasnya.

 “Tak payah nak tunjuk duck face dengan aku. Buruk sangat. Karang aku tarik klip rambut Minie Mouse tu, aku cepit dekat muncung tu baru tahu!”

Rayyan


Spontan Amy menutup mulutnya.

Aksi gadis itu menggeletek hati Rayyan.  Namun, ditahan saja tawanya. Rayyan sudah membuka langkah berlari anak.  Amy pula masih kaku berdiri ditempatnya.

“Hoi, kau nak tunggu anak raja jemput kau ke baru nak gerak?” jerit Rayyan dari jauh. 

 Amy menoleh ke kiri dan kanan. Mujurlah tiada orang disekelilingnya saat ini.  Buat malu saja. Sudahlah suara dia kuat.

“Hampeh betul dia ni!  Nasib hari ni aku guna kasut sukan Adidas.  Kalau pakai kasut ada tumit sikit ke tadi, terkontang-kanting aku. Hai, nak aje aku sumbat mulut dia dengan kasut saiz enam aku ni haa…” omel Amy sendirian. Sakit betul hati dia sekarang ini.

“Apa lagi kau tercegat dekat situ? Mehlah cepat!” jerit lelaki itu lagi.

“Haa… yalah, yalah,” laung Amy sambil berlari anak ke arah Rayyan.

Dia terpaksa akur juga. Karang meletup pula si Rayyan ini.

Amy sudah kelelahan.  Berlari dengan berseluar jeans sangat tidak selesa.  Ditambah pula dia membawa beg sandang. Susah untuk dia membuka langkah. Akhirnya dia berhenti berlari dipertengahan jalan.

Rayyan yang perasan Amy sudah tidak ada dibelakangnya memberhentikan larian. Dia menoleh kebelakang mencari kelibat Amy.  Gadis itu sedang membongkok kelelahan.

“Lah… kenapa pulak ni?” tanya Rayyan sewaktu mendekati gadis itu.

“Encik kita rehat dululah.  Saya dah penat ni.”

“Apalah kau ni budak kecik. Baru lari sikit dah pancit.”

 Amy sudah tidak kuasa lagi hendak bertekak dengan Rayyan. Kakinya cepat saja mengatur langkah ke buaian. Dia melabuhkan punggung ke salah satu buaian.  Rayyan juga turut mengambil tempat di sebelahnya.

Terasa haus pula setelah berlari tadi.  Rayyan mengeluarkan sekeping not RM 10 dari dalam kocek track suitnya.

“Nah ambik duit ni. Kau pergi belikan aku air mineral dekat kedai depan tu,” arah Rayyan sambil mengipas wajah dengan tuala kecilnya.

Amy menyambut huluran dari Rayyan. Dia mengeluh kecil. Asyik dia saja, rungutnya dalam hati. Namun dia bangun dan melangkah juga. Banyak komplen nanti, banyak pula bebel mamat seorang ini. Amy menapak masuk ke kedai kecil itu.  Dia membuka peti simpanan minuman ringan. Sebotol kecil air mineral dicapai.

“Air mineral baru seringgit aje. Ada banyak lebih ni.”

 Amy mula berfikir-fikir untuk membazirkan wang yang diberikan oleh Rayyan tadi. Biar padan muka dia!

 “Beli aiskrim sedap jugak. Alang-alang dia bagi duit. Guna sajalah. Hehe…”

Amy menuju ke peti aiskrim pula.  Terasa pula tekaknya hendak makan Cornetto perisa Vanila. Amy mencapai sebatang aiskrim berbentuk kon dan sebatang lagi aiskrim batang, Traffic Light.  Setelah dia siap memilih dibawa pula ke kaunter untuk membayar.

Cornetto Vanilla...Nyum, nyum!


“Apa pasal lambat sangat? Tekak aku dah kering tau.”

Amy menghulurkan sebotol air mineral kecil kepada Rayyan. Dia kembali melabuhkan punggung ke buaian yang menjadi tempat duduknya tadi.

 “Apa dalam plastik tu?” tanya Rayyan yang sibuk membuka penutup botol air mineral. Lantas digogoknya.

“Aiskrim.  Encik ni baki duit tadi.” Amy memberikan semula baki duit pemberian Rayyan kepadanya.

“Aik, kenapa cuma tinggal empat ringgit?”

Amy menayangkan sengihan. “Hehe… Saya beli aiskrimlah yang selebihnya tu.”

“Haa? Wah, sesuka hati aje.” Entah bila masa dia menyuruh Amy menggunakan wang yang lebih itu.

Amy sengih saja. “Yang ni untuk encik.” Aiskrim batang Traffic Light diberikan kepada Rayyan. Cornetto dikeluarkan dari plastik. Amy membuka penutupnya.

Rayyan membandingkan aiskrim yang ada padanya dengan milik Amy. Bukan main sedap lagi gadis itu punya.  Cornetto! Sedangkan dia hanya aiskrim batang saja.

“Kau mengelat eh. Belikan aku batang aje.  Kau punya Cornetto.”

Amboi… amboi. Mana aci kalau begitu.  Sudahlah Amy menggunakan duitnya.

 “Ini sebagai upah saya sebab terpaksa teman encik hari ni, sampai saya cancelkan planned dengan kawan-kawan.” Selamba saja Amy membalas kata-kata Rayyan. Memang dia geram dengan lelaki ini.  Rosak segala rancangannya.

Rayyan membesarkan mata.

“Oh, ini kira kerja tak ikhlaslah ni? Tak ada, tak ada. Aku nak kita tukar.” Rayyan menghulurkan semula aiskrim miliknya.

 “Kenapa pulak? Ini saya punyalah.” Amy enggan menukar aiskrim miliknya dengan Rayyan.

“Tukar. Cepat,” desak Rayyan.

 “Tak nak!” Amy menyembunyikan Cornetto di belakang badanny.

 “Baik kau tukar cepat. Kalau tak aku campak kau dekat dalam tasik tu,” Rayyan mengugut Amy.

 Eeee… kedekut betul!

 “Yalah. Ambik ni.” Antara rela dan tak rela saja dia memberikan kepada Rayyan.

Akhirnya Amy terpaksa juga menukarnya. Takut kena campak betul dalam tasik.  Lebih baik dia tukar dari kena campak, kan? Traffic Light pun jadilah. Sedap jugak. Aiskrim bertukar tangan.

Mereka berdua menikmati aiskrim masing-masing sehingga habis. Amy tiba-tiba saja ketawa.  Dia teringat kelakuan mereka berdua tadi.  Bergaduh disebabkan aiskrim.  Tidak ubah macam kanak-kanak belum cukup umur.  Padahal dah boleh jadi mak dan bapak budak pun. 

“Kenapa kau ketawa?” Rayyan hairan melihat Amy tiba-tiba saja mengekek.

“Kelakar pulak saya masa kita bergaduh tadi disebabkan berebut nak aiskrim.  Macam budak kecil.”

Rayyan turut tertawa.  Betul kata Amy, kelakuan mereka tadi seperti tidak matang saja.  Lebih-lebih lagi dia.  Siap main ugut bagai.  Sebenarnya bukan dia ugut betul-betul pun. Saja mahu bergurau dengan gadis itu.  Suka pula dia dapat mengusik Amy. Hari-hari kalau tidak mengusik memang tak sah.

Amy menghayunkan buaiannya.  Rayyan juga berbuat begitu.

“Amy!”

Tegur satu suara dari arah belakang.  Amy terus menghentikan hayunan buaiannya. Serta merta dia menoleh ke belakang.  Begitu juga Rayyan.

 “Awak?” Amy bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Amy segera berdiri.

 “Kita asyik terserempak aje kan?” lelaki itu merapati Amy dan berdiri di hadapan.

Kenapa dia selalu saja bertemu dengan Haziq di luar sewaktu dia bersama dengan Rayyan?  Dahulu di pusat boling.  Sekarang di sini pula.  Seperti sudah ditentukan pula.

Haziq

“Hmm…” terasa kelu lidah hendak berkata-kata.

“Awak pun datang berjogging juga di sini?”

“Yup.  Awak sorang saja? Err… mana Melly?” tanya Amy berbahasa basi. Sebenarnya dia tidak selesa dengan kehadiran Haziq di saat Rayyan ada dengannya.

Rayyan hanya memerhatikan dari tempat duduknya saja. Rasa cemburu menyelinap perlahan-lahan dalam hatinya. Siapakah lelaki itu? Apa hubungan Amy dengannya?  Dia ingin tahu.

“Melly ada hal dengan Lisa dan Ally.  Bershoppinglah agaknya hujung minggu ni.”

 “Err… awak tak ikut sekali ke?”

“Tak.  Malas pulak. Biarlah mereka bertiga aje. Saya dah lama tak keluarkan peluh. Tu yang saya ke sini," jawab Haziq sambil tersenyum pada Amy.

“Oh… “ Amy melemparkan senyuman nipis kepada lelaki itu.

Rayyan mendekati Amy.  Rasa ingin tahunya tentang lelaki yang sedang berbual dengan Amy menyucuk tangkai hati. 

 “Ehem…” dia berdehem kecil.  Mahu menarik perhatian dua insan yang rancang berborak.

 Haziq dan Amy sama-sama melemparkan pandangan ke arah Rayyan yang berdiri bersebelahan Amy. Berkerut-kerut dahi Haziq melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Amy pula serba salah dibuatnya.

“Siapa dia ni?” tanya Rayyan berbisik di telinga Amy. Matanya tidak lepas dari memandang segenap wajah Haziq.  Bagai mahu menelan saja!

“Err… dia kawan kolej saya. Classmate saya,” balas Amy dalam berbisik juga.

“Amy, siapa lelaki ni? Awak kenal ke?” tanya Haziq terang-terangan.  Hairan melihat Amy dengan lelaki itu berbisik sesama sendiri.

Tiba-tiba saja Rayyan menghulurkan tangan kepada Haziq. Riak wajahnya bersahaja. Seperti tidak ada apa-apa yang disembunyikan walaupun dalam hati sudah menggelodak.

“Hai, saya Rayyan. Kawan Amy.”  Rayyan memperkenalkan diri.

Haziq seperti ragu-ragu untuk menyambut huluran salam dari lelaki yang menggelarkan dirinya Rayyan itu. Namun disambut juga.

“Saya Haziq. Classmate Amy di kolej.”

Rayyan mengoncang tangan Haziq sebelum melepaskannya.

“Oh, kawan.  Nice to meet you. Err…Amy aku nak balik dulu.  Kau boraklah dengan kawan kau ni dulu. Hmm… siapa nama tadi?”

Erk, dia marah ke? Suara macam marah aje.

“Haziq.”

“Oh, ya Haziq. Enjoylah ya. Amy ni suka berborak. Banyak mulut pulak tu. Kalau layan dia, sampai esok pagi pun tahan. Kan, Amy?" Rayyan bertanya sambil mengetap gigi. Bergerak-gerak rahangnya.

"Err...hmm..." terkedu apabila Rayyan tiba-tiba bertanya berbaur sindiran seperti itu. Gerun juga melihat mata Rayyan galak memandang tepat ke wajahnya.

Rayyan mengalihkan semula pandangan ke arah Haziq.

Saya nak kena balik dulu, ada kerja.. Nice to meet you again, Haziq. Assalammualaikum” Sekali lagi salam dihulurkan. 

 Rayyan tidak mahu berlama di sini.  Semakin berdenyut-dengyut pula jantungnya melihat Amy dengan Haziq.  Dia tidak tahu apa puncanya.

Amy pula terus terdiam seribu bahasa. Kenapa dengan Rayyan? Tadi dia elok saja. Apa dia tidak suka bila aku bercakap dengan Haziq?  Amy menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Wa’alaikumsalam,” Haziq membalas huluran salam Rayyan. Genggaman tangan mereka bertaut seketika sebelum lelaki itu melepaskannya.

Rayyan terus berlalu tanpa berkata apa-apa lagi.  

“Dia tu boyfriend awak ke? Dia macam marah aje bila awak bercakap dengan saya tadi.”  Haziq perasan akan riak tidak senang Rayyan tadi terhadapanya. Meski pun lelaki itu cuba untuk menyembunyikan, dia dapat menebak juga.

Amy seperti tidak mendengar pertanyaan Haziq. Matanya masih fokus pada Rayyan yang sedang berlari anak. Alamak, dia marah ke? Risau pula dia dibuatnya.

“Amy!” panggil Haziq.

“Haa? Eh, awak ada cakap apa-apa ke tadi?” soal Amy terpinga-pinga.

 Haziq ketawa kecil.

“Sah, awak dengan dia ada apa-apa ni. Saya tanya, dia boyfriend awak ke?”

 Dia boyfriend aku ke? Eh, taklah awak.

“Err…bukan. Dia cuma kawan saya saja,” segera dia menafikan.

Hmm…kawan! Seboleh mungkin dia mahu menafikan rasa aneh yang mula berbunga.

Amy cuba memandang ke depan mencari kelibat Rayyan. Namun sudah tiada.  Cepat benar dia lari.  Janganlah Rayyan marahkannya. Bisik hati kecil Amy.

Haziq seperti mencurigai hubungan antara rakannya ini dengan lelaki itu.  Betul ke mereka tiada hubungan? Dan, kenapa pula ada rasa risau apabila melihat lelaki itu? Mungkinkah dia cemburu? Sebelum ini tidak pula dia berasa seperti ini.





Bersambung lagi...

Pesanan penaja>>Diharap awak2 semua yg membaca n3 ni enjoy ye. Kalau ada kekurangan ke apa, jangan segan nak tegur. Teguran / kritikan yg membina sangat Ira alu-alukan. Dikesempatan ini jugak, Ira nak mengucapkan Maal Hijrah kepada semua para pembaca blog Ira sekalian. Selamat Maal Hijrah!! (^__^)
           
           
           
           

           
           
           
           
           
           
           

            

7 ulasan:

Unknown berkata...

hahaha,rayyan jeles...kikiki...(Y) teruskan usaha k

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

thanks akak sudi support ira selama ni (muah, muah! kat pipi)..yup, ira akan terus berusaha, akak pun sama jgak ye..hehe

Unknown berkata...

nape cam pendek je ek??? hehehe... best2x...

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Erk..hehe, ira rasa n3 kali ni paling panjang ira taip..ni mesti excited...hehe. Tq sangat ferra lezza sudi baca karya ira...terus la menfollow ye...(^_^)

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Thanks baby mio sudi baca...(^_^)

Hana Norisa berkata...

suka..comel...tapi Hana lagi suka Haziq..hehe

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Hihi...tau dah sebab hana peminat shah iskandar a.k.a haziq...tq hana sudi baca..(^_^)