Manik-manik
hujan turun dengan ganas. Kilat sambar menyambar. Bunyi dentuman guruh memecah.
Kawasan sekeliling gelap gelita dan
hutan-hutan sudah tidak kelihatan diselimut malam serta kabus. Yang hanya
kelihatan hanya bayang-bayang pokok yang tinggi melangit, cukup menyeramkan.
Keretan dipandu hanya ditemani lampu kereta kerana tiada pacakkan lampu jalan
di sepanjang tepi jalan raya.
Dia
membesarkan sedikit radio bagi menghilangkan rasa gundah yang bertamu. Kesunyian
jalan raya itu semakin menggusarkan hati. Takut? Ya, ada perasaan takut dalam
dirinya saat ini. Matanya fokus memandang ke hadapan kerana cermin kereta
sedikit kabur. Pendingin hawa yang dirasakan terlalu sejuk diturunkan suhunya.
Kesejukkan hujan sudah pun meresap ke dalam sebahagian tubuh. Dia berzikir dan
berdoa dalam hati agar ketakutan dalam diri beransur kurang.
“Allah… Allah… Allah…”
Terkumat-kamit mulutnya menutur nama Maha Pencipta itu sambil meniup-niup
semangat buat diri.
‘Tak ada apa yang perlu kau
takutkan, melainkan DIA!’ Dia mengingati dirinya.
Kring! Kring! Kring!
Telefon bimbitnya di kerusi sebelah
segera di capai. Sekilas dia melihat skrin. Kemudian, dia menekap telefon
pintarnya ke cuping telinga.
“Assalammualaikum,” sapa suara dari
hujung talian.
“Wa’alaikumsalam, ma.” Senyum diukir
sebaik mengenali pemanggil.
“Kinah dekat mana? Tengah buat apa?”
“Kinah on the way nak balik KL dari site,
ma. Tengah drive ni. Hujan lebat sangat dekat sini, ma.”
“Oh… Kinah seorang ke nak?” tanya
emak mertuanya dengan nada risau. Sakinah memang rapat dengan emak mertuanya
yang seorang ini sebelum dia dan suami diijab kabulkan lagi. Memandangkan dia
sudah anak yatim piatu dan tidak punya ibu, ibu Idhamlah menjadi tempat dia
bermanja. Mujur mama menerimanya dan menyayanginya bagaikan anak sendiri.
“Ya, Kinah drive kereta sendiri ke sini. Jadi, balik pun terpaksa drive seorang dirilah nampaknya.” Dia
tahu pasti emak mertuanya dilanda kerisauan. Dia sendiri pun risau dan gelisah.
Naluri seorang ibu, pasti ada perasaan khuatir terhadap anaknya walaupun cuma
anak menantu.
“Bahaya tu Kinah. Drive seorang diri dengan cuaca tak
elok. Jalan pulak licin. Hati-hati sayang…”
Sakinah senyum lagi. Tersentuh
hatinya dengan keprihatinan ibu suaminya, Idham.
“Insyallah, ma… Kinah akan
hati-hati. Mama jangan risaulah.”
“Hmm… Kenapa kamu tak ajak Am sama?
Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa, dia ada dengan kamu.”
Mendengar nama suaminya disebut,
barulah dia teringat. Tengah hari tadi suaminya menyuruh dia menelefon apabila
sudah dalam perjalanan pulang. Aduh, macam manalah dia boleh terlupa. Mungkin
sebab terlalu khusyuk di site tadi membuatkan dia lupa.
“Abang Am ada meeting penting dengan klien hari ni, ma. Tak apalah, Kinah dah
biasa drive pun. Sebelum kahwin pun
Kinah drive sendiri ke site nak kemana-mana. Insyallah, tak ada
apa-apa,” Dia menenangkan emak mertuanya yang kerisauan itu.
“Yalah. Bawa kereta tu elok-elok.
Jangan nak cepat sampai… sampai lupa keselamatan diri. Hati-hati ya sayang.
Mama off dulu. Tak nak ganggu fokus
Kinah tengah memandu. Nanti mama telefon lagi. Assalammualaikum,” mama
mengakhiri perbualan mereka.
“Insyallah… Wa’alaikumsalam, ma.”
Kemudian, talian sudah dimatikan.
Sakinah mengangkat telefon pintarnya ke paras dada. Niat di hati mahu menelefon
si suami pula. Pasti Idham tertunggu-tunggu dan risau dengan keadaannya yang
sudah lewat malam pun masih belum sampai rumah. Pantas tangannya mendail nombor
telefon Idham. Kasihan suaminya ini yang menunggu keseorangan di rumah.
“Kinah… Sayang dekat mana? Kenapa
tak call abang dari tadi? Risau abang tau.” Bagai perluru suaminya mengutarakan
soalan sebaik sahaja salam dibalas.
“Abang maafkan Kinah. Kinah lupa nak
call tadi. Sekarang masih lagi di atas jalan, on the way balik. Mungkin lambat sikit sampai sebab sekarang hujan
lebat, jalan pun tak berapa nampak,” ujarnya dengan nada risau. Risau kerana
memandu dengan suasana sebegitu.
“Ya Allah… Kenapa sayang tak stay aje dulu? Cari motel-motel terdekat ke. Bahayalah
sayang memandu dalam hujan.” Seperti emak mertuanya, si suami pun risau juga.
Emak borek, anak rintiklah tu.
Sakinah ketawa kecil.
“Abang… Insyallah, tak ada apa-apa. Kinah
drive perlahan-lahan. Lagi pun
bukannya jauh sangat pun. Kinah…”
Pappp!
Telefon pintarnya terjatuh ke bawah kerusi.
Tadinya dia bagai terlanggar sesuatu yang keras. Tidak pula dia tahu apa
bendanya. Kepala sudah tertoleh-toleh ke bawah kerusi, mencari telefon
pintarnya yang jatuh. Sekejap kepalanya menunduk ke bawah, sekejap memandang
atas jalan raya. Dia sudah dapat memastikan kedudukkan gajet itu. Ada di bawah
kerusi sebelah. Pantas tangannya cuba mencapai namun tidak tersentuh dek
tangan. Sebelah tangan mengawal setereng, manakala sebelah lagi berusaha
menggapai telefon bimbitnya. Sedikit demi sedikit kereta mula hilang kawalan.
"Kinah... Kinah." Syaup-sayup terdengar suami memanggil namanya.
“Abang, Kinah.... Arrghhhh!”
Dalam
pada dia sibuk menggapai, keretanya tiba-tiba hilang kawalan dan hampir sahaja
mahu bertembung dengan sebuah trailer. Mujur dia sempat mengelak tetapi malang
break yang ditekan seakan tidak berfungsi. Akhirnya, keretanya meluncur laju
dan terbabas sehingga melanggar sebatang pokok besar.
Di
dahinya seperti ada cecair yang mengalir segera diraba. Darah! Kepalanya
berdenyut hebat dan bagai dicucuk-cucuk dengan jarum. Dia mengangkat sedikit
wajah untuk melihat keadaan sekeliling. Walaupun agak kabur pandangan mata, namun
dia seperti ternampak sebuah tasik yang berkabus dan gelap di hadapan. Dan, di
tepi tasik itu, dia seakan terlihat bayang seseorang. Mata dipejam sebentar
kemudian dibuka semula. Dia memandang lagi. Kelihatan seperti susuk tubuh
seorang wanita yang berambut panjang namun wajahnya tidak kelihatan, gelap. Pakaiannya
juga kelihatan lusuh.
Siapakah
dia? Apa yang dilakukan di tasik malam-malam begini? Beberapa saat kemudian,
bayang itu memasuki tasik dan sedikit tubuhnya hilang ke dalam air. Sakinah
tergamam. Ke mana dia pergi? Tubuhnya menggigil dan denyutan di kepala semakin
menjadi-jadi. Sedikit demi sedikit matanya terpejam, dan dia sudah tidak
sedarkan diri lagi.
~*~*~*~*~*~
Walang
hati Idham melihat keadaan si isteri yang telantar lemah dengan wayar
berselirat di tubuh. Menitis air matanya. Kalaulah dia tidak menghadiri meeting
bersama klien pada malam kejadian dan menemani isterinya, pasti kejadian malang
itu tidak akan berlaku. Kasihan isterinya, kalaulah boleh segala apa yang
terjadi pada Sakinah mahu sahaja dipindahkan kepadanya. Tetapi, itu tidak
mungkin. Bibir Sakinah yang kering dilap dengan air zam-zam pemberian Pak
Longnya semalam.
“Sayang… abang ni. Kinah bangunlah,
dah tiga hari abang tak dengar suara sayang. Abang rindu…” Sendu suara Idham.
“Abang tak nak kehilangan sayang.
Tolonglah bangun untuk abang. Sayang, please…” rayunya dalam tangis.
Dalam pada Idham bersedih, Sakinah
berada di alam komanya. Dia tidak tahu dan tidak dapat berfikir di mana dia
berada sekarang ini. Tubuhnya melintang baring di atas permukaan air yang tidak
bertepi. Peliknya, tidak pula dia tenggelam tetapi hanya berbaring diatasnya. Dia
langsung tidak dapat bangun atau bergerak. Dia hanya mampu menoleh ke kiri dan kanan.
Dicuba untuk bergerak namun tetap juga tidak boleh. Bagaikan sudah digam kuat. Dia
hanya memandang kosong langit yang gelap tanpa bintang dan bulan. Di manakah
dia sekarang ini? Tempat ini begitu asing padanya. Di mana suaminya? Dia ada dengar suara lelaki itu memanggil-manggil namanya, tetapi kenapa
tidak ada disisinya? Di manakah dia sebenarnya ini?
“A… abang… A… bang,” lemah sekali
suaranya memanggil si suami. Bibir yang kering dan luka terasa pedih apabila
dia mula berbicara. Tekak juga terasa perit dan kesat.
“Abang…” Dia memanggil lagi. Namun,
kelibat suami tidak juga muncul. Hanya suara saja yang kedengaran. Dia ingin keluar dari tempat pelik ini tetapi
suaminya tidak ada pula hendak membantu. Tubuhnya langsung tidak mampu
bergerak. Ya Tuhan, kenapa dengan dirinya? Dia bingung dengan apa yang berlaku
saat ini.
“Abang… tolong Kinah, bang. Badan
Kinah tak dapat bergerak. Kinah takut dengan tempat ni… takut…” Laju air
matanya menitis. Dia takut, benar-benar takut! Kini, suami milik suaminya sudah tiada lagi. Sepi, sunyi dan suram. Suasana sungguh menyeramkan!
“Sa… ki… nah… Sa… ki… nah…”
Tiba-tiba ada satu suara mendayu-dayu memanggil namanya dalam nada berbisik. Serentak
itu kabus tebal berarak keluar.
Terhenti seketika tangisannya. Siapa
yang memanggilnya itu? Suara itu begitu dekat dengan cuping telinga. Dekat
sangat!
“Sa… ki… nah… Sa… ki… nah…” Suara
itu memanggil lagi.
Menggeletar seluruh tubuh. Suara
itu… suara itu sungguh menyeramkan. Sangat, sangat menyeramkan! Bulu romanya tegak berdiri. Tiba-tiba dia
dapat merasakan hujung kakinya disentuh oleh tangan sejuk. Dia cuba melihat
gerangan siapakah yang menyentuh hujung jari kakinya. Kelihatan bayangan hitam
berdiri di hujung kakinya. Bayangan itu sepertinya susuk tubuh seorang
perempuan. Wajahnya langsung tidak kelihatan.
“Kau... kau si... siapa? A...apa kau nak?”
Perempuan itu tidak menjawab apatah
lagi bersuara. Dia hanya berdiri kaku di situ dengan kepala menunduk. Sakinah
terdengar suara tangisan datangnya dari bayang itu. Tangisan yang cukup mendayu
dan meruntun jiwa walaupun perlahan.
“Ke… kenapa kau menangis?” tanyanya pelik
dalam takut-takut.
Bayangan perempuan berambut panjang
itu mengangkat sedikit wajahnya. Terlihat mata tajam itu bergenang cecair merah
seperti darah. Suara tangisan itu semakin kuat kedengaran. Dan, bayangan itu
sedikit demi sedikit mendekatinya.
“Hu… hu… hu… hu…”
Berderau darah Sakinah.
“Jangan… Jangan kau apa-apakan aku!
Tolong jangan!”
Suara tangisan tadi sudah hilang
entah ke mana. Hanya kedengaran namanya kembali dipanggil.
“Sa…
ki… nah…” Serentak itu, bayang perempuan tanpa wajah itu semakin mendekati.
“Ja… jangan dekati aku! Jangan!”
Mulutnya meracau sambil menutup mata serapat-rapatnya.
“Sa… ki… nah…”
Bayangan itu menghentikan
pergerakkan, dan hanya terpaku di sebelahnya. Sakinah berasa sedikit lega.
Dalam fikiran negatifnya, dia sudah terbayang perempuan itu mahu
mengapa-apakannya. Mana tahu lehernya dicekik dan perempuan itu menghisap darah dilehernya. Namun, itu semua tidak berlaku. Perempuan itu hanya berdiri terpaku di situ.
"Lepaskan aku! Tolong lepaskan aku!" Rontanya berkali-kali sambil cuba menggerakkan badan.
Tidak semena-mena kedua-dua belah
kaki, tangan serta kepalanya bagai dicengkam kuat oleh banyak tangan. Kepalanya
sudah tidak bergerak lagi, hanya mata yang melilau memandang sekeliling. Tangan-tangan
hitam yang entah datang dari mana. Mungkin tangan-tangan itu menyusup dari
dalam air tasik. Sedikit demi sedikit, tubuhnya di tarik masuk ke dalam air. Dia
langsung tidak dapat bergerak dan hanya melihat sahaja. Tangisannya kembali
terbit. Rasa ketakutan pula sudah kemuncak. Dadanya berombak kencang bagaikan
ombak menghempas tepian pantai.
“Tolong jangan apa-apakan aku! Aku
mohon, tolonglah…” rayunya lemah. Lencun pipinya akibat rembesan air mata.
Kali ini kedengaran orang menangis.
Sama seperti tadi. Sungguh sayu dan menyayat hati. Perasaan bingung dan takut
bercampur aduk. Tubuhnya semakin tenggelam akibat penarikkan tangan-tangan
misteri. Dia cuba bertahan dan merayu namun tetap juga ditarik sehinggalah dia
tenggelam.
Namun, tangan-tangan itu semakin
menariknya.
“Arrghhh!”
~*~*~*~*~*~*~
Bagaikan tersedar dari mimpi ngeri, dia
terus duduk dengan dada yang berombak kuat. Berpeluh-peluh dahinya. Mata mengerling
ke sekeliling dengan dahi bertaut. Di mana dia sekarang? Dan, mana
bayang-bayang hitam tadi? Seingatnya tadi dia berada dia sebuah tasik yang
cukup menyeramkan. Tetapi, sekarang ini dia berada di sebuah tempat berdinding
warna putih.
Dia
beristighfar kecil. Baru menyedari rupanya tadi dia hanya bermimpi. Meremang
bulu romanya. Lega sungguh hatinya apabila tidak lagi berada di alam mimpi yang
menyeramkan itu. Dia mengangkat sedikit tangannya. Penuh dengan tiup dan wayar.
Dadanya juga penuh dengan wayar. Dia di hospitalkah? Terasa seperti ada
seseorang yang memeluk tangan kirinya, dia pantas menoleh. Idham, suaminya
tidur dengan lena sekali. Ubun-ubun suami diusap perlahan sambil
memanggil-manggil lelaki itu.
“Abang…”
panggilnya lembut tidak mahu membuatkan suaminya terperanjat.
Idham
hanya menggerakkan sedikit tubuhnya, namun tidak pula dia membuka mata.
“Abang,”
panggilnya dengan nada lemah. Tubuh dibaringkan semula ke tilam. Seluruh
tenaganya bagai hilang.
Perlahan-lahan,
Idham membuka mata apabila terasa kepala diusap. Dia mengangkat kepala. Sakinah
memberikan senyuman nipis pada suaminya.
“Ya
Allah, sayang dah sedar. Sayang dah sedar.” Jelas diwajah itu riak terkejut
bercampur gembira. Telapak tangan isteri terus dia kucup dengan linangan air mata.
“Abang…
apa dah terjadi sebenarnya?” Dia cuba mengimbas kembali apa yang berlaku
sebelumnya, namun dia gagal. Kepalanya yang berdenyut tidak mengizinkan untuk
dia mengimbas kembali.
“Sayang
kemalangan masa on the way balik. Dah
tiga hari sayang terlantar dekat hospital, koma. Tapi, alhamdulillah… sayang
dah sedar. Abang bersyukur sangat.” Telapak tangan Sakinah dikucup lagi.
“Kemalangan?
Kinah, tak dapat nak ingat semua yang terjadi. Tapi seingat Kinah, kereta Kinah
terbabas dekat dengan sebuah tasik dan lepas tu Kinah nampak… Auww!” Tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat.
Pantas dia memegang kepala yang berbalut.
“Sayang,
dahlah tu. Sayang rehat okey. Nanti dah sihat baru cerita dekat abang.” Idham
menenangkan isterinya.
Sakinah
mengangguk sahaja.
“Abang,
Kinah nak air. Boleh tolong ambilkan?”
“Ini
dia sayang. Meh abang suapkan,” Idham membetulkan posisi separuh duduk Sakinah.
Dan, dia membantu Sakinah menyua gelas berisi air masak ke bibir isterinya.
Perlahan-lahan Sakinah menyisip air itu. Setelah itu barulah dia berbaring
semula.
“Sayang,
tunggu sini kejap. Abang nak pergi jumpa doktor, nak maklumkan yang sayang dah
sedar,” Idham tersenyum pada Sakinah.
“Yalah…”
Sekali lagi mengangguk. Idham berlalu dari biliknya.
~*~*~*~*~*~
Sakinah
cuba untuk melelapkan mata tetapi seakan-akan susah. Pejam. Celik. Pejam.
Celik. Itu sahaja yang diulang. Dia mengiringkan tubuhnya ke kanan menghadap
Idham. Dia cuba untuk mengingati peristiwa yang berlaku sebelum dia terlantar
di atas katil ini. Jika tidak silapnya, petang waktu itu dia baru sahaja lepas
melawat site bersama Razif, salah
seorang rakan kerjanya juga bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek.
Mereka
pulang agak lambat kerana berbincang dan mencari jalan penyelesaian masalah
yang berbangkit. Dalam hujan lebat dan gelap gelita, dia membelah jalan mahu
pulang. Dan, pada waktu itu mama
menelefonnya, kemudian dia menelefon suami. Dia ingat, waktu itu dia sibuk
mencari telefon bimbitnya yang jatuh sehingga terlanggar sesuatu dan
kemalangan.
Dia masih ingat juga, keretanya terbabas lalu
melanggar sebatang pokok yang di hadapannya terdapat sebuah tasik. Ya, tasik
itu! Di tebing tasiklah dia bertemu dengan seorang perempuan misteri. Hanya
nampak belakang badan dan rambutnya panjang. Apa yang peliknya, perempuan
misteri itu masuk ke dalam tasik. Dan, setelah itu dia tidak sedarkan diri.
Serta merta bulu romanya naik kembali. Dalam fikirannya sekarang ini hanya
memikirkan perempuan di tasik itu. Dia hendak membunuh dirikah? Apakah
nasibnya?
“Sayang,
kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Idham yang baring disebelahnya. Mujur katil
hospital ini besar, dapatlah dia memberi ruang pada suaminya untuk tidur.
“Kinah
tak boleh tidur, bang. Abang tidurlah dulu.” Pipi si suami dielus. Kasihan
Idham terpaksa berhempas pulas menjaganya.
“Kinah
fikir apa, hmm?” Dalam pada mata kuyu, Idham bertanya.
“Abang,
masa kemalangan Kinah tu ada kes lain tak yang berlaku dekat kawasan situ?
Macam… macam perempuan bunuh diri di tasik?”
Berkerut
dahi Idham. Kes lain? Perempuan bunuh diri? Apa yang dicakapkan isterinya ini?
Bingung dia memikirkannya.
“Tak
ada pulak. Kenapa?”
Tak
ada? Tetapi perempuan itu… Sakinah berfikir sejenak. Manusia? Atau, hantu?
“Err…
Tak ada apalah, bang. Abang, tidurlah dulu. Kesian suami Kinah ni.” Lengan Idham
ditepuk-tepuk lembut. Sesaat kemudian si suami kembali melelapkan mata sambil
memeluk pinggang rampingnya. Mengantuk sangat agaknya.
“Sayang
pun tidurlah.” Pesan Idham yang hanya membuka sedikit kelopaknya. Setelah itu
barulah kedengaran dengkuran kecil lelaki itu.
Seperti
tadi, dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya masih menerawang
memikirkan perempuan itu. Siapa dia? Kenapa malam-malam begitu dia berada di
tasik itu? Perempuan itu bukan manusia?
Bersambung.....
~Assalam. Hai semua! Ira rindu nak post n3 dalam blog ni memandangkan dah lama tak post apa2. Ira cuba nak buat genre seram. Saja suka2. Hope sayang2 semua suka. Enjoy reading! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiii ~ ~ ~ ~ ~
2 ulasan:
Best...nk lg!!
Thanks gie zahid sudi baca..insyallah, nt ira smbg lagi cuma bkan masa t'dekat ni ye...hehe ^_^
Catat Ulasan