Selasa, 26 Mac 2013

Bibit-bibit Cinta ( Bab 5 )


BAB 5

SEPERTI yang telah dijanjikan.Qalisha menunggu Lily Azlina di pondok rehat Tasik Y tepat pukul 9.00 pagi.Namun jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 9.35 pagi,bayang Lily pun belum timbul.Matahari yang menerjah membuatkan pipinya kemerahan menahan panas.Qalisha berdiri sambil merenggangkan sedikit otot-ototnya.Kemudian dia membetulkan t’shirt dan kemeja yang dipakainya yang sedikit renyuk .Topi diatas kepala  segera diambil untuk mengibas-ngibas muka yang berpeluh.Dia sudah kebosanan menunggu.Mundar-mandir dia berjalan dihadapan pondok kecil itu.
            ‘‘Memang ada orang yang nak kena pau ni…’’,omelnya dan membebel lagi itu dan ini.Semuanya berkisah tentang kelewatan Lily Azlina.
            Dari kejauhan dia melihat Lily berlari kearahnya.Tangan disilangkan tanda tidak puas hati dengan kelewatan Lily.Mukanya sudah dimuncungkan 12 cm.
            “Qisha…sorry…aku…terlambat…’’,termengah-mengah Lily bersuara.Satu persatu perkataan disebut.
            Qalisha masih berdiam.Tidak berganjak walaupun seinci dari posisinya.Lily menelan liur.Dia tahu bahawa Qalisha seseorang yang sangat menepati masa.Jika dia lambat seminit dua masih lagi boleh dimaafkan,namun dia sudah lambat 35 minit dari waktu yang dijanjikan.Qisha sudah naik angin ni…gumamnya perlahan hanya untuk diri sendiri.
            Qalisha sengaja seriuskan wajah.Hendak melihat wajah gelabah Lily yang sudah berbulan-bulan tidak ditatap.Nyata lakonannya tidak sia-sia.Lily sudah pun menggelabah!.Dia tertawa didalam hati.Tidak pernah berubah langsung sahabatnya ini.
            “Alah Qisha…rilekslah ,janganlah buat muka macam tu.Seriau aku tengoknya…”.
            “Ada orang nikan,pagi-pagi lagi dah buat salah tau.Tapi siapa ekk?...Nak kena penalti ni…”, kata Qalisha selamba seperti bercakap dengan diri sendiri.Sengaja mahu menyakat Lily.
            “Yalah aku yang salah…ni aku dah sediakan dendanya.Aku tadi lambat bangun,dah dekat pukul 9 aku baru bangun,jam lonceng tak bunyilah”, jawap Lily lambat-lambat sambil mengujuk plastik yang berisi dua batang Cornetto kepada Qalisha.Lily sudah membuat muka kasihan.Matanya sengaja dikuyukan untuk menarik perhatian.Nyata sekali dimata Qalisha.
            Qalisha sudah tersenyum.Namun senyumnya disembunyikan.Serius lagi…
            “Hmmm…ni aku yang merajuk atau kau yang merajuk?.Dahlah,kali ni aku maafkan tapi lain kali ‘harap maaf bagimu’ ajelah.Jomlah duduk dekat situ”.Qalisha menunjukkan pondok yang menjadi tempatnya berlabuh sebentar tadi.
            Lily sudah menceriakan wajah. “Dah tak marahlah ni?...aku ingat kau nak lancar mogok satu hari ni.Kalau kau terus mogok,alamatnya Cornetto ni aku ngap sorang aje nampaknya…”.
            “Asal kau nak aku mogok ke?”
            “Ehh…tak payah.Tak kuasa den nak memujuk nanti”,Lily menggoyangkan tangan kanannya.Kalau Qalisha memasamkan muka walaupun setengah hari dengannya,dia pasti tidak akan senang duduk.Ada saja yang akan dia lakukan supaya rakannya ini kembali menegurnya.Serasa sunyi dunianya bila Qalisha tidak bersuara.Begitu juga Qalisha,dia tidak akan membiarkan Lily merajuk lama terhadapnya.Begitulah kedua-dua sahabat baik ini.
            “Kalau macam tu,meh sini sebatang Cornetto tu”,minta Qalisha.Lily menghulurkan aiskrim itu kepada Qalisha. “Lepas ni aku nak olok-olok mogoklah,biar kau belikan satu peti ais Cornetto ni…”,semakin galak dia mengusik Lily.Penutup Cornetto dibuka lalu disuakan ke mulut.Dia menikmati keenakkan Cornetto yang dibeli Lily.Pagi-pagi lagi dia sudah makan aiskrim.Kalau neneknya nampak pasti dia akan dimarahi.
            “Amboi…banyak kau punya cantik.Ingat aku ni tukang cap duit ke?...Tunggu aku jadi gabenor kewangan negaralah,kau nak berapa peti pun aku sanggup belikan…”,guraunya sambil bercekak pinggang.
            Melihat aksi Lily Azlina membuatkan Qalisha ketawa terbahak-bahak.Lily juga apabila melihat Qalisha ketawa,dia ikut ketawa.Setelah itu ketawa mereka reda.Qalisha kembali menggigit aiskrimnya.Terliur Lily melihat Qalisha mengunyah coklat keras diatas aiskrim yang dipegang.Dia juga turut mengeluarkan sebatang Cornetto didalam plastik,lalu dibuka pembalutnya.Setelah kedua-duanya menghabiskan aiskrim masing-masing,dengan tiba-tiba Lily tergelak kuat.Berkerut dahi Qalisha melihatnya.Dia menoleh kiri dan kanannya.Tiada kejadian yang melucukan disekelilingnya.Namun dia melihat tukang sapu yang lalu dihadapannya juga tersenyum-senyum.Kena sampuk ke dia orang ni?Tiba-tiba tergelak?
            “Apa?”,tanya Qalisha hairan
            Lily masih lagi dengan tawanya.Tangannya terus menarik beg sandang ke atas riba.Dia menggagau mencari bedak asas di dalam beg sandangnya.Bedak asas dicapai lalu diberikan kepada Qalisha.Qalisha yang masih berwajah pelik terus mencapai bedak asas yang dihulurkan Lily Azlina namun tidak membukanya.
            “Apa pasal kau ketawa macam nampak badut sarkas ni?”,Qalisha bertanya sinis.Tidak puas hati.
            Lily tidak menjawab,mulut ditekup menahan tawa.Sebaliknya menunjuk-nunjuk jari telunjuknya kearah mulut Qalisha.Qalisha terus membuka bedak asas ditangannya.Muka terus ditilik.
            ‘Ya ALLAH…malunya!’,jeritnya didalam hati.Mana tidaknya,semasa dia asyik menikmati aiskrim,diluar sedar dia makan dengan comot sekali.Sisa-sisa coklat membentuk misai dibawah hidungnya.Tangannya segera mengelap.Lily yang masih tidak mahu berhenti ketawa,ditepuk pahanya.Kurang asam jawa punya Lily!!...
            “Sudah-sudahlah tu ketawa.Ohh…Gelaklah,gelaklah….karang hilang suara baru tau”.Suaranya seakan-akan merajuk.Serentak Lily terus diam.
            “Okey…sory,sory”,Lily segera meminta maaf.
            “Apa sory,sory!sory naik lorilah”.
            “Naik jet tak boleh?”,Lily berlelucon.Semakin masam Qalisha dibuatnya.Qalisha ini nampak sahaja brutal tapi dalam hati ada taman bunga.Kuat merajuk. “Okey janji tak buat lagi…smilelah sikit kawan”,Lily memegang dagu Qalisha kemudian beralih pula ke pipi.Digoyang-goyang pipi gebu itu.Qalisha mendapat satu idea jahat.Tanpa pengetahuan Lily,tangannya mencalit sedikit sisa coklat dari pembungkus Cornetto yang dimakannya disebelah kanannya.
            “Haa!…ambik ni!”,terus sisa coklat ditangannya disapu ke muka Lily Azlina.
            “Qisha!…”,Lily Azlina sudah menjerit.Dengan pantas dia menggeletek badan QalishaAkhirnya mereka ketawa bersama-sama.Gamat suasana tasik Y yang belum ada pengunjung dengan suara mereka.


QAlISHA dan Lily Azlina menikmati permandangan tasik Y.Tenang sahaja airnya beralun.Pancutan air juga membuatkan tasik itu kelihatan cantik dan pancaran sinar matahari membuatkan air berkilauan.Terpegun mereka melihatnya.
            “Hmm..best kan.Kita dah lama tak lepak-lepak macam ni”.Ujar Lily.
            “A’ah,memang best sangat…teringat masa kita zaman sekolah dulu.Bila habis waktu sekolah dan penat aje kita datang sini.Berbual kosong sambil makan burger,makan rojak lepas tu minum air cendol atau ABC Pak Jali Rongak.Macam nak meletop perut…”. ‘Pak Jali Rongak’,tergelak kecil Qalisha bila terkenang terhadap orang itu.Pelajar-pelajar SMK Banang Jaya sudah sinonim dengan panggilan manja itu.Suka hati sahaja mereka memberi gelaran.Teringat Qalisha rupa Pak Jali ,lelaki berumur 60-an itu bertubuh keding dan sedikit beruban.Hanya ada beberapa batang sahaja gigi digusi atasnya dan disebabkan itu juga dia digelar ‘Pak Jali Rongak’.Kalau lelaki itu ketawa pasti pelajar-pelajar geli hati.Air cendol dan ABC yang dijualnya mendapat sambutan ramai,tidak kira pelajar dan guru-guru serta orang-orang luar.Qalisha juga merupakan salah seorang pelanggan tetap Pak Jali Rongak.Bak kata Qalisha ‘cendol Pak Jali Rongak Top A di BP’.
            “Aku rindu sangat dengan kawan-kawan kamcing kita.Kat manalah dia orang semuakan?.Mesti dia orang pun dah berjaya?”,sambung Qalisha.
“Aku pun rindu juga dengan dia orang.Lepas aje habis sekolah terus lost contact,kalau jumpa dalam alam maya aje…”,Lily Azlina membuat muka kecewa.
“Habis nak buat macam mana? Semuanya busy,mungkin sekarang masih ada yang belajar atau ada yang sibuk dengan keluarga masing-masing”.
“Bercakap pasal kahwin ni...kau tau tak pasal Zul dengan Aini?”,Lily Azlina bertanya.
“Kau cakap ajelah…kau tak cakap lagi macam mana aku nak tau”.
Lily Azlina senyum.
“Ohh…sory,ingat kau dah tau tentang dia orang.Kau mesti tak percaya yang Zul dan Aini tu sekarang dah berkahwin?”
Bulat mata Qalisha memandang Lily Azlina.Seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Lily.Dahinya dikerutkanTidak mungkin!.
“Haa!...Are you joking,right?Tak percayalah.Dulu dia orangkan tidak sebulu. Si Aini ketua pengawas,Si Zul pulak ketua kelas tapi tak serupa jawatan.Kalau berjumpa macam anjing dengan kucing,masing-masing nak tunjuk kuasa veto dalam kelas.Kalau tak sependapat dia orang berdua ni,habis terbalik kelas dibuatnya.Lagipun kalau tak silap aku Zul bercinta dengan Qila bagai nak rak and masa tu jugak Aini tangkap leleh habis dengan cikgu praktikal”.Sudah berkerut seribu dahinya memikirkan kemusykilan yang timbul setelah mendengar berita itu.Ahh!...Buat apa pula aku nak fikir soal jodoh dia orang itu.Sudah ketentuan-NYA untuk menentukan siapa sahaja jodoh seseorang.Aku juga begitu.Teringat pesan nenek semasa aku putus cinta dengan seorang senior di tahun kedua di university,tanpa ragu-ragu aku bercerita kepada nenek tentang cinta yang tidak kesampaian itu.
“Siapa nama cikgu tu?”
Lily cuba mengingati.
“Asmawi?”
            “Cikgu Asmawi”,Qalisha mengiyakan.
Neneknya cakap,hidup,mati dan jodoh seseorang sememangnya kerja TUHAN.Kita sebagai manusia kena redha dan ikhlas dengan apa jua yang telah ditentukan oleh-NYA.Jangan menolak takdir kerana orang yang menolak takdir itu adalah orang yang tidak berpijak dibumi yang nyata.Ibarat manusia yang hanya dikurniakan tangan tapi mahu kepak untuk terbang melayang padahal dia tahu itu mustahil.Sempat Qalisha bermonolog di dalam hati.Terangguk-angguk dia mengiyakan kata-kata neneknya itu.
Lily Azlina mengibas-ngibaskan tangannya dihadapan muka Qalisha.
“Hello!...anybody home?!..knock!knock!..”.Terjerit sedikit suaranya.Tidak lain,tidak bukan mahu mengembalikan Qalisha ke dunia yang nyata setelah melihat gadis itu termenung.
“ Hoi…apa ni,main kipas-kipas pulak?”,Qalisha menepis tangan Lily Azlina yang mengibas-ngibas dimukanya
“ Kau tulah…tadi bukan main bercakap lepas tu termenung pulak dia.Ingat boyfriend eh?....”.Tanya Lily Azlina meleret.Jari telunjuknya pula digoyang-goyangkan sambil tersenyum-senyum.
“Ah!…tak ada masa boyfriend-boyfriend ni.Eh…macam mana kau tau kisah Zul dengan Aini tu?...Tapi aku betul-betul tak percaya ni”.Mudah sahaja dia mengalih topik perbicaraan.
Lily cukup masak dengan Qalisha.Suka menukar topic apabila dia kurang berkenan.
“Hmm…Aku pun tak percaya jugak.Mungkin dia orang bercinta masa dia orang sama-sama belajar dekat London kot?Entahlah aku pun tak berapa pasti.Tentang macam mana  aku tau dia orang kahwin?...Err…Qisha sekarangkan dunia ICT.Dengan sekelip mata aje kita boleh tau macam-macam maklumat.Dia orang hantar wedding card pakai FBlah.Senangkan?Tak payah keluar banyak kos.Tapi aku terkilanlah sebab tak dapat tengok dia orang kahwin.Dengar kata dia orang buat wedding of the year kat kampung.Dia orang buat kenduri tujuh hari tujuh malam.Maklumlah dua-dua anak bongsu.Mak bapak dia orang mesti nak buat yang istimewa untuk anak mereka yang paling kecik ni”.Jelas Lily.Qalisha pula hanya mengangguk tanda faham.
“Kenapa kau tak pergi?.Kalau aku,memang dah lama tak bukak FB sebab tu aku tak tahu pun dia orang kahwin.Lagipun aku final exam”.
“Aku tak dapat hadir sebab masa tu aku tengah kerja.Sebelum tu aku dah bercuti,jadi aku tak bolehlah nak ambik cuti sesuka hati.Karang bos cakap aku tak serius buat kerja pulak.Nanti ada pulak yang tanam anggur belakang rumah”.Ada betul juga alasan Lily Azlina itu.Takkan dia sanggup mahu dibuang kerja hanya kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekelas mereka.
“Kau dah kerja Lily? Dekat mana?”,Tanya Qalisha tidak sabar.
“Sebelum aku jawap soalan kau…Apa kata kita pergi tengok wayang dulu? Dah pukul 10.30 ni,rasanya panggung dah buka.Lepas tu kita staylah dekat McDonald ke?atau KFC ke?,baru kita sambung balik pertanyaan kau tu”,cadang Lily Azlina.
Qalisha mengeluh.
“okeylah,jom”,kata Qalisha seraya bangun diikuti Lily.
“Eh!stop,stop…”.Baru saja mahu membuka langkah,Lily Azlina sudah menahan. “Kita nak naik apa? Nak naik bas ke sana?.Aku tak bawak kereta ,tadi pun aku tumpang Kak Lin nak pergi seminar.Kereta ayah aku abang Wan pakai”.beritahu Lily Azlina.
Qalisha memaut bahu Lily Azlina. “Kalau nak tunggu bas,pukul berapa kita nak sampai sayang?…Silap-silap cerita dah habis lagipun kau tahu ajelah,hari Ahad macam ni ramai mat-mat dan minah-minah Hindustan keluar.Jadi hari ini aku bawak ‘Si Comel’ nenek aku tu…”,Qalisha berkata sambil memuncungkan bibir ke arah kereta kancil lama bewarna merah milik Puan Jamilah.
“Ohh..”,Lily Azlina tersenyum.Lega.Nasibnya baik hari ini.Tidak perlu berasak-asak menaiki bas Coastal yang sememangnya penuh dengan warga-warga asing yang mahu bersiar-siar pada hujung minggu ini.Kedua-dua sahabat ini seiring manuju ke arah Si Comel yang dimaksudkan oleh Qalisha sebentar tadi.










Tiada ulasan: