Jumaat, 5 Jun 2015

Cinta Mat Rock (Part 8)


Isadora menguntum senyum lebar. Mesyuarat telah pun habis. Dia kerling jam di tangan. Masih awal lagi. Biasanya Mat Rock buka kedai burger  lepas waktu bekerja. Sekarang sudah pukul 5.30 petang. Hari ini dia berniat dengan suka rela mahu membantu Mat Rock di gerai burgernya. Mat Rock tak tahu pun dia mahu datang. Sengaja dia mahu buat kejutan. Dan, dia pasti sangat lelaki itu bakal terkejut melihatnya nanti.

"Yess, dah boleh balik! Mat tunggu Dora datang eh. Hehe..."

Berlenggang Isadora berjalan menuju ke keretanya.

"Dora!" jerit satu suara dari arah belakang.

 Serta merta langkahnya terhenti. Isadora pantas berpaling. Seorang lelaki segak mengenakan kot hitam mendekati Isadora. Dia lantas senyum nipis kepada lelaki itu. Haizal, salah seorang kakitangan syarikatnya.

"You dah nak balik ke?"

"Haah. And, you?"

"I pun. Hmm, malam ni you free tak?"

"Why?" tanya Isadora semula tidak menjawap pertanyaan Haizal itu. Dia mahu tahu apa mahu Haizal bertanya dia begitu.

"Jom, pergi tengok wayang. I belanja you."

Isadora ketawa kecil. Dia sudah dapat agak apa tujuan Haizal bertanya sebenarnya. Setiap kali berjumpa pasti lelaki ini tak putus asa mengajaknya keluar. Dan, setiap kali itulah dia menolak dengan pelbagai alasan. Bukan dia tak suka Haizal tetapi dia tak selesa bersama dengan lelaki itu. Haizal memandangnya bagai mahu makan saja setiap kali berjumpa.

"Sorry. I dah ada date malam ni."

"Date? Dengan siapa? Boyfriend?" tanya Haizal. Nadanya kedengaran tak puas hati saja.

Isadora terdiam. Dengan siapa ya? Hmm… tentulah dengan Mat Rock. Boyfriend? Layak ke dia mengaku bahawa lelaki sebaik Mat Rock itu teman lelakinya? Mereka hanya berkawan saja. Tetapi dia mengakui, hati perempuannya mulai terpaut dengan Mat Rick.

"Nope. Hero I."

Berkerut dahi Haizal. Siapa yang dia maksudkan hero oleh Isadora? Adakah 'hero' yang dimaksudkan gadis itu teman lelakinya? Jika benar lelaki itu teman lelakinya, kenapa pula kata ‘hero’ bukan ‘boyfriend’?

"Lelaki? Or perempuan?"

Isadora ketawa kecil.

"Tentulah lelaki, Zal. Kalau perempuan orang tak panggil hero, orang panggil heroin."

Haizal ketawa. Namun, jauh di sudut hati dia tidak ikhlas pun untuk ketawa. Rasa cemburu menyelinap ke dalam hatinya.

"Haah kan. Betul cakap you."

"Hmm, okey la Zal. Kalau tak ada apa-apa lagi, I pergi dulu, ya?"

Haizal angguk saja.

“Okey, byee…”

Isadora meninggal Haizal seorang diri. Dia sangat teruja mahu berjumpa dengan heronya, Mat Rock. Tidak sabar rasanya dia. Haizal berdegus kuat. Penumbuk digenggam kemas.

"Hero konon. Tak apa. Aku nak tengok apa yang hebat sangat 'hero' kau tu. Tak mungkin dia tu sehebat aku. Huh!"


~*~*~*~*~*~


Mat Rock mengesat peluh di dahi. Kotak polisterina putih berisi barang niaganya diletakkan ke atas meja. Jam tangan dikerling.

"Ek eh, lambat pula Meon hari ni. Selalu dia dulu dah sampai. Ke gua yang datang cepat?" Mat Rock bertanya sendiri. Kepala digaru-garu. Tanpa membuang masa dia membuka kotak putih itu. Semua barang niaganya disusun ke dalam para kaca.

"Ehem... ehem! Boleh Dora tolong?" sergah Isadora yang tiba-tiba ada di sebelahnya. Terkejut beruk dia. Dada yang berdegup laju disebabkan terperanjat lantas diusap-usap.

"Ya Allah! Dora lu buat gua terkejut je. Dengan salam tak bagi," tegur Mat Rock.

Isadora sengih.

"Maaf. Assalammualaikum!"

Mat Rock senyum.

"Wa'alaikumsalam. Dora lu buat apa ke sini? Nak beli burger ke? Awal lagi. Gerai baru nak buka. Meon pun tak sampai-sampai lagi ni."

Isadora tidak menjawap, sebaliknya laju tangannya mengeluarkan beberapa bungkus roti dan disusun ke para kaca. Berkerut kening Mat Rock melihat tingkah minah itu.

"Lu tak payah buat kerja ni. Biar gua buat. Lu tunggu dekat sana dulu."

Laju kepala Isadora menggeleng. Bibirnya pula terukir senyum lebar.

"Tak nak. Dora nak tolong Mat hari ni."

Semakin berkerut kening Mat Rock. Dahi digaru-garu. Mimpi apa pula Si Dora ni datang-datang terus nak tolong gua? Ke gua yang mimpi ni? Mat Rock bertanya sendiri. Dia cubit-cubit pipi agar sedar ke alam realiti. Isadora yang melihat tingkahnya lantas ketawa.

“Mat… Mat tak mimpilah. Depan Mat sekarang ni memang Dora. Dora nak tolong Mat hari ni,” ulang Isadora. Tangannya masih juga menyusun bungkusan-bungkusan roti.

"Err… Tak apa. Biar gua buat. Lu nampak macam penat. Mesti baru balik kerja, kan? Dah, lu pergi rehat dekat sana. Dah siap nanti gua buatkan lu burger."

Isadora tetap menggeleng kepala.

"Dora niat nak tolong Mat niaga hari ni. So, biar la Dora tolong please…" rayu Isadora dengan nada lembut. Siap kenyit-kenyit mata dan buat muka comel lagi.

Tiba-tiba dada Mat Rock berdegup kencang. Lidahnya kelu dan keras. Dia bagai lembu dicucuk hidung. Mengangguk saja tanpa membantah lagi.

"Okey, lu boleh tolong. Tapi, gaji tak banyak gua dapat bagi. Ikut jualan. Boleh?"

Wajah Isadora bertukar cemberut. Pipi dikembungkan sambil memandang tajam Mat Rock.

"Mat! Apa la Mat ni... Dora tolong ni bukan nak mengharapkan gaji. Mat tak payah bagi Dora gaji pun. Dora ikhlas nak tolong. Sesaja. Nak rasa macam mana penatnya Mat bekerja dari pagi sampai ke tengah malam. Okey la, Mat sudahkan kemas ni. Biar Dora kemaskan kerusi dengan meja dekat depan tu."

Isadora terus berlalu dari situ. Mat Rock termangu sendiri. Masih tak percaya Isadora datang tiba-tiba untuk membantu.

"Assalammualaikum kawan!" laung Meon.

"Eh, Dora pun ada. Assalammualaikum Dora," ucap Meon lembut sebaik terlihat kelibat Isadora sedang menyusun kerusi. Niatnya mahu mendekati Mat Rock tadi sudah berubah haluan. Dia berjalan ke arah Isadora.

Isadora menegakkan badannya. Dia senyum kepada lelaki itu.

"Wa'alaikumsalam Meon. Lambat hari ni?"

"Saya ada kerja sikit tadi. Itu yang terlambat sikit. Kenapa Dora datang dekat sini? Siap susun-susun meja, kerusi bagai lagi ni. Dora, awak tak perlu buat semua ni. Ini kerja saya."

"Oh... Dora saja nak tolong Mat dan Meon hari ni. Tak apa Dora boleh buat. Nanti Meon tolonglah Mat dekat sana tu ya," balas Isadora.

Belum sempat Meon membalas namanya dipanggil.

"Meon!" laung Mat Rock dari jauh. Dia sabarkan saja diri melihat Isadora dan Meon berbual mesra. Mula la rasa cemburunya menyerang.

"Haa! Kejap, kejap! Hish, kacau daun betul la dia ni. Okey la Dora, saya pergi sana dulu. Karang ada pula bos besar pecat saya. Buat kerja elok-elok okey," omel Meon. Sempat lagi dia berpesan sebelum mendekati Mat Rock.

Isadora hanya balas dengan senyuman.


~*~*~*~*~*~


"Lu tak payah buat kerja ni lagi." Laju tangan Mat Rock menarik kain lap dari tangan Isadora. Dia tidak sampai hati melihat Isadora mengelap meja. Status Isadora langsung tidak sesuai dengan kerja remeh yang dibaut sekarang ini.

Kain itu ditarik semula.

"Mat, biar Dora buat. Dora tak suka buat sesuatu kerja sekerat jalan," Isadora sambung semula kerjanya mengelap meja.

"Tak payah..."

Kain lap bertukar tangan lagi. Namun, tak lama Isadora tarik semula.

"No. Dora buat."

Mat Rock tak mahu mengalah. Dia tarik semula kain lap itu, namun Isadora tidak mahu melepaskannya. Berlaku la adegan tarik menarik antara mereka.

"Tak payah. Ek eh, degilnya minah ni," bebel Mat Rock sambil kedua-dua belah tangan dicekak ke pinggang. Mata pula dibesarkan.

Terhambur ketawa Isadora. Melihat keadaan lelaki itu seperti emak-emak saja.

"Kenapa lu ketawa?" tanya Mat Rock pelik.

"Mat marah macam mak-mak la. Siap cekak pinggang lagi."

Mata Mat Rock beralih ke pinggangnya. Serta merta dia turunkan kedua-dua belah tangannya. Memang betul macam emak-emak seperti didakwa Isadora. Mana taknya, cekak pinggang dengan telapak tangan ke hadapan.

"Dah. Lu tak payah buat lagi. Rehat dekat sini je."

Mat Rock menarik kerusi untuk Isadora. Dengan isyarat mata dia menyuruh minah itu duduk. Tanpa banyak bantahan Isadora akur saja. Kalau membantah lagi dia takut akan berlaku pergaduhan dengan lelaki itu. Kain lap yang menjadi rebutan dia dan Mat Rock tadi diserahkan kepada lelaki itu.

"Lu dah makan?"

Isadora menggeleng. Mana dia sempat makan. Balik saja dari pejabat dia terus ke sini. Bukannya tak sempat pun, hati dia yang asyik mendesak ke sini dengan segera.

"Okey, lu duduk sini kejap. Gua pergi masakkan lu burger."

"Okey."

Mat Rock berlalu. Lima minit kemudian dia datang semula dengan sebungkus burger dan setin air 100plus.

"Nah. Makan dulu. Nanti dah makan baru la lu ada tenaga nak tolong gua. Disebabkan lu dah ada dekat sini, gua nak ajar lu cara-cara masak burger."

Bulat mata Isadora. Raut wajahnya menunjukkan keterujaan.

"Betul mat nak ajar?"

Mat Rock mengangguk.

"Wah! Bestnya... terima kasih mat. Okey, sekarang Dora nak rasa burger air tangan mat dulu. Mesti sedap."

"Silakan..."

Pantas tangan Isadora membuka bungkusan burger. Tanpa buang masa, burger itu disuakn ke mulut.
"Hmm... sedap! Pandai Mat buat."

Mat Rock ketawa.

"Tak la sedap mana pun Dora. Benda dah siap, gua tinggal masak lepas tu bubuh dekat roti. Lu saja nak bodek gua,kan?  Apa la lu Dora..."

Isadora ketawa. Dalam pada dia ketawa, tiba-tiba tangan Mat Rock menyentuh tepi bibirnya. Namun berlapis dengan tisu. Merona merah pipinya. Ini adalah kali kedua Mat Rock mengelapkan tepi bibirnya.

"Comot," jelas Mat Rock sambil tersenyum.

"Oh, terima kasih," ucap Isadora perlahan. Dia malu sebenarnya. Cepat-cepat dia menyumbat kembali burger ke dalam mulut untuk menutup rasa malu.

"Abang Mat!" sergah satu suara di sebelah Mat Rock.

Mat Rock yang sedikit terkejut pantas menoleh ke kanan. Kelihatan Mona berdiri tegak di sebelahnya dengan wajah cemberut.

"Mona?"

Raut wajah Mona berubah mendung tiba-tiba.

"Sampai hati abang, kan?"

Berkerut kening Mat Rock. Isadora yang melihat keadaan itu juga hanya berdiam diri.

"Sampai hati gua? Apa hal pula ni?"

"Yalah, sampai hati abang... Sampai hati abang kesat bibir dia depan Mona. Selama ni abang tak pernah pun buat macam tu dekat Mona. Abang tak adil!" marah Mona. Lengan Mat Rock dipukul.

"Adui! Mona apa ni main pukul-pukul orang!" seringai Mat Rock. Sesuka hati saja Mona mahu memukulnya.

"Padan muka! Siapa suruh abang kesat bibir dia? Mona cemburu tahu tak?"

Semakin berkerut dahi Mat Rock.

"Dah kenapa pula lu cemburu? Gua dengan lu pun bukannya ada apa-apa pun."

"Err... a... apa pula tak ada apa-apa! Mona suka Abang Mat tau. Maknanya kalau Mona dah suka... abang boyfriend Mona la!" bentak Mona tanpa malu.

Menganga Mat Rock seketika. Begitu juga Isadora. Dalam diam Isadora juga tabik hormat terhadap gadis itu. Sungguh berani! Dia sendiri masih belum mampu untuk mengakui bahawa dalam hati sudah ada 'rasa' terhadap Mat Rock.

Mat Rock tepuk dahi. Dia mengucap panjang.

"Ya Allah! Lu ni dah mereng ke Mona? Sejak bila pula la gua ni pakwe lu ni. Hish!" Mat Rock pantas bangun menentang pandangan Mona. Dia tak suka minah itu membuat dakwaan yang bukan-bukan. Kesabarannya sudah nipis berhadapan dengan Mona.

Isadora yang memerhati sudah kecut perut. Dia berdiri dekat dengan Mat Rock.

"Err... Mat sudah la tu. Tak baik gaduh-gaduh. Pelanggan tengok tak elok," pujuk Isadora.
Mat Rock diam tak terkata. Keluhan berat dilepaskan. Pujukkan Isadora bagaikan air batu disimbah ke hatinya. Terus saja sejuk.

"Dah la Mona. Baik lu balik. Gua malas la nak marah-marah, gaduh-gaduh dengan lu."

"Mona tak kira. Mona tetap anggap abang boyfriend Mona. Dan, Mona takkan izinkan sesiapa pun ambil abang dari Mona. Abang, Mona punya. Takkan!" tegas Mona sambil matanya menjeling tajam Isadora. Sesudah berkata dia terus angkat kaki dari situ.

Mat Rock mengeluh. Tengkuk diurut-urut.

"Sori la Dora. Terpaksa lu pun terbabit sama. Mona tu aku tak tahu la apa masalah dia..."

Isadora senyum saja. Tangan diletakkan ke atas bahu Mat Rock.

“Tak apa Mat. Dora faham…”

"Okey, cepat sambung makan. Lepas ni gua nak ajar lu masak," ujar Mat rock kembali ceria. 



Bersambung (macam biasa) hehe...


pst: Assalammualaikum! Terima kasih sudi baca. Drop komen di bawah jika sudi. Enjoy reading ^_^





11 ulasan:

Unknown berkata...

senget betoi mona tu huh! ngaku2 je mat pakwe dia huh!

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Kann... mona mmg senget. Fius kat otak dia tertanggal kut.hehehe

Unknown berkata...

bila nk smbung lg?

Unknown berkata...

Kak tlg la smbung kak.
Mrayu siap da ni
Lame tgu smbungan dye

karyaarisaaleya.blogspot.com berkata...

Salam. Ira nk mohon maaf pd reaser cer ni. Buat masa ni ira terpaksa hold dlu smbungan cerita ni. Kekangan masa mnyebabkan ira x sempat nk menulis. Insyallah, nt ira cuba2 curi masa buat sambungannya ya. Harap sabar menunggu ^_^

Unknown berkata...

Bile nk sambung ni ???
Hmm lme nye terseksa hati ku
Hohohoho

Unknown berkata...

Bile nk sambung CMR ni ???
Please sambung rse terseksa sgt ni nk tau ape jd dgn Mat and Dora

Unknown berkata...

Bilaaa mauuuuu sambunggg

Tanpa Nama berkata...

Maaf.. X De sambungan ke

Black 15 berkata...

Maaf.. X De sambungan ke

Black 15 berkata...

X de sambungan ke?