Isnin, 29 April 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 8)


BAB 8

MENDUNG berarak menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa.Qalisha melarikan keretanya perlahan menuju ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Batu Pahat.Kereta di letakkan dibawah pepohon kemboja putih yang memekar.Kelihatan bunga-bunga kemboja gugur mencecah ke tanah pabila sesekali angin menghayunkan lambaiannya.Kelihatan seperti salji turun jatuh ke bumi TUHAN.Suasana sekeliling tanah perkuburan itu  nyaman dan sunyi sepi seperti menghormati insan-insan yang sedang bersemayan disisi yang Maha Esa.Setelah mematikan enjin keretanya,Qalisha yang berbaju kurung berwarna putih bercorak bunga kecil berwarna hitam  berserta selendang warna sedondon keluar membawa tikar dan jag berisi air mawar putih dan merah.Dia memulakan langkah berhati-hati supaya tidak tersilap langkah memijak pusara yang berada di tanah perkuburan itu.Langkahnya mati apabila sampai ke pusara ibunda tercintanya.Tikar dibentang lalu dia duduk berteleku disisi pusara itu.Pandangannya cukup sayu.
            Qalisha memandang pusara itu dengan pandangan penuh syahdu.Jari-jemari runcingnya pantas mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh disekeliling pusara ibundanya.Kemudian,batu nisan yang tertera nama Nur Qamardhiah Binti Rashidi diusap berkali-kali bagi melurutkan rasa rindu yang cepat bertandang.
            “Mama…Qisha datang,mama”,pipinya dapat merasakan air panas mengalir dengan pantas.Dibiarkan air itu mengalir tanpa diseka.Biarkan ia mengalir supaya dapat meluruhkan segala rindu dendamnya.
            “Qisha rindu sangat dengan mama.Dah lama Qisha tak jenguk mama,kan?”,tidak tertahan rasa rindu yang menggunung di sanubarinya.Andainya mama ada didepan mata pasti dipeluk seerat-eratnya.Tidak mahu dilepaskan.Perasaan sayang terhadap mama ibarat air laut yang tidak akan kering.
            Jari-jemarinya meramas-ramas tanah pusara ibunda tercinta.
            “Mama,maafkan Qisha kerana tidak melawat mama disini…”,kekangan dari pengajiannya menyebabkan dia tiada kesempatan untuk menziarahi pusara ini.
            “Mama nak tahu?Qisha dah habis belajar.Anak mama ni pemilik Bachelor Bussines’s Admanistration.Mesti mama bangga,kan?.Sekarang Qisha tengah cari kerja.Tapi sebelum tu Qisha nak duduk dengan nenek dalam beberapa bulan.Mama suruh Qisha jenguk-jengukkan nenek,kan?Mama jangan risau,nenek sihat.Papa dengan abang Dani pun sihat.Perniagaan papa sangat maju.Abang Dani pun dah bekerja dengan papa,bantu papa dalam menjalankan perniagaannya”,Qalisha memberitahu seolah-olah arwah ibunya ada didepan mata.Suara diceriakan namun deraian air mata tetap mengalir.Terimbau kenangan bersama mama sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mamanya berpesan supaya menjaga ahli keluarga setelah pemergiannya.Ketika mendengar pesanan terakhir kalinya itu,Qalisha tidak henti-henti merembeskan air mata.Tahulah bahawa itu merupakan saat-saat terakhir dia berada disamping ibunya.
            ‘Ya ALLAH…Kau sampaikanlah kerinduan ku ini terhadap ibuku.Tolong katakan padanya bahawa aku sangat-sangat sayang dan cinta kepadanya.Tidak dapatku tahan rasa kasih ini.Tidakku dapat memujuk lagi hati yang sayu mengingati dirinya.Sampaikanlah Yang Mahu Berkuasa…”,dia berdoa agar DIA yang diatas menyampaikan rindu buat arwah ibunya.
            “Hari ini Qisha akan membacakan mama surah Ya’asin dan al-fatihah supaya mama tenang di sana dan supaya mama diredhai oleh-NYA…”,dia mengeluarkan surah Ya’asin dari dalam poket kecil baju kurung putih yang di pakai.
            Pembacaan dimulakan dengan bismillahirrahmannirrahim….Merdu alunan suara yang dihasilkan bibir mungilnya.Bacaannya khusyuk.
            Selesai membaca Ya’asin dan al-Fatihah pusara itu dipandang lagi.Air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir kembali setia di pipi mulusnya.
            “Mama…Qisha ada bawa air kesukaan mama.Dulu mama suka mandi bunga mawar.Ni Qisha ada bawa.Biar Qisha siram dikubur mama,ya?...”.Diseka air mata yang mengalir.
            Jag kaca berisi bunga mawar disebelahnya di capai.Perlahan-lahan dia menyiram air itu ke pusara mamanya sehingga habis satu jag.Dia tersenyum melihat mawar putih dan merah menutupi tanah.Keharuman bunga yang lembut itu menusuk di deria baunya.Sangat wangi umpama bau tubuh mama.Bunga inilah yang dahulunya sering dijadikan mama sebagai penghias rumahnya.Mama juga sering menjadikan bunga ini sebagai aroma terapinya dikala sunyi dan kebosanan meniti harinya.Namun,setelah mama meninggalkan mereka sekeluarga.Bunga ini tiada lagi menghiasi setiap sudut dirumahnya.
            Fikirannya dibawa bersama-sama nostalgia bersama mama.Sewaktu mama memaklumkan bahawa dirinya menghidapi leukemia dan hanya mampu bertahan tidak sampai setahun,Qalisha seperti tidak mampu menerima kenyataan.Berhari-hari dia mengeluarkan air mata dan bersendirian.Dia mengurung diri di dalam kamar beradunya.Kenyataan yang sungguh memeritkan,bagai merentap sama nyawa.Bayangkan kanak-kanak seawal sepuluh tahun sepertinya bakal kehilangan wanita yang sangat dicintai.Dia masih belum puas hidup bersama mama.Persoalan yang sering ditanya didalam diri;mengapa TUHAN mahu mengambil mama yang dari sisinya? Mengapa ambil mama begitu cepat?.Dia takut untuk hidup tanpa mama.
            Ketika dia sedang menyalahkan TUHAN.Mama yang sering memujuknya.Kata mama;bumi,alam,orang-orang disekeliling termasuk diri sendiri adalah pinjaman TUHAN.Kita tidak boleh menyalahkan TUHAN terhadap apa yang ditakdirkan.Kita kena redha dengan qadak dan qadarnya.Berdosa jika kita ingkar.Setelah itu barulah dia sedar bertapa berdosa diri menyalahkan TUHAN YANG MAHA ESA.Barulah dia sedar bertapa kerdilnya dia dihadapan YANG MAHA PENCIPTA.Dia beristighfar berkali-kali dan memohon ampun disebabkan ketelanjurannya.Akhirnya,dia pasrah dengan ketentuan mamanya.Dia melepaskan mama dengan hati yang terbuka.
            ‘Bersemadilah mama dengan disisi-NYA…’bisik hatinya
            “Mama,Qisha balik dulu ya.Insyallah…nanti Qisha datang lagi”,tangannya mengusap lagi batu putih itu.
            Langkah diatur.Beberapa tapak dia melangkah,dipusingkan semula badannya mengadap pusara itu.Sayu rasanya hati mahu meninggalkan pusara mamanya.
            “Selamat tinggal mamaku sayang…”,kata meniti dibibirnya perlahan.Langkah kembali diatur.


SEPERTI yang dijanjikan Qalisha.Dia datang tepat pada pukul 12.00 tengah hari di hadapan rumah Mashitah.Kesunyian menyelubungi segenap halaman rumah kayu usang dua tingkat itu.Mashitah mahupun Syukur tidak kelihatan di halaman hadapan.Biasanya,Syukur akan bermain dihalaman itu atau sibuk menambat Meon di pohon kelapa di pintu masuk rumah Mashitah.Tetapi hari ini tiada pula bayang Syukur disitu.Salam diberi juga tidak bersambut.
            “Tak ada orang ke?”dia bertanya sendiri.
            Qalisha mengerling ke arah rumah Mashitah.Tingkapnya terbuka tetapi pintunya tertutup.Selalunya jika dia bertandang pasti pintu kayu itu dibuka dan jeriji yang menutupi ambal.Matanya dialihkan pula kea rah tangga .Tiada pula selipar yang bersusun diatas tangga itu seperti selalu , cuma hanya sepasang selipar getah disebelah tangga.Benaknya berfikir,mungkin Kak Ita dan Syukur ke rumah jiran tertangganya?.Mungkin ada kematian?.Mungkin juga Kak Ita dijemput ke majlis keraian atau kenduri?.Kedatangannya sudah dimaklumkan.Ah,takkanlah Kak Ita mahu mengecewakan jirannya semata-mata menyambut kedatanganku.Mestilah dia perlu memenuhi jemputan tersebut supaya tiada yang bermasam muka.Dia mengatur langkah ke kawasan kebun bunga milik Mashitah yang berada disebelah kanan rumah.Warna-warni bunga orkid dan bunga kertas menarik perhatian Qalisha.
            Deruman kereta dan suara embari salam membuatkan Mashitah yang sedang mengacau  masak lemak pucuk ubi terhenti kacauannya.Masak lemak pucuk ubi yang sudah masak ditutup dengan tudung periuk.Api dimatikan.Mashitah membasuh tangannya dan dilap dengan kain buruk yang berada di tepi sinki.Dia bergegas menaiki tangga menuju ke arah pintu utama di tingkat atas.Sebelum membuka pintu,kepalanya menjengah dari tingkap kayu yang berada bersebelahan pintu.Kereta kancil merah sudah tersergam di halaman rumahnya.Dia sudah dapat meneka pemilik kerata itu .
Kereta iulah yang sering di gunakan Qalisha apabila datang ke situ.Mashitah menalakan pandangan  ke sekeliling halaman yang luas.Kelibat Qalisha tidak kelihatan.Sudahnya,geriji dibuka,selak pintu dijatuhkan dan daun pintu terus dibuka luas-luas.Sekali lagi matanya mencari Qalisha tetapi tiada.Pelik pula dia jadinya.Kereta ada tapi orangnya tiada.Dia terus turun dan menyarung selipar getah yang berada  di tepi tangga.Dia menuju  kea rah kebun bunga di sebeah rumah kayunya.Ternyata Qalisha sedang menilik bunga-bunga orkid yang ditanamnya sendiri.Senyuman mekar bersama gelengan kecil.Perlahan-lahan dia menuju ke arah Qalisha yang leka dengan bunga.
            Qalisha yang leka memerhati dan menilik bunga-bunga orkid yang bermacam-macam warna sedikit melompat apabila merasakan bahunya disentuh.Latahnya terlepas kuat. “Opocot!,mak kau!”.Dia mengurut dada bagi mengurangkan rasa terkejut beruknya.Kepalanya hanya mengingatkan seorang penjenayah atau perogol misteri yang menyentuh bahunya.Hampir saja dia membuka langkah taekwando yang dipelajari.Namun demi melihat wajah Mashitah yang merah akibat tergelak sakan dia mematikan langkah segera.Laju sahaja jantungnya berdegup.
            “Ya ALLAH!...Kak Ita terkejut Qisha tau tak?”,marahnya.Lengan Mashitah ditepuk perlahan.Tangan kanannya masih mengurut dada kembali.
            Mashitah sama seperti tadi.Gelaknya masih bersisa.Menyesal juga dia kerana membuatkan Qalisha terkejut sampai begitu sekali.
            “Akak,kalau Qisha kena heart attack tadi mesti dah jalan sekarang ni jugak tau…”,bebel Qalisha dalam bergurau.Luruh segala semangat apabila dikejutkan Mashitah.
            “Apalah Qisha ni cakap macam tu.Maafkan akak,akak tak tau pun Qisha boleh terkejut macam tu sekali.Akak tengok adik akak ni leka sangat tengok bunga-bunga orkid ni sampai akak dekat sebelah pun tak nampak”,Mashitah sudah meminta maaf.Kasihan sungguh melihat muka Qalisha yang sedikit pucat akibat terkejut.
            “Lain kali bagilah salam dulu,kak oii…”
            “Yalah..Assalammualaikum”,Mashitah memberi salam.Tadinya dia terlupa untuk memberi salam.Mana taknya akal sudah dipenuhi dengan idea mengejutkan Qalisha.Kini salam sudah dihulurkan.
            “Haa..macam tulah.Wa’alaikummusalam…”,Qalisha menjawab salam yang dihulurkan dengan panjang lebar.
            Kedua-duanya saling membalas senyuman.
            “Qisha ingat akak tak ada kat rumah.Qisha tunggulah akak kat sini”.Pada awalnya dia berandaian bahawa Mashitah tiada dirumahnya.Mana tidaknya,suasana sekeliling senyap sahaja.Namun,setelah melihat Mashitah hanya memakai t’shirt lusuh dan berkain batik,rupa-rupanya dia ada di dalam rumah.Salahnya juga kerana tidak meninjau sekeliling rumah Manalah mahu tahu rumah itu ada penghuninya atau tidak.
            “Akak ada kat rumah.Tadi dekat dapur tengah masak.Akak tak tahu pulak orang jauh nak datang hari ni”,pipi Qalisha di cubit sayang.Dia sememangnya tidak tahu yang Qalisha mahu datang ke rumahnya pada hari itu.Telefon tidak apatah lagi mengutus surat atau berSMS dengannya. ‘Mengutus surat?’.Hahaha,macam zaman batulah pula.Sudah ketinggalan zaman.
            “Qisha kan dah telefon dua hari lepas…Nak datang sini sebab rindu sesangat-sangat dengan Syukur dan akak.Qisha ada pesan dengan Syukur masa tu suruh cakap dengan akak”.Manja sungguh suara Qalisha.Dia sudah memaklumkan bahawa dia akan datang melawat orang-orang disayanginya pada hari itu.Semasa dia membuat panggilan dua hari lepas Syukur yang menjawab panggilan tersebut.Terngiang-ngiang suara ceria dan manja Syukur apabila panggilannya.
            “Eh,Qisha ada telefon ya?”,Mashitah meminta kepastian.
            Qalisha mengangguk laju.
            Mashitah mengeluh. “Emm…Syukur lupalah tu nak bagi tau akak”.Syukur kalau sudah bermain-main dengan Meon benda yang perlu disampaikan pun pasti dilupakan.Pasti dia juga sudah lupa yang Qalisha datang ke sini pada hari ini.Kalau tidak pasti anaknya itu sudah tertunggu-tunggu dan tercongok awal-awal pagi lagi di atas tangga.
            “Jomlah masuk.Panas ni dekat luar.Nanti terbakar pulak kulit”,bahu Qalisha dipaut.Mereka jalan seiring menuju ke perkarangan rumah.Sesampai sahaja dihadapan tangga.Qalisha menghentikan langkah.Langkah Mashitah juga serta-merta mati.
            Qalisha baru teringat tentang Syukur.Di manakah dia sekarang?
            “Kak,mana Syukur? Dari tadi tak nampak batang hidung dia”.
            “Biasalah Qisha hari cuti macam ni.Syukur jarang lekat kat rumah.Satu hari suntuk main dengan Meon.Dia dekat belakang.Pergilah tengok”.
            “Akak naiklah dulu.Qisha nak surprise kat Syukur.Saya pergi belakang dulu ya…”,Qalisha meminta diri.
            “Yalah,nanti suruh Syukur naik sekali ya.Akak dah siap masak tu.Nanti kita boleh makan sama-sama”,sebelum adik angkatnya itu berlalu Mashitah sempat memberi pesanan.Qalisha memberikan senyuman dan terus berlalu ke belakang rumah Mashitah.Syukur sedang memberikan Meon rumput yang masih segar.Tangan kirinya menyuakan rumput ke mulut  Meon manakala tangan kanannya menggosok-gosok bulu halus anak lembu itu yang berwarna coklat keperang-perangan.Dia berdiri membelakangi langsung tidak menyedari kehadiran Qalisha.Sepantas kilat Qalisha mendapat idea nakal.Kakinya melangkah perlahan supaya tidak terpijak ranting dan daun-daun kering yang boleh menyedarkan Syukur kehadirannya.Setelah dia sampai tepat dibelakang Syukur,dengan pantas tangannya terus menekup sepasang mata sepet milik kanak-kanak itu.
            “Arrgghh!...”,Syukur menjerit dengan nyaring sekali.Jelas ketakutan apabila matanya ditutup.Siku dihayun cuba memberikan tumbukan yang dikira mampu mengena di perut orang yang menutup matanya namun tidak berjaya.Qalisha pantas mengelak setiap percubaan tumbukan siku Syukur.Al-maklum orang penuh ilmu didada,mudah sahaja baginya untuk mengelak dan membaca setiap tindak balas musuh.Tetapi Syukur bukan musuh.Dia sengaja hendak bergurau dengan anak saudara angkatnya.
            “Siapa ni?!...Siapa ni?!”,ayat itu diulang-ulang.Matanya sudah ditutup manakan dia tahu gerangan insan yang ada dibelakangnya.Sedaya upaya dia minta dilepaskan.
            “Lepas!!!...Siapa ni?!...”sekali lagi minta dilepaskan.
            Ketawa disembunyikan supaya suara tidak dicam oleh Syukur.
“Mak tolong Syukur!!!…Mak!!!…”,jerit Syukur meminta bantuan emaknya.Qalisha tidak sampai hati pula untuk terus mengusik kanak-kanak itu.Perlahan-lahan mata Syukur dilepaskan.Syukur tidak lagi meronta-ronta seperti tadi.
            Syukur bergerak menjauh.Dia berpaling menghadap Qalisha.Qalisha sudah ketawa melihat reaksi kelam-kabut Syukur.
            Syukur menarik nafas panjang.Kepenatan disebabkan asyik meronta-ronta.Qalisha mendekati Syukur.Tubuh yang sedikit gempal itu dipeluk erat.Sayang,sesayang,sayangnya…
Pelukan bagi melepaskan rindu.Lama sungguh dirasakan dia tidak bertemu dengan Syukur walaupun hanya beberapa bulan.
            “Syyhh!…ni Mak Ngah.Sorry,Mak Ngah tutup mata Syukur.Mak Ngah nak gurau saja”,Syukur masih lagi tercungap-cungap.Senang sungguh dia dipeluk begitu.Sekali gus hilang rasa takut yang melanda.
            Syukur mula tenang di pelukan Qalisha.
            “Mak Ngah ni suka kenakan Syukur tau.Penat Syukur pekik-pekik.Sakit tekak dah ni”,Syukur mengadu.Pada mulanya dia marah apabila ada yang menutup matanya.Namun,apabila Qalisha dihadapannya,marah itu hilang entah ke mana.Dia membalas pelukan hangat gadis itu dengan senang hati dan riang.Dapat dia merasakan Qalisha mengusap-ngusap belakangnya.Untuk menenangkan dia yang terkejut seperti melihat hantu jembalang.
            “Alahai,kesiannya anak sedara Mak Ngah ni.Sorry,sorry…Mak Ngah bergurau aje.Tak marah,kan?”,Qalisha meminta kemaafan sekali lagi.
            Syukur pantas menggeleng.Pelukan terlerai.
            “Tak nak denda Mak Ngah?.Mak Ngah tadi dah kenakan Syukur”.Dia sedia menerima hukuman Syukur.Yalah,dia sedar kesalahannya jadi dia rela dihukum.
            “Usah”,kata Syukur.
            “Betul?”
            “Betul.Mak pesan tak kasi Syukur dendam dengan orang.Maafkan aje kalau dia orang buat salah kat Syukur.Mak cakap lagi,Allah sayang kat orang yang suka memaafkan orang lain”.
            Bangga Qalisha mendengarnya.Sesungguhnya Mashitah berjaya mendidik Syukur agar menjadi orang yang pemaaf.
            “Wah!…pandainya dia.Ni yang Mak Ngah sayang lebih dekat dia”,dahi Syukur dikucup kejap.
            Tersengih Syukur.
            “Syukur buat apa ni?”,sengaja dia bertanya walaupun sudah mengetahui apa yang dilakukan kanak-kanak lelaki itu sejak dari tadi.Badan Meon diusap perlahan.Sesekali tengkuk anak lembu itu digeletek.
            “Tengah bagi Meon makan.Kesian Meon mak tak ada abah pun tak ada.Mak dengan Syukur aje jadi kawan dia”,ujar Syukur dengan berbaur rasa kasihan terhadap anak lembu miliknya.
            Anak lembu itu dihadiahkan Hussien dan Zainab sewaktu hari jadi Syukur ke-6.Bapa Meon mati kerana terlibat dalam kemalangan.Manakala ibunya mati akibat terjatuh ke dalam parit yang sangat dalam.Syukurlah menjadi kawan kepada anak lembu itu.Tiap-tiap hari pulang sahaja dari sekolah,kandang Meon menjadi tempat dia bermain.
            “Syukur sayang Meon tak?”,tanya Qalisha kemudian mencangkung dihadapan Syukur.
            “Sayang”,cepat sahaja mulut kecil itu mengeluarkan jawapan. “Syukur sayang Meon macam Syukur sayang ALLAH,mak,abah dan mak ngah.Syukur sayang ALLAH,mak,Meon dan mak ngah tingginya sama macam langit.Syukur sayang abah tingginya macam gunung aje sebab abah tak pernah sayang Syukur macam ayah orang lain.Ayah Ijamkan Mak Ngah sayang sangat dengan Ijam.Dia belikan Ijam robot besar.Cantik Mak Ngah!”,cerita Syukur.Tercengang Qalisha mendengar kata-kata Syukur yang baru sahaja berusia sembilan tahun.Seawal itu dia sudah pandai membanding-bandingkan kasih sayangnya buat ibu bapa.
            Syukur menyayangi emaknya setinggi langit tiada hadnya dan tiada penghujungnya.Manakala dia menyayangi abahnya hanya setinggi gunung bermaksud kasihnya terbatas seperti ketinggian gunung.Lebih parah lagi sayangnya akan hilang umpama gunung yang ditarah,lama-kelamaan akan hilang bentuknya.Adakah kanak-kanak ini ada perasaan benci terhadap bapanya sendiri? .Desis hati kecilnya.Ini tidak boleh terjadi.Tidak baik buat Syukur untuk membenci bapanya.Bapa kandungnya sendiri.
            Tangan kecil Syukur kembali mengusap kepala Meon.Sedih dan muram.
            “Syukur.Syukur tak boleh sama sekali cakap macam tu.Syukur tahu tak,sebagai seorang anak kita kena sayang dan terima mak dan abah kita sama rata.Tak boleh dibandingkan atau beza-bezakan.Walau macam mana sekalipun jahat mak abah kita,kita kena sayang dan terima dia orang.Sebab dia oranglah Syukur,Mak Ngah dan orang lain ada kat dunia ini.Syukur faham?”,tanya Qalisha lalu menggengam kedu-dua belah tangan Syukur.Qalisha berharap agar tidak bercambah sedikit pun rasa benci terhadap Afizuddin.
            Syukur mengangguk perlahan.Senyuman terukir cantik dibibir nipisnya yang merah.
            Qalisha meletakkan tangan kanannya diatas kepala Syukur.Dia melurut rambut tebal milik kanak-kanak itu.
            “Dah,jom kita masuk ke dalam.Mak suruh Mak Ngah ajak Syukur masuk.Mak dah siapkan makan tengah hari.Jomlah…”,Qalisha memimpin Syukur menuju ke pintu dapur rumah Mashitah.
            “Mari kita lumba.Siapa sampai dulu dia menang”,ajak Syukur ceria.Bercahaya wajahnya.
            “Tak mahulah.Penat”,tipu Qalisha seolah-olah dia kepenatan.Mulut kata tidak,tetapi dia terus pecut lari.Syukur tertinggal dibelakang.
            “Mak Ngah main tipu”,getus Syukur.Larian diatur mengejar Qalisha.
            Qalisha terlebih dahulu sampai dimuka pintu muka dapur.
            “Mak Ngah menang!”,sorak Qalisha.
            “Tak aci.Mak Ngah main tipu”,Syukur termengah-mengah.
            “Yang penting Mak Ngah menang”,kata-kata itu disertakan dengan ketawa.Qalisha terus berlari masuk ke dalam rumah.


KEHARUMAN masak lemak sayur pucuk ubi membuka selera Qalisha dan Syukur yang baru sahaja masuk ke dapur.Masuk sahaja ke dapur lauk-pauk dan nasi sudah terhidang diatas  meja.Ada ikan keli goreng berlada,masak lemak pucuk ubi,ikan kering kapak goreng dan sambal belacan ditaruk petai.Masakan orang kampung.Makan mengikut kemampuan sahaja dan serba sederhana.
            Qalisha dan Syukur mengambil tempat masing-masing.
            “Qisha hulurkan pinggan tu…”,pinta Mashitah.Pinggan dihadapan Qalisha dihulurkan.Nasi disenduk ke dalam pinggan Qalisha dan dihulurkan semula.Kemudian pinggan dihadapan Syukur pula.Barulah pinggannya sendiri.
            Mashitah duduk dikepala meja.
            “Qisha ni mengganggu akak aje.Tak malu betullah,kan?”
            “Hish,tak ganggu pun.Bahkan akak dengan Syukur senang sangat dengan kedatangan Qisha.Qisha memang dialu-alukan pun di sini.Bak kata pepatah orang-orang tua,kecik tapak tangan nyiru, kami tadahkan.Kalau dah rezeki sama-samalah kita merasa.Buat seperti rumah sendiri aje.Tak perlu dibahas lagi.Akak tak suka Qisha cakap macam tu”,marah Mashitah.Tangan Qalisha digenggam seerat-eratnya.Dia mahu gadis itu yakin bahawa kedatangannya kerumah itu sangat disenangi.
            Qalisha hanya menghadiahkan senyuman manja.Tangan yang digenggam kini ditepuk perlahan.
            “Makanlah”,Mashitah mempelawa Qalisha menjamu juadah yang telah disediakan.
            Mereka bertiga mula menjamah lauk-pauk yang terhidang diatas dihadapan mata.Nasi panas menaikkan lagi selera mereka.Hmmm,lazatnya!.Qalisha dan Syukur bagai berlumba-lumba menikmati hidangan mereka.Sesekali Mashitah menegur anak dan adik angkatnya itu sambil tergeleng.
           














Jumaat, 26 April 2013

Bibit-bibit Cinta (Bab 7)


BAB 7

“TITT…titt…titt..”.Interkom berbunyi nyaring.Syed Darius segera menekan butang berwarna hijau.Dirasakan bunyi itu sedang mengganggunya yang fokus menyiapkan kerja.
            “There is someone want to see you, Bos…”.Suara lembut setiausaha Syed Darius bergema.
            “Who is that ,Murni?”.
            “Encik Daniel from Sutera Bina Holding,Bos”,maklum Murni.Baru dia teringat bahawa dia ada perjumpaan bersama Daniel bagi membincang sedikit tentang pembinaan chalet barunya.
            “Let he in…”,dia segera mengarahkan Murni membawa masuk tetamunya itu.
            “Okey”,sepatah sahaja Murni menjawap.
            Pintu pejabatnya diketuk.Syed Darius yang sedang mencatat mendongakkan kepalanya.Dia melemparkan senyuman dan berdiri menyambut kedatangan tetamunya.Tangan dihulurkan tanda mengucapkan selamat datang.Huluran tangannya disambut segera.
            “Have a sit”,setelah bersalaman Syed Darius mempelawa tetamunya duduk dikerusi kulit dihadapannya.
            “Thanks.Nampaknya sekali lagi kita akan berurusan”,Danial membuka bicara.
            “Yup…We only trust to your company for build our new resort.Your work are very excellent and punctual.That a good job”Puji Syed Darius.Tan Sri Syed Arshad dan Syed Darius memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Sutera Bina Holding untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan chalet barunya.Kesemua mini hotel dan chalet di ASD Beach Resort dibina oleh syarikat ini.Namun pada mulanya pembinaan resortnya,dia dan bapanya hanya berurusan dengan anak syarikat Sutera Bina Holding iaitu Seri Gading Sdn.Bhd yang diketuai oleh Encik Roslan dibawah pengawasan Daniel yang berpengkalan di Johor Bharu.Kini,buat kali keduanya,dia akan berurusan dengan kepala syarikat itu yang di ketuai oleh Danial Datuk Hakimi sebagai orang nombor dua penting di syarikat itu.
            Pada awalnya dia tidak berapa setuju apabila Tan Sri Syed Arshad melantik syarikat besar ini.Syed Darius bukan tidak tahu Datuk Hakimi merupakan kawan rapat bapanya yang menjadi pilihan kedua ibu bapanya sebagai bakal besan.Bakal besan tak jadi!.Namun,senaik sahaja melihat hasil kerja mereka dia menjadi tertarik untuk terus melebarkan sayap kerjasama diantara mereka.Dia jarang sekali berjumpa dengan Datuk Hakimi.
Hanya beberapa kali sahaja mereka berjumpa itu pun sekiranya ibu dan bapanya membuat apa-apa majlis keraian namun dia tahu lelaki itu sangat berkaliber dan tegas.Setiap kali bertandang ke rumah keluarga di Kuala Lumpur pasti Datuk Hakimi ditemani oleh Daniel,anak perempuannya tidak pula kelihatan.Katanya gadis itu masih lagi menuntut,namun itu pada tahun sudah.Pasti anak gadisnya itu sudah habis belajar dan kini bekerja dengan bapanya.Ah…minta-mintalah tidak berjumpa dengan gadis itu!.Bisiknya.
            Danial terasa kembang pula apabila dipuji begitu.Bangga sungguh dia.Hanya senyuman yang diberi bagi mengucapkan terima kasih atas pujian yang baru didengari.
            “Itu sememangnya cara kami melakukan pekerjaan.Ketepatan masa itu sangat penting.Bagi I pelanggan merupakan raja jadi syarikat kami tak akan mengecewakan mereka”.
            “Betul apa yang you cakap tu.I memang setuju tanpa ragu”.
            “Okeylah kita teruskan dengan perbincangan projek kita ni.You sudah teliti pelan yang I lakar? You setuju ataupun tidak?”,Daniel sudah memulakan perbincangan.
            “I dah pun teliti dan dah minta pendapat dari my dad.Nampaknya dari segi reka bentuk kami rasa tidak ada masalah.Cuma dari segi materialnya kami bimbang.Kami mahu 20 buah chalet yang bakal dibina ni mempunyai ciri-ciri kampung.So, kayunya mestilah yang tahan lama dan kukuh.I tak mahu apa-apa berlaku pada client yang datang bertamu disini”,Syed Darius menyatakan kebimbangannya terhadap bahan-bahan yang bakal digunakan.
            “Itu you jangan risau.Kayu yang kami guna bukanlah kayu yang calang-calang.Kita akan import kayu jati dari Indonesia.Kayu jati adalah kayu yang sangat kukuh.Dan I rasa mutunya pun tidak perlu di ragui.Tapi harga kayu ni sangat mahal,I takut kita akan lari sedikit dari bajet yang dibincangkan dan berkemungkinan kos untuk mengimport kayu tersebut tinggi disebabkan kadar yang banyak”.
            “Emm…hal kos tak perlu dibimbangkan.I sanggup belanja berapa pun bagi membina chalet yang selesa untuk pengguna.I nak you sediakan senarai pembelanjaan bagi semua material yang bakal digunakan.Tapi agak-agak youlah,berapa anggaran kos yang bakal dikeluarkan?”
            “Apa yang I anggarkan mungkin dalam belasan juta termasuk semua kos.I’m not so sure about that”,Daniel membuat anggaran terhadap kos yang bakal di keluarkan Syed Darius untuk pembinaan chaletnya.
            Syed Darius mengangguk faham.Jumlah masih munasabah.
            “Alhamdulillah…jumlahnya tidak mencecah puluhan juta.Tapi ada pertambahan nilai,you perlu beritahu I segera.Manalah tau I tak ada duit masa tu,bolehlah I pinjam dekat bos besar dulu”,Syed Darius sengaja menyelitkan sedikit lawak supaya perbincangan mereka tidak hambar.
            Daniel melepaskan ketawa kecil.Kelakar apabila mendengar frasa ‘bos besar’.
            “Siapa pulak bos besar you?”
            “Abah I lah…”,selamba sahaja Syed Darius mengata bapanya.
            “Tersedak juga kang abah you dekat rumah”
            Ketawa mereka berpadu.
            “Dar,I tengok resort you memang penuh dengan pelanggan.Nak-nak time cuti.Untung besar you sekarang”.Daniel bersuara setelah tawa mereka reda.Kagum dia melihat resort lima bintang ini yang tidak putus-putus dengan pelanggan.
            “Sebab tulah I nak bina lagi 20 chalet.Time cuti ni memang ramai peng- unjung.Kasihan,sampai ada yang tak dapat check in sebab dah penuh dengan booking.Mini hotel pun penuh.Kalau bukan masa cuti barulah lengang sikit.Tapi kebanyakkan syarikat akan tempah bilik hotel dan dewan untuk membuat seminar”.Syed Darius menerangkan.
            Perniagaan berasal pelancongan sememang mendatangkan untung yang lumayan.Permintaan sangat tinggi apatah masa-masa hari libur.Tidak hairanlah jika Syed Darius tidak menang tangan dalam perniagaannya.Penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang cekap dan memudahkan pengguna adalah tanggungjawab yang sangat penting perlu dipikul oleh pengusaha resort seperti Syed Darius.
            “Kenapa you tak joint your family company?Syarikat famili you tu I rasa sangat kukuh”,Daniel bukan tidak tahu bahawa keluarga Tan Sri Syed Arshad merupakan usahawan yang agak terkenal.Hang Tuah Holding merupakan syarikat perkapalan yang terkenal.Setakat yang dia ketahui banyak juga anak syarikat yang dilahirkan di Malaysia antaranya di Kuala Lumpur,Terengganu,Johor Bharu,Sarawak dan Pulau Pinang.Memang manakjubkan.
            “Actually,I pernah kerja dengan famili I but only for three years.Lepas tu I mula tertarik dengan perniagaan resort ni.Sebenarnya,I sangat-sangat minat dengan perniagaan ni sejak dulu lagi.Tapi masalah kewangan I yang masih belum mencukupi I pendamkan dulu.Resort ni pun dulu tak adalah macam sekarang ni.I ambik alih resort ni lepas tu I bangunkan sikit demi sedikit”.
            “Bermakna resort ni sudah sememangnya adalah sebelum you yang ambil alih?”Sangkanya Syed Darius membangunkan resortnya dari A sampai Z.
            “Ya.Resort ni pada mulanya milik keluarga rakan I.Dia orang buka secara kecil-kecilan dan tak berapa maju.Masa tu cuma ada 20 buah chalet sahaja. Mereka jual resort ni sebab mereka mahu berhijrah ke US untuk uruskan perniagaan mereka disana.Mereka takut tak dapat diselenggara dengan baik,jadi rakan I tawarkan resort ni pada I.I pun terus aje terima tanpa berfikir panjang.Walaupun modal tak mencukupi I cuba yakinkan abah I untuk  melabur dalam perniagaan ni”,panjang lebar Syed Darius memberi penjelasan.
            “Ohh…Dapat juga you capai impian untuk buka resort sendiri’’.
            “Bagi I untuk mengejar impian itu bukan perkara yang susah.Kita cuma perlu rajin dan pandai berfikir.Fikiran pun kenalah positive jangan asyik negative aje.Sampai bila nak maju kalau macam tu,kan?”
            Daniel mengangguk.
            “Betul tu.Orang sekarang kalau nak sesuatu pasti mahu ambil jalan pintas seperti melakukan penyelewengan,pecah amanah,rasuah dan paling teruk sekali sampai membunuh.Langsung tak mahu berusaha.Walaupun jalan pintas yang dipilih ternyata salah,mereka redah juga.Bila dah kena masuk lokap baru nak bermuka-muka cari kesalahan orang lainlah, mengaku tak bersalahlah”.Suaranya bernada kesal.Zaman sekarang ramai masyarakat suka  mengambil jalan salah untuk mencapai impian.
            Syed Darius mengakui kata-kata Daniel.
            Tiba-tiba intercom berbunyi.Syed Darius yang mahu membalas perbualan tadi terhenti.Titt…titt…titt…Lampu hijau menyala-nyala.Dia memberikan senyuman kecil kepada Daniel.
            “Yes,Murni…”
            “Bos,Tan Sri want to meet you”.Sekali lagi Murni memaklumkan.
            “Jemput Tan Sri masuk”,arah Syed Darius kepada setiausahanya.
            “Meeting Bos dengan Encik Daniel sudah selesai ke? Tan Sri cakap kalau belum dia tunggu Bos habis meeting”,Murni memberitahu.
            “Kami dah habis meeting. Jemputlah dia masuk”,arahnya sekali lagi.
            “Okey,Bos…”.
            Murni jalan seiring dengan Tan Sri Syed Arshad.Apabila sampai di hadapan pintu bilik Syed Darius,tangan memulas tombol pintu dan memberi laluan kepada Tan Sri Syed Arshad.Dia yang mahu menutup kembali pintu dipanggil oleh Syed Darius kembali.Langkahnya dimatikan.
            “Murni”,panggil Syed Darius.
            “Ya, Bos”.
            “Suruh Kak Imah buatkan tiga cawan kopi.Lepas tu suruh dia bawak masuk ke sini”.
            “Baik,Bos”,Murni kembali menutup rapat pintu bilik itu.
            Syed Darius dan Daniel berdiri.Mengalu-alukan kedatangan Tan Sri Syed Arshad.
            “Bah,awal sampai…”.Syed Darius menegur.
            “Abah saja datang sini pagi-pagi.Ummi kata hari ni Daniel nak datang.Jadi abah pun ke sinilah.Bolehlah berbual-bual dengan Daniel”.Masing-masing didalam bilik itu tersenyum sesama sendiri.
            Tan Sri Syed Arshad jarang sekali berjumpa dengan Daniel.Jika ada sebarang urusan dia hanya akan berjumpa terus dengan Datuk Hakimi berbanding anak sulung rakannya ini.Apabila mengetahui Daniel datang ke pejabat anaknya,dia terus bersiap.Dia meninggalkan Puan Sri Sharifah Salina keseorangan di villa anaknya.Masih teringat wajah isterinya itu yang masam mencuka apabila dia awal pagi lagi sudah keluar.
            “Daniel apa khabar?sihat?”Tan Sri Syed Darius bertanya sambil menepuk bahu Daniel perlahan.
            “Saya sihat saja uncle.Macam yang uncle tengok nilah”.Ramah sahaja dia membalas.
            “Papa kamu tak ke sini?Dah lama uncle tak berjumpa dia.Last uncle jumpa empat bulan yang lepas.Rindu pulak uncle dengan dia…”
            “Papa sibuk sikit uncle.Ni pun baru sahaja balik dari UK,berjumpa dengan rakan niaganya di sana.Saya suruh dia rehat dulu tapi papa tak mahu.Katanya,kerja dekat pejabat dah lama menunggu”,Daniel sudah bercerita perihal bapanya.Wajah Tan Sri Syed Arshad di sebelahnya dipandang.Tidak lekang dengan senyuman.
            “Hmm,papa kamu tu dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan kerja.Memang ringan tulang,ada sahaja yang mahu dilakukan.Dia memang seorang yang tidak mahu membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Dahulu,masa di zaman universiti,papa kamu selalu menjalankan pelbagai urus niaga dalam dan luar universiti.Maklumlah zaman kami serba kekurangan.Jadi papa kamu nak cari duit tepi untuk sara hidupnya di university.Nak harapkan duit pinjaman memang tak mencukupi”,Tan Sri Syed Arshad sudah tergeleng-geleng apabila teringat rakannya itu yang sungguh berkerja keras.Ketawanya lepas.
            Datuk Hakimi sememangnya tidak berubah dari dahulu sehinggalah sekarang.Semasa di universiti pelbagai perniagaan cuba di ceburi.Jika di asrama,Hakimi akan mengambil upah menaip dan menjual nota-nota ringkas yang di sediakan olehnya sendiri.Jika hari minggu atau tiada kelas pula masa diisi dengan membantu berniaga di luar universiti.Membantu di restaurant,mengelap meja dan mengambil order dari pelanggan.Walaupun gajinya tidak seberapa,Hakimi tetap bersyukur dapat menambahkan dan mengisi poketnya.Jika tidak bekerja masa diambil untuk mentelaah buku-buku pelajarannya.
            Daniel mendengar cerita itu terkejut.Tidak pernah pula papanya bercerita tentang masa lalunya.Bersusah payah papanya untuk menyara kehidupan di masa dahulu.Berbanding dengan kehidupan dia dan Qalisha sekarang,semua yang mereka perlukan papa akan penuhi.Tidak pernah mereka dikecewakan.Cuma ada kalanya mereka pula yang mengecewakan papa mereka.Berdosa sungguh!.
            “Satu lagi yang uncle tabik dengan papa kamu.Papa kamu ni orangnya tak kedekut.Dia akan membantu rakan-rakan yang susah tak kira dari segi ilmu atau kewangan.Dia akan memberi pertolongan ikut kemampuan.Pernah dulu uncle baru sahaja keluar dari bank sorang-sorang,uncle kena ragut dengan dengan ‘mat gian’.Uncle sedih sangat masa tu mana taknya duit tu untuk perbelanjaan seharian uncle dan buat beli buku.
Papa Daniel yang hulurkan bantuan.Dia bagi uncle pinjam duit pinjaman yang dia dapat,dibahagi dua.Mula-mula uncle tak sampai hati nak ambik duit tu sebab uncle tahu keluarga papa Daniel lagi susah dari uncle.Tapi disebabkan desakan,uncle pun terpaksa terima.Uncle ingat lagi dia pernah cakap yang seorang kawan yang baik akan sama-sama waktu susah dan senang…”,panjang berjela pujian diberikan Tan Sri Syed Arshad kepada Datuk Hakimi.Kembang hati Daniel mendengar pujian itu.Menurut Tan Sri Syed Arshad lagi Datuk Hakimi sangat menghargai persahabatannya dan sentiasa menjaga perhubungan tersebut.Patutlah papanya ramai kenalan tidak kira dalam dan luar negara.
            Syed Daniel yang berdiam diri sedari dari tadi menunjukkan rasa kagum terhadap cerita yang baru diperdengarkan oleh Tan Sri Syed Arshad.Satu senyuman dihadiahkan lagi kepada Daniel.Dia sudah terhutang budi dengan kebaikan yang dilakukan Datuk Hakimi walaupun bukan kepadanya.
            “Wah…abah,Dar rasa Daniel pun mesti macam papa dia.Like father like son,bah…”, dikerling Daniel dihadapan yang sudah tersenyum-senyum malu.Sengaja dia mengusik lelaki itu.
            “You ni Dar sengaja nak buat I malu.I tak sebaik papa I pun.I ni biasa-biasa saja”,ucap Daniel merendah diri.
            Pecah lagi tawa ketiga-tiga mereka.
            Ketukkan pintu menghentikan tawa mereka.Fatimah masuk sambil menatang tiga cawan berisi air kopi sambil tersenyum.Fatimah menyusun cawan kopi tersebut ke hadapan majikan-majikannya dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
            “Terima kasih Kak Imah”,Syed Darius mengucapkan terima kasih kepada Tea ladynya,Fatimah.Fatimah mengangguk kecil tanda membalas ucapan majikannya itu.Dia terus berlalu keluar dari bilik Syed Darius.
            “Jemput minum abah,Daniel…”.
            Mereka sama-sama menghirup kopi yang disediakan oleh Fatimah sebentar tadi.Haruman kopi tersebut menggoyahkan selera mereka.Terus dihirup kopi yang masih hangat.
            “Memandang Daniel sudah ada dekat sini,apa kata Daniel lunch sekali dengan kami?Dah nak masuk waktu lunch pun. Uncle dah pesan dengan auntie Ina supaya masak sedap-sedap untuk makan tengah hari kita.Boleh,ya?...”,ajak Tan Sri Syed Arshad.Berharap agar Daniel sudi menerima ajakannya.
            Daniel sudah serba salah.Mahu menerima atau pun tidak?
            “Eh,tak apalah uncle.Buat susah aje”,dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.Lagi pula dia segan mahu bertandang lama di villa Tan Sri Syed Arshad.Mengganggu sahaja keluarga ini mahu menikmati makan tengah hari mereka.
            “Alaa..tak ada susah mana pun Daniel.Uncle rasa auntie kamu tu tengah tunggu kita dah ni.Makanan pun mesti dah terhidang atas meja.Kita tinggal langkah kanan aje ni…”,Tan Sri Syed Arshad memujuk lembut.
            “Tak apa uncle.Lagi pun saya nak kena sampai awal.Papa pesan lepas aje meeting dia suruh balik jenguk pejabat sekejap”,dia sudah berdalih.Baru dia teringat pesanan Datuk Hakimi yang mengarahkannya ke pejabat setelah pulang dari Melaka.Itu pun jika dia sempat.
            “Daniel…pejabat you tu tak ke mana pun.Jomlah,rugi tau you tak rasa masakan ummi I.I dengan abah makan sampai menjilat jari.Kan,abah?” Syed Darius pula beria-ia memujuknya.Dia melihat abahnya sudah ketawa kecil.
            “Call papa Daniel.Cakap dengan dia,uncle Shad tahan Daniel lunch dekat sini.Kalau dia marah suruh dia call uncle.Biar uncle sendiri cakap dengan dia…”,arah yang diberikan TanSri Syed Arshad kedengaran lucu bagi Daniel.Ketawanya lepas,begitu juga Syed Darius.Arahan yang seakan-akan diberikan kepada kanak-kanak.
            “Kalau uncle dah berkata begitu.What can I said?...”,tidak sampai hati pula dia mahu menolak pelawaan dua orang lelaki ini.Rezeki jangan di tolak,maut jangan dicari.
            “Haa..macam tulah”.Kata Tan Sri Syed Arshad yang sudah berdiri.Diikuti oleh Syed Darius dan Daniel.
Mereka berjalan seiringan keluar dari bilik itu.