KETEGANGAN
menyelubungi kediaman Tan Sri Syed Arshad Zahri.Ketiga-tiga insan yang sedang
duduk di ruang tamu berwajah serius.Television sengaja tidak dipasang untuk
memberi laluan kepada perbincangan mereka.Perbincangan ini dimulakan oleh anak
Tan Sri Syed Arshad,Syed Darius Zahri.Perbincangan ini sebenarnya telah lama
diutarakan Syed Darius namun kedua-dua ibu bapanya seperti acuh tidak acuh
sahaja.Isteri Tan Sri Syed Arshad yang duduk disebelah suaminya iaitu Puan Sri
Sharifah Salina memandang tajam muka anak mereka.
‘’ Abah,ummi…Dar harap sangat
,cadangan Dar ni dipersetujui ’’ Syed Darius mengharap.
Puan Sri Sharifah Salina yang hanya
berdiam kini bersuara.
‘’ Dar rasa apa yang Dar buat ni
betul ke?...’’ sinis pertanyaan buat anak terunanya itu.
‘’Ummi biarlah Dar tentukan
kehidupan Dar sendiri.Dar ada hak terhadap pasangan hidup Dar.Tak perlulah abah
dan ummi masuk campur’’, suara tegas.
‘’ Kami ni ibu bapa Dar.Kalau kamu
sayang kami,tolong ikut apa yang telah kami rancangkan ‘’, nasihat Tan Sri
lembut.
‘’ Rancangan apa bah?…rancangan nak musnahkan hidup
Dar?’’, bersuara kasar.
‘’Jangan kurang ajar Dar’’, Puan Sri bersuara
sedikit terjerit.Dia geram.
Syed Darius tergamam mendengar jeritan Puan Sri.Baru
dia tersedar bahawa dia telah berkasar terhadap kedua ibu bapanya.
Anaknya
ini seboleh mungkin mahu mereka bersetuju hubungannya dengan teman wanita
pilihan hatinya sendiri.Nampaknya,Syed Darius nekad dengan keputusannya iaitu
dia mahu ibu bapanya membiarkan dia dan Maria hidup bersama.Sudah tujuh tahun
dia dan Maria menyulam kasih tanpa pengetahuan abah dan umminya.Perkenalan
mereka sejak dizaman dia belajar dikolej lagi.Cinta terhadap Maria terlalu
dalam.Dia tidak sanggup mahu menerima jodoh yang telah disediakan untuknya.Dia
tidak sanggup melepaskan Maria.
‘’ Maafkan Dar... Dar tak bermaksud nak kurang ajar
pada abah dan ummi’’, dia tidak bermaksud langsung.
‘’…tapi tolonglah abah,ummi.Dar terlalu mencintai
Maria.Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan Maria demi untuk memenuhi
kehendak abah dan ummi.Dar sanggup hilang nyawa daripada hilang Maria…’’,
sambungnya lagi.Dia harap ibu bapanya faham dengan hatinya.Dia tidak suka
dipaksa untuk menerima orang yang tidak dia kenali.Dia tidak tahu apa-apa
tentang gadis yang menjadi pilihan Tan Sri Syed Arshad dan Puan Sri Sharifah
Salina.
‘’Itu bukan cinta Dar,tapi itu obses namanya.Jangan
terlalu obses dengan cinta kamu yang kamu belum tahu hala tujunya.Ingat
ALLAH!…DIA yang menentukan hidup mati seseorang.Dan jangan kamu terlalu cinta
terhadap manusia melebihi cinta terhadap Yang Maha Pencipta.Berdosa Dar…’’,
nasihat bapanya lembut.Abah berbeza dengan umminya,abah lebih tenang menghadapi
sesuatu situasi berbanding dengan umminya yang senang melenting apabila
kehendaknya tidak dipenuhi.Betul ke aku terlalu obses dengan Maria?.Tidak!,aku
tak obsess tapi aku cinta mati terhadap Maria.Nafinya dalam hati.
‘’ Dar tahu abah…maafkan Dar sebab bercakap macam
tu.Dar tak dapat terima orang yang Dar tak kenal, masuk ke dalam kehidupan Dar
’’, jawabnya lambat.
‘’ Ummi tak kira,Dar mesti kahwin dengan pilihan
kami.Kamu belum kenal dia,bila dah kenal pasti lama-kelamaan kamu akan
menyintai dia.Cinta boleh dipupuk Dar’’, bentak Puan Sri.
‘’ Dar ada betulnya ummi cakap tu.Selagi kamu
berusaha,Insya-ALLAH pasti menjadi…’’, sampuk Tan Sri pula.
Syed Darius menarik nafas panjang.
‘’ Okey,macam ni ummi,abah…why not ummi dan abah
ikut dulu apa yang Dar usul.Dar akan bawa Maria jumpa ummi dan abah dulu.Ummi
sesuaikan dulu diri dengan Maria.Manalah tau bila dah berjumpa ummi jatuh suka
ke?.Jatuh sayang ke?.We need to try ummi…’’,Syed Darius cuba meyakinkan
umminya.
‘’ I said no…!.No Darius..’’, tegas suara Puan Sri.
Syed Darius memandang bapanya namun tiada sebarang
reaksi.Tan Sri Syed Arshad sebenarnya mahu anaknya itu mengikut kehendak mereka
namun dia tidak mahu terlalu memaksa.Tiada gunanya memaksa sekiranya anak
mereka tetap berkeras.Dia juga bukanlah jenis yang suka memaksa.
Syed Darius bangun dari sofa lalu duduk dilantai
dihadapan umminya.Dia menggenggam tangan wanita yang sangat dicintai.Pegangan
itu bertujuan supaya dapat melembutkan hati umminya.’’Ummi please!...Dar
janji,sekiranya hubungan Dar dengan Maria tak berjalan lancar,Dar akan
bersetuju dengan jodoh yang dipilih oleh abah dan ummi.Terimalah Maria seadanya
ummi.Tolonglah restu hubungan kami berdua,dengan restu abah dan ummi sahaja
yang mampu membuatkan kehidupan kami bahagia.Kami tak nak berlaku sebarang
masalah jika kami bersama…I beg to you ummi abah,please!’’, pujuk Syed Darius
tidak putus-putus.Puan Sri Sharifah Salina mengeluh perlahan.Darius tidak mahu
mendengar cakapnya.Dia tidak tahu macam mana lagi untuk menegah permintaan Syed
Darius itu.
Akhirnya Puan Sri Sharifah Salina bersuara.
‘’Okay fine…ummi ikut rentak kamu dulu.But you must
remember what your promise to me…’’, dia terpaksa mengalah.Apa boleh buat jika
anaknya ini berkeras dan tegas dengan kehendaknya.
‘’ I will ummi…’’, janji Syed Darius.Dia sudah
tersenyum.Tangan umminya dibawa ke bibir lalu mengucupnya.
‘ ’ Bila kamu nak bawa Maria jumpa
kami? ’’, tanya Tan Sri Arshad Zahri.Dia juga terpaksa tunduk dengan kehendak
anak terunanya.
‘’
As soon,as possible abah…mybe this weekend’’, jawabnya lancar.
‘’Hmmm….’’.
‘’
Ummi bolehkan this weekend?..’’
‘’Ikut
kamulah…ummi ikut aje’’, jawab Puan Sri Sharifah sudah hilang moodnya.
Syed
Darius tersenyum lagi.Dia tahu umminya tidak ikhlas sepenuh hati.
Puan
Sri Sharifah Salina menarik tangannya dari genggaman Syed Darius.Bangun lalu
menuju ke tangga.Dia mahu naik kebiliknya untuk menunaikan solat asar dan
berehat.Petangnya tidak menggembirakan seperti hari-hari sebelum.Permintaan
anaknya menyesakkan dada.Tegang urat lehernya kerana memarahi Darius,dia
mengurut lehernya perlahan.Akhirnya,dia terpaksa mengalah.Terpaksa menerima
kedatangan gadis yang tidak dikenalinya yang bakal menjadi bakal menantunya
pada hujung minggu ini.
‘’ Okeylah abah pun nak naik’’, sebelum Tan Sri
berdiri dia sempat menepuk-nepuk bahu anak keduanya itu.
Syed Darius tidak tahu tepukkan itu sebagai pembakar
semangat? Atau supaya dia memikrkan semula keputusannya?.Pertanyaan itu
dibiarkan tergantung.Malas mahu berfikir.Dia sudah bulat dengan tekadnya.Tidak
akan diundur lagi.
KERETA
BMW 5 Series milik Syed Darius tersadai dihadapan pangsapuri dua tingkat milik
Maria.Dia sedang menunggu Maria bersiap.Hon dibunyikan,menandakan bahawa dia
sudah 5 minit dia menunggu Maria didalam keretanya.Sebentar lagi dia akan
menemukan Maria dengan ibu bapanya.Mendengar sahaja hon kereta dibunyikan Maria
terus menjengah ditingkap.Dia melihat Darius sedang bersandar di kerusi
keretanya.Dengan segera dia meneliti semula penampilan diri dihadapan cermin
panjang yang terletak di ruang tamunya.Setelah berpuas hati dengan
penampilannya,dia menuju ke sofa mengambil beg tangan lalu membuka pintu.
Dari keretanya, Syed Darius melihat
Maria sedang menyarung sepatu tingginya.Setelah itu mengunci pintu rumah
sewanya.Syed Darius meneliti penampilan Maria dari atas ke bawah.Dia akui Maria
adalah seorang gadis yang bebas berpakaian.Dia sememangnya tidak menghalang
Maria yang suka akan fesyen.Kata Maria,hidup kalau tanpa fesyen seperti hidup
dalam gua di zaman paleolitik.Setiap kali mendengar Syed Darius akan
ketawa.Pada hari itu,Maria mengenakan gaun berwarna merah, berlengan panjang
dan hanya paras paha namun dikenakan dengan sarung kaki hitam jarang.Gaun itu
agak ketat hingga menampak susuk tubuhnya yang ramping,mengikut lekuk-lekuk
badan Maria.Dadanya pun sedikit terdedah.Mana-mana lelaki yang melihat
penampilan Maria pastinya cair.Namun,bukan penampilan yang menawan hati Syed Darius
tetapi sifat Maria yang peramah,memahami,manja,penyayang dan kadang kala degil
itu yang membuatkan dia tertarik.Matanya mengikut setiap langkah Maria.
‘’ Dar…’’, Maria menepuk lengan Syed
Darius dengan manja.
Syed Darius segera tersedar.
‘’ Iya sayang…’’,jawabnya pendek.Dia
tidak tahu bila Maria masuk ke dalam keretanya.
‘’ Suka termenung…’’, rungut Maria
memuncung.
‘’ I terpesona dengan penampilan
you,sayang’’, katanya sambil tersenyum.
‘’ Why?.Anything wrong?.Dress I tak
sesuai ke?’’,gaun yang mendedahkan bahunya dirapikan.Hendak berjumpa dengan
bakal mertua takkan berselekeh kot.Penampilan mestilah rapi dan sempurna.
‘’ Sesuai sangat,elegan and seksi….
to me it is nice,just nice’’ jawabnya ikhlas.
Maria ketawa manja sambil memeluk
lengan Syed Darius dan melentokkan kepalanya pada bahu itu..Kereta BMW 5 Series
,Syed Darius mula bergerak.
‘’ Maria kenapa you tak pakai baju
kurung or kebaya?.Bukan ke lebih elok?.You kan nak jumpa bakal mak dan bapa
mertua’’ duganya
Maria melepaskan lengan Syed
Darius.Mukanya sudah masam,tidak seperti tadi hanya tersenyum
manja.’’Darling…’’, rengeknya,dia menyambung lagi ’’I tak suka jadi hipokrit,
okay.Whatever I like to wear,I wear.Please, jangan paksa I.I tak suka begitu’’,
dia agak marah apabila Darius komen tentang cara pemakaiannya.Dia tidak suka
diarah oleh sesiapa pun.Biarlah dia hidup dengan caranya tersendiri.
Syed Darius tersenyum.’’ I am sorry
sayang….I know you tak hipokrit’’,pujuknya.
Berwajah
masam.
Melihat wajah Maria tidak
berubah.Darius menggenggam tangannya.
‘’ Sayang, I am said sorry
kan?...senyumlah sikit.You tak senyum nampak tualah’’, guraunya.
Syed Darius mengaduh apabila Maria
mencubit pahanya.Maria sudah tersenyum.
‘’
Haaa…macam tulah,dear’’, juga tersenyum.
‘’ Yang…. ummi dan abah you tu macam
mana orangnya?’’Maria bertanya.Dia mahu tahu perihal bakal mertuanya.
‘’ Hmmm….Abah I garang,bengis and
agak cerewet.Ummi pulak perangainya sama macam abah but sepuluh kali ganda
lebih garang daripada abah ‘’, Syed Darius sengaja mahu mengusik buah hatinya
itu.Muka dibuat-buat serius.Maria disebelahnya tak ubah seperti cacing
kepanasan.
‘’ Eeee!…seramnya Dar.Seriously,bulu
roma I dah tegak bila you cakap macam tu’’.
Ketawa Syed Darius meledak.Tidak
sangka Maria akan percaya dengan gurauannya.Apabila merasakan dirinya
dipermainkan Maria memuncungkan bibir.Ketawanya segera diredakan apabila
melihat Maria sudah memuncungkan bibirnya.
‘’ You…kenapa ketawa pulak?’’
‘’ Sayang…janganlah
takut.Actually,ummi and abah is not like that…Ummi I seorang yang tegas tapi
dalam ketegasannya ada kelembutan.Kalau you pandai ambik hati dia,dia juga akan
jadi sangat peramah.Abah I pulak,seorang lelaki yang gentleman,jenis yang tak
kisah but ikut saja segala keputusan yang ummi selalu buat.Bukan takut
bini,tetapi abah selalu rasa ummi adalah pembuat keputusan yang terbaik dalam
keluarga I.I gurau aje tadi’’, jelasnya.Jari jemari Maria dibawa ke
bibir,dikucup kejap untuk menghilangkan gentar Maria sebentar tadi.Dia tidak
mahu Maria berasa tertekan dan tidak selesa apabila berhadapan dengan kedua ibu
bapanya.
‘’ Maria, you dah betul-betul ready
jumpa parent’s I?’’
Pertanyaan itu hanya dijawab dengan
senyuman.Tidak mahu menjawab yes or no.Sebenarnya dia belum bersedia untuk
berjumpa ibu dan bapa Syed Darius.Atau lebih tepat lagi dia belum bersedia
untuk memberi sebarang komitmen terhadap perhubungan mereka.Di dalam kepalanya
hanya mahu enjoy,menikmati zaman mudanya.Namun,desakkan daripada Darius yang
berkali-kali mahu menjadikan dia sebagai suri dihati lelaki itu membuatkan dia
akur.Dia menyayangi Darius tetapi tidak sekuat Darius menyayangi dirinya.Dia
tidak sanggup mengecewakan Darius.Lelaki itu terlalu tulus mencintainya.
Kadang-kala dia mengutuk dirinya
sendiri.Mengapa dia tidak boleh terus setia bersama Darius?.Mengapa sayangnya
terhadap lelaki sudah terbahagi dua?.Adakah alasan Syed Darius terlalu sibuk
dan menyebabkan dirinya diabaikan membuatkan dia mudah berpaling kepada lelaki
lain?.Azman merupakan lelaki yang baru sahaja hadir dalam hidupnya.Perkenalan
yang hanya setahun jagung telah memerangkap dirinya kedalam sangkar cinta
Azman.
Pelbagai kata-kata manis yang ditabur Azman terhadap
dirinya.Kata-kata manis itu juga menyebabkan dia sanggup menggadai
maruahnya.Segala yang dijaga dengan rapi kini sudah pun tergadai.Tergamak
dirinya mempermainkan perasaan lelaki yang sememangnya cinta kepadanya.’Darius
maafkan aku...apakan dayaku,aku hanya manusia biasa yang tak tahan dengan
godaan’,ucapan maaf itu hanya terlahir dihatinya.Dia tidak sanggup melepaskan
Darius,juga tidak mahu kehilangan Azman.Kedua-duanya dia mahu.Biar orang
mengatakan dia perempuan yang tamak,dia tidak kisah.Ya aku memang
tamak!.Bisiknya didalam hati.
Tanpa sedar kini kereta Syed Darius
sudah memasuki perkarangan Villa Indah Permai,kediaman teman lelakinya
itu.Perjalanan dari pangsapurinya untuk ke villa Darius hanya mengambil masa 30
minit.Tergamam dia seketika melihat keunikan reka bentuk vila tersebut.Sungguh
indah,seindah namanya!.Namun,kekaguman yang terpancar diwajahnya bertukar riak
kalut apabila terlihat seorang wanita seusia 40-an.Dia pasti itu adalah ibu
Darius.Wajah wanita itu kelihatan selamba sahaja.Tiada senyum
dibibirnya.Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia berada di sisi wanita
tersebut.Wajah lelaki itu tersenyum memandangnya berbanding wanita
disebelahnya.Walaupun senyum yang dilemparkan hanya sedikit,dia dapat merasakan
bahawa lelaki tersebut ikhlas menerima kehadirannya,Manakala, wanita tersebut
seperti tidak dapat menerimanya.Ah…itu andaiannya sahaja.Menidakkan apa yang terbuku
dihatinya.
Lamunannya terhenti apabila Syed
Darius mencuit bahunya.
‘’Sayang…’’ panggil Syed Darius.
‘’ Oh…sorry I mengelamun tadi’’.
Syed Darius menggelengkan
kepalanya.Kata orang mengelamun tapi dia pula yang mengelamun panjang.Sempat
pula Maria mengelamun.
‘’ Sudahlah tu Yang….Don’t
scared,okay’’.
Maria memaksa bibirnya
tersenyum.Memang dia takut,dia takut melihat reaksi ibu Darius.Mahu saja dia
berlari pulang.Syed Darius membuka pintunya,keluar dari perut kereta dan
kemudian ditutup semula.Dia berlari-lari anak ke pintu Maria pula.Belum pun
sempat Maria mahu membuka pintu,dia telah membukanya terlebih dahulu.Tangannya
dihulurkan kepada Maria dan disambut lembut oleh gadis itu.Tangan yang putih
menggebu itu terasa sejuk,dia mengeratkan genggaman bagi menghilangkan rasa
takut gadis itu.Dia memberikan isyarat mata kepada Maria supaya turun dari
kereta.Maria faham isyarat itu,lalu dia keluar dari perut kereta dan mengikut
sahaja langkah Darius sehingga bertemu kedua ibu bapa Darius.
Kini,empat pasang mata bertemu.Maria menghulurkan
tangan untuk bersalam dengan bapa Darius,salamnya dibalas lalu dia mengucup
kejap tangan tua itu.Tangan dihulurkan pula kepada ibu Darius tetapi hanya
dibalas dingin,tidak sempat dia mahu mengucup tangan itu apabila wanita itu menarik tangannya dengan
segera.Rasa terkilan dan malu apabila perlakuan itu diperlihatkan kepada Darius
dan Tan Sri Arshad.Namun,rasa itu dikaburkan dengan senyuman manis yang
dibuat-buat.Andaiannya terhadap ibu Darius adalah benar.Ibu Darius tidak suka
padanya!.
‘’ Abah,ummi...Ini Maria Amira,girlfriend Dar’’.
Syed Darius memperkenalkan Maria kepada ibu dan bapanya.
‘’ Cantikkan orangnya ummi?...’’ tanya abahnya
kepada umminya namun ummi hanya mencebik.
Maria tersenyum malu mendengar pujian itu.
‘’ Setakat cantik buat apa…’’provok umminya.Mati
serta-merta senyuman Maria.
Puan Sri Sharifah Salina terus berpaling masuk ke
dalam rumah.Dia terus masuk kedalam biliknya.Meluat dia melihat penampilan
Maria yang seakan-akan tidak cukup kain.Mengapa anaknya itu tergila-gilakan
perempuan seperti itu?.Maria seperti sudah hilang seri gadis Melayunya,sudahlah
rambutnya daripada hitam menjadi karat.Pakaiannya sendat dan sangat menjolok
mata.Itu semua membuatkan dia sakit mata.Boleh tergugat iman seorang lelaki apabila
melihat penampilan Maria itu.Dia yang wanita pun ternganga apatah lagi
lelaki.Segera dia beristighfar di dalam hati,rupa-rupanya dia telah mengutuk
orang tanpa sedar,sedangkan dia tahu dirinya juga tidak sempurna.Namun,cara
pemakaian Maria tidak boleh diterima oleh pandangan matanya.
Tan Sri Arshad melihat perubahan di wajah Maria.
“Jangan ambil hati dengan apa yang auntie cakap tu ya….Auntie tu memang macam
tu.Hari ni dia bad mood
sikit.Biasalah dah lanjut usia,berbagai kerenahnya’’.Tan Sri tidak mahu Maria
terasa hati dengan perlakuan isterinya itu.Dia juga kurang selesa dengan
penampilan teman wanita anaknya namun didiamkan sahaja.Jika dikritik takut
gadis itu akan terasa.Berdoa sahajalah jika jodoh anaknya panjang bersama gadis
itu,anaknya mampu mengubah isterinya.Amin.
“ Dar,pergilah bawa Maria masuk dulu…abah nak naik
atas kejap’’, arah Tan Sri Arshad kepada anaknya.Dia berlalu segera menuju ke
kamarnya untuk memujuk isterinya supaya menyertai mereka diruang tamu.
“ Jom sayang…’’.
Maria menurut.Syed Darius menarik tangan Maria
supaya gadis itu duduk disebelahnya.Maria menurut juga.
“ Dar…I rasa your mum doesn’t like me’’.
“ Tak usah fikir yang bukan-bukanlah…Abahkan dah
kata ummi moody sikit hari ni.Adalah tu yang tak kena….’’, cuba memujuk Maria.Bimbang
buah hatinya terasa dengan perbuatan umminya.
“ Tapi Dar…’’.
Belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya,dia
terdengar deheman daripada tangga.Maria melihat Puan Sri Sharifah Salina dan
Tan Sri Syed Arshad turun seiringan menuju ke ruang tamu.Kedua-duanya duduk di
sofa yang berhadapan dengan Syed Darius dan Maria.Syed Darius lega melihat
umminya sudah mahu menyertai mereka diruang tamu,tentu abahnya yang
memujuk.Maria saja yang gelisah apabila Puan Sri Sharifah Salina memandangnya
dengan pandangan sinis dan jelingan tajam.Dia tidak berani untuk tersenyum
apabila bertemu pandangan dengan Puan Sri Sharifah Salina.
‘’Hmmm…auntie dan uncle apa khabar?’’, dia memulakan
bicara setelah tersedar bahawa dia belum bertanya khabar dua insan
dihadapannya.Takut-takut sahaja dia bersuara.
‘’ Kami baik-baik saja Maria.Maria pula macam
mana?’’, tanya Tan Sri Syed Arshad.
‘’ Sihat uncle’’, jawannya sedikit kekok.
‘’ Kamu ni berasal dari mana?’’, Puan Sri Sharifah
Salina sudah mahu membuka mulut.Sekadar untuk bertanya dan berbahasa.Tidak
suka,tidak suka juga tetapi janganlah ditunjukkan sangat.Sikit-sikit sudahlah.
‘’ Saya berasal dari Negeri Sembilan.Lahir dan
membesar disana.Lepas habis belajar baru saya berpindah ke sini ’’.
Puan Sri Sharifah Salina diam.
‘’ Oh…jadi orang nogori lah?.Maria kerja apa? ’’
tanya Tan Sri pula.
‘’ Saya kerja sebagai project manager,kerja dengan uncle
saya.Di Azhar Lanscape Interprise ‘’. Jelas Maria yang mula senang dengan
layanan Tan Sri Arshad.Peramah berbanding isterinya.
‘’ Bukan ke itu syarikat yang kami lantik untuk
mengubah suai resort kami? ‘’. Tan Sri Syed Arshad bertanya lagi.Dahinya sudah
berkerut seribu.
‘’ Ya, betul tu.Kami yang bertanggungjawab terhadap
dekorasi ASD Beach Resort ’’, jawab Maria lancar.
‘’ So,kamu kenal dengan Darius dekat resort lah
ya?.And than terus jatuh cinta?.Macam tu ke?.Kamu ni ikhlas ke berkawan dengan
Darius?’’, Maria terkedu mahu menjawab pertanyaan Puan Sri Sharifah yang
seperti peluru itu.Sinis sungguh ibu Darius mengutarakan soalan itu.
Syed Darius tersentak dengan pertanyaan umminya.
‘’ Ummi apa tanya macam tu.Kami kenal sejak dari
zaman kolej lagi,mi.Hubungan kami rapat.Mestilah Mar ikhlas berkawan dengan
Dar.Kalau tak,tak kan Maria jumpa abah dan ummi sekarang ‘’.
‘’ Alah,dia pergi sini pun sebab terpaksa’’, Puan
Sri berkata perlahan.Kehadiran Maria di villa mereka seolah-olah dirasakan
kerana terpaksa.Walaupun perlahan sahaja suara ummi,namun tetap di dengar oleh
Syed Darius.Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi untuk menyakinkan
umminya ini.Maria yang mendengar kata-kata ibu Darius itu.Dalam diam dia juga
bersetuju dengan telahan Puan Sri Sharifah Salina itu.Dia memang terpaksa
mengikut Darius ke villa itu setelah asak kali didesak oleh Darius.Selain
itu,dia juga terus bersetuju dengan cadangan Darius tanpa berfikir panjang
setelah Darius menyatakan hasrat kedua orang tuanya yang ingin menjodohkan dia
dengan pilihan keluarga.Darius hanya miliknya bukan orang lain.
‘’ Sebenarnya auntie,saya…’’.Belum pun sempat dia
ingin menjawab kedengaran suara dibelakangnya memberi tahu bahawa makanan sudah
dihidangkan kepada tuan rumah.Dia berasa lega,tidak perlulah dia mengorek idea
di dalam kepala untuk menjawab soalan killer Puan Sri Sharifah Salina.
‘’ Tuan puan ,makanan saya dah siapkan.Silalah ke
ruang makan’’, Kak Som memberitahu sebelum dia mahu kembali ke dapur semula.
‘’ Oh ,dah siap ya?..’’. Kak Som
mengangguk.’’Sekejap lagi kami ke sana’’, maklum Tan Sri Arshad.Setelah itu dia
berterima kasih kepada Kalsom,pembantu rumah anaknya itu.
‘’ Maria,jemputlah ke ruang makan.Kak Som dah
siapkan makan tengah hari.Dar bawak Maria ke ruang makan’’. Tan Sri Arshad
mempelawa Maria dan menyuruh Darius membawa Maria ke ruang makan.Dia dan
isterinya berlalu meninggalkan Darius dan Maria di ruang tamu.
Makan tengah hari mereka berjalan
lancar.Puan Sri Sharifah Salina masih lagi bersikap dingin.Dia tidak berminat
langsung dengan perbualan tiga insan ini.Tan Sri Arshad,Syed Darius dan Maria
rancak berbual hal-hal perniagaan yang dijalankan oleh mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan