Rabu, 20 Mac 2013

Bibit-bibit Cinta ( Bab 4 )


BAB 4

FAIL-FAIL membusut diatas meja tidak diendah oleh Syed Darius.Kepalanya menerawang memikirkan penerimaan Puan Sri Sharifah Salina terhadap Maria.Ummi tetap tidak akan menerima Maria sebagai bakal menantu.Kata ummi, Maria tidak langsung sesuai dengan dirinya.
            Puan Sri Sharifah Salina memanggil anak terunanya itu yang melewati ruang tamu.Anak keduanya baru sahaja pulang dari menghantar kekasih pujaannya pulang.
            “Dar…sekejap ummi nak cakap sikit’’, pantas dia menahan anaknya itu yang sudah mahu memanjat tangga.
            Syed Darius menurut arahan umminya.Punggung dilabuhkan disebelah Puan Sri Sharifah Salina.Wajah Puan Sri Sharifah Salina kelihatan begitu serius.
            ‘Apa lagi yang ummi mahu cakap ni?’,tanyanya didalam hati.Dia hanya diam membatu menunggu umminya memulakan bicara.
            “Dar apa yang ummi nak cakap ni harap tak akan mengguris perasaan Dar.Ummi dah buat pertimbangan tentang Maria….’’.
            Berdegup hati Syed Darius apabila umminya menyebut tentang Maria.Maria diterima atau pun tidak ya?.Dia tidak keruan.
            “ Jadi ummi dah boleh terima Maria? ’’
            Puan Sri Sharifah Salina menghala nafas panjang.
            “ Firasat ummi mengatakan bahawa Maria tidak sesuai untuk Dar…Ummi mengakui memang dia seorang yang hormat kepada orang tua…tapi…Ummi tetap tak dapat terimanya.Firasat seorang ibu seperti ummi juga mengatakan bahawa Dar akan kecewa nanti nak…’’.Puan Sri Sharifah Salina berharap Syed Darius faham dengan apa yang dirasakannya.
            Syed Darius bangun dari tempat duduknya.Dia menyeka rambut yang berjuntai didahinya.
            “ Ummi itu cuma firasat ummi aje…kenapalah ummi terlalu percaya sangat dengan semua tu?.Ummi, jodoh dan ketentuan seseorang insan itu hanya ALLAH yang tahu ummi.Ummi tolonglah terima Maria.Maria seorang wanita yang baik.Kami saling sayang menyayangi ummi.We are falling in love.Kesiankanlah Dar,ummi…’’, rayunya lembut.
            “ Ummi saja yang kena kesiankan Dar…Habis Dar tak kesiankan ummi langsung.Dar,ummi cuma mahu Dar hidup dengan bahagia saja.Ummi tak nak Dar musnah hanya disebabkan mengejar cinta yang tak pasti…’’.Suara Puan Sri Sharifah Salina sedikit meninggi.
            “ Apa yang tak pastinya ummi.Sudah terbukti Maria sudah sedia menjadi wife Dar.Kalau tak,takkan Maria sanggup datang rumah untuk berjumpa dengan ummi dan abah’’.Syed Darius segera menyangkal kata-kata umminya.Cintanya terhadap Maria adalah benar bukan khayalan sahaja.Dia juga tahu Maria sangat menyintainya.Itu dia pasti.
            Puan Sri Sharifah Salina sudah berdiri bercekak pinggang.Wajah Syed Darius ditatap tajam.
            “ Rela ke dia berjumpa dengan kami?.Ummi tengok dia macam terpaksa aje.Ummi tahu muka orang rela dengan tak rela Dar.Senyum pun macam dibuat-buat saja’’.Puan Sri Sharifah sudah mencerlang marah.
            “ Ummi…’’.Belum pun dia sempat membalas kedengaran abahnya sudah bersuara.Abahnya berdiri ditengah-tengah anak tangga.Dia dan umminya terus diam membisu.
            “ Apa bising-bising ni?...Ina,Dar?.Kot ye pun nak bertekak tunggulah besok pagi.Ni malam-malam.Kenapa ni?.Dar buat ummi naik hangin lagi ya? ’’,Tan Sri Arshad memisat-misat matanya. Niatnya mahu turun ke dapur untuk minum air terbantut.Isteri dan anaknya yang sedang berlawan mata sebentar tadi sudah mengalihkan pandangan kepadanya.
            “ Bang,tengoklah anak abang tu.Tak nak dengar orang cakap langsung.Tergila-gilakan sangat dekat si Maria tak cukup kain tu’’,adu Puan Sri Sharifah Salina.
            “Lah…tak habis-habis lagi ke isu ni?.Sudahlah Ina kita bagi aje peluang kat Maria dengan Dar.Kita tengok dulu hubungan dia orang sampai mana.Ina tak payahlah risau,kalau tak lancar macam Dar inginkan dia akan ikut macam yang dia janji pada Ina hari tu’’. Laju saja nasihat Tan Sri Arshad buat isterinya.Puan Sri Sharifah Salina mendengus kuat mendengar nasihat suaminya.Dengan sepantas kilat kakinya dihayunkan ke anak tangga.Tangga didaki dengan menghentakkan kakinya sekuat mungkin tanda protes.Bapak dengan anak sama saja.Susah benar nak dengar cakap orang.
            Syed Darius berasa lega.Umminya terpaksa mengalah sekali lagi.Namun apa yang membuatkan dia gusar adalah apabila Tan Sri Arshad mengungkit kembali janjinya terhadap Puan Sri Sharifah Salina.Adakah abahnya juga mengharapkan janji aku itu?.Ahh…hubungan aku dan Maria pasti akan berjalan lancar.



KETUKKAN dipintu membuatkan lamunan Syed Darius terhenti.Dadanya segera diurut.Masalah yang menghantui fikirannya sudah terbang melayang entah ke mana.
            “Masuk…”,arah Syed Darius.
            Syed Darius menundukkan kepalanya.Dia menyambung kembali kerja-kerja memeriksa setiap fail yang ada dihadapannya.Pasti penyelia mana-mana bahagian yang mahu melaporkan laporan mingguan resortnya.
            “ Hmmm… kamu bentanglah.Saya dengar saja”.katanya tanpa memandang.
            “ Hei bro! …lama tak jumpa ahh”.Suara Zamri sedikit terjerit.
Dia segera mengangkat muka setelah mendengar jeritan dari lelaki yang sangat dikenalinya.
            “ Ya ALLAH…kau Zam.Ingat mat poyo mana yang cilok kat bilik aku ni”.
            Mereka terus berpelukkan.
            “ Apa mimpi kau datang resort aku ni?.Selalu busy sungguh”.Tangan kanannya sudah didarat atas bahu kiri rakannya itu.Dia mengajak Zamri duduk di sofa.
            “ Aku memang busy sekarang Dar.Girl-girl kat luar sana pasti rindu kalau aku tak jenguk dia orang…”.Seloroh  Zamri dengan gelak tawa yang kuat
            Syed Darius mencemikkan mukanya.Jelak dia mendengarnya.Perasan!.
            “ Zam,zam…bilalah nak berubah agaknya?”, tanya Syed Darius perlahan sambil menggeleng-geleng.Namun,masih boleh didengari oleh Zamri.
            “ Alah,rilekslah Dar…Aku ni masih muda lagi.Time nilah nak enjoy.Nanti dah puas barulah aku bersara,bro…”,selamba saja Zamri berkata seperti itu.
            ‘Entah bila kau nak puas Zam’,omel Syed Darius didalam hatinya
            “Eh,Dar kau dengan Maria sekarang macam mana?Masih on atau off?’’.
            “Amboi kau Zam…mulut cabul semacam aje.Aku dengan Maria masih couple lagi.And for your information,aku dan Maria dah rancang nak married pun.Aku dah bawak Maria jumpa dengan parent’s aku pun”.Sebenarnya Maria belum pun memberikan sebetul-betulnya keputusan mahu berkahwin dalam jangka masa terdekat ini.Dia saja yang terlebih pasti.
            Zamri sudah tergelak-gelak.
            “Sorry bro tak bermaksud pun.Hmm…tahniahlah bro,akhirnya Tuhan buka juga hati kau nak berumah bertangga ni.Al-maklumlah kau ni kan workaholic.Tak lama lagi aku dapatlah anak sedara ya?”.Zamri menghulurkan tangannya kepada Syed Darius tanda ucapan tahniahnya.Syed Darius menyambut huluran Zamri itu.Zamri memang setuju jika Syed Darius mahu mendirikan masjid.Namun,dia merasakan pilihan Syed Darius untuk berkahwin dengan Maria sepertinya pilihan yang kurang tepat.
            Betul ke rakannya ini mahu mengahwini Maria?.Tidakkah Darius tahu perangai Maria dibelakangnya?.Bukan dia mahu menuduh Maria itu perempuan yang tak baik cuma bukti yang terdampar dihadapannya membuatkan dia seperti tidak senang dengan perlakuan kekasih hati sahabat karibnya itu.Teringat dia pada kejadian yang tidak disangkakan,berbulu matanya apabila terlihat Maria dengan seseorang lelaki yang tidak dikenalinya dihadapan sesebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota.Dengan manja Maria memeluk  lengan lelaki berkumis itu.Mereka bergandingan memasuki kelab malam itu.
Zamri mengambil tempat duduk yang jauh sedikit dari tempat duduk pasangan sejoli itu.Kelakuan mengalahkan pasangan suami isteri saja.Dengan selamba Maria dan lelaki tersebut bercumbuan dikhalayak ramai,walaupun didalam kelab itu hanya mereka-mereka yang sedang berhibur sakan.Terhuyung-hayang kedua-duanya menari. Pastinya sudah mabuk akibat meneguk air kencing syaitan.Bukan sekali Zamri terserempak dengan Maria,sudah berkali-kali dia melihat Maria bersama lelaki yang sama dihotel-hotel atau ditempat-tempat peranginan semasa dia menghadiri seminar.Dia terpaksa menyorok setiap kali  terjumpa Maria.Dia begitu pasti bahawa Maria bukan wanita yang masih suci.Kalau tidak,tak mungkin mereka sampai masuk ke hotel,waktu malam pula.
            Untuk memberitahu Darius tentang perlakuan Maria dia tidak ada kekuatan.Dia takut jika Darius menuduhnya penipu apa lagi pemfitnah.Dia juga tidak mahu melihat rakannya ini patah hati.Darius terlalu menyayangi Maria sehingga semua keburukan tentang Maria diletak ke tepi.Bagaimana dia mahu menyedarkan sahabatnya ini?.
            Zamri segera sedar dari lamunan apabila Syed Darius meneruskan bicaranya.
            “Inilah yang aku impikan Zam.Maria pun dah berjumpa dengan ummi dan abah aku.Abah okey aje tapi ummi…entahlah Zam aku dah malas nak fikir lagi.Kau bila lagi Zam?”,sengaja dia mengeluarkan soalan cepu emas buat Zamri.
            Zamri tersenyum.Syed Darius suka benar bertanya soalan itu.Mentang-mentang dia tiada teman istimewa.
            “Wei…kan aku dah cakap yang aku masih nak enjoy lagi.Banyak masa lagi Dar…”,Syed Darius mencebik. “ Aku rasa ummi kau Dar mesti tak setujukan.Lain macam aje kau cakap tadi.Ummi kau tak setuju ke Dar?...”.Zamri sudah menukar topik.Aunty Ina dah tau perangai sebenar Maria ke? Soalan itu berlegar didalam kepalanya.
            “ Tepat sangkaan kau Zam.Ummi aku memang tak setuju.Alasannya,Maria tak sesuai dengan aku,siap ikut firasat lagi .Tapi sebenarnya aku rasa ummi aku tak setuju sebab aku menolak hajatnya”.
            “Apa yang ummi kau hajatkan,Dar?”
            Serba salah dia mahu bercerita.Takut digelakan rakannya ini.
            “ Sebenarnya Zam,ummi dengan abah aku dah ada plan tentang jodoh aku.Parent’s aku nak satukan aku dengan anak kawan lamanya.Kau percaya tak? …Dia orang cakap aku dah ditunangkan sejak dari kecil lagi,tapi secara tak rasmilah.Aku ingat ummi dan abah aku main-main,aku pun endah tak endah aje tapi rupa-rupanya dia orang serius.Dia orang cakap nak eratkan hubungan silahturrahim dan nak kekalkan hubungan persahabatan mereka.Bila aku cakap aku dah ada Maria,ummi aku terus naik angin.Tapi aku bersyukur abah aku jenis tak kisah”.
            Ternganga Zamri mendengarnya.
            “Haaa!…betul ke Dar?.Ada lagi orang sekarang main cop-cop bakal menantu macam tu dizaman millennium ni.Ini bermakna secara automatiknya kau dah pun ada tunang.Kau tak nak kenal ke dengan tunang kau tu Dar? Mesti cantikkan orangnya?”.
            Syed Darius menjeling.
            “Ahh…tak ada maknanya aku nak berkenalan dengan dia.Kalau kau nak tau,aku pernah jumpa dengan Si Kedekut tu masa kita orang kecil lagi.Ummi dan abah selalu bawak aku pergi rumah dia,tapi aku jumpa dengan dia beberapa kali aje.Masa aku sekeluarga duduk dekat UK,terus family aku dengan family dia jarang berhubung…Aku rasa Maria lagi cantik and lemah lembut daripada dia”.Sememang dia akui Maria lebih cantik dan lemah lembut berbanding dengan anak rakan karib abahnya.Si Kedekut yang pernah dikenalinya berperwatakkan sedikit kasar walaupun wajahnya comel,seingatnya Si Kedekut itu mempunyai lesung pipit di pipi kanan dan kirinya menambahkan lagi wajah yang comel. Walaupun dia berpakai seperti kanak-kanak perempuan yang lain namun perangainya tidak ubah seperti lelaki.Kasar semacam sahaja.
            “ Si Kedekut?...sedap kau aje panggil dia kedekut Dar.Apa dia tak ada nama ke?.Entah-entah yang kedekut jugak sangkut nanti.Janganlah kau terlalu puji Maria,and jangan terlalu confident sangat…”,Zamri ketawa lagi tapi sempat pula dia memberi peringatan buat Syed Darius.
            Syed Darius dengar tidak dengar sahaja peringatan Zamri itu.
            “ Aku tak ingat langsung nama dia.Dia memang kedekut pun…Malaslah nak ungkit kisah lama”.Syed Darius tidak mahu mengingati kisah kecilnya dengan ‘Si Kedekut’.Apabila dia teringat pasti dia akan rasa bersalah.
            “So kau kena bekerja keraslah nak ambil hati ummi kau supaya terima buah hati kau tu?.Tapi Dar,kau tak rasa bersalah ke langgar janji yang parent’s kau dah buat?.Ummi kau mesti rasa bersalah sangat sebab kau menolak”,Zamri menduga.
            “ Buat apa aku nak rasa bersalah pulak?...Bukan aku yang berjanji pun .Lagi pun masa dia orang buat perjanjian tu tanpa pengetahuan aku,jadi kalau aku menolak dia orang tak boleh salahkan aku seratus peratus”.Tegas jawapan Syed Darius.Ya, dia tak boleh dipersalahkan!.Ego sungguh.
            “ Yalah Dar…”,sudah malas pula dia mahu melayan ego Syed Darius.kalau dilayan makin menjadi-jadi pula. “Woii.. jomlah kita pekena teh tarik ke? Fresh orange ke?.Bercakap dengan kau kering air liur tau.Aku dah haus ni…”.Zamri terus bangun.
            “ Dah jomlah.Karang ada pulak orang tu kering tak dapat air.Tapi,kali ni kau kena belanja aku,okey?”.Syed Darius seraya bangun.
            “ Okey,no problem…”.Zamri menyatakan persetujuannya.
           

           








Tiada ulasan: