Rabu, 20 Mac 2013

Bibit-bibit Cinta ( Bab 3 )


BAB 3
DI HUJUNG minggu, rumah Puan Jamilah sunyi sepi.Hanya Qalisha dan bibik yang ada di dalam rumah itu.Bibik sibuk di dapur,Qalisha tidak mahu menganggu bibiknya itu.Puan Jamilah tiada di rumah kerana bertandang ke rumah adiknya,Puan Ramlah.Qalisha hanya menonton television pada hari itu.Neneknya puas mengajaknya ke rumah nenek saudaranya itu tetapi dia menolak.Bukannya dia tidak tahu,apabila dia ikut bertandang di rumah Puan Ramlah pasti dia akan menjadi bahan senda kedua-dua orang neneknya itu.Ada sahaja perkara yang mahu di sakat.Nek Ramlahnya itu suka benar melihat mukanya kemerahan.Dari ceritanya semasa kecil hinggalah menyentuh hal peribadi yang terlalu peribadi baginya.
            Dia kebosanan.Setelah penat menonton,dia mencapai Mingguan Wanita setelah itu dicapai pula majalah Keluarga dan Remaja.Puas dia menyelak dari satu helaian ke satu helaian.Tiada satu pun yang menarik perhatiannya.Bosan.Dia mencampak majalah-mjalah itu satu persatu ke meja kopi semula setelah habis ditilik hingga ke kulit terakhirnya.Jika papanya ada,sudah tentu dia tidak kebosanan di hari Sabtu ini.Pasti papanya banyak hal yang mahu diceritakan.Datuk Hakimi tidak jadi pulang pada hari itu kerana perlu menghadiri mesyuarat yang sangat penting,keesokan harinya baru dia pulang.Alah papa…apa yang tak penting?.Kalau pasal bisnes semuanya penting mengalahkan PM saja.Rungut Qalisha dalam hati.
            ‘’ Bosannya!…’’ keluhnya.Dari terbaring,dia terus meluruskan kaki dan menegakkan badan.
            Tiba-tiba kepalanya yang sudah lama tidak digunakan ,terbayang satu idea yang akan menghilangkan rasa bosannya.Dia tersenyum sendiri.
            ‘’Ahaa!…aku ada idea.Apa kata aku bukak FB?.Untung-untung Lily online hari ni ’’, dia bercakap kepada dirinya sendiri.Segera dia bangun lalu memanjat tangga untuk ke biliknya ditingkat atas.
            Dia duduk ditengah-tengah katil bersaiz king miliknya.Laptop dibuka dan diletakkan diatas ribanya.Tangannya laju menaip laman portal Facebook.Tidak sampai beberapa minit dia sudah memasuki laman FBnya.Dia klik di ruang sembang.Menaip nama Lily Azlina,ternyata rakan karibnya itu juga sedang ‘’berfacebook’’.
            Qisha.Hakimi : Hai Nek Lily sahabat ku....
            Lily_Lina        : Hai Tok Qisha …hahaha.Kau apa khabar BFF ku?
            Qisha.Hakimi : Baik sangat.And aku tau kau pun sihat aje…..
Lily_Lina          : Of coz’s darling…dah lama kita tak jumpa,kan?.Susah sangat nak jumpa dengan kau sekarang.
Qisha.Hakimi : Sorrylah kawan…aku busy sangat dengan study. But,sekarang kita dah  boleh chat selalu…Hei..kenapa kau dah lama tak call aku?.Aku call pun kau
                                    tak jawap.Merajuk ehh?...
Lily_Lina          : Tak ada masa nak merajuk Qisha oii…phone aku hilanglah,and semua nombor member kita dah hilang sekali termasuk kau…aku selalu online FB tapi kau jarang ada.Bila aku online kau tak online and sebaliknya.
Qisha.Hakimi  : Oooo…I see.Patutlah kau dah tak pernah call.Dengar cerita         kawan  aku ni dah bertunang,betul ke?...Terkejut aku hari tu nenek bagitau.Siapakah jejaka yang malang tu ya?..ha..ha..ha..

            Khabar yang dibawa oleh neneknya tentang pertunangan sahabat sehatinya mengejutkannya.Dia mahu meminta kepastian tentang yang dikiranya sangat penting.Puan Jamilah tidak pula memberitahunya gerangan jejaka yang sudah berjaya merebut tempat di hati Lily Azlina.

            Lily_Lina         : Sampai hati kau…tak baik tau cakap cam tu.Yup aku memang dah
                                      bertunang.Dah masuk 3 bulan.Pasal siapakah gerangan jejaka
yang berjaya menambat hatiku ini biarlah rahsia dulu.Kau tak datang pun kan,aku penat drive sorang pergi rumah nek Milah semata-mata nak jemput kau.Sampai hati tau kau, Qisha.Ni yang nak merajuk ni…

            Qalisha serba salah dibuatnya.Bukan dia sengaja tidak mahu datang ke majlis pertunangan Lily Azlina itu.Pada masa itu Qalisha sudah final exam,dia sudah tiada masa untuk pulang ke Batu Pahat.Masanya sering ditemani dengan buku-buku yang sudah bersusun di depan mata.Hari cutinya diisi dengan study group bersama-sama teman sekuliahnya
           
       Qisha.Hakimi : Eleh…nak berahsia pulak minah ni.Sorry Lily…tak ada niat pun   aku  tak   pergi   majlis kau.Tarikh kau buat  tu masa aku final exam.Jadual aku ketat sangat,tak sempat nak balik BP.Okey macam ni…memandangkan aku tak hadir masa majlis kau,kau boleh denda aku atau minta apa saja tapi ikut kemampuan akulah.Macam mana kau setuju?.Janganlah merajuk…
Lily_Lina                : Hmmm…memandang orang tu dah offer untuk dikenakan denda,  okey aku setuju.Dendanya adalah……
           
            Lily Azlina membiarkan ayatnya tergantung.Qalisha menunggu sambungan ayat itu,namun Lily Azlina tidak menyambung ayat tersebut.Sudahnya Qalisha terpaksa tanya denda yang bakal dikenakan terhadapnya.’Saja nak buat aku suspenlah tu….’,omel Qalisha dalam hati.
           
            Qisha.Hakimi : Apakah denda yang bakal dikenakan terhadap hamba yang hina
dina  ini wahai Tuan Puteri Lily Azlina?...    
Lily_Lina         :Hahaha…Baiklah,beta sudah memutuskan hukuman                      yang setimpal yang akan dikenakan kepada tuan hamba…Tuan hamba di arahkan untuk bertemu dengan beta pada hujung minggu depan.Di Tasik Y.Selepas itu tuan hamba kena belanja beta menonton wayang .Tuan hamba setuju?..Hmmm…rindu sangat kat kau..
Qisha.Hakimi : Good idea.Okey deal…Jumpa kat Tasik Y pukul 9.00 pagi.Siapa  lambat  kena belanja  aiskrim tau…
            Lily_Azlina      : Pulak…
           
            Qalisha tersenyum.Minggu hadapan dia akan bertemu dengan sahabat karibnya itu.Sudah lama dia memendam rindu terhadap Lily Azlina akibat desakan pengajiannya.Kedua-duanya leka ‘berchatting’ sehingga jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang.Qalisha yang menyedari dirinya belum menunaikan solat zuhur segera mengakhiri perbualan mereka.


SETELAH usai solat zuhur,Qalisha melipat marhalah dan sejadah.Dia bangun menuju ke pintu bilik solat,tombol segera dipulas.Dia menuruni anak tangga dengan tergopoh-gapah.Perutnya yang lapar mahu segera diisi.Namun,belum pun dia mahu menapak ke arah dapur lonceng dipagar hadapan rumah banglo dua tingkat itu berbunyi.Terkocoh-kocoh bibik berlari mahu menuju ke pintu utama.
            Qalisha menahan bibiknya.Kasihan dia melihat bik Surti yang seharian mengemas rumah.Tentunya penat.Tak luak pun sesekali dia membantu bibiknya itu.
            “Bibik…biar Qisha aje yang pergi tengok.Bibik nampak penat aje,pergilah rehat...’’, arah Qalisha.
            “ Susahin non aja ni.Ngak apa-apa non,bibik ngak capek kok.Biarin aja bibik lihat siapa di hadapan ’’, kata Surti.
            “ Tak apa.Biar Qisha aje yang tengok ya’’.Kasihan dia melihat bibik yang bagai keletihan
            “ Baiklah kalau begitu.Bibik ke dalam kamar dulu ya non?”.Bibik tidak membantah.Mengalah dengan arahan cucu majikannya.
            “ Ya’’, jawap Qalisha sepatah
Qalisha menjengahkan sedikit kepalanya di pintu.Sememangnya dia kenal dengan lelaki yang menekan lonceng tersebut.Tak lain,tak bukan Uncle Muthu yang tercegat di pagar hadapan.Qalisha terus menuju ke suis pagar automatik.Pagar terus terbuka.
Bibik berlalu ke kamarnya.Dia sangat senang melihat cucu majikannya.Ringan tulang membantunya walaupun sebenarnya dia adalah pembantu rumah.Keluarga majikannya ini berbeza sekali dengan majikan yang pernah dia bekerja sebelum ini,segala hal dalam rumah dan luar rumah dilakukan sendiri.Bersyukur dia dapat bekerja di banglo Puan Jamilah ini.       ‘Ya ALLAH…Kau berkatilah kehidupan keluarga majikan ku ini.Mereka terlalu baik terhadap ku ’,doa Surti dalam hati.
            Qalisha melemparkan senyuman kepada Muthusami.
            “ Ayoyo…Uncle Muthu sudah mari…’’, Qalisha bersuara mengikut slanga Muthusami.Kepalanya tergeleng-geleng kecil.
            Muthusami ketawa.
            “ Patut hari ini banyak cerah.Rupanya si cantik manis ada sini ’’. Puji Muthusami.
            Qalisha sudah tersengih mendengar pujian itu.
            “ Ada-ada ajelah uncle Muthu ni ’’,Qalisha berkata sambil tersipu malu.
            “ Ayoyo…ada betul juga uncle Muthu cakap.Bila Qisha balik sini?.Where your grandma…?’’ tanya Muthusami sambil terjengah-jengah.
            Qalisha sememangnya sudah masak dengan perangai Muthusami.Ada sahaja bicaranya yang membuatkan Qalisha ditimpa perasan.Laju sahaja mulut Muthusami memujinya.Muthusami juga pandai membuat lawak sehingga menyebabkan dia terkeluar ketawa brutalnya.Sejak nenek tinggal selama tujuh tahun dibanglo itu,Muthusamilah yang sering ke rumah itu dihujung minggu untuk menghantar madu lebah yang ditempah neneknya.Selama itulah Qalisha ketawa hingga tak kering gusi jadinya.Kalau nenek ada pasti suasananya lebih gamat.Usik mengusik perkara biasa.
            “ Qisha dekat sini dari hari Isnin hari tu.Nenek tak adalah uncle Muthu.Nenek pergi rumah nek Ramlah,adik nenek yang dekat        Mersing.Hmmm…melepaslah uncle nak ngorat nenek hari ini,kan?’’.Selamba saja Qalisha bertutur.
            Qalisha memandang wajah Muthusami.Muthusami buat-buat muka kecewa.
            “ Itulah ingat uncle datang sini boleh ngorat sama nenek,tapi dia tak ada pula.Tak apalah,hari uncle ngorat Qisha aje.Tapi hal-hal ‘ngorat-mengorat’ ni pelan-pelan haa…kalau auntie Vati dengar, kasi parang juga kepala uncle ini ’’,gurau Muthusami.
            “ Uncle,uncle’’ Qalisha hanya menggelengkan kepalanya.“Uncle tahu tak?.Unclelah orang paling baik dan peramah sangat dekat kawasan taman ni tau.Semua uncle layan tak kira bangsa atau agama.Qisha memang solute habislah kat uncle ni’’.Dia akui Muthusami orang yang tak pilih bulu.Siapa saja boleh menjadi kawannya.Sebab itulah dia sangat kagum dengan lelaki yang sudah berusia 50-an ini.Susah nak jumpa orang yang seramah Muthusami di sekitar Taman Muhibah.Dia teringat lagu yang pernah dinyanyikan semasa dia sekolah rendah.Kepalanya sudah berdendang dengan lagu tersebut.Lagu yang menggunakan rentak Air Pasang Pagi.Lagunya berbunyi begini…

            Anak ikan kekek
            Ada dicelah batu
            Pesan datuk nenek
            Hidup bersatu padu

            Anak ikan kekek
            Kena mata joran
            Pesan datuk nenek
            Hormat semua jiran

            “Mestilah kita kena bergaul tak kira bangsa,agama,miskin atau kaya…Kita mesti sahut seruan kerajaan iaitu 1 Malaysia.Barulah harmoni taman kita ini.Bukan saja taman kita,seluruh Malaysia juga harmoni ’’.Muthusami mengeluarkan hujahnya.Dalam suka melawak kadang-kala lelaki ini suka berbicara secara patriotik.
            Qalisha mengangguk,mengiyakan.
            “Betullah uncle…Qisha setuju sangat ’’.Lagu yang telah mati di ulang main didalam kepala.

            Anak ikan kekek
            Ada dicelah batu
            Pesan datuk nenek
            Hidup bersatu padu

            Anak ikan kekek
            Kena mata joran
            Pesan datuk nenek
            Hormat semua jiran
           
            Muthusami mengerling jam tangannya.Dia menepuk dahinya.
            “ Ayoyo!…uncle sudah lambat ni Qisha!.Uncle pergi dululah.Ada janji sama kawan’’.
            Muthusami terus berpaling.Melangkah dua,tiga tapak.Dan terhenti….Dia berpaling semula ke arah Qalisha.Dia menghulurkan plastik yang berisi dua botol madu lebah kepada Qalisha.Plastik bertukar tangan.
            “ Qisha,uncle sudah lupa…Uncle datang ni mau hantar ini madu nenek Qisha pesan.Uncle pergi dulu aahh…Take care of your self ’’.
            Bye Uncle Muthu…nanti kirim salam dekat Auntie Vati tau’’,pesan Qalisha sambil melambai Muthusami.
            Wokey,wokey…”, laung Muthusami pula.Dibalas lambaian itu.
            Qalisha tersenyum.Leka betul dia berbual dengan Muthusami.Baru dia teringat,tadi perutnya minta diisi makanan.Segera dia berlari masuk kedalam rumah.Suis pagar automatik dipetik,pagar itu tertutup semula.Tanpa berlengah dia terus ke dapur.Hajatnya sudah tidak boleh ditangguh lagi.Sekali kedengaran bunyi ghazal,dua kali kedengaran  bunyi keroncong pula.





































Tiada ulasan: