BAB 6
SEMEMANGNYA seperti sudah diduga oleh mereka.Pasar raya BP Mall pada hari itu penuh dengan warga Filipina,Pakistan,Vietnam dan Indonesia.Masing-masing mahu merehatkan minda dan otot mereka setelah lima hari dikerah kudratnya oleh para majikan mereka.Selain itu, terdapat juga pasangan kekasih sedang bercengkerama sewaktu mereka sedang menonton wayang.Sakit mata Qalisha melihatnya terutama sekali pasangan yang duduk dihadapannya.Wayang yang mereka pertontonkan lebih hebat daripada cerita yang terlayar di layar putih.Berpelukkan,bercumbuan,raba sana,raba sini…yerk!!.Tahulah tempat ini gelap,dengan sesuka hati sahaja mereka berkelakuan sumbang.
SEMEMANGNYA seperti sudah diduga oleh mereka.Pasar raya BP Mall pada hari itu penuh dengan warga Filipina,Pakistan,Vietnam dan Indonesia.Masing-masing mahu merehatkan minda dan otot mereka setelah lima hari dikerah kudratnya oleh para majikan mereka.Selain itu, terdapat juga pasangan kekasih sedang bercengkerama sewaktu mereka sedang menonton wayang.Sakit mata Qalisha melihatnya terutama sekali pasangan yang duduk dihadapannya.Wayang yang mereka pertontonkan lebih hebat daripada cerita yang terlayar di layar putih.Berpelukkan,bercumbuan,raba sana,raba sini…yerk!!.Tahulah tempat ini gelap,dengan sesuka hati sahaja mereka berkelakuan sumbang.
Belum pun cerita yang mereka tonton
itu habis,Qalisha sudah menarik tangan Lily Azlina keluar dari pawagam.Sudah
tidak tertahan lagi melihat aksi-aksi yang boleh merosakkan minda.Lily Azlina
terkejut dengan tindakan Qalisha yang tidak semena-mena itu.
“Qisha,Qisha!...sabarlah,kasut
aku tercabut ni…Hisyyhh!,kenapa dengan kau ni?.Cerita belum habis lagilah .Apasal
kau terburu-buru nak blah ni?...”,soalnya geram melihat tindakkan
Qalisha.Qalisha terus berhenti dan melepaskan tangan Lily Azlina.Lily Azlina
terus berlari ke arah kasut yang tertinggal dibelakang kemudian kembali
mendapatkan Qalisha.Segan dia apabila orang-orang disekelilingnya memandang
hairan.
“Kau ni dah kenapa?.Sakit perut
ke?”,tanya sekali lagi dengan nada tidak puas hatinya.
“Ahh,nantilah aku cerita…Jomlah
pergi makan dulu.Dah lapar tahap gaban ni…”,rengek Qalisha.Lily Azlina melihat wajah Qalisha hanya selamba.Dia
mendengus,geram!.
Qalisha terus menarik tangan Lily
Azlina memasuki salah satu francais yang berasaskan makanan segera,KFC.Qalisha
ke kaunter pesanan.Manakala, Lily Azlina mencari tempat duduk untuk mereka.
“Selamat
datang ke KFC cik..”,ucap salah seorang daripada casher yang menjaga salah satu
kaunter di situ.Qalisha memberikan senyuman terhadap casher yang mesra itu.
“Cik,boleh saya ambil pesanan?”
Qalisha mengangguk. “Hmm…saya nak 2
set sneck dan potato cheese wadges big size”.Penjaga
kaunter itu segera mengambil pesanan Qalisha.Tidak sampai 10 minit,pesanan
Qalisha sudah dihidangkan.Qalisha segera membayar makanan yang dipesannya dan
terus berlalu kearah tempat duduk yang dipilih Lily Azlina.
“Lunch
on me…”, ujarnya dengan nada ceria setelah dia meletakkan dulang makanan yang dipesan.Namun muka Lily
Azlina yang duduk dihadapannya sudah bermasam. Muka tanda protes terhadap
tindakkan Qalisha sebentar tadi.
Qalisha masih lagi selamba
mencubit-cubit ayam goreng dihadapannya .Dia tahu mengapa Lily Azlina bereaksi
begitu.Sememangnya salahnya.Semakin geram Lily Azlina melihat wajah selamba
Qalisha itu.Akhirnya dia bersuara.
“Qisha apasal kau tiba-tiba tarik
tangan aku ni?...Sebab kaulah aku tak boleh tengok lakonan hero pujaan hatiku
tahu.Aku tahulah kau tak minat tengok filem cintan-cintun tu.Kau tutuplah mata
tidur kalau tak nak tengok,ni tak dengan selamba aje kau tarik aku keluar.Malu
tau tak.O.M.G kenapalah dengan kawan aku ni!!...bla…bla…bla…”,bebel Lily
Azlina.Suaranya seakan-akan menahan
marah yang sudah tinggi
menggunung.Terpaksa Qalisha menadah sahaja telinganya.Lily jika sudah geram
memang tidak akan menjadi diri yang lemah lembut dan romantik.Mulutnya membebel
seperti burung murai yang tercabut ekor.Namun,frasa ‘hero pujaan’ yang
disebut-sebut rakannya itu membuatkan di mahu ketawa.Mulutnya ditutup untuk
menahan tawanya.
“Ehh…kenapa kau tutup mulut kau?Kau
nak gelakkan aku kan?.Oh,kau suka ya aku membebel-bebel macam ni?...”,soalnya
geram.Orang tengah marah,dia pulak boleh ketawa!.Ibarat menyimbah minyak
kedalam api yang marak.
“Tak adalah…kelakarkan bila dengar
kau sebut hero pujaanku.Aku taulah kau minat gila dengan Aaron Aziz.Kau tau tak yang dia tu dah
kahwin?.Berasap karang telinga orang rumah dia kalau dengar kau sebut macam
tu…”.Jelas Qalisha.Dia tahu Lily Azlina adalah salah seorang peminat fanatik
aktres itu.Cerita yang melibatkan lakonan pelakon itu dia tidak pernah dia
ketinggalan walau satu cerita
pun.Sudah semesti cerita Ombak Rindu yang ditayangkan tidak mahu
dilepaskan.Namun,Qalisha sudah menghilangkan moodnya pada hari itu untuk
menonton dengan apa yang dilakukan .
“Apa masalahnya?...aku cuma minat
kat dia aje.Alah,bini dia pun fahamlah.Dah namanya pelakon,semua orang
suka…Soalan aku tadi kau belum jawab lagi.Jangan nak tukar topic, eh.Kenapa kau
buat macam tu?”,sinis saja suara Lily Azlina.
“Sebenarnya aku nak elakkan kita
daripada bersubahat dengan zina…”.
Berlapis pelipis Lily.
“Apa yang zinanya Qisha? Aku rasa
cerita tu tak ada pun aksi bluesnya,sedih
banyaklah…”,potong Lily Azlina dengan rasa tidak puas hati.
“Bukan cerita tulah….”.
“Habis cerita apa?Kan kita tengah
tengok cerita Ombak Rindu tadi”.Cantas Lily Azlina lagi.
“Hoi,aku belum habis cakap lagi kau
dah blok sana,blok sini.Sabarlah dulu biar aku habis cakap dulu”,naik angin
jadinya apabila Lily asyik memotong apabila mahu bercakap.
Lily sudah tersengih.
“Maksud aku tadi bukan cerita Ombak
Rindulah.Tapi ‘Penangan Rindu’.Kau tahu tak masa kita tengah tengok movie
tadi,adalah sepasang merpati yang duduk kerusi depan kita tadi sedang
beromen.Macam-macam aksi tadi dia orang buat.Aku rasa dia orang ni masih
sekolah lagilah.Mentang-mentanglah orang tak ramai,tempat pulak gelap,lepas tu
sebaris tempat dia orang duduk tak sorang pun orang duduk,dia orang mulalah
buat drama sebabak.Aku rasa dia orang tak tahu yang kita duduk dekat belakang
dia orang.Bernanah mata aku tengok tau…”,kata Qalisha panjang lebar dengan nada
marah.Kalau hanya dia dan pasangan kekasih itu saja dalam panggung,memang sudah
dia sound habis-habisan.Dia tidak
mahu membuka aib orang lain,disebabkan itu dia terus mengajak Lily Azlina
keluar dari panggung.Kecil-kecil lagi sudah berkelakuan tidak senonoh.Perlakuan
mereka seperti tidak ada maruah sahaja yang perlu dijaga.Dalam penglihatan
Qalisha pasangan itu sepertinya masih lagi diusia remaja dan masih
bersekolah.Buat malu mak bapak saja.
Lily menutup mulutnya,bagaikan tidak
percaya apa yang diperkatakan oleh Qalisha itu.
“Lah…betul ke Qisha?”
Qalisha mengangguk.
“Ya ALLAH…apa nak jadilah dengan
budak-budak sekarang ni.Aku memang tak perasan pun dia orang kat depan kita
tadi.Kau tahu ajelah aku kalau dah tengok movie cinta,sikit pun mata tak nak
berganjak…”.Rasa bersalah pula dia kerana marah terhadap Qalisha.Qalisha mahu
menyelamatkannya daripada melakukan dosa besar.Walaupun bukan mereka yang
melakukan perkara sumbang itu,namun orang yang melihat perkara itu tanpa
mencegah juga dikira sebagai subahat dan sudah semestinya berdosa.
“Sorry
ya Qisha…tak patut aku marah dekat kau tadi,sedangkan kau dah selamatkan
aku…”.Lily memohon maaf dari ketelanjuran dia menghamburkan marahnya terhadap
Qalisha.
“Hmm,tak apa…Pasal tadi pun aku nak
minta maaf juga,nanti kita beli aje DVDnya.Tapi aku nak nasihat sikit dekat
kau, lain kali janganlah syok sangat sampai tak tengok sekeliling”,nasihat
Qalisha.
Lily senyum tanda menerima
permohonan maaf dan nasihat itu.
Mereka segera menyambung sesi makan
mereka yang tertangguh tadi.Masing-masing menikmati makanan
masing-masing.Berselera sahaja mereka melihat ayam goreng yang ranggup.
“Lily sekarang ni kau kerja dekat
mana?Dah jadi cikgu kawan aku sorang ni…”,baru dia teringat pertanyaannya
semasa mereka di tasik Y.
“Kalau aku bagitau kau jangan
terkejut ya…”.
“Buat apa nak terkejut pulak.Apa
tempat kerja kau special sangat ke?...”.Qalisha ketawa.
“Tak adalah,mesti kau ingat aku jadi
cikgu sekarang ni kan?...”,tebak Lily Azlina apa yang difikirkan oleh Qalisha.
“Mengapa kau tanya macam tu?.Kau kan
lepasan UPSI,tak kanlah jadi engineer pulak…”.Qalisha berlawak.Qalisha tahu
pasti Lily Azlina kini menjadi seorang guru kerana ibu dan bapanya mahu dia
menjadi guru seperti ibunya atau doktor seperti bapanya.Kakak dan
abang-abangnya juga mengikut jejak langkah ibu bapanya.Namun bidang kedoktoran
tidak dapat dipenuhi oleh Lily Azlina kerana dia bukan dari aliran sains dari
tingkatan 4 hingga tingkatan 5.Jadi,profesion ibunya terpaksa menjadi pilihan
walaupun sebenarnya dia tidak minat.
Setahunya, Lily Azlina lebih suka menceburkan diri dalam bidang
perniagaan perlancongan seperti perhotelan.Dan dia mahu membuka resortnya
sendiri apabila sudah mendapat modal.Impiannya itu pernah diceritakan kepada
rakan-rakan dikelasnya semasa guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan memberikan
tugasan tentang cita-cita di masa akan datang dan sumbangan kepada masyarakat.
“Aku tak jadi cikgulah…Aku sekarang
ni jadi supervisior dekat sebuah
resort di Melaka.Aku nak cari pengalaman dekat resort tu.Manalah tahu aku dapat
durian runtuh ke boleh bukak resort sendiri….”,maklumnya kepada Qalisha.
Qalisha melongor.Cepat-cepat dia
beristighfar.Tidak sangka Lily
melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik di
Malaysia.Bertapa beruntungnya Lily.
“Pulak…kenapa kau tak jadi cikgu
aje?Kau kan lepasan UPSI.Mak dan bapak kau tak naik hangin ke?...”.Tanyanya
tidak percaya dengan tindakan Lily Azlina itu.
“Aku tak minatlah Qisha.Kau tau dari
dulu kan yang aku ni minat gila dengan bidang perniagaan ni.Memang ayah dengan
mak aku marah.Macam-macam dia orang toucher
aku.Masa aku habis aje study,mak
aku nak daftarkan nama aku dekat Kementerian Pelajaran,bila aku fikir dua tiga
kali kalau jadi guru tak ikhlas nanti murid terabai pulak.Aku takut tak boleh
galas tanggungjawab sebagai pendidik,nanti habis aku dera anak murid,kan naya
namanya tu.Aku merayulah dekat mak dengan ayah aku sampai mogok tak nak makan
dekat seminggu tapi akhirnya berjaya jugak.Mana dia orang tahan tengok anaknya
macam tu.Anak kesayanganlah katakan…”.Mudah sahaja alasannya.Ada betul juga apa
yang dikatakan Lily itu.Jika betul-betul mahu menjadi pendidik,hati perlu
ikhlas barulah apa yang diajar berkesan.Kalau tidak ikhlas dan hanya mengambil
ringan sahaja pasti akan diburu ibu bapa para pelajar pula,yang bertanya soalan
biasa seperti mengapa prestasi anak mereka tidak meningkat.Namun cara Lily
memujuk sememangnya mengejutkannya.Sanggup berlapar dekat seminggu untuk
mencapai tujuan.Tak faham,tak faham.
“Hei,sampai macam tu sekali kau
mogok…memudaratkan diri ajelah kau ni.”.Qalisha marah-marah sayang.Lily hanya
tersengih.
“Kau tak rasa rugi ke Lily?”
“Sikit pun tak”, Lily dengan
yakinnya
“Kau pulak Qisha kerja dekat
mana?”,giliran Lily pula bertanya.
“Aku belum kerja lagi.Nak duduk
bawah ketiak nenek dulu dalam sebulan dua ni…”,jawap Qalisha sambil ketawa kecil.
“Oh…mesti terus kerja dengan papa
kau kan? Untunglah,papa kau ada bisnes sendiri dekat KL,ada syarikat besar dan
terkenal lagi.Tak payah pergi interview sana,interview sini…”.
Qalisha mencebik. “Aku sebenarnya
ingat nak cari pengalaman dululah macam kau jugak.Rasanya buat masa sekarang ni
aku belum sedia nak kerja dekat syarikat papa aku tu.Papa aku suruh aku jadi
orang kanan abang Dani kalau aku kerja dengan dia.Tapi aku kurang
setujulah.Dahlah tak ada pengalaman lepas tu di beri pulak jawatan besar.Tak
naklah macam tu.”,Qalisha sememangnya akan menolak apabila Datuk Hakimi
menawarkannya untuk bekerja di syarikat besar itu.Dia mahu memberikan laluan
kepada golongan yang banyak berjasa didalam syarikat Datuk Hakimi untuk
menyandang jawatan itu.
“Habis kau dah cari kerja?”
“Belum
lagi…kau tahu tak kat mana ada kerja kosong dekat sini atau dekat sekitar
Melaka ke?”,
“…Err…Kalau dekat sini aku tak
tahulah.Tapi aku rasa dekat resort yang aku kerja tu dia orang tambah lagi
chalet tak silap dalam 20 buah chalet,aku rasa dekat situ dia orang memerlukan
kerja yang lebih ramai.Tapi jawatan room
servicelah,kau nak ke?...”,tanya Lily
tidak yakin.Tidak mungkin Qalisha mahu menerima jawatan itu,sedangkan
kelulusan yang diperolehi melayakkannya memegang jawatan tetap dalam sesebuah
syarikat.Bachelor Business Management tu!.
Qalisha seperti berfikir
sejenak.Kewajaran dia menerima tawaran itu.
“Hmm…mencabar juga jawatan tu.Aku
rasa aku terimalah.Tapi aku nak tinggal dekat mana kalau di Melaka?”
“Eh,betul ke Qisha kau nak kerja
situ?...Room service tu? Macam tak
sesuai aje dengan kelulusan kau”,hairan dia mendengar apabila Qalisha setuju
dengan cadangannya.Dengan kelulusan macam itu dia sudi jadi pengemas bilik
chalet?Hilang akal apa perempuan ni?.
“Alah…bukan mati pun kalau buat
kerja-kerja mengemas.Lagi pun aku nak mula dari bawah,macam kaulah jugak.Tapi
bukan sekaranglah.Mungkin dalam sebulan dua lagi.Kalau aku kerja kat sana,kau
boleh jumpa aku setiap hari sampai muak,kan?...”,Qalisha cuba meyakinkan Lily .
“Ikut kaulah Qisha..”,bagus juga
Qalisha ke Melaka sekurang-kurangnya dia bolehlah berjumpa sahabatnya setiap
hari.Tidak perlulah dia balik ke Johor setiap hujung minggu untuk berjumpa
dengan Qalisha.
“Tapi kau kenalah carikan aku rumah
sewa.Boleh?”,Qalisha meminta persetujuan Lily Azlina.Kepala sengaja
dilentok-lentokkan dengan gaya manja.Kalau mahu sesuatu gaya seperti itulah
yang dipertunjukkan.Bagi Lily itu sudah kebiasaan.Sekasar Qalisha ada juga
kemanjaannya.
“Emm…tak payahlah kau buat macam
tu,aku tak tergoda pun…”.
Qalisha sudah tergelak.
“Boleh tak ni?”
“Kalau betul kau nak kerja dekat
situ,pasal tempat tinggal kau tak payah risau.Kau duduk aje dengan aku.Aku sewa
rumah dekat dengan resort.Kalau kau nak,duit sewa kita bahagi tiga.Amacam?”,Lily
mengutarakan cadangan sekali lagi.
“Boleh jugak tu.Save sikit duit daripada menyewa sorang-sorang.Tapi ada kemusykilan
sikit.Kenapa pulak duit sewa dibahagi tiga?Bukan ke kita duduk dua orang
aje?Siapa sorang lagi tu?...”,banyak pula soal Qalisha.
“Oh…kita bukan berdua tapi
bertiga.Aku,kau and Kak Adah.Kak Adah tu pun kerja dekat sana jugak.Masih single but available.Dia pun jadi
supervisior tapi bahagian kitchen,aku
pulak bahagian pemantauan pekerja.Kak Adah tu peramah sangat
orangnya.Kadang-kadang aku yang banyak cakap pun habis idea bercakap dengan
dia…”,terang Lily Azlina.
“Ohh…”,itu sahaja yang keluar dari
bibir mungil Qalisha.
“Okey,hal pekerjaan kita set.KIV dulu.Kau tunggu berita daripada aku
aje.Sekarang ni aku nak tanya pasal tunang kau? Siapa dia?”
Lily Azlina telan liur. ‘Mahu
diberitahu malu,kalau tak diberitahu banyak pula soalan Qalisha nanti…’
“Haa?”,sengaja
buat-buat tidak dengar dengan muka dikerutkan
“Aku tanya ni,siapa tunang kau tu?”
diulang lagi soalan yang sama.
“Emm…”Lily Azlina sudah
mengetuk-ngetuk kepalanya.Persis mengingati sesuatu yang dia lupa.
“Cakap ajelah,siapa?”desak Qalisha
sudah tidak sabar.
“Sebenarnya aku belum sedia nak
bagitau kau.Tapi jangan risau,one fine
day aku bagitau,boleh?”
“Alah itu pun tak nak bagitau.Apa
punya kawanlah kau ni.Suka secret-secret
tau.Malas aku nak paksa.Lantaklah kau,nak bagitau ke, tak nak bagitau pun aku
tak heran”,suaranya sudah seakan-akan orang merajuk.
“Aku nak surprise kan
kau…nanti-nanti aku bagitau jugak”,pujuk Lily Azlina.Dia malu sekiranya Qalisha
tahu siapa tunangannya.Pasti Qalisha akan mentertawa dan mengejeknya jika
diberitahu.Orang yang tidak disangka-sangka Qalisha sudah pun rasmi menjadi
tunangan tiga bulan lepas.Biarlah apabila dia sudah bersedia baru dikhabarkan
kepada Qalisha.
Qalisha hanya mencebikkan bibir.
“Aku cuma bagi kau klu tentang buah
hati aku tu ,ya?”
“Suka kaulah…”,kata Qalisha acuh
tidak acuh.Hendak beritahu pun susah sangat.
“Hmm…tunang aku tu kulitnya hitam
manis.Tingginya dalam 172 cm.Dia orang Johor juga tapi sekarang dia tak ada
dekat sini dan tak ada dekat mana-mana pelusuk Malaysia.Dia sekarang dekat
Qa’tar.Bekerja sebagai petroleum
engineering.Itu ajelah klu yang aku boleh bagi.Yang lain aku bagi
kemudian”, terang Lily Azlina secara detail tentang tunangannya.
Qalisha mengangguk malas.Biar Lily
ambil seberapa banyak masa untuk memberitahu gerangan buah hati pengarang
jantungnya itu.
“Entah-entah Awang Hitam
tak…”,Qalisha bergurau.
“Awang Hitam?Siapa tu?”,soal Lily
Azlina tidak mengerti.
“Awang Hitam pun tak tahu?...orang
Negrolah.Habis kau kata kulit tunang kau tu hitam manis.Lepas tu kau malu-malu
nak bagitau aku siapa dia…”.
Terbeliak Lily memandangnya.Cabul
sungguh.
“Choi!...apa kau merepek ni
Qisha?...Hishh..banyak lagi tau jejaka Melayu yang nak dipilih.Tak ingin aku
nak pilih Awang Hitam.Terdesak nak laki sekali pun aku tak akan pilih dia orang
tau”.Terbeliak mata Lily Azlina.Marah dia apabila Qalisha menganggap dia
bertunang dengan orang berkulit hitam.Tunangnya sikit punya handsome dikatakan Negro.Baginya kacak
tetapi tidak tahu pula orang lain.Hati jika sudah suka yang pahit pun dikatakan
manis,yang hitam dikatakan putih.Tidak patut betullah Qalisha ini.
Qalisha tersengih-sengih. “Aku saja
aje.Bergurau pun tak boleh…”.
Lily Azlina sudah menjeling.Kemudian
dia tergelak-gelak.
SELESAI
saja mereka mengisi perut,mereka bersiar-siar pula di sekitar pasar raya
itu.Sekedar mencuci mata.Namun,sesampai sahaja di hadapan Kedai Buku Popular
tangan Qalisha ditarik Lily Azlina.
“Qisha jom…aku nak beli novel
kejap”.Qalisha terpaksa akur.
“Jiwang”,kata Qalisha
perlahan.Walaupun perlahan namun masih boleh didengar oleh Lily.
“Apa kau cakap?”
“Eh ,tak ada apa”.Qalisha
melambai-lambai tangan tanda dia tidak berkata apa-apa.
Lily tidak menghiraukan Qalisha.Dia terus ke bahagian rak yang
menempatkan pelbagai novel baru dari pelbagai penulis terkenal.Antaranya
Fauziah Ashari,Anis Ayuni dan Damia Hanna.Dia membelek dari satu novel ke satu
novel yang lain.Ambil satu,di tilik terlebih dahulu,kemudian ambil lagi novel
sama.Prosesnya sama sahaja daripada tadi.Sudah setengah jam mereka dirak buku
itu.Ini yang Qalisha tidak gemar apabila menemani Lily Azlina ke kedai
buku.Cerewet sungguh bila memilih.
Qalisha yang berdiri di sebelah Lily
hanya memerhati.Dia sudah kebosanan menunggu sahabatnya memilih novel yang
berkenan.
“Apa yang kau belek lagi Lily?Pilih
ajelah,lepas tu pergi kaunter bayar…”,sudah tidak tertahan dia menunggu di
situ.Alamat berjanggutlah dia sekejap lagi!
“Kejaplah Qisha…aku nak pilih yang
best punya.Kau duduk aje diam-diam kat situ”,selamba Lily memberi arahan.
“Koleksi kau dah bertimbun pun nak
beli lagi.Bilik kau tu dah macam lautan novel aku tengok.Aku dah rasa macam
batang kayu dah ni.Penatlah…”,rungutnya.Lily Azlina adalah salah seorang
pencinta novel yang tegar.Ada sahaja novel baru pasti akan dibelinya.
“Sibuklah awak ni,kita nak pilih
tau.Janganlah kacau...pergilah duduk kat kerusi tu dulu”,marah-marah
gurau.Bahasa ‘kau’ dan ‘aku’ bertukar ‘awak’ dan ‘kita’ pula.Jari telunjuknya
diluruskan ke arah kerusi yang terletak ditepi dinding.Dia kembali menilik
novel.
“E’eh..kita pulak kena
marah”,omelnya.
Qalisha mengeluh.Dia melangkah malas
ke kerusi yang diunjukkan Lily Azlina.Tahulah dia,pasti dia harus tunggu lagi
setengah jam.Mulutnya sudah terkumat-kamit bernyanyi perlahan menghilangkan
bosan.Matanya melilau melihat sekeliling kedai.Ramai juga pengunjung yang
berkunjung ke kedai itu.Tidak kira tua atau muda.Ada juga yang membawa
keluarga.Hingar-bingar suasana dengan pendapat dan gelak tawa pengunjung.
Matanya dihela pula ke arah rak buku
kanak-kanak.Terdapat beberapa orang kanak-kanak yang sibuk memilih buku-buku
baca.Tiada ibu bapa yang mengawasi mereka.Ibu bapa sekarang ini main lepas
tanggungjawab sahaja.Kalau hilangkan susah nak cari.Tiba-tiba dia terpandang
seorang wanita yang bertudung biru muda sedang mengandung memimpin tangan kecil
disebelahnya.Wajah kanak-kanak itu tidak kelihatan kerana dihadang oleh rak
buku dibelakangnya.Qalisha terus memerhati kedua-dua beranak itu.Ibunya menarik
sedikit tangan anak kecil itu ke barisan rak bersebelahan barulah Qalisha dapat
melihat jelas wajah kanak-kanak itu apabila dia berpaling.
Rupa anak kecil itu seakan-akan wajah seseorang yang sangat Qalisha
kenali.Anak kecil itu menghidap penyakit lembam,rupa kanak-kanak lembam sama
sahaja.Kemudian disisi kanak-kanak itu,kelihatan seorang lelaki tinggi lampai
sedang melayannya dengan mesra .Pasti itu bapanya.Perasaan sayu mula bertandang
didalam hati.Kerinduannya terhadap seseorang menebal.Sudah lama dia tidak
berhubung dengan orang yang sangat disayangi. ’Mak Ngah rindu Syukur…’bisiknya
di dalam hati.Teringat kenangannya sembilan bulan lepas.
“Mak Ngah!…”,teriaknya.Tubuh Qalisha
terus dipeluk erat.
Ada riak gembira diwajah mulus itu.
“Syukur rindu Mak Ngah.Mengapa dah
lama tak jenguk mak dan Syukur?”
Qalisha melebarkan senyuman manis.
“Mana ada dah lama.Bulan lepaskan
Mak Ngah dah datang”,pelukan Syukur dileraikan.Terus dahi kanak-kanak lembam
berusia 6 tahun itu dicium kejap.Sayang!.
Syukur melompat-lompat
kesukaan.Kucupan itu dianggap sebagai hadiah.Tiada apa yang diharapkan
melainkan kucupan dari Qalisha.Mungkin dia merasakan diri dihargai dan
disayangi.Qalisha senang melihat reaksi Syukur.
“Syukur kenapa tak ajak Mak Ngah
naik!?”,jerit satu suara.Orangnya tidak kelihatan.Sudah pasti itu jeritan
Mashitah.
“Kejap mak!”,Syukur menjawab dengan
jeritan juga.
“Jom Mak Ngah”,tangan Qalisha
ditarik laju menaikki tangga.Terkocoh-kocoh dia memanjat tangga.Qalisha
terpaksa mempercepatkan langkahnya.
Mashitah muncul dari dalam
dapur.Tangannya menatang dulang minuman.
“Buat apa tarik tangan Mak Ngah
macam tu.Hii budak ni!…jatuh Mak Ngah nanti”,Mashitah marah-marah sayang.
Syukur tersengih.Dulang minuman
ditangan emaknya diambil,kemudian diletakkan diatas meja.Syukur anak yang
sememangnya ringan tulang.Laju sahaja membantu emaknya tanpa bersoal.
“Apa khabar Kak Ita?…”,sapa Qalisha
kepada wanita berusia 29 tahun itu.Tangan dihulurkan untuk bersalam.Disambut
mesra oleh Mashitah.
“Baik.Qisha macam mana?”,Mashitah
melemparkan senyuman manis.Dia mempersilakan Qalisha duduk.Setahu Qalisha
wanita ini tidak lokek dengan senyuman.Tidak pernah beriak sombong dan cukup
merendah diri.
“Alhamdullillah.Baik kak”.
“Mak Ngah tak tanya Syukur?”,Syukur
bersuara tiba-tiba.
“Tanya?Tanya apa?”,berkerut-kerut
dahinya begitu juga Mashitah.Tidak mengerti.
“Tanya khabar Syukurlah…”.
“Oh…Mak Ngah tak payah tanya,dah
tahu Syukur sihat.Kalau tak sihat tak adalah tadi terlompat-lompatkan…”.Pipi
tembam Syukur di cubit perlahan.Semasa Syukur masih bayi,pipi itulah sering
kali dicubit dan dikucup sehingga puas.
Syukur tersengih lagi.Sengihan itu
menampakkan beberapa batang gigi dihadapannya yang kehitaman.
“Syukur ni ada-ada ajelah.Sudah
pergi tengok Meon kat belakang”,arah Mashitah.Meon adalah anak lembu yang baru
berusia 3 tahun.Meon merupakan kawan Syukur bermain seharian.Syukur cukup
sayang dengan haiwan peliharaannya itu.Malah dianggap sebagai adiknya.
“Alah…Meon tengah makanlah
mak.Syukur nak duduk sini dengan Mak Ngah.Biarlah Syukur dekat sini”,rengeknya.
“Tak baik dengar orang dewasa
bercakap”,Mashitah memberi nasihat kepada anaknya.Setiap kali Syukur melakukan
sesuatu yang tidak disukai dia akan menegur.Supaya anaknya itu hormat kepada
orang lebih tua daripadanya.
“Biarlah Kak Ita.Bukan nak cakap
benda tak elok pun.Bual-bual kosong aje…”,Qalisha mempertahankan Syukur.
“Jangan manjakan sangat Syukur ni
Qisha.Nanti mengada-ngada pulak dia…”,kata Mashitah.Kurang senang dengan
layanan Qalisha terhadap anaknya.Terlalu dimanjakan takut Syukur naik lemak
“Tak apalah kak.Dia mengada-ngada
pun dengan Mak Ngahnya...”,pipi tembam Syukur di cubit lagi.
“Hmm..iyalah”,Mashitah sudah
mengalah.
Syukur terus memeluk lengan
Qalisha.Mashitah hanya menggelengkan kepala.
“Hoi Qisha!...berangan pulak
dia”.Sergah Lily Azlina.Ditempat-tempat awam seperti ini pun Qalisha boleh
melayangkan anganannya.Hendak jadi apalah kawannya ini.
Qalisha
yang ketika itu menompang dagu terkejut dengan sergahan sahabatnya.Tersengguk
dia.Hilang bayangan Syukur dan Mashitah.Kini dia sedar bahawa masih lagi
didalam kedai buku.Kepala menjenguk kiri dan kanan.Matanya tercari-cari wanita
dan kanak-kanak lembam yang dilihatnya tadi.Hampa,kedua-dua beranak itu tiada
lagi di dalam kedai buku.Bertuah sungguh kanak-kanak itu,ibu dan bapanya sangat
menyayanginya dan tidak malu untuk memperlihatkan dia di khalayak
ramai.Berbanding Syukur,hanya ibunya sahaja yang dapat menerima kewujudannya
dimuka bumi ini.Sedangkan bapanya langsung tidak peduli dan cukup malu dengan
kehadiran.Jijik sungguhkah dia terhadap anaknya? Kasihan anak kecil itu…
“Kau cari siapa?”,melihat Qalisha
menjenguk ke kiri dan kanan seperti sedang mencari seseorang.
Qalisha tidak memberikan jawapan
terhadap soalan yang dilontarkan kepadanya.Hanya diam seribu bahasa.
“Emm…dah siap pilih?.Kalau dah siap
jomlah pergi bayar”.Ajak Qalisha yang mula bersuara.Suaranya sayu sahaja.Lily
Azlina mengesan perubahan suara Qalisha.Dia mengangguk sambil menunjukkan tiga
buah novel pilihannya.
“Qisha,kau okey ke?”,hati Lily
Azlina ingin tahu.Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Qalisha.Kalau
tidak masakan suaranya kedengaran sendu?
Qalisha sedar dia sudah dibawa emosi
sedihnya.Dia juga sedar bahawa dia masih ditempat awam.Segera moodnya ditukar.
“Kau tak apa-apa ke ni?”,sekali lagi
Lily Azlina bertanya.Risau.
“Aku okey…tak ada
apa-apa.Jomlah”,suaranya kembali diceriakan.
Keluhan terlepas dari bibir kecil
Lily Azlina.Dia tahu Qalisha seseorang yang terlalu memendam rasa.Jarang sekali
berkongsi dukanya dengan orang lain.
“Mari...”,Lily Azlina terus menarik
tangan Qalisha supaya bangun dari kerusi yang didudukinya.Persoalan terhadap
mood Qalisha yang berubah-ubah terbenam begitu sahaja.
2 ulasan:
BEST NAK LG BOLEH.
boleh sis...nt sy update lg..tq
Catat Ulasan